innity

pages

Saturday, January 31, 2015

Penyokong Pas MESTI BACA, Penyokong PASMA Pergi MAMPUS Bersama KAFIR dan LIBERAL



SURAT TERBUKA UNTUK AHLI-AHLI PAS
Saudaraku sebangsa dan seagama,

Saya mengikuti perjuangan Pas dari dulu hingga sekarang. Banyak pemimpinnya saya kenal secara pribadi. Malah saya pernah bersama Hj Hadi Awang di atas pentas menentang UMNO dalam ceramah di mesjid Rusila dan juga di Temerloh waktu Angkatan Perpaduan Ummah. Saya pernah jadi tetamu kerajaan Pas Kelantan waktu Nik Aziz jadi MB.

Itu dulu waktu Pas masih berjuang atas nama Melayu dan Islam. Itu dulu waktu Nik Aziz, Hadi Awang, Mustafa Ali anggap DAP sebagai parti chauvinis Cina, anti Melayu, anti Islam.

Sekali air bah sekali pasir berubah. Tapi Pas sudah hilang kiblat politiknya sebagai pejuang Islam bila ia sanggup menjadi kaldai DAP yang pernah para pemimpinnya menolak sebagai parti anti Melayu, anti Islam.

DAP dari dulu sampai hari ini tetap menentang kuasa politik Melayu, hak istimewa Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan anti raja-raja Melayu.

Perjuangan Malaysian Malaysia itu membuktikan ia mahu jadikan Malaysia negara republik dan DAP tidak pernah bergenjak dengan perjuangannya yg diilhamkan PAP Singapura oleh Lee Kuan Yew.

Malangnya Pas terlalu rapuh semangat perjuangannya hingga melondehkan serban dan berkiblat sebagai "pejuang" :negara kebajikan" ala sosialis dan komunis!

Apakah kalian tidak faham konsep "negara kebajikan" yang menjadi amalan negara2 sosialis dan komunis?

Mengapa kalian membungkam hanya tahu merhaban dan takbir menuju kehancuran perjuangan Pas sendiri?

Mengapa kalian tidak menggunakan aqal fikiran dan ilmu yang dipinjamkan Allah untuk menentang kemunafikan dlm perjuangan Pas sekarang?

Apakah alim ulama dalam Dewan Ulama itu sebenarnya ular dalam semak tidak berani menentang perjuangan songsang yang membuntuti Anwar dan menjadi kaldai parti chauvinis cina DAP?

Hari ini DAP menghina Pas.

memperlekehkan pucuk pimpinan. Mana maruah Islam yang kalian perjuangkan? Cakap?

Kalau kail politik Pas panjang sejengkal jangan lautan politik yg dalam hendak diduga.

Kalian terlalu taksub terhadap Nik Aziz, Hadi Awang dan para ulama yang jadi ular dalam semak.

Akibatnya hari ini orang Melayu sudah hilang keyakinan terhadap Pas. Apalagi sekarang puak penyokong homosek super tegar pula hendak menggulingkan puak "ulama" yang rapuh semagat Islamnya.

 Apakah kalian juga jadi penyokong golongan Pas yang membuntuti Anwar?

 Kalian tahu apa yang Allah wahyukan mengenai golongan homsek ini dalam al-qur'an, bukan?

Kembalilah ke pangkal jalan.

Hidup semangat Melayu dan Islam seperti mana yg menjadi api perjuangan Pas di masa lalu.

Jangan memutarbelit ayat2 Allah utk menghalalkan nafsu politik sebagai kaldai para dajal2 yang super rakus.

Ingat kalau Melayu hilang kuasa politik pada PRU 14 jangan fikir pemimpin Pas akan jadi PM.

Lihat nasib Pas di P. Pinang dan Selangor?

Hanya jadi tukang sokong, tukang takbir saja.

Kelantan 23 tahun dibawah Pas yang ada hanya angan2 "Serambi Mekah" yang uzur lahir batin, sembahyang hajat minta Allah laknati pemimpin UMNO, tazkirah yg dibumbu dengan fitnah, maki hamun dan taik gigi.

Allah turunkan bala banjir besar.

Siapa yang banyak memberi bantuan untuk meringankan beban rakyat Kelantan?

Nik Aziz dengan tazkirah sikap anti UMNOnya?

Hadi Awang dengan Amanat Hadi yg memecah-belahkan ummah?

Anwarinas yang menjaja kuasa dalam mimpi bersama DAP dan pemimpin homosek super tegar?

Insaflah, wahai ahli2 Pas.

Guna otak, kuasai ilmu dan kembalilah kepada perjuangan asalmu. Jangan jadi kaldai, marhaban dengan kafir, takbir bila kafir menghina Melayu Islam.

Inilah ketika yang baik Pas tendang DAP dan PKR.

Berdiri tegak dengan perjuangan asalmu. Kamu bekerjasama dengan UMNO untuk memperkasakan Melayu Islam.

Banyak orang yakin Pas boleh memainkan peranan penting dlm kerajaan bersama UMNO dari menjadi kaldai dan budak suruhan PKR dan DAP.

Kamu mesti berani menentang fikran2 jumud para pemimpin yang anti kerjasama dengan UMNO. Jangan peduli apakah dia itu mursyidul am Pas atau pun Mat Sabu yang jadi boneka DAP dan membuntuti Anwar itu.

Pas adalah hak kamu semua sebagai ahli.

 Kamu berhak menyatakan yang benar, berjuang di jalan Allah untuk mendapat berkah.

Masakan kamu berjuang bersama kafir untuk menghancurkan kerajaan pimpinan Melayu Islam.

Allah tak akan memberi kemenangan kepada kamu kalau kamu percaya kekuasaan Allah.

Ingat Allah yang menentukan nasib makhluk termasuk parti politik - bukan Mursyidul am Pas atau dewan ulama Pas atau presiden Pas atau Mat Sabu yang mimpikan peristiwa asyik di Hotel Perdana.

Oleh:

Kesudian PM, Najib Lawat ayah (TG NIK AZIZ) beri makna besar buat kami sekeluarga - Nik Mohamad Abduh


KOTABHARU : Kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Khamis lepas, memberi makna yang cukup besar buat keluarganya.

Anak bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh berkata walaupun lawatan pemimpin tertinggi negara itu hanya sekejap namun ia amat berharga buat mereka sekeluarga.

"Terima kasih Perdana Menteri kerana menziarah ayah (Nik Abdul Aziz, 84,). Walaupun sekejap dan ayahanda keletihan, ia bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih rakyat Malaysia," katanya dalam entri terbaharu laman sosial Facebooknya hari ini.

Pada Khamis lalu, Perdana Menteri dalam lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa kira-kira 10 minit bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan Nik Abdul Aziz dengan diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Nik Mohamad Abduh berkata tahap kesihatan ayahnya itu kini semakin bertambah baik dan menunjukkan perkembangan positif.

"Alhamdulillah, walaupun masih keletihan ayahanda telah mampu menjalani proses rehabilitasi dengan baik, meningkat dari hari ke hari.

"Semalam ketika menjalani rawatan fisioterapi, ayahanda sudah mampu berdiri sendiri sekitar 30 minit," katanya.

Nik Abdul Aziz, dimasukkan ke HUSM pada 19 Jan lepas setelah tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013.

Harga petrol RON95 turun 21 sen, RON97 turun 11 sen bermula Tengah Malam ini, 1 Feb 2015


KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 turun sebanyak 21 sen seliter manakala RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, mulai 1 Februari 2015.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, dengan penurunan itu, harga minyak seliter kini RM1.70 untuk petrol RON95, RM2 bagi RON97 dan RM1.70 bagi diesel.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek dalam kenyataan itu berkata, harga itu adalah bagi bulan Februari dan kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan berikutnya.

Pada 1 Disember 2014, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan mengikut sistem apungan terurus, yang menandakan penghapusan semua subsidi bahan api.

Di bawah apungan terurus tersebut, harga runcit akan berdasarkan purata harga bulanan minyak mentah dunia.

(PAS CABAR DEBAT PILIHAN RAYA PBT) Guan Eng hentikan sidang media kerana soalan debat


BUTTERWORTH - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini terus menamatkan sidang akhbar apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP terhadap cabaran Pas agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang di sini.

Pemberita beberapa kali meminta Guan Eng memberi responsnya terhadap cabaran setiausaha agung Pas Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Guan Eng mengulangi kata-kata 'ada soalan lain tak?'

Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Guan Eng menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan 'terima kasih'.

Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Mustafa dilaporkan mencabar Guan Eng berdebat tentang isu pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin Pas itu menyelar Guan Eng kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian.

Sebelum itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969.

Pada khamis, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengeluarkan kenyataan yang mempersoal sama ada Mustafa cuba membakar jambatan yang menghubungkan Pas dan DAP apabila beliau mencabar Guan Eng untuk berdebat.

Beliau berkata, cabaran Mustafa itu sama seperti melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak demikian terhadap Umno yang menjadi musuh politik Pas.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT. - Bernama

(ELAK RANGSANG NAFSU LELAKI) KEMPEN Selamatkan DARA Anda #SaveYourDaraCampaign


SHAH ALAM - [VIDEO]  #SaveYourDaraCampaign yang dianjurkan Majalah Dara.com di Karnival Karangkraf nyata memberi impak positif kepada pengunjung yang hadir menyertai program tersebut.

Salah seorang peserta kempen, Nur Shahirah Ali berkata, program tersebut memberi manfaat terhadap remaja di luar sana dalam menjaga kehormatan diri.

“Kempen ini dapat menekankan kesedaran kepentingan memelihara pergaulan remaja khususnya kepada golongan pelajar sekolah agar terhindar daripada gejala sosial.

“Banyak yang ditekankan dalam penganjuran kempen ini. Remaja diberi kesedaran dan kepentingan cara pemakaian supaya tidak merangsang nafsu lelaki,” katanya ketika ditemui Sinar Online ​di perasmian Kempen Save Your Dara di Karnival Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelihara dara hingga alam perkahwinan]

Sementara itu, seorang lagi pengunjung Nur Lia Muhd pula berpendapat, kempen Save Your Dara sepatutnya diadakan lebih awal kerana ia dapat memberi input yang baik di samping mendedahkan impak besar berkenaan keruntuhan moral remaja kepada anak-anak muda diluar sana.

“Kempen ini sepatutnya dianjurkan lebih awal dari sekarang agar dapat memberi kesedaran terhadap kesan gejala sosial kepada remaja.

“Jika kempen ini diadakan secara besar-besaran supaya remaja sekarang faham konsep pergaulan bebas dan seks bebas kepada anak-anak muda,” katanya.

Dalam pada itu, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Noor Zahidah Abdul Rahim, dan Noor Yusra Mohd Nasyaharudin, kempen yang dianjurkan oleh Dara.com ini memberi memupuk kesedaran tinggi mengenai kebebasan dan batas pergaulan untuk remaja sepertinya.

“Walaupun ini kali pertama kempen ini diadakan, banyak yang dapat dipelajari oleh pelajar saya dan rakan-rakan.

“Kalau ada lagi (kempen) tahun depan, saya dan rakan-rakan akan sertai lagi,” katanya.

Pelancaran Kempen Save Your Dara pada pagi ini disempurnakan oleh gimik perarakan oleh pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24, SMK Seksyen 16 dan SMK Seksyen 19.

Mustafa Ali: Guan Eng tak layak duduki Majlis Pimpinan PR


SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak layak duduk dalam Majlis Pimpinan PR jika beliau juga dituduh berbohong berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan jika perkara itu berterusan, sudah tentu integritinya juga tercabar dan boleh dipertikai.

"Kalau isu ini tidak diselesaikan, dalam keadaan intergritinya tercabar sebagaimana saya dituduh tidak jujur, saya tidak layak duduk dalam pimpinan tertinggi PR.

"Begitu juga Guan Eng dalam dia dituduh berbohong, maka dia tidak layak duduk dalam majlis pimpinan tertinggi PR," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke semalam yang menggesa Mustafa memastikan pimpinan tertinggi Pas termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadiri mesyuarat Majlis PR untuk membincangkan isu tersebut daripada debat terbuka.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata lagi, Loke tidak perlu mengalihkan isu sebenar dan membabitkan pihak lain dalam isu itu.

"Kepada Loke, dia tidak payah berbelit. Saya tidak perlu cabar orang lain atau Umno kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini.

"Oleh itu, carilah masa yang sesuai dengan ada penyaksian. Saya akan buktikan dia berbohong," ujarnya sambil menyifatkan Loke sebagai tidak faham isu sebenar.

Dalam perkembangan sama, Mustafa juga memuji ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang memahami cabaran beliau.

"Beliau faham isu ini adalah antara saya dengan Guan Eng dan tidak ada kena mengena dengan orang lain sama ada Pas atau DAP malah beliau cadangkan pertemuan diadakan untuk menyelesaikannya," katanya lagi.

Friday, January 30, 2015

(BANK KAPITALIS BERKUASA) 300,000 muflis, persatuan gesa akta dipinda


Akta Kebankrapan 1967 perlu dirombak supaya lebih adil kepada mangsa muflis, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

“Akta Kebankrapan 1967  harus dirombak dan dinilai semula.

“Ia perlukan pembaharuan semasa dan sepatutnya lebih adil kepada mangsa bankrap,” kata Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Katanya lagi, langkah itu perlu diambil ketika jumlah mangsa bankrap kini mencecah 300,000 orang dan melibatkan pengguna berumur bawah 23 tahun.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Nadzim (kanan) berkata kenapa akta itu belum dipinda walaupun kerajaan sudah menjanjikan perkara itu empat tahun lalu.

“Jabatan Insolvensi Malaysia harus mengemaskini perkara yang ingin diubah kerana berkaitan dengan kehidupan seharian penghutang,” katanya yang mahu bertemu sendiri dengan ketua pengarah jabatan itu bagi membincangkannya.

Berdasarkan akta, seseorang itu diisytihar muflis jika menanggung hutang minimum RM30, 000 dan tidak mampu membayarnya.

Selepas diisytihar bankrap, mereka secara automatik disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen dan  dilarang ke luar negara.

Thursday, January 29, 2015

PASMA CABAR Pas Pecah Ahli Mereka, Kami NGO Bebas Memilih Mana-mana Parti

KOTA BHARU - "Kami (Pasma) tidak akan keluar dan kekal dalam parti, kecuali parti (Pas) yang mengambil tindakan terhadap kami," kata Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed.

Menurutnya, Pasma berdaftar sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang layak untuk menyertai mana-mana parti, maka tiada paksaan berlaku sehingga menimbulkan isu keluar parti dan sebagainya.

“Kami NGO, bebas untuk memilih mana-mana parti, tetapi jika parti itu sendiri yang tidak minat dengan keahlian, atau mahu memecat kita, maka tindakan itu harus dilakukan parti itu sendiri.

“Ingin saya tegaskan di sini, sehingga kini, tiada lagi pihak (ahli Pasma) yang bercadang untuk keluar parti, ini kerana kita memperjuangkan parti (Pas), maka isu keluar Pas ini tidak timbul,”katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau menyatakan ketegasan tersebut selepas diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ‘mempersilakan’ ahli Pasma meninggalkan Pas jika tidak sehaluan lagi dengan parti itu.

Mengulas tindakan Abdul Hadi yang dilihat masih keliru dengan peranan yang dimainkan Pasma dalam parti, Che Ibrahim berkata, mana-mana parti politik di dunia ini mempunyai NGO sebagai sayap pendokong, maka Pasma adalah salah satu daripadanya sebagai menyokong perjuangan parti itu sendiri.

“Presiden (Hadi) sepatutnya tidak keliru dengan peranan Pasma kerana beliau sendiri kenal hampir semua pimpinan Pasma di peringkat pusat dan negeri.

“Pas hendaklah berterima kasih kepada Pasma kerana telah membantu memperkuatkan kedudukan Pas dalam PR, jika DAP dan PKR sebagai rakan Pas dalam PR mengalu-alukan peranan Pasma, mengapa Pas masih keliru?” katanya.

(HINA AGONG) lukisan belakang Agong perbuatan BIADAP


Pelukis Malaysia, Vincent Leong mencetuskan kontroversi apabila mempamerkan lukisan belakang badan yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dalam pakaian rasmi diraja.

Lukisan itu dipamer dalam pameran mengetengahkan siri lukisan berjudul “Kenapamu Malaysia” di Singapura, lapor Sinar Harian.

Ia turut menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sisi belakang.

Beberapa pihak tampil menyatakan bantahan mereka, termasuk Pemuda PAS dan beberapa NGO lantang seperti PERKASA dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Langkah itu dikaitkan mereka dengan “penghinaan”.

“Saya tidak tahu apa maksud sebenar pelukis dan penganjur.

“Sekiranya lukisan ini bertujuan untuk menghina, maka ia bakal melukakan hati rakyat Malaysia,” ketua pemuda PAS Suhaizan Kaiat (kanan) dilapor sebagai berkata.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Asmawati Ahmad dilapor mengesahkan isu itu berada dalam perhatian pihaknya.

Pameran tiga hari itu dilapor berlangsung pada 22 Januari hingga 25 Januari 2015 di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands, Singapura.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas dari Leong dan galeri tersebut.

(ANCAMAN BELUM TAMAT) Sabah Milik Kami - Esmail Kiram ll


PETALING JAYA : Sultan Esmail Kiram II yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengisytiharkan adiknya, Datu Phugdal Kiram akan memegang gelaran Raja Muda dalam apa yang dipanggilnya sebagai Kesultanan Sulu.
Esmail memberitahu pada Selasa bahawa Phugdal, 68, dipilih kerana undang-undang Kesultanan mengenai penggantian yang menetapkan bahawa calon mestilah mempunyai keturunan langsung daripada Sultan Sharif ul-Hashim, Sultan Sulu yang pertama, lapor mStar Online.
Phugdal, yang merupakan seorang guru di sekolah awam, akan mengambil alih gelaran Raja Muda yang dipegang oleh abangnya, Allahyarham Azzimudie Kiram, 74 yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 13 Januari lalu.
Azzimudie mengetuai pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Kampung Tanduo di Felda Sabah 17 berhampiran Lahad Datu, Sabah, pada Februari 2013 yang membawa kepada pertempuran berdarah.
Apabila ditanya mengapa seorang lagi saudara lain, Datu Alianiapa tidak dinamakan untuk mengambil alih gelaran daripada Azzimudie, Esmail berkata di bawah undang-undang penggantian Kesultanan Sulu, Phugdal adalah lebih tua dalam adik-beradik dan bukan adiknya Alianiapa.
“Ada yang menyebarkan khabar angin mengenai perebutan kuasa untuk menunjukkan bahawa kita tidak bersatu. Datu Phugdal adalah pengganti yang sah,” katanya.
Ketika ditanya sama ada terdapat rancangan untuk menyerang Sabah lagi, Esmail berkata tidak timbul soal pencerobohan kerana berdasarkan sejarah Sabah adalah milik mereka.
“Kami tidak pernah menggunakan perkataan menuntut kerana Sabah adalah milik kami,” katanya.
Semasa serangan tentera untuk mendapatkan semula Tanduo pada Mac 2013, Azzimudie dan beberapa pengikutnya melarikan diri ke Tawi-Tawi tempat di mana dia telah bersembunyi sehingga kematiannya.
Kira-kira 60 orang, termasuk sembilan anggota keselamatan rakyat Malaysia terbunuh, dalam operasi terhadap kumpulan lelaki bersenjata Sulu.
Lain-lain yang ditahan termasuklah anak Esmail, Datu Amir Bahar Husin Kiram.
Mereka telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) dan kemudiannya didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk pengkhianatan.
Perbicaraan sedang berjalan.

-Fmt

Wednesday, January 28, 2015

Bekas Isteri Pengacara Jimmy Shanley DIJATUHI HUKUMAN PENJARA kes Hak Lawatan Anak difailkan Jimmy


Shah Alam: Bekas isteri pengacara dan penyampai radio Jimmy Shanley dipenjara tujuh hari bermula hari ini oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana melanggar perintah mahkamah membabitkan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania yang difailkan Jimmy, dua tahun lalu.
Hakim Syarie, Mawardi Che Man memutuskan demikian terhadap Nursuhaila Eliani Suhaimy, 29, selepas menolak tunjuk sebab yang dikemukakan wanita itu.
Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan sehingga 4 petang ini untuk peguam syarie Sa'adiah Din yang mewakili Nursuhaila memfailkan permohonan bertulis bagi menggantung pelaksanaan hukuman itu ke atas anak guamnya.
Pada 7 Mei 2013, Jimmy atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 35, memfailkan permohonan perintah komital (pemenjaraan) terhadap Nursuhaila Eliani yang didakwa melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah.
Jimmy mendakwa masih gagal berjumpa anaknya, walaupun mahkamah pada 8 April 2013 mengeluarkan perintah membenarkan hak lawatan dan bermalam dengan anaknya.

DIUGUT BUNUH Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan


Sekumpulan kira-kira 20 orang individu cuba menyekat Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan daripada memasuki ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Saravanan dijadual mengadakan sidang media berkaitan krisis semasa parti itu.

Kumpulan lelaki itu mendakwa dilantik oleh Presiden Datuk Seri G Palanivel dan Setiausaha Agung G Kumar Aaman sehari sebelumnya untuk menjaga bangunan itu.

Mendengar perkara itu, kira-kira 200 orang yang mengiringi Saravanan tampil menjerit: "Palanivel sudah mabuk".

Ketegangan itu berlanjutan kira-kira sejam sebelum tibanya pihak polis, diikuti orang ramai bersurai.

Bagaimanapun, drama itu tidak tamat di situ.

Sidang media Saravanan berlangsung 30 minit lewat daripada dijadual, di mana beliau menerima dua ancaman bunuh melalui telefon.

Saravanan malah memainkan ancaman itu dengan kuat melalui speaker telefonnya untuk didengari bersama kumpulan wartawan.

Pemanggil itu bercakap dalam bahasa Melayu dan mengancam hendak menembak Saravanan.

Saravanan kemudian mengejeknya supaya benar-benar menembaknya kerana “pemberita mahu melihatnya”.

Tuesday, January 27, 2015

Pesawat drone terhempas di Rumah Putih


Sebuah pesawat kawalan jauh drone terhempas dalam kawasan Rumah Putih pagi Isnin menyebabkan kawalan keselamatan menjadi ketat.

Ia pada mulanya dibimbangi membawa ancaman kepada kediaman rasmi dan pejabat Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama.

Insiden itu berlaku kurang dua minggu selepas sebuah drone dikesan terbang di atas istana presiden Perancis di Paris, lapor Foxnews.com.

Laporan itu menyebut, agensi risikan berkata saiz drone tersebut sepanjang dua kaki dan dikenali dengan nama komersial "quadcopter."

Jurucakap agensi risikan Brian Leary berkata pegawai yang bertugas di bahagian selatan Rumah Putih “mendengar dan melihat" drone itu terbang rendah pada awal pagi.

Drone itu bagaimanapun didapati bukan ancaman kepada keselamatan Rumah Putih.

Seorang lelaki mendakwa bertanggungjawab terhadap insiden itu.

Menurut jurucakap agensi risikan AS Nicole B Mainor, individu itu menghubungi pihaknya dan melaporkan sendiri insiden itu.

Lelaki itu juga, kata Mainor, menjelaskan drone itu hanya digunakan untuk kegunaan rekreasi.

(HAJI HADI SOUND DIRECT) PASMA dipersilakan TINGGALKAN Pas


KUALA LUMPUR 26 Jan. - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) ‘dipersilakan’ untuk meninggalkan Pas sekiranya pendirian pertubuhan itu tidak lagi sehaluan dengan parti.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ‘bahtera’ yang dikemudikan setiap parti dalam pakatan pembangkang adalah berbeza.
Beliau secara berkias meminta semua pihak di dalam Pas agar jangan membocor dan merosakkan ‘bahtera’ parti sekiranya mereka merasakan ‘bahtera’ itu bergerak perlahan serta mempunyai kekurangan.
“Pasma ini ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka, yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.
“Pergilah ke kapal DAP, kapal Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook milik beliau hari ini.
Pada 26 Oktober lalu, Abdul Hadi membidas Pasma kerana mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang melarang ahli-ahli parti menyertai pertubuhan tersebut.
Beliau ketika itu turut mempersoalkan status Pasma yang kononnya bergerak selari dengan kepentingan parti dan secara sinis menggambarkan tidak tahu asal usul mereka yang dianggap ‘entah daripada spesies mana’.
Pasma yang diketuai Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan pada 11 Ogos lalu ketika Pas dilanda konflik dalaman yang serius ekoran perbezaan pendirian dalam kalangan pemimpin-pemimpinnya berhubung krisis Menteri Besar Selangor.
Pasma yang didalangi kumpulan Anwarinas dan sering mengkritik pimpinan tertinggi Pas termasuk Abdul Hadi tidak disenangi oleh golongan ulama di dalam parti.
Phahrolrazi dalam wawancara dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini yang disiarkan pada 21 Januari lalu mendakwa, Abdul Hadi seolah-olah tidak berminat lagi untuk berada dalam pakatan pembangkang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu membuat andaian tersebut berdasarkan sikap Abdul Hadi yang enggan menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Sementara itu, Abdul Hadi turut mengingatkan tentang peranan penting yang dimainkan Majlis Syura Ulama Pas dalam memandu parti agar tidak terbabas daripada sempadan syarak.
“Kita menggabungkan para ulama yang menguasai kepelbagaian bidang dalam memutuskan sesuatu ijtihad mengikut kesesuaian zaman,” ujarnya.
Beliau juga menyarankan ahli-ahli Pas mencontohi pendekatan bekas Timbalan Presiden Pas, Allahyarham Datuk Dr. Zulkifli Muhammad yang sanggup menarik balik cadangan membuka keahlian bersekutu kepada orang bukan Islam setelah dibantah oleh golongan majoriti dalam parti.

MAS "DISERANG" lagi, Laman Web pula Digodam, Maklumat Sulit Penumpang Dipaparkan


Hong Kong: Penggodam yang menceroboh laman web Malaysia Airlines (MAS) pagi tadi mengugut untuk mendedahkan maklumat yang dicuri daripada pelayan (server) malaysiaairlines.com ke Internet.

Kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka Lizard Squad itu memuat naik foto di Twitter didakwa memaparkan maklumat penerbangan pengguna MAS termasuk seorang menteri kabinet.

Foto berkenaan memaparkan maklumat tempahan yang dibuat seorang pengguna, Amy Keh yang berkata, tempahan dibuat pada Oktober lalu untuk ibu dan dua saudara yang akan terbang ke Taiwan, Mac depan.

 "Saya risaukan keselamatan mereka. Sekarang seluruh dunia tahu mereka akan ke Taipei," kata Amy yang dihubungi agensi berita AP hari ini.

 Sementara itu pegawai menteri berkenaan yang dihubungi wartawan Harian Metro memberitahu maklumat destinasi menteri terbabit adalah benar namun tiada pengesahan sama ada beliau menggunakan perkhidmatan MAS atau syarikat penerbangan lain.

 “Saya sahkan beliau ke Kota Bharu untuk beberapa mesyuarat penyelarasan pasca banjir,” katanya yang enggan memberi komen lanjut mengenai isu godam berkenaan.

 Lizard Squad turut mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan terhadap rangkaian Sony PlayStation dan laman Microsoft Xbox tahun lalu. - AP

Sunday, January 25, 2015

SUKAGUAM Minta TARIK BALIK RUU mengenai MEROTAN ANAK satu Jenayah


Cadangan menjadikan kesalahan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 disaran ditarik balik kerana dibimbangi melahirkan generasi 'besar kepala' dan tidak menghormati ibu bapa.

Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata pelaksanaan akta seumpama itu akan disusuli dengan tindakan memisahkan anak dengan ibu bapa sehingga berusia 18 seperti yang berlaku di Sweden.

Katanya, kesalahan jenayah melibatkan dua elemen iaitu actus reus (perlakuan) dan mens rea (niat jenayah).

"Niat jenayah hanya wujud andai ia berlaku secara konsisten dan tidak bersebab. Merotan anak bagi tujuan mengasuh jelas terkeluar daripada pengertian ini," katanya kepada Bernama.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata merotan anak berkemungkinan menjadi kesalahan dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.

Khairul Anwar turut berkongsi maklumat bahawa beberapa pihak di Sweden mendakwa undang-undang perlindungan kanak-kanak di bawah Seksyen 4A, Bab 4 Kanun Keseksaan Sweden dimanipulasi untuk mengaut keuntungan apabila wujudnya 'industri anak angkat' di negara itu.

Beliau berkata pemberi maklumat dan ibu bapa angkat di negara itu diberi bayaran sehingga RM4,300 sebulan bagi seorang anak angkat yang dijaga.

Tambahnya, merotan anak-anak adalah diharuskan oleh Islam bagi tujuan mendidik seperti yang disebut di dalam hadis Nabi Muhammad.

Senada dengan Khairul Anuar, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut mencadangkan agar ia dikaji secara terperinci, merangkumi pelbagai aspek terutama berkaitan tuntutan agama Islam yang mengharuskan ibu bapa merotan anak-anak bagi tujuan mendidik.

"Perkara ini perlu dikaji secara mendalam dengan melibatkan pandangan banyak pihak dan meneliti pelbagai aspek termasuk peranan ibu bapa dalam mendidik anak dengan cara tersendiri kerana mereka lebih mengenali anak-anak mereka," katanya.

Mas Ermieyati berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga perlu meneliti tafsiran merotan yang terkandung dalam perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) kerana ia merujuk kepada aspek penderaan termasuk penderaan mental terhadap kanak-kanak.

Sementara itu Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut berkongsi pendapat sama berkata, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk menggubal rang undang-undang baharu itu sebaliknya perlu menelitinya dengan lebih mendalam.

"Saya harap pihak kementerian (KPWKM) mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak berkepentingan seperti Persatuan Ibu Bapa, pakar psikologi, NGO dan pakar-pakar berkenaan sebelum keputusan dibuat.

"Jabatan Peguam Negara juga perlu mengadakan satu pertemuan segera dengan semua pihak termasuk Wanita Barisan Nasional (BN) untuk mendengar penjelasan dan maklum balas mengenai kesan terhadap undang-undang yang akan dilakukan," katanya.

Sebaliknya, Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page) Datin Noor Azimah Abdul Rahim menyokong cadangan itu kerana perbuatan merotan hanya akan menyebabkan anak-anak dilanda kemurungan dan memberontak.

Katanya, hukuman merotan sudah tidak relevan pada masa sekarang.

Bernama 

(ROTAN ANAK SATU JENAYAH) Keputusan Kementerian Wanita SELARI Dengan TUNTUTAN COMANGO


Ketua Delegasi Gabungan Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) ke Geneva, Azril Mohd. Amin, pernah dipetik mengatakan bahawa ancaman dari Comango berterusan walaupun sesi UPR 2013-2014 telah selesai di Geneva semasa sidang UPR untuk Malaysia berakhir pada bulan Mac 2014. Saudara Azril yang kini menjadi Ketua Eksekutif CENTHRA-www.centhra.org (sebuah badan penyelidikan dan advokasi hak asasi manusia menurut perspektik Islam), turut menjangkakan bahawaCOMANGO akan terus membuat pelbagai tuntutan sehingga sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) berikutnya pada 2017.
Walaupun kita merasa syukur dengan beberapa keputusan positif yang dibuat oleh kerajaan semasa di Geneva ketika itu namun ianya tidak selesai begitu sahaja. (UPR: Alhamdulillah Syukur – Namun Kerja Masih Panjang) Benarlah jangkaan Sdr. Azril bahawa agenda COMANGO tidak terhenti selepas Mac 2014 lalu.
Semalam, menteri Rohani Karim dipetik berkata bahawa merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.
Sebenarnya dalam laporan tuntutan COMANGO ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk proses UPR (baca: Apa itu UPR (Universal Periodic Review)? dan juga Anda MESTI TAHU ambil tahu Ancaman COMANGO telah pun menyebut tentang CRC (atau Convention on the Rights of the Child). Mereka telah pun menekankan dalam cadangan mereka di baris pertama laporan mereka untuk menuntut perlaksanaan CRC sepenuhnya .
Apakah keputusan kerajaan ini merupakan sebagai suatu kejayaan COMANGO?
Sumber: Karim's Blog

(DATUK Saifuddin VS DATUK Ab Rahman Dahlan):Puak Liberal SOKONG DAP KAFIR HARBI vs. Puak Islam UMNO SOKONG PAS




Kebimbangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pilihan raya kerajaan tempatan akan membawa kepada perselisihan kaum menerima reaksi sinis daripada "Pejuang LIBERAL" seorang bekas anggota kabinet, Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam tulisannya di Twitter, bekas MP Temerloh itu dengan sinis menyifatkan Hadi sebagai “penyelamat umat” kerana mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Saifuddin yang juga CEO Global Movement of Moderates turut mengaitkannya dengan pendirian PAS sebelum ini dalam isu pelantikan wanita sebagai menteri besar.

“Hadi kata perempuan tak boleh jadi menteri besar (demi) menyelamatkan mereka daripada neraka. Tak boleh (jalankan) pilihan raya PBT (kerana untuk) menyelamatkan daripada (peristiwa 13 Mei).

“Penyelamat umat!,” katanya.

Hadi merupakan tokoh utama dalam Pakatan Rakyat yang menentang pelantikan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Beliau juga menegur rakannya dalam BN, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bersetuju dengan sentimen Hadi.

Katanya, kedua-duanya tersasar daripada hujah sebenar mengenai pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan itu.

Video Maharaja Lawak Mega 2014 Full Episode [Minggu 1–11 Suku Akhir]


Sempena Menteri Wanita buat lawak





Berikut adalah senarai semua episod Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)yang telah disiarkan setakat ini. Klik pada pautan untuk menonton video secara online. Senarai video dan pautan akan dikemaskini sebaik sahaja rancangan bermula. Sila refresh page untuk link video terkini.

Senarai Video Maharaja Lawak Mega 2014

Berikut adalah senarai video Maharaja Lawak Mega 2014 full online setakat minggu 11 (Suku Akhir) :
Minggu
Persembahan / Kumpulan
Man Of The MatchTersingkir
Kerusi Panas 1MamuSamuraiSakanChilokJbond,
Gap2SparkEkzos 
---Pemenang: Ekzos, Samurai
Kerusi Panas 2QtaroZeroTokenGloryCakShake,
BadboyWala 
---Pemenang: Wala, Zero, Shake
Minggu 1ComeyWalaShakeSamuraiJalor
Nabil,ZeroBocey,
ShiroSayotSYJEkzos,Sepahtu
Kepoh dan Virus 
Zizan Razak (Virus)Kepoh dan Sayot
Minggu 2SYJEkzosBoceyZeroShakeShiro,
Samurai,
NabilWalaSepahtuComey,Virus dan Jalor
Jep
(Sepahtu)
Tiada penyingkiran
Minggu 3ShiroSamuraiSepahtuJalorComey,
VirusWala,
NabilSYJShakeZeroEkzosdan Bocey
Shuib (Sepahtu)Samurai
Minggu 4 Abam (Bocey)Tiada penyingkiran
Minggu 5EkzosComeyNabilShakeZeroSYJ,
Wala,
JalorVirusBoceySepahtu danShiro
Acey (Bocey)Wala dan Ekzos
Minggu 6ShakeJalorShiroComeyBoceyVirus,
SYJ,
SepahtuNabil dan Zero
Dato' AC MizalComey
Minggu 7ZeroNabilJalorSYJShiroShakeBocey,
Virus dan Sepahtu
Jep
(Sepahtu)
Shake
Minggu 8VirusSYJZeroNabilJalorSepahtu,
Shiro dan Bocey
Shahrol (Shiro)Tiada penyingkiran
Minggu 9JalorShiroBoceySepahtuVirusZero,
Nabil dan SYJ
Atu
(Zero)
Jalor
Minggu 10
  • Persembahan pertama "Trend Terkini":
  • Persembahan kedua "Radio": 
Ajak (Shiro)SYJ


Minggu 11 (Suku Akhir)
  • Persembahan pertama "Silent Comedy":
  • Persembahan kedua "Karoot Komedia": 
Jep
(Sepahtu)
Tiada penyingkiran
Minggu 12 (Separuh Akhir)
Minggu 13 (Final / Akhir)


Penafian: Pihak kami tidak memuatnaik atau menghos video-video di atas. Kami hanya membuat pautan ke atas video-video yang sedia ada samada di Youtube, Dailymotion, Facebook atau Astro Gempak.

sumber: malaysiatercinta.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com