innity

pages

Monday, November 30, 2015

SURAT TUN MAHATHIR kepada AHLI dan PEMIMPIN UMNO AKAR UMBI


1. Negara Malaysia tercinta ini adalah hasil perjuangan UMNO sebagai sebuah parti, bukan oleh sesiapa atau seseorang.

2. Sebab itu apabila Dato Onn Jaafar, Pengasas dan Yang diPertua Parti yang pertama, membuat cadangan yang bertentangan dengan pejuangan parti, cadangannya di tolak dan dianya keluar dari parti.

3. Hari ini kita dapati UMNO sudah jadi milik Presiden dan perjuangan UMNO terhad kepada mendokong Presiden. Kesetiaan ahli terhad kepada Presiden, tidak lagi kepada parti, tidak lagi kepada bangsa, agama dan negara.

4. Ini ternampak jelas apabila slogan Satu Malaysia yang sama dengan Malaysian Malaysia diperkenal, penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat, penggunaan konsultan Barat. Penubuhan Pemandu untuk mengganti Unit Perancang Ekonomi, bayaran gaji kepada badan bukan Kerajaan yang amat tinggi, meletak negara dibawah kehendak Singapura, meminjam berbillion Ringgit yang dilabur sebahagian besar di luar negera, menubuh 1MDB dengan modal pinjaman yang besar, tidak dapat membukti dimana modal yang dilabur berada, gagal membayar faedah hutang, membeli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah, menjual tanah ini kepada institusi Kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi, wang Tabung Haji diguna secara yang sama, keuntungan yang berlebihan ini diguna untuk menampung kerugian 1MDB, 2.6 billion Ringgit tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab, siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah dan Bank Negara ditamat oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil, Pendakwa Raya dibuang, PAC dibubar supaya tidak dapat menyiasat 1MDB, cara hidup mewah lebih dari kemampuan Perdana Menteri, gaji minima dinaik sehingga kilang-kilang berpindah ke negara lain dan pekerja hilang pekerjaan, kejatuhan mata wang dan nilai saham yang teruk, cukai GST dikenakan sehingga peniaga kecil terpaksa tutup kedai, kos sara hidup meningkat, beban bagi rakyat bertambah, sesiapa yang menegur disoal oleh polis, dituduh sabotaj bank dan kewangan negara dan dimasuk dalam tahanan dibawah undang-undang yang salah.

5. Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU 14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. BN dan UMNO akan menjadi parti pembangkang. Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh UMNO untuk bangsa, negara dan agama.

6. Menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu hari ini. Tetapi apabila BN kalah nikmat semua akan hilang.

7. Sebaliknya jika Najib berhenti dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, besar kemungkinan UMNO akan pulih semula dan BN akan menang PRU 14. Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat.

8. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diakar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini. Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan UMNO. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan Kerajaan parti lawan akan bertindak keatas kesalahan mereka semasa memerintah.

9. Semua ini memburukkan nama Malaysia dan merugikan rakyat.

10. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi.

11. Jika ingin selamat dan menang tolaklah kepimpinan DSN sebelum PRU14.

12. Tolaklah kepimpinannya sebelum PRU14 supaya UMNO selamat dan mampu memenangi PRU dan kekal sebagai Kerajaan yang adil kepada semua.

13. Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli UMNO dan orang awam. Jentera yang diguna yang terdiri dari badan-badan Kerajaan dan parti amatlah berkesan. Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan-kesalahan sedang dilakukan.

[SULTAN TIADA KUASA HARAMKAN VAPE] 'Kuasa untuk haram penjualan vape terletak pada kerajaan Johor' - Peguam

SYAHREDZAN: Kerajaan Negeri ada kuasa untuk membuat larangan mengikut titah Sultan tetapi ia juga boleh memilih untuk tidak melaksanakan larangan itu.

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape kerana bidang kuasa itu di bawah Kerajaan Negeri, kata Syahredzan Johan.

Bagaimanapun, jelas peguam itu, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk membuat larangan berkenaan mengikut titah Sultan Ibrahim namun kerajaan negeri juga boleh memilih untuk tidak melaksanakan larangan itu.

Syahredzan bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengharamkan aktiviti menghisap vape.

"Jika larangan itu dilaksanakan, ia hanya melibatkan pengharaman menjual produk vape di peringkat majlis tempatan.

"Kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengharamkan perbuatan menghisap vape kerana bidang kuasa itu di bawah Kerajaan Persekutuan," tambah Syahredzan dalam satu status di akaun Facebook peribadinya.

Dalam status berkenaan, Syahredzan turut bersetuju dengan titah baginda, di mana isu vape tidak sepatutnya dijadikan isu perkauman seperti yang dilakukan sesetengah pihak.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam satu kenyataan pada Ahad menyifatkan titah perintah Sultan Ibrahim selari dengan hasrat kementeriannya untuk menurunkan peratusan mereka yang merokok termasuk menggunakan rokok elektronik.

"Kementerian Kesihatan menyambut baik perkara ini kerana kesan negatif penggunaan rokok elektronik ini mengambil masa bertahun-tahun dan oleh itu wajar supaya tindakan diambil sekarang untuk menghentikan tabiat berkenaan.

"Semoga dengan titah Sultan Ibrahim berkaitan perkara ini, kesihatan rakyat Johor akan semakin meningkat dan dicontohi oleh negeri-negeri yang lain," tambah Dr Subramaniam.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim menitahkan penjualan rokok elektronik atau vape diharamkan di negeri tersebut.

Laporan akhbar The Star pada Ahad menyebut baginda memberi tempoh sebulan kepada semua peniaga vape di negeri itu untuk menutup premis perniagaan mereka bermula 1 Januari 2016.
Berikutan titah DYMM Sultan Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata, kerajaan negeri akan membincangkan titah baginda pada mesyuarat majlis kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Pihaknya bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Bahagian Farmasi akan turut mengadakan perbincangan mengenai perkara itu sebelum dikemukakan pada mesyuarat terbabit, katanya. - Astro Awani

Rafi Awg Kechik Sebar FITNAH Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yasin di Pagoh



Blog Muhyiddin Yassin mendakwa bahawa facebook Rafi Awg Kechik dan Perak Today telah menyebarkan fitnah berkenaan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Semalam, Ahad 29 November 2015, satu perhimpunan yang dikenali sebagai Perhimpunan Sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin telah diadakan di Pagoh.

Perhimpunan itu menyaksikan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan dari Pagoh menyertai rakan-rakan Umno mereka.

Kira-kira 1,000 ahli Barisan Nasional (BN) berkumpul di dewan di Pagoh untuk menyuarakan sokongan mereka terhadap Muhyiddin.



Semasa perhimpunan itu, Muhyiddin menerima memorandum sokongan daripada 106 cawangan dari bahagian dan juga dari veteran Umno dan tentera dari bahagian Pagoh.

"Kandungan ucapan di facebook Rafi Awg Kechik dan Perak Today tidak benar dan berunsur fitnah" dakwa facebook tersebut.


FB Muhyiddin Yasin mencadangkan agar kandungan ucapan TSMY di Pagoh seperti yang dilaporkan dimedia-media dijadikan panduan dan laporan tersebut merupakan kenyataan yang betul.

Tulis fb tersebut "Sila rujuk laporan berita berikut yang membuat liputan ucapan TSMY yang sebenar di

[8 GAMBAR] Yus Jambu Raja lawak Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR : Pelakon dan pelawak, Yus Jambu, 39 atau nama sebenar, Yussry Edoo meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang, sebentar tadi.
Sahabat rapat kepada pelawak itu, Sherry Al Hadad, berkata Yus atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Yus rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke hospital.
"Saya dimaklumkan oleh Abang Afdlin mengenai perkara itu. Dia meminta supaya kami mendoakan kesihatan Pak Yus.
Tidak lama selepas itu, kami diberitahu Pak Yus sudah tiada lagi. 
Buat masa ini, hanya itu saja yang dapat yang dapat saya kongsikan. 
"Saya dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menziarahi jenazah arwah," katanya kepada BH Online. 
Beberapa rakan artis turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu.
Gambar rakan-rakan artis di Hospital Selayang:











Sunday, November 29, 2015

[10 GAMBAR] Ahad 29 Nov 2015: PERHIMPUNAN SOKONGAN kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, MCA, MIC, Gerakan TURUT SERTA


Ketua Umno cawangan Pagoh Samad Ariffin hari ini mempersoalkan apakah dosa yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga  tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat agung tahunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri tahun ini.
 
Malaysiakini melaporkan, Samad mempertikaikan perkara itu di hadapan ribuan hadirin yang hadir dalam satu perhimpunan di Pagoh hari ini.

"Kita berkumpul di sini dan tidak dibayar untuk menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin.


"Kita tahu risiko yang kita hadapi, di mana ibu pejabat parti akan merekodkan nama-nama kami untuk dilaporkan kepada kepimpinan parti.

"Tetapi kita bersatu bersama Muhyiddin kerana kita tahu beliau berada di jalan yang betul," kata Samad yang mewakili 106 Umno cawangan dalam Bahagian Pagoh seperti dilaporkan Malaysiakini.


Perhimpunan hari ini menyaksikan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan dari Pagoh menyertai rakan-rakan Umno mereka.

Kira-kira 1,000 ahli Barisan Nasional (BN) berkumpul di dewan di Pagoh untuk menyuarakan sokongan mereka.

Semasa perhimpunan itu, Muhyiddin menerima memorandum sokongan daripada 106 cawangan dari bahagian dan juga dari veteran Umno dan tentera dari bahagian Pagoh.

Sebelum ini Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Muhyiddin tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri atas permintaan sayap masing-masing.

Zahid berkata, keputusan itu dibuat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno demi menghormati permintaan sayap parti Melayu itu. -TMI







Sumber Gambar: Kelab Che Det & Muhyiddin Yassin

TAHNIAH "Bapa Jual Aset Negara", Dulu Milik Malaysia Sekarang Milik China


 Lepas ni JUAL Petronas pula. Lepas Petronas PLUS pula. Lepas PLUS jual pula SIC. Lepas tu jual MISC. MAS pun jual. Alasan untuk kurangkan hutang negara.

Syabas pada team #kekalNajib

Bapa Jual Asset Negara.

Nota kaki: Masa Tun Dr Mahathir dulu mula mula naik jadi PM pada 1981 Sime Darby dan Ghutrie Plantation yg memegang keseluruhan estate2 getah bukan KEPUNYAAN Malaysia punya tapi kepunyaan British. Tun Dr Mahathir berusaha sebaik mungkin "siege" Ghutrie utk memiliki Sime Darby dari cengkaman British DEMI KEPENTINGAN FELDA DAN PENEROKA FELDA SERTA PEKEBUN PEKEBUN KECIL YANG TERLIBAT DALAM INDUSTRI GETAH. Dan usaha itu berjaya menambahkan aset negara. Malahan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia kerana berjaya mengenakan kuasa Imperialist dunia BRITAIN dalam isu Ghutrie dan Sime Darby.

Sampai hari terakhir Tun Dr Mahathir keluar dari pejabat PM pada 2003 Ghutrie dan Sime Darby KEKAL menjadi aset negara Malaysia walau komoditi getah pernah melalui zaman kejatuhan pada 1986 dan 1997 aset ini tidak dijual pada entities asing walau bidaan terhadapnya amat memuaskan hati sekakigus boleh mengurangkan hutang negara pada era 1997-1998.

Dalam isu stesen janakuasa pula Malaysia telah penat melahirkan stesen2 ini. Tak kiralah bagaimana perjanjian itu di lakukan namun kita berjaya membina janakuasa2 tersebut. Itu kepunyaan Malaysia. Dari 1992 hingga sekarang itu kepunyaan Malaysia. Sehinggalah 1mdb datang ambil alih dan dalan 1 malam saja semua janakuasa ini telah menjadi hak milik negara asing hasil otak cerdik Najib.

Apa lagi yang nak di jual? Banyak lagi aset ni yang ada yang boleh di jual. Proton tak nak jual jugak ke?

'KJ patut jadi bintang TV sahaja' - Nik Nazmi


SHAH ALAM: Nasihat Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar: "Baik jadi bintang televisyen sahaja."

Ini adalaha kerana, menurut beliau, ketua Pemuda UMNO itu dan juga pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO yang lain gagal menunjukkan peningkatan moral antara diri mereka.

"Mereka (Pemuda UMNO) berkali-kali buktikan yang mereka tidak mampu menunjukkan peningkatan moral yang ada dalam kepimpinan mereka.

"Lihat sahaja ketua mereka (Khairy) yang kononnya bersikap sederhana dan liberal. Namun dia tetap setia bersama UMNO dan presidennya (Datuk Seri Najib Razak) yang banyak skandal dan kontroversi,"
kata Nik Nazmi.

Beliau berkata, Khairy juga gagal menangani isu-isu perkauman yang dilihat saban hari semakin serius.

Jelasnya lagi, Khairy akan terus gagal bersama UMNO memandangkan UMNO tidak mahu berubah.

"Pokoknya, dia akan terus gagal kerana UMNO tidak mahu berubah. Jadi saya nasihatkan kepada Khairy, baik jadi bintang televisyen sahaja. Mungkin Khairy ada masa hadapan yang lebih cerah dalam kerjaya itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya di Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 di Ideal Convention Centre Shah Alam, Selangor, hari ini.

[VIDEO KENYATAAN TERKINI TUN] UMNO sudah jadi parti Najib, kata Tun M


KUALA LUMPUR, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan UMNO tidak lagi menjadi parti untuk orang Melayu sebaliknya ia berubah kepada parti Datuk Seri Najib Razak.


Katanya, ini berikutan salah guna kuasa yang diamalkan presiden parti yang bertindak membuang sesiapa sahaja ahli UMNO yang menegur beliau.


“Siapa saja yang tegur Perdana Menteri atau Presiden parti, dia dibuang.


“Seolah-olah ini bukan parti UMNO tetapi menjadi Datuk Seri Najib. Saya tidak menegur parti tetapi saya tegur Datuk Seri Najib,katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.


Menyingkap sejarah krisis kemuncak UMNO pada tahun 1986 dan 1987, Tun Dr Mahathir berkata walaupun UMNO menghadapi krisis ketika itu tetapi tiada siapa yang dilarang untuk bercakap, bersuara serta berkempen dan ia berbeza dengan keadaan sekarang.


“Saya tidak boleh berjumpa dengan ahli UMNO dan Menteri UMNO. Saya ahli UMNO, bekas Presiden.


“Begitu juga Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beri dia bercakap sebab itu memang tradisi kita. Timbalan Presiden ada hak berucap pada Perhimpunan Agung UMNO.


“Muhyiddin tidak mengkritik parti, dia mengkritik Najib. Dan ini jelas membuktikan parti UMNO adalah parti Najib,” katanya. -ismaweb

Pengumuman Aktres Angelina Jolie telah BUANG PAYUDARA, tingkat minat pesakit kanser turut lakukan mastectomy (buang payudara)


MANCHESTER: Pengumuman aktres terkenal Angelina Jolie bahawa beliau sudah menjalankan pembedahan pembuangan payudara atau 'mastectomy' menarik perhatian media. 

Aktres itu dikesan membawa gen BRCA1 seperti ibunya yang maut akibat kanser payudara. 

Beliau melakukan pembedahan itu untuk menghapuskan 87 peratus risiko menghidap kanser payudara. 



Keputusan Jolie menyaksikan pembaharuan dalam minat kajian genetik kanser. 

Sebuah klinik pencegahan kanser payudara di Hospital Universiti Manchester Selatan mengambil keputusan untuk melakukan siasatan. 

Dalam kajian mereka yang diterbitkan dalam jurnal Kanser Payudara pada 25 November lalu, pengkaji mengesahkan bahawa jumlah pembedahan mastectomy mereka meningkat sekali ganda. 


Antara Januari 2014 hingga Jun 2015, sebanyak 83 pembedahan dilakukan berbanding hanya 29 pembedahan antara Januari 2011 hingga Jun 2012. 

Walaupun individu yang melakukan prosedur itu tidak menyatakan sebab mempengaruhi mereka, profesor klinik genetik, Gareth dan pasukannya berkata "kesan Angelina Jolie" banyak mempengaruhi mereka. - AFP

Anak Muda Adakan Protes Gesa Guan Eng Letak Jawatan


GEORGE TOWN: Sekumpulan 40 anak muda mengadakan bantahan secara aman di Komtar meminta Lim Guan Eng meletakkan jawatan sebagai ketua menteri.

Kumpulan yang tidak dikenali ini mula berkumpul pada tengahari Sabtu. Mereka memegang sepanduk meminta Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow menggantikan Guan Eng sebagai ketua menteri.



Sepanduk dan kain rentang itu antaranya ditulis: 'Anak Negeri P.Pinang Sokong Chow Kon Yeow Sebagai Ketua Menteri P.Pinang', 'Chow Kon Yeow Ketua Menteri P.Pinang 'We Want You' dan 'Lim Guan Eng Balik Melaka'.


Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, bantahan itu berlangsung selama kira-kira 20 minit sebelum kumpulan itu bersurai.

Pada Selasa, Pengerusi Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan mencabar Guan Eng bertanding untuk jawatan Pengerusi DAP negeri bagi membuktikan bahawa dia mendapat sokongan daripada ahli-ahli parti.

Ketika dihubungi, Huan menafikan terbabit dalam menganjurkan bantahan itu tetapi menyatakan keperluan untuk Guan Eng meletak jawatan.

"Cara yang betul untuk menentukan siapa yang harus menggantikan Guan Eng adalah melalui pilihan raya. Biarkan ahli DAP memilih daripada jawatankuasa negeri yang dipilih untuk seorang ketua menteri yang baru. "

[PANAS] Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016


JOHOR BARU: Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.

"Saya mahu premis vape ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? 

Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.

[DALAM UMNO SUDAH BERLAKU] Mungkinkah Malaysia Menjadi Argentina disebabkan CASH IS KING


DUA negara AA ini - Argentina dan Australia - adalah dalam kalangan lima negara terkaya, kalaupun tidak yang terkaya, dalam dunia kira-kira 100 tahun dahulu pada awal abad 20. Tanah rumput Pampas di Argentina merupakan satu-satunya yang paling luas, menghasilkan daging lembu dan gandum begitu lumayan sehingga dikatakan berperanan memberi makan kepada dunia. Begitu juga Australia.

Walaupun bukan negara Komanwel British, negara Amerika Selatan ini pernah bersama dengan Australia membuat perjanjian dengan United Kingdom (UK) membekalkan kedua-dua produk itu.  

Kedua-dua AA ini jelas sekali berteraskan industri agro walaupun sudah nyata waktu itu industri perkilangan sudah bertapak. Jika negara-negara maju seperti AS, UK, Perancis, Jerman, Itali dan Jepun memerlukan besi, tembaga dan arang batu untuk industri perkilangan masing-masing, maka AA mampu juga menampung keperluan itu. Segalanya itu menuangkan banyak wang ke dalam perbendaharaan masing-masing.

Orang-orang kulit putih yang terdiri dari Inggeris, Itali, Sepanyol, Jerman, Perancis, Rusia malah Yahudi berhijrah ke sana. Justeru AA ini lebih bercirikan kulit putih walaupun masing-masing terletak di kawasan-kawasan yang bukan berwarna putih pada asalnya. Apa yang membezakan Australia dengan Argentina ialah pemerintahnya yang memimpin kerajaan masing-masing.

Walaupun ada langkah-langkah salah, Australia menunjukkan prihatin yang tinggi dalam mengamalkan demokrasi. Integriti pemimpin terjaga dengan baik dan terkawal. Wang negara tidak disalahgunakan. Walaupun jumlah penduduknya lebih kecil dari Argentina, Australia berjaya mengembangkan lebih banyak kota raya sebagai pencetus ekonomi. Ia ada Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide dan Perth, sedangkan Argentina hanya berpuas hati dengan Buenos Aires.  

Ketika wang amat banyak, orang Argentina amat mewah dan berbelanja bagaikan tiada hari esok. Walaupun kini ia dianggap miskin, namun orang-orangnya masih terkenal kerana berpakaian bergaya.

Dua tahun dahulu saya berkunjung ke Argentina. Segala kata-kata itu terbukti betul. Orang Argentina adalah bergaya apabila berbaju seluar, bergaun dan skirt serta jean fesyen terkini. Bagaikan kena dengan gurau orang Perak: ‘Biar pape asal bergaye’.  

Menjelang zaman meleset tahun-tahun 1930an (the Great Depression), tentera mendapat peluang untuk melakukan perampasan kuasa. Sejak itu hingga sekian lama, Argentina tidak lagi melalui pertukaran kuasa aman melalui peti undi. Dari satu rampasan kuasa ke satu rampasan kuasa lain. negara menjadi huru-hara. Tata urus dan pentadbiran memastikan kekayaan bertukar menjadi kemiskinan.

Dalam keadaan takut, bimbang dan ragu, kerajaan menjadi kuku besi, media dan suara rakyat dikawal ketat, dan budaya penangkapan, pemenjaraan dan penyingkiran berleluasa. 

Terhakislah inisiatif rakyat. Walaupun Perang Dunia Kedua tidak merosakkan Argentina kerana ia terbatas di Eropah, namun bahangnya terasa. Kesalahan strategi yang tidak menyokong pihak berikat melawan Hiter dan Mussolini mengakibatkan Argentina diberikan layanan buruk oleh AS dan UK. Ini menggalakkan Juan Peron merampas kuasa pada 1946.

Kononnya marah kerana rakyat miskin tidak terbela, Peron melaksanakan sosialisme tersendiri yang dipanggil Peronisme: berbelanja demi rakyat tanpa had. Penghasilan rendah dibalas dengan ganjaran besar. Sejak itu lagi slogan cash is king sudah digunakan. Membelanjakan wang negara dan sumber-sumber lain - seperti yang diambil dari kocek golongan kroni kaya - meresahkan tentera.   

Akhirnya pada 1955, sekali lagi jeneral-jeneral merampas kuasa.  

Demokrasi dihumban ke dalam longkang. 

Pemerintahan kediktatoran  yang menyaksikan kawalan tuntas terhadap ciri-ciri amalan demokrasi berlaku. Penangkapan dan penghapusan individu secara bersiri berleluasa. Zaman hodoh itu bagaikan dirayakan di pentas teater di London. 

Pada 2014, saya menonton drama pentas yang sangat laku di sana, memaparkan kehodohan itu. Argentina disifatkan seperti seorang yang sudah memanjat tangga kekayaan. Ia hampir menyertai dunia pertama 80 tahun dahulu, tetapi tergelincir dan terus melorot ke bawah semula - hingga sekarang.

Malaysia diharapkan menjadi negara maju dan kaya menjelang 2020 nanti. Mudah-mudahan kita tidak mengulangi pengalaman Argentina. Buruk baiknya, biarlah kita jadi satu A sahaja:  Australia: kekal maju dan kaya.

* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat

[UMNO NAZAK] Tak mustahil PAS ganti UMNO PERJUANG MELAYU/ISLAM, pan & pkr terkeluar gelanggang


SATU kalimat yang masyhur di dalam dunia siasah yang biasa disebut dan kadang-kadang menjadi kenyataan ialah tidak ada sesuatu yang mustahil dalam politik. Kawan atau musuh tradisi boleh tiba-tiba sahaja bertukar menjadi sebaliknya. Kesetiaan boleh berubah dan nilai-nilai yang dipegang selama ini boleh ditukar ganti atau diperdagangkan.


Tetap dan berubah adalah dua entiti yang melazimi parti-parti politik dan para pemainnya.


Pada pandangan saya, perkembangan mutakhir politik Malaysia (walaupun bibit-bibitnya sudah lama berakar) telah mulai memberi isyarat bahawa iklim politik Malaysia bakal mengalami satu pertukaran musim yang lebih mengejutkan daripada tsunami yang melanda secara tiba-tiba.


Berbeza dengan fenomena tsunami yang baru pertama kali dialami oleh rakyat Malaysia secara umumnya, perubahan senario dan lanskap politik tanah air yang bakal berlaku sudah boleh dijangkakan.


Yang saya maksudkan di sini adalah kisah hubungan cinta benci (love hate relationship) antara PAS dan UMNO, yang telah mengisi ruang minda rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu sejak hampir 50 tahun.


Akan tetapi pada pusingan ini, ia akan berakhir dengan kemenangan pada satu pihak sahaja. Dan sang juara sedikit demi sedikit (bergantung kepada beberapa faktor) akan menjadi perintis kepada penyatuan semula bangsa Melayu/umat Islam dalam jangka masa panjang.


Ini adalah Final Showdown (seumpama pusingan kalah mati) antara persaingan dan perebutan antara dua kuasa gergasi politik Melayu/Muslim untuk memenangi hati majoriti rakyat Malaysia.


Perlu saya tegaskan di sini dengan HURUF BESAR bahawa PAN dan PKR TIDAK termasuk di dalam gelanggang mega ini. Kedua-dua parti politik tersebut tidak memiliki agenda yang jelas dan “doesn’t have what it takes” untuk menjadi harapan umat dan bangsa. 


Para pemainnya hanya bersilat di luar gelanggang, mengacah sana sini, mencabar si fulan dan si fulan, berteriak tanpa tujuan sekeliling kampung, sering mengadu kepada orang luar kononnya mereka dibuli dan diperlakukan dengan kasar.


Lebih parah, semua orang tahu kedua-dua parti tersebut sekadar menjadi proksi kepada parti rasis cauvinis DAP yang turut dibontoti oleh MCA dan Gerakan.


Tiada agenda yang jelas, original dan berinspirasi untuk diletakkan harapan pada mereka, biarpun peralatan kosmetik dan kaedah solekan mereka bisa mengalahkan rangkaian produk kecantikan Estee Lauder dan pewangi Yves St Laurent!


Pertembungan terakhir sebenarnya adalah antara PAS dan UMNO, bertarung dan beradu tenaga untuk menjulang trofi kemenangan.


Saya tidak menafikan bahawa realiti yang sedang berlaku kepada PAS dan UMNO sekarang ini seolah-olah akan menafikan telahan saya. PAS dan UMNO masing-masing memiliki kekuatan tersendiri (dan juga kelemahan-kelemahan besar di sana sini). 

Para pengundi dan bangsa Melayu TIDAK akan mengabaikan atau meninggalkan parti “kesayangan” mereka khususnya UMNO kerana parti ini telah banyak berjasa pada bangsa Melayu, ia juga perjuangkan Islam, sejarahnya lebih hampir dengan sentimen Melayu dan sebagainya.


PAS pula tidak kurang dengan sejarahnya yang berwarna-warni, pernah dikaitkan dengan pelbagai tuduhan yang negatif, ramai pemimpinnya pernah keluar untuk mendirikan parti-parti baru dan “tidak appealing”, tidak mampu memerintah dan seumpamanya.


Akan tetapi itu semua hanyalah persepsi yang sering diulang tayang. Di sana terdapat aksi-aksi “disinformation”, “misinformation”, manipulasi media dan naratif yang dipaksakan oleh pihak ketiga ke atas minda bangsa Melayu dan umat Islam.


Di sebalik semua masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh kedua-dua parti politik tersebut, tidak siapa boleh nafikan bahawa tidak ada suatu apa pun yang bersifat tetap atau konstan dalam dunia politik, apatah lagi dalam pergolakan dan perjuangan hidup secara umumnya.


Wajah baru PAS hari ini adalah sosok parti yang semakin matang dan berwibawa setelah melalui pelbagai krisis (sama ada bersifat dalaman atau luaran). Hakikat bahawa ia bukan parti berasaskan tokoh atau personaliti (walaupun tokoh dan personaliti memainkan peranan yang besar) telah memberikan ruang untuk beradaptasi dan mengintrospeksi sesama sendiri (yang kadang-kadang agak “bising”) untuk mencapai satu kata sepakat yang boleh diterima secara umum di kalangan ahli.


Institusi-institusi yang ada di dalamnya dan mekanisma untuk menangani krisis masih boleh dianggap utuh dan fleksibel pada waktu yang sama. Sebilangan “pemimpin” yang keluar parti pula tidak membawa apa-apa kesan negatif pada parti.


Namun pada diri UMNO, lain pula keadaannya. Ahli-ahli parti ramai yang kecewa, marah, geram dan amat terkejut dengan apa yang mereka sedang alami dan saksikan sendiri.


Pemimpin parti yang sudah hilang “sentuhan” dengan akar umbi, gejala rasuah, salahguna kuasa dan kepentingan diri, gila kuasa yang melampau, ketidak ikhlasan dan ketidakjujuran pada perjuangan, pengabaian pada keresahan semua peringkat keahlian, kepura-puraan yang dipamerkan setiap kali berlangsung Persidangan Agung UMNO dan setiap menjelang pilihanraya umum atau kecil, kebaculan yang amat memalukan bila berunding dengan pihak musuh dari rakan komponen sendiri, penampilan contoh ikutan yang terlalu buruk pada pemimpin utamanya … semua ini adalah resipi untuk satu malapetaka politik.


UMNO masih leka dan di’vape’kan dalam dunia khayalan tempurung kaca di mana perubahan dan pertukaran suasana dan realiti yang sedang pesat berlaku di sekeliling mereka, tetapi mereka tidak nampak semua itu kerana tempurung kaca itu dilitupi asap dan wap pelbagai perisa dan bercampur nikotin yang sangat tinggi dosnya.


PAS pula sedang bangun, sambil menepis-nepis debu, habuk dan lumpur yang masih melekat setelah sekian lama bergelumang di medan, menghadapi dan mengatasi elemen-elemen musim, cuaca dan perubahan iklim.


Antara kedua calon dan peserta perlumbaan untuk memiliki hati, jiwa dan harapan bangsa dan umat, tidak syak lagi  PAS bakal dinobatkan sebagai juara.


Dan UMNO akan merintih kesakitan, sambil meratapi luka-luka parahnya……

Tuan Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi Gabungan Peguam Ikatan Muslimin Malaysia (iPeguam), 

-ismaweb

1MDB JUAL ASET: Masa Pinjam Nilai Ringgit RM3.2. Masa Jual Aset, Ringgit RM4.2 - Bagaimana jual aset tenaga kurangkan hutang berbilion 1MDB, soal Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan bagaimana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat mengurangkan hutangnya melalui penjualan aset tenaga kepada China General Nuclear Power Corp (CGN Group), di kala kejatuhan nilai ringgit.

Menulis dalam blog popularnya www.chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata, nilai ringgit adalah RM3.2 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika 1MDB membeli loji kuasa itu.

Ketika dijual, ringgit kini RM4.2 berbanding dolar AS, katanya.


"Jika wang dipinjam 1MDB dalam ringgit, kerugian akan menjadi minimum. Tetapi jika 1MDB pinjam dalam dolar AS, mereka akan rugi RM1 bagi setiap dolar dipinjam. "Dalam erti kata lain, apa yang diperoleh 1MDB daripada jualan tidak akan dapat membayar sepenuhnya hutang dalam dolar AS yang dipinjam 1MDB," tulis Dr Mahathir.

Pada Isnin, 1MDB, Edra Global Energy Berhad dan subsidiarinya memeterai jualan saham RM9.83 bilion dan perjanjian jual beli dengan CGN Group.

Jualan itu adalah untuk pemilikan 1MDB dalam semua aset tenaga – Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd.

Syarikat China itu akan membayar, wang tunai, nilai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan menanggung semua hutang dan wang tunai aset-aset kuasa, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac.
Urus niaga dijangka selesai pada Februari 2016.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy sebelum ini berkata, penjualan ekuiti dalam Edra Global Energy Berhad akan mengurangkan hutang dari RM16 bilion hingga RM18 bilion.

"Setelah Edra dijual dengan RM9.83 bilion, bagaimana ia mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM16-RM18 bilion?

"Sekali lagi mengambil kira kejatuhan nilai ringgit, bagaimana hutang dalam dolar AS dapat dikurangkan?" soal Dr Mahathir.
Beliau juga mempertikaikan kenyataan Arul Kanda pembelian "membawa komitmen pelaburan langsung asing yang besar ke Malaysia".

"Wang yang dibawa masuk akan keluar untuk membayar hutang luar negara. Dan jumlah yang keluar akan menjadi lebih jauh daripada aliran masuk. Tidak seperti FDI (pelaburan langsung asing) pada pandangan saya," tulis Dr Mahathir lagi. – 28 November, 2015.


BACA untuk Faham KRISIS Asia Barat dan Russia


Kronologi mudah Krisis Asia Barat + Russia

1. Russia mahu hapuskan sistem kartel Zionis Bankers. Brics diwujudkan.

2. IMF + World Bank mengamuk. Sebab hutang+Riba adalah satu senjata menundukkan kerajaan dunia pada Sistem Zionisme.

3. Amerika mula lancarkan perang saraf burukkan imej Russia. Ramai oligarki Yahudi Russia ditahan FSB dan ratusan bilionaire yahudi Russia melarikan diri keluar negara dan melakukan sabotaj ekonomi Russia dari luar.

4. Russia bersetuju membantu Palestin majukan rizab telaga minyak gas di Gaza. Gazprom telahpun menghantar teknikal team menganalisis data field perairan di Gaza.

5. Israel mengamuk dan menghantam Gaza sampai lumat. TIADA seekor negara Arab pun turun membantu. Turki berretorik seperti biasa. Sebiji jet pejuang dan kereta kebal tidak dikerahkan pun. 

6. Militan ISIS mula dikerahkan ke Iraq. Matlamat utama adalah menguasai semua telaga minyak yang ada. Ini untuk perancangan licik Amerika dan Zionis mencaturkan strategi minyak beku. 

7. Seperti maklum pasaran terbesar minyak Iraq dan Syria adalah dari negara China. Sekutu kuat Russia dan BRICS. 

8. Libya berjaya ditumbangkan dan kemudian Mesir berjaya dijatuhkan dikuasai semula oleh Firaun keturunan Yahudi iaitu Jeneral As Sisi. 

10. Amerika kemudian menghasut rakyat Syria Sunni menentang rejim Syiah Alawit Assad. Bekalan senjata mencurah masuk diseludup dari Israel ke Lubnan dan sampai ke sempadan Iraq dan Syria. Perang saudara pun meletus. 

11. Pada masa sama Sunni diperdayakan memerangi Syiah di Syria, perisikan Israel iaitu Military Intelligence Directorate (AMAN) telah melatih militan Khawarij yang diberikan nama ISIS menghuru harakan bumi Iraq. 

12. Kebanyakan top rangking kepimpinan militan ISIS bukan direkrut dari kalangan mujahideen tetapi merupakan bekas tentera upahan (Mercenaries) dari pelbagai negara. Doktrinnya mudah, menggunakan WARCRY Jihad untuk menarik simpatistan Muslim seluruh dunia join factionnya. 

13. Yang rugi Islam. Sebab media memburukkan IS - ISLAMIC STATES, Negara Islam untuk merujuk kepada pergerakan Khawarij tajaan Israel itu. Secara tidak langsung simptom takut keganasan Kerajaan Islam ini dimainkan media massa. 

14. Pada masa yang sama, Russia tiada pilihan terpaksa mencongak untuk memberikan bantuan ketenteraan kepada Assad yang merupakan ketua negara yang SAH. Jika Syria tumbang, tiada lagi batas sempadan untuk mengekang kemaraan tentera Iblis Khawarij ini dari menyeberangi sempadan Syria dan membawa masuk perang ke skala lebih besar ke rantau Caucasus dan wilayah sempadan Russia. Part ini yang ramai Muslim buta kare tak nampak. 

15. Amerika bengang kerana Russia masuk campur. Maka diarahkan proksi Eropah NATO untuk mencetuskan krisis ke dalam sempadan wilayah Russia sendiri iaitu, Ukraine. 

16. Krisis Ukraine pun meletus. Oligarki Yahudi yang menguasai kerajaan Ukraine, Petro Poroshenko mencetuskan huru hara dengan mengerahkan tentera Ukraine menzalimi penduduk berketurunan Russia di wilayah Donbass, NovoRussia dan Crimea... 

17. Krisis Ukraine adalah kesilapan terbesar Zionis dan Amerika. Mereka mengharapkan Russia akan goyah, Putin akan tumbang tetapi malangnya sokongan rakyat Russia semakin kukuh kepada Putin. Malah Ukraine kehilangan banyak wilayah yang mahu berpisah dan menubuhkan negara baru NovoRussiya (New Russia). Base Navy paling penting strategik di Sevastopol, Crimea pun jatuh kepada Russia. Kerajaan autonomi baru telah pun dilantik disana. 

18. Memandangkan Krisis Ukraine adalah gagal sama sekali menghancurkan Russia, kemudian Amerika dan Nato mensabotaj Russia dengan melaksanakan sekatan Ekonomi. Malangnya tindakan sabotaj ini langsung gagal sama sekali kerana bantuan ekonomi mencurah masuk dari blok ekonomi baru anti Zionis iaitu BRICS. Dagangan antara Russia - Brics banyak menyelamatkan ekonomi Russia dari tersungkur teruk. 

19. Amerika sangat marah kepada China kerana bantuan ekonomi yang diberikan kepada Russia. Maka dilakukan pulak provokasi dengan China di Lautan Timur dan SEA. Proksi Amerika iaitu Jepun dan Pilipin dipergunakan untuk mencetuskan krisis dengan China di rantau ini.

20. Pada masa inilah Amerika dan Zionisme melancarkan Perang Minyak Beku. Bekalan Minyak Amerika dan negara proksi mereka Arab Saudi dilambakkan kepasaran dunia sehingga jatuh teruk nilai minyak tidak lagi berharga seperti biasa. 

21. Fundamental tindakan ini adalah untuk melemahkan ekonomi Russia habis habisan. Ini kerana ekonomi Russia bergantung besar kepada jualan Petrol dan Gas kenegara Eropah. Paip Turki adalah paling penting menjadi penghubung paip Russia ke Eropah. (Faham kan kenapa Amerika mencetuskan pertelingkahan antara Russia - Turki ini).

22. Kesan berangkai, memandangkan majoriti negara Islam bergantung penuh pada penjualan minyak dan gas ini semuanya terjejas teruk. Termasuk Malaysia. Difahamkan lebih 50% pendapatan tahunan negara hilang akibat krisis kejatuhan minyak ini. 

23. Pada masa yang sama Nato membuat huru hara di SyRaq dan Russia, Amerika pula senyap dan sedang melepak di rantau Asia Tenggara ini. Kedatangan kerap Presiden Amerika ke Malaysia, Singapura dan Pilipina bukan satu perkara remeh. Ianya adalah satu paksaan untuk membawa masuk blok Asean kedalam payung proksi hegemoni Amerika dan Israel Zionis. China dipergunakan sebagai ancaman untuk menakut nakutkan kerajaan Nusantara ini. 

24. Perisikan Russia mendapat tahu bahawa fraksi militan Khawarij ISIS telah merekrut warga Caucasus untuk mencetuskan pemberontakan di wilayah Ichkeria dan Dagestan. Serbuan kepada kem latihan transit telah dilakukan agensi keselamatan Russia dengan bantuan pasukan tentera Checnya dibawah pimpinan Kadyrov. 

25. Secara tiba tiba Kadyrov dan Putin dimainkan media sebagai pakatan jahat yang baru. Masalahnya, mereka sedang berusaha mengawal sempadan sendiri dari sebarang anasir keganasan, dimana logiknya dituduh sebagai kejam kepada ummah Islam pulak? Bab ni yang ramai Muslim jadi kompuse. Sebab termakan kenyang sangat dakyah dari saluran media yang dikawal Zionis. Tak dapat dibayangkan jika perang di SyRaq merebak ke Caucasus. Berapa juta nyawa ummah Islam akan melayang nanti?

26. Kemudian, Putin telah berjumpa dengan semua pemimpin negara bekas jajahan Soviet (CIS) di Asia Tengah. Hampir semua pemimpin negara Muslim tersebut iaitu Kazakhstan, Uzbekistan, Afghanistan, Azerbaijan, Khirgystan, Tajikistan dan Turkmenistan telah bersetuju untuk membantu Russia menentang hegemoni Israel + Amerika tersebut. 

27. Malah Presiden Afghanistan bersama Presiden Checnya dan Putin telah menandatangani persetujuan membentuk satu pakatan ketenteraan. Ini yang lagi menaikkan darah kemarahan Amerika dan Zionis Israel. 

28. Inilah yang berlaku sejurus sebelum campurtangan Russia kedalam konflik di Syria. Pada masa sama Eropah sedang menghadapi krisis kritikal kemasukan beramai jutaan pelarian perang dari Syria ini. 

29. Perang di Syria sudah memasuki tahun ke 5. Soalannya kenapa tiada satu pun usaha pasukan negara Arab yang ''Islamik'' menghantar tentera mendamaikan Syria? Turki Sekular yang kuat retorik pun takde usaha membantu mendamaikan Syria. Malah menjahanamkan lagi kekusutan dengan menjadi orang tengah menyalurkan Minyak yang dicuri militan Khawarij ISIS kepada Eropah dan Israel. Sampai bila bila pun perang di Syria tidak akan selesai. Ini yang gagal difahami hampir semua ummah Islam terutama Melayu ni. 

30. Sebelum masuk campur untuk menyelesaikan krisis Syria ni, Russia telah menghantar envoy diplomatik bertemu dengan semua pihak terlibat di sana. Assad, ISIS, Fsa dan lain lain faction telah dihubungi untuk bekerjasama menamatkan perang. Malangnya sambutan dingin dan envoy Russia tersebut ada yang telah dibunuh kejam. Ini yang menaikkan kemarahan Russia. Tiada lagi ruang diplomasi keatas semua pihak tidak mahu berdamai di Syria itu. 

31. Berikutan krisis Syria yang tidak ada kesudahan, maka Russia pun mengambil keputusan memasuki Syria. Operasi pengeboman udara dilakukan keatas kesemua proksi militant baik daripada ISIS+Mossad mahupun fraction lain FSA, Jabhat Nusra dan lain lain. 

32. Soalan typikal kenapa Russia membantu Assad? Jawapannya MUDAH sahaja. Ini kerana Assad ni adalah KETUA NEGARA yang SAH. Bab dia zalim kejam semua tu lain cerita. Ini bukan kisah pasal berebut kedai tepi jalan tapi ini kisah lebih besar melibatkan politik antara negara. Jangan samakan pemikiran tepi jalan dengan corak sebenar GeoPol antarabangsa. 

33. Serupa lah mcm Malaysia mengiktiraf kerajaan KOMUNIS ZIONIS CHINA. Padahal sudah tahu penindasan berterusan keatas muslim Xinjiang. Kenapa masih lagi kerajaan Malaysia mengiktiraf dan hormati pemimpin Komunis China tu?... Sebab mereka adalah PEMIMPIN yang SAH. Thats why. Same as why Putin had to endured hardship only to support Assad yang zalim itu... 

34. No choice dah... Itu je jalan yang ada. Nak tukar kerajaan atau ganti pemimpin baru Syria tumbangkan Assad tu perlukan sokongan undian dari rakyat Syria sendiri. Sebab itulah demi nak bawak balik jutaan pelarian Syria yang merempat di Eropah dan seluruh dunia, mahu atau tidak, suka atau tidak, harus wujudkan Kedamaian dahulu di Syria. Kalian expect macam mana mahu wujudkan Keamanan di Syria ni? Dengan puluhan proksi militant yang banyak mazhab dan aliran, bergaduh sesama sendiri merebut ladang minyak, maka macam mana apa jalan lagi mahu wujudkan kedamaian di Syria? Tanpa kedamaian tiada rakyat. Tiada rakyat, tiada pemilihan umum undi Presiden baru, Dan Assad yang zalim itu akan tetap kekal memerintah Syria tanpa ada perubahan pun. 

35. Mengenai isu pesawat Russia mengebom orang awam Syria. Nak tanya dulu berapa ramai warga awam Syria masih duduk di bandar yang dikuasai oleh militan2 tersebut? Militan tersebut bukan duduk ditengah tanah tandus tetapi bersembunyi didalam runtuhan bangunan bandar. Russia ni jenis kalau buat sesuatu depa akan buat bersungguh sungguh. Tidak peduli pun kecelakaan sampingan (collateral damage) asalkan mencapai matlamat untuk menekan pemimpin militan tersebut meletakkan senjata dan berdamai. Ini semua perlu untuk memaksa semua pihak bertelagah meletakkan senjata. Kematian sampingan warga awam itu boleh saja dikira mati Syahid. Siapalah kita yang tanpa sedar mempersoalkan ketentuan Tuhan ni? No pain no gain. Itu fakta perang. 

36. Projeksi pengeboman udara pesawat Russia mensasarkan sasaran penting strategik seperti kubu pertahanan militan tersebut. Macam mana nak buat jika mereka berkubu di penempatan awam? Russia bukan suka suka menembak bunuh warga awam Syria. Jika benar mereka mahu menzalimi ummah Islam bukan di Syria saja yang diserang tetapi Russia pasti menyerang seluruh wilayah rantau Arab tersebut. Tak payah pening pening, Populasi Muslim sekeliling dan dalam sempadan Russia saja dah mencecah hampir 500 juta lebih. Kalau Russia memang mahu bermusuh dengan ummah Islam bukan Syria menjadi target tetapi ummah Islam didalam negaranya sendiri dibunuh licin. Betul tak?

37. Konsep doktrin operasi ketenteraan Russia di Syria ni mudah saja untuk difahami. Semua militant dan tentera keraajaan Syria Assad ni harus meletakkan senjata. Berdamai. Bawak pulang semula jutaan pelarian Syria yang merempat di Eropah. Setelah semua dibawak pulang, keadaaan sudah tenang, maka harus dilakukan satu Undian pemilihan ketua negara yang baru. Terpulang pada pilihan rakyat Syria sendiri samaada mahu kekalkan Assad ataupun memilih pemimpin baru. Ini memerlukan situasi tenang. Baru boleh berjalan dengan berkesan. Jika perang tak berkesudahan sampai bila bila pun ummah Islam berbunuhan sesama sendiri atas bendera palsu. 

38. Kemudian apabila pesawat Russia mula mensasarkan target ekonomi Militan Khawarij seperti depot simpanan minyak, kilang penapis, lori lori tangki yang bersusun masuk ke Turki, Amerika dan Zionis Israel panas hati. Dimensi perang di Syria mula menampakkan hasil untuk berubah. Berubah kepada keadaan yang dirancangkan Russia, untuk memaksa militan meletakkan senjata harus dihapuskan dahulu sumber kewangan mereka. 

39. Secara tiba tiba berlaku FalseFlag di Perancis. Dengan segera Perancis menghantar pesawat pengebom menyerang Syria sekali. Yang jadi mangsa adalah warga awam Syria jugak. Gambar2 pengeboman Perancis dipotretkan sebagai hasil kezaliman Russia. Perancis bukan menyasarkan kubu militan tetapi mahu sabotaj operasi Russia di Syria. Padahal sejak awal tahun ini lagi Kapal Pengangkut Pesawat Perancis Charles de Gaulle sudah berlabuh diantara teluk Mediterannean dan Teluk Arab mengawal ruang udara Militan. Mudah cerita Perancis dan Nato dah lama menjadi pengawal peribadi Isis+Mossad dan sebab itulah krisis Syria belum mahu selesai walaupun sudah memasuki tahun ke5. 

40. Kini pesawat perang Perancis menjadi gila babi menyerang penempatan awam Sunni siang malam di Iraq. Yang menghairankan berita ini tidak dilaporkan secara agresif.

41. Secara tiba tiba berlaku insiden pesawat Turki menembak jatuh pesawat Russia yang sedang dalam operasi menghapuskan aliran minyak militan Khawarij ke Turki. Menambahkan sentimen panas, kedua pilot dibunuh kejam. Malah kru heli marin SAR Russia yang bergegas kelokasi insiden turut ditembak jatuh. Ini bukan kaedah perang ummah Islam. Nabi SAW sendiri mengharamkan ummah Islam menyakiti tawanan perang. Dalam insiden ini terangan mencabul Disiplin Perang Islam. Semuanya dilakukan untuk memprovokasi Russia agar lebih agresif berperang kedalam wilayah Syria. 

42. Provokasi tersebut malangnya gagal sama sekali. Putin dilihat diplomatik dan didalam kenyataan rasminya menganggap insiden ini sebagai terpencil dan tidak perlu diperbesarkan. Matlamat utama Russia di Syria adalah untuk meneutralkan semua ancaman militan dan kerajaan memerintah demi mewujudkan situasi tenang dan aman. Ini penting untuk proses seterusnya membawa pulang jutaan pelarian Syria yang terkandas di Eropah kembali semula kenegara asalnya. 

43. Buat tempoh masa ini keadaan masih lagi agak terkawal walaupun banyak insiden provokasi berlaku untuk memaksa keadaan lebih buruk. Krisis Syria hanya akan merebak jadi perang dunia ke3 (mungkin) lebih meluas keseluruh rantau lain hanya JIKA Russia mengatur gerak masuk bala tentera daratnya ke Syria. Selagi belum terjadi anggap saja Russia tiada intention niat untuk merancakkan perang lebih besar. 

44. Anggap analogi mudah Russia begini. Russia nk umpama ahli BOMBA penyelamat. Isis+Mossad dan faction militan lain semuanya seperti API Marak. Sekarang ini kebakaran berlaku di hujung kampung. Nak tak nak Russia terpaksa masuk campur untuk padamkan kebakaran ini. Jika tidak terkawal api marak akan menyambar hanguskan rumah rumah jiran disekeliling sempadannya. Siapa yang waras mahu melihat kebakaran menghampiri rumahnya bukan?...

45.
46.
47.

Point last : Alkisah semua krisis Russia - Zionis Amerika ni punca nya dari usaha Putin memecahkan ekonomi Dunia dari sistem kartel Zionis Bankers. Jika Putin tidak menubuhkan anti thesis Zionis Bankers iaitu BRICS, mungkin situasi berubah dari apa yang berlaku sekarang ini. Apapun semuanya berlaku atas sebab musabab ketentuan Tuhan jugak. Kita ni yang sepatutnya ambik iktibar. Jangan terlalu bernafsu nak berperang atas nama Jihad, sebab itu palsu hasutan syaitan iblis sahaja. Jihad sebenar benarnya adakah mengekalkan keamanan sesama sendiri.
Wallahualam... 

Keep Sharing or Komen jika rasa bermanfaat. Sebab gua akan sambung lagi plot plot nya mengikut masa sebenar. 

Panjang kronologi. Jap lagi sambung...

Sumber: Amzarul Yuzrin Bin Mohd Yusof
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com