innity

pages

Saturday, February 28, 2015

TERKINI: Sah RON95 naik 25 sen kepada RM1.95 seliter - KPDNKK


TERKINI....

Kerajaan telah memutuskan harga baru bagi RON 95 akan dinaikan kepada 25 sen seliter kepada RM 1.95 seliter...

manakala RON 97 dinaikan sebanyak 25 sen seliter kepada RM2.25 seliter dan Diesel dinaikan sebanyak 25 sen seliter kepada RM 1.95 seliter.

Harga baharu itu akan berkuatkuasa mulai 12.01 pagi pada 1 Mac 2015.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK, Menterinya Datuk Seri Hassan Malek berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga minyak dan kadar tukaran asing bagi menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

Harga minyak naik tengah malam ini


BANGI, 28 Feb – Harga runcit baharu petrol dan diesel bagi Mac akan berkuat kuasa mulai tengah malam ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Beliau bagaimanapun enggan memaklumkan sama ada harga baharu petrol dan diesel yang bakal diumumkan nanti meningkat ataupun sebaliknya.
Difahamkan harga bahan bakar itu dijangka naik 20 sen berikutan peningkatan harga minyak dunia. Berikut  pula adalah mesej yang tersebar di media sosial:
"(Price Change) Dear Retailers, Please take note of price revision below:
RON 95 RM1.90 (increase RMO.20 sen from RM1.70)
Diesel RM1.90 (increase RM0.20 sen from RM1.70)
RON 97 RM2.20 (increase RM0.20 from RM2.00) 
Pls ensure the updates are effective 0001 hours on 1st March 2015. Thank You"
Khamis lalu, ISMAweb melaporkan harga minyak petrol – RON 95 dan RON 97 – di pasaran dijangka akan naik semula selepas suku pertama tahun ini berikutan peningkatan harga minyak mentah dunia
Dalam satu temu bual dengan Malaysian Digest, Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman bagaimanapun berkata, persatuan itu tidak terbabit dalam penetapan harga bahan api berkenaan, sebaliknya mematuhi harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

[PAS BERGOLAK, AHMAD AWANG vs HADI AWANG?] Tuc Tok Usin Ceroi DEDAHKAN Jebon (Mat Sabu & Geng) SEDANG BERLAWAN dengan Jebon (Husam, Ahmad Awang & Geng)

 
Berikut adalah tulisan FB Tuc Tok Usin Ceroi:

Sedikit rahsia tok nak dedahkan dgn apa yg telah berlaku sehingga hari ini,sebenarnya jebon ini terdiri drpd banyak team kerana masing2 ada cita-cita dan agenda yg tersendiri...namun team jebon yg terbesar adalah team Mat Sabu dan Husam Musa...ramai jebon menjangkakan Husam Musa akan bertanding jawatan presiden pas,tetapi itu takkan berlaku kerana husam takkan sanggup ambil risiko yg boleh membunuh karier politik dia sendiri dan sebenarnya team husam dan sediakan seorang sebagai calon presiden utk mencabar TGHH.

Husam hanya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden sahaja,namun mat sabu bagaimana pula kedudukannya? sebenarnya dah banyak kali mat sabu diminta untuk berundur dan beri laluan itu kepada husam musa,namun mat sabu berdegil dan sering memberi jawapan "biar tewas dalam gelanggang drpd undur diri' jawapan yg sangat membakar jiwa team husam...husam tahu jika bertanding tiga penjuru,mereka akan kalah,husam terpaksa cari jalan supaya hanya berlaku 1 lawan 1 untuk jawatan timbalan presiden supaya undi tak pecah..maka apa jalan sekali pun mat sabu wajib disingkirkan.

Maka kini impian husam telah berjaya apabila mat sabu telah terperangkap dalam rakaman audio nya sendiri yg telah tok dedahkan beberapa hari yg lepas,memang mat sabu berada dipenghujung karier politiknya dalam pas,dia tak dapat elak lg dgn pengkhianatan yg dia telah buat tu...namun itu hanya satu bab,dari satu bab lagi mat sabu sebenarnya ditikam oleh kawan yg menjadi lawanya dalam perebutan jawatan ..!! hampa boleh pikiaq kot?

Rumusannya sekarang ni team husam sedang mendahului mat sabu 1-0 setelah video mat sabu tersebar...kini husam telah berada di zon selesa untuk bertanding jawatan timbalan presiden pas.

Ok..kita dah tau skrg siapa yg akan bertanding jawatan timbalan presiden pas bagi mewakili puak2 jebon,persoalannya siapa pula yg akan bertanding jawatan presiden???takkan jebon masih nak biarkan pada TGHH??jawapannya tidak kerana jebon dah standby calon utk jawatan presiden.

Siapa yg akan lawan TGHH untuk jawatan presiden???

Sebelum meneruskan siapa calonnya,tok dedahkan dulu jenis2 saraf yg sedang disusun dan dimainkan oleh seluruh jentera jebon dan talibarut-talibarutnya yg diluar pas..2 jenis saraf yg depa mainkan terhadap TGHH,

Pertamanya berbentuk ekstrim untuk menunjukkan seolah2 TGHH sgt lemah dan sudah wajib berundur,iaitu dgn cara mendesak TGHH lepaskan jawatan presiden kepada pemimpin yg lebih layak,contohnya seperti desakan yg dibuat oleh AMK Pulau Pinang semalam...

Keduanya pula saraf bersifat sayang dalam benci seperti saraf yg dibuat oleh ishak surin pas batu dan loya 7 undi zulhazmi shaarif yg mendesak TGHH lepaskan jawatan presiden dan terima jawatan sebagai Mursyidul AM..itu jenis saraf yg dicipta bagi menampakkan seolah2 TGHH seorang yg tamak jawatan presiden jika tak terima cadangan depa..jika TGHH terima jawatan Mursyidul Am dan lepaskan jawatan presiden maka jebon akan berjoget riang la berjaya menakluk pas,jika TGHH pertahankan jawatan presiden,jebon akan cakap TGHH tamak jawatan presiden ..itulah saraf yg depa sedang susun.

OK...Siapa yg akan mencabar TGHH dalam jawatan presiden nanti??? jawapannya adalah Ust Ahmad Awang...kenapa???dilain masa tok jelaskan kenapa dan apa preancangan yg jebon dah buat utk jawatan presiden...!!!

kesimpulan utk siri ni,bukan tok yg bunuh karier politik mat sabu tetapi pihak lawan mat sabu yg bunuh karier politik beliau kerana jebon sedang bercakaran sesama depa skrg bg merebut jawatan,dan mat sabu adalah korban depa yg pertama bg menutup isu hatta ramli..!!!

* Tok sedang menunggu maklumat drpd team mat sabu utk membalas balik serangan drpd team husam,sama2 kita nantikan..dah 50% sampai tapi tok perlukan bukti yg shohih jika depa nak tok dedahkan,kita tunggu depa tgh dapatkan..jika depa dapat bukti tu,kedudukan akan jadi 1-1 nanti .
# Bongkar Sampai Jebon Kelupoq dan Tersungkoq "

Friday, February 27, 2015

Polis ingatkan Orang ramai tidak sertai himpunan #kitalawan esok


Polis memberi amaran agar orang ramai tidak menyertai perhimpunan #KitaLawan yang dijangka diadakan esok di pusat-beli belah Sogo kerana pihak penganjur tidak membuat permohonan daripada polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata pihak polis tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu.

"Mana-mana orang yang terlibat dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan (memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan, atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Perhimpunan itu dijangka berlangsung esok bagi menyatakan sokongan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersalah meliwat. 
Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.     
Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor. – Bernama, 27 Februari, 2015.

(AS KUASAI LAUT CINA SELATAN)Pesawat Poseidon AS pantau Laut China Selatan - Filipina


MANILA: Amerika Syarikat menerbangkan pesawat pengawasan termaju dari pangkalan tentera di Filipina ke kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan, menurut pihak berkuasa Filipina.
Dengan anggota Filipina tentera berada dalam pesawat, Tentera Laut AS menerbangkan P-8A Poseidon dari bekas pangkalan udara yang terletak kira-kira 80 kilometer ke utara Manila di ruang udara kawasan yang dipertikaikan pada 17 Februari lalu.
Filipina kini bertelingkah dengan China berhubung tuntutan ke atas sebahagian Laut China Selatan berhampiran pesisiran Filipina.
"Tujuannya ialah untuk mengawasi Laut China Selatan bagi memastikan kebebasan pergerakan," kata jurucakap tentera, Kolonel Restituto Padilla kepada wartawan ketika membincangkan penerbangan itu.
Jurucakap Tentera Laut Filipina, Komander Lued Lincuna, berkata penerbangan itu adalah "perjalanan bagi membiasakan diri".
"Mereka menunjukkan kami keupayaan pengawasan pesawat berkenaan, iaitu sesuatu yang kami tidak miliki," kata Lincuna.
Kenyataan Tentera Laut AS pula menyatakan penerbangan itu bertujuan "meningkatkan kefahaman dan menunjukkan keupayaan" apa yang disifatkannya sebagai pesawat jarak jauh, anti-kapal selam, anti-peperangan di permukaan dan pengawasan termaju.
"Berkongsi keupayaan pesawat ini dengan sekutu kami hanya mengeratkan lagi hubungan erat," menurut kenyataan itu.
Pesawat Poseidon adalah "jauh lebih senyap" dan memerlukan kurang penyelenggaraan berbanding pesawat P-3 Orion yang lebih lama dan ia mencatatkan 180 jam penerbangan semasa berada di Filipina dari 1 hingga 21 Februari.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memberikan butiran penerbangan kecuali satu-satunya penerbangan di pantai pulau Luzon yang menghadap Laut China Selatan seperti yang dirujuk tentera Filipina.
China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan yang juga laluan utama perkapalan dunia dan dipercayai kaya dengan simpanan minyak dan gas. - AFP

‘Rayuan Seks’ Militan IS cuba MEMPERDAYA Remaja Perempuan Malaysia


PETALING JAYA: Gambar-gambar ‘abam handsome’ (lelaki tampan) dilihat digunakan untuk menarik minat remaja perempuan menyertai kumpulan militan di Syria.

Terbaharu pihak yang merekrut anggota baharu mengambil kesempatan dengan kaedah ‘rayuan seks’ untuk menarik minat remaja perempuan yang mudah tertipu.

Salah satu pengendali akaun Facebook, dikenali sebagai Abu Chechnya di Rusia (http://on.fb.me/ 1Avavyn), meletakkan gambar militan Chechen di Syria.

militan IS

Menerusi ruangan komen pada gambar itu, secara terang pengendali akaun Facebook itu membalas komen seorang pengguna lain dengan menulis: “Ada yang berkenan ke kat dalam gambar tu??? Abam2 shishani handsome2 wowww hahaha!!! (Berminat dengan sesiapa di dalam gambar? Orang-orang di sini kacak).”

Ahli psikologi klinikal, Prof Madya Dr Alvin Ng berkata secara umumnya remaja cenderung mendekati apa sahaja yang menarik minat mereka.

“Remaja perempuan dan lelaki berdarah panas. Terutamanya mereka dari keluarga yang bermasalah mudah tertarik dengan unsur pengembaraan dan cuba untuk melarikan diri kerana mereka percaya tempat baharu mungkin lebih baik,” katanya.

Pihak yang merekrut juga bijak bermain dengan emosi apabila menyatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang dipilih hingga membuatkan remaja itu berasa istimewa.

“Anak-anak muda yang merasa seperti seorang buangan di rumah mereka sendiri atau masyarakat mudah untuk terpedaya,” katanya.

Menurut Dr Ng, adalah tidak adil untuk menyalahkan sistem pendidikan apabila golongan muda dari Malaysia berasa terdorong untuk berperang di negara lain.

“Keadaan ini juga boleh berlaku kepada golongan muda dan orang dewasa di negara-negara maju. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi memungkinkan ahli militan direkrut dari seluruh pelusuk dunia,” katanya.

Dr Ng berkata menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk menerangkan kepada kanak-kanak ini mengenai akibat daripada tindakan mereka.

“Mereka perlu membuat anak-anak mereka rasa berharga dan dihargai. Ia penting supaya mereka tidak mudah terpengaruh untuk meninggalkan rumah.

“Sama seperti di tempat kerja. Jika seseorang pekerja itu rasa dihargai, tidak mudah bagi mereka untuk meninggalkan tempat kerjanya,” katanya.-mstar.

 

Kajian LPPKN: 16.7% Wanita Bekerjaya Membiarkan Anak TANPA Pengawasan

 
Pengerusi LPPKN, Tan Sri Napsiah Omar berkata, berdasarkan hasil prauji Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) yang dijalankan pada September hingga Disember tahun lalu, sebanyak 16.7 peratus wanita bekerja melakukan perkara tersebut.

Hasil prauji KPKM-5 di seluruh negara itu turut mendapati 38.9 peratus wanita bekerja menggunakan perkhidmatan pengasuh bagi menjaga anak yang berusia enam tahun ke bawah, 11.1 peratus (dijaga ibu bapa atau mentua), 11.1 peratus (dijaga saudara-mara) dan 11.1 peratus (pusat asuhan di tempat kerja).

Thursday, February 26, 2015

(PERATURAN TAK MASUK AKAL) Imigresen BENARKAN Warga Thailand Masuk Tanpa DOKUMEN SAH Setiap Sabtu & Ahad di Wang Kelian



Kelonggaran diberikan kepada warga Thailand memasuki negara ini menerusi pintu masuk di Wang Kelian tanpa mengemukakan sebarang dokumen sah pada Sabtu dan Ahad, perlu dibatalkan dengan segera atas sebab-sebab keselamatan.
         
Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) Datuk Mohd Johari Baharum berkata, keistimewaan Imigresen di Wang Kelian itu menyumbang kepada kelonggaran kawalan keselamatan di kawasan sempadan negara.
         
"Saya tengok penempatan-penempatan kita di kawasan sempadan sangat longgar dari segi keselamatannya. Sebab itu saya tengok (berlaku) penyeludupan barangan subsidi kita ke Thailand, selain penyeludupan senjata api dan mercun (dari negara jiran ke Malaysia.)
         
"Kita mahukan mereka yang keluar masuk sempadan mesti mempunyai dokumen yang sah di sisi undang-undang. Sekarang ini tidak ada, di Wang Kelian hanya angkat tangan sahaja, memudahkan penjenayah keluar masuk Malaysia," katanya kepada Bernama.
         
Rakyat Thailand yang menggunakan pintu masuk Wang Kelian pada Sabtu dan Ahad dibenarkan memasuki negara ini sehingga sejauh 3km tanpa menggunakan sebarang dokumen Imigresen yang sah.
         
Warga Malaysia turut menikmati keistimewaan yang sama dan dibenarkan memasuki Thailand sehingga 3km jauh pada hari-hari terbabit.

Menurut Johari, cadangan supaya kelonggaran Imigresen di pintu masuk Wang Kelian itu ditarik balik telah pun dikemukakan secara rasmi kepada kerajaan dan mahukan tindakan sewajarnya dilakukan.
         
Beliau juga akan menyuarakan isu tentang Wang Kelian itu pada siding Parlimen tidak lama lagi.
         
Anggota Parlimen Kubang Pasu itu berkata, setiap hari Sabtu dan Ahad wujud keadaan "free for all" di Wang Kelian dengan warga asing bebas memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan sah dan pasport antarabangsa.
         
"Bilangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan buruh tanpa permit di Malaysia telah mencecah sehingga 8 juta. Saya cadangkan supaya (keistimewaan Imigresen) di Wang Kelian itu ditarik balik," katanya.
 
Beliau difahamkan, walaupun warga Thailand hanya dibenarkan memasuki Malaysia sejauh 3km daripada pintu masuk Wang Kelian pada hari terbabit, tetapi ada yang tidak mengendahkan peraturan itu dan pergi jauh daripada jarak itu.
 
"Dia kata 3km, tetapi adakah kita pasti (mereka) pergi setakat itu sahaja. Yang saya tahu memang lepas la (melebihi daripada jarak 3km)," katanya dan menambah, kelonggaran Imigresen di Wang Kelian itu boleh memudaratkankeselamatan negara.
         
Menurutnya, terdapat kemungkinan kelonggaran pemeriksaan Imigresen di pintu masuk Wang Kelian pada Sabtu dan Ahad itu bukan sahaja digunakan oleh warga Thailand, tetapi juga warga asing daripada negara-negara lain.
         
Katanya, kerajaan perlu mengekalkan kedaulatan wilayah dengan memastikan setiap warga asing yang berhasrat memasuki negara ini mengemukakan pasport atau pas sempadan bagi penduduk yang tinggal di kawasan sempadan.
         
"Kerajaan mesti ambil tindakan," kata beliau dan menambah, kebebasan rakyat asing untuk keluar masuk Malaysia menerusi Wang Kelian tanpa dokumen pada Sabtu dan Ahad perlu dihentikan.

Kerajaan negeri Perlis dan pentadbiran wilayah Satun (Thailand) bersetuju supaya kemudahan pergerakan bebas itu dilaksanakan semula pada 5 Disember 2008.
         
Dengan kemudahan itu, rakyat Malaysia tidak perlu mengemukakan pasport atau pas sempadan untuk ke Wang Kelian atau Wang Prachan di sebelah Thailand danbegitu juga rakyat negara jiran itu tidak perlu mengemukakan dokumen perjalanan untuk berbelanja di sini.
         
Kemudahan itu pernah diperkenalkan pada 1998 namun ditarik balik pada Februari 2008.

Bernama

Harga minyak bakal naik semula


BANGI, 26 Feb – Harga minyak petrol – RON 95 dan RON 97 – di pasaran dijangka akan naik semula selepas suku pertama tahun ini berikutan peningkatan harga minyak mentah dunia, kata Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM).
Dalam satu temu bual dengan Malaysian Digest, hari ini, Presiden PDAM, Datuk Hashim Othman bagaimanapun berkata, persatuan itu tidak terbabit dalam penetapan harga bahan api berkenaan, sebaliknya mematuhi harga yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Hanya kerajaan yang mengambil bahagian dalam penentuan harga bahan api berkenaan. Hingga kini, PDAM masih tidak tahu mengenai penyelarasan harga baru untuk April,” katanya.
Sementara itu, Hashim meluahkan kebimbangannya berikutan penurunan harga bahan api sambil menyatakan peniaga mengalami kerugian antara RM20,000 dan RM100,000 kesan kejatuhan harga minyak di pasaran.
Malah, harga petrol terus mengalami penurunan iaitu RON95 turun sebanyak 21 sen seliter manakala RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, pada 1 Februari lalu.
Harga minyak itu sekarang adalah RM1.70 seliter untuk petrol RON95, RM2 bagi RON97 dan RM1.70 bagi diesel.
Difahamkan, harga minyak mentah dunia juga meningkat kepada paras AS$ 60 (RM216.50) setong berbanding harga sebelum ini iaitu AS$48 setong dan ini memberi bayangan kemungkinan harga minyak akan meningkat tidak lama lagi.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memaklumkan bahawa penyelarasan harga baru bagi bahan api petrol ditetapkan Kementerian Kewangan selepas sistem apungan dilaksanakan sejak Disember lalu.

Wednesday, February 25, 2015

Khalid tak gentar terima ugutan bunuh


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak gentar dengan ugutan bunuh yang diterimanya daripada sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Anak Malaysia Anti Demokrasi'.
    
Khalid dalam kenyataan hari ini berkata, ugutan itu langsung tidak menakutkan beliau sebagai Ketua Polis Negara dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan menyifatkan ugutan seperti itu merupakan lumrah seorang pegawai polis yang menjalankan tugas.
    
"Ekoran daripada beberapa klip video yang tersiar dalam laman sosial yang memperkenalkan mereka sebagai kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi baru-baru ini, saya menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak berkenaan serta ingin memberikan satu gambaran yang buruk terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini.
    
"Ini menunjukkan bahawa kumpulan tersebut tidak mengenal erti sebenarnya sistem demokratik yang telah sekian lama diamalkan di negara ini dan mengugut untuk membunuh saya," katanya.
    
Dua hari lepas, video berdurasi 1 minit 27 saat menjadi viral di laman sosial YouTube, yang antara lain mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara dan meletupkan keretanya. 
    
Video klip itu memaparkan tiga lelaki bertopeng menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi di mana seorang daripada mereka mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan ugutan.
    
Mengulas lanjut, Khalid berkata, apa yang membimbangkan adalah terdapat segelintir masyarakat tidak menggunakan saluran demokrasi yang sedia ada di negara ini dan sering melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang dalam menuntut sebarang perubahan.
    
"Saya yakin masyarakat Malaysia tidak mahu melihat negara ini menjadi huru hara akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.
    
Khalid turut berkata, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang niat jahat sedemikian supaya menghentikannya dengan serta-merta kerana ia berupaya membawa implikasi keselamatan yang amat serius dan akan merosakkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama di negara ini.
 
Katanya, aktiviti dan identiti kumpulan berkenaan sedang dikesan pihak polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
    
"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada ke atas sesiapa sahaja yang mengganggu-gugat keamanan yang kita kecapi selama ini," katanya. 

(BARAT JAHAT) MH370: Spekulasi pesawat dirampas teori sensasi MAINAN media Barat


KUALA LUMPUR: Komplot rampasan MH370 yang didakwa didalangi Russia dan disembunyikan di Kazakhstan adalah teori sensasi media barat menjelang ulang tahun kehilangan pesawat itu, 7 Mac ini, kata pakar penerbangan tempatan.
Bekas Ketua Juruterbang Serantau Penerbangan Malaysia (MAS), Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, berkata tidak dinafikan pesawat MH370 boleh sampai ke Kazakhstan menggunakan muatan minyak sedia ada.
Bagaimanapun, bagi menjayakan konspirasi itu katanya, beberapa negara seperti India, Pakistan, Thailand dan China perlu sama berkomplot dengan Russia untuk menafikan radar mereka mengesan MH370 pada 8 Mac tahun lalu.
"Pengesanan pesawat komersial tidak memerlukan radar berteknologi tinggi atau yang digunakan tentera, meskipun transponder (sistem isyarat pengenalan) kapal terbang dimatikan.
"Muatan minyak kira-kira lapan jam sememangnya mencukupi untuk MH370 sampai di Kazakhstan, tetapi persoalan di sini, adakah negara-negara lain yang berada di sepanjang laluan pesawat itu akan berkomplot sama dengan Russia," katanya ketika dihubungi BH.
Beliau antara pakar penerbangan tempatan yang menyangkal dakwaan dakwaan penulis sains rakyat AS, Jeff Wise, dan diterbitkan portal berita Daily Mail, kononnya Presiden Russia, Vladimir Putin bertanggungjawab mengarahkan plot rampasan MH370 untuk dibawa ke Baikonur Cosmodrome, kira-kira 200 kilometer di timur Laut Aral, Kazakhstan.
Nik Huzlan berkata, Baikonur Cosmodrome yang juga pusat pelancaran roket terbesar di dunia itu dilengkapi sistem keselamatan tinggi, selain tiada pesawat dibenarkan melintasi ruang udara berkenaan sewenang-wenangnya.
Katanya, Kazakhstan tidak mungkin bersekongkol dengan Russia dan menyembunyikan MH370 walaupun negara yang terkenal dengan kekayaan hasil bumi itu adalah pecahan daripada Kesatuan Soviet, sebelum mereka berpecah pada 1991.
"Semua orang seolah-oleh cepat percaya setiap kali spekulasi liar seperti ini dimainkan media Barat, cuba artikel sama dimuat naik oleh media tempatan.
"Sudah tentu masyarakat dunia akan berterusan mencemuh dan menggunakannya sebagai pengukur kualiti laporan atau analisis pakar tempatan," katanya.
Sehubungan itu, Nik Huzlan yang berpengalaman lebih 30 tahun sebagai juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menyarankan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan teori sensasi.
Malah, beliau tidak menolak kemungkinan dalam tempoh 14 hari menjelang ulang tahun kehilangan MH370 pada 7 Mac ini, pelbagai spekulasi dan teori sensasi akan terus diputarkan 'penganalisis penerbangan segera'.

Tuesday, February 24, 2015

ADIK BERADIK NAJIB bimbang Spekulasi bahawa Tun Razak Tinggalkan banyak Harta


Keluarga Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein hari ini menolak cakap-cakap tentang peninggalan harta perdana menteri kedua Malaysia itu dengan mengatakan Allahyarham seorang yang berjimat dan berintegriti.

Kenyataan dikeluarkan beberapa hari selepas laporan The New York Times memetik kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri yang mengatakan kekayaan Datuk Seri Najib Razak datang daripada peninggalan keluarganya, selepas laporan mengatakan anak tirinya membeli hartanah mewah di New York, Amerika Syarikat (AS).

"Kami amat bimbang yang laporan berita dan tulisan mengenai spekulasi tentang butir-butir harta peninggalan yang ditinggalkan arwah ayah kami, Tun Abdul Razak," kata keluarganya dalam kenyataan yang ditandatangani anak- anak bekas perdana menteri itu – Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir.

"Kami ingin menyatakan secara rasmi yang Tun Abdul Razak seorang yang berprinsip, dikenali ramai dengan sikap berjimat dan integritinya, dan mana-mana kenyataan yang mencadangkan sebaliknya adalah palsu dan menyalahi memori dan khidmatnya serta pengorbanannya kepada negara.

"Kami akan hadapi sesiapa sahaja akan cuba mencemarkan memorinya, apa pun motif di sebaliknya.

"Kami juga ingin menambah yang seluruh keluarga kami sebulat suara dalam isu ini," tambah mereka dalam kenyataan 3 perenggan dikirim kepada The Malaysian Insider malam ini.

Artikel The New York Times bertarikh 8 Februari tentang kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho dan peranannya sebagai pelabur bagi pelbagai pihak, termasuk Riza Aziz, anak tiri kepada Najib.

Low membeli apartmen mewah di New York berharga US$33.5 juta (RM122 juta) dan rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya US$17.5 juta dalam bentuk wang tunai, bagi pihak Riza, lapor akhbar AS itu.

Laporan itu juga mengatakan Najib diserang teruk dengan berita tentang isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang berbelanja boros membeli barang kemas dan beg tangan berjenama.

Laporan itu berkata Najib "yang berpendapatan lebih kurang $100,000 (RM360,000) sebagai perdana menteri, diserang hebat oleh media tentang laporan perbelanjaan mewah isterinya."

Ia juga menimbulkan gambar Rosmah menggunakan 9 beg tangan Birkin yang berbeza, yang selalunya bernilai antara US$9,000 dan US$150,000 setiap satu.

Isu harta peninggalan keluarga Najib mula timbul apabila akhbar itu yang menunjukkan invois serta dokumen lain sebagai bukti pembayaran untuk barang kemas Rosmah dan meminta jawapan dari Pejabat Perdana Menteri.

- Malaysian Insider

(BUKTI TERBARU FEB 2015) MH370 dibawa ke Antartika?


BUKTI baru mengenai kehilangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan didedahkan dalam sebuah dokumentari menyiasat misteri kehilangan pesawat malang berkenaan.

Dalam dokumentari tersebut, pakar mendedahkan pesawat MH370 dikatakan telah sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada di dalam kokpit ke Antartika.

Ia juga akan mendedahkan maklumat data satelit yang menunjukkan pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Pakar - pakar penerbangan akan membentangkan teori-teori mereka dalam siaran dokumentari National Geographic yang bertajuk Malaysia 370: What Happened? yang akan bersiaran pada 8 Mac ini.

Mereka percaya, pesawat berkenaan telah melakukan tiga lencongan selepas terputus hubungan dan bergerak menuju ke arah Antartika.

Pakar penerbangan, Malcolm Brenner, berkata kehilangan pesawat ini telah menarik perhatian dunia dan tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini sepanjang kerjaya 40 tahunnya dalam penerbangan.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan yang mengetuai misi pencarian pesawat ini berharap dan menjangka akan ada penemuan terbaru menjelang bulan Mei.

"Seperti yang saya sering katakan, kami tidak ada kepastian tentang apa-apa, cuma ada keyakinan bahawa ia akan ditemui suatu hari nanti,” katanya.

"Ia adalah perkara yang agak kompleks sekarang dan kita menjangka untuk mempunyai maklumat terkini tetapi kami tidak meletakkan harapan untuk mengesan bangkai pesawat", katanya dipetik Mirror.uk

RAPUHNYA SISTEM DATA PENGGUNA MALAYSIA: Hanya Dengan No. Plate, Semua Maklumat Peribadi Terbongkar


Perkongsian daripada saudara Shak Hassan berkenaan dengan pengalaman yang dialami beliau baru-baru ini. Shak Hassan merupakan salah seorang penganalisa data di Datago.

Salah satu perkara yang amat tidak digemari ramai adalah berkaitan dengan kes-kes langgar lari. Baru-baru ini, isteri Shak Hassan menjadi salah satu mangsa pemandu yang langgar lari kereta isteri beliau, dan kini Shak Hassan berkongsi kisah bagaimana beliau berjaya mengesan kenderaan pemandu yang melanggar lari kereta isteri beliau dalam masa lebih kurang 5 jam.
Ketika kes ini berlaku, isteri Shak Hassan berjaya merakamkan nombor pendaftaran kenderaan, jenis kereta, dan juga mengingati secara kasar rupa fizikal pesalah. Dengan maklumat tersebut, isteri Shak telah menghubungi beliau, dan perkara pertama yang dilakukan oleh Shak adalah menyemak data pemandu yang langgar lari tersebut. Saudara Shak Hassan berkongsi kisah beliau melalui emel kepada kami;

Perkara pertama yang saya lakukan adalah log masuk ke MYEG. Sistem MYEG, azalinya, membenarkan orang awam yang mendaftar sebagai pengguna untuk memeriksa rekod urusan yang berkaitan dengan kenderaan mereka, seperti saman JPJ dan PDRM.
Di halaman ‘Summons Service’ PDRM, saya memilih ‘drop down menu’ Vehicle No. dan kombinasinya harus bersama ‘radio button‘ non-Malaysia. Masukkan susunan teks ‘captcha’ dan tekan butang ‘Check Summons’. Tiada rekod. Kesimpulannya tiada apa-apa yang MYEG dapat sediakan untuk saya buat masa ini dalam mengesan pesalah terbabit. Sekiranya kenderaan terbabit mempunyai rekod kesalahan jalan raya, keputusan carian akan memaparkan perincian kesalahan bersama maklumat pemilik kenderaan (nama penuh dan nombor kad pengenalan). Berdasarkan ayat sebelum ini, sedarlah kita bahawasanya nama penuh pemilik dan nombor kad pengenalan boleh diakses di MYEG berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan. Kombinasi tiga data ini adalah cantuman padu yang boleh diguna untuk pelbagai tujuan.
Saya aktifkan tab yang lain pada pelayar Chrome dan menaip URL ini di kotak alamat web :https://www.mycarinfo.com.my/ISearch. Web ini membenarkan pengguna memeriksa insurans kenderaan yang diambil oleh pemilik. Yang menariknya, ia mengembalikan juga nombor polisi dalam keputusan carian. Apakah data yang perlu dimasukkan untuk melakukan carian di MyCarInfo? Nombor pendaftaran kenderaan sahaja.
Sebaik sahaja saya mendapat nombor polisi insurans kenderaan yang melanggar kereta isteri saya. Saya aktifkan satu tab lagi pada pelayar web dan log masuk ke akaun yahoo yang saya telah daftarkan khusus untuk tujuan ini. Saya klik pada butang ‘Compose’ dan taip emel berikut :
Hi,
Could you please send cover note (softcopy) for my car policy to me?
This is important and please help as I need it for some urgent matters.

Vehicle Reg. No : XCX XX8X
Policy number : XX2XX3XXXX
Policy period : 23 Jul 2014 – 22 Jul 2015

Thanks in advance.
Regards.
Apakah makna emel di atas? Penyamaran. Saya menulis emel seolah-olah saya adalah tuan punya kenderaan. Apakah sentimen dalam praktis ini? Keyakinan terbina dalam minda pihak insurans apabila saya menyediakan kombinasi nombor pendaftaran kenderaan dan polisi. Percaya atau tidak – 4 daripada 5 pihak insurans di Malaysia tidak mempunyai prosedur validasi pengecaman pelanggan sebelum melepaskan data. Sebelum habis waktu pejabat, salah seorang daripada pegawai yang bertugas telah membalas emel saya berserta lampiran ‘Cover Note’ yang mengandungi data pemilik kenderaan – nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat rumah, nombor casis kenderaan, jumlah yang diinsurankan dan pelbagai lagi yang anda boleh bayangkan yang harus tertera di atas helaian maklumat insurans kenderaan anda.
Yang saya karangkan di sini adalah 3% daripada kaedah menggali data di bawah cabang Social Engineering. Tiada SQL/XML/XSS/Header Injection, waima sebaris kod pun yang terlibat. Tiada brute force. Tiada server yang dilanggar masuk tanpa autoriti. Tiada kenalan yang bekerja di PDRM/JPJ. Tiada. Nil.
Manusia adalah entiti lemah yang terdedah kepada manipulasi psikologi dalam sesebuah seni bina sistem bersekuriti, walaupun, yang paling kebal. Kaedah konvensional seperti ini mempunyai kelangsungan hidup tahap tinggi yang merentas kepintaran algoritma. Barangkali manusia, adalah bug yang paling sukar untuk diurus selesaikan.
Sebagai meraikan betapa rapuhnya data pengguna di Malaysia, saya menghubungi brader yang melanggar kereta isteri saya di Bangsar tempoh hari dan mengajaknya pekena kopi di kedai mamak :)

(BILA KAFIR DAP BERKUASA) Kereta Guan Eng jadi viral


GEORGETOWN - Kereta rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng jenis Mercedes Benz S300L dengan nombor pendaftaran PG1, sekali lagi menjadi viral dalam media sosial, semalam.

Pengguna laman Facebook mengecam tindakan pemandu kereta terbabit kerana ia diparkir bersebelahan pili bomba di Lebuh King.

Difahamkan, gambar yang dimuat naik itu dikongsikan ribuan pengguna laman sosial yang turut mengaitkan tindakan ketua menteri itu sebagai salah guna kuasa selaku ketua menteri.

Sebelum ini, kereta beliau pernah menjadi viral kerana diparkir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.

Tindakan itu turut dikecam hebat pengguna laman sosial  dan didesak untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Monday, February 23, 2015

(PERPADUAN ISLAM HARI INI) Najib, MB Kelantan bertemu di Putrajaya


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya hari ini.
    
Perdana menteri dalam catatan di laman Facebooknya berkata beberapa isu kesejahteraan rakyat negeri itu menjadi topik perbincangan dalam pertemuan berkenaan.
    
"Insya-ALLAH, kerajaan Persekutuan akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat paling utama dalam sebarang perkara," katanya. 
    
Najib turut memuat naik dua keping gambar dalam catatan tersebut yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan sesi perbincangan yang berlangsung.

(PAS PULA CABAR DAP) DAP boleh keluar pakatan jika tidak setuju hudud


KOTA BHARU: PAS tidak akan tunduk kepada DAP dalam usaha melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau hudud di Kelantan sebaliknya DAP disaran keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak bersetuju dengan perjuangan PAS itu.
Penolong Setiausaha Agung PAS. Datuk Takiyuddin Hassan, berkata DAP tidak boleh menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang itu di Kelantan kerana pakatan pembangkang yang diwujudkan pada 2008 bukan kepunyaan DAP.
"Pakatan pembangkang bukan kepunyaan DAP, pakatan pembangkang tidak ada ketua, kalau dia (DAP) tak setuju dia keluar dari pakatan rakyat, kenapa suruh kita keluar dan dia tidak boleh keluarkan kita (PAS)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Baharu dan Ketua Sekretariat Tetap Kanun Jenayah Syariah Kelantan, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.
Akhbar melaporkan Gobind menerusi kenyataannya baru-baru ini, memberi amaran bahawa PAS tidak akan dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan pembangkang jika parti itu membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud bulan depan kerana pelaksanaan hukum terbabit tidak mendapat sokongan sekutu dalam pakatan terbabit.
Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dari 16 hingga 19 Mac ini adalah bagi pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.
Takiyuddin berkata, tidak ada mana-mana parti dalam pakatan pembangkang sama ada DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang boleh menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang berkenaan di Kelantan kerana enakmen berkenaan diluluskan pada 1993 oleh DUN Kelantan iaitu sebelum wujudnya pakatan pembangkang.
Beliau berkata, DAP dan PKR sudah maklum mengenai pelaksanaan undang-undang berkenaan kerana ia pernah dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan tertinggi pakatan pembangkang dan juga pimpinan DAP pada 2011.

(TOK USIN CABAR MAT SABU AMBIL TINDAKAN JIKA FITNAH) Rakaman Audio dakwa Mat Sabu burukkan Hadi tersebar


FB Tuc Tok Usin Ceroi CABAR Mat Sabu ambil tindakan ke atas beliau jika audio rakaman itu fitnah. Salahuddin Ayob dikatakan boleh mmenjadi saksi.



Sebuah rakaman didakwa mengandungi kata-kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk menjatuhkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang beredar di Internet.

Ia antaranya dikesan dimuat naik di Facebook kumpulan pro-ulama dalam PAS, termasuk “Tuc Tok Usin Ceroi” awal petang tadi.

Rakaman 2.11 minit itu dimuat naik sekali dengan transkrip ucapan suara lelaki mirip Mohamad yang dikatakan sedang memberi taklimat memburuk dan menjatuhkan Hadi.

“Dasar pengkhianat Mat Sabu ini!” demikian nota iringan kepada rakaman itu.

“Hampa (kamu) lihat, dengar dan bacalah apa yang Mat Sabu dah buat. Rakaman ini koleksi sulit bapak-bapak 'jebon' tetapi Allah lagi hebat dengan membuka kejahatan depa (mereka)!”

Di kalangan kumpulan pro-ulama, kumpulan yang kritikal kepada status quo sering dirujuk sebagai “jebon” (memerang) – sejenis panggilan menghina bagi masyarakat utara Malaysia.

Sentuh 'ulama maksum'

Selain Mohamad, pemimpin parti Islam itu yang dikaitkan dengan “kumpulan Erdogan” turut menerima cemuhan sama.

Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, setakat ini belum berhasil.

Sementara itu, rakaman audio itu (kiri) sebahagian besarnya dilihat seperti taklimat berkaitan sebuah strategi penerangan, kemungkinan merujuk kepada krisis menteri besar Selangor sebelum ini.

Kemelut untuk memilih pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim itu berpanjangan apabila PAS tidak sependapat dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat yang mahukan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Istana bagaimanapun kemudian memilih timbalannya Azmin Ali.

Sementara itu, audio pendek itu juga tidak menyebut secara langsung nama Hadi sebaliknya hanya mengulas tentang seorang yang dipanggil “presiden”.

“Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perludenied (ditolak)," menurut ucapan itu.

Menjelang muktamar

Intipati ucapan kontroversi itu juga antaranya menyebut:
  • Pihak PAS hanya kawasan hanya mendengar keputusan berhubung “hal Selangor” dalam bentuk khabar angin dan bukan maklumat betul.
     
  • Serangan balas perlu digerakkan dalam masa sebulan dua daripada tarikh itu dengan menemui pemimpin yang berpotensi menjadi perwakilan.
     
  • Keputusan yang berbeza dengan keputusan mesyuarat ia dikira pandangan peribadi dan bukan “keputusan jemaah”.
Kewujudan rakaman sebegitu dipercayai didorong kehangatan menjelang muktamar pemilihan PAS pada Jun ini.

Ini ditambah lagi dengan keadaan kepimpinan Hadi dikritik hebat daripada luar dan dalam PAS sendiri.

Sumber: Malaysiakini  

DAP UGUT PAS: keluar Pakatan jika Kelantan bentang rang undang-undang hudud


DAP kafir harbi memberi amaran hari ini yang PAS tidak lagi akan dilihat sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR) jika ia membentangkan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bulan depan kerana langkah itu tidak disokong gabungan itu.

Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata hudud bukan sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama PR.

"Pembentangan rang undang-undang ini juga bertentangan dengan perjanjian yang dicapai dalam mesyuarat kepimpinan PR terakhir di mana dinyatakan dengan jelas perlu ada perbincangan lanjut di antara ketiga-tiga pihak sebelum langkah seterusnya diambil berhubung perkara itu," katanya dalam satu kenyataan.

Gobind, yang juga ketua Biro Undang-undang DAP, menggesa pimpinan PAS menunjukkan komitmen dan menghormati keputusan dibuat majlis pimpinan PR.

"Jika PAS teruskan dengan rang undang-undang hudud itu, ia akan dianggap umpama satu tindakan yang terang-terangan dan jelas menentang rangka kerja dasar bersama PR.

"Jika begitu keadaannya, pemimpin PAS di belakang keputusan ini mesti cukup berani mengakui mereka cuba membawa PAS keluar PR dan ini menjejaskan wibawanya sebagai sebuah parti yang mengaku memberi tumpuan dan mahu berusaha ke arah mengukuhkan PR," katanya.

Beliau berkata, PAS tidak sepatutnya memberi amaran kepada DAP supaya tidak masuk campur hal ehwal Kelantan.

Beliau berkata PAS perlu ingat selagi ia memilih untuk kekal dalam PR, DAP bukan saja berhak tetapi berkewajipan memastikan PAS tidak bertindak dalam apa-apa cara yang melemahkan rangka kerja dasar bersama PR.

Pada akhir Disember, Gobind memberi amaran PR akan terpaksa menggantung hubungan kerjanya dengan PAS jika kerajaan Kelantan teruskan rancangannya meminda Enakmen Jenayah Syariah yang membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di negeri itu.

Katanya, PR mesti menunjukkan komitmen mendukung rangka kerja dasar bersama mereka walaupun ia bermakna menggantung atau memutuskan hubungan dengan mana-mana rakan sekutu - baik PAS, PKR mahupun DAP - yang mengancam semangat gabungan itu.

"Kita mesti memberi mewujudkan keyakinan dan menunjukkan komitmen kita kepada rangka kerja dasar bersama PR. Kita perlu tegas dan menunjukkan yang ia sesuatu yang tidak boleh dan tidak sepatutnya dipandang ringan," kata Gobind.

Kelantan mencadangkan pindaan kepada undang-undang negeri itu sebelum membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi memudahkan pelaksanaan hudud di negeri itu.

Hudud meliputi jenayah menurut undang-undang Islam seperti kecurian, rompakan, zina, minum arak dan hubungan seks di luar perkahwinan.

Bagaimanapun, pembentangan rang undang-undang itu ditunda susulan banjir besar yang melanda negeri pantai timur pada Disember lalu. Pindaan itu kini dijadualkan dibentangkan di DUN pada 18 Mac. – 22 Februari, 2015.



Sunday, February 22, 2015

Pembangunan di Johor tenggelamkan Melayu


SITUASI proses permodenan yang telah bermula sejak tahun 1930 telah berlanjutan selepas Malaysia memperoleh kemerdekaan sehingga kini yang mana mewujudkan sistem kapatalisme di kawasan bandar dan penghakisan pemilikan harta orang Melayu khususnya di kawasan bandar besar.

Menurut Pengarah Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Kassim Tukiman, ini ditambah lagi dengan situasi yang berlaku di Johor yang agak liberal apabila turut membenarkan warga asing terutamanya di kalangan rakyat Singapura memiliki harta di negeri ini berikutan kuasa beli mereka besar meskipun tertakluk kepada syarat tertentu terhadap pembelian itu.

“Sejarah juga membuktikan bahawa orang Melayu juga telah memiliki hartanah tetapi ianya telah dijual untuk pembangunan tertentu. Oleh sebab itu telah diwujudkan kawasan lingkaran Melayu di Johor Bahru membabitkan kawasan Kampung Melayu, Kampung Sungai Danga dan sebagainya bagi membolehkan orang Melayu terus memperoleh manfaat pembangunan.

“Kerajaan negeri turut mencadangkan agar agensi tertentu seperti Perbadanan Johor, Majlis Agama Islam Johor (Maij), Uda Holdings Bhd (Uda) dan lain-lain memainkan peranan secara langsung dalam situasi ini.

“Mereka telah digalakkan agar membeli hartanah seperti premis perniagaan untuk disewakan kepada orang Melayu di kawasan bandar baru supaya orang Melayu dapat menaik taraf dan bersaing dengan keadaan ekonomi,” katanya.

Proses urbanisasi jangan sampai pinggir Melayu

Kassim berkata, namun demikian usaha kerajaan yang turut membina rumah mampu milik hanya dapat dinikmati segelintir golongan di kalangan Melayu disebabkan ketidakmampuan mereka memiliki aset sendiri berikutan harga pasaran semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Suasana kini telah berubah apabila peluang orang Melayu untuk memiliki rumah teres atau rumah atas tanah (landed) semakin berkurang. Mereka kemudiannya beralih memilih rumah flat yang bersesuaian dengan kemampuan mereka sahaja.

“Jika tidak melakukan survival ia turut akan menjejaskan banyak perkara termasuk pola ekonomi, politik dan sebagainya. Keadaan ini telah mulai berlaku seperti di Pontian, Batu Pahat, Muar dan sebagainya apabila kepimpinan turut beralih arah.

“Ini ditambah proses perbandaran pada masa kini turut menambah jurang antara orang Melayu dan bukan Melayu. Kita tidak menolak pembangunan tetapi proses urbanisasi yang dilakukan jangan sampai menenggelamkan orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata, isu pemilikan hartanah yang dihadapi di Johor Bahru turut memberi kesan kepada bandar lain di negeri ini termasuklah Kulaijaya, Kota Tinggi, Segamat Kluang, Muar dan sebagainya.

“Penaiktaraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran di kawasan terlibat turut mempengaruhinya berikutan proses urbanisasi ini turut berlaku di kawasan yang sedang membangun.

“Justeru, program Muafakat Johor yang dilakukan kerajaan negeri kini amat digalakkan yang mana penekanannya dizahirkan dalam pengagihan ekonomi, pemilikan dan kehidupan bermasyarakat yang diharap memberi manfaat kepada orang Melayu,” katanya.

UTHM tubuh Transform

Universiti Teknologi Hussein Onn (UTHM) memandang serius perkara ini dan sedang dalam proses menubuhkan Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (Transform) yang dijangka bakal beroperasi sekitar Mei depan.

Ketua Jawatankuasanya merangkap Profesor di Fakulti Sains Teknologi, Pembangunan dan Insan (Pembangunan Sosial) UTHM, Rosman Md Yusoff berkata, setakat ini pihaknya masih mendapatkan kelulusan pihak berkaitan.
Menurutnya, institusi berkenaan bertujuan untuk mewujudkan pusat pemikir kepada kerajaan supaya dapat membangunkan komuniti yang menjadi pemain utama dalam sesebuah negara terutamanya kepada orang Melayu.

“Jadi, segala kelemahan dan kemahuan yang diinginkan oleh komuniti itu dapat disalurkan kepada kerajaan. Ini bermakna institut itu menjadi penghubung dan tulang belakang kepada pembangunan negara.

“Fokus kita adalah melibatkan kawasan Johor dahulu kemudian turut digunapakai di negeri lain. Penekanannya adalah untuk menggabungkan penggunaan teknologi untuk membangunkan masyarakat. Ini bermakna kita perkenalkan konsep teknologi komuniti,” katanya.

Mengulas tentang isu nasib orang Melayu akibat Permodenan di Johor Bahru, Rosman berkata, tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan pesat yang berlaku di bandaraya itu menyebabkan orang Melayu sedikit terpinggir berikutan golongan berkenaan kurang menjadi pemain utama daripada pembangunan itu.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata  limpahan daripada pelabur-pelabur asing menyebabkan Johor turut dihuni ramai rakyat asing. Jadi saya kira, situasi ini juga menyebabkan orang Melayu mungkin terpinggir dalam kepesatan ekonomi.

“Walaupun kerajaan telah mewujudkan kawasan lingkaran Melayu di bandaraya Johor Bahru, namun orang Melayu masih terpinggir kerana tidak menjadi pemain utama ekonomi memandangkan ia lebih dikuasai pelabur dari negara asing terutamanya dari China,” katanya.

Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri disaran supaya memperbanyak program latihan dan pengijazahan supaya orang Melayu dapat menambah kemahiran mereka untuk memperbaiki diri dan prestasi masing-masing.

“Kerajaan juga perlu memperkasakan ekonomi orang Melayu yang nampak agak terpinggir supaya dapat bersaing dengan masyarakat lain.

“Maij juga boleh memainkan peranan mereka dengan menyediakan program jangka masa panjang dan kenalpasti golongan yang berkelayakan dan menyalurkan bantuan untuk memperbaiki golongan itu supaya dapat menambah kehidupan mereka,” katanya.

Ujarnya, dari segi pembangunan fizikal kedudukan orang Melayu tidak terjejas apabila kerajaan negeri turut menggazetkan kawasan tertentu untuk pemilikan yang mana perumahan atas tanah telah dihadkan kepada kuota-kuo ta, namun ia perlu dipantau.

“Kerajaan negeri juga dilihat cuba mewujudkan kawasan tanah pajakan membabitkan kawasan perindustrian Larkin ke Tampoi dan kawasan tersebut turut bersambung ke kawasan Majidee dan Bandar Baru Uda yang bertujuan membangunkan orang Melayu.

“Maka, orang Melayu perlu bangkit dan bersaing dalam arus ekonomi di bandaraya Johor Bahru untuk mengukuhkan ekonomi masing-masing ini dan bukannya hanya melukut di tepi gantang sahaja,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com