innity

pages

Saturday, October 31, 2015

[BIKIN KECOH] BOM di KLCC, Unit Pemusnah Bom dipanggil


Konon mahu memudahkan pergerakan ketika menonton wayang dan bersiar-siar di sekitar KLCC, empat remaja meninggalkan empat beg mereka berdekatan bangunan KLCC.

Tanpa mereka duga, sebenarnya tindakan itu telah menyusahkan ramai pihak.

Bimbang perkara tidak diingini berlaku, pihak polis terpaksa dipanggil.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, polis menerima panggilan daripada pihak keselamatan KLCC kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Ini selepas mereka menemui tiga buah beg di hadapan Menara 2 Suria KLCC yang mencurigakan selain tanpa pengawasan.


Pintu utama Suria KLCC turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Unit pemusnah bom dipanggil untuk membuat pemeriksaan kira-kira jam 1.30 petang.

Sebuah robot digunakan untuk memeriksa beg-beg berkenaan.

Hasil pemeriksaan, beg-beg itu didapati hanya berisi baju dan seluar lelaki, sebuah kalkulator dan sebuah kotak jam.

Tiada sebarang objek menyerupai bom dikesan.

Sebaik pemeriksaan selesai dilakukan, empat remaja berusia 14 tahun tiba dan mengaku beg-beg itu adalah milik mereka.

Empar pelajar dari Negeri Sembilan itu kemudian dibawa ke balai polis untuk dirakam keterangan. -Buletin TV3


Konon mahu memudahkan pergerakan ketika menonton wayang dan bersiar-siar di sekitar KLCC, empat remaja meninggalkan empat beg mereka berdekatan bangunan KLCC.Tanpa mereka duga, sebenarnya tindakan itu telah menyusahkan ramai pihak.Bimbang perkara tidak diingini berlaku, pihak polis terpaksa dipanggil.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, polis menerima panggilan daripada pihak keselamatan KLCC kira-kira jam 10.30 pagi tadi.Ini selepas mereka menemui tiga buah beg di hadapan Menara 2 Suria KLCC yang mencurigakan selain tanpa pengawasan.Pintu utama Suria KLCC turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.Unit pemusnah bom dipanggil untuk membuat pemeriksaan kira-kira jam 1.30 petang.Sebuah robot digunakan untuk memeriksa beg-beg berkenaan.Hasil pemeriksaan, beg-beg itu didapati hanya berisi baju dan seluar lelaki, sebuah kalkulator dan sebuah kotak jam.Tiada sebarang objek menyerupai bom dikesan.Sebaik pemeriksaan selesai dilakukan, empat remaja berusia 14 tahun tiba dan mengaku beg-beg itu adalah milik mereka.Empar pelajar dari Negeri Sembilan itu kemudian dibawa ke balai polis untuk dirakam keterangan.
Posted by Buletin TV3 on Saturday, October 31, 2015

[BIKIN PANAS] Iklan Tawaran Pinjaman untuk Majlis Kahwin Hingga RM100,000 DIHENTAM Netizen


Hari ini iklan tawaran pinjaman untuk majlis perkahwinan ini telah dihentam oleh netizens.

Antaranya Alwi Adam EzazWealth menyatakan impian majlis perkahwinan gilang gemilang bak putera puteri raja Cinderella dan prince charming hanyalah cita cita fatamorgana jika ia dibina atas hutang yang entah tidak tahu bila habis membayarnya.

"Tuan puan adik kakak, pernikahan itu wajarnya mengikut kemampuan. Bersederhana kerana majlis itu dituntut sekadar untuk menghebahkan berita.."


"Jangan berhutang kerana hutang itu tanda tidak mampu. Jadi Raja Sehari tapi Hamba ke Mati.." kata beliau.

Beliau seterunsya memberi petua dalam mengadakan majlis perkahwinan berdasarkan kemampuan:

1) Pernikahan perlu dirancang, dari segi pembinaan sahsiah keluarga serta kosnya..

2) Mula menyimpan dari sejak belajar kerana kahwin itu hampir pasti, cuma calonnya belum tahu siapa.

3) Majlis persandingan hanyalah pintu gerbang, dan tidak ada orang yang waras berhabis belanja membina pintu gerbang, sedangkan rumahnya belum ada. Banyak lagi kos selepas majlis perkahwinan yang perlu disimpan dan perlu biaya..

4) Tabiat berhutang dari awal perkahwinan bakal menjadi habit dan sikap yang sukar dikikis. Asal mahu satu perkara, terus buat hutang.

5) Maka senarai hutang akan terus bertambah, dari hutang perkahwinan, kereta, perabot sofa, renovasi rumah dan semua ajakan nafsu.

Moga tidak ada yang terperangkap dalam hutang ini...

Penjelasan Ustaz Nor Amin Mengenai Hukum Berhutang Untuk Majlis Perkahwinan

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Firman Allah yang bermaksud : “ Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” (An-Nur : 32)

Hukum perkahwinan 

Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahwinan) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.

Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan zahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Hikmah Perkahwinan 

Cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.

Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman.

Memelihara kesucian diri.

Melaksanakan tuntutan syariat.

Menjaga keturunan.

Sebagai media pendidikan : Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak. Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak.

Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab.

Dapat mengeratkan silaturahim.

Bayar Mas Kahwin Atau Mahar

Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan sepertimana firman Allah yang bermaksud : “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian Yang wajib. kemudian jika mereka Dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (An-Nisa : 4)

Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.

Walimatulurus Secara Islam (Kenduri Kahwin)

Walimatulurus atau kenduri kahwin adalah sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.

Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus, etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar (was-was) dalamnya. Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain. Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha, seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar, selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin. Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa (seperti cemburu,gersang dan was-was) dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.

Pinjam Bank Untuk Kahwin 

Saya akui kos perkahwinan dan mas kahwin sekarang ini sangat mahal sehingga boleh diibaratkan seperti ibu bapa menjual anak perempuannya. Malah perkara ini menjadi budaya dalam masyarakat melayu berlumba-lumba meletakkan mas kahwin dan hantaran yang mahal, kerana itu adalah kebanggaannya dan akan menjadi sebutan orang kampung.

Perlu kita ketahui bahawa hantaran itu merupakan perkara yang tidak wajib. Tidak menjadi masalah kalau hantaran itu tiada dan perkahwinannya juga tetap sah. Hantaran ini diadakan adalah untuk membantu keluarga perempuan untuk menyediakan majlis walimatulurus supaya perkahwinan anaknya dapat diistiharkan kepada orang kampung dan kaum kerabat. Tetapi sekarang ini saya lihat budaya itu telah berubah, ada yang mengambil hantaran untuk keuntungan peribadi, ada yang meletakkan hantaran dengan harga tinggi untuk berbangga, ada yang ingin menunjuk-nunjuk dan banyak lagi.

Ini secara tidak langsung menjadi bebanan kepada pengantin lelaki untuk menyediakan wang yang banyak sebagai kos untuk melangsungkan perkahwinan beliau. Islam telah menggariskan bahawa perlansungan perkahwinan itu secara sederhana sahaja dan tidak bermegah-megah dan tidak membebankan. Hal ini semualah yang menyebabkan berlakunya pinjaman bank, ah long dan sebagainya untuk melangsungkan perkahwinan.

Pinjaman bank untuk melangsungkan perkahwinan adalah harus, tetapi ia bergantung kepada niat kita, kalau meminjam semata-mata untuk melaksanakan perkahwinan yang besar, terdapat pula di dalamnya persandingan, lagu-lagu yang tidak baik dan perkara-perkara yang diharamkan, maka itu adalah haram sebab di situ jelas melanggar batas syariat Islam. Tetapi kalau kita meminjam untuk melaksanakan kenduri yang sederhana dan tidak bertentangan dengan syariat disebabkan memang duit yang dikumpulkan tidak mencukupi, maka itu adalah harus. Pinjaman yang di buat mestilah dari pinjaman syariah, kalau pinjaman yang berunsurkan riba, maka itu adalah haram. Mudah sahaja untuk mengetahui pinjaman syariah ataupun tidak, anda semua boleh lihat di dalam iklan pinjaman ada tertulis huruf “i”, maka itu melambangkan pinjaman itu secara syariah. Terlebih baik, elakkan meminjam bank, kerana pinjaman ini terlibat dengan perkara-perkara yang subhah atau ragu-ragu halal dan haramnya, hal ini juga akan membuatkan perkahwinan itu akan hilang keberkatannya.

Sebagai usaha yang baik untuk mengelakkan pinjaman, pihak penganting lelaki dan perempuan perlu berpakat dan perlu bersatu dan mengurangkan kos perbelanjaan perkahwinan, buang acara-acara yang membazir seperti persandingan, DJ, sound sistem, mak andam dan kos-kos yang tidak penting. Penganting lelaki dan perempuan perlu berpakat dan berusaha mengumpulkan duit dari awal sebagai persediaan awal, kalau itu tak cukup juga, cuba minta sponsur keluarga yang terdekat, kalau itu tak cukup juga, maka barulah buat pinjam sebahagian yang tidak cukup sahaja dari bank.

Tujuan perkahwinan adalah mencari kebahgiaan dan keberkatan, awalilah perkahwinan itu dengan nilai-nilai Islam supaya ia menjadi berkat dan dirahmati Allah, buatlah kenduri yang dikehendaki oleh Islam iaitu sederhana dan tinggalkan adat-adat yang sesat dalam perkahwinan. Jangan jadikan kenduri perkahwinan itu dicampur adukkan perkara yang haram dan halal, kerana kenduri tersebut akan menjadi haram. Kalau kenduri dah jadi haram, maka hilanglah keberkatannya, dan disebabkan itulah berlakunya pergolakkan rumahtangga, penceraian, perkelahian dan sebagainya. Sebelum ini saya telah siarkan satu artikel yang bertajuk Jangan Berlebihan dan Menunjuk-nunjuk Dalam Perkahwinan. Sila klik sini untuk membacanya.

Nasihat Saya 

Lihat dari hikmah perkahwinan ini adalah untuk menyatukan dua buah keluarga dan mengeratkan silatulrahim antara keluarga lelaki dan perempuan. Sebagai keluarga belah perempuan, pertimbangkan dahulu keupayaan bakal menantunya dari segi ekonominya dan taraf kehidupannya. Kalau didapati bakal menantunya dari golongan bawahan atau pertengahan, maka sesuaikanlah hantaran itu dengan ekonominya, supaya bakal menantunya dapat menyediakan kos perkahwinan tanpa pinjaman bank dan sebagainya. Ambillah sekadar untuk melaksanakan kenduri yang ringkas dan sederhana sahaja. Biar kenduri itu tidak besar, tetapi penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah. Fikirkan kehidupan anak perempuan dan suaminya selepas perkahwinan nanti, supaya mereka tidak dibelenggu dengan bebanan hutang perkahwinan.


Pesawat Rusia bawa lebih 200 penumpang terhempas di Sinai - PM Mesir


KAHERAH: Sebuah pesawat Russia telah terhempas di pusat bandar Sinai membabitkan lebih daripada 200 penumpang dan anak kapal dan insiden tersebut telah disahkan pejabat Perdana Menteri Mesir dalam satu kenyataan media.

Pesawat model Airbus A-321 baru sahaja berlepas dari Sharm el-Sheikh di Laut Merah, dalam perjalanan ke bandar St Petersburg, Rusia.


Terdapat beberapa laporan yang bercanggah mengenai nasib pesawat itu, ada yang mendakwa ia telah hilang di Cyprus.

Kebanyakan penumpang pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan Russia, Kogalymavia, itu dikatakan pelancong Rusia.

Laporan terkini mengatakan pesawat tersebut membawa seramai 217 penumpang dan tujuh anak kapal.

Pihak berkuasa penerbangan Rusia Rosaviatsiya berkata dalam satu kenyataan bahawa penerbangan 9268 meninggalkan Sharm el-Sheikh pada 6:51 pagi waktu Moscow dan dijangka tiba di Lapangan Terbang St Petersburg Pulkovo jam 12.10 tengah hari.

Pihak berkuasa berkata, pesawat itu gagal membuat hubungan radio yang dijadualkan dengan pusat kawalan trafik udara Cyprus 23 minit selepas berlepas dan hilang daripada radar.

Masa depan parti lebih penting daripada 1MDB, kata Umno Semporna


Umno Semporna membidas langkah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas pemimpin parti hanya kerana membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menegaskan hari ini, masa depan parti adalah lebih penting.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Semporna melahirkan kekecewaan mereka berhubung khabar angin mengatakan ketua bahagian mereka, Datuk Seri Shafie Apdal, merupakan salah seorang daripada 7 pemimpin yang bakal berdepan tindakan tersebut, selain Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain.

"Adakah bersuara demi kepentingan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan kepada Umno?

"Adakah syarikat 1MDB ini sudah menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding parti Umno sehinggakan mana-mana pemimpin yang mengkritik cara pentadbiran dan pengurusan syarikat ini bakal berdepan dengan ancaman digantung, dilucut atau dipecat keahlian mereka?


"Adakah 1MDB ini milik Umno? Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti?" kata Umno bahagian itu dalam satu kenyataan. Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, 7 pemimpin Umno sedang disiasat dan berdepan tindakan penggantungan keahlian kerana melanggar peraturan parti.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama-nama pemimpin tersebut.

Umno Semporna juga mahu membuat pertimbangan sebaiknya diambil terlebih dahulu sebelum membuat keputusan drastik hingga mengakibatkan Umno bertambah lemah.

"Adakah dengan penyingkiran, penggantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada perjuangan parti ini dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti Umno?

"Sedarkah pemimpin serta setiausaha agong Umno, majoriti ahli parti dan rakyat percaya, pemimpin-pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau ini, sebenarnya menyuarakan isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?

"Kuat sangatkah Umno pada hari ini hinggakan kita seolah-olah lupa asas kepada perjuangan parti adalah perjuangan untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan pemimpin," kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut juga mempertahankan Muhyiddin dan Shafie yang didakwa melanggar peraturan parti hanya kerana mengkritik 1MDB dan dipecat dari jemaah menteri pada hujung Julai lalu.

Umno Semporna juga mengingatkan kesan yang bakal dihadapi parti jika tindakan disiplin diambil terhadap kedua-dua pemimpin tersebut.

"Perlu kita ingat, setiap undi dan kerusi pada pilihan raya umum ke-14 akan datang adalah penting kepada survival Umno," kata kenyataan itu lagi, sambil menambah, tindakan disiplin itu hanya akan menghakis sokongan rakyat kepada Umno. – 30 Oktober, 2015. TMI


Friday, October 30, 2015

[VIDEO] Nik Nazmi: Ramai Pemuda Umno ’Tauke’ Vape


Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, ramai di kalangan Pemuda Umno terlibat dalam bisnes vape.

Nik Nazmi berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat pertama Pemuda Pakatan Harapan di Subang Jaya, hari ini. -SH

[BAYAR PADA DISEMBER 2015 LEBIH CERDIK BERBANDING NAJIB] Azmin umum BONUS SETENGAH BULAN GAJI untuk kakitangan awam Selangor


Semua kakitangan awam di Selangor akan menerima bonus setengah bulan gaji pada akhir tahun ini, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang mengumumkan hadiah itu sebagai sebahagian daripada bajet negeri 2016.

Beliau berkata, ia susulan bonus sebulan gaji yang dibayar pada Mei lalu. 

Pembayaran bonus itu akan melibatkan kos sebanyak RM44.1 juta kepada kerajaan negeri dalam Bajet 2016 itu, kata Azmin.

"Atas sumbangan mereka melaksanakan dasar kerajaan negeri secara efektif dan berkualiti serta mengambil kira prinsip perbelanjaan berhemah, kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus satu bulan setengah gaji.

"Pembayaran bonus sebulan gaji dibuat pada Mei tahun ini. 

"Pembayaran bonus selebihnya akan dibuat pada 17 Disember 2015 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak," kata Azmin dalam ucapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penjawat awam yang bertungkus lumus meningkatkan hasil untuk membiayai pembangunan demi kemakmuran rakyat Selangor. Pada masa sama, Azmin turut mengumumkan kenaikan elaun bagi 6,900 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) daripada RM1,300 kepada RM 1,500 sebulan, yang melibatkan implikasi kewangan sejumlah RM18.71 juta.

Termasuk juga katanya, peruntukan RM1.41 juta untuk menaikkan elaun 150 guru di Kafa Integrasi Negeri Selangor daripada RM800 kepada RM1,500 sebulan.

 Selain, itu ketua guru juga dinaikkan elaun daripada RM100 kepada RM150 sebulan dan elaun Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid naik sebanyak RM80 dengan implikasi kewangan sebanyak RM819,579.60. – 30 Oktober, 2015.

Bajet 2016 Kerajaan Persekutuan: Pemberian khas kakitangan kerajaan RM500

Sebelum ini Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Bajet 2016 menyediakan pemberian khas untuk kakitangan awam sebanyak RM500.

Namun, bayaran pemberian khas itu akan dibuat pada bulan Januari 2016.


Papan Tanda "Mana RM2.6 Bilion" di Kota Bharu DIBAKAR


Sebuah papan tanda bertulisan "Mana RM2.6 bilion" yang dipasang di Jalan Pekeliling, Kota Bharu telah diturunkan dan dibakar oleh sekumpulan lelaki dan wanita yang dipercayai penyokong Najib.

Papan tanda tersebut dinaikkan beberapa hari yang lalu.




“Kalau Nak Haramkan Vape, Kena Haramkan Rokok Juga” – Dr Hilmi, Timbalan Menteri Kesihatan


KUALA LUMPUR: Isu pengharaman bagi penggunaan rokok elektronik (vape) terus hangat diperkatakan walaupun perkara itu masih di peringkat kajian.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, ketika ini kerajaan sedang berbincang untuk mewujudkan undang-undang baharu melibatkan tembakau, rokok elektronik dan shisha.
“Kita akan wujudkan undang-undang baharu, ia masih belum diputuskan sama ada untuk mengawal atau mengharamkan sepenuhnya, masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.
“Sebab kalau kita nak haramkan vape, kita juga kena haramkan rokok, sebab vape juga mengandungi nikotin, sebab kalau tak ada nikotin, tak ‘kick’ vape tu, jadi kena ada nikotin. Jadi, kalau kita haramkan vape, apa pula tindakan untuk tembakau? Itu isunya di sini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Pada Rabu dilaporkan kerajaan sedang berbincang dan mengambil langkah dari segi perundangan untuk mengharamkan vape yang menjadi kaedah alternatif untuk perokok tegar berhenti merokok.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, masih terlalu awal untuk mengatakan vape akan diharamkan sepenuhnya.
“Sekarang kami sedang mengadakan perbincangan melibatkan isu ini. Sebab sekarang undang-undang berkaitan tembakau tertakluk di bawah Akta Makanan 1993, itu tidak cukup kuat sebab ia tak melibatkan vape dan shisha.
“Kita akan kaji betul-betul perkara ini dan kita akan keluar dengan keputusan nanti,” katanya.
Ditanya sama ada terdapat larangan untuk penjualan vape selagi tiada undang-undang, Dr Hilmi berkata: “Tiada, setakat ini belum lagi.”
Dr Hilmi sebelum ini berkata, vape gagal menghentikan perokok tegar daripada menghentikan tabiat buruk mereka itu.
Jelasnya, kebanyakan mereka yang berhasrat berhenti merokok pada mulanya berjaya meninggalkan tabiat itu dengan menggunakan vape tetapi berakhir dengan menghisap kedua-duanya, rokok dan vape.
-mstar

Muhyiddin TAK BOLEH DISINGKIRKAN tapi boleh dipecat keahlian


Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh disingkirkan daripada jawatan timbalan presiden Umno kerana beliau dipilih melalui mesyuarat agung parti, tetapi dia boleh dipecat sebagai anggota parti, kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.
Katanya, jika Muhyiddin dipecat sebagai ahli parti, ini secara automatik akan menyingkirkan beliau daripada kedudukan sebagai timbalan presiden parti.
“Pemecatan sebagai ahli boleh dilakukan jika ada bukti yang kukuh.
“Inilah yang sedang digerakan oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan (Tengku Mansor) dengan kenyataan siasatan terhadap tujuh pemimpin sedang dijalankan kerana kenyataan mereka yang boleh menjejaskan parti,” katanya dalam blog terbarunya.
Malah, kata Zainuddin yang juga adalah bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, usaha untuk mengkondisikan ketua bahagian dan ahli ahli Umno untuk menerima tindakan ini telah bermula.
“Ini didahului oleh komando-komando Umno dengan dakwaan bahawa 75 peratus ketua Umno bahagian malah ada yang kata 95 peratus telah pun siap sedia menyokong tindakan ini (memecat Muhyiddin dari Umno)," katanya.
Akhbar The Star hari ini melaporkan bancian dalaman Umno mendapati sekurang-kurangnya 154 daripada 191 ketua bahagian mahu majlis tertinggi parti bertindak terhadap pemimpin parti yang didakwa ‘menderhaka’.
Bagaiamanapun bancian yang dijalankan di kalangan 170 pemimpin bahagian menerusi aplikasi chat di Telegram tidak menyebut sebarang nama.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata siasatan telah dimulakan terhadap tujuh pemimpin Umno berhubung kenyataan terbuka mereka mengenai kepimpinan tertinggi parti.
Mengulas lanjut, Zainuddin (kiri) berkata, timbalan presiden Umno itu yang barangkali menyedari perancangan terhadapnya, mula berhati-hati dalam menerus keritikannya.
“Tetapi dalam suatu forum di Johor Baru, baru-baru ini beliau menanggap "pengecut" pemimpin Umno yang menyokong presiden.
“Ini mendorongkan penyokong-penyokong Najib menjadi semakin agresif,’ katanya.
Beliau berkata langkah mencantas Muhyiddin mesti dilakukan sebelum Perhimpuan Agung Umno tidak lama lagi kerana kehadirannya sebagai timbalan presiden mungkin menimbulkan kekecohan yang boleh menjatuhkan maruah Najib sebagai presiden jika berlaku tindakan provokasi antara kedua pihak.
"Mencantas Muhyiddin juga perlu dilakukan lebih awal supaya bakal timbalan presiden UMMO dapat dipromokan sebelum Perhimpunan Agung menjelang pilihan raya umum akan datang dan supaya Najib dapat terus berkuasa," katanya. -MK

Ketua Umno Bahagian Zaman Najib PALING "MERAK", PERASAN, SYOK SENDIRI – Shahbudin Husin


Tidak pernah berlaku dalam sejarah Umno sebelum ini di mana mereka yang menjadi ketua bahagian begitu "merak", syok sendiri dan perasan lebih, kecuali di era Datuk Seri Najib Razak menjadi presidennya.
Memang ketua bahagian adalah pemimpin utama dalam Umno. Daripada jawatan itulah, pelbagai peluang dan nikmat kehidupan boleh datang menjelma. Tetapi jawatan itu bukan segala-galanya.
Disebabkan begitu "merak", syok sendiri dan perasan lebih itulah akhirnya wujud komplot atau gerakan di kalangan ketua bahagian mencadangkan pemecatan atau penyingkiran pemimpin, khususnya Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, daripada parti itu.
Menurut apa yang dilaporkan dalam pelbagai media, perkara itu turut disahkan beberapa ketua bahagian, cuma mereka mengatakan ia bukannya komplot, sebaliknya hanya persetujuan agar golongan yang ditakrifkan "gunting dalam lipatan" perlu diambil tindakan.
Ada yang melaporkan antara 140 hingga 154 daripada 191 Ketua Bahagian telah bersetuju mengenai tindakan itu yang dipercayai melibatkan "Kumpulan Tujuh" yang disebutkan sebelum ini oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Lebih menarik, persetujuan itu pula bukannya dicapai dalam mesyuarat khas atau perjumpaan tertentu,  sebaliknya hanya melalui perbualan dalam aplikasi Telegram saja.
Tindakan yang dicadangkan dikatakan melibatkan pemecatan, penggantungan keahlian dan lain-lain, tetapi majoriti mahu Muhyiddin dipecat keahliannya kerana kritikan berterusan terhadap 1MDB, kepimpinan Najib serta bantahannya mengenai Sosma.
Tindakan keras lebih kuat tertumpu kepada Muhyiddin kerana mahu mengenepikannya daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta berucap di acara penggulungan Perhimpunan Agung Umno, Disember nanti.
Persetujuan ketua bahagian itulah kononnya akan dipersembahkan kepada Najib menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang untuk dijadikan sandaran bahawa tindakan terhadap Muhyiddin itu turut mendapat sokongan majoriti pemimpin  bahagian daripada seluruh negara.
Sebenarnya inilah yang peliknya dalam Umno sekarang. Kuasa mengambil tindakan atau memecat seseorang bukannya terletak pada ketua bahagian. Sebaliknya, ia adalah hak MT Umno. Hanya MT Umno melalui sokongan dua pertiga yang boleh berbuat demikian.
Ketua bahagian tidak perlu masuk campur dalam kerja MT. Kalau mahu apa-apa tindakan, biarlah MT memutuskannya, manakala suara ketua bahagian tidak perlu diambil kira sama sekali.
Bagi seseorang yang hanya menjadi ketua bahagian, untuk mengambil tindakan kepada ahli biasa di bahagian sendiri pun mereka tiada kuasa, apatah lagi sibuk-sibuk mencadangkan pemecatan pemimpin yang berjawatan timbalan presiden.
Kuasa sedemikian hanya dimiliki oleh mereka yang menjadi ahli MT saja. Ketua bahagian tidak seharusnya syok sendiri dan belajar-belajarlah membeli "cermin besar" untuk mencermin diri.
Najib juga, jika benar ingin menyingkirkan atau mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dan "Kumpulan Tujuh" pemimpinnya yang sedang disiasat itu, beliau hanya perlu membawanya dalam mesyuarat MT serta memastikan sokongan 2/3 memihak kepadanya. Itu saja.
Tidak perlu bersusah payah melibatkan ketua bahagian. Percubaan mendapatkan sokongan ketua bahagian untuk tujuan itu bukan saja sesuatu yang tidak betul dari segi aturan dan perjalanan parti, malah memperlekeh hak dan kuasa MT mengenainya.
Dengan yang demikian, persetujuan kononnya melibatkan 140 atau 154 ketua bahagian yang digembar-gemburkan itu tidak lebih hanyalah "sampah sarap" yang perlu dikuis ke tepi atau dimasukkan terus ke dalam tong sampah saja.
Ia sama sekali tiada nilai untuk diambil kira atau dipertimbangkan. Tidak sesiapa, termasuk MT, harus melayannya.
Tugas ketua bahagian ialah mengukuhkan parti, menabur khidmat kepada masyarakat dan memastikan parti menang dalam pilihanraya.
Kalau mahu ambil bahagian dalam pemecatan atau sebagainya, jadilah ahli MT terlebih dahulu. – shahbudindotcom.blogspot.my, 30 Oktober, 2015.

[2 HARI LEPAS SOKONG ZAHID, HARI NI PERTAHAN MUHYIDDIN] Nazri ikrar pertahan Muhyiddin hingga pemilihan akan datang


Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz berikrar akan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kekal sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan akan datang, lapor Malaysiakini.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, beliau akan lakukan apa sahaja bagi menyelamatkan pemimpin parti yang disingkirkan daripada Kabinet pada Julai, dan menambah kritikan harus dibenarkan dalam Umno.
"Sebagai parti yang akan menyambut ulangtahun ke 70 tahun tahun depan, kita harus mempunyai ruang cukup untuk perbezaan pendapat dan menerima kritikan," kata Nazri seperti dilaporkan Malaysiakini.
"Biar dia teruskan sehingga tempoh berakhir. Kemudian, saya akan suruh Zahid lawan dia. Saya yakin Muhyiddin akan kalah," Nazri dipetik sebagai berkata.
Sambil berkata hanya MT boleh bertindak terhadap Muhyiddin, Nazri berkata beliau tidak pasti sama ada timbalan presiden Umno itu di antara 7 pemimpin dimaksudkan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang bakal digantung keahlian.
The Malaysian Insider hari ini memetik sumber berkata Umno bakal menggantung Muhyiddin sebelum perhimpunan agung pada Disember, ekoran serangan berterusan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi presiden parti Melayu itu.
Sumber parti mendedahkan, MT Umno sedang menyiapkan kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin dengan bukti kesalahan dilakukan Muhyiddin.
Langkah ini diambil bagi menghalang Muhyiddin terus menyerang kepimpinan Umno semasa perasmian melibatkan sayap parti Disember nanti.
Difahamkan, keputusan penangguhan kali kedua mesyuarat MT pada 30 Oktober juga dikatakan bagi membuat persediaan menyingkir Muhyiddin.
'Kalau Najib turun, saya sokong Zahid jadi PM"
Pada 28 Oktober lepas, Malaysiakini melaporkan bahawa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz akan memastikan Datuk Seri Zahid Hamid menjadi perdana menteri sekiranya Datuk Seri Najib berundur daripada jawatan itu.
"Kalau Najib turun maka sudah tentulah akan berlaku perebutan dalam siapa yang akan menjadi perdana menteri.
“Tetapi saya penyokong Zahid Hamidi. Beliau (Zahid) timbalan perdana menteri, beliau juga akan jadi perdana menteri,” katanya kepada pemberita.
Pemimpin pembangkang sebelum itu menyatakan kesediaan menyokong sesiapa sahaja sebagai perdana menteri asalkan Najib meletakkan jawatan.



[8 GAMBAR][15 CEDERA] Pesawat TERBAKAR Ketika Bersedia untuk BERLEPAS


Seramai 15 orang cedera apabila sebuah pesawat yang sedang bersedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Fort Lauderdale, Florida, terbakar.

Menurut polis, enjin pesawat Boeing 767 itu terbakar ketika pesawat itu bersedia untuk berlepas ke Venezuela.

Pesawat Dynamic Airways, Boeing 767 itu dengan seramai 101 orang termasuk kru berada di dalam pesawat ketika kejadian tersebut.









Sumber dedahkan MUHYIDDIN BAKAL DIGANTUNG sebelum perhimpunan agung Umno


Umno bakal menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum perhimpunan agung pada Disember, kata sumber, disebabkan serangan berterusannya terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi presiden parti Melayu itu.
Sumber parti mendedahkan, Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang menyiapkan kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin dengan bukti-bukti kesalahan dilakukan Muhyiddin.
Langkah ini diambil bagi mengelakkan Muhyiddin daripada terus menyerang kepimpinan Umno semasa perasmian melibatkan sayap parti Disember nanti.
Difahamkan, keputusan penangguhan kali kedua mesyuarat MT pada 30 Oktober juga dikatakan bagi membuat persediaan menyingkir Muhyiddin.
Antara kesalahan dikatakan dilakukan Muhyiddin ialah mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB dan berterusan mempersoalkan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib walaupun penjelasan sudah diberi.
"Muhyiddin akan digantung sebelum perhimpunan Disember nanti, terdapat kebimbangan di kalangan pimpinan tertinggi parti beliau akan terus mengkritik semasa perasmian sayap nanti.
"Kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin sedang disiapkan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Dengan penggantungan ini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memangku jawatan timbalan presiden sehingga pemilihan pada 2018 nanti, kata sumber.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata tindakan Muhyiddin membelakangkan keputusan MT sebagai tidak beretika.
"Tan Sri Muhyiddin bangkitkan isu RM2.6 bilion dan isu 1MDB, perkara itu sudah dijawab semasa mesyuarat MT lepas, malah beliau sudah perjelaskan dan bersetuju untuk bersama dengan kepimpinan tapi selepas keluar mesyuarat lain pula yang dikatanya.
"Orang sebegini tidak beretika dan pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain," katanya kepada The Malaysian Insider, mengulas mengenai mesyuarat MT terakhir 9 September lepas.
Jamal juga mendakwa, majoriti ketua Umno Bahagian dalam kumpulan perbualan Telegram termasuk Bagan Datoh, berada dalam perbincangan mengenai sama ada wajar tindakan diambil terhadap Muhyiddin atau tidak.
"Memang kita ada kumpulkan pandangan daripada ketua bahagian, jadi sewajarnya mereka yang berada dalam parti dan menjadi ‘gunting dalam lipatan’ seperti dalam ucapan perdana menteri semasa pembentangan bajet lalu perlulah diambil tindakan.
"Majoriti, semua minta yang dikatakan gunting dalam lipatan ini diambil tindakan, dipecat, gantung dari jawatan kerana ia akan merosakan parti," kata Jamal merujuk kepada kenyataan Najib semasa pembentangan Bajet 2016 lalu.
Bagaimanapun, Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (gambar, kanan) menggesa isu "gunting dalam lipatan" dijelaskan dan didedahkan supaya ahli tahu siapa dimaksudkan Najib.
"Kita tidak tahu siapa gunting dalam lipatan, keputusannya kita memang tidak mahu ada gunting dalam lipatan dalam Umno.
"Kita tidak tahu yang dimaksudkan, jadi perdana menteri kena jelaskan betul-betul siapa yang dimaksudkan terutamanya dengan kenyataan yang hebat semasa bajet, semasa dalam Parlimen,” kata Aziz yang juga ahli Parlimen Kulim Bandar Baru.
Rabu lepas, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata 7 pemimpin itu berisiko digantung kerana memecah belahkan parti.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, sebaik sahaja siasatan selesai, ia akan dibentang kepada Majlis Presiden sebelum lembaga presiden Umno membuat sebarang keputusan.
"Sepanjang tempoh itu kita akan gantung keahlian mereka," katanya.
Selain Muhyiddin, Aziz juga dikatakan berada dalam senarai 7 nama diwar-warkan Ku Nan itu.
"Tengku Adnan perlu segera ambil tindakan jika benar ada 7 orang pemimpin itu," kata Aziz.
Aziz berkata, langkah itu adalah yang terbaik jika Umno merasakan ia dapat menggembalikan kestabilan kepada parti.
Bagaimanapun Aziz menjelaskan, beberapa proses perlu dilalui terlebih dahulu jika mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin dan mana-mana daripada 7 pemimpin itu.
"Pertama, kenal pasti kesalahan dan kedua, bawa ke Lembaga Disiplin. Kemudian MT perlu membuat keputusan sama ada menyokong tindakan diambil atau tidak... tidak kisah sama ada pecat, gantung atau diberi amaran," terangnya.
Sementara Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar tidak melihat langkah mengambil tindakan ke atas Muhyiddin satu tindakan yang dapat memberi kelebihan kepada parti Melayu itu.
Hamidi sebaliknya mencadangkan Umno mengadakan pemilihan semula jika benar-benar mahu menyelesaikan kemelut tanpa menyebabkan kesan lebih buruk.
"Adakan saja pemilihan tahun depan, kalau akar umbi tidak suka, kita boleh tolak Muhyiddin dan ganti dengan yang lain.
"Rasanya akar umbi akan akur dengan cara macam itu. Kalau kita merasakan yang lama bagus, kita pilih, tapi kalau rasa tidak bagus kita ganti dengan orang lain," katanya.
Pemilihan Umno ditangguh selama 18 bulan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim mengatakan tidak tahu mengenai 7 orang dimaksudkan Ku Nan.
"Saya tidak ada dengar mengenai itu. Saya tidak mempunyai sebarang info walaupun setiausaha agung adalah kawan baik saya.
"Ada orang cakap-cakap mengenainya (7 orang digantung), tapi saya tidak tahu," kata Shahidan semasa ditemui di Parlimen pada Khamis.
Najib ketika ini berdepan cabaran paling besar sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, diserang dalam isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.
Beliau merombak Kabinet pada Julai lalu, langkah dilihat meneutralkan pengkritik dalam kerajaan, akan tetapi, Muhyiddin kini meneruskan kritikan terhadap Najib dari dalam Umno. – 30 Oktober, 2015. TMI

1MDB: Najib tiada pilihan, Mesti Jawab di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab isu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam sesi persidangan dewan rakyat kali ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, ia berdasarkan janji oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melalui jawapan bertulisnya semalam.

“Dalam jawapan bertulis itu, Azalina menyatakan soalan tersebut akan dijawab serentak dengan soalan lain yang mempunyai maksud yang sama pada tarikh yang ditetapkan kemudian dan pada persidangan kali ini juga.

“Jadi Najib tiada pilihan untuk jawab dalam persidangan yang akan berakhir 3 Disember ini,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Johari mengemukakan soalan meminta Perdana Menteri menjelaskan mengenai derma RM2.6 bilion yang diterima.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang (Amanah), Mohamed Hanipa Maidin mempertikaikan mengapa Perdana Menteri masih belum dipanggil memberikan keterangan mengenai isu RM2.6 bilion.

Kata Mohamed Hanipa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low melalui jawapan bertulis menyatakan keterangan Najib masih belum direkodkan.

“Jadi bila nak panggil. Saya hairan mengapa mereka masih belum panggil,” katanya. - SH

Jamal punca UMNO hura-hara – Ali Tinju


PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dituduh punca yang menimbulkan huru-hara dalam UMNO.

Dakwaan itu dibuat Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu, Ali Baharom atau Ali Tinju.
Sebagai nasihat, dia memintanya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selain mematuhi tata tertib parti.

“Dia (Jamal) yang membuat huru-hara dalam UMNO, dia yang membuat caca-marba dalam politik UMNO, malah tindakannya tidak disokong oleh kebanyakan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain,” katanya kepada FMT.

Ali Tinju membidas tindakan Jamal mengeluarkan kenyataan bahawa lebih 100 ketua UMNO bahagian menyokong Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat.

Katanya, seperti yang diingatkan oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, Jamal sebagai ketua UMNO bahagian tidak layak mengeluarkan kenyataan sedemikin.

“Saya amat bersetuju dengan teguran Nazri Aziz, Jamal ini baru belajar politik dan masih tidak matang, oleh itu eloklah Jamal cermin diri dia dalam politik sebelum nak bercakap.

“Dia tidak perlu keluarkan kenyataan, biar parti yang membuat keputusan, beliau adalah ketua bahagian, beliau kena hormati parti, hanya presiden layak buat keputusan, kerana memecat adalah keputusan MT mengikut tatatertib yang perlu dipatuhi, dia tidak boleh pecat begitu sahaja,” katanya. -FMT

[BENARKAH DEMI BUMIPUTERA?] Menteri, Perkasa muncul pembela pengguna vape


KUALA LUMPUR, 29 Okt ― Ketika pengguna “vape” terancam dengan cadangan menteri kesihatan untuk mengharamkan rokok elektronik, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil membela golongan berkenaan.

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata beliau akan memberikan pandangannya di peringkat kabinet supaya cadangan pengharaman vape, juga dikenali e-rokok, diteliti semula.

“Jika rokok lebih berbahaya daripada vape, kenapa tidak haramkan rokok?” tanya beliau di laman Facebook peribadinya hari ini.

“Insya Allah saya akan dengar penjelasan menteri kesihatan dan saya akan beri pandangan saya.”

Ahli Parlimen Bera turut melampirkan laporan berita media United Kingdom, The Telegraph, yang menyatakan bahawa e-rokok cuma mengandungi 3 peratus nikotin berbanding rokok berjenama Marlboro yang mengandungi 13 peratus.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam semalam berkata bahawa kerajaan sedang meneliti undang-undang bagi melaksanakan pengharaman vape.

Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dalam kenyataannya hari ini turut mengecam Dr Subramaniam, sambil mendakwa majoriti pengusaha vape golongan Bumiputera.

“Mengapa semasa mula-mula vape diperkenalkan dahulu mereka menyarankan kepada perokok untuk menukar daripada rokok kepada vape?

“Tetapi apabila industri vape berkembang luas, vape dikatakan berbahaya dan perlu diharamkan.

“Adakah ia bahaya kerana tidak dikenakan cukai pada vape?

Adakah jika selepas dikenakan cukai, vape ini selamat digunakan?” kata Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris.

Namun begitu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Hilmi Yahya menjelaskan hari ini bahawa kementeriannya masih belum memutuskan untuk mengharamkan vape kerana bimbang ia juga menjejaskan rokok tembakau.

“Terlalu awal hendak kata kita mengharamkan terus vape. Sekarang ini undang-undang tembakau terletak bawah Akta Makanan 1993, dan tidak sesuai digunapakai untuk vape dan shisha,” katanya di lobi Parlimen.

-Malay Mail Online

Thursday, October 29, 2015

[DEMI UMNO, BERCUTILAH NAJIB] Derma RM2.6 bilion: SPRM akan soal Najib


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap akan memanggil Datuk Seri Najib Razak untuk menyoal beliau berhubung isu wang derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya apabila tiba masanya, kata Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini.

Buat masa ini, perdana menteri masih belum dipanggil, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sambil mengesahkan SPRM masih sedang menyiasat isu tersebut walaupun sebelum ini mengesahkan ia datang daripada seorang penderma Timur Tengah.

"SPRM juga ingin memaklumkan, setiap saksi atau individu yang berkaitan dengan kes ini akan dipanggil bagi tujuan siasatan.

"Setakat ini, keterangan perdana menteri belum lagi diambil dan ia akan dilakukan apabila tiba masanya nanti," kata Low dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Ogos lalu The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di antara agensi kerajaan, bank dan entiti yang berkaitan dengan 1MDB dan berakhir di akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.

Najib menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi politik pihak lawan termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi WSJ menegaskan siasatan mereka berlandaskan dokumentasi kukuh.

SPRM sebelum ini mengumumkan akan memanggil Najib untuk memberi kenyataan mengenai pendedahan tersebut, bagaimanapun sehingga hari ini belum ada keterangan direkodkan.

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan mengapa SPRM mengapa masa terlalu lama untuk memanggil Najib yang juga adalah saksi utama dalam isu RM2.6 bilion itu.

"Apa masalahnya?

Jika isu lain, mereka mudah pula memanggil untuk diambil kenyataan.

"Sekarang sudah sebulan tapi tidak dipanggil. Perdana menteri adalah saksi utama. Ia menunjukkan tiadanya keseriusan dalam siasatan ini," kata Hanipa. – 29 Oktober, 2015.TMI


UMNO Pagoh: Singkir Muhyiddin ibarat hina akar umbi


JOHOR BAHRU – Komplot untuk menjatuhkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa didalangi 140 ketua Umno bahagian disifatkan suatu tindakan yang tidak wajar dan tidak boleh diterima.

Ketua Pemuda Umno Pagoh, Mohd Zaid Abd Rahman berkata, sekiranya benar komplot itu wujud ia satu penghinaan ahli akar umbi yang telah memilih Muhyiddin, selain menimbulkan kesan yang tidak baik kepada Umno.

Beliau berkata, biar akar umbi tentukan nasib Muhyiddin pada pemilihan akan datang atau mengadakan mesyuarat agung tergempar, bukannya mewujudkan satu komplot.

“Menyingkirkan Muhyiddin akan menghakis kepercayaan ahli terutama golongan muda terhadap Umno itu sendiri kerana beliau amat dikenali sebagai pemimpin banyak berjasa dan menjadi aspirasi kepada golongan muda juga berani menyatakan kebenaran,” katanya.

Jelasnya, Muhyiddin dikenali sebagai pemimpin ultra Melayu yang konsisten dan melihat Umno tidak boleh hilang sokongan dan kepercayaan daripada orang muda bagi memenangi PRU14.

“Sedarlah semua krisis kepimpinan dan kepercayaan dalam Umno sekarang ini sepatutnya tidak berlaku melainkan komplot itu sudah tentu ditaja secara terancang oleh orang tertentu bagi meraih laba politik dan keuntungan besar.

“Teori domino menyaksikan parti-parti lain telah mengalaminya dan Umno serangan terakhir mereka untuk melaga-lagakan orang Umno, memburukkan keadaan seterusnya melemahkan parti,” katanya.

Tegasnya, jika benar wujud komplot ‘telegram’ tersebut sebagaimana dikhabarkan, beliau memohon ia dihentikan.

Akhirnya Najib SAMAN Ling Liong Sik


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman fitnah terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung penerbitan artikel yang mendakwa Najib menyalahgunakan dana kerajaan.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi kelmarin.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib berkata Liong Sik mengeluarkan kenyataan itu yang diterbitkan portal Malay Mail pada 3 Oktober lalu.

Perdana Menteri berkata, Liong Sik selaku defendan secara salah dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan fitnah itu pada satu majlis di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, di ibu negara.

Beliau berkata, perkataan 'Najib's' yang dinyatakan dalam artikel fitnah itu merujuk secara spesifik dan secara munasabahnya difahami serta dipercayai merujuk kepada beliau.

Katanya, perkataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau (Najib) menyalahgunakan dana kerajaan ke dalam akaun peribadi untuk kepentingan peribadi, menyalahgunakan dana kerajaan milik syarikat pelaburan kerajaan, 1MDB serta mengkhianati kepercayaan rakyat dengan menyalahgunakan kuasanya. -BH

[VIDEO] Mantan Panel Pemikir JASA, Syed Saifuddin: JASA nampak BODOH, buat kerja SPIN dan FITNAH JIJIK


Mantan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Syed Saifuddin Syed Harman hari ini membidas kepimpinan jabatan kerajaan itu.

Katanya, jabatan itu kelihatan bodoh dibawah kepimpinan Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang banyak melakukan kerja-kerja fitnah, terutama terhadap veteran Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.



[CABAR TUN M LAWAN DI PEKAN] Sekali Imbas Nazri Nampak Jantan, TETAPI TADAK TELOR - Shahbudin Husin


Berikut adalah tulisan Shahbudin Husin:

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz semalam mencabar Tun Mahathir Mohamad agar bertanding melawan Najib Razak di kawasan Parlimen Pekan dalam pilihanraya umum akan datang sebagai satu-satunya cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Kalau tak mahu lawan Najib di Pekan, lawan saya di Padang Rengas, katanya lagi.

Sekali imbas,  Nazri kelihatan "agak jantan" bila melontarkan cabaran tersebut meski terselit ciri-ciri angkuh di sebaliknya. Namun hakikat yang sebenarnya langsung tidak ada ciri-ciri "roti canai bertelur" dengan cabarannya itu.

Cabaran itu hanyalah "roti kosong" saja nilainya.

Tun Mahathir pernah memberitahu sebelum ini, tujuan beliau meminta Najib turun daripada jawatannya ialah untuk menyelamatkan UMNO dan negara daripada pelbagai kerosakan yang diakibatkan oleh kepimpinan Perdana Menteri itu.

Tidak dinafikan, hanya berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta saja telah menyebabkan persepsi buruk menyelubungi Najib yang terlalu besar dan sukar untuk dipulihkan.

Sebagai pemimpin yang pernah membina negara selama 22 tahun dengan kepimpinannya, Tun Mahathir hanya ingin memastikan UMNO terus berkuasa dengan meletakkan pemimpin yang tidak terlalu dipertikaikan dan dalam masa yang sama juga negara serta rakyat menjadi sejahtera akhirnya.

Bukan sesekali tujuan Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri semula. Beliau sudah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan tidak menjadi keperluan lagi menambah rekod itu.

Oleh itu, soal beliau mahu bertanding dan menjadi Perdana Menteri semula tidak berbangkit sama sekali.

Tetapi jika pun cabaran Nazri itu mahu diambil kira, beliau sepatutnya membuat cabaran "roti canai telur"  terhadap Tun Mahathir.

Kenapa dicabar Tun Mahathir bertanding di Pekan saja?

Cabaran untuk Tun Mahathir melawan Najib seharusnya dicadangkan di kawasan berkecuali di mana-mana saja negeri. Pilih saja sama ada di Pahang, Perak, Johor, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan atau sebagainya?

Bukankah sebagai Perdana Menteri, Najib semestinya ada keberanian untuk bertanding di mana-mana juga kawasan?

Barulah pertandingan itu "perlawanan jantan"  yang seimbang, menarik dan "cun"?

Kalau pun Najib tidak mahu jauh daripada kawasannya di Pekan, apa kata pertandingan itu dilakukan di Parlimen Kuantan atau Indera Mahkota, dua kawasan Parlimen yang selama ini menjadi jirannya?

Kalau susah-susah sangat, berlawanlah di kawasan lama Tun Mahathir iaitu Kubang Pasu saja? 

Begitu juga jika Nazri merasakan dirinya "super hebat"  untuk berlawan dengan Tun Mahathir, buatlah cabaran untuk bertanding di kawasan lain selain Padang Rengas?

Teluk Intan boleh, Kampar boleh, Ipoh atau Tambun pun boleh?

Ada  berani ke? Atau Nazri pun sebenarnya hanya "roti kosong" yang suka "cakap kosong" juga? (SH 29/10/2015)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com