innity

pages

Thursday, April 30, 2015

[JATUH NAJIB DITENTUKAN PERWAKILAN] Nasib Najib bakal ditentukan pada Perhimpunan Agung UMNO - Tan Sri Rahim Tamby Chik

Selamat Jalan

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang diadakan pada hujung tahun bakal menjadi penentu tempoh Datuk Seri Najib Tun Razak kekal menjadi presiden parti sekali gus perdana menteri sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14 atau sebaliknya.

Veteran UMNO, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, cadangan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak menangguhkan pemilihan parti pada 2016 menguatkan hujahnya terhadap tempoh dan penilaian tahap kemampuan Najib mentadbir negara.

"Ini keistimewaan UMNO, presiden parti merupakan perdana menteri. Usul pemilihan parti pada 2016 yang mungkin akan diluluskan pada perhimpunan agung tahun ini akan menjadi medan melihat kekuatan dan sokongan ahli kepada Najib.

"UMNO pasti akan menanggung risiko jika penangguhan dibuat, Najib akan berhadapan pelbagai cabaran terutama daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan memberi pelbagai kenyataan 'panas' jika tiada pemilihan dibuat tahun depan.

"Jika tiada pemilihan, Najib berkemungkinan berhadapan cabaran paling getir dalam parti iaitu memastikan keutuhan UMNO di dalam pentadbiran negara. Jika ada pemilihan, Najib mungkin akan berhadapan cabaran akar umbi yang mahu muka baharu sebagai pemimpin parti sekali gus perdana menteri baharu untuk 'bertarung' atas nama parti pada PRU ke-14," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Muhyiddin pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 mencadangkan supaya UMNO tidak menangguhkan pemilihan parti selepas pilihan raya umum seperti yang dilakukan sebelum ini sebaliknya menjalankan pemilihan tersebut mengikut masa yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.
Muhyiddin juga mencadangkan Perlembagaan UMNO dipinda pada tahun ini untuk membolehkan barisan pelapis muda memainkan peranan dan memberi khidmat lebih besar kepada parti.

Berikut adalah tulisan Tun Mahathir yang terbaru di blog beliau:

AHLI-AHLI AKAR UMBI UMNO

1. Saya ucap terima kasih kerana ada ahli-ahli akar umbi UMNO yang menasihati saya supaya tidak “menyerang” Dato’ Sri Najib, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

2. Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita.

3. Tetapi untuk kita membuat keputusan atau menghukum secara bijak, secara adil kita perlu dengar kedua-dua belah pihak.

4. Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya “menyerang” Dato’ Sri Najib. Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU.

5. Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar bahawa UMNO dibawah Dato’ Sri Najib telah gagal memulih UMNO selepas Tun Abdullah. Kemenangan Najib lebih tipis.

6. Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli UMNO biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbillion Ringgit oleh Dato’ Sri Najib. Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya.

Written by chedet

Kakitangan Gereja Mahu Jamin Model Separuh Bogel di Petaling Street

Model separuh bogel, Persana Avril Sollunda yang dibawa ke Penjara Wanita Kajang kelmarin selepas tiada individu tampil membayar wang ikat jaminnya kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam dilapor akan diikat jamin oleh kakitangan sebuah gereja.
Laporan Kosmo! menyebut, menurut sumber, kakitangan sebuah gereja terletak di ibu kota tersebut akan hadir ke Mahkamah Majistret hari ini bagi menjamin wanita tersebut daripada terus meringkuk dalam penjara.
Bagaimanapun menurut sumber tersebut, identiti kakitangan gereja yang mahu membantu wanita itu masih belum dapat dikenal pasti.
Persana Avril atau nama pentasnya Shana Avril dihadapkan ke mahkamah sama kelmarin atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam di Jalan Petaling, Dang Wangi di sini pada 23 April lalu.
Wanita itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.
Mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jumlah wang jaminan memandangkan tiada individu yang tampil untuk membayar wang ikat jaminnya.
- Malaysiandigest.com

[7GAMBAR][ZALIM BUNUH BINATANG] Gempa Bumi di Nepal ada kaitan dengan Upacara Keagamaan MENETAK 5000 haiwan?

Tahu kah anda??

Sebelum berlaku gempa bumi di Nepal yang telah meragut lebih 3000 nyawa manusia.

Satu pesta keagamaan telah berlangsung sebelumnya dimana pesta itu disambut dengan membunuh ribuan ekor kerbau, ayam dan haiwan lain.

Pesta ini disambut 5 tahun sekali.

Haiwan-haiwan itu akan diatur dan di hacked to death dan bukan bertujuan untuk dimakan tapi sebagai offering to the Gods.

Kemungkinan perbuatan terhina mereka ini yang mensyirikkan Allah dan menzalimi haiwan mendatangkan bala gempabumi kepada orang kafir ini.

Hanya Allah yg berkuasa yg maha mengetahui.



Sumber:
 FB Ustaz Syed Bakri




 

Wednesday, April 29, 2015

[VIDEO] 'Orang cerita bunga Najib-Rosmah saja RM3 juta'

 
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau menyerang isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam salah satu tulisan dalam blognya.

Menurut bekas perdana itu, apa yang dibangkitkannya dalam tulisan itu hanya mengenai gaya hidup Datin Seri Rosmah Mansor yang kelihatan "mewah."

"cerita orang kononnya bunga saja 3 million ringgit" kata Tun.

Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan (ketika majlis perkahwinan anaknya).

"Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak pasti kalau ia benar, tetapi saya fkir ada yang fakta. Itu jadi masalah.

Dr Mahathir juga menambah, pendapatan sebagai seorang perdana menteri tidaklah tinggi.

Ketika menjawat tugas itu, katanya, beliau menerima pendapatan RM20,000 dan ia mencukup untuk dirinya dan keluarga beliau.



MAHU SELAMATKAN NAJIB, ROSMAH ATAU UMNO?

Ahli2 UMNO yang ada harga diri, maruah dan berpegang pada tali Allah perlu jujur dalam perjuangan.

Anda mahu menyelamatkan Najib dan Rosmah atau UMNO sekarang?

Kalau kamu menyokong dan memapah Najib dengan bininya yang super rakus maka bermakna UMNO akan ditalqinkan pada PRU 14 akan datang.

Sudah jelas lagi menyuluh majoriti rakyat menolak Najib sejak PRU 13 lagi.

Hanya 47% undi populer Najib dapat. Kalau pengundi2 Sabah dan Sarawak tidak bantu BN Najib dan Rosmah tidak akan bersemayam di Putrajaya hari ini.

Tun M kembali dalam gelanggang bukan kerana dia sayangkan Najib dan Rosmah tetapi sayangkan UMNO dan bangsa Melayu Islam agar UMNO dan Melayu Islam tetap berkuasa selepas PRU 14.


Kalau kamu, ahli2 UMNO, sayangkan parti kamu dan mahu Melayu kekal berkuasa kamu mesti menyokong Tun M dan menolak Najib.

Najib dan Rosmah tidak boleh menyelamatkan Melayu islam dan negara tercinta.

Kemungkaran mereka melampaui batas, memalukan UMNO, menjejaskan kuasa politik Melayu Islam.

Kamu jangan menyesal sekiranya kuasa politik Melayu hilang selepas PRU 14 kelak. NAJIB HAS TO GO NOW.

Kalau kamu berpegang pada tali Allah, bukan mengharapkan BRIM projek rasuah politik, dan sayangkan UMNO yang memperjuangkan kuasa politik Melayu Islam, maka kamu mesti tegas dan berani menolak Najib sebagai presiden UMNO.

Allah akan memberkati perjuangan kamu kerana kamu memilih kebenaran menentang kemungkaran.

Kamu, ahli2 UMNO, adalah penyelamat bangsa, ugama dan negara sekiranya kamu meletakkan kepentingan bangsa, ugama dan negara di atas kepentingan diri kamu, BRIM dan Najib serta bini super rakusnya Rosmah.


Tulisan: Yahaya Ismail

 

[VIDEO] Ahmad Maslan macam orang tak tahu apa, kata Dr M

 
Tun Dr Mahathir Mohamad menepelak Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa dirinya tidak faham berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak 1 April lalu.

Bercakap kepada media selepas menyampaikan ucapan di Institut German - Malaysia di Kajang, katanya, walaupun bertanggungjawab “menjaga’ kewangan, namun Ahmad Maslan bercakap seperti “orang tidak tahu apa”.


[VIDEO](TETAP BERJUANG) Najib: Saya takkan menyerah kalah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah walaupun diasak dan dikritik.

Katanya beliau akan tetap istiqamah berjuang demi rakyat sebagai sebuah kerajaan yang telus bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, jemaah menteri dan anggota pentadbiran.

Memetik seruan hikmat Bugis, beliau berkata apabila perahu dikayuh ke tengah, ia tidak boleh “bersurut pulang”.

“...meskipun bagaimana besar gelombang yang melanda, biarpun kemudi patah, biarpun layar robek, biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, ia lebih mulia bagi kita tegap teguh berjuang daripada membalik haluan pulang,” katanya.

Beliau menyampaikan ucapan sempena pelancaran Laporan Tahunan 2014 untuk Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kata-katanya itu secara tidak langsung menjawab kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menuntut agar beliau meletak jawatan.

Mahathir sebelum ini antara lainnya membangkitkan mengenai motif kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Turut dibangkitkan Mahathir ialah langkah pembayaran wang tunai kepada golongan kurang berkemampuan melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Menurut Mahathir, walau dengan bayaran tersebut, Najib tetap mencatatkan prestasi buruk semasa pilihan raya umum 2013.

Menjawab isu BR1M, Najib seterusnya membawa seorang warga kurang berkemampuan di atas pentas, yang diterbangkannya khas dari Betong Sarawak.

“Beliau adalah seorang ibu tunggal yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dan mempunyai 4 orang anak yang berusia di antara 11 hingga 20 tahun.

“Di sini, sebagai seorang pemimpin, suka saya menyatakan, sesiapa sahaja boleh mengatakan apa saja yang mereka suka dan fikirkan.

“Namun bagi individu rakyat seperti Puan Dayah ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia, betul-betul dapat membantu meringankan beban yang ditanggung bagi kos persekolahan anak-anaknya,” kata Najib.

Seramai dua orang anak wanita tersebut turut ditunjukkan di atas pentas dalam siaran langsung melalui RTM itu.

Menurut Najib lagi, skim bantuan seperti itu berjaya dilaksanakan di negara seperti United Kingdom dan Indonesia.

Skim itu juga hanyalah langkah sementara, kata Najib yang menegaskan bahawa ia mampu meringankan beban golongan sasaran – seramai tujuh juta isi rumah.


Tuesday, April 28, 2015

TANYA PADA ROSMAH MANSOR

 
Tahniah kepada Rosmah Mansor kerana melantik dirinya sendiri sebagai First Lady of Malaysia.

Ini sejarah baru politik Malaysia setelah Najib jadi PM.

Dalam sejarah politik dunia yang minat melantik diri sendiri sebagai presiden seumur hidup seperti Marcos, Sukarno dan beberapa pemimpin negara2 di Afrika. Tak pernah dengar bini mana-mana presiden negara Afrika, termasuk yang makan daging manusia, yang melantik diri sendiri menjadi First Lady.

Hebat Ro...smah! Tahniah Rosmah! Rosmah bernasib baik selepas dicerai oleh suaminya yang dulu dia mendapat Najib, suami berstattus mithali pula. 

Sebagai suami mithali Najib ikut saja segala kemahuan bininya.


Kononnya Rosmah banyak memberi nasihat kepada suaminya yang amat patuh dan setia itu.

Pendek kata, PM banyak mendapat nasihat2 yang berguna dari bininnya yang, menurut kata orang lebih bijak dari suaminya.

Tuan-tuan dan puan-puan rakyat marhein patut berasa bangga dengan Rosmah yg banyak membimbing dan menasihati suaminya yang taat setanya tak berbelah bagi pada bininya. 

Oleh itu janganlah hairan bin pelek kalau Rosmah nampaknya lebih berkuasa dari PM.


Kata orang dua kepala lebih baik dari satu kepala apalagi dalam urusan negara yg memerlukan buah fikiran yg super bernas menghadapi cicak, mengkarung, babi hutan beruk dan siamang.

Juga jangan rasa cemburu gila kalau Rosmah dan Najib hidup dalam dunia fantasi yang super mewah, kekayaan melimpah, perkahwinan anak dianggap sebagai "marriage of the century".

Itu semua berkat simpanan sejak masih bayi lagi.

Tak perlu lampu Aladin atau membela sejuta ahli kehormat toyol.

Juga tak perlu bela hantu raya, dewa dewi atau pun mandi susu oleh sami Hindu atau Budha.

Tuan-tuan dan puan-puan rakyat marhein semua jangan bimbang menghadapi PRU 14.

Najib dan Rosmah akan pastikan BN menang cemerlang dengan 2/3 suara di Parlimen.

Kami bagi minyak pelincir BRIM kepada rakyat.

Ingat jangan tak ingat, jangan sekali-kali tanya suamiku atau aku mengenai 1MDB itu.

Itu saja pantang larang kami tau..

Jangan lupa sambut kami di mana-mana dengan slogan WE LOVE PM.

Itu adalah janji keramat rakyat marhein untuk mengekalkan kami di Putra jaya.

Hidup Najib! Hidup Rosmah! Oh, maaf, lupa. Aku sendiri mengangkat diriku!

Tulisan:


* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Celah Gelegar.

[STRATEGI HAPUS SEJARAH MELAYU] Melayu bukan rakyat asal Singapura tetapi PENDATANG?

In the 1950s, the major stream of Jurong River (or Sungei Bajau Kanan) was home to many Malay fishing villages, such as Kampong Jawa Teban (or Kampong Java Teban). The fishermen’s wooden houses were built on stilts that stretched out into the waters, with fishing boats parked by the sides. It was a common to see the children having an enjoyable time swimming in the river, while the adults laboured in fish netting and prawn rearing. The fishing villages located nearer to the mouth of Jurong River, however, were constantly bothered by the flooding due to high tides.
A swampy land in its early days, Tuas was inhabited by the Malay population as a fishing village. Tuas Village was located nearer to West Coast Road rather than present-day Tuas South, which was the result of land reclamation during the eighties. The southwestern part of Singapore had long been designated for industrial use, thus Jurong Town Corporation (JTC) was acquiring the lands since 1974 for their marine and engineering industries.

One of the oldest Malay settlements in Singapore, Geylang Serai also functioned as a main trading place for the Malays from Malaysia, Indonesia and Brunei. In the late 19th century, the rich Arabs moved in to cultivate lemon grass plantation but the industry failed to boom, which was later replaced by rubber plantations and vegetable farms. The villagers also started planting tapioca (ubi in Malay) during the Second World War, leading to the naming of Kampong Ubi, part of Geylang Serai.
Pulau Tekong was home to many Malay residents before the island was developed as a military base in the eighties. In 1956, the population living on Pulau Tekong was about 4,000 strong, scattered in various small kampong such as Kampong Pahang, Kampong Selabin (Pekan), Kampong Seminal, Kampong Batu Koyok, Kampong Pasir, Kampong Sungei Belang, Kampong Onom, Kampong Pasir Merah, and Kampong Permatang. The villages were self-reliant on vegetable, fish, coconuts and tropical fruits.


Beberapa tahun kebelakangan ini terdapat percubaan untuk menghapuskan sejarah orang Melayu di Singapura. Orang Melayu dikatakan sebagai pendatang dari Malaysia... atau Indonesia. Kita bukan native atau indigenous.

This attempt to remove our status is cynical at best. Kedua-dua Indonesia dan Malaysia adalah negara baru yang dibentuk oleh penjajah. Tanah Melayu yang dijajah Inggeris jadi Malaysia. Tanah Melayu yang dijajah Belanda, jadi Indonesia. Tidak lebih dari itu.

But both of them are part of the Malay world. The Malays are indigenous to the region. The same goes for Singapore.

Kedudukan Singapura dalam dunia Melayu tidak boleh dipertikaikan.

For us to understand the status of Malays in Singapore, we need to realise that Singapore exists as part of the larger Malay world. This Malay world is made up of a Peninsula that stretches from the southern states of modern Thailand to Johor Bahru and the thousands of islands in the archipelago.

For a Malay to move from one island to the next and still remain within Malay land is normal. Travelling by sea was the common mode of transportation within our lands. We moved by sea as any other race would have moved by carriage or train.

It does not mean we are not indigenous to any part of the Malay world. To reject a Malay and remove his rights to the land because he moved to Singapore island from Jawa is like saying someone from Tampines who moved to Jurong as not having any rights because he is not from Jurong.

We exist as part of the Malay world. This Malay world includes Malaysia, Indonesia, Bangsamoro, Brunei.

As Lily Zubaidah Rahim argued,

"Historical records suggest that the Malays initially migrated to the Malay Archipelago from the Asian mainland between 2,000-5,000 BC. Within the Archipelago, historians have recorded extensive movement of indigenous Malays from one rumpun (group, region within the larger 'Nusantara') to another...The fact that a Majapahit Hindu prince, Sang Nila Utama, and his descendants could establish royal houses in Temasek and Malacca from the thirteenth century and then base themselves in the Riau Islands is illustrative of the relative ease in the cultural integration and mobility of Malays from one rumpun within the 'Nusantara' to another...

In a study pertaining to Singapore Malay identity, Nurliza Yusuf observed that Singapore Malays possessed a strong indigenous and regional identity that emanates from their acute consciousness of Singapore's place in the 'Nusantara' or Malay World.

The Pan-Malay consciousness was aptly articulated by one of her informants in the following way: 'The Malay Archipelago is like a big house. The Malays in Singapore hanya tukar bilik dan bukan tukar rumah (are merely changing rooms and not changing houses)."

Rahim, Lily Zubaidah. The Singapore dilemma: The political and educational marginality of the Malay community. Oxford University Press, USA, 1998. pp 14-15

Monday, April 27, 2015

5 SEBAB MENGAPA NAJIB MESTI LETAK JAWATAN SEKARANG?


Perlu diinsafi MONEY IS NOT POWER TAPI SUARA DAN KEPENTINGAN RAKYAT IS THE REAL POWER yang akan menentukan BN menang atau kecundang pada PRU 14 akan datang. 

Najib boleh tabur BRIM macam dukun 
menebar bertih untuk memuaskan para puaka tapi percayalah sebahagian besar rakyat akan menolak BN seperti mana yg berlaku pada PRU 13. 

Takdirnya diadakan referendum patutkah Najib meletak jawatan sebagai PM hari ini besar kemunginan 90% para pengundi akan menolak beliau!

Hukum karma akan berlaku. Jangan cuba memperlekehkan kuasa Allah seolah-olah kuasa yang anda miliki itu hak mutlak anda dan isteri anda. 

Ombak kebencian rakyat semakin mengancam. Kamu dan bini mungkin tidak menghormati Tun M dan kamu mengupah para balaci yang tak bermaruah menghina negarawan 89 tahun yg dijulang tinggi di persada antarabangsa dan di kalangan rakyat Malaysia yang anti kemungkaran. 

Banyak pihak berpendapat bala akan menimpa rakyat dan negara tercinta ini sekiranya Najib dan Rosmah yg super rakus super boros kekal sebagai PM. 

Jangan terlalu tersilau dengan kuasa yg dipinjam Allah. 

Ingat bapa kamu, Tun Razak, memberi kepada Ku Li pingat mas dan wang USD30 ribu yang bapa kamu dapat sebagai negarawan cinta keamanan oleh Presiden Filipina pada waktu itu. 

Itulah harta peninggalan bapa kamu yang diserahkan Ku Li kepada ibu kamu. 

Kamu dan Rosmah boleh berfantasi sebagai raja di zaman bahari dengan segala kehebatan, kekayaan dan kekuasaan pada hari ini. 

Ingat ada empat isu besar yang akan membuat rakyat menolak BN sekiranya kamu masih kekal sebagai PM sampai PRU 14.

Lima isu besar itu ialah: 

1. skandal 1MDB yang kamu gagal menjelaskan kemusykillan rakyat dan Tun M 

2. GST seperti pukat harimau yg membebankan rakyat miskin dan berpendapatan sederhana. 

3. Siapa memberi arahan kepada dua polis menjadi pembunuh Altantuya? Bukan hantu raya atau syaitan tapi mesti manusia yang berpangkat lebih tinggi dari dua polis tersebut. 

4. Rosmah Mansor yg mengangkat dirinya sebagai First Lady ratu boros super rakus 

5. Korupsi o korupsi yang memperkenalkan Malaysia sebagai salah sebuah negara korup di dunia sekarang.

Percayalah, wahai Najib dan Rosmah, ahli-ahli UMNO yang berjuang di jalan Allah, anti kemungkaran akan bersama dengan jutaan rakyat yang cinta damai menjadi penyokong kuat kepada Tun M. 

Mungkin kamu boleh membeli setengah manusia yang rapuh semangat, berjiwa hamba dan tak bermaruah. Tetapi ingat, kamu tidak boleh menguasai aspirasi berjuta rakyat Malaysia yang mahu kamu meletakkan jawatan sebagai PM dengan segera. 

Allahhu-Akbar, Allahu-Akbar, Allahhu-Akbar!

Tulisan : 

[MEREKA gelar AHMAD MASLAN BODOH] Lim Guan Eng PINTAR Kerana Naikkan Tarif Air dan Memperbodohkan Pembangkang


Langkah kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan tarif air sebanyak 16.7% mulai 1 April lepas diharap dapat mengurangkan penggunaan air, kata Lim Guan Eng (gambar).

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata pihaknya memerlukan kerjasama semua pihak untuk mengelak berlakunya catuan air di negeri ini.

"Kita naik (tarif air) sebab kita harap pengguna dapat mengurangkan penggunaan air," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2015 di Empangan Air Itam, di George Town hari ini.

Pada 19 Mac lepas, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengumumkan tarif baharu air dengan kenaikan sebanyak 16.7% berkuatkuasa 1 April.

Pengurus besarnya, Jaseni Maidinsi berkata objektif utama semakan tarif air ialah bagi memudahkan pengurusan air yang lebih baik dengan mengurangkan penggunaan air bagi mengelakkan catuan.

PBAPP sebelum ini mengumumkan kenaikan surcaj pemuliharaan air (WCS) daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuatkuasa 1 Sept 2013. – http://www.themalaysianinsider.com/

Ahmad Maslan teruk dihina dengan pelbagai cara sebelum ini


Friday, April 24, 2015

[VIDEO][DI MALAYSIA SEMUA BERANI BUAT IKUT SUKA] Pelancong Wanita BUKA COLI Selepas Bertengkar Dengan Peniaga di Petaling Street

 
PETALING JAYA: Video pertengkaran antara seorang pelancong asing dengan sekumpulan peniaga makanan di Petaling Street, Kuala Lumpur berakhir dengan aksi lucah.

Ia dikatakan berpunca daripada salah faham antara pelancong berkenaan dengan seorang peniaga, berhubung duit bayaran.

Wanita berjaket putih mendakwa telah meletakkannya di atas meja tetapi dinafikan peniaga berkenaan.

Sambil memegang pergelangan tangan wanita itu menjerit sambil meronta meminta supaya dia dilepaskan.

Aksinya bermula selepas dia berjaya melepaskan tangannya dari cengkaman.
Tanpa menunggu lama, satu persatu dia menanggalkan pakaian yang menutupi bahagian atas badannya.

Bermula dengan jaket, dia kemudian bertindak membuka baju yang dipakai sehingga tiada apa menutupi payudaranya.

Selepas itu, dia mengajak peniaga yang berbadan gempal dan berseluar merah bergasak dengannya.

Dalam video yang berdurasi 1.53 minit, ia berakhir tanpa keganasan.
half naked tourist from FMT on Vimeo.

Thursday, April 23, 2015

[VIDEO] Penjelasan Negara LIBERAL dan KETUANAN RAKYAT


[KES WARDINA VAMPIRE SALIB] Melayu DIBULI bila BODOH dan TIDAK MAHIR Strategi Serangan KAFIR

 
STRATEGI KAFIR KRISTIAN

PLAN A: Let's play silent mode

1) Bukak Church secara haram..moga2 tiada yang perasan.

a- Kalau tiada yang bersuara, teruskan buka lagi gereja di penempatan orang Islam
b- Kalau kantoi, move to Plan B.


PLAN B: Let's play victim!

1) Bila orang Melayu Islam protes, kita lapor masuk berita: orang Melayu tempelak orang Kristian

2) Peranan media wujudkan persepsi kristian jadi mangsa, Orang Melayu Islam radikal dan tiada toleransi

3) Tunggu orang Melayu Islam lain backup. jangan risau. mereka golongan yang ramai, baik hati dan sayang kepada kita, mereka pasti akan sokong kita.

4) Tunggu kenyataan-kenyataan ISMA dan orang Islam lain yang sokong Melayu Islam dan naikkan mereka sebagai suara-suara ekstremist.

5) Biar Melayu Islam sesama Melayu Islam bergaduh

6a) Tunggu kita diberi penempatan gereja baru secara halal tanda toleransi.
atau

 6b) Continue Plan A.

- Hanan Binti Othman - HBO









 

KES WARDINA, SALIB, VAMPIRE : antara Gereja, Alvin Tan dan "Kabinet Dapur"


Straight to the Point – Kenapa isu gereja di Taman Medan itu menjadi minit mesyuarat Kabinet?

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Kabinet telah membincangkan mengenai bantahanpenduduk terhadap pemasangan lambang salib dan polis akan menjalankan siasatan serta akan mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan, jika mereka didapati melanggar undang-undang negara.

Alvin-Tan-2
Sebaliknya, isu Alvin Tan yang berterusan menghina bukan setakat agama Islam, orang Islam, malah hingga ke tahap mencemuh Nabi Muhammad SAW (lihat ulasan Alvin Tan dalam screenshot di atas), Kabinet Malaysia yang mewakili sebuah negara Islam contoh, hanya diam.

Jika tidak sedikit pun terkesan di dalam hati kamu, tunggulah masa dan ketikanya, azab Allah.

Tidak ada langkah atau apa saja tindakan diambil terhadap Alvin Tan yang kini menjadi pelarian, sedangkan itulah sebesar-besar penghinaan yang dilakukan oleh seorang rakyat ‘negara Islam’ Malaysia yang berstatus warganegara.

Di mana agensi kerajaan yang saya sebutkan dalam tulisan saya sebelum ini?
“Kita ada menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam! Kita ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)! Kita ada Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim)! Kita ada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim)! Kita ada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang juga memiliki stesen radio Ikim FM! Kita ada Pusat Islam dan TV Al-Hijrah!”

Di mana mereka ini yang diamanahkan membela Islam?

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang(untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidakada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Al-Quran Surah Al-Ahzab Ayat 72)

Demikian juga portal-portal berita yang sentiasa mahu menanam fahaman liberal dan sekular dalam fikiran masyarakat Malaysia. Hanya satu laporan berita berkaitan tindakan terbaru Alvin Tan yang disiarkan, sebaliknya isu gereja di Taman Medan dimainkan terus menerus.

Yang menjerit-jerit membuat bantahan terhadap Alvin Tan ini hanya NGO Islam,individu-individu Islam yang kerdil, serak suaranya. Yang suaranya kuat? Apakan daya tubuh mereka kecil!

Sering kali, malah boleh dikatakan setiap kali apabila saya menulis membela agama saya tidak lupa saya katakan:
“Apabila umat Islam membuat bantahan sama ada melalui ucapan atau penulisan, kami dianggap ekstremis. Apabila umat Islam membuat bantahan menggunakan senjata, mereka digelar terroris”. – Ingat! Kami tetap membela agama Allah.

Begitu juga kenyataan Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim, hari ini yang berkata:
“Sukar untuk bersangka baik dengan Alvin. Berdasarkan penghinaannya terhadap Islam sebelum ini dan statusnya di Facebook, jelas dan terang dia sengaja berbuat demikian. Dia sengaja memainkan sentimen dan provokasi terhadap Islam dan orang Islam. Hakikatnya, spesies inilah yang sebenarnya akan mewujudkan suasana tegang di kalangan rakyat Malaysia.”.

Saya hanya bertubuh kecil, tetapi suara saya kuat mempertahankan Islam menerusi penulisan. Jadi, saya dan UstazHaji Zamri pun digolongkan sebagai ekstremis?

Nabi Muhammad ketika memasuki, menawan kota Makkah, merobohkan berhala-berhala di sekeliling Kaabah. Ekstremiskah?

Sebaliknya, penduduk Taman Medan bukan mahu meroboh berhala atau gereja, cuma mereka minta ianya tidak dibina, khususnya di kawasan tempat tinggal mereka yang majoritinya umat Islam.

Juga, mereka bukan menghina gereja atau agama lain wahai Abu Islam yang membawa suara ulama muda dalam UMNO. 

Mereka juga memahami ayat al-Quran yang Abu Islam sebutkan dalam laporan sebuah portal berita liberal hari ini.

P/S: Wahai, pemerintah Islam yang ada kuasa hari ini! Ingatlah kepada ancaman Allah SWT dalam ayat 72 Surah Al-Ahzab itu. Jangan jadi ‘kabinet dapur’ yang diam membisu.

Razali bin Zakaria
Pengarang Kanan Ismaweb.net

Wednesday, April 22, 2015

(KES WARDINA VAMPIRE SALIB) Syiar Islam di bumi majoriti Islam Malaysia VS di bumi majoriti Kafir


Kes ini bukan isu tengok salib jadi murtad dan hanya vampire takut salib.
Buat adik-adik yang "terbuka" mindanya, yang belajar di bumi Amerika dan negara-negara Barat yang lain, berhati-hati dengan cara anda berfikir, terbukanya anda sehingga mengambil contoh Islam sebagai minoriti di negara Barat untuk menilai isu syiar agama lain di negara Islam Malaysia.
Mari tanya pada diri sendiri. Apakah asas penilaian anda? Berdasarkan hak asasi manusia yang anda alami sendiri di bumi Amerika, atau berdasarkan syariat Islam yang anda masih kurang arif dan secara langsung tidak pernah mengalami pengalamannya?
Renung-renungkan…
Masjid yang terbina di pelosok bumi Amerika sebagai tempat ibadat umat Islam di sini, adalah hasil usaha komuniti Islam setempat tersebut dan amat sangat tergantung kepada jumlah komuniti Islam di kawasan tersebut.
Pernah berhenti di tempat yang ada lebih daripada satu masjid?
Jom ke Toledo, dan boleh buat bancian berapa ramai komuniti Islam di sini. Bahkan ada satu ‘masjid kubah kuning,siap ada anak bulan’ yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang melalui highway di sini. Tersergam indah.Alhamdulillah.
Saya juga pernah ke daerah yang masjidnya hanya di perumahan, sebuah rumah yang disewa (atau dibeli) untukdiwakafkan dan dijadikan masjid. Ini perkara biasa.
Kerana apa? Kerana bilangan komunitinya yang setakat ini mampu sekadar itu..
Pernah juga saya sekeluarga ke San Deigo. Di salah sebuah daerahnya, mencari masjid di malam raya, tetapi malangnya masjid tersebut sudah tutup. Mungkin kerana komuniti Islam di kawasan itu sudah berkurang, mungkin.
Jadi, pada saya, menilai bahawa di negara Amerika, komuniti minoriti Islam berhak dan tiada halangan untuk membina masjid, dan mengambil itu sebagai contoh secara terus dalam isu membina gereja yang besar di kawasan majoriti Muslim di Malaysia, pastinya tidak tepat…
Gereja yang tersergam indah, dengan pampangan salib yang besar di kawasan majoriti orang Islam. Ini sukar diterima akal…
Bahkan Malaysia jauh lebih ke hadapan dalam menyediakan tempat ibadah untuk semua agama yang ada di Malaysia, tiada masalah dan isu sebelum ini. Hatta cuti umum juga!
Apa yang perlu kita lihat sebenarnya?
Toleransi masyarakat bukan Islam dan sensitiviti masyarakat muslim di Malaysia. Seperti yang kita maklum dengan perkara ini, memang orang Islam di Malaysia, tinggi sensitivitinya berkaitan isu-isu agama ini, jadi, jangan dikacau naga yang sedang lena!
Berilah toleransi dan pastinya secara manusiawi, kita boleh memahaminya dengan mudah sekali.
Oh, mungkin perlu contoh negara Barat dulu, baru lebih yakin bukan? Saya masih ingat lagi di Australia dulu, sebuah masjid yang merupakan sebuah rumah di perumahan yang berdekatan kampus Monash University. Apa isu toleransi yang berlaku?
Umat Islam di situ, tidak dibenarkan sewenang-wenangnya memenuhi tapak parking di jalanan terutama pada waktu solat Jumaat kerana menghormati penduduk perumahan tersebut dan mengelakkan daripada halangan lalu lintas dan menghalang laluan di rumah penduduk tersebut.
Jadi, umat Islam di situ akur dengan perkara tersebut dan memang atas kesilapan umat Islam minoriti tersebut,pernah dikenakan tindakan undang-undang di situ, kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu digantung. Saya sudah lupa berapa lama digantung.
Jadi, ini situasi apabila kita minoriti, dan ini amat sesuai diaplikasi oleh minoriti agama lain di Malaysia…( yang perlu diaplikasi: sikap toleransi dan memahami sensitiviti setempat)
Salah sebuah masjid di tempat saya menetap sekarang, keluasan kawasan masjid dan sekolah Islamnya lebih kurang 10 padang bola sepak! Luas bukan?
Sepanjang 4 tahun (lebih kurang 4 kali Ramadan) saya di sini, setiap kali selepas solat Tarawih, antara pesanan imam pada semua adalah meminta semua keluar dari masjid dengan minimumkan perbualan, terus hidupkan enjin dan pulang ke rumah. Kita ada jiran tetangga yang sudah tidur di sekeliling kita, dan kita perlu hormati dan jaga sensitiviti jiran-jiran sekeliling masjid kita..
Belum lagi disentuh berkenaan melaungkan azan ke luar daripada masjid.
Itu syiar Islam yang tidak dapat dilaksanakan di bumi minoriti Islam yang saya rindui.
Bukankah itu hak minoriti Islam? Atau bagaimana pula di Taman Medan, semua orang melaungkan kita perlu hormati hak minoriti?
Jadi adik-adik, teman-teman, mari kita lihat dahulu bagaimana sebenarnya Islam mengajarkan kita.
Kemudian, baru kita menilai. Jangan terlalu menggunakan logik akal, sehingga kita tersilap menilai.
Balkhis Hamid
Toledo Ohio, USA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com