innity

pages

Monday, August 31, 2015

[HARGA TURUN LAGI] Harga baru petrol dan diesel bermula 1 September


KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun 10 sen mulai 1 September. 

Harga baru bagi RON95 turun kepada RM1.95 seliter berbanding RM2.05 pada Ogos. 


Harga bagi RON97 pula berkurangan daripada RM2.45 kepada RM2.35 mulai tengah malam ini. 


Harga bagi diesel juga mengalami penurunan 15 sen, daripada RM1.95 pada Ogos, kepada RM1.80.



[BAJU MERAH MALAM MERDEKA BUKAN PUAK JAMAL] Mereka Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Sekumpulan pemuda yang memakai baju T merah yang muncul hampir tengah malam tadi di Dataran Merdeka adalah Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, kata ketuanya Mohd Razlan Rafii.
Dalam satu kenyataan diFacebooknya, Mohd Razlan berkata kumpulan itu tidak ada kena mengena dengan kumpulan baju merah yang diketuai Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Yunos.
Jamal sebelum ini berikrar untuk mengadakan perhimpunan bersama 30,000 orang untuk berdepan dengan BERSIH 4 yang berlangsung hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, Jamal membatalkan hasrat mereka selepas diarah oleh pihak polis.
Mohd Razlan berkata tujuan kumpulannya untuk menyamnut hari kemerdekaan di Dataran Merdeka, tetapi mereka tidak dibenarkan masuk oleh pihak polis.
"Pada ambang merdeka tanggal 12 malam setiap tahun, di Dataran Merdeka, tidak pernah lagu Negaraku tidak berkumandang.
"Semalam merupakan detik hitam bagi negara apabila Dataran Merdeka menjadi dataran yang tidak merdeka kerana tiada lagu Negaraku dinyanyikan," katanya.
Mohd Razlan berkata polis ahirnya membenarkan beliau masuk dan tercapai Pemuda Wilayah Persekutuan untuk menyanyikan lagu Negaraku di Dataran Merdeka.
"Tidak ada ibu dan ayah menemani anak-anak ke Dataran (Merdeka) memyambut ambang merdeka. Ternyata BERSIH sudah merobek kemerdekaan yang selama ini kita raikan.
"Negara kita sudah tidak merdeka. Selagi ada anasir yang mahukan perkara sebegini ditarik daripada rakyat Malaysia, kemerdekaan yang sebenar sudah tidak wujud lagi," katanya. -MK

Tun M Tak Hadir Sambutan Merdeka Hari ini

Dr Mahathir ketika menyertai Bersih 4 di pekarangan Pasar Seni, Ahad.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kelihatan pada sambutan Hari Kebangsaan ke-58 selepas mencetuskan kontroversi kerana menghadiri perhimpunan Bersih 4.
Sebelum ini, Dr Mahathir akan hadir pada sambutan kemerdekaan negara setiap tahun.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Keruak mengesahkan ketidakhadiran Dr Mahathir.
"Beliau dijemput tetapi menjawab tidak akan hadir," kata Mohd Salleh ketika dihubungi.
Kehadiran Dr Mahathir pada perhimpunan itu mendapat kritikan pemimpin Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hanya bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi yang kelihatan
Hishammuddin berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya bertindak bertentangan prinsipnya dengan menyertai protes jalanan itu.
"Jangan bakar kelambu hanya kerana seekor nyamuk," tulis Menteri Pertahanan itu menerusi Facebooknya.

[GHB] Mat Sabu UMUM ambil alih PARTI PEKERJA MALAYSIA, Pas 'Hilang' 10 Wakil Rakyat


Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mengambil alih Parti Pekerja Malaysia dan menamakannya semula sebagai Parti Amanah Negara.
Ketua GHB Mohamad Sabu berkata, butiran lanjut akan diumumkan pada pelancaran rasmi pada 16 September ini.
Mohamad, ketua protem parti baru, berkata parti baru itu menjangkakan seramai 35,000 ahli menjelang pelancarannya.
Beliau menjelaskan bahawa kesukaran untuk menubuhkan parti baru maka GHB memutuskan untuk mengambil alih parti yang tak aktif.

PAS 'Hilang' 10 Wakil Rakyat

PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu menyertai parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian 10 wakil rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah Negara.
"Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Serdang).
Selain itu, lima Adun yang meninggalkan PAS ialah Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Pengumuman parti baru oleh Hj Mohammad Sabu
1. Mengambil alih Parti Pekerja Malaysia setelah permohonan Parti Progresif Islam ditolak.
2. Nama parti dikekalkan sehinggalah ROS meluluskan nama baru yang dicadangkan iaitu Parti Amanah Negara (AMANAH).
3. Parti AMANAH akan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan.
4. Sekarang dalam proses tukar nama dan perlembagaan baru kepada ROS.
5. Majlis pelancaran akan diadakan pada 16 September 2015.


Berikut adalah nama-nama PEMEGANG JAWATAN:
Penasihat Umum:
Al Fadhil Ust Ahmad Awang
Pengerusi:
Hj Mohammad Sabu
Timb Pengerusi:
Hj Salahuddin Ayub
Naib-Naib Pengerusi:
1. Ust YB Dr Mujahid Yusof
2. Ust Hasanuddin Mohd Yunos
Ketua Wanita:
YB Dr Mariah Mahmud
Ketua Gerakan Anak Muda:
Sdr Mohd Sany Hamzan
Setiausaha Agung: 
Hj Anuar Tahir
Timb. Setiausaha Agung: 
Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Bendahari: 
Hj Asmuni Awi
Setiausaha Organisasi: 
Suhaizan Kaiat
Ahli Jawatankuasa :
Dr Mohd Hatta Ramli
Ir Khalid Samad
Ir Izham Jashim
Hj Adly Zahari
Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi
Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
Mazlan Aliman
Aminolhuda Hassan
Mohd Hanipa Maidin
Dato' Fakhrulrazi Zawawi
Saari Sungib
Zulkifli Mohd Omar
Hu Pang Chaw
Dato Wan Abd Rahim Abdullah
Hasnul Baharuddin
*Dengan pengumuman ini, keahlian parti lama bagi mereka yang terlibat memegang jawatan di atas, gugur secara automatik.

[NAJIB DIGANGGU BELON JUSTICE] Belon kuning dilepas dalam acara Najib di Pusat Beli Belah Pavilion


Tujuh belon kuning dilepaskan oleh seorang individu di pusat membeli belah Pavilion sewaktu acara yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor.
Belon yang dilepaskan dari tingkat lima itu menarik perhatian umum apabila ia dilepaskan ketika Najib menonton persembahan ketika pembukaan acara Diversecity Kuala Lumpur petang ini.
Bagaimanapun seorang pegawal keselamatan terus ke tingkat lima untuk melihat individu yang melepaskan belon antaranya tertulis perkataan "Democracy", "Justice", "Free Media".


[DULU BANGSAT, KINI SEKOR-SEKOR] Saiful Nang: Sedap Mulut Berbicara, Badan Tanggung Rosak


Berikut adalah tulisan Saiful Nang di FB beliau:

"SEDAP MULUT BERBICARA, BADAN JUGA MENANGGUNG ROSAK."

"Semalam dengar news ini, sentap dengar "sekor-sekor" digunakan sebagai gantinama."

"Seperti sebelum ini saya katakan saya kurang setuju dengan cara perhimpunan sekalipun Tun Mahathir juga lakukannya."

"Cara saya tidak setuju ialah dengan tidak menghadirinya."

"Dalam masa yang sama, saya juga tidak setuju jika peserta perhimpunan Bersih 4.0 itu dipanggil dengan gelaran "sekor-sekor"."

"Sedap mulut berbicara, yang merana badan juga."

"Kepada yang pergi Bersih 4.0 - Itu hak anda dalam demokrasi dan hak saya juga untuk tidak pergi dan tidak menyokong CARA menyampaikan mesej melalui perhimpunan."

"ANDA dan SAYA kedua-duanya bencikan KORUPSI dan sesiapa sahaja pemimpin yang KORUP walaupun cara kita berbeza." -Saiful Nang

Ketua Wanita UMNO Gopeng: ‘TAKKAN NAK TUNGGU BN DITOLAK DALAM PRU-14’


IPOH - Umno dan BN perlu melihat kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke himpunan Bersih 4.0, kelmarin dari sudut kehendak rakyat, bukan atas kepentingan individu.

Bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman berkata, kemunculan Tun M itu, jelas menunjukkan kebersamaan beliau yang senada dengan suara rakyat menolak kepimpinan kerajaan sekarang.

“Kita tak boleh nak tolak atau halang keinginan rakyat yang mahu menunjukkan mereka menolak kepimpinan kerajaan, ini bukan lagi suara kecil, mereka sudah pun zahirkan.

“Jadi kita kena positif dan berdepan realiti, takkan nak tunggu BN ditolak dalam pilihan raya, baru nak bertindak,” katanya.

Beliau  menyifatkan kehadiran Tun M di Dataran Merdeka itu meng‘hijack’ penganjuran Bersih 4.0 yang dipimpin pakatan pembangkang.

“Saya positif dengan tindakan Tun M, lagipun dari segi apa yang dikata, dia bukan penyokong Bersih, cuma mahu bersama dalam agenda singkirkan kepimpinan sekarang,” katanya.

Hamidah yang juga Ketua Wanita Umno Gopeng menyangkal dakwaan bahawa peserta yang mengikuti himpunan itu, tidak patriotik.




Sinar Harian

Tun Dr Mahathir Sertai Bersih 4.0 

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara semalam.

Beliau tiba di Pasar Seni kira-kira pukul 4.15 petang ditemani bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Turut sama ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Kehadiran Dr Mahathir ke perhimpunan Bersih 4.0 semalam adalah yang kedua selepa pertama kali mengejutkan perserta perhimpunan tersebut pada kira-kira pukul 7.25 malam Sabtu.

Ketika bercakap kepada media di hadapan pintu masuk utama Pasar Seni, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaannya berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan derma politik berjumlah RM2.6 bilioan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga menggesa Najib supaya meletak jawatan.


"Kita tak patut benarkan beliau menyalahguna kuasanya sebagai perdana menteri.


"Patut diadakan undi tidak percaya di Parlimen," katanya.


Mengulas mengenai kehadirannya di perhimpunan Bersih 4.0, Dr Mahathir berkata: "Kita di sini kerana tidak boleh menerima pentadbiran Datuk Seri Najib."

[DEMO "UNDUR NAJIB" PULA?] Shahbudin Husin: Selepas BERSIH 4, Apakah DEMO "UNDUR NAJIB" Akan Mengambil GILIRANNYA PULA?



31 OGOS 2015 - Tulisan terbaru blog Shahbudin Dot Com hari ini membangkitkan persoalan "apakah kehadiran Tun Mahathir sebanyak dua kali dalam Bersih 4 menjadi isyarat awal bahawa demo "UNDUR NAJIB" akan menjadi gerakan oleh Tun Mahathir untuk menjatuhkan Najib secara berterusan sehingga Perdana Menteri itu meletak jawatan.

Temubual Tun Mahathir dengan media yang menyatakan demonstrasi jalanan  merupakan satu-satunya jalan untuk menyingkirkan Najib memberi gambaran bahawa usaha itu akan diteruskan.

Tun Mahathir juga menyatakan demonstratsi jalanan seperti yang pernah dilakukan oleh rakyat Filipina telah berjaya menjatuhkan Ferdinand Marcos suatu ketika dahulu.

Apakah dengan mula mengambil contoh kejatuhan Marcos di Filipina, Tun Mahathir secara tersiratnya mula memancing kebersamaan rakyat yang  ingin melihat pengunduran Najib agar bersedia dengan lebih banyak demostrasi jalanan lagi? soal Shahbudin. 

Berikut adalah tulisan Shahbudin Husin: 

Sambutan kemerdekaan tahun ini pastinya tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini ia lebih diwarnai dengan jeritan "undur Najib" berbanding suara nostalgia bagaimana kemerdekaan negara dicapai sejak 58 tahun lalu.

Karenah Najib Razak dalam memimpin negara, terutama berkaitan wang RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian diisytiharkan sebagai derma, adalah penyumbang utama kepada kelainan aroma dalam sambutan kemerdekaan kali ini.

Himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos selama 34 jam yang berjalan dengan lancar, aman dan baik tetapi turut menjadikan tuntutan mendesak pengunduran Najib sebagai sasarannya, menambahkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini seperti sudah beralih arah serta tujuannya.

Malah, tahun ini ada yang mengatakan rakyat sebenarnya tidak merdeka, kecuali jika Najib Razak dapat diundurkan sebagai Perdana Menteri dengan segera.

Di mana-mana pula, sambutan kemerdekaan dan pengibaran bendera Malaysia tidak lagi semeriah tahun-tahun sebelumnya. Ia bukanlah kerana ramai yang dah mula benci dan tidak bersyukur dengan negara ini, tetapi lebih sebagai tanda protes terhadap sang Perdana Menteri yang semakin tidak dikehendaki lagi.

Yang lebih mengejutkan dalam himpunan Bersih 4 kali ini pula, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah menunjukkan semangat luar biasa dan kegigihannya untuk "mengerjakan" Najib agar dapat segera dipindahkan keluar dari Seri Perdana dengan kesanggupan turut sama dalam acara itu.

Meskipun tidak pernah turun dan selalu tidak menyokong demonstrasi jalanan sebelum ini, tetapi Tun Mahathir sanggup turun dua kali dalam Bersih 4 kali ini. 

Semangat dan kegigihannya yang sanggup turun sebanyak dua kali dalam Bersih 4 ini tentunya mengingatkan kita bagaimana kerapnya beliau pergi untuk melihat pembangunan Putrajaya, KLCC dan Langkawi ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

Untuk memastikan sesuatu usahanya itu berjaya, Tun Mahathir biasanya akan meluangkan lebih banyak masa bagi menunjukkan komitmennya. 

Beliau kemudian memberitahu, kehadirannya dalam Bersih 4 ialah untuk bersolidariti bersama rakyat yang mahu mendesak perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri.

Dalam temubual dengan media kemudiannya, Tun Mahathir berkata, demonstrasi jalanan merupakan satu-satunya jalan untuk menyingkirkan Najib, sama seperti yang pernah dilakukan oleh rakyat Filipina terhadap Ferdinand Marcos suatu ketika dahulu.

"Kalau kerajaan dah tak peduli undang-undang, kita terpaksa gunakan demontrasi jalanan. Lihat Marcos, beliau telah dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan," tegasnya lagi.

Beliau kemudian menambah lagi, "jika kerajaan tak bubarkan pasukan petugas khas itu, saya tidak akan hadir sebanyak dua kali dalam demonstrasi ini."

Walaupun gambarannya seperti Tun Mahathir menyokong demonstrasi jalanan, beliau juga menyarankan Ahli-Ahli Parlimen BN agar bersama-sama mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib bagi menyelamatkan negara ini.

Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang sayangkan parti juga  seharusnya menyokong usul tidak percaya itu, tambah Tun Mahathir lagi.

Persoalannya, apakah selepas ini lebih banyak himpunan rakyat atau demonstrasi jalanan mirip Bersih 4 yang bertujuan mendesak pengunduran Najib akan berlaku dalam negara kita?

Apakah kehadiran Tun Mahathir sebanyak dua kali dalam Bersih 4 adalah isyarat awal bahawa demo "undur Najib" adalah projek terbaru yang akan digigihinya selepas ini sebagaimana dilakukannya ketika membangunkan Putrajaya, KLCC dan Langkawi dahulu?

Apakah dengan mula mengambil contoh kejatuhan Marcos di Filipina, Tun Mahathir secara tersiratnya mula memancing kebersamaan rakyat yang  ingin melihat pengunduran Najib agar bersedia dengan lebih banyak demostrasi jalanan lagi?

Apakah juga, melalui gembar-gembur mengenai demonstrasi jalanan  yang disebut oleh Tun Mahathir ini akan segera membuka mata Ahli-Ahli Parlimen BN, khususnya UMNO untuk tidak berlengah lagi menjadikan undi tidak percaya itu sebagai kenyataan bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan kepada ekonomi dan perpaduan dalam negara?

Lagi pula, ramai pemimpin UMNO sendiri jika ditanya secara diam-diam, turut tidak menafikan kesukaran untuk BN mengekalkan kuasanya jika keadaan seperti sekarang berterusan memandangkan Najib sudah menjadi liabiti yang terlalu berat untuk dipikul. (SH 31/08/2015)

Mufti Perlis, Dato' Dr Asri: ANTARA MENCINTAI TANAHAIR DAN MENCINTAI PENGUASA


Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Hadis ‘Cintakan tanahair itu daripada Iman’ tidak sahih. Bahkan ia hadis maudu’ (palsu). Ini dinyatakan oleh al-Saghani (meninggal 650H/1252M) dalam karyanya al-Maudu‘aat. Ini dipersetujui oleh para huffaz (para ilmuwan ulung hadis) seperti yang disebut oleh ‘Ali al-Qari dalam bukunya al-Masnu’ fi Ma’rifat al-Hadith al-Maudu’. Walaupun hadis ini palsu (fabricated) dari sudut kesabitannya (authenticity) daripada Nabi Muhammad s.a.w, namun ada tokoh seperti Muhammad Tahir al-Fatani (meninggal 986H/1578M) dari India dalam karyanya Tazkirah al-Maudu‘aat menyatakan dari sudut maksud ataupun isi kandungannya benar. Dalam kata lain menurut pendapat beliau, hadis ini memang tidak sabit daripada Nabi s.a.w, tetapi kandungan maksud yang terdapat dalam teks itu benar. Ertinya, cinta tanahair itu termasuk dalam iman.

Pun begitu, sarjana hadis lain seperti Muhammad Nasir al-Din al-Albani memberikan komentar yang berbeza. Dalam karyanya Silsilah al-Da’ifah wa al-Maudu’ah beliau menyebut: “Makna hadis ini tidak betul. Ini kerana cintakan tanahair sama seperti cintakan nyawa, harta dan seumpamanya. Semua itu sudah wujud dalam jiwa insan. Tidak dipuji kerana mencintainya, tidak juga ia termasuk dalam kelaziman iman. Tidakkah engkau lihat semua manusia berkongsi cinta tersebut?! Tiada beza antara yang mukmin dan yang kafir” (1/110. Riyadh: Maktab al-Ma’arif).

Fitrah

Pendapat al-Albani ini benar dari satu sudut bahawa ia sesuatu yang termasuk dalam gharizah iaitu tabiat semulajadi insan ataupun fitrah. Namun menyatakan ia tidak terpuji adalah sesuatu yang kurang tepat. Islam memuji manusia yang hidup berpegang kepada fitrah. Sayang harta yang mengelakkan pembaziran dipuji dalam Islam. Sayang nyawa yang menghalang kemusnahan diri diperintahkan oleh al-Quran. Pembaziran dan pemusnahan jiwa diharamkan. Sudah pasti cinta tanahair yang menghalang kerosakannya sesuatu yang dipuji.

Sesuatu yang sama antara muslim dan non-muslim bukan bererti tidak dipuji dalam Islam. Menyayangi anak-anak dan ibubapa sesuatu yang dikongsi oleh muslim dan bukan muslim. Ia terpuji. Menghilangkan bahaya di jalanan, termasuk dalam cabang iman. Orang bukan muslim juga melakukannya. Walaupun untuk mereka ia tidak termasuk dalam iman tetapi mereka juga melakukannya. Ia sesuatu yang terpuji. Persamaan tidak menafikan kebaikan. Pandangan al-Albani di sini kurang kemas untuk diterima.

Kasih Nabi Muhammad

Apa yang saya hendak sampaikan, betapa kecintaan kepada tanahair adalah sesuatu yang terpuji. Ia termasuk dalam fitrah insan untuk mencintai tanahairnya. Nabi Muhammad s.a.w pun cintakan tanahairnya iaitu Mekah. Apabila dihalau oleh penduduk Mekah, Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat terpaksa berhijrah ke Madinah. Para sahabat termasuk Bilal bin Rabah yang merupakan seorang hamba abdi ketika di Mekah, demam merindui Mekah. Apatah lagi Abu Bakar al-Siddiq yang merupakan bangsawan Mekah. Apabila baginda Nabi s.a.w mengetahui keadaan itu, baginda berdoa “Ya Allah! Jadikanlah cinta kami kepada Madinah seperti cinta kami kepada Mekah, ataupun lebih dari itu” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah mengucapkan untuk Mekah: “Alangkah indah engkau (Mekah) sebuah negara . Alangkah sayangnya daku kepadamu. Jikalau tidak kerana kaumku menghalau daku keluar darimu, aku tidak akan menetap selain darimu”(Riwayat al-Tirmizi, sahih).

Sekalipun Nabi s.a.w terpaksa bertempur dengan pasukan tentera Mekah yang dikuasai oleh rejim Quraish yang zalim, itu tidak pernah mematikan rasa kasih dan sayang kepada tanahair baginda iaitu Mekah. Demikianlah juga perasaan para sahabah yang terpaksa berhijrah meninggalkan Mekah yang mereka kasihi. Fath al-Makkah ataupun Pembukaan Mekah di mana Nabi s.a.w kembali mengambil alih Mekah dengan kuasa tentera bersama orang lain dari luar, adalah kemuncak kecintaan kepada Mekah. Mereka membersihkan Mekah dari kesyirikan, kezaliman, penindasan dan selainnya. Itu tanda kasih mereka kepada Mekah.

Patriotic

Kasihkan watan adalah sesuatu yang fitrah. Orang melayu bermadah ‘tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain’. Tanahair ialah tempat kelahiran kita dan keluarga. Membesar dalam persekitarannya. Mencium udaranya. Meminum airnya. Memakan makanannya. Melihat budaya, warna dan rupa saban masa dalamnya. Lebaran kenangan diari kehidupan yang tersimpan tentangnya. Jiwa yang normal pasti akan menghargai dan mengasihi. Sayang dan ingin membelanya dari kerosakan. Itu makna patriotic yang sebenar.

Perlu diingat, semangat sayang dan kasih kepada tanahair tidak berkaitan dengan kecintaan kepada kuasa politik yang menguasainya. Orang Pulau Pinang yang sayangkan Pulau Pinang tidak semestinya sayangkan pemerintahannya, demikian Kelantan, Trengganu, Kedah dan lain-lain. Orang Malaysia sayangkan watan ini, cintakan tanah tumpah darah ini tidak semestinya bersetuju ataupun mencintai kuasa politik yang memerintah di dalamnya. Perlu dibezakan antara semangat patriotism dan nationalism.

Dalam The Blackwell Encyclopedia of Political Thought, disebut: Patriotism: a love of one’s homeland, implying a readiness to act in its defense and to favour it in other dealings. It is often confused with nationalism, but is a far older idea, and carries with a less theoretical baggage. Nationalism presupposes that nations exist as real and distinct entities; patriotism, on the other hand, may simply involve attachment to a physical locality or a way of life, and need not involve any abstract idea of ‘country’.

Jangan Nafikan

Tiada pihak yang boleh memaksa orang lain mencintai parti politik yang berkuasa dalam watannya atas nama semangat patriotism. Tiada siapa pula yang boleh ditakrifkan sebagai tidak patriotic hanya kerana dia tidak menyokong kerajaan tertentu yang berkuasa atas negeri atau negaranya. Kuasa politik boleh datang dan pergi. Boleh bertukar ganti. Sultan dan menteri juga boleh dibuang ataupun dipasang. Hanya keadaan yang menentukan. Namun hakikat bahawa tanahair dan watan ini adalah milik kita, lahir di sini, berketurunan di sini, membesar dalamnya adalah sesuatu yang tidak boleh diubah dan dinafikan oleh mana-mana pihak pun.

Justeru, penentangan terhadap kuasa politik di watannya yang seseorang tinggal dalamnya tidak menafikan cinta dan sayangnya dia kepada tanahairnya. Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat dihalau keluar dari Mekah. Mereka kemudian berpakat dengan orang Madinah memerangi kuasa politik Mekah yang zalim. Bahkan mendapat bantuan luar menawan Mekah dan membebaskan Mekah dari kuasa yang zalim tersebut. Itu semua tidak menafikan cinta Nabi s.a.w kepada Mekah.

Orang Kelantan yang tidak suka PAS bukan bererti tidak sayang Kelantan. Orang Penang yang tidak suka DAP bukan bererti tidak sayang Penang. Orang Selangor yang tidak suka PKR bukan bererti tidak sayang Selangor. Orang Malaysia yang tidak suka BN bukan bererti tidak cintakan negara.

Mungkin yang rakyat tidak suka itu penyelewengan kuasa dan penyalahgunaan harta rakyat yang dibuat oleh mereka yang memegang tampok-tampok tersebut. Namun, sayang negeri dan negara tetap kekal.

Mereka di istana-istana, parti-parti politik yang bersaing, juga macai-macai yang mengampu, jangan cuba mempermainkan rakyat dengan menafikan kecintaan seseorang kepada tanahair; negeri ataupun negara mereka hanya kerana tidak mendapat sokongan politik yang idamkan.

Sesiapa yang sayangkan tanahairnya lalu enggan watannya dirosakkan. Rela mempertahankan kebaikan dan kebenaran yang menjadi hak buminya, maka dia seorang yang cintakan tanahairnya, dia seorang yang patriotic! Cara kecintaan itu diterjemahkan mungkin berbeza, tapi cinta tetap di jiwa.

merdeka! merdeka! merdeka!

BERAPA RAMAIKAH Kehadiran Peserta Bersih 4? Bersih: 200K, MKini:100K, Polis: 30K, AlJazeera: 50K,


Berapa ramaikah kehadiran sebenar peserta demonstrasi Bersih4 kali ini?

 
Angka rasmi penganjur BERSIH 2.0 [OFFICIAL]meletakkan kehadiran semalam adalah 200 000. 


Agensi berita Al Jazeera English pula menganggarkan 50 000 peserta.
Malaysiakini pula meletakkan jumlah 100 000.


Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )meletakkan seramai 30 000.
Rakan jurugambar saya Keow Wee Loong pula menganggarkan 300 000.

Grafik ini saya hasilkan dengan menganggarkan seorang peserta bersaiz 1kaki x 2 kaki berdiri menyentuh bahu-ke bahu sebagai perbandingan.

Kesimpulan yg dapat saya buat adalah jumlah peserta adalah lebih kurang 80 000. (Saya mungkin salah). Bagaimanapun, jumlah rasmi PDRM 30 000 adalah terlalu sedikit manakala jumlah 300 000 adalah agak terlalu 'exaggerate'.

*Perisian yg digunakan: Autocad dan 3DStudioMax.

updated : Keow memberikan penjelasan jumlah peserta 300k adalah untuk event 2 hari dan bukan satu hari. - 
Muhamad Harris Nasril


Sunday, August 30, 2015

LIVE UPDATE: LINTAS LANGSUNG BERGAMBAR BERSIH 4 MALAM TERAKHIR


12am Jalan TAR - Peserta yang berhimpun di jalan TAR menyanyikan lagu Negaraku pada jam 12 tengah malam.
Setelah selesai penantian jam 12 tengah malam, peserta himpunan mula bersurai dari jalan TAR sambil menyanyi lagu “Bersih”.
Sementara itu, Polis Kuala Lumpur pula memberi jaminan keadaan bandar raya Kuala Lumpur selamat untuk sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-58 yang akan berlangsung esok.
Malah, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan memastikan keselamatan mereka sentiasa terjamin.


11.45pm: Pentas utama - Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam ucapannya berkata, jika ada BERSIH 5 selepas ini ia akan menjadi "pesta rakyat".
Beliau juga meminta orang ramai meyakinkan ahli parlimen masing-masing supaya menyokong undi tidak percaya terhadap perdana menteri jika ia diusulkan nanti.


11.40pm - Jalan Tun Perak - Orang ramai kelihatan mula bergerak meninggalkan kawasan utama melalui Jalan Pudu dan Jalan Sultan. Pada masa sama hanya beberapa orang anggota polis kelihatan bertugas agak jauh dari situ.

11.20pm: Jalan Parlimen - Hayat, 22, kali pertama turun menyertai BERSIH hari ini.
Asalnya, kata Hayat, dia mahu datang semalam tetapi terpaksa membatalkan niat itu kerana bekerja.
"Mungkin orang lain juga begitu. Sebab itu tak ramai Melayu semalam," katanya dan dipersetujui beberapa rakannya yang ada bersama. 
11.10pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman - Dianggarkan ada kira-kira 10,000 orang di sini dalam suasana seperti pesta.
Tidak seperti semalam, kehadiran orang Melayu dapat dilihat lebih ketara dan dianggarkan sehingga 40 peratus.
Keadaan juga tidak begitu bingit dengan bunyi vuvuzula hanya terdengar sesekali dan muzik atau ceramah dari pentas utama berhampiran Dataran Merdeka tidak sampai ke sini.
11pm: Dataran Merdeka - Kira-kira sejam lagi untuk BERSIH 4 menutup tirai, jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 80,000 orang. Sesetengah pihak pula mendakwa jumlah semasa mungkin melepasi 100,000 orang.
10.30pm: Menara Maybank - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua meminta peserta BERSIH 4 tidak terlalu bimbang apabila tidak ramai orang Melayu menyertainya. 
Kata Pua, keadaan itu berlaku kerana PAS tidak menggerakkan ahlinya dan meminta orang ramai memberi masa kepada Gerakan Harapan Baru ditubuhkan secara rasmi. 
10.17pm: Jalan Parlimen - Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba bersama anaknya, Nurul Nuha Anwar. 
Wan Azizah berkata, beliau akan menyampaikan ucapan kepada peserta BERSIH 4 selepas ini. Beliau kemudian dikerumuni orang ramai yang mahu bergambar dengannya. 
Laungan "Reformasi" juga kedengaran ketika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berjalan ke arah pentas berhampiran Dataran Merdeka.

10.15pm: Dataran Merdeka - Di depan pentas utama BERSIH 4, orang ramai menyanyi lagu Standing in the Eyes of the World bersama penyanyi Eddy dan Wimii. 
Sambil menyanyi mereka menggerakkan tangan dan menghidupkan lampu telefon bimbit masing-masing, selain ada mengibarkan Jalur Gemilang.
10.10pm Menara Maybank - Pemimpin DAP Lim Kit Siang menggesa rakyat memastikan tiada perdana menteri seperti Datuk Seri Najib Razak muncul lagi dalam politik Malaysia. 
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pula mahu orang ramai tidak mempercayai Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bekas perdana menteri itu "bukan rakan" sebaliknya hanya mahu mengambil kesempatan. 
9.40pm Dataran Merdeka - Depan pentas BERSIH, orang ramai membuat rantaian manusia ketika seorang anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Farhana Halim berucap.
Peguam itu berkata beliau bersedia untuk berjalan lagi 34 jam dan 34 hari lagi untuk memastikan Datuk Seri  Najib Razak berundur.
“Kita mahu Najib dan Rosmah berundur,” katanya.
9.31pm: Dataran Merdeka - Orang ramai menggunakan telefon bimbit masing-masing untuk merakam suasana sekeliling mereka.
9.20pm: Dataran Merdeka - Berdasarkan laporan daripada lapangan dan gambar daripada udara, jumlah peserta terkini sekurang-kurangnya 60,000 orang.
9.10pm: Berdasarkan laporan daripada lapangan dan gambar daripada udara, dianggarkan sekurang-kurang 20,000 orang kini berada berdekatan Dataran Merdeka. Jumlah itu makin bertambah dari masa ke semasa.

Perutusan Merdeka TS Muhyiddin:Prinsip integriti, akauntabiliti kian terhakis


PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN KE-58

YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

30 OGOS 2015

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Negara kita telah merdeka selama 58 tahun. Telah banyak kemajuan yang dicapai oleh negara kita selama ini dan Malaysia berdiri megah sebagai sebuah negara yang berdaulat, bermaruah dan dihormati di persada dunia.

Asas yang membina kemerdekaan dan kemajuan negara kita ialah kepercayaan. Sebelum merdeka dahulu, penduduk negara ini yang berbilang kaum dan agama mempunyai rasa sangsi antara satu sama lain. Namun, berkat kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu, mereka telah berjaya memupuk kepercayaan masyarakat majmuk di negara ini bahawa Malaysia adalah milik semua warganegara tanpa mengira kaum dan agama. Semua warganegara mempunyai hak yang dijamin oleh Perlembagaan dan semua mereka bertanggugjawab untuk memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian negara dengan memupuk perasaan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

Kepercayaan juga terbentuk antara pemimpin pelbagai kaum. Pemimpin Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai kepentingan semua kaum dan merancang kemajuan negara kerana mereka mempercayai antara satu sama lain. Memang sepanjang negara ini ditadbir oleh Barisan Nasional, terdapat beberapa masalah yang wujud antara masyarakat pelbagai kaum, tetapi semua masalah ini dapat diatasi kerana pemimpin Barisan Nasional percaya bahawa perundingan dan kerjasama adalah jalan terbaik untuk mencari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.

Rakyat juga mempercayai kerajaan yang memerintah. Mereka percaya bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk memerintah secara adil dan saksama, melaksanakan pembangunan demi kesejahteraan rakyat, memacu kemajuan ekonomi, menyediakan pendidikan yang berkualiti, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Kerana itu, selama 58 tahun merdeka, rakyat di negara kita tidak pernah bertindak melampau untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik menerusi pilihanraya yang bebas dan adil.

Para pelabur dan komuniti perniagaan juga selama ini mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap negara kita. Mereka yakin bahawa dengan kestabilan politik, keharmonian kaum dan kecekapan kerajaan mengurus negara, pelaburan dan perniagaan mereka di negara kita adalah terjamin. Dengan keyakinan ini, Malaysia merupakan antara penerima pelaburan langsung asing yang tertinggi di rantau ini dan saban tahun mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif.

Sekiranya kita dapat mengekalkan, malah memperkukuhkan kepercayaan antara sesama pemimpin, antara sesama rakyat, antara rakyat dan pemimpin, antara kerajaan dan rakyat, antara pelabur, komuniti perniagaan dan institusi ekonomi negara, maka saya yakin negara kita akan terus berada pada landasan yang betul dan bersedia untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Namun, pada masa ini ramai pihak berpandangan bahawa negara kita sedang menghadapi masalah defisit kepercayaan (trust deficit) yang parah. Kepercayaan rakyat kepada kerajaan sudah semakin longgar. Kepercayaan pelabur dan komuniti perniagaan kepada ekonomi negara juga sudah luntur.

Ringgit kita kian merudum terutamanya berbanding Dollar Amerika dengan nilainya sekarang yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun. Pasaran saham jatuh, rizab negara merosot dan sentimen pengguna adalah paling rendah dalam tempoh 7 tahun.

Benar, faktor luaran seperti kejatuhan harga komoditi mempengaruhi pasaran kewangan dan ekonomi, tetapi prestasi kita antara yang paling rendah dalam kalangan negara-negara serantau. Inilah realiti yang harus kita terima dan mesti diatasi dengan segera.

Saya menyambut baik kenyataan Gabenor Bank Negara bahawa asas ekonomi negara kita kukuh. Ini adalah satu perkembagan yang amat baik untuk kita membina semula kepercayaan masyarakat dunia terhadap ekonomi dan politik negara kita. Yang perlu kita atasi ialah sentimen rakyat, pelabur dan masyarakat antarabangsa terhadap negara kita yang agak negatif disebabkan oleh beberapa isu politik yang sedang melingkari kita hari ini.

Rakyat semakin resah apabila hari demi hari prinsip integriti dan akauntabiliti kelihatan semakin terhakis dalam pentadbiran negara. Pegawai-pegawai kerajaan yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ditamatkan perkhidmatan, ditukar, diugut dan diambil tindakan.

Kebebasan institusi-institusi penting negara seperti Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia seolahnya semakin disekat.

Tidak dapat dibayangkan dalam sejarah perkhidmatan awam negara kita, terdapat pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berdedikasi sanggup bersuara lantang menentang pihak atasan yang cuba mencabuli prinsip perkhidmatan awam yang adil, tegas dan berkecuali.

Ada juga sesetengah pemimpin politik yang mengugut untuk menyekat kebebasan rakyat daripada menyuarakan pandangan terutamanya di media sosial kerana tidak sanggup lagi mendengar kritikan dan teguran rakyat yang semakin hari semakin lantang.

Selain itu, mereka yang menegur tindak tanduk pemimpin digelar sebagai pengkhianat dan dituduh hendak menggulingkan kerajaan. Mereka ini jelas tidak dapat membezakan antara menegur pemimpin dengan menggulingkan kerajaan adalah dua perkara yang berlainan. Betapa ramai pemimpin negara sebelum ini yang menerima teguran, tetapi kerajaan terus kekal, malah bertambah kukuh.

Atas segalanya, kredibiliti pemimpin semakin dipersoalkan. Institusi demokrasi yang ada dilihat sudah tidak dapat lagi berfungsi dengan baik untuk melakukan perubahan kerana ditekan dan dikawal dengan ketat oleh mereka yang berkuasa.

Saya bimbang selagi kemelut besar kepimpinan ini tidak dapat diselesaikan, maka selagi itulah negara dan kerajaan akan terus dibebani dengan masalah defisit kepercayaan yang semakin parah.

Bagi saya, isu kepercayaan ini akan dapat diselesaikan jika negara kita kembali dipimpin berlandaskan prinsip integriti, akauntabiliti dan penanggungjawaban kepada rakyat. Prinsip ini jugalah yang dituntut oleh Islam ke atas setiap pemimpin sebagaimana hadis Rasululullah s.a.w:

Kullukum ra’in wa kullu ra’in mas’ulun ‘an ra’iyyatih

Yang bermaksud:

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya”.

Sesuai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu “Sehati Sejiwa”, marilah kita bersama-sama membentuk kesatuan hati atau “wahdatul qulb” untuk membina semula kepercayaan terhadap negara kita dengan mengembalikan kepimpinan yang berintegriti, berakauntabiliti dan bertanggungjawab.

Yakinlah bahawa Malaysia adalah tanah air kita yang berdaulat dan bermaruah, dan kita sebagai rakyat bertanggungjawab untuk terus memelihara kedaulatan dan maruah negara kita. Saya berdoa agar negara kita terus kekal aman, maju dan berdaulat.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-58.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Presiden UMNO

[#BERSIH4 HARI KE-2][video] TUN MAHATHIR & ISTERI TURUN Nyatakan Sokongan, Kita Mahu SINGKIR Najib BUkan BN


5.20pm: Pasar Seni - Dr Mahathir Mohamad tidak bercadang untuk menyertai perhimpunan BERSIH 4 walaupun menyatakan sokongan kepada ribuan orang yang berdemonstrasi sejak tengah hari semalam.
Mantan perdana menteri senja semalam turun di Dataran Merdeka sebentar tanpa sebarang kenyataan kecuali "teruskan, teruskan."
Petang ini, dalam kenyataan di sebuah restoran, beliau berkata: "Semangat saya bersama anda semua. Saya kena pulang ke rumah."
Petang semalam, mengulas perhimpunan tersebut, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali berkata ringkas: "Inilah kuasa rakyat."

5.40pm: Pasar Seni - Tun Dr Siti Hasmah Ali menggesa semua penyokong parti, tanpa mengira ideologi, menyokong gerakan untuk mendesak Datuk Seri Najib Abdul Razak berundur susulan skandal 1Malaysia Development Berhad.
  
"Yang penting sekali, tidak kira BERSIH ke, PKR ke, PAS ke, kita orang Malaysia. Kalau kita bersatu padu (menolak Najib), kita akan capai matlamat kita," katanya sewaktu mengiringi Tun Dr Mahathir Mohamad turun ke Kuala Lumpur sebagai menyatakan sokongan kepada peserta BERSIH 4.
"Seperti kita dulu berjuang untuk kemerdekaan, bagaimana kita semua dulu bersatu. Jadi tolonglah dalam keadaan seperti ini, janganlah ada keganasan."

[HARI KE-2, AHAD] LIVE UPDATE: LINTAS LANGSUNG BERGAMBAR #BERSIH4, TUN MAHATHIR HADIR


7.25pm Jalan Raja - Bunyi bising vuvuzela kini senyap bagi menghormati masukkan waktu Maghrib. Yang lainnya cuba berteduh dari hujan.


6.15pm: Masjid Jamek - Walaupun PAS sebelum ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi meminta ahlinya untuk menyertai himpunan BERSIH 4, namun kelihatan Naib Presidennya Idris Ahmad turut berada di perhimpunan ini.

6.00 pm: Masjid Jamek - Peserta BERSIH 4 terus membanjiri sekitar jalan Masjid Jamek dan Stesen LRT Masjid Jamek.
Ribuan peserta berkumpul dan berarak dengan pelbagai ragam.
5.56pm: Dataran Merdeka  - Penganjur mengumumkan perhimpunan itu berehat sebelum bersambung semula jam 9 malam.

5.40pm: Pasar Seni - Tun Dr Siti Hasmah Ali menggesa semua penyokong parti, tanpa mengira ideologi, menyokong gerakan untuk mendesak Datuk Seri Najib Abdul Razak berundur susulan skandal 1Malaysia Development Berhad.

5.15pm: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memuji peserta BERSIH 4 yang disiplin dan patuh pada arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ketempat larangan serta membuat sebarang kekacauan.

5.15pm: Pasar Seni - Dalam sidang medianya, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau turun ke Kuala Lumpur sebagai menyatakan sokongan kepada rakyat yang sedang mengadakan bantahan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.


5.09pm: Pasar Seni - Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media di sebuah restoran di sebelah Pasar Seni.
Sebelumnya beliau menyampaikan ucapan di depan kompleks tersebut setelah bergerak dari stesen Komuter KL.
Beliau dan isteri diiringi oleh Datuk Zaid Ibrahim.

4.30pm: Stesen Komuter KL - Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Dr Siti Hasmah Ali telah tiba, dijangka sedang menuju ke arah kumpulan ribuan penyokong BERSIH 4 di Jalan Tun Perak.


3.35pm: Dataran Merdeka - Hujan mulai turun. Sementara ada peserta yang mencari tempat berteduh, ramai juga yang tidak mengendahkan suasana basah itu. Mereka teruk bersorak dan melaungkan "Najib Undur" dan "Hidup Rakyat".

3pm: Dataran Merdeka - Kira-kira 50,000 peserta menyertai BERSIH, kira-kira sembilan jam sebelum perhimpunan selama 34 jam berakhir tengah malam ini.

2.30pm: Jalan Tun Perak - Selepas berehat selama dua jam, ribuan penyokong Bersih mendengar ucapan-ucapan dan berhibur dengan persembahan dalam keadaan berjerebu.

2.30pm: Dataran Merdeka - Selepas mesyuarat dengan Ketua Polis Dang Wangi Zainol Samad, Pegerusi BERSIH Maria Chin Abdullah memberitahu bahawa sambutan ambang kemerdekaan dipindahkan ke Bukit Jalil.

2.25pm: Perdana menteri memperkecilkan jumlah peserta BERSIH 4 dengan menggambarkan mereka hanyalah segelintir rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati.

1.55pm: Jalan Tun Perak - Di tengah-tengah 30,000 penyokong BERSIH 4, sekali-sekala muncul mesej sinis yang mengkritik perdana menteri sehingga menjadi perhatian ramai.


12.45pm Jalan Tun Perak - Walaupun matahari memuncak di atas kepala dan masa makan tengah hari, kira-kira 30,000 peserta Bersih 4 memenuhi jalan-jalan berdekatan Dataran Merdeka sambil tidak henti-henti melaungkan "Bersih".
Mereka yang berbaju kuning kembali memenuhi jalan ini mulai dari Menara Maybank ke arah simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman, kira-kira 200 meter dari Dataran Merdeka.
12pm: Dataran Merdeka - Aktivis Bersih Mandeep Singh berkata hasil pertemuan dengan polis tadi, pihak keselamatan memberi kerjasama yang baik.



11am: Muka depan akhbar utama di rak jualan hari ini rata-rata melaporkan mengenai perhimpunan Bersih 4 di muka hadapan akhbar masing-masing.



10.50am: Jalan Tun Perak - Selepas kehadiran peserta mula berkurangan, lebih kurang 1,000 lagi peserta tiba, termasuk 20 orang daripada masyarakat Orang Asli.

10.20am: Jalan Raja - Semangat mula dikobarkan untuk hari kedua yang secara rasminya bermula jam 9 pagi tadi.
Ucapan pagi disampaikan antaranya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Rashid Hasnon dan wakil rakyat Parit Buntar, Mujahid Yusof.
10.18am: Masjid Jamek - Kira-kira 1,000 orang, yang baru saja tiba, kelihatan sedang berarak dari stesen LRT Masjid Jamek ke arah Dataran Merdeka untuk menyertai peserta lain di sama. Mereka melaungkan "Bersih, Bersih, Bersih!"
9.50am: Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,500 penyokong Bersih berlegar-legar di jalan-jalan berdekatan Dataran Merdeka. Ada yang masih tidur dan ada juga yang baru bangun.
9.40am: Jalan Raja - Seorang peserta perhimpunan, Isaiah Jacob, tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapan.
Orang Kurang Upaya (OKU) ini, yang sudah tiga kali menyertai demonstrasi Bersih, mengajak peserta memperjuangkan hak dan menuntut perubahan.
"Najib, dengarlah rintihan rakyat," katanya.
9.40am: Jalan Raja - Selepas senaman pagi dan doa pelbagai agama, ahli jawatankuasa Bersih Ivy Josiah membacakan doa untuk kesejahteraan umum.
9.28pm - Jalan Raja - Penganjur mengumumkan program hari ini dengan tiga pentas dibina berdekatan Dataran Merdeka, di Masjid Jamek depan Bank OCBC dan di Jalan TAR.
Mereka turut mengarahkan peserta berhenti menggunakan vuvuzela kerana ia mengganggu pihak keselamatan dan pengawalan peserta.
ATUR CARA PERHIMPUNAN HARI INI - AHAD 30 OGOS 2015
9.00am - Senaman diikuti doa keagamaan masing-masing.
10am-12pm - Pesembahan BangsART, Awake (Chinese band), persembahan Bangra, ucapan oleh Yi Leong & Khairol Najib.
12pm-2pm - Pengumuman dan makan tengahari
2pm -7pm - Persembahan dan ucapan
7pm -9pm - Pengmuman dan makan malam.
7.30pm - Solat Maghrib
7.50pm - Solat Hajat
8.10pm Zikir/Doa Munajat
8.40pm - Solat Isyak
9.00pm - Tazkirah
9pm-11.59pm - Ucapan tentang 'What next?' Diketuai oleh pemimpin Bersih dari pelbagai tempat
Tengah malam - Penutupan oleh Maria Chin Abdullah & Nyanyian NegaraKu.
Penganjur kata mereka akan memaklumkan sebarang pindaan program.
9am Dataran Merdeka - Kira-kira 40 polis bermotosikal tiba di belakang sekatan. Dalam jarak jauh dari sekatan itu, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Ivy Josiah berada di atas pentas mengetuai senaman dengan peserta.
Beliau berjaya memujuk Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah untuk bersamanya di atas pentas. "Putrajaya, perlu bersih, kami memerhatikan anda," Josiah berkata sambil mengetuai senaman tarian.
8.45am Dataran Merdeka - Kebanyakan peserta yang bangun menyertai kira-kira 4,000 peserta lain di kawasan itu. Peserta yang hadir ke situ majoritinya dari Jalan Tun Perak.
Empat helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melintasi di udara, peserta dengan penuh semangat melambai dan menjerit "Bersih" kepada mereka.
8:00am Simpang Jalan TAR-Jalan Tun Perak  Sekumpulan 20 individu melaungkan "Bebas Anwar! menarik perhatian peserta Bersih. Kumpulan itu juga melaungkan "Reformasi! Dan mengibarkan bendera Pulau Pinang".
7:44am Jalan Raja -  Ribuan peserta memula hari mereka pagi ini dengan membersihkan diri dan bersarapan pagi.
Seorang sekretariat BERSIH memberitahu Malaysiakini bahawa senaman yang dijadualkan pagi ini dianjakkan ke jam 9 pagi untuk membolehkan para peserta bersiap sedia.
Sementara itu kelihatan tidak ada perarakan latihan untuk Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka hari ini seperti yang diumumkan semalam kerana pihak berkuasa akan meggunakan tempat itu untuk sambutan hari kebangsaan itu pada Isnin.
7:15 am Jalan Raja - Ratusan para peserta berdiri tegak sambil menyanyikan Negaraku.
7am Jalan Raja - MP Shah Alam Khalid Samad mendakwa sekurang-kuranya 30 peratus daripada para peserta terdiri daripada golongan Melayu.
Jumlah peserta dari kaum lain terutamanya Cina meningkat secara mendadak kali ini. Bilangan kaum CIna adalah majoriti.
Isu kaum dalam perhimpunan itu tidak harus dilayan," katanya dalam satu ceramah ringkas kepada kira-kira 100 orang.
6.30am Simpang Jalan TAR-Jalan Tun Perak. Para peserta perhimpunan mula bangun dari tidur dan mengemaskan tempat tidur mereka.


6am: Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mat Sabu mengimamkan Solat Subuh berhampiran Dataran Merdeka. Bilangan makmun telah meningkat berbanding semasa beliau mengimamkan solat Isyak pada malam tadi.


Komen Datuk Seri Shahidan Kassim berkaitan kehadiran Tun Mahathir di perhimpunan Bersih 4, Tun Mahathir Bukan Hendak Jatuhkan Kerajaan Tetapi Jatuhkan Datuk Seri Najib

"Wahai TM sayang,bahawa kasih sayang pada Tun tidak berubah walau ribuan nista dilemparkan.Saya tahu Tun bukan hendak jatuhkan Kerajaan tetapi Tun hendak jatuhkan DSNR.Cuma saya terkilan keranaTun hadir perjumpaan dap yg anti Negara Islam.Namun kasihku pada Tun tidak akan berubah..i love u Tun."

"Permintaan saya sebagai pejuang kecil ini ialah,Tolong Jangan Hadir Lagi..Please Tun."

"Kawan2 tolong jangan maki Tun Dr Mahathir...Kita terlampau kerdil untuk berbuat demikian..Maki puak2 natang bersih tu."

"Fahaman Sunnah Perlis.BOLIH KRITIK PEMIMPIN TETAPI HARAM JATUHKAN DENGAN KEKERASAN." -
YB Ds Shahidan Kassim


‪#‎BERSIH4‬ 2am: Ribuan peserta yang cergas bertenaga kini hampir kesemuanya rebah.
Ada yang melelapkan mata di atas hamparan dan ada juga yang hanya berbaring di atas aspal, dengan berbantalkan lengan, sementara menunggu pagi.
Deru angin mendinginkan lagi malam yang kian larut.
Lim Kit Siang pula menginap di salah sebuah khemah yang didirikan Mohamad Sabu, berhampiran sekatan polis dekat Dataran Merdeka.
Hampir sebahagian peserta Himpunan Bersih 4.0 mengambil keputusan untuk terus berada di sekitar kawasan Dataran Merdeka selepas selesai perhimpunan hari pertama.

Sebaik himpunan berakhir pada jam 12 tengah malam tadi, peserta himpunan mula mencari lokasi melelapkan mata serta alas kotak sebagai 'tilam' untuk beradu sementara menanti esok.

Walaupun beralaskan lantai, rumput dan jalan tar serta berbumbungkan langit, mereka tidak kisah demi sokongan kepada Bersih 4.0.

Ada juga yang tidur hanya berbantalkan lengan dialas kertas surat khabar.
Ada juga yang hanya mahu berehat dan mungkin tidak tidur sementara menunggu keesokkannya.

Ada juga yang mahu merasai pengalaman baru apabila berpeluang tidur di tengah-tengah pusat bandar.



Seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Darrel berkata, beliau bersama rakannya tidak kisah tidur di sini walaupun dalam keadaan kurang selesa.

"Ini kali kedua saya menyertai himpunan Bersih. Kali pertama Bersih 2.0. Keputusan bermalam di sini adalah untuk merasai sendiri pengalaman tidur di sini.

"Apa yang penting, saya sudah menyediakan makanan untuk sarapan," katanya.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com