innity

pages

Wednesday, September 30, 2015

[BILA KAFIR BERKUASA - HARAMKAN SIKIT-SIKIT] Larangan guna pembesar suara di masjid kecuali Azan akan diwarta di Pulau Pinang

Gambar Hiasan

GEORGE TOWN, Rabu — Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang akan diwartakan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.

Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan beberapa isu penting antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau.

Sejumlah 10 aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) berkaitan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau dari Januari 2012 hingga Mei 2015 melibatkan pembesar suara di luar bagi bacaan dalam solat, zikir selepas solat, ceramah atau kuliah, rakaman Al-Quran atau zikir sebelum azan.

Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan surat keputusan minit mesyuarat itu dan berkata ia tidak menjejaskan kesucian dan syiar Islam malah selaras dengan nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah.

Beliau berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara berdasarkan beberapa pertimbangan terutama untuk memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu serta masyarakat.

“Suka juga dinyatakan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang membuat keputusan ini setelah berbincang panjang lebar dan mempertimbangkan isu ini dari pelbagai sudut.

“Isu itu dibawa ke mesyuarat berkenaan setelah Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerima beberapa aduan daripada masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan bunyi bising pembesar suara yang dipasang dengan volume yang sangat kuat,” katanya.

Wan Salim berkata proses pewartaan larangan itu akan mengambil masa antara dua hingga tiga bulan iaitu ia akan dibawa kepada Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri dan mesyuarat exco kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum dimohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata JHEAIPP akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid seluruh negeri ini mengenai perkara itu agar mereka dapat menjelaskan kepada masyarakat Islam di qaryah masing-masing.

“Semoga dengan cara sedemikian isu itu tidak disalah faham oleh orang ramai dan tidak menimbukan kekecohan yang berpanjangan,” katanya. -Bernama

7 comments:

  1. soal disini ialah itu adalah amalan dinegara kita Malaysia.
    soal nya cina tak suka
    soalnya mereka buat aduan
    soalnya kita takut dan nak jaga keharminian jadi kita pon ikut kehendak Cina
    soalnya kehendak kita puak Cina ni buat tak endah je,
    ade mereka kesah pasal bahasa Melayu bahasa kebangsaan walhal itu ada dalam perlembagaan
    ade mereka kesah bila kita suruh sekolah satu aliran? itu ikut perlembagaan, itu utk perpaduan kaum, ade mereka kesah, sampai matipon mereka pertahankan SRJKC, apa kita boleh buat?????

    ReplyDelete
  2. Kita satu malaysia maa.
    PM ahjib gor.

    ReplyDelete
  3. Barangkall jika ada yg beragama Islam merasai seruan menggigati Allah swt dan rasulNya ketika majlis ilmu bising menganggu ketenteram ketika berkerja atau beristrirehat, amat malanglah umat Islam Penang, SEBALIKNYA jika arahan datang dari KETUA KERAJAAN NEGERI CHINA amat celakalah mereka2 yg bersubahat menyokong. KERAJAAN NEGERI CHINA ini.

    inilah akibat bila pemimpin2 beragama Islam lemah intergriti dan bercakaran sesama sendiri mencari pengaruh , anasir luar akan ambil kesempatan.

    pada umat Islam Penang, sila bangkit menyuarakan bantahan anda, ingat Penang adalah sebahagian dari TANAH MELAYU membentuk MALAYSIA, ianya bukan hongkong atau singapura.

    ReplyDelete
  4. Yg buka cd ngaji kuat2 sblm subuh tu sapa suruh? X pasal2 mengganggu anak kecil yg sedang tidur atau orang tua yg sakit. Islam x mendesak orang kafir terima Islam. Kuliah pn klu bukak speaker kuat2 x yah dtg masjid pn x apa. Kt kuar pn dh bole dgr.

    ReplyDelete
  5. Kita tegur mufti berhati tikus tu. Takda rasa islam itu tinggi dan azan adalah syiar.

    ReplyDelete
  6. INGATLAH, BACAAN AL-QURAN BUKAN PENGGANGGU ANAK TIDUR ATAU SAPA2 TIDUR TETAPI AL-QURAN ITU TERKANDUNG PELBAGAI KEBAIKAN DIDALAM NYA, BACAANNYA PASTI MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH, DAN RAHMAT ITU DITERIMA SELURUH MAKHLUK DIKAWASAN ITU

    ReplyDelete
  7. Buka cd Quran kuat2 tp x hayati bacaan itu spt menghina sbnrnya. Apatah lg berborak2 dan ketawa2 cam xder pe masalah. Bl bising ganggu orang lain x pasal2 org menghina suara qari. Bkn begitu nk meninggikan syiar islam. Acuan mn yg kau ikut? Zaman nabi dl ada x dia suruh sahabat membaca kuat Quran sblm masuk waktu? Klu ada tolong tulis drp hadits mn? Klu dl x buat buat apa kita nk buat?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com