innity

pages

Wednesday, September 30, 2015

[AMARAN OLEH DUTA CHINA] Hishamuddin Perlu Semak Semula Kenyataannya kata Tidak Berbaur Hasutan - Presiden ISMA


BANGI, Rabu – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mendesak Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya menyemak semula kenyataannya yang menyifatkan kenyataan Duta China ke Malaysia sebagai tidak menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara.


Beliau berkata, apa yang dikatakan menteri pertahanan tersebut adalah kurang tepat kerana kenyataan Dr Huang Huikang jelas berbaur ancaman.


“Kenyataan Hishammuddin kurang tepat. Ini kerana kenyataan Huang jelas berbaur ancaman,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.


Sebelum ini, Duta Besar China, Dr Huang Huikang memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak mengganggu peniaga Cina di Petaling Street dan kepentingan mereka di negara ini.


The Star sebelum ini melaporkan Huang juga memberi amaran kepada sesiapa yang menggunakan kekerasan untuk mengganggu keamanan awam di negara ini, yang merujuk kepada keamanan peniaga Cina di Jalan Petaling.


Ketika melakukan lawatan kepada peniaga-peniaga berbangsa Cina di Jalan Petaling pada 26 September lalu, Huang juga dipetik berkata kerajaan China menentang keganasan, ekstremisme dan apa-apa bentuk diskriminasi kaum.


Semalam, Hishammuddin berkata kenyataan Dr Huang adalah tidak menjejaskan keamanan negara.


“Saya percaya ianya tidak terlalu serius dan sekaligus menjejaskan hubungan pertahanan di antara dua negara ini,” kata Hishammuddin.


Mengulas lanjut, Ustaz Abdullah Zaik berkata beliau bersetuju dengan pandangan bekas menteri pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bahawa Huang adalah seorang diplomat kelas pertama.


“Saya bersetuju dengan Tan Sri Abdul Kadir bahawa Huang merupakan diplomat kelas pertama kerana ucapannya menterjemah pandangan strategik jangka jauh negara China.


“Justeru, kenyataan Huang tidak boleh dipandang ringan,” katanya. -Ismaweb

Malaysiakini: TENGAH MALAM INI, Harga petrol RON95, RON97 dan diesel naik 10 sen

Laporan Malaysiakini:

Harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 10 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini.

Menurut sumber-sumber, harga baru RON95 ialah RM2.05 seliter manakala RON97 naik kepada RM2.45 seliter.

Harga RON95 dan RON75 sekarang ialah masing RM1.95 seliter dan RM 2.35 seliter

Harga diesel pula naik dari RM1.80 kepada RM1.90 seliter, lapor Oriental Daily.

[BILA KAFIR BERKUASA - HARAMKAN SIKIT-SIKIT] Larangan guna pembesar suara di masjid kecuali Azan akan diwarta di Pulau Pinang

Gambar Hiasan

GEORGE TOWN, Rabu — Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang akan diwartakan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.

Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan beberapa isu penting antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau.

Sejumlah 10 aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) berkaitan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau dari Januari 2012 hingga Mei 2015 melibatkan pembesar suara di luar bagi bacaan dalam solat, zikir selepas solat, ceramah atau kuliah, rakaman Al-Quran atau zikir sebelum azan.

Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan surat keputusan minit mesyuarat itu dan berkata ia tidak menjejaskan kesucian dan syiar Islam malah selaras dengan nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah.

Beliau berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara berdasarkan beberapa pertimbangan terutama untuk memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu serta masyarakat.

“Suka juga dinyatakan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang membuat keputusan ini setelah berbincang panjang lebar dan mempertimbangkan isu ini dari pelbagai sudut.

“Isu itu dibawa ke mesyuarat berkenaan setelah Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerima beberapa aduan daripada masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan bunyi bising pembesar suara yang dipasang dengan volume yang sangat kuat,” katanya.

Wan Salim berkata proses pewartaan larangan itu akan mengambil masa antara dua hingga tiga bulan iaitu ia akan dibawa kepada Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri dan mesyuarat exco kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum dimohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata JHEAIPP akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid seluruh negeri ini mengenai perkara itu agar mereka dapat menjelaskan kepada masyarakat Islam di qaryah masing-masing.

“Semoga dengan cara sedemikian isu itu tidak disalah faham oleh orang ramai dan tidak menimbukan kekecohan yang berpanjangan,” katanya. -Bernama

[PROVOKASI DAP] "Negara Cina tidak akan duduk diam kalau 'Rakyat Malaysia berbangsa Cina' DISERANG"


Inilah cara Ronnie Liu DAP memutarbelitkan kata-kata Duta Cina. Admin FOBN difahamkan oleh sahabat cina yang menonton klip penuh temubual dengan Duta Cina, kenyataan beliau membawa maksud bahawa kalau warga China (Chinese Nationals) dialami kesusahan atau diserang, Kerajaan Cina akan hulurkan bantuan terhadap Warga Negara mereka tersebut.

YB Ronnie Liu pula memutarbelitkan kata-kata Duta Cina dengan mengatakan Negara Cina tidak akan duduk diam kalau "Rakyat Malaysia berbangsa cina" diserang.

Pemutarbelitan Ini berunsur provokasi dan hasutan. Mohon Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) menyiasat kalau didapati melanggar undang2 Mohon didakwa.


-Friends of BN - Barisan Nasional

NILAI RINGGIT MENJUNAM: Apakah Malaysia MASIH ADA Menteri Kewangan?

Tukaran nilai Ringgit pada 29 September 2015:

USD1: RM4.459
SG1: RM3.121

Ringgit terus jatuh dan kini mendekati paras yang amat memeranjatkan pelajar-pelajar di luar negara serta golongan peniaga iaitu RM4.5 kepada USD1 - ramai tertanya-tanya apakah Malaysia mempunyai Menteri Kewangan?
Ketika peniaga Tukaran Mungkir Kredit (CDS) meletakkan negara di ‘status rendah’ – tiada kedengaran komentar membalas daripada Menteri Kewangan.

Ketika Ringgit mencecah RM4.45 semalam, Menteri Kewangan dan kementerian tidak memberikan sebarang reaksi.
Hanya kedengaran suara solo Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang mencadangkan agar negara mengukuhkan kedudukan domestik bagi menghadapi cabaran kemelut nilai ringgit dan harga komoditi hari ini.

Namun, PAS bimbang. PAS bimbang sudah tidak wujud kerjasama antara Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara ekoran siasatan Bank Negara terhadap 1MDB dan juga kenyataan Zeti pada 21 September yang berbunyi: “Kita tidak perlu lagi apa-apa skandal. Kita tidak perlu ketidakstabilan politik. Apabila mereka menyelesaikan semua isu berkaitan dengan 1MDB, maka kita akan dapat melihat pemulihan kepada nilai Ringgit.”

Rakyat mempunyai keyakinan terhadap Gabernor Bank Negara. Namun, beliau hanya boleh berfungsi sepenuhnya sekiranya beliau mendapat kerjasama penuh seorang Menteri Kewangan yang dapat fokus kepada tugasnya tanpa risau apa-apa skandal yang akan timbul kerana cuba menutup masalah di 1MDB.

PAS terus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatan Menteri Kewangan. PM patut tumpu sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah 1MDB. Tempoh 6 bulan yang diberi PM pada ahli-ahli Umno pada 14 Jun 2015, kini hanya tinggal 3 bulan sahaja.

Anggaplah ini pengorbanan untuk meringankan aniaya kepada seluruh warga Malaysia.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
30 September 2015

'Saifuddin tidak lakukan sebarang kesalahan' -Pengerusi Lembaga Displin UMNO


KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin UMNO menolak dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Datuk Saifuddin Abdullah melakukan kesalahan serius apabila muncul di majlis pelancaran gabungan baharu parti pembangkang, Pakatan Harapan, minggu lalu.

Walaupun sebelum ini Tengku Adnan berpendapat tindakan Saifuddin mencemarkan imej parti, Pengerusi Lembaga Disiplin Parti, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berpandangan Saifuddin tidak melakukan sebarang kesalahan dengan menghadiri program itu, sambil menambah, malah ia mungkin boleh memberi manfaat kepada UMNO.

"Kalau setakat nak hadir dalam acara pembangkang saya rasa tidak ada masalah. Biasalah itu. Tapi kalau dia hadir, kemudian aktif kutuk UMNO, itu lain cerita.

"Kalau hanya hadir, tidak ada apalah. Kita pun nak dengar juga apa fakta, peranan dan hujah pembangkang di sana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu akan dipecat daripada UMNO kerana mengambil bahagian dalam perbincangan meja bulat dengan PKR, DAP, Parti Amanah Negara dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain, Selasa lalu.

Saifuddin ketika itu berkata beliau mengambil bahagian dalam rundingan itu atas kapasitinya sebagai pengerusi Akademi Belia.

Kehadirannya itu mendorong Tengku Adnan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Saifuddin pada 22 September, menuntut beliau menjelaskan tindakannya dalam tempoh 14 hari.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga sebelum ini berkata Saifuddin berkemungkinan telah melanggar Perlembagaan UMNO kerana menghadiri acara tersebut.

Beliau turut melihat wujud kewajaran kepada kepimpinan parti untuk mengarahkan Saifuddin mengemukakan surat tunjuk sebab atas kehadiran beliau pada Persidangan Meja Bulat Parti Pembangkang.

Pada Isnin, Saifuddin memberitahu pemberita, beliau masih belum menerima surat tunjuk sebab yang dikatakan itu daripada UMNO.

[TAHNIAH KERANA BERANI] Cawangan Umno 'BERANI' anjur program bersama Dr M


Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka menjadi cawangan pertama yang menganjurkan program bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan tentang isu-isu semasa.

Cawangan di bawah Umno bahagian Pandan itu juga merupakan cawangan pertama yang memberi ruang kepada bekas perdana menteri itu untuk menjelaskan tentang kritikannya terhadap Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Ketua cawangan itu, Syed Saifuddin Syed Harman berkata, keputusan untuk mengadakan program itu dibuat bersama ahli jawatankuasanya berikutan iklim politik semasa yang dilihat semakin membimbangkan.

Ekoran itu, beliau selaku ketua cawangan mengambil inisatif untuk mengadakan program dan menjemput Dr Mahathir untuk bercakap mengenai masalah politik negara dan juga Umno.

"Tiada lagi cawangan ketika dalam keadaan krisis masalah politik, kepimpinan dan sebagainya yang betul-betul berani ke depan. Saya ambil inisiatif ini dengan menjadi cawangan pertama untuk adakan program seperti ini dan beri peluang kepada tokoh negarawan seperti Tun (Mahathir) untuk beri penjelasan kepada rakyat. Beliau adalah ikon kepada Umno.

"Suka atau tidak, populariti Tun masih lagi hebat di kalangan anak muda dan pemimpin akar umbi," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka akan menganjurkan program minum petang bersama Dr Mahathir dengan tema 'Kembalikan maruah perjuangan bangsa' bertempat di hotel De Palma Ampang Sabtu ini.

Program minum petang itu terbuka kepada orang ramai dan pembelian tiket boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Harga tiket bagi pembelian secara individu berharga RM80 manakala berkumpulan - satu meja untuk 10 orang berharga RM800.

Menurut Syed Saifuddin, pembelian tiket minum petang bersama Dr Mahathir itu laris dan sehingga semalam hanya tinggal kira-kira lebih 100 tiket sahaja lagi

"Program ini akan bermula jam 3 petang. Kapasiti dewan boleh muat sehingga 600 orang. Sekarang dah lebih 400 orang beli tiket, cuma tinggal seratus lebih tiket sahaja. Kalau ada yang mahu, kena cepat. Kalau dah maksimum, kita tak terima dah.

"Kita juga akan memberi hadiah istimewa kepada hadirin yang bertuah apabila mereka akan menerima sebuah buku yang ditandatangani oleh Tun dan bergambar dengan Tun," katanya sambil menambah, penyanyi Radhi OAG akan turut membuat persembahan dengan menyanyikan sebuah lagu yang dicipta khas untuk negarawan itu.

Selain itu, ketika ditanya tentang penerimaan Umno bahagian Pandan berhubung program tersebut, Syed Saifuddin, 57, berkata beliau tidak merasakan bahawa majlis minum petang anjuran cawangannya itu melanggar mana-mana peraturan parti.

Malah, menurutnya, ketua Umno bahagian Pandan Datuk Mohd Haniff Koslan juga mengetahui tentang program anjuran cawangannya itu dan tidak membantah.

"Apa jua aktiviti di peringkat cawangan tak jadi masalah asalkan ia tidak bertentangan dengan peraturan, perlembagaan parti. Kalau anjurkan program bersama Tun yang merupakan mantan perdana menteri, mantan presiden Umno dan masih lagi dalam Umno, saya rasa tidak ada permasalahan daripada peraturan dan perlembagaan parti.

"Asalkan ia tidak melanggar batas-batas yang boleh jejaskan parti," kata Syed Saifuddin yang telah menjadi ketua cawangan sejak 1990.

Ditanya lagi sama ada beliau bimbang sekiranya menerima sebarang surat tunjuk sebab dari parti, ahli Umno sejak 1988 itu berkata, apa yang dilakukannya tidak melanggar perlembagaan parti dan bukan bertujuan untuk menjatuhkan Umno.

"Saya tak ada sebab (nak takut). Adakah saya lakukan kesalahan terhadap Umno atau masalah disiplin? Saya tak langgar peraturan, tak langgar perlembagaan. Saya bukan jemput pembangkang.

"Ini adalah anjuran Umno, dalam program ini kita nyanyikan lagu Umno, war-warkan kebesaran Umno. Apa yang kita nak bincangkan ialah tentang kemungkinan ada kepincangan dalam kepimpinan Umno yang kita perlu betulkan," katanya lagi.

Sehubungan itu, bekas ketua penerangan Umno bahagian Pandan itu berkata, matlamat program itu bertujuan untuk Dr Mahathir memberi penjelasan kepada akar umbi parti memandangkan sebelum ini pelbagai penerangan telah diberi oleh kepimpinan parti itu.

Katanya, dengan adanya program seperti itu, ia dapat memberi peluang kepada ahli untuk membuat penilaian terhadap masalah yang melanda kepimpinan Umno pada masa ini.

"Banyak program yang beri penjelasan dan penerangan datang dari pihak kerajaan dan NGO. Jadi kita ambil kesempatan ini untuk jemput Tun Mahathir. Tun adalah seorang yang amat sayangkan Umno.

"Kita dah dengar penjelasan daripada perdana menteri, dah dengar daripada menteri kabinet dan Umno di peringkat atasan. Jadi kita bagi ahli kita yang tinggal di Ampang dan Pandan untuk hadir bertemu beliau dan dengar penjelasan dan berdialog dengan beliau.

"Bukan dengan apa yang dia cakap itu kita seratus peratus terima, tetapi kita buat penilaian dengan apa dia cakap dan dengan apa kepimpinan Umno cakap. Sebagai rakyat dan ahli kita buat penilaian dan dapatkan jawapan yang efektif dan berkesan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno," katanya.

Syed Saifuddin turut menjelaskan penganjuran program itu juga bukan bertujuan untuk memburukkan atau mewujudkan konspirasi menukar kerajaan. Sebaliknya ia dibuat kerana beliau sayangkan parti dan mahu BN terus menerajui negara.

Beliau juga berpendapat bahawa pelbagai masalah yang ada di dalam parti juga perlu diselesaikan segera oleh kepimpinan di peringkat tertinggi.

"Kalau kepimpinan negara ada masalah, cari solusi masalah itu dan Tun sebagai mantan perdana menteri banyak idea dan pengalaman.

"Kita tak ada matlamat buruk daripada cawangan untuk memburukkan lagi kerajaan. Itu bukan matlamat kita dan kita bukan nak menghentam Umno atau nak tukar kerajaan atau ada konspirasi nak tukar kerajaan. Tidak.

"Kami sayangkan kerajaan dan BN. Kita mahu berjuang untuk BN supaya kekal sehingga pilihan raya akan datang dan seterusnya. Kita mahu BN kekal. Masalah yang ada kini ialah masalah kepimpinan negara. Itu kita kena perbetulkan. Kita perlu perbetulkan demi masa depan Umno itu sendiri," katanya lagi. -MK

Isu Murtad: Rahim Thamby Chik Mohon Maaf Kepada Istana Selangor


PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Selangor (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik memohon maaf kepada Istana Selangor berhubung status yang mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menganut agama Kristian (Katolik) dimuat naik menerusi laman Twitter dan Facebook miliknya. 

Malah, beliau turut mengakui berita tersebut diambil daripada sebuah laman web tidak berasas. 

"Merujuk kepada status saya di Twitter dan Facebook mengenai dakwaan Raja Muda Selangor memeluk agama Katolik, saya mengakui ia dari sebuah laman web tidak berasas. 

"Saya memohon maaf di atas ketidakselesaan Raja Muda Selangor dan Istana Selangor disebabkan status tersebut," katanya menerusi laman Facebooknya, Rahim TambyChik. 

Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan Istana Selangor dan disifatkan sebagai tidak berasas, tidak benar dan berunsur fitnah. 

Malah, pihak Istana turut membuat dua laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam berhubung berita palsu tersebut. 

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan setiausaha sulit putera Sultan Selangor, Hanafisah Jais pada pukul 4 petang Isnin. 

 Menurut dua laporan berkenaan, kedua-dua pengadu berkata, mereka menjumpai status yang dikeluarkan oleh seorang pengguna menggunakan nama samaran "Rahim Tambychik", semasa menggunakan laman sosial itu Istana Mestika di Seksyen 7, Shah Alam pada kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lalu. -mstar


Tuesday, September 29, 2015

[TRAGEDI REMPUHAN DI MINA] Timbalan Menteri: Dakwaan Arab Saudi PANCUNG 28 Petugas Haji adalah FITNAH dan PALSU


Berikut adalah kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, 
Dato' Dr. Asyraf Wajdi:
 
"Ini satu contoh fitnah di media sosial kononnya Kerajaan Arab Saudi menghukum pancung 28 petugas Haji rentetan kejadian Rempuhan Di Mina.

Walhal siasatan masih lagi berjalan untuk memastikan punca tragedi berlaku. 

Berhati2lah dengan fitnah media sosial yang hakikatnya hanya menyebabkan kita bukan sahaja menanggung dosa fitnah kerana menyebarkannya tetapi menyebabkan kita menanggung saham maksiat atau dosa jariah iaitu dosa yang kekal hidup dan berterusan walaupun jasad kita sudah mati selagi manusia berkongsi fitnah tersebut"

Sumber: DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

[ISU DAKWAAN RAJA MUDA MURTAD] Dua Laporan Polis Dibuat Berhubung Dakwaan Raja Muda Selangor Murtad




KLANG: Sebanyak dua laporan polis dibuat di balai polis Seksyen 6 di Shah Alam berhubung berita palsu yang mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah murtad dan memeluk agama katolik.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan setiausaha sulit putera Sultan Selangor, Hanafisah Jais pada pukul 4 petang Isnin.

Menurut dua laporan berkenaan, kedua-dua pengadu berkata, mereka menjumpai status yang dikeluarkan oleh seorang pengguna menggunakan nama samaran "Rahim Tambychik", semasa menggunakan laman sosial itu Istana Mestika di Seksyen 7, Shah Alam pada kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lalu.

Menurut status itu: "Berita pertukaran agama oleh Putera Sultan Selangor, Tengku Amer Shah, ke Katholokisme amat menyedihkan umat Islam di seluruh negara dan dunia. Kesedihan ini ditambah dengan dua tragedi timpa umat Islam di Mekah dan Arafah. Moga hasrat Sultan Selangor bertemu Pope Vatican City akan berhasil."

Mereka berkata, status berkenaan "sama sekali tidak berasas, tidak benar dan fitnah."

"Oleh itu, polis akan mengambil tindakan terhadap pengguna Facebook yang menggunakan nama "Rahim Tambychik" bagi mengelakkan sebarang tanggapan negatif terhadap Raja Muda Selangor dan juga keluarga diraja Selangor.

"Dipercayai tindakan ini akan menghentikan segala bentuk salah guna atau tuduhan liar yang dilemparkan kepada Raja Muda Selangor, dan juga Sultan Selangor," kata mereka.

Siasatan polis menunjukkan bahawa dakwaan itu berdasarkan sebuah artikel lama yang palsu diterbitkan secara dalam talian sebelum ini.

Ia kemudiannya diikuti amaran Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 25 Julai lalu kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin itu.

Difahamkan, halaman Facebook di atas nama "Rahim Tambychik" tidak lagi boleh dicari dan polis percaya ia telah dipadamkan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan yang tidak wajar terhadap kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

- mstar

[TAWARAN KHIDMAT DR. GIGI DITOLAK] Khir Toyo ke penjara, 12 bulan


Putrajaya: Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas kesalahan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan tanah dan unit banglo lapan tahun lalu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan Mohamad Khir, 50.

Mahkamah juga dalam keputusannya mengarahkan Mohamad Khir dilucutkan hak terhadap hartanah yang dimilikinya dan akan diserahkan kepada kerajaan tertakluk kepada caj bank.

Dalam keputusannya, Hakim Zulkefli berkata, hukuman berbentuk khidmat masyarakat tidak bersesuaian untuk kesalahan jenayah rasuah.

Menurutnya, hukuman penjara adalah paling sesuai kerana khidmat masyarakat hanya sesuai untuk pesalah muda dan kesalahan ringan.

Mohamad Khir kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan dan kelihatan bersalaman dengan pengikutnya sebelum beredar untuk di bawa ke lokap.

Sebelum ini, Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo sedia menawarkan khidmat komuniti dalam bentuk menyediakan rawatan pergigian percuma kepada orang miskin selama dua tahun.

Rawatan itu diberikan selama tiga hari seminggu.

Tawaran itu dibuat oleh Mohamad Khir untuk menggantikan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mohamad Khir dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 50, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

[REEZAL BERI "PUKULAN' KEDUA UNTUK NAZRI] MEREMEHKAN Keputusan WISMA PUTRA adalah tindakan 'lemah', 'cetek', 'cuai'


Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini membidas pihak yang menuduh beliau melanggar protokol berhubung tindakan memanggil Duta China ke Malaysia ke Wisma Putra.
"Memanggil Duta Besar China untuk memberi penjelasan kepada Wisma Putra adalah amalan biasa.
"Yang luar biasa dan dianggap tidak ‘berprotokol’ adalah apabila anggota pentadbiran kerajaan sendiri yang 'melompat' dan mula membuat tuduhan longgar terhadap tindakan yang diambil oleh Wisma Putra.
"Tindakan meremehkan keputusan kolektif yang dibuat di Wisma Putra adalah satu tindakan yang lemah, cetek dan cuai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Walaupun beliau tidak menyebut nama, kenyataan beliau itu secara jelas merujuk kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam yang berkata Reezal telah melanggar protokol ketika memanggil Dr Huang Huikang. -MK

[TERLAJAK KATA "PENAMPAR SULUNG" YANG TERIMA] Nazri AKUI KESILAPAN beliau berurusan hal diplomatik


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui beliau membuat kesilapan sewaktu berurusan hal diplomatik di mana Duta China Huang Huikang dipanggil berhubung kenyataan yang dibuatnya di Jalan Petaling pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, Nazri yang juga MP Padang Rengas menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk campur tangan dalam hal ehwal Kementerian Luar Negeri.
"Tidak ada niat untuk campur tangan," katanya dalam satu kiriman SMS sebagai maklum balas kepada pertanyaan Malaysiakini.
Menteri Umno itu berkata demikian ketika diminta mengulas rakan sejawatnya Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang meluahkan rasa kecewa bahawa beberapa menteri telah mencampuri perkara tersebut tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.
Huang telah dipanggil untuk bertemu dengan  Pemangku Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin semalam.
Bagaimanapun terdapat banyak kekeliruan mengenai mesyuarat itu, kerana ia pada mulanya dilaporkan bahawa ia telah dibatalkan.
Nazri berkata pertemuan itu dibatalkan kerana timbalan menteri luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merica melanggar protokol dengan memanggil Huang.
Nazri berkata hanya pemangku menteri luar yang boleh berbuat demikian sewaktu ketiadaan menteri luar.
Bagaimanapun Reezal menafikan dakwaan tersebit dan menyatakan tindakan memanggil Huang direstui Anifah. -MK

[BUKTI TIADA KERUSI KOSONG] Najib Berucap di Sidang Kemuncak Para Pemimpin Mengenai Pemelirahaan Keamanan


Facebook Najib Razak sebentar tadi memuat naik gambar Perdana Menteri semasa berucap di Sidang Kemuncak Para Pemimpin Mengenai Pemeliharaan Keamanan di ibu pejabat PBB. Sesi tersebut dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Kelihatan tiada kerusi yang kosong seperti dakwaan di media sosial sebelum ini.

Gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap dalam dewan kosong, pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menjadi viral sebelum ini akhirnya disahkan palsu.

Seorang wartawan TV Al-Hijrah, Finaz Yunus yang kini berada di New York, bagi membuat liputan Perhimpunan Agung PBB berkata “Datuk Seri Najib Razak hanya dijadualkan berucap pada perhimpunan PBB esok.”
“Jadi, gambar yang didakwa menunjukkan keadaan sedemikian adalah palsu.
Pagi ini Najib memuat naik gambar semasa beliau berucap dan membuktikan kepada semua bahawa tiada kerusi kosong.
"Saya menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak para Pemimpin mengenai Pemeliharaan Keamanan tadi."

"Malaysia menyokong penuh cadangan memperkukuh operasi Pemeliharaan Keamanan United Nations dan kami sedia menghantar tentera pengaman." kata Najib.


Sumber: Najib Razak

["PENAMPAR SULUNG" BUAT NAZRI AZIZ] ANIFAH AMAN: Menteri lain jangan campur tangan hal Wisma Putra


PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyuarakan kekecewaannya susulan tindakan beberapa menteri kabinet yang mengambil tindakan tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.

Tanpa menamakan menteri terbabit, Anifah bagaimanapun merujuk kekecewaannya terhadap isu yang melibatkan arahan memanggil Duta Besar China Huang Huikang ke Wisma Putra.

"Saya berasa amat dukacita kerana beberapa menteri kabinet mengambil beberapa tindakan dan membuat kenyataan akhbar tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu."

Jelasnya, beliau tidak pernah membatalkan arahan untuk memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan beliau.

Bagaimanapun, tegasnya campur tangan menteri terbabit dalam hal ehwal Wisma Putra memberikan persepsi negatif.

Beliau juga yakin perkara itu dapat diselesaikan dengan baik oleh Wisma Putra tanpa campur tangan menteri-menteri lain.

Tindakan untuk memanggil Huang juga adalah amalan biasa kata Anifah.

"Ia bertujuan untuk meminta penjelasan daripada beliau tentang kenyataan yang dibuatnya semasa beliau melawat Jalan Petaling tempoh hari." katanya

"Wisma Putra cuma ingin meminta beliau untuk mengesahkan sama ada kenyataan beliau telah disalah tafsir atau sebaliknya." jelasnya lagi.

Anifah juga menyatakan amalan untuk memanggil wakil negara asing adalah amalan biasa dan selaras dengan Artikel 41, Konvensyen Vienna mengenai Perhubungan Diplomatik 1961.




Pemangku Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin sebelum ini dilaporkan membatalkan arahan memanggil Huang ke Wisma Putra pada hari sama pertemuan itu sepatutnya berlangsung pada Isnin.

Huang dipanggil ke Wisma Putra bagi menjelaskan mengenai lawatannya ke Jalan Petaling serta kenyataannya baru-baru ini yang dianggap mencampuri hal ehwal dalaman negara.
Bagaimanapun, Huang mempertahankan lawatannya bersifat muhibah.

Arahan untuk memanggil Huang ke Wisma Putra dikeluarkan Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Naina Merican.

Anifah dan Reezal kini berada di luar negara.


[MACAM BAS FRU?] JDT Akan Guna Bas di Reka Khas untuk ke tempat lawan BERISIKO TINGGI


Facebook JOHOR Southern Tiger telah memuat naik kenyataan mengenai penggunaan bas baru yang direka khas untuk pengangkutan ke tempat lawan yang berisiko tinggi.

Kenyataan tersebut adalah seperti berikut:

BAS JDT EDISI KHAS

Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan menggunakan sebuah lagi bas yang direka khas untuk digunakan oleh para pemain dan pegawai sebagai pengangkutan mereka untuk perlawanan di tempat lawan yang dianggap berisiko. 

Bas terbaru tersebut bagaimanapun akan hanya digunakan di lokasi-lokasi yang berisiko tinggi dan ianya dicipta untuk tempat yang mempunyai penyokong yang tidak bertamadun. 

Luaskan Kuasamu Johor.

-------------

SPECIAL EDITION JDT BUS

Johor Football Association will be utilizing a bus which will be designed specially for the use of players and officials as their official bus for fixtures held at places deemed high risk. 

This new bus will only be used in high risk locations and is built specifically for places with uncivilized supporters.




[ISU DUTA CHINA CAMPUR TANGAN] KJ : 'Jangan HILANG MARUAH kerana jaga hati negara besar'


PUTRAJAYA: Maruah Negara tidak boleh hilang dengan mudah semata-mata kerana menjaga kepentingan dengan China atau negara besar yang lain.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, isyarat itu harus dihantar ke semua negara untuk membuktikan keutuhan kerajaan sendiri.

"Kita kena hantar isyarat ke negara lain, apa sahaja yang berlaku di Malaysia ini adalah urusan kita, jangan sampai hendak menjaga hati negara besar, kita hilang maruah dan menyalahi norma diplomasi," katanya semasa sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Asia Pasifik Untuk Orang Pekak (APDG 2015) di sini hari ini.

Sukan itu diadakan empat tahun sekali dan kali terakhir dianjurkan di Seoul, Korea pada 2013.

Kejohanan tahun ini akan berlangsung di bandaraya Taoyuan, Taiwan dari 3 sehingga 11 Oktober.

Seramai 60 atlet dan pegawai akan ke Taoyuan selain menurunkan pemain untuk acara badminton, olahraga, bowling dan bola sepak.

Dalam pada itu kata Khairy, apa yang dilakukan Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang merupakan kesalahan besar.

Pada Ahad, Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, Huikang tidak harus mencampuri hal ehwal negara apabila membuat kenyataan selepas membuat lawatan ke Jalan Petaling baru-baru ini.

Tegas Dr Rais, kenyataan Huikang juga seolah-olah mengganggu urusan kerajaan Malaysia sekali gus di luar konteks Kedutaan China sendiri.

Huikang sebelum ini dilaporkan berkata negara China mengecam golongan yang menggunakan keganasan dalam usaha mengganggu ketenteraman awam selain mengakui kerajaan China cintakan keamanan sesama kaum dalam hubungan antarabangsa dan tidak akan masuk campur dalam mana-mana isu domestik negara-negara lain.

Monday, September 28, 2015

Misteri kapal selam timbul di Pulau Pinang terjawab


KUALA LUMPUR: Penumpang feri Pulau Pinang hari ini dikejutkan dengan kemunculan sebuah kapal selam tentera Australia di perairan negeri itu, pagi tadi.

Kemunculan kapal selam HMAS Sheean itu menarik perhatian orang ramai dan banyak foto kapal itu tersebar di media sosial.

Kapal selam berkuasa diesel-elektrik itu muncul pada 11 pagi dan difahamkan akan berlabuh di Pulau Pinang sehingga 2 Oktober ini.

Wakil tentera laut (RNO) Pulau Pinang dipetik berkata, HMAS Sheean akan berada di Pulau Pinang bermula hari ini sehingga 2 Oktober ini dan dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada RNO Pulau Pinang hari ini.

Selepas Pulau Pinang, HMAS Sheean akan meneruskan pelayaran ke Kota Kinabalu, Sabah serta akan menjalani latihan dengan KD TAR pada 12 dan 13 Oktober ini.

Difahamkan, selepas selesai latihan kapal selam berkenaan akan berlayar pulang ke pengkalan laut mereka di barat Australia. -Astro Awani





[SURAT TUNJUK SEBAB DARI UMNO] Datuk Saifuddin kata BELUM TERIMA


Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah masih belum menerima surat tunjuk sebab dari Umno ekoran menghadiri perbincangan meja bulat pembentukan pakatan baru pembangkang minggu lalu.
Beliau yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau masih belum menerima surat itu walaupun Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilapor berkata surat itu telah dihantar.
"Baru lepas Hari Raya Haji dan pejabat GMM itu juga ditutup pada hari Jumaat. Tetapi setakat ini, saya tidak menerimanya.
"Mungkin surat itu masih dalam perjalanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum mengenai pembangunan semula bandar di Kuala Lumpur di Hotel Park Royal pagi ini.
Saifuddin, yang kini merupakan CEO Pergerakan Moderat Global (GMM) berkata beliau hanya akan membuat keputusan seterusnya apabila menerima surat itu.
Sebelum ini Tengku Adnan dilapor berkata Saifuddin telah mencemarkan imej parti kerana menghadiri persidangan tersebut.
Saifuddin juga boleh diheret ke Lembaga Disiplin Umno jika beliau enggan menjawab notis biarpun diberi tempoh selama 14 hari.
Saifuddin yang juga bekas MP Temerloh berkata kehadirannya ke program pelancaran Pakatan Harapan atas kapasiti sebagai pengerusi Akademi Belia.
Tengku Adnan bagaimanapun tidak menyatakan sama ada tindakan Saifuddin itu melanggar disiplin parti walaupun hadir bukan atas kapasiti sebagai seorang ahli Umno.
Tiga parti pembangkang - PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) secara rasmi membentuk Pakatan Harapan sebagai wadah baru selepas Pakatan Rakyat berkubur.

[ISU RUMAH PELACURAN SAIFUL NANG][ULASAN WARGA PRIHATIN] Catatan Jumrah Seorang FIRAUN


TEGURAN CATATAN SISI GELAP HARAMAIN OLEH SAIFUL NANG

Ramai yang tertanya-tanya mengapa Warga Prihatin senyap sahaja tidak mengulas kontroversi isu yang terbit hasil tulisan SN ini. Sebahagian malah menganggap Warga Prihatin bersifat double standard.

Sebenarnya artikel ringkas itu dikeluarkan ketika kami sedang sibuk menguruskan Sekolah Alam AidilAdha anak-anak kami di Melaka. Anda sendiri lihat beberapa hari kami tidak sempat update status.

Sebaik sahaja mendapat tahu tentangnya, kami yang turut membaca juga 'sentap'. Sebelum isu ini menjadi hangat menyala lagi kami telah nasihatkan SN untuk segera buangkan posting itu. Malangnya ramai yang sudah print screen dan menyebarkannya.

NASIHAT UMUM

Kami nasihatkan SN bahawa tidak semua yang kita tahu boleh kita tulis dan dedahkannya secara terbuka. Ini bukan cerita betul atau salah tentang fakta yang kita tahu, tetapi lebih menyentuh tentang sensitiviti masyarakat dan pihak berkuasa yang terlibat.

Kami nasihatkan SN bahawa pendekatan beliau tidak bertepatan dengan sunnah Nabi SAW yang juga memerhati situasi yang sama. Baginda pernah cuba untuk mendedahkan segala sisi buruk itu secara umum namun ia tidak dapat diterima manusia.

Penguasa Mekah ketika itu adalah bapa-bapa saudara baginda sendiri. Baginda SAW sendiri pernah diberi kepercayaan memegang kunci Kaabah, namun baginda memutuskan untuk tidak meneruskan usaha memperbetulkan kepincangan itu secara terbuka apabila tidak nampak tanda penerimaannya.

Begitu juga dengan situasi kita sekarang. Dengan situasi akhir zaman yang begitu jelas tanda-tandanya, tidak mustahil semua perkara itu telah berlaku.

Apa yang diutarakan oleh SN itu pun bukanlah perkara baru. Ramai ustaz-ustaz yang telah menyuarakannya secara terbuka pun. Cuma mereka ada kekebalan status tersendiri untuk tidak dihentam. Isu yang sama juga banyak dikemukakan oleh pihak-pihak lain.

Hanya beberapa hari lepas, Ustaz Ahmad Jailani turut mendedahkan perkara yang sama. Beliau mengupas tajuk "Runtuhnya Kaabah Menjelang Kiamat". Sila ke minit ke 47 untuk isu ini.


Ada banyak juga artikel yang merujuk kepada isu ini. Diberitakan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi juga sedar dan sedang berusaha untuk menghapuskannya.



Soalnya sekarang, jika Rasulullah SAW yang memegang kunci kaabah dan penguasa ketika itu adalah sanak saudara baginda sendiri pun tidak mampu membetulkannya, siapalah kita orang biasa dan tiada kuasa pula?

APA TINDAKAN RASULULLAH MENGHADAPI ISU INI?

Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah Haramain yang menjadi tempat suci yang diagung-agungkan oleh umat Islam. Oleh itu ia tidak boleh disentuh atau dinampakkan keburukannya walau dalam keadaan atau menggunakan hujjah apa sekalipun.

Allah selaku Pemilik Kaabah juga menasihatkan agar kita jangan mencaci apa sahaja yang menjadi 'sembahan' manusia biarpun atas nama Allah (dengan BASMALAH). Akibatnya nanti basmalah itu sendiri akan dicaci oleh manusia yang jahil.

**************************

QS 6. Al An'aam 108. "Dan janganlah kamu memaki/mencaci sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki/mencaci Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat ‘menganggap baik’ pekerjaan m
ereka. Kemudian kepada Tuhanlah mereka akan dirujuk, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan".

****************************

Itulah yang sedang terjadi kini. Sebahagian besar umat Islam hari ini juga kurang kefahaman dan kesedaran tentang situasi "akhir zaman" yang telah Rasulullah SAW wasiatkan. Kebanyakannya tiada rujukan yang jelas lalu menyangka apa yang telah diusahakan oleh baginda dahulu akan kekal sampai bila-bila. Anggapan itu telah membuatkan mereka lalai, lalu memberikan peluang Dajjal untuk meneruskan propaganda dan agendanya bagi menghancurkan agama kita.

Nabi sendiri yang sentiasa dibimbing wahyu pernah cuba memperbetulkan keadaan secara terbuka. Akibatnya baginda dicaci di hina, malah dibaling baru dan pasir di kepala. Bapa saudara baginda sendiri mengancam bunuh terhadap baginda.

Oleh itu, Nabi SAW mengambil keputusan untuk meninggalkan Mekah, berhijrah ke Madinah secara baik dan senyap tanpa sebarang konfrantasi. Itupun masih tidak meredakan marah bapa saudara baginda si Abu Jahal. Selepas 2 tahun berhijrah, Abu Jahal sanggup berangkat sejauh dari Mekah ke Madinah untuk menyerang baginda.

NASIHAT KHUSUS UNTUK SAIFUL NANG

Apa yang ditulis oleh SN telah menyebabkan kerjabakti RPWP turut tercalar. Perlakuan yang sama pernah berlaku sebelum ini, iaitu ketika beliau hampir menamatkan ibadah hajinya tahun 2013 dahulu.

Bagi mereka yang mengatakan kami bersikap double standard bolehlah membaca artikel pengakuan yang beliau tulis sendiri sebelum ini.


Dalam kes ini juga begitu. Alhamdulillah SN telah mematuhi nasihat kami untuk memadamkan artikel kontroversi ini dengan serta merta. Namun kami masih merasakan yang SN perlu memohon maaf kepada pembaca, khususnya dari mereka yang kurang daya faham lalu telah terguris hatinya.

Terlalu banyak maklumbalas positif kiriman pembaca di inbox SN yang beliau kemukakan kepada kami. Ramai juga dari kalangan ustaz, juga para pelajar dan orang kita yang tinggal atau lahir di Mekah. Mereka membenarkan artikel SN namun tidak berani komen terbuka melihatkan kepada ‘gaya’ orang kita bertindak balas.

Lebih menarik apabila ada follower atau haters yang sudah diblok oleh SN juga turut memberi komen positif. Ianya jauh lebih berhemah dan sarat dengan fakta sohih. Jauh sekali bezanya dengan AKHLAK BURUK para pengkomen yang menghambur kata-kata KOTOR seperti orang mabuk, namun kebanyakannya tiada fakta.

SN minta pendapat untuk paparkan semua print screen dan hujjah balas dari mereka yang menyokong beliau dalam satu album khas. Atas alasan yang sama seperti di atas, kami nyatakan tidak bersetuju dengan tindakan itu bagi meredakan keadaan. Ada tawaran wawancara TV untuk membersihkan nama beliau juga kami mita beliau abaikan dahulu buat masa ini.

Isu ini bukan sahaja melibatkan sensitiviti orang awam, malah ia melibatkan hubungan baik kerajaan kita dengan kerajaan Saudi.

Kami juga tidak mahu pencerahan balas itu akan menyebabkan pertembungan pendapat, khususnya dari kalangan para ilmuan agama yang "ada nama". Ianya boleh menambah perpecahan di kalangan ilmuan agama kita yang sememangnya sudah sedia berpecah belah.

KESIMPULAN

Kami lebih mengenali hati budi sahabat kami ini berbanding haters, khasnya mereka yang hanya pandai memaki hamun dan mencarut tanpa ilmu. Kali ini kami nasihatkan SN agar membiarkan sahaja semua komen-komen itu agar masing-masing ada peluang untuk membaca semula ‘bahasa indah’ mereka untuk pelajaran 'anak cucu mereka' sendiri.

Inilah fenomena jahiliyah akhir zaman. Sedangkan YAB Perdana Menteri, DYMM YDP Agung, Menteri, bahkan para nabi sendiri pun dicaci maki, inikan pula SN selaku orang biasa.

SN sebelum ini memang seorang yang agak togho dan ego. Alhamdulillah, berkat berjemaah dan hidup bersama asnaf dan insan yang kurang bernasib baik, beliau kini mudah menerima nasihat dan sanggup merendah diri. Buktinya adalah pengakuan khilaf dan artikel istighfar “catatan jumrah seorang firaun” yang beliau tulis sendiri.

Untuk kes ini juga begitu. Atas dasar basmalah, beliau telah mengakui kesilapan itu dan memohon maaf. Apapun kami telah sarankan juga agar beliau nyatakan secara terbuka kerana banyak hati yang telah terluka dan tidak dapat menerima.

Insya Allah banyak hikmah dari khilaf beliau ini dan dengan permohonan maaf beliau itu, martabat SN akan ditinggikan di sisi Allah.

Tinggallah kita yang menfitnah beliau mencari pelacur, bahkan menggelar isterinya sebagai pelacur untuk 'MENELAN' apa yang kita fitnahkan. Semuga Allah memberi hidayah kepada kita semua untuk membuat islah/pembaikan dalam amal harian kita selepas ini.

Istighfar dari,
WARGA PRIHATIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com