innity

pages

Tuesday, March 31, 2015

(FITNAH HARGA MINYAK NAIK TIDAK MENJADI) Harga bahan api kekal untuk April

Edaran fitnah harga minyak naik yang tersebar di media sosial beberapa hari yang lepas  

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 kekal pada harga bulan Mac, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.

Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter, dan diesel pada RM1.95 seliter.

Ia akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 April, kata jurucakap kementerian itu ketika dihubungi Bernama.

Namun begitu, menurut jurucakap itu, RON97 tidak dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6.0 peratus.

GST akan dilaksanakan mulai esok.

(DUN PERAK) Pembangkang & KAFIR DAP BIADAP pakai serba hitam




IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan semua Adun pembangkang berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dun hari ini sebagai biadab dan tidak menghormati institusi Diraja.

Zambry turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Adun pembangkang yang tidak menghormati Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang pada hari ini mencatatkan sejarah keberangkatan pertama baginda ke Dun selaku Sultan Perak ke-35 dengan mengenakan pakaian rasmi Sultan.

Menurut beliau, perbezaan yang wujud antara kerajaan dan pembangkang tidak perlu dipanjangkan sehingga ke tahap memalukan Sultan.

"Hari ini merupakan majlis istiadat pembukaan dewan yang memerlukan mereka) memakai pakaian seperti sebelum ini, tetapi mengapa hari ini jadi begini, apa pun alasan yang mereka berikan saya tidak terima sama sekali.

"Pembangkang memakai serba hitam melambangkan kematian, kesedihan, kegelapan dan berkabung," katanya kepada pemberita selepas istiadat itu hari ini.

Zambry berkata, tindakan biadab Adun pembangkang itu juga menyebabkan Sultan Nazrin menitahkan untuk tidak menghadiri sesi bergambar dan majlis santapan.

Ditanya adakah Sultan Nazrin Shah murka dengan tindakan Adun terbabit, menteri besar berkata: "Saya tidak berhak mengatakan Sultan murka atau tidak tetapi kita tahu tindakan tiada sesi bergambar dan sebagainya, kita boleh baca dan sangat mengejutkan baginda.

"Tuanku amat berharap sesi bergambar diadakan kerana pertama kali baginda dengan penuh bersejarah merasmikan Dun dan dalam titah ucapan, tuanku menyebut hari ini adalah pembukaan dewan yang bersejarah bagi baginda selaku seorang Sultan," katanya.

Beliau berkata, kemungkinan Adun pembangkang itu akan memohon maaf kepada Sultan Nazrin Shah atas keterlanjuran mereka tetapi perbuatan memakai pakaian serba hitam telah memperlihatkan sikap sebenar mereka.

"Rakyat akan lihat watak mereka ini... mungkin dia nak elak daripada isu lain, ini strategi mereka, tetapi janganlah sampai perkara yang tidak sewajarnya dipolitikkan turut dipolitikkan," katanya.

Sejumlah 26 Adun pembangkang tiba di perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan pagi tadi, secara berkumpulan dengan berpakaian serba hitam.

Terdahulu, pada sidang akhbar berasingan, Ketua Pembangkang Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tindakan mereka memakai pakaian serba hitam antaranya sebagai tanda protes dan solidariti terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.   

Tindakan protes itu juga sebagai menunjukkan rasa marah atas kenaikan harga barang kini dan penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) esok. 

[JARANG SYARIKAT KAFIR TURUT BUAT BEGINI] Mydin serap RM15 juta kos GST


[VIDEO] MYDIN Mohamed Holdings Bhd akan menyerap kos GST sebanyak RM15 juta daripada keuntungan bulanan pasar rayanya yang dianggarkan mencecah RM300 juta bagi membantu  pengguna berdepan pelaksanaan cukai itu yang bermula esok.
    
Malah, kata Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin, menerusi perbincangan dengan pembekal, sebanyak 1,500 daripada 3,000 pembekal Mydin telah bersetuju untuk turut menanggung kos GST berkenaan.
    
Menurutnya, Mydin menganggarkan akan menanggung kos sebanyak dua peratus daripada RM15 juta tersebut, diikuti dengan pembekal sebanyak dua peratus serta kebenaran menuntut kembali cukai daripada kerajaan, juga sebanyak dua peratus.
    
"Kita masih belum dapat menentukan secara tepat jumlah peratusan yang akan ditanggung tetapi ianya di antara dua hingga empat peratus.
"Kebanyakan pembekal yang bersetuju adalah pembekal tempatan kerana mereka memahami sentimen yang mempengaruhi jualan dan pasaran," katanya.
    
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas lawatan Timbalan Menteri Kewangan  ke Pasaraya Mydin USJ, di Subang Jaya dekat sini, hari ini.
    
Ameer berkata, pembekal tempatan turut memberi kerjasama baik membantu Mydin dalam mengekalkan harga barangan.
    
Sikap itu katanya, berbeza dengan syarikat berstatus multinasional yang didakwanya lebih menumpukan keuntungan.
    
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan agar terus menggesa syarikat berkaitan memberi kerjasama lebih baik membantu rakyat menghadapi GST serta kos sara hidup yang tinggi.
    
Mengulas harga barangan, Ameer menegaskan faktor itu dipengaruhi oleh harga bahan mentah dunia dan pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya memberi jaminan tempoh harga barangan akan turun atau dinaikkan.
    
"Ia dipengaruhi oleh harga komoditi. Sebagai contoh harga koko telah jatuh sebanyak lima peratus, oleh itu harga barang makanan berasaskan koko tidak tidak sepatutnya naik," katanya.
    
Beliau turut menasihati pengguna agar bijak dan lebih peka dengan situasi semasa dan berani menyoal jika mendapati harga sesuatu barangan itu mahal.
    
Selaras pelaksanaan GST mulai esok, Mydin telah melancarkan kempen 'Gerenti Semua Mydin Tanggung, Harga Tak Naik!' di seluruh 260 cawangannya di seluruh negara.
   
Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan berkata Kementerian Kewangan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan akan terus memantau pelaksanaan GST secara berterusan.

(MELAYU MESTI BACA) 8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia



Tulisan ini dipetik daripada buku tulisan Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.
Dr Lily Zubaidah telah dibuang negeri kerana mengkritik kerajaan PAP dan sekarang beliau bertugas sebagai seorang Profesor di Sydney University Australia.
1) Memperalat orang Melayu
Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.
Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.
Yusuf Ishak hanyalah gula-gula untuk menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.
2) Siapa yang mempersoal PAP, dituduh “Chauvinists, Religious Extremists and harbouring a sinister agenda”.
“Organisasi-organisasi Melayu, pakatan politik pembangkang, atau individu yang berani mempersoal kerajaa PAP Singapura, akan didakwa sebagai ‘Chauvinists, Religious Extremists & harbouring a sinister agenda” (membawa agenda jahat).
Tuduhan ini amatlah bercanggah dengan amalan meritokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan PAP.
Tambahan beliau lagi, orang Melayu di Singapura dinafikan hak mereka untuk menyatakan pendapat sama ada di media-media utama ataupun akhbar-akhbar tempatan.
Itu belum lagi, penganiayaan terhadap pelajar Muslim yang ingin memakai tudung ke sekolah.
Hal ini boleh dilihat pada tahun 2002, Malay Community Organisation, Fateha.com dan juga jurucakap mereka, Zulfikar Shariff, telah dihalang kerana dikatakan membicarakan hal-hal sensitif seperti bantahan terhadap ‘No tudung petition’, diskriminasi terhadap pekerja Melayu, menuntut supaya madrasah dikekalkan dan sebagainya.

[ARTIKEL BERKAITAN: BILA KAFIR BERKUASA - HARAMKAN SIKIT-SIKIT: Larangan guna pembesar suara di masjid kecuali Azan akan diwarta di Pulau Pinang]
3) Bahasa Melayu bahasa golongan rendah.
“Kebanyakan bukan Melayu tidak bercakap bahasa kebangsaan (Melayu) atau tahu makna lagu kebangsaan ‘Majulah Singapura’. Oleh itu, ramai rakyat Singapura tidak menyanyikan lagu kebangsaan apabila ia sedang dimainkan semasa majlis rasmi.
Menurutnya penurunan nilai bahasa kebangsaan (Melayu) boleh dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat yang menganggap bahasa itu mencerminkan modal sosial, ekonomi dan kebudayaan golongan yang lemah dan dituturkan oleh golongan kelas rendah seperti pembantu rumah warga Indonesia, posmen dan pembersih pejabat.
“Terdapat penurunan yang ketara dalam Bahasa Melayu untuk jalan dan daerah. Pemaju perumahan swasta dan penduduk telah membuat petisyen untuk menukar nama-nama jalan Melayu, dengan mendakwa mengelirukan dan memudaratkan maruah penduduk,” katanya.
Menurutnya lagi pada tahun 1960-an, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan telah diarahkan untuk menghentikan daripada menamakan jalan-jalan dengan nama-nama berunsur Bahasa Melayu.
Nama jalan ditukar kepada Bahasa Inggeris dan Mandarin.
Perkataan ‘Lorong’ telah dinamakan semula sebagai ‘Avenue’, ‘Rise’, ‘Drive’ dan ‘View’.
Namun, dalam masa sama pada tahun 1980-an, berlaku peningkatan ketara nama-nama jalan dan tempat dalam Bahasa Mandarin.
“Berbeza dengan kedudukan yang merosot bahasa kebangsaan, Lee Kuan Yew dan kepimpinan lain dalam PAP terus-menerus mengingatkan masyarakat Cina daripada nilai ekonomi bahasa Mandarin dan peranannya dalam perniagaan dan budaya purba Cina tradisional,” katanya lagi.
4) Singapura adalah Israel in a Malay Muslim Sea.
Lee Kuan Yew dengan bangganya mengakui peranan Singapura di rantau ini seperti “Israel in a Malay Muslim Sea”. (Willairat 1975:45)
5) Ketuanan Cina di Singapura.
Untuk memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).
Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-racism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihan raya.
Pembaharuan pilihan raya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.
6) Masalah kekurangan penduduk Cina akibat kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara.
Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.
Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.
Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.
Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.
7) Melayu disisihkan daripada tentera Singapura, GLC dan politik.
Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.
Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.
Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.
Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998.
Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.
Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam.
Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.
8) 98% penerima biasiswa SAFOS (Angkatan Bersenjata Singapura) adalah Cina.
Data menunjukkan Cina mendominasi perwakilan dalam birokrasi, GLC, badan berkanun, SAF (Singapore Armed Forces). Cina juga turut mendominasi dalam penerimaan biasiswa yang paling berprestij seperti biasiswa Presiden dan biasiswa SAF yang tidak dibincangkan secara terbuka dibincangkan oleh media Singapura.
Dalam masyarakat yang kononnya mempraktikkan sistem meritokrasi, hanya terdapat seorang penerima biasiswa Presiden bukan Cina antara tahun 1987 dan 2005. Sehingga tahun 2005, 98 peratus daripada penerima biasiswa luar negara daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAFOS) adalah Cina.
Selain itu, tidak pernah ada satu penerima biasiswa SAFOS berbangsa Melayu. Begitu juga, sehingga tahun 2005, 97 peratus daripada biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura Merit (SAFMS) penerimanya adalah orang Cina.
Adakah Melayu dan India tidak sepintar dan serajin seperti orang Cina? Aduan diskriminasi tidak mudah ditangani kerana negara itu tidak menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama, Lembaga Anti-Diskriminasi atau Pejabat Ombudsman untuk melindungi kelayakan yang berbilang kaum dan meritokrasi Singapura.
Dalam proses pemilihan untuk biasiswa kerajaan, diskriminasi tidak hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, ‘watak’ dan prestasi dalam satu temubual akan dipertimbangkan. Pemboleh ubah subjektif telah dimasukkan dengan cara yang tidak telus untuk kejayaan kemasukan ke fakulti seperti fakulti Perubatan Universiti Singapura.
Oleh itu, golongan etnik minoriti yang mendapat hampir skor ‘A’ ditolak untuk menduduki fakulti seperti Perubatan, mereka cenderung untuk mengesyaki bahawa terdapat diskriminasi semasa proses temubual, namun mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong syak wasangka itu.
Asyraf Farique
Penyelidik IRIS

Monday, March 30, 2015

Remaja rakam video kutuk Kuan Yew ditangkap (DEMOKRASI DI NEGARA SANJUNGAN KAFIR DAP)


SINGAPURA - Seorang remaja berumur 17 tahun ditahan hari ini selepas merakam video mengkritik bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan menghina agama Kristian.

Menurut Channel News Asia, 15 laporan polis dibuat terhadap perakam video, Amos Yee yang kemudiannya dimuatnaik ke laman video Youtube.

Video berkenaan yang berdurasi 8 minit dan 38 saat sudah dipadam.

Difahamkan, Yee juga memuatnaik lukisan lucah ke Facebook dan blog milik beliau.

Sunday, March 29, 2015

#KitaLawan (sebut #KitaSawan) Guru BERANG kelas terganggu Turun TEGUR Penganjur


KUALA LUMPUR - Seorang guru dari British Council berhampiran Menara Berkembar Petronas naik berang apabila kelas Bahasa Inggeris kelolaannya terganggu akibat penganjur himpunan #KitaLawan gagal mengawal keadaan dan penyokongnya.

Anna Steven mendakwa himpunan itu telah menakutkan pelajarnya yang sedang mengikuti kelas tambahan di pusat bahasa itu yang terletak kira-kira 100 meter dari jarak demonstrasi tersebut.

"Pelajar-pelajar saya sangat takut apabila mendengar cerita mereka, bahkan ibu bapa mereka juga sudah bimbang dengan keselamatan mereka.

"Jadi saya terpaksa keluar dari kelas dan meluru jumpa penganjur untuk memastikan mereka tidak meredah kelas kami dan berharap mereka tidak lagi menjerit-jerit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Katanya lagi, perhimpunan tersebut bukan sahaja mengganggu tumpuan pelajarnya malah telah mengganggu ketenteraman awam.

Beliau juga kelihatan berkali-kali merayu kepada pihak penganjur #KitaLawan supaya tidak bertindak keterlaluan hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada semua pihak.

Selepas puas merayu, beliau kemudiannya berlari semula ke kelasnya itu untuk mengawal dan memastikan para pelajarnya tidak berada dalam keadaan ketakutan.

Guan Eng ‘hilang akal’, ‘tidak siuman’, kata PAS Wilayah Persekutuan


Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad melihat tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun mengekalkan hubungan dengan parti Islam itu umpama individu yang "hilang akal".

Mohamad Noor pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini berkata, kenyataan yang dikeluarkan ketua menteri Pulau Pinang itu adalah "biadap" dan "tidak reti bahasa", dan hanya dikeluarkan oleh individu yang "tidak siuman".

"Kenyataan itu satu kenyataan biadap dan dia tidak reti bahasa, dan PAS Wilayah lihat kenyataan itu dikeluarkan oleh orang yang tidak siuman.

Mana mungkin putus hubungan dengan Hadi, sebagai presiden, tapi pada masa sama kekal hubungan dengan PAS, tidak rasional itu, orang tiada akal yang kata begitu," kata Mohamad Noor.

Beliau berkata, kenyataan-kenyataan daripada kepimpinan DAP yang mengkritik Hadi juga dilakukan kerana mereka rasa "bongkak" dan "sombong" kerana jumlah kerusi yang dimenangi rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) itu lebih banyak berbanding PAS dalam Pilihan Raya Umum 2013.

"Saya melihat pimpinan DAP sudah semacam bongkak, sombong, kerana menang banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Dia kena ingat, kemenangan itu sokongannya daripada ahli PAS. Jangan rasa yakin untuk pilihan raya umum akan datang kalau ahli PAS tak menyokong," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Noor menggesa agar DAP menarik balik kenyataan-kenyataan mereka sekiranya masih lagi bersama dalam PR, dan jika gagal berbuat demikian, DAP harus meninggalkan PR.

"PAS Wilayah menggesa supaya pihak DAP segera menarik balik kenyataan-kenyataan mereka, sekiranya benar ingin kekal dalam PR dan sekiranya masih keluar kenyataan hina presiden, DAP dicabar keluar PR.

"Atas sifat setiakawan, tidak boleh kawan dalam parti hina presiden, kita menyeru supaya tiada lagi kenyataan-kenyataan yang boleh meretakkan hubungan dalam PR."

Mohamad Noor berkata, kenyataan yang dikeluarkan pimpinan DAP itu juga dilihat umpama ingin "menaja" mana-mana pimpinan PAS yang ingin menggantikan Hadi.

"Kenyataan itu semacam DAP ada rancangan untuk menaja pimpinan parti menjadi presiden PAS."

Beliau berkata, PAS Wilayah, menyokong sepenuhnya kepimpinan Hadi sebagai presiden dan menolak sebarang usaha untuk menjatuhkan atau menukar presiden PAS kepada pemimpin lain selain Hadi.

"PAS Wilayah akan pastikan usaha menukar presiden tidak akan berhasil dalam Muktamar ke-61 akan datang," katanya.

"Siapa sahaja sebenarnya tidak layak ganti Hadi, kerana Hadi bukan sahaja diiktiraf orang Islam dalam negeri, tapi luar negara," katanya, merujuk kepada lantikan Hadi sebagai naib presiden ulama dunia. – 28 Mac, 2015.


(4 GAMBAR) TERKINI: Awal Ashaari kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan dalam perjalanan mengacara MELODI


KUALA LUMPUR: Kereta BMW 6 Series yang dipandu teman Awal Ashaari, Izuan Mokhtar rosak teruk selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi.
Kejadian itu dimaklumkan wartawan Melodi TV3, Zuan Azmi kepada BH Online. Awal dikatakan dalam perjalanan ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka.
Awal dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedar diri. Suami kepada Scha Alyahya itu dikejar ke Hospital Besar Melaka.
Izuan yang dihubungi memberitahu kereta itu rosak teruk selepas terbabas ke bahu jalan.
"Saya rasa brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas," kata Izuan.


(HEBAT KE?) Nga Kor Ming BONGKAR TG Haron Din JUMPA Menteri UMNO



Nga Kor Ming ni mabuk agaknya. Apalah agaknya beza gambar yang dia bongkar dengan gambar di bawah. Mungkin kerana bincang hudud maka DAP yang sangat benci dengan Islam akan meroyan dan menganggap dia berjaya membongkar sesuatu.





Saturday, March 28, 2015

Tergempar! 50,000 Kakitangan Kerajaan Bakal Diberhentikan


Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tidak menyambung kontrak 50,000 orang kakitangan awam selepas 31 Disember tahun ini bakal memberi implikasi buruk kepada politik, ekonomi dan sosial.

Sehubungan itu, JPA diminta mengkaji sedalam-dalamnya keputusan berkenaan sebelum akhir tahun ini.

Bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan percaya keputusan itu pasti disebabkan kekangan belanjawan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, JPA mengambil jalan mudah untuk menangani masalah tersebut.

"Pada 2012 pun macam itu juga, bagi notis sama. JPA tidak fikir ke keputusan itu membabitkan 50,000 orang pekerja, bukan 10 orang, bukan 50 orang. Kalau 50,000 itu diberhentikan mereka hendak makan apa? Anak isteri dan tanggungan mereka hendak disuap dengan apa? Hutang rumah, hutang kereta macam mana?

"Jangan ambil mudah, jangan buat keputusan sebab mereka sudah duduk di kerusi empuk. Fikir nasib orang-orang bawahan," tambahnya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Omar yang juga Presiden Kelab Pesara 1Malaysia dan Yayasan Pekerja Malaysia berkata, kebanyakan pekerja kontrak kakitangan awam sudah berkhidmat melebihi 10 tahun dan dalam situasi semasa bukan mudah untuk cari kerja baru.

Malah, beliau percaya meskipun notis berkenaan telah dikeluarkan, ada pekerja kontrak awam tertentu yang selamat di sebabkan faktor-faktor dalaman.

"Dulu pun pernah buat macam ini tetapi ada pekerja-pekerja kontrak terselamat. Ini juga tidak adil, tidak telus," tambahnya.

Beliau berkata, hampir 98 peratus pekerja kontrak kerajaan adalah dalam kalangan orang Melayu dan kalau notis itu dikuatkuasa, yang banyak menganggur adalah orang Melayu.


"Ini adalah satu petunjuk tidak baik kepada politik, imej kerajaan, sosial dan ekonomi secara keseluruhannya. Jadi JPA fikir-fikirkanlah," ujar beliau.

Update:


47,728 Pegawai Kontrak Dalam Perkhidmatan Awam

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bilangan pegawai kontrak dalam sektor perkhidmatan awam adalah sebanyak 47,728 orang setakat 31 Januari 2015.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata jumlah itu meliputi 43,861 pekerja lantikan 'Contract Of Service' (COS) dan 3,867 adalah lantikan 'Contract For Service' (CFS).

"Tidak timbul soal pekerja kontrak tidak terjaga dari segi gaji," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) yang ingin tahu jumlah pekerja berstatus kontrak dalam sektor awam pada masa ini.

Shahidan berkata, ini kerana bagi pegawai COS, mereka dilantik bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred gaji yang berkuat kuasa sama seperti pegawai lantikan tetap.

Tambahnya, dalam tempoh kontrak, pegawai akan melaksanakan tugas berdasarkan skop tugas yang ditetapkan bagi jawatan yang dilantik dan dibayar gaji beserta imbuhan tetap sebagaimana yang diterima oleh pegawai tetap.

Bagi lantikan CFS pula, pembayaran perkhidmatan pegawai serta fungsi tugas ditetapkan berdasarkan kepada perjanjian perkhidmatan dengan majikan yang dipersetujui oleh pegawai kontrak berkenaan.

Jelas Shahidan, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan penjawat awam termasuk pegawai kontrak dan tidak berbangkit isu kebajikan terabai kerana mereka juga menerima pemberian bonus seperti yang dinikmati pegawai tetap.

Dalam sektor perkhidmatan awam, COS mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji yang ditetapkan manakala CFS pula tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan yang ditetapkan.

Friday, March 27, 2015

(MALAYSIAKINI PELAPOR FITNAH) Malaysiakini: Guru paksa remaja Iban masuk Islam tanpa kerelaan



Kisah sebenar :

KENYATAAN PENAFIAN TERHADAP FITNAH PENGISLAMAN SECARA PAKSA SABRINA AK NGUMBANG BERTARIKH: JUMAAT, 27 MAC 2015 Kami, Suti Kamila Md Zain dan Nik Seri Ayu Nik Ibrahim telah membuat Laporan Polis pada pagi tadi di Balai Polis Lutong. Laporan tersebut adalah laporan penafian terhadap laporan polis yang mengandungi unsur fitnah yang telah dibuat oleh Sabrina Anak Ngumbang (No Kad Pengenalan: 020323-13-1100, Tarikh Repot 25.03.2015 jam 12.18pm, No Repot: LUTONG/001631/15) di Balai Polis Lutong.

Kami menafikan sekeras-kerasnya perkara yang mengandungi unsur fitnah yang tidak benar sama sekali, yang mana di dalam kandungan laporan polis itu antara lain menyatakan seperti berikut:

1. PengIslaman Sabrina merupakan satu paksaan dan merupakan satu muslihat dari pihak kami adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana Sabrina sendiri telah menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam kepada rakan-rakannya di sekolah dan telah datang berjumpa dengan beberapa orang guru memohon bantuan untuk pengIslamannya secara sah mengikut saluran yang sepatutnya. Ini menunjukkan tiada paksaan dari pihak kami mahupun tipu muslihat untuk mengIslamkan Sabrina secara tidak sah. Malah beliau sendiri telah memilih nama Islam beliau iaitu Nhur Syahirrah Azhra.

2. Satu surat aduan yang mengandungi unsur fitnah yang sama dan berniat jahat terhadap kami juga telah dihantar kepada pihak sekolah kami iaitu SMK Lutong. Untuk makluman, Sabrina sendiri telah mengesahkan kepada pihak kami bahawa sedari kecil beliau telah dijaga oleh datuknya sendiri iaitu Achu Anak Mangku dan sehingga kini masih tinggal bersama datuknya. Datuknya sendiri telah membenarkan proses pengIslaman cucunya.

Untuk rekod, bahkan apa yang sebenarnya berlaku adalah datuk kepada Sabrina sendiri iaitu Achu Anak Mangku (No Kad Pengenalan: 480519-13-5231) juga sebenarnya telah secara sukarela bersyahadah dan memeluk Islam tanpa paksaan serta ingin didaftarkan pengIslaman beliau mengikut saluran yang sah melalui pihak berkuasa.

3. Pihak kami yakin dan percaya bahawa ada pihak tertentu yang mempengaruhi mereka untuk membuat pengakuan atau kenyataan sebaliknya.

4. Kami memohon satu siasatan yang telus dan adil perlu dilakukan memandangkan laporan polis yang dibuat oleh Sabrina dan surat aduan yang dibuat kepada pihak sekolah telah disebarkan secara meluas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial seperti Facebook, FB Miri Community dan lain-lain yang telah mengundang pelbagai kritikan tidak berasas, tuduhan melulu dan komen yang tidak sewajarnya sama sekali.

Laporan penafian ini dibuat kerana bimbang keselamatan kami akibat dari tuduhan tersebut. Emosi dan kehidupan kami sangat terganggu akibat dari dakwaan palsu dalam laporan tersebut. Marilah kita bersama-sama bersikap adil untuk menjaga keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.

Sekian, terima kasih.

(KEGILAAN DAP) DAP Sarawak umum keluar PR, DAP Negeri LAGI BERKUASA daripada DAP PUSAT

 

KUCHING - DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini berkuat kuasa serta merta.
    
Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana sekutu PR, Pas telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam PR ialah PKR.

"Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif Pas, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan Pas sebagai sebuah parti politik di Sarawak.
    
"Oleh itu, dengan Pas kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak DAP.
    
Chieng Jen, yang juga Ahli Parlimen Kuching MP dan Adun Kota Sentosa berkata, resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti DAP, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu.

Pengampunan diraja kes Anwar sudah ada keputusan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Lembaga Pengampunan telah membuat keputusan terhadap petisyen bagi pengampunan diraja dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disabitkan kesalahan meliwat dan pengumuman akan dibuat pada Rabu depan.

Peguam mewakili Anwar, N Surendran memberitahu pemberita pengumuman itu akan dibuat apabila Mahkamah Tinggi mendengar permohonan Anwar bagi kebenaran untuk mencabar keputusan Komisioner Jeneral Penjara melarangnya menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Peguam itu, bersama-sama Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara, telah berjumpa dengan Hakim Datuk Asmabi Mohamad di dalam kamar.

"Keputusan telah dibuat, seperti dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan (di dalam kamar). Mahkamah menetapkan Rabu untuk mengesahkan status petisyen pengampunan," kata Surendran.

Sementara itu, Amarjeet Singh berkata, Surendran telah meminta sedikit masa untuk mengesahkan fakta dalam afidavit yang diperakui oleh Ketua Pengarah Hal Ehwal  Perundangan yang juga Sekretariat Lembaga Pengampunan.

"Mereka meminta masa. Sebaik sahaja keputusan dibuat, Perlembagaan yang menentukannya. Apabila Ahli Parlimen lucut kelayakan; hakim memberikan masa kepada mereka untuk mengesahkannya," katanya.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memfailkan permohonan itu pada 18 Mac dan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara, masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Menerusi afidavit sokongan, Anwar, 67, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, mendakwa beliau masih anggota Dewan  Rakyat dan Ketua Pembangkang berikutan petisyen bagi pengampunan diraja masih belum diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beliau memgemukakan permohonan bagi pengampunan diraja pada 24 Feb selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Anwar mendakwa keputusan kedua-dua responden tidak membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat adalah salah di sini perlembagaan, tidak sah danbatal.

Anwar memohon perintah supaya keputusan Komisioner Jeneral Penjara bertarikh 4  Mac dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan dibatalkan di bawah perintah certiorari.

Beliau juga memohon perintah mandamus bagi mengarahkan Komisioner Jeneral Penjara membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat dan mengisytiharkan  bahawa beliau ada hak untuk menghadiri sidang itu.

Budaya Meludah: Pengajaran Ekonomi dari Singapura untuk Malaysia


Laman web Foreign Policy pada minggu ini mengeluarkan artikel berkaitan keberkesanan perubahan yang dilakukan Singapura terhadap budaya meludah[1]. Pada tahun 1984, Perdana Menteri Lee Kuan Yew memperkenalkan undang-undang mengharamkan meludah, manakala pada tahun 1995, jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita Singapura merekodkan peningkatan sebanyak empat kali ganda. Secara tidak langsung ia menampakkan seolah-olah penguatkuasaan moral mempunyai kuasa mengubah kemajuan sesebuah negara.
Di Singapura, sesiapa yang ditangkap meludah boleh didenda sehingga $1000 atau $5000 bagi kesalahan berulang. Selain meludah, aspek moral lain yang dikuatkuasakan termasuklah membuang sampah merata-rata, penyebaran pornografi, tidak pam tandas selepas digunakan serta vandalisme[2]. Larangan meludah ini dilihat bertujuan mengekang kelakuan lama orang cina ini yang sudah terlalu biasa dan sukar dibuang.
Di mata Barat, undang-undang ini mengawal kelakuan individu seperti ini mungkin dianggap sebagai pencerobohan hak dan sesuatu yang pelik dalam suasana barat yang melaung-laungkan hak asasi dan kebebasan individu. Pada tahun 1984, ketika larangan meludah ini dikuatkuasakan secara serius, 128 orang didenda, manakala pada tahun berikutnya seramai 139 orang. New York Times melaporkan pada tahun 2003, 11 orang didakwa meludah dan didenda $300 seorang[3].
Undang-undang ini jarang dikaitkan sebagai faktor penyumbang kemajuan ekonomi Singapura, tetapi perkaitannya mungkin ada. Penguatkuasaannya berlaku ketika awal pertumbuhan pesat ekonomi yang menjadikan negara tersebut salah satu negara terkaya dunia. Mengikut laporan Bank Dunia, pada tahun 1980, KDNK per kapita Singapura serendah $5000. Pada tahun 1985, meningkat ke $6781 dan tahun 1995, $24 937[4]. Begitu juga dengan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang menyaksikan peningkatan lebih lima kali ganda antara tahun 1985 dan 1990.
Mengatakan undang-undang ini sebagai faktor penyumbang langsung kepada pertumbuhan langsung mungkin tidak tepat. Namun ia boleh dilihat sebagai salah satu pakej yang menyumbang ke arah strategi kemajuan ini. Suasana bersih, sihat dan berdisiplin ini menjadikan negara yang menguatkuasakan undang-undang ini mempunyai pakej penarik untuk pelabur menjalankan perniagaan. Hari ini, negara Singapura menduduki tempat pertama dalam ranking Bank Dunia bagi Indeks Kemudahan Berniaga (ease of doing business) (Malaysia di tangga 18)[5].
Langkah ini yang dianggap asing ini kemudiannya ditiru oleh Hong Kong pada tahun 2003 ketika wabak SARS menular. Juga oleh Shenzhen, salah satu bandar negara China. Pada tahun 2005, survey membayangkan kejayaan larangan meludah ini, dengan menjadikan tabiat kotor ini sebagai amalan menjijikkan nombor satu bagi rakyat Hong Kong, Taiwan dan Singapura[6].
Menarik melihat komen Lee Kuan Yew dalam memoirnya From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000, dalam mengulas cubaannya mengekang tabiat biasa rakyat negara tersebut. Dia juga menghadapi kritikan dan sindiran untuk memperkenalkan undang-undang baru ini. Baginya, dia mahu menjadi orang yang gelak dan tersenyum pada hujungnya kerana misinya yang berjaya. Pada pandangannya, rakyat Singapura akan menjadi warga yang pengotor dan biadab tanpa peraturan tersebut. Apa yang penting ialah peraturan tersebut membawa kebaikan kepada pembangunan negara dan rakyatnya.

Pengajaran Buat Malaysia
Artikel ini dirujuk bukanlah mahu mengagungkan pendekatan negara tersebut atau menjadikan mereka kiblat dalam soal keberkesanan undang-undang moral. Cuma ada beberapa pengajaran penting yang boleh rakyat Malaysia pelajari daripada larangan meludah dan transformasi negara Singapura tadi.
Pertama, Islam pada hakikatnya lebih awal mengajar soal penjagaan dan penguatkuasaan akhlak juga moral awam. Islam juga menjadikannya sebagai amanah yang perlu ditunaikan oleh pemerintah. Polisi dan kebijaksanaan pengurusan negara ini disebut sebagai siyasah syariah yang didefiniskan oleh Ibnu Aqil sebagai tindakan yang menjadikan manusia lebih dekat dengan kebaikan dan lebih jauh daripada keburukan, walaupun Rasulullah tidak pernah melakukannya dan tiada wahyu turun mengenainya[7].

(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. [alHajj, 22:41]

Hari ini ada pasangan belum berkahwin berpeluk-pelukan di khalayak ramai atas alasan mereka berdua membuatnya secara rela dan tidak mengganggu orang lain. Ada juga yang membantah penguatkuasaan solat Jumaat kepada orang lelaki kerana akan menimbulkan sifat tidak ikhlas beribadah. Namun pada hakikatnya, suara yang mengatakan bahawa pihak berkuasa tidak boleh mencampuri urusan moral dan peribadi adalah terbatal. Selain merupakan perintah Allah, kebiasaanya perilaku tidak sopan seperti ini sinonim dengan integriti buruk yang pentingkan diri, tidak amanah dan cuai.

Kedua, dalam Islam, ada konsep perkaitan antara akhlak yang baik dengan kemakmuran sesebuah negara. Ada janji Allah kepada mereka yang mentaati suruhan Allah dan Rasul serta takut kepada-Nya (tidak berbuat syirik dan meninggalkan maksiat serta larangan) bahawa Allah akan membukakan pintu langit yang berlimpahan rahmat, berkat, perbendaharaan bumi dan rezeki yang baik.
Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi … [al A’raaf, 7:96]

Dr Zahazan Mohamed mengulas perkataan keberkatan dalam ayat tersebut termasuklah membawa erti rezeki, keamanan, keselamatan daripada segala keburukan, kaya raya, stabil ekonomi dan politik dan penuh dengan kesejahteraan[8]. alQurtubi pula menghuraikan ayat tersebut bahawa Allah akan menyelamatkan mereka daripada kemarau dan kegersangan.
Oleh itu, adalah sesuatu yang pelik apabila ada yang berpandangan negara perlu utamakan mengejar kemajuan ekonomi dan tidak perlu fokus pada proses Islamisasi. Bahkan ada yang sinis rela tidak berjuadahkan nasi lemak asalkan hudud dijalankan. Persepsi sebegini tidak tepat, seolah-olahnya pemerintah langsung tidak peduli dalam soal pembangunan dan dinafikan kesungguhan mereka. Bahkan, janji Allah bahawa dengan menjalankan perintahnya akan membawa kemakmuran dan kestabilan perlulah diyakini.

Ketiga, sedangkan perkara yang remeh seperti meludah boleh dimasukkan dalam bidang kuasa pemerintah, apatah lagi perkara yang secara khusus diwartakan Allah sebagai larangan dan disertakan hukumannya secara spesifik. Penguatkuasaannya pastilah membawa kebaikan yang lebih jelas, apatah lagi jenayah seperti mencuri, membunuh dan berzina yang menjadi kerisauan dan penyakit sumbang dalam masyarakat.
Pada hari ini, undang-undang menjaga moral di Malaysia menerima pelbagai kritikan sepertimana yang boleh dilihat di media arus perdana. Pandangan yang menentang dizahirkan seolah-olah bilangan mereka ramai. Ironinya, mereka yang kononnya berlandaskan demokrasi ini langsung menafikan peluang undang-undang Islam yang dipersetujui ramai ini untuk dibincang dan melalui proses matang.
Namun, komitmen pemerintah serta golongan Islamis perlu diteruskan. Dalam menghadapi kritikan dan cabaran, kesungguhan mereka pada perintah Allah serta keyakinan pada janji-Nya perlulah melebihi kesungguhan dan keyakinan Lee Kuan Yew terhadap gelak terakhirnya.
“Sesungguhnya asas syariah adalah ia memberi hikmah dan kebaikan pada kehidupan manusia. Syariah semuanya adil, semuanya maslahah, dan semuanya hikmah.”[9]

[1] Alicia P.q. Wittmeyeralicia, Want Your City-State to Become a Capitalist Success Story? Ban Spitting. 2015, http://foreignpolicy.com/2015/03/24/want-your-city-state-to-become-a-capitalist-success-story-ban-spitting
[2] Noah Plaue, If You Think The Soda Ban Is Bad, Check Out All The Things That Are Illegal In Singapore, 2012, http://www.businessinsider.com/absurd-laws-of-singapore-2012-6?IR=T&
[3] Wayne Arnold, In Singapore, 1970’s Law Becomes Weapon Against SARS, 2003, http://www.nytimes.com/2003/06/10/health/in-singapore-1970-s-law-becomes-weapon-against-sars.html
[4] The World Bank Group, GDP per capita (current US$), 2015, http://data.worldbank.org/indicator/NY.GDP.PCAP.CD/countries/1W-SG
[5] The World Bank, Economy Rankings, 2015, http://www.doingbusiness.org/rankings
[6] Barclay Crawford, Spitting and bad service take top spots in the HK hate list, 2005, http://www.scmp.com/node/530784
[7] Hazizi Ab Rahman, Relevansi Konsep Negara Islam: Pelaksanaannya Dalam Sistem Demokrasi Malaysia, 2014, Simposium Pemikiran Politik Islam
[8] Zahazan Mohamed, Jangan Sampai Allah Murka, 2014, Solusi Isu 69
[9] Ibn alQayyim, I’lam Al-Muwaqqi’in, 3/3

Oleh:
Faqih Ahmad Shuhaili terlibat dalam Unit Kajian dan Analisis di IRIS Institute. Beliau yang merupakan graduan Master of Engineering (M.Eng) in Chemical Engineering dari University of Sheffield, UK mempunyai minat yang mendalam dalam perhubungan antarabangsa dan politik. Selama 4 tahun di United Kingdom, beliau banyak berkecimpung dalam aktiviti mahasiswa dan kemanusiaan melalui pelbagai persatuan pelajar dan masyarakat. Dalam akademik, beliau bercita-cita menguasai bidang biochemistry dan renewable energy selain terlibat dalam pembuatan polisi berkaitannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com