innity

pages

Tuesday, June 30, 2015

[BIADAP] ADUN Kafir DAP Kinrara Biadap Memperolok-olokkan Kod Etika Pakaian di Pejabat Kerajaan


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara Ng Sze Han bertindak biadap dengan memperolok-olokkan kod etika pakaian di pejabat kerajaan.

Beliau memuat naik gambar di Facebook memaparkan notis cara berpakaian untuk berurusan di pejabatnya yang membenarkan sebarang bentuk pemakaian “selagi tidak berbogel”.

“Anda dialu-alukan berskrit mini atau berseluar, baju tiada lengan dan apa saja yang anda selesa, selagi tidak berbogel.

“Anda tidak akan diberikan kain sarung atau tuala. Kami hormat kebebasan anda dan kebebasan cara berpakaian,” menurut gambar notis yang dimuat naik semalam.

Beliau juga memuat naik tujuh cara berpakaian yang dibenarkan sebagai panduan untuk pengguna.

Ia termasuk gaya kasual (gambar berseluar pendek), profesional (berdasi dan tali leher), tradisional (pakaian Melayu), pakaian ketat, anggun (berkain belah ke paha) dan pakaian sukan (ala ahli gimnastik).

Bergambar dengan tuala, sarung

Malah, dimuat naik juga gambar beliau dan beberapa orang bergambar dengan notis itu, kain sarung dan tuala sambil tersenyum.

Sebelum ini, tindakan seorang wanita diminta memakai kain sarung ketika berurusan di pejabat kerajaan mencetuskan kontroversi di alam maya.



Begitu juga dengan gambar wanita yang lain bertuala yang disebarkan meluas serta insiden hampir sama melibatkan wartawan di bangunan kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu, kebiadapan Ng itu berpotensi menimbulkan kembali kontroversi sekitar cara pemakaian yang mula reda itu.

[OPERASI Tren Elektrik (ETS) KL-Pdg Besar] SPAD TIDAK BENARKAN, KTM kata esok beroperasi & Boleh Balik Raya Guna ETS


Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur-Padang Besar masih dalam proses pemeriksaan tren dan landasan dan belum boleh beroperasi, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.
    
Beliau berkata ETS hanya boleh beroperasi selepas mendapat kelulusan SPAD.
    
"Kita telah memberitahu mereka (penangguhan operasi). Tapi kalau mereka (KTMB) langgar undang-undang, kita terpaksa ambil tindakan. Kita perlu periksa beberapa landasan dan tren mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mobile Operation Vehicles (MoVs) milik SPAD di ibu negara hari ini.
    
Beliau berkata SPAD hanya akan memberi kelulusan untuk KTMB menjalankan operasi selepas menentukan bahawa keselamatan awam adalah terjamin ketika menggunakan perkhidmatan awam itu.
    
Pada Khamis lepas, KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS sejauh 329 kilometer itu akan mula beroperasi esok dan boleh digunakan orang ramai yang ingin pulang ke utara bagi menyambut Aidilfitri.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata SPAD dijangka mengeluarkan sebanyak 400 Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk perkhidmatan bas tambahan sempena Aidilfitri ini.
    
"Pada tahun lepas kita mengeluarkan lebih 300 LPS dan kita jangka tahun ini kita akan keluarkan lebih atau sama bilangan dengan jumlah LPS yang dikeluarkan tahun lepas," katanya.
    
-Bernama

[JIKA NAJIB ROMBAK KABINET] Jangan lantik menteri buat kenyataan seperti badut


SHAH ALAM-  Sekiranya rombakan Kabinet dilakukan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disaran melantik menteri di kalangan anak muda yang bersih, cerdik dan beriman supaya boleh memacu negara kita ke depan.
 
Pensyarah Sains Politik Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata,‎ sudah tiba masanya menteri yang dilantik memahami denyut nadi rakyat dan bukannya dari golongan yang bercakap seperti tin kosong.
 
“Lantiklah menteri yang dapat memahami kesempitan hidup rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang.
 
"Jangan lagi melantik menteri yang mengeluarkan kenyataan seperti badut,” katanya kepada Sinar Online.
 
Terdahulu sebuah portal melaporkan, Najib telah memberi bayangan kemungkinan akan ada rombakan Kabinet tidak lama lagi.
 
Najib, ketika menjawab mengenai  spekulasi itu, tidak menafikannya dan menggesa orang ramai bersabar.
 
"Tunggulah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.
 
Sementara itu Agus ketika bercakap mengenai cadangan seorang pemimpin yang mahu kedai mamak tidak beroperasi 24 jam sehari, beliau mempunyai pendapatnya sendiri.
 
“Saya bertanya, bagaimana dengan karaoke, kelab malam dan disko yang dibuka sampai ke pagi? Tak hendak tutup ke tempat seperti ini?
 
"Jika tutup restoran 24 jam, bagaimana kita hendak mengisi kekosongan perut rakyat yang bekerja pada sebelah malam? Mengapa harus disekat hak rakyat untuk makan dan berniaga?” katanya.
 
Terbaharu, Najib berkata, kerajaan menolak cadangan tersebut dan menegaskan kedai mamak akan terus beroperasi 24 seperti biasa. 

[4 GAMBAR] Lebih 500 melecur kebakaran pesta dan konsert LGBT


TAIPEI :Bilangan mangsa cedera dalam kebakaran di sebuah taman tema air di Taiwan meningkat kepada 516 orang pada Ahad menurut sumber rasmi, 180 orang menerima rawatan rapi.


Media melaporkan empat rakyat China dan dua rakyat negara asing termasuk dalam senarai mangsa cedera semasa pesta LGBT pada Sabtu malam, dihadiri lebih 1,000 peserta.


Pesta itu dianjurkan sempena musim panas, peserta menari dan disembur denga
n serbuk pewarna bagi meraikan kejayaan pergerakan LGBT sedunia yang diluluskan di Amerika.

Kebakaran bermula 8.30 malam di Taman Tema Formosa Fun Coast disyaki berpunca letupan dari serbuk pewarna yang digunakan, jurucakap kerajaan Lin Chieh-yu dipetik sebagai berkata.

"Kita masih menyiasat secara terperinci bagaimana serbuk itu boleh terbakar," katanya.





PELAJARAN DARI UMAT TERDAHULU

Oleh
Ustadz Kholid Syamhudi Lc

KEHANCURAN UMAT NABI LUTH


Nabi Luth pergi meninggalkan tempat tinggal pamannya, yaitu Nabi Ibrahim, dan kemudian tinggal di kota Sadum (Sodom) di Palestina. Penduduk kota ini adalah penganut paganisme dan melakukan kemungkaran yang belum pernah dilakukan satu umat pun sebelum mereka.

Kemungkaran apa yang mereka lakukan? Yaitu mereka melakukan hubungan seksual sejenis (homoseksual). Nabi Luth telah mendakwahi mereka untuk beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan kemungkaran tersebut, namun mereka menolaknya.

Ketika Allah ingin menghancurkan mereka, maka Allah mengutus para malaikatnya dalam bentuk pemuda yang bertamu kepada Nabi Luth. Dan beliau pun merasa sempit, sebab kaumnya tidak akan membiarkan para tamunya begitu saja. Terjadilah perdebatan antara beliau dengan kaumnya yang Allah abadikan dalam firman-Nya :

وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا لُوطًا سِيءَ بِهِمْ وَضَاقَ بِهِمْ ذَرْعًا وَقَالَ هَٰذَا يَوْمٌ عَصِيبٌ

"Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata : "Ini adalah hari yang amat sulit". 

وَجَاءَهُ قَوْمُهُ يُهْرَعُونَ إِلَيْهِ وَمِنْ قَبْلُ كَانُوا يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ ۚ قَالَ يَا قَوْمِ هَٰؤُلَاءِ بَنَاتِي هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَلَا تُخْزُونِ فِي ضَيْفِي ۖ أَلَيْسَ مِنْكُمْ رَجُلٌ رَشِيدٌ

Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. Luth berkata: "Hai kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal"

قَالُوا لَقَدْ عَلِمْتَ مَا لَنَا فِي بَنَاتِكَ مِنْ حَقٍّ وَإِنَّكَ لَتَعْلَمُ مَا نُرِيدُ

Mereka menjawab: "Sesungguhnya kamu telah tahu bahwa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki".

قَالَ لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً أَوْ آوِي إِلَىٰ رُكْنٍ شَدِيدٍ

Luth berkata: "Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan)".

قَالُوا يَا لُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَنْ يَصِلُوا إِلَيْكَ ۖ فَأَسْرِ بِأَهْلِكَ بِقِطْعٍ مِنَ اللَّيْلِ وَلَا يَلْتَفِتْ مِنْكُمْ أَحَدٌ إِلَّا امْرَأَتَكَ ۖ إِنَّهُ مُصِيبُهَا مَا أَصَابَهُمْ ۚ إِنَّ مَوْعِدَهُمُ الصُّبْحُ ۚ أَلَيْسَ الصُّبْحُ بِقَرِيبٍ

Para utusan (malaikat) berkata :"Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Rabbmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorang pun di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa adzab yang menimpa mereka, karena sesungguhnya saat jatuhnya adzab kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat" [Hud/11:77-81]

Maka berangkatlah Nabi Luth bersama keluarganya meninggalkan kota tersebut. Menurut Ibnu Katsir rahimahullah, keluarga yang mengikuti Nabi Luth adalah kedua putri beliau saja. [1]

Ketika terbit matahari datanglah adzab Allah kepada kaum Luth. Allah berfirman :

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِنْ سِجِّيلٍ مَنْضُودٍ

"Maka tatkala datang adzab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi.

مُسَوَّمَةً عِنْدَ رَبِّكَ ۖ وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ

Yang diberi tanda oleh Rabbmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zhalim." [Hud/11:82-83].

Demikianlah siksaan dan bencana, ia akan menimpa kepada orang yang berbuat zhalim. Mengapakah kita tidak mengambil pelajaran?

Monday, June 29, 2015

[VIDEO] Sumber: FB Bangang Forever: Rosmah Karaoke - If Tomorrow Never Comes



DP SERI ROSMAH MANSOR - IF TOMORROW NEVER COMES. 

(SEKALI BUKIT RUNTUH SEKALI KECOH) Pencerobohan tanah di CAMERON HIGHLANDS terus berlaku


CAMERON  HIGHLANDS 28 Jun – Bagaikan tiada penghujung. Itu gambaran masalah pencerobohan tanah di pusat peranginan ini bagi tujuan pertanian yang membimbangkan banyak pihak meskipun tindakan penguatkuasaan dilaksa­nakan secara besar-besaran hujung tahun lalu.

Perkara paling serius adalah kewujudan kebun haram baharu didakwa didalangi individu bergelar ‘Datuk’ manakala kebun-kebun haram yang sudah dirobohkan didapati kembali beroperasi.

Satu sumber berkata, ‘kebangkitan’ semula kebun-kebun haram itu berpunca daripada struktur tapak yang tidak dirobohkan menyebabkan pekebun kembali mengusahakan tanaman mereka.

“Apabila struktur tanaman tidak dirobohkan, penceroboh mudah memulakan operasi semula. Ba­yangkanlah kalau yang dirobohkan itu boleh dibina semula apatah lagi kebun haram yang dibiarkan begitu sahaja. Terbaharu, didapati kira-kira 200 kebun majoritinya dipercayai haram wujud di Lembah Bertam dalam tempoh dua bulan ini.

“Penguatkuasaan dan operasi perlu ditingkatkan dengan memasuki kawasan pedalaman, bukan hanya memfokuskan kawasan luar sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut sumber itu, perkara itu masih berlaku kerana tiada tindakan tegas daripada penguat kuasa dan jabatan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kegiatan pe­neroka-peneroka haram.

Dakwanya, wujud individu bergelar ‘Datuk’ yang sehingga kini masih menjalankan kegiatan pencerobohan tanah haram bagi tujuan pertanian di tanah tinggi itu.

“Individu terbabit dipercayai mempunyai hubungan baik dengan segelintir pegawai kerajaan supaya kegiatannya tidak diganggu. Mustahil pejabat tanah tidak mengetahui kewujudan kebun-kebun haram yang masih beroperasi dan ada antaranya baharu dibina,’’ ujarnya.

Selain itu, tambah sumber berke­naan, pekebun-pekebun yang mempunyai lesen tidak mengisytiharkan keluasan sebenar tanaman mereka kerana mengelak pembayaran cukai.

“Contohnya mereka hanya memaklumkan keluasan kebun 0.9 hektar sedangkan keluasan sebenar adalah 4.04 hektar,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di Ringlet sehingga Kampung Raja mendapati rata-rata kedai di kawasan tersebut menjual sayur-sayuran yang sudah layu dan tidak berkualiti.

Seorang peniaga menjelaskan bahawa hasil tanaman yang dihantar semakin merosot sejak kebun-kebun haram ditutup sehingga menyebabkan perkara itu berlaku.

Malah, peniaga itu turut menga­kui sayur-sayuran yang dijual kini semakin mempunyai harga berbanding dahulu.

[VIDEO][KALI NI CARI PASAL DENGAN ME'NATE] Azwan Ali Meroyan Selepas Malu Sendiri


Selepas dikiritk satu Malaysia akan sikap biadapnya, sekali lagi Azwan Ali mengeluarkan video minta ditampar. Ikuti kisah apa yang membuatkan Doraemon Tua ini meroyan di http://www.ohmedia.my/…/dimaki-azwan-ali-nur-azira-diundang…


Kenapalah dia nak cari pasal pula dengan Nur Azira dan kedai Me'nate tu sedangkan kedai tu langsung tak ambil peduli pasal dia. Walhal dia yang dah malu sendiri sebenarnya.

Bila Oh! Media berbual dengan Chef Mustaffa (pemilik Me'nate Steak Hub) ni semalam dan bertanya tentang tindakan Azwan Ali ni, beliau menjawab baik sahaja penuh positif dan siap minta kita doakan lagi agar Azwan Ali ni berubah dan menjadi insan yang lebih cemerlang. Begitu juga dengan respon Nur Azira sendiri yang hakikatnya mereka tak pernah ada masalah dengan Azwan Ali ni.

Awat busuk bebenor hati awak Azwan Ali? Awak dah malu sendiri, awak mohon maaf sahajalah pada budak perempuan tu. Bukan menghentam orang yang langsung tak berkait pula. Doraemon oh Doraemon. - Oh.Media.Com

[VIDEO] Pengawal Ratu acu senapang pada pelancong ganggunya


Gara-gara mahu meniru watak Mr Bean yang mempersendakan pengawal Ratu Elizabeth atau 'The Queen's Guard' seorang pelancong yang yang mengganggu rutin kawalan pengawal itu diherdik dan diacukan senapang.

Video yang dimuatnaik awal minggu lalu itu memaparkan pengawal yang segak dengan seragam merah dan topi tinggi berbulu beruang dan rutin kawalan yang amat ketat membuktikan kerja mereka bukanlah 'main-main'.

Sunday, June 28, 2015

Masalah Sosial: Takut ke Nak Cadang TUTUP Kelab Malam?


KUALA LUMPUR: Kedai makan dan restoran 24 jam bukanlah punca masalah sosial. Sebaliknya, punca masalah sosial adalah disebabkan sikap individu itu sendiri.

Itu antara pandangan yang dikongsikan warga kota di segi tiga emas Kuala Lumpur kepadaAstro AWANI.

"Yang menyebabkan masalah sosial tu adalah individu tu. Kalau dia datang nak makan, apa nak berlaku dengan masalah sosial," kata Mohd Azlan Mohd Jalaluddin.

"Tengok macam mana kehidupan dia. Kalau dia pergi kelab malam minum (memabukkan) lepas tu datang kedai mamak, jadi bukan restoran mamak ni yang merosakkan hidup dia," tegasnya.

Bagi Mohd Sabri Abdul Rahman, dia bersetuju dengan pandangan Mohd Azlan sekaligus mengibaratkan restoran mamak dijadikan sebagai kambing hitam.

"Dah mabuk-mabuk nak balik, (kemudian) lepak kedai mamak dulu.

"Jadi itu isu bagi saya, kalau nak tutup, lebih baik tutup kelab malam lagi terbaik.

"Bukan kedai mamak. Kedai mamak jadi umpama macam kambing hitam sahaja lah," ujarnya.

Selain menyifatkan kelab malam merupakan punca utama tercetusnya masalah sosial di restoran 24 jam, ada juga yang menzahirkan pandangan berbeza.

Seorang guru, Raja Ruzlin Raja Ariffin berkata: "Kalau misalnya dari segi diet sihat, memang baguslah tutup awal baru rakyat Malaysia tahu malam-malam ni tak elok makan banyak sangat.

"Tapi baguslah juga. Macam bulan puasa ni nak sahur. Pelajar ke golongan muda senang nak pergi makan.

"Macam kami, waktu malam kalau lapar cari juga mamak depan rumah," ulasnya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai berkata bahawa mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) akan membincangkan cadangan untuk mengehadkan waktu operasi kedai makan sehingga 12 tengah malam sebagai langkah membendung gejala sosial.

Walau bagaimanapun, semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan operasi restoran dan kedai makan 24 jam bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai.


Harga baharu rokok: Dunhill (RM13.80), Kent (RM13.80), Benson & Hedges (RM13.80), Peter Stuyvesant (RM12.30), Pall Mall (RM12.30) dan Lucky Strike Plain (RM14.30)


KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) akan menaikkan harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa esok, 29 Jun 2015.

"Semakan harga hari ini mengambil kira Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Syarikat telah menyerap GST selepas pelaksanaannya pada 1 April, 2015," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harga baharu rokok: Dunhill (RM13.80), Kent (RM13.80), Benson & Hedges (RM13.80), Peter Stuyvesant (RM12.30), Pall Mall (RM12.30) dan Lucky Strike Plain (RM14.30).

(1MDB, MARA, FELDA) YB Datuk Alwi Beri Peringatan Kepada Najib, BAIKILAH SEBELUM TERLAMBAT


Hari ini Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Kelantan telah menyuarakan kebimbangan beliau dengan isu-isu membabitkan penyelewengan Kerajaan BN dan UMNO. 
Beliau bimbang pengundi atas pagar tidak akan berpihak kepada UMNO pada PRU 14 yang akan datang. 
Beliau turut menyelar para Menteri yang dilantik oleh Najib yang dikatakan sangat tidak cerdik. 
Beliau turut mengesahkan pemimpin UMNO yang memegang jawatan mempergunakan kedudukan mereka untuk mengaut kekayaan. Mereka mengebas wang rakyat dengan pelbagai cara seperti pengswastaan, direct award, direct nego, selected tender dan lain-lain. 
Isteri pemimpin UMNO yang hidup bermewah-mewahan juga tidak terlepas daripada kritikan beliau. Walau bagaimanapun beliau tidak menyebut secara jelas adakah kritikan itu ditujukan kepada Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 


Petikan tulisan beliau seperti di bawah: 

 "Ahli ahli umno masih menyokong presidennya dan kepimpinan...tetapi bagaimana dgn rakyat terbanyak,orang tiada parti dan the silent majority... kebencian kepada KEBEJADAN,penyelewengan,rasuah yg tiada penghujung, "kes kes besar lepas satu satu,1 mdb,felda,mara th dan entah apa lagi dan juga kenyataan kenyataan satu dua menteri yg sangat TIDAK cerdik,GAYA hidup sebahagian pemegang2 jawatan dan sikap serta attitude setengah pemimpin muda yg TIDAK boleh memisahkan diri dgn KEMEWAHAN disamping dosa dosa org terdahulu yg di PERSEPSIkan sebagai mengebas wang wang negara melalui pelbagai,cara,saperti pengswastaan,direct nego,direct award,selected tender,,dan lain lain.; "Menjadi barah yg sgt SUKAR utk KAMI dalam saf kepimpinan KECIL di kampung utk menghadapi rakyat..bnyk kali saya suarakan dlm pelbagai cara di PERGUNG,talks dan temubual..tetapi belum jadi amalan...saya sudah tua.saya tidak mahu ORG ISLAM hilang kuasa...saya harap PM dan barisan kabinet serta pimpinan negeri dalam UMNO mesti BERSIHkan diri dan melawan persepsi yg sudah viral ini.. "BAIKI lah sebelum terlambat,tak LUPA para ISTERI pemimpin yg MENDESAK suami beri kehidupan MEWAH dan tidak HALAL ,,,ianya sesutu yg sukar tetapi jika kita kembali kepada sikap TAKUTKAN allah dan ingat yg kita ini orang ISLAM..insyallah kita selamat...yab PM semoga semua ini di tangani.. "

Sebelum ini beliau bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) UMNO Kelantan telah memberi sokongan kepada Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 dan berkata melakukannya kerana Allah. 

Beliau berkata sokongan wakil rakyat UMNO terhadap pindaan yang mengandungi hukum hudud itu ikhlas dan bukannya kerana politik semata-mata. sokong juga kerana Allah, bukan kerana politik. Kita akan hadapi masalah yang sama. Mereka datang dari pelbagai kumpulan untuk halang apa yang kita buat," katanya ketika berucap menyokong pembentangan pindaan Enakmen tersebut di Dun Kelantan hari ini. 

"Ketua Penerangan UMNO Kelantan itu juga ada ketikanya kelihatan sebak ketika membaca potongan ayat Al-Quran untuk menyokong hujah-hujah beliau.< "Beliau mengajak pemimpin PAS dan UMNO untuk bekerjasama bagi memastikan hasrat kerajaan Kelantan melaksanakan udang-undang tersebut berjaya.


(1MDB)(MAKIN BERBELIT) Andre Justo dibayar RM15.51 Juta Supaya Meninggalkan Petrol Saudi Untuk TUTUP MULUT?

A Kadir Jasin
SAYA sokong pandangan Ketua Pemuda Umno (PKU) Khairy Jamaluddin (KJ) agar kita menjadikan penangkapan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International (PSI), Xavier Andre Justo (XAJ), di Thailand sebagai satu lagi kaedah mencari kebenaran mengenai 1Malaysia Development Behad (1MDB).
KJ yang juga Menteri Belia dan Sukan dilaporkan berkata, penangkapan XAJ, boleh membantu memperbetulkan rekod mengenai dakwaan terhadap 1MDB. (Baca di sini).
PSI adalah rakan kongsi 1MDB yang paling kontroversial, khususnya kerana membabitkan ahli perniagaan misteri, Jho Low. Anak tauke Cina Pulau Pinang ini dipercayai umum sebagai dalang di belakang urus-niaga luar biasa 1MDB dan ketirisan sumber kewangannya.
Bagaimanapun, saya rasa adalah terlalu awal untuk bersetuju dengan KPU bahawa maklumat yang dibocorkan oleh XAJ itu adalah maklumat putar-belit (distorted information).
KPU itu kata, XAJ guna fakta yang diputar-belit itu untuk memeras ugut majikannya.
Akhbar Thai, Bangkok Post memetik polis Thai sebagai berkata, XAJ yang berusia 49 tahun dibayar bersamaan 140 juta baht (kira-kira RMRM15.51 juta) untuk meninggalkan PSI setelah didapati “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan”.
Dia juga didakwa menuntut 90 juta baht (RM9.98 juta) lagi daripada PSI untuk tidak membocorkan maklumat seterusnya kepada syarikat-syarikat yang bersaing dengan PSI.
Buat Salah Dapat Pampasan?
Logiknya, mana-mana kakitangan yang “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” disingkir tanpa pampasan dan, kalau ada unsur jenayah, dilaporkan kepada polis.
Tapi XAJ yang dituduh “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” syarikat dibagi pampasan RM15.51 juta.
Tak tahulah pula kalau itu amalan PSI atau syarikat pak Arab di mana kakitangan yang “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” dibagi pampasan lumayan.
Melainkan XAJ ni sangat pandai bila dia buat kontrak perjawatan dengan PSI dia letakkan syarat dibayar pampasan kalau dia disuruh berhenti.
[Khabarnya eksekutif kanan 1MDB dan anak-anak syarikatnya pun ada buat perjanjian seumpama itu yang menjanjikan mereka bonus dan pampasan lain. Tak tahulah kalau gaji RM2 juta setahun kecil, tapi itulah khabarnya gaji sesetengah eksekutif kumpulan 1MDB.]
Atau si XAJ ini dia dibayar RM15.51 juta supaya “tutup mulut”.
Kalau dia bukan penipu dan pemeras ugut kelas dunia dan dia tidak mahu meringkuk dalam penjara, dia tentu akan beritahu polis Thai dan mahkamah Thai (sekiranya didakwa) “kisah sebenar”.
Jadi saya tidak hairan kalau penangkapan XAJ di rumahnya di Koh Samui Isnin lalu atas dakwaan membocorkan rahsia kepada laman web Sarawak Report (SR) mendebarkan jantung pihak-pihak yang berkaitan dengan 1MDB.
Kepada yang kurang maklum, SR adalah antara laman web peniup wisel (whistleblower) terunggul mengenai 1MDB. Ia sudah pun menulis surat kepada Kementerian Luar Switzerland mengenai pembabitan XAJ kerana beliau adalah warganegara Switzerland.
Jadi negara kita semakin hari semakian “terkenal” seantero dunia kerana 1MDB, FGV dan, yang terbaru, mengenai Majlis AMANAH Rakyat (Mara) kerana disyaki “merasuah” dalam urusan jual beli harta di Australia.
Wallahuaklam.
Sumber A Kadir Jasin 

(RESTORAN 24 JAM)(PERLI KE?) Shahidan Kassim Respon Kepada Najib dengan Kata-Kata Hidup Najib, Hidup Najib, Sokong Najib


FB YB DS Shahidan Kassim telah memberi respon kepada keputusan Najib mengekalkan operasi restoran 24 jam.

Posting terbaru ini dilihat seakan-akan perli kepada keputusan tersebut.

Beliau menyatakan ini adalah berita baik kepada peminat restoran 24 jam. 

Seterusnya diikuti dengan seruan marilah kita sokong Najin tanpa berbelah bahagi. Hidup Najib, Hidup Najib, Sokong Najib, Sokong BN.

Pada pagi tadi, post terbaru fb tersebut bertanya soalan bagaimana pula dengan kenyataan ini: kerajaan harus kaji pusat-pusat hiburan dan restoran karaoke yang melalut hingga waktu suboh.

Komen orang ramai kepada Najib - you are our 'saver'

Operasi restoran 24 jam kekal - Najib

Sebelum ini PM menyatakan Kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan operasi restoran dan kedai makan 24 jam bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata keputusan itu juga dibuat bagi mengelak kebimbangan dalam kalangan peniaga bahawa kerajaan menyekat waktu perniagaan.

"Keadaan yang diguna pakai sekarang ini nampaknya memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai, dan mereka yang berniaga pun mendapat rezeki yang sepatutnya diterima oleh mereka.

"Kalau kita menyekat waktu-waktu pembukaannya, ia akan menimbulkan banyak kesulitan kepada orang ramai," katanya kepada pemberita di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.


ASYRAF WAJDI YANG BANGKITKAN DI DEWAN NEGARA
Isu ini mula diperkatakan apabila Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki mempersoalkan Putrajaya sama ada kerajaan Barisan Nasional (BN) itu bersedia untuk menguatkuasakan arahan penutupan kedai makan yang beroperasi 24 jam di negara ini.
Asyraf di Dewan Negara berkata ia susulan daripada laporan dikeluarkan Majlis Sosial Negara (MSN) yang menyatakan kedai makan 24 jam menjadi punca utama peningkatan gejala sosial di negara ini.
"Saya difahamkan saranan MSN menyatakan kedai beroperasi 24 jam punca kepada pelbagai peningkatan gejala sosial. Jadi saya ingin tahu apakah kerajaan bersedia daripada segi 'political will' atau memberi panduan kepada kedai ini untuk menutup operasi 24 jam
"Ini berlaku (tutup operasi kedai lebih 24 jam) berlaku di semua negara termasuk negara maju mereka tidak akan benarkan kedai makan beroperasi lebih 24 jam Jadi adakah kerajaan mempunyai komitmen ke arah itu," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam ketika menjawab soalan senator itu berkata perkara itu sedang dibincangkan dan akan dibawa kepada pertimbangan mesyuarat MSN pada minggu depan.
Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan itu harus dibincangkan kerana ia turut melibatkan beberapa kementerian lain dan kebimbangan mungkin akan menjejaskan sektor pelancongan negara.
"Kita maklum di negara maju mereka mempunyai peraturan berhubung aktiviti malam, individu bawah 18 tahun tidak boleh keluar malam, kedai makan dihadkan sampai 12 malam dan pusat hiburan juga dihadkan tempohnya.
"Namun langkah ini melibatkan perkara berlainan kerana sebenarnya banyak pihak memerlukan industri ini seperti pelancong," katanya.

Berdialog Dengan Penyokong Pas "MURTAD" Prinsip


Jumpa dengan seorang kawan lama yang masa dulu-dulu kalau sembang bab politik dengan dia, antara perkara yang dia selalu sebut,

"Kita mesti menentang UMNO sebab UMNO sekular.
Kita kena ubah Malaysia dari negara sekular ke negara Islam.
Negara sekular akan merosakkan umat Islam.."

Dan bila jumpa semula kali ni, dengar cerita dia dah join DAP. So tanya la dia untuk dapatkan kepastian. Dia pun mengiyakan bahawa dia join DAP.

Bila di tanya kenapa join DAP, antara reason dia jawab,

"Sebab DAP ni telus dan teguh prinsip dia. Tak macam PAS.."
"DAP banyak perjuangkan nasib rakyat marhaen. Ini perjuangan kita.."

Kemudian tanya dia balik,

"Tapikan.. DAP tu nak perjuangkan negara sekular total untuk Malaysia. Atau dengan kata lain, nak pastikan Malaysia jadi negara sekular. Cuba baca perlembagaan dia.

DAP memang kekal prinsip dia terutama nak ubah identiti negara, lagi-lagi bila ada pula orang Melayu Islam sudi bersama mereka untuk ubah Malaysia jadi negara sekular total.

Cuma persoalannya, mana prinsip kau?"

Terdiam. Checkmate terus.

Sebelum tinggalkan dia, terus bagi sedikit nasihat padanya,

"Jangan jadi macam kerajaan-kerajaan Islam silam, sebab tak puas hati dengan Khilafah, terus minta tolong dari England, Itali, Sepanyol, Mongol, Tar Tar dan lain-lain.

Jangan jadi macam sebahagian rakyat Tanah Melayu dulu, sebab tak puas hati dengan kerajaan Negeri, terus minta tolong kuasa luar seperti Siam dan British.

Jangan jadi macam orang dulu, tak puas hati dengan British terus minta tolong Jepun.

Jangan jadi macam BERSIH, sebab benci kerajaan sanggup amik dana daripada NED.

Dan jangan jadi macam PKR, bencikan UMNO sampai sanggup minta tolong US untuk settlekan masalah mereka.

So kalau kau protes dengan kepimpinan PAS sekalipun, tak payahlah masuk DAP. Kau hanya ulang sejarah orang dulu je.

Lepas ni kalau tak puas hati dengan DAP, nak masuk apa? Longkang? Haha. Kbai."

Moga dia boleh fikir panjang terutama bulan Ramadhan ni.

Sumber: Ahmad Shukery Azizan

Saturday, June 27, 2015

(NAJIB, JANGAN PERGUNAKAN MASJID) Najib: 1MDB Banyak Sumbang Kepada Islam


PERLUKAH BERDAKWAH SAMPAI BERHUTANG?

Pasti ramai yang akan melompat dan mengatakan bahawa artikel ringkas ini adalah mesej macai politik jika hanya melihat tajuk. Sebenarnya ini sekadar mesej dakwah biasa untuk renungan semua.

Allah itu maha suci dan maha kaya. Kerana itu Allah hanya redha dengan sesuatu yang bersih suci sahaja untuk dibelanjakan atas namaNya.

Dari asbab pembinaan masjid dengan dana yang ada unsur hutang dan riba’ ini, boleh kita simpulkan bahawa tidak mungkin Allah redha ‘RumahNya’ dibina dengan campuran dana dari perkara riba’ yang dilarang keras olehNya.

JANGAN MEMPERALATKAN MASJID

QS: 9. AT TAUBAH

107. Dan ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan, untuk kekafiran dan untuk memecah belah orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka Sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta.

108. Janganlah kamu berprogram dalam mesjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa, sejak hari pertama adalah lebih patut kamu berprogram di dalamnya. Di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.

http://prihatin.net.my/blog/2013/12/21/sains-kahfi-6-kembalikan-fungsi-masjid-dalam-khariah-dan-rumahtangga/

Lihat bagaimana Allah menyarankan agar masjid itu didirikan atas dasar taqwa, sejak hari pertama. Kaedah terbaik mendirikan masjid ialah dengan ‘sedekah’ dan tenaga gotongroyong ahli kariahnya sendiri, biarpun ia amat sederhana dan tidak cantik sepertimana awal pembinaan masjid Quba’ dahulu.

Allah maha kaya dan agamaNya (Islam) ada kayu ukur dan pride tersendiri dalam urusan peribadatan. Biarpun cantik dan megah, Allah tidak galakkan rumahNya dibina dari unsur hutang dan riba’, apatahlagi dari sumbangan orang yang tidak beriman seperti isu Impian Kelantan oleh DAP baru-baru ini.

ALLAH TIDAK SUKA KITA MEMINTA UPAH DAN BERHUTANG DALAM DAKWAH

Kerja suci harus bermodalkan keikhlasan yang tinggi sehingga ada yang sanggup bersedekah (bukti mensiddiqkan kebenaran). Jika berhutang sahaja Allah sudah tidak suka, apatah lagi jika ada unsur riba’ dalam hutang itu.

QS: 52. Ath Thuur 40-42:

Ataukah kamu MEMINTA UPAH kepada mereka sehingga mereka dibebani dengan HUTANG? Apakah ada pada sisi mereka pengetahuan tentang yang gaib lalu mereka menuliskannya? Ataukah mereka hendak melakukan tipu daya? Maka orang-orang yang kafir itu, merekalah yang kena tipu daya.

QS: 68. Al Qalam 44-48:

Maka serahkanlah kepada-Ku orang-orang yang mendustakan HADITH ini (Al Quran). Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur dari arah yang tidak mereka ketahui, Dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat tangguh. Apakah kamu MEMINTA UPAH kepada mereka, lalu mereka diberati dengan HUTANG? Ataukah ada pada mereka ilmu tentang yang ghaib lalu mereka menulisnya? Maka bersabarlah kamu terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang ia dalam keadaan marah.

SEDEKAH HANYA DENGAN HARTA YANG BERSIH DAN HALAL

Islam itu agama suci dan tidak layak dimodalkan dengan sumber yang kotor. Kerana itu berulang kali Allah nyatakan dalam alquran agar kita menafkahkan (infaq) hanya dari sumber yang baik-baik lagi halal sahaja.

Hari ini sudah menjadi kelaziman masyarakat kita yang sengaja mengasingkan wang faedah (riba’) dari simpanan bank, atau dari ‘hasil’ rasuah dan judi untuk disedekahkan. Dari pihak kami sendiri sering menerima sedekah dari ‘Hamba Allah’ dengan jumlah yang amat pelik seperti RM 1.17, RM0.57 (sen) dan sebagainya. Nilai sedekah yang besar pula sering kita letak atas NAMA KITA.

Hari ini kita banyak memberi alasan untuk tidak infaq kerana kononnya rezeki yang diterima itu tidak cukup. Ini adalah kerana kurang kefahaman tentang sedekah, zakat pendapatan(infaq), zakat harta dan sebagainya.

http://prihatin.net.my/blog/2013/11/28/sains-sedekah-konflik-istilah-yang-menyusahkan-ibadah-ummah/

http://prihatin.net.my/blog/2013/12/02/sains-sedekah-2-kaitan-sedekah-dengan-zakat-dan-infaq/

Sebenarnya Allah perintahkan kita agar menginfaqkan ‘sebahagian’ dari setiap rezeki yang kita terima, baik dalam susah mahupun senang. Setelah itu diatur semula agihannya agar yang miskin dan telah ikut infaq tadi dibantu pula dengan sewajarnya tanpa perlu meminta-minta.

Kerana itu, diperintahkan kita berpuasa untuk berjimat. Hasil penjimatan itulah yang akan kita zakatkan secara fitrah. Hasil puasa yang kaya tentunya lebih tinggi berbanding yang miskin namun ia tetap diwajibkan kepada kedua-duanya dengan nisbah (%) yang sama sepertimana cukai pendapatan juga.

Amalan masyarakat kita pula sebaliknya. Sebahagian orang kaya juga ikut berlapar dan dahaga, namun tidak mengecapi nikmat sebenar puasa yang seharusnya mampu menjadikan manusia kaya dan miskin menjadi samarata.

Kebanyakan orang kaya tidak mampu lagi merasai kesusahan orang miskin. Mereka berbelanja untuk iftar dan raya tanpa berkira-kira. Sudah macam membalas dendam kerana tidak dibenarkan makan untuk beberapa jam.

Mana-mana hotel yang menyediakan menu terbanyak akan digilirkan. Ada hotel yang mengiklankan penyediaan 222 jenis makanan untuk menu buffet iftar. Hotel sebeginilah yang menjadi tumpuan sikaya.

Statistik pembuangan sisa makanan yang dibazirkan sepanjang ramadhan juga mendadak naik dengan angka yang menakutkan. Simiskin dan gelandangan yang kelaparan tetap kekal kelaparan, kecuali bertembung dengan program sedekah ramadhan sekali sekala.

Menjelang raya nanti mereka semua akan bayar zakat ‘fitrah’ dengan "jumlah" yang sama dengan si miskin. Itu tidak termasuk kes simiskin yang mengelak terus dari membayar zakat 'fitrah' itu. Jelaslah ianya tidak fitrah langsung, baik golongan atasan mahupun bawahan. Kerana itu kita wajib silahkan petunjuk yang sebenar agar semuanya kembali fitrah, baik di langit mahupun dibumi.

KESIMPULAN

Masjid itu bukan diukur dan dibangga-banggakan dari sudut kecantikan dan besar ukurannya. Ia hanya dinilai dari segi fungsinya, iaitu tempat menyatukan manusia untuk dialirkan ilmu agama dan diatur kehidupan mereka.

Masjid adalah satu-satunya tempat yang memberi kebebasan golongan ulamak menyampaikan ilmu agama, tanpa 'dipengaruhi' oleh golongan langit yang membawa ideologi politik masing-masing.

Hari ini masjid PAS akan baca ayat-ayat yang ‘setuju’ dengan PAS. Demikian juga masjid UMNO. Akhirnya ada banyak imam dalam satu masjid, atau dibina masjid lain berhampiran dengan yang sedia ada untuk memecah belahkan umat.

"Akan datang pada manusia suatu zaman, ketika itu Islam tidak tinggal kecuali namanya, alqur’an tidak tinggal kecuali tulisan (resam) nya, masjid-masjid indah/megah namun kosong dari petunjuk, ulamanya termasuk orang paling jelek yang berada di bawah kolong langit, karena dari meraka timbul beberapa fitnah dan akan kembali semula (fitnah itu) padanya" (H.R. Baihaqi Dari Ali R.A)

Mari betulkan basmalah, berbuatlah hanya dengan “Nama Allah”, agar kita dapat mengurus diri, keluarga, masyarakat dan negara ini tepat dengan aturan agama yang sangat teratur dan berkesan.

Berhentilah mengatur umat dengan “nama kita”, tidak habis-habis mencuba-cuba kaedah yang membingungkan hasil dari ciptaan kita sendiri. (QS: 17/36, QS: 36/17, QS: 10/36)

Alangkah baiknya jika YAB Perdana Menteri dan semua Pak Menteri dapat mengelakkan diri dari mengaitkan urusan agama dengan 1MDB yang sedang menjadi isu hangat ini buat sementara waktu. Ia akan membuka ruang fitnah kerana keterkaitannya dengan hutang berbunga. Lebih parah lagi apabila ia di ‘spin’ atas mileage politik.

Kasihan benar melihat Dato’ Seri Najib di troll dan dikutuk rakyat tanpa batas di sini sana. Apa sahaja yang dibuat atau dikata semuanya serba tidak kena.

Sumber: WARGA PRIHATIN

(IDEA BODOH ASYRAF WAJDI & SHAHIDAN KASSIM) Akhirnya Najib Matikan Idea Bodoh dan Putuskan Restoran 24 jam kekal bebas beroperasi



Restoran yang ingin menjalankan perniagaan 24 jam sehari boleh meneruskan waktu itu jika mahu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

"Berkenaan operator restoran 24 jam, kita akan kekalkan waktu operasinya.

"Justru sepatutnya tidak ada sebarang kebimbangan restoran tidak dibenarkan dibuka untuk orang ramai," katanya.



Najib mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) yang mahu mengehadkan waktu operasi restoran sehingga tengah malam di kawasan petempatan dan luar bandar.

Katanya, kenyataan dikemukakan Shahidan adalah cuma cadangan dan pandangan Ahli Parlimen Arau itu saja.

Cadangan bodoh ini asalnya dibangkitkan oleh Senator Dr. Asyraf Wajdi di Dewan Negara pada 25 Jun 2015 yang lalu dan kemudiannya disambut oleh Menteri yang expired.


Menurut Najib, beliau banyak mendapat reaksi daripada pengusaha restoran 24 jam selepas cadangan mengehadkan waktu operasi dikemukakan.


"Kerajaan ada keputusan sendiri iaitu tidak mengubah apa yang sedia ada," katanya.

Ditanya mengapa kerajaan mengambil keputusan begitu, Najib berkata, peraturan yang diguna pakai ketika ini dilihat memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai.

Pada masa sama, katanya, peniaga juga berpeluang mendapat rezeki yang sepatutnya diterima mereka.

"Kalau kita menyekat waktu operasi restoran ini, ia akan menimbulkan lebih banyak kesulitan kepada orang ramai," katanya.

Keputusan Najib & MT Tangguh pemilihan UMNO belum muktamad, boleh terbatal


KUALA LUMPUR: Keputusan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilihat boleh terbatal melalui suara majoriti perwakilan.

Menurut sumber dalaman UMNO, ia boleh berlaku jika ada usul dibuat di peringkat bahagian, mendapat sokongan dan dibawa sehingga Perhimpunan Agung UMNO akhir tahun ini.

"Walaupun MT sudah buat keputusan, ia akan dipertimbang semula jika ada usul untuk meminda kata putus MT.

"Perhimpunan itu sendiri akan menukar keputusan MT. Kalau ada sokongan usul, diundi dan dibawa ke perhimpunan UMNO, keputusan awal boleh bertukar kerana keputusan perwakilan.

"Perhimpunan UMNO adalah 'kuasa' tertinggi di dalam Perlembagaan UMNO," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

BACA: Pemilihan UMNO 2016 ditangguh 18 bulan - Najib

Sumber berkenaan mengulas keputusan MT pada Jumaat yang menangguhkan pemilihan UMNO.

Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, keputusan itu dibuat bagi memastikan kemantapan ‎parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.‎

Perhimpunan UMNO adalah 'kuasa' tertinggi di dalam Perlembagaan UMNO 
TwitterFacebookGoogleShare

‎‎Tambahnya, amalan itu juga dilakukan sama seperti yang dilakukan pada zaman bekas presiden parti sebelum ini‎.

"Pemilihan parti tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Setelah kita dibincangkan, MT mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada majlis tertinggi," kata Najib.

TONTON: UMNO tangguh pemilihan: Reaksi Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak

Menurut Fasal 9.1 Perlembagaan UMNO, MT yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal UMNO di bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung dan Majlis Tertinggi adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Perhimpunan Agung ketika ketiadaannya, tetapi segala langkahnya itu hendaklah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung.

Sementara fasal 9.12 menerangkan, jawatan ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.

BACA: Penangguhan pemilihan UMNO adalah biasa: Tun M

Sumber itu bagaimanapun mempersoalkan keberanian ahli UMNO di peringkat bahagian dalam mengutarakan usul berkenaan.

"Adakah bahagian berani buat usul?" soalnya.

BACA: Jangan tangguh pemilihan UMNO 2016, kata Muhyiddin

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri‎ Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 mencadangkan supaya UMNO tidak menangguhkan pemilihan parti selepas pilihan raya umum seperti yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya menjalankan pemilihan tersebut mengikut masa yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.

Muhyiddin juga mencadangkan Perlembagaan UMNO dipinda tahun ini untuk membolehkan barisan pelapis muda memainkan peranan dan memberikan khidmat lebih besar kepada parti.

BACA: Nasib Najib bakal ditentukan pada Perhimpunan Agung UMNO - Rahim

Sebelum ini, veteran UMNO, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang diadakan pada hujung tahun ini bakal menjadi penentu tempoh Najib kekal menjadi presiden parti juga perdana menteri sehingga PRU ke-14 atau sebaliknya.‎

BACA: 'Najib hadapi risiko jika pemilihan UMNO 2016 ditangguh' - Sanusi Junid

Kenyataan Rahim turut disokong veteran UMNO Tan Sri Sanusi Junid yang menyifatkan Najib bakal berdepan risiko besar kerana penangguhan pemilihan parti.

Tegas Sanusi, situasi semasa kini sudah membawa pelbagai kemungkinan termasuk perubahan tampuk kepimpinan nombor satu parti itu sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com