innity

pages

Sunday, March 26, 2017

Nazri, Tadi sungguh-sungguh nak jumpa, dah jumpa diam pula - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir tindakan Datuk Seri Nazri Aziz yang disifatkannya terlalu bersungguh-sungguh mahu bertemu dengannya di Kuala Kangsar pada petang Sabtu. -Bernama

PADANG RENGAS: Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang disifatkannya terlalu bersungguh-sungguh mahu bertemu dengannya di Kuala Kangsar pada petang Sabtu.

Mantan perdana menteri memberitahu dalam pertemuan singkat selama 30 minit itu, beliau tertanya-tanya mengapa Nazri langsung tidak berbual dengannya walaupun sebelum itu Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut menunggu beliau berjam-jam lamanya.

“Hari ini dia (Nazri) bersungguh-sungguh nak jumpa dengan saya, saya pun tak tahu kenapa. Tapi bila jumpa dekat tempat jual cendol, dia tak kata apa pun.

“Nak jumpa tapi tidak cakap kenapa?” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kota Lama Kiri, di sini, pada malam Sabtu.

Tambah Dr Mahathir, Nazri langsung tidak memandang wajahnya dalam pertemuan berkenaan walaupun sebelum itu telah menunggu ketibaan beliau bersama isteri di hadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah selama empat jam.

“Entah kenapa dia diam seribu bahasa duduk tepi saya. Kalau dia bisik pun saya boleh dengar, tapi dia tak bisik, duduk tengok depan sahaja. Habis-habis sangat dia kata itu Sungai Perak... saya pun tahu itu Sungai Perak, tak perlu beritahu saya,” ujar beliau.

Beliau dalam pada itu turut meragui kebolehan Nazri memimpin negara kerana dakwanya Anggota Parlimen Padang Rengas itu tidak mampu menjaga serta membangunkan kawasannya sendiri.

“Saya datang ke Padang Rengas nak lihat kawasan menteri (tapi) tak nampak macam kawasan menteri, kawasan sendiri pun tak tahu jaga,” katanya lagi.

Pada petang Sabtu, Dr Mahathir dan Nazri telah meluangkan masa bersama hampir 30 minit di sebuah gerai cendol di Lembah Sungai Perak.

Kedua-dua ahli politik itu sebelum ini dijadualkan berdebat di MRSM Sultan Azlan Shah di sini pada Sabtu namun ditunda pada 7 April depan kerana gagal mendapatkan permit daripada pihak berkuasa. - Astro Awani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com