innity

pages

Sunday, January 31, 2016

[APA NI NAJIB?] Arahan Tidak Benarkan Tan Sri Muhyiddin BERUCAP masa Lancarkan Liga Bola Sepak Petang tadi


31 Januari - Tan Sri Muhyiddin Yasin telah dijemput oleh Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya untuk melancarkan Liga Bola Sepak Belia Komuniti Subang Jaya petang tadi.

Program tersebut telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 (SMK USJ4).

Sungguhpun program tersebut anjuran Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya dan hanya menggunakan padang sekolah tetapi pihak sekolah telah menghalang Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk berucap.




Tan Sri Muhyiddin merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan yang mana semua sekolah di Malaysia terletak di bawah bidang kuasa beliau sebelum ini.

Pihak sekolah menyatakan mereka bertindak sedemikian setelah menerima arahan daripada pihak tertentu agar mengarahkan pihak penganjur tidak membenarkan Tan Sri berucap. 

"Saya telah diundang oleh Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya untuk melancarkan Liga Bolasepak Belia Komuniti Subang Jaya di SMK USJ 4 petang tadi. Malangnya, saya diberitahu pihak sekolah telah menerima arahan daripada pihak tertentu untuk mengarahkan penganjur supaya tidak membenarkan saya berucap." tulis Tan Sri Muhyiddin di dalam facebook beliau.




Tindakan menghalang Tan Sri Muhyiddin berucap di program-program sebegini dilihat sudah melampaui batas demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Ini bukan program UMNO atau program Kerajaan.

"Tidak mengapalah. Saya telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Walaupun tidak berucap, saya sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang. Tahniah dan selamat bersukan saya ucapkan kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan" kata beliau.



Sebelum ini Pesiden UMNO, Najib pernah menghalang Tan Sri Muhyiddin merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang mana ia telah menjadi amalan Timbalan Presiden UMNO akan merasmikan sayap.
Sebaliknya, Najib berkata, majlis perasmian mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.
“Apalah dosa yang telah saya lakukan terhadap UMNO sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap Timbalan Presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebook memberi respon terhadap arahan Najib.
Muhyiddin berkata, beliau kesal kerana tidak diberikan peluang untuk menyampaikan amanatnya dalam sebuah majlis yang amat bermakna pada dirinya sebagai Timbalan Presiden.
“Ia adalah ucapan terpenting saya di hadapan para pejuang parti yang melakarkan harapan serta cita-cita saya agar UMNO terus gagah meredah cabaran zaman.
Apakah yang ditakuti oleh Najib tiada siapa yang tahu.

[VIDEO MUKHRIZ DISAMBUT RAKYAT] ‘Pertemuan esok bukan dengan saya'


Pertemuan itu bukan dengan saya, dengan ADUN-ADUN serta Jemaah.”
Itu kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika diminta mengulas mengenai satu pertemuan antara Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dengan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, esok.
Pertemuan tersebut dipercayai berkaitan dengan kemelut politik membabitkan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Ketika ditanya mengenai sebab pertemuan tersebut, Mukhriz berkata kemungkinan pihak Jemaah Pemangku Sultan Kedah mahu mengetahui pendirian politik di kalangan ADUN terlibat.
Bagaimanapun, Mukhriz mengesahkan tidak akan hadir namun akan berjumpa pihak Jemaah Pemangku Sultan Kedah secara perseorangan.
“Mungkin ada beberapa soalan yang Jemaah nak tanya kepada ADUN-ADUN ini untuk memastikan adakah benar mereka mempunyai pendirian seperti yang dilaporkan dalam sidang media pada 20 Januari lalu.
“Saya tidak hadir. Kalaupun saya hadir hanya berjumpa secara perseorangan. Saya tidak akan berada dalam pejabat di mana wawancara itu diadakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini hari ini.


Suasana politik di Kedah ‘panas’ sejak kebelakangan ini apabila Mukhriz menerima tekanan daripada ADUN dan Anggota Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Terdapat maklumat bahawa 19 daripada 21 ADUN BN – 17 daripada Umno dan dua MCA – telah menandatangani surat akuan menyatakan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.
Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Tan Sri Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah, yang juga Tunku Temenggong Kedah, di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan di ibu negara bagi membincangkan mengenai pertukaran Menteri Besar.
Turut hadir pada pertemuan hampir sejam itu adalah dua lagi anggota jemaah iaitu Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Najib dalam sidang media pada hari yang sama selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dilaporkan sebagai berkata beliau telah menyembah maklum beberapa cadangan kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung kemelut berkenaan.

therakyatpost

[KELUARKAN MENTERI BAHAN JENAKA] 'Negara perlu menteri bijak, bukan 'tampung' poket sendiri'



SHAH ALAM - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan negara ini memerlukan menteri bijak yang boleh berkhidmat untuk rakyat bukannya untuk menampung poket sendiri.

Perkara itu disuarakan dalam satu kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers, semalam yang ditegaskannya demi rakyat tanpa ada kepentingan peribadi dan nasihat itu dibuat kerana beliau mengambil berat terhadap keadaan politik negara.

“Dengan rendah diri, saya ingin memberi nasihat untuk kerajaan, langkah pertama dalam usaha menambah baik sistem adalah dengan mengeluarkan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka.

“Negara kita memerlukan menteri bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat, bukan berkhidmat untuk menampung poket mereka sendiri. Saya berdoa agar keadaan dan kesedaran politik di negara ini akan diperbaiki untuk manfaat rakyat,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau berjanji akan terus bersuara untuk rakyat demi menjadikan negara ini tempat lebih baik bukan untuk mencetuskan ketegangan dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kerana ia adalah tugas dan tanggungjawab saya sebagai Tunku Mahkota untuk berkhidmat kepada rakyat Johor. Saya amat menjaga kebajikan rakyat Johor dan juga rakyat Malaysia yang lain.

“Terdapat beberapa pihak yang cuba sedaya upaya untuk mendiamkan saya. Tetapi berada di kedudukan saya, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyuarakan pendapat ikhlas saya untuk kebaikan negeri tercinta dan juga negara,” katanya.
Baginda menambah, baginda bukan seorang ahli politik dan tidak perlukan sebarang undi.

"Saya hanya seorang putera yang sayangkan rakyat dan apa yang saya katakan atau lakukan adalah untuk kesejahteraan mereka,” katanya. - SH

[RAKYAT KEDAH DITIPU PRU13] PAS: Najib HANYA perguna Mukhriz untuk tawan Kedah

ALOR SETAR: PAS mendakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya diperguna oleh Datuk Seri Najib Razak untuk merampas balik Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata demikian apabila mengulas tindakan 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah yang secara tiba-tiba membuat keputusan mendesak Mukhriz berundur.

“Mukhriz ini saya lihat seperti titi oleh kerajaan BN dan UMNO.

“Apabila BN sudah dapat seberang menggunakan titi itu, mereka buang titi itu. Itu yang saya lihat situasi Mukhriz masa ini,” katanya kepada FMT.

Katanya, PAS tidak terkejut dengan kemelut yang sedang berlaku dalam UMNO di Kedah.

Katanya, ia disebabkan acuan UMNO yang sebegitu telah meresap ke dalam jiwa ahli-ahlinya.

“Saya tidak terkejut kerana kita tahu acuan UMNO dari atas telah meresap ke dalam ahli-ahli mereka. Jadi berlakulah polemik seperti ini,”  - FMT

SEGERA MOHON AMPUN kepada TUANKU SULTAN


KENYATAAN AKHBAR

Di saat rakyat Negeri Kedah Darul Aman sedang bergembira meraikan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang ke-88, sekumpulan pemimpin UMNO negeri ini telah bertindak mendesak saya berundur dari jawatan Menteri Besar.

Tindakan 12 Ketua Bahagian dan dua Timbalan Ketua Bahagian mengheret sama ketua-ketua sayap dan pemimpin muda dalam UMNO mengadakan sidang media di Alor Setar pada 20 Januari 2016 lalu adalah tidak bertanggungjawab.

Malah sebilangan yang hadir pada sidang media tersebut telah maklum kepada saya bahawa mereka tidak mengetahui terlebih dahulu tujuan dan intipati kenyataan yang dibuat. Saya percaya desakan mereka tidak mewakili suara majoriti ahli UMNO dan yang lebih penting lagi, kehendak rakyat Negeri Kedah.

Perbuatan kumpulan ini telah mencemar pelbagai acara sambutan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah. 

Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Menteri Besar, saya telah menerima khabar sesungguhnya Duli Tuanku Sultan dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut.

Yang lebih dikesali apabila tindakan itu disertai beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang sudah berikrar taat setia kepada Raja Pemerintah ketika mengangkat sumpah jawatan masing-masing.

Turut mendukacitakan, rentetan dari sidang media tersebut, enam daripada sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak menghadiri Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah pada hari Rabu, 27 Januari 2016 yang lalu. Ini jelas sekali menyalahi peraturan pelantikan mereka sebagai Penjawat Awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan Raja Pemerintah, seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, keengganan menghadiri Mesyuarat EXCO menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan yang telah diatur oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program dan aktiviti pembangunan untuk rakyat di negeri ini. Saya dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan turut murka dengan keingkaran Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkenaan.

Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, saya dengan rasa rendah diri memohon ampun kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah di atas perbuatan segelintir ahli UMNO yang telah mencemari kemuliaan Duli Tuanku Sultan dan kemeriahan majlis sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Saya mendesak agar kesemua 14 Ketua UMNO Bahagian yang terlibat secara langsung mahupun tidak dengan sidang media pada 20 Januari 2016 lalu, dan enam orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang tidak hadir Mesyuarat EXCO pada 27 Januari 2016 segera memohon maaf secara rasmi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Sehingga kemelut ini selesai, semestinya setiap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Udangan Negeri melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Raja Pemerintah dan rakyat baginda, seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.

DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Dikeluarkan di Alor Setar, Kedah bertarikh 31 Januari 2016


- mukhrizmahathirfc.com

Puak Pemakan Dedak & Bangkai TERDESAK cuba LAGAKAN Mukhriz dan KJ

Untuk makluman semua, screenshot tersebut yang disunting adalah PALSU. Sila rujuk Facebook Malaysiakini untuk maklumat sahih. -
Malaysiakini (BM Version)


[5 GAMBAR] Ketua-Ketua Cawangan UMNO negeri KEDAH Desak Najib Letak Jawatan


31 Januari -  Ketua-ketua Cawangan UMNO negeri Kedah mula menyuarakan pandangan mereka dan mendesak pimpinan tertinggi UMNO iaitu Perdana Menteri dan penasihat disekeliling beliau agar meletak jawatan dan menyerahkan kepimpinan kepada mereka yang mempunyai integriti yang tinggi.

Ketua Cawangan UMNO Kedah bersepakat menyatakan 'Tidak Bersetuju' dengan tindakan mahu menggugurkan YAB DS Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.

Ketua-ketua Cawangan UMNO di negeri Kedah ini diketuai oleh Tuan Syed Osman Mansor, Ketua Cawangan UMNO Taman Bunga Raya, Sungai Petani, Kedah.

Maklumat lanjut berkaitan Kenyataan Media kumpulan ini akan menyusul.






Ketua Cawangan UMNO Taman Bunga Raya, Tuan Syed Osman Mansor dan ahli cawangannya bersepakat menyatakan 'Tidak Bersetuju' dengan tindakan mahu menggugurkan YAB DS Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.Pemimpin akar umbi UMNO sudah mula bersuara.Sebarkan !
Posted by Khairy Zainorin on Saturday, January 30, 2016

Serangan Puak Pemakan Dedak terhadap Pengarah Operasi SPRM, Bahri BOLEH MAKAN DIRI


Serangan Puak Pemakan Dedak terhadap Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin boleh memakan diri, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
Beliau berkata terdapat pelbagai serangan terhadap Bahri baru-baru ini oleh mesin propaganda Umno, seperti portal MyKMU, dalam usaha untuk menjatuhkan pegawai kanan SPRM itu.
"Jelas sekali terdapat percubaan untuk menakut-nakutkan Bahri dan pemimpin SPRM lain. Ini adalah modus operandi biasa oleh alat-alat propaganda ini," katanya sambil menambah bahawa ia biasanya melibatkan mereka cerita untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai ancaman.
Beranikan SKMM mengambil tindakan terhadap blog ini?

Katanya, ahli-ahli politik adalah tokoh masyarakat, maka mereka tertakluk kepada penelitian awam, tetapi berkata ia adalah membimbangkan bahawa serangan tertumpu kepada Bahri.
Ancaman terhadap pegawai kanan awam seperti Bahri jelas satu usaha untuk campur tangan dalam pentadbiran keadilan, kata Rafizi kepada Malaysiakini.
Ia juga adalah satu percubaan awal untuk menimbulkan kesangsian terhadap sebarang penemuan atau tindakan yang diambil oleh Bahri dan SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berhubung dengan isu 1MDB.
Rafizi menasihatkan alat-alat propaganda ini bahawa sebanyak mana 'spin' pun, tidak boleh memulihkan kredibiliti Najib; orang ramai tidak boleh menerima justifikasi diberikan dalam menutup kes terhadap perdana menteri.
Lebih buruk lagi, katanya, jika mereka mahu menjatuhkan pegawai bermoral seperti Bahri bagi menyelamatkan kredibiliti Najib, ia adalah satu strategi yang tidak baik kerana ia akan memakan diri sendiri.
Pada hari Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan bahawa setelah meneliti kertas siasatan SPRM, beliau berpuas hati Najib tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Saturday, January 30, 2016

Mahfuz:SD hanya SETARAF 'KERTAS TANDAS', Kerajaan Baru Pengguling Mukhriz hanya LAYAK TADBIR sebuah TANDAS


Selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebarang akuan bersumpah (SD) yang dipersembahkan bagi menyokong desakan supaya menukar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya setaraf 'kertas tandas'.
"Sebarang dokumen Akuan Bersumpah ADUN Umno Kedah yang dipersembahkan ke bawah Duli Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk menunjukkan yang Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN Kedah, adalah suatu penghinaan ke bawah Tuanku Sultan (Abdul Halim Muadzam Shah).
"Kertas akuan bersumpah tersebut hanya setaraf 'kertas tandas' kerana diperolehi secara tidak demokratik seperti yang didakwa oleh ADUN Kota Seputih (Datuk Abu Hassan Sarif)," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.
Abu Hassan yang dipetik oleh Malaysian Insider minggu lalu sebagai berkata dia hampir jatuh ke dalam laut ketika melarikan diri kerana "diburu" bagi mendapatkan "sesuatu".
Walaupun Abu Hassan enggan mendedahkan sebab sebenar di sebalik kejadian itu, laporan yang sama memetik sumber-sumber yang berkata 19 ADUN telah menandatangani SD untuk menunjukkan mereka hilang sokongan kepada Mukhriz.
"Jika akuan bersumpah ADUN Umno diterima untuk menyingkir Mukhriz sebagai MB, ini bermakna kerajaan baru yang akan dibentuk nanti adalah kerajaan boneka yang tiada moral politik untuk mentadbir negeri Kedah.
"Kerajaan tersebut hanya layak untuk mentadbir dan mengurus sebuah tandas," kata Mahfuz sambil menambah bahawa pengakuan Abu Hassan itu hanya mengesahkan keraguannya terhadap kesahihan SD tersebut.
Sebelum ini dilaporkan bahawa dua ADUN MCA Kedah telah menafikan menandatangani SD, walaupun sumber-sumber mendakwa sebaliknya.
Semalam, Najib berkata pertemuannya dengan Majlis Regency berjalan lancar dan senarai nama yang dicadangkan sebagai pengganti Mukhriz telah diserahkan dan tidak ditolak oleh istana.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan senarai nama itu dan berkata Mukhriz akan kekal sebagai menteri besar Kedah dan pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri sehingga diberitahu kelak.
Kedah Dewan Undangan Negeri mempunyai 36 ADUN - 21 daripada BN, dan baki 15 daripada PAS, PKR, DAP, dan Parti Amanah Negara. - MK

Kisah Mona Din PINDAHKAN WANG TABUNG HAJI ke bank lain kerana Tak Sokong PEMAKAN DEDAK

Tersebar di media sosial seorang pemilik akaun facebook yang dikenali sebagai Mona Din yang dikatakan telah memindahkan SEMUA wang di dalam Tabung Haji ke akaun bank yang lain untuk menyatakan bantahan terhadap apa yang berlaku terhadap pengurusan kewangan Tabung Haji pada masa ini.

Beliau bertindak sedemikian bukan kerana tidak yakin wang akan selamat di Tabung Haji, malah beliau percaya wang di Tabung Haji tetap terjamin dan mungkin juga turut dibayar dividen.

Namun tindakan beliau ini dibuat sebagai respon mengikut cara beliau kerana suara rakyat yang menegur sudah tidak diendahkan oleh pemimpin atasan.

Berikut adalah ulasan oleh Mona Din:

BYE2 LTH
Saya tak suka nak komen2 pasal politik.
Saya prefer jadi pemerhati senyap je.

Wlu dlm Fb, atau dlm any WA group yg saya join, saya memang jarang muncul, x pandai nak sembang2 kosong, apatah lagi nak bdebat atau nak komplen hal2 politik.
Saya lebih suka guna hak saya sbg pengundi dan prefer mmangkah pemimpin yg saya pilih, InsyaAllah klu blh yg bteras khalifah Islam..
Tapi pilihan raya lambat lagi, dan dari hari ke hari, hati saya semakin mdidih di dlm...
Apa dah jadi kpd Malaysiaku ?
Apa dah jadi kpd negara Islamku ?
Sedih. Sedih. Sedih.
Kemelut terbaru LTH, mhancurkn hati & kpercayaan saya...
Saya tahu, InsyaAllah wang saya tak ke mana, ttp di situ, malah pastinya dividend pun ttp akan ada, wlu mungkin tak sbyk dulu lagi.
( tapi saya pun x mahukn dividen yg tinggi, klu sepatutnya itu bukn hak saya, jika mngambilkira perkara yg sepatutnya di lakukn LTH)..
Saya melihat semua rakyat jelata marah, kutuk, komplen, sindir, cerca bagai..
Tapi situasi zaman kebelakangan ni jelas mnunjukkan, marah dan suara rakyat pun tak de makna. Tak boleh mngubah apa2 pun..
Lalu saya bfikir, apa yg saya blh buat, unt menyatakan suara saya, tidak bsetuju ttg apa yg blaku kpd LTH, dan kepimpinan nya, mngikut cara saya..
Klu hanya setakat bising di media sosial, org2 mcm saya pulak tu, blh bagi impak ke..pastinya bagai anjing mnyalak bukit saja !
Maka today saya putuskn, saya nak guna hak saya, melakukn pkara mudah, di hujung jari saja...
Dan saya baru balik dr TH, saya dah transfer SEMUA simpanan dlm TH saya ke akaun islamic, bank2 yg lain.
( sorry, pbetulan : saya tinggalkn rm1500, sbb staff TH kata itu kadar minimum, unt memg aktifkn akaun., kot2 esok lusa bila kmelut TH selesai saya nak transfer balik...yg lain, semua saya keluarkan).
Lagi pun saya pun dah pi haji, keperluan saya kpd LTH dah x byk dah rasanya..
Saya menabung di situ pun sbb saya rasa ia paling shariah-compliance, juga nak support institusi bteras Islam.

Tapi sbb sekarang nampak caranya saya pun dah x berapa blh percaya kepimpinan TH, saya buat decision lain la pulak..
So, saya nak tengok, klu LTH dpt mberi kembali kpercayaan saya, anytime saya blh transfer balik duit2 saya back to TH.
But for this time being, bye2 TH.
Saya tak support pmakan2 dedak !
oleh: Mona Din

Rumah MENTERI Penasihat Utama PERDANA MENTERI Dilontar Bom Petrol


ATHENS: Kediaman seorang menteri Greece di tengah Athens dilontar bom petrol oleh sekumpulan penyerang tidak dikenali pada awal pagi Sabtu.

Polis berkata, insiden itu mengakibatkan kerosakan tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut polis, serangan tersebut berlaku di luar kediaman menteri, Alekos Flabouraris yang merupakan penasihat utama kepada Perdana Menteri, Alexis Tsipras, di pusat bandar di kawasan Exarchia.

Parti pemerintah berhaluan kiri Syriza mengutuk serangan berkenaan dengan mengatakan bahawa ia tidak akan menjejaskan demokrasi di negara tersebut.

Insiden serangan terhadap ahli politik, pegawai perbankan dan ahli perniagaan merupakan sesuatu yang luar biasa di Greece, negara yang mempunyai sejarah panjang dalam keganasan politik. - Reuters

Shahbuddin: Najib Dulu Takut Tun M di NothingToHide, Takut Muhyiddin Rasmi Mesyuarat Sayap, Sekarang Takut Mukhriz di MT


Mesyuarat MT UMNO semalam tidak membuat apa-apa keputusan berhubung kedudukan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Meskipun Najib Razak sudah mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk memohon perkenan melantik Menteri Besar yang baru, tetapi beliau mengatakan ia akan diumumkan kemudian.

Bermakna, sehingga angkat sumpah diadakan, Mukhriz masih kekal dengan kedudukannya yang ada sekarang.

Tetapi, semalam beliau sudah pun dihalang daripada menghadiri mesyuarat MT sedangkan masih lagi berkedudukan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan Menteri Besar Kedah.

Walaupun kehadiran Mukhriz dalam mesyuarat MT hanyalah dalam kapasiti "turut hadir"  berikutan kedudukannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, namun selagi jawatan itu masih disandangnya, beliau tidak seharusnya "dihalau"  begitu saja.

Harus ada sedikit hormat atas jawatan yang disandangnya itu, lainlah jika beliau sudah digugurkan daripada mengetuai UMNO negeri Kedah.

Kenapa jadi begini?  Apa yang Najib takut sangat dengan Mukhriz daripada menghadiri mesyuarat MT itu?

Apa yang cuba dirahsiakan dalam mesyuarat MT semalam?

Mengapa menutup terus telinga daripada mendengar penjelasan Mukhriz sekiranya timbul perbincangan mengenai jawatannya yang mahu dilucutkan?

Sebelum ini Najib didapati takut dengan Tun Mahathir Mohamad dalam program NothingToHide dan takut dengan Muhyiddin Yasin sehingga tidak membenarkannya merasmikan mesyuarat sayap-sayap serta berucap menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO, rupa-rupanya beliau juga gentar untuk berdepan anak bekas Perdana Menteri itu.

Apakah Najib hanya berani dalam komunikasi sehala saja? Kenapa sebagai individu paling berkuasa dalam negara, Najib masih ada rasa takut dalam dirinya?
 
 
Memang hak Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO untuk menukar mana-mana Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO, tetapi beliau juga seharusnya tahu menghormati kedudukan seseorang yang masih ada kedudukan dalam parti dan kerajaan.

Belajarlah daripada Tun Mahathir yang masih memberi ruang kepada Tun Musa Hitam merasmikan mesyuarat sayap-sayap pada pemilihan 1987 meskipun ketika itu bekas Timbalan Perdana Menteri itu bermusuh dengannya.

Juga, belajarlah bagaimana Tun Mahathir masih membenarkan Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat MT dan membela dirinya sebelum memecatnya pada 1998 dahulu.

Kalau pun perlantikan Menteri Besar memerlukan sedikit masa lagi untuk Najib menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu, kenapa tidak digugurkan saja jawatan Mukhriz sebagai Pengerusi Perhubungan terlebih dahulu agar tidak berbangkit keperluannya menghadiri mesyuarat MT UMNO?

Mukhriz sendiri pun barangkali lebih memahami ketidakperluannya hadir dalam mesyuarat MT jika jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah itu sudah dilucutkan daripadanya.
 
Surat pemberitahuan mengenai ketidakperluannya hadir itu hanya disampaikan setelah beliau memasuki bilik mesyuarat di Menara Dato' Onn, PWTC.

Bukankah lebih baik, bersekali dengan pengguguran Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan, Tengku Adnan Tengku Mansor juga perlu digugurkan sama sebagai Setiausaha Agung UMNO? (Shahbuddin Husin 30/01/2016).

CGPA 3.85 pun 2 KALI Kena TURUN PANGKAT


PETALING JAYA: Pointer 3.85 yang dimiliki Datuk Ahmad Maslan tidak menjamin beliau untuk terus memegang jawatan penting dalam UMNO.

Mungkin perkara yang sama difikirkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga terpaksa menukar jawatan terdahulu Ahmad Maslan.

Bekas Naib Ketua Pemuda Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata demikian selepas Ahmad Maslan sekali lagi diturunkan jawatan, Ketua Penerangan UMNO kepada Ketua Biro Teknologi Maklumat.

Katanya, rombakan itu mungkin dilakukan ekoran kegagalan Ahmad Maslan memberi penerangan isu-isu semasa melibatkan parti Melayu itu.

“Jika penurunan pangkatnya sebagai timbalan menteri di kementerian paling senior (Kementerian Kewangan) kepada yang kurang senior sebelum ini dikaitkan dengan kegagalannya memberi penerangan berkaitan GST sehingga timbul pelbagai kekeliruan dan momokan, barangkali pertukaran jawatan dalam UMNO ini kerana Najib juga tidak puas hati dengan prestasinya dalam memberi penjelasan berkaitan isu-isu semasa dalam negara.

“Agaknya dalam perkiraan Najib, pointer 3.85 yang dimilikinya tidak cukup sesuai untuk Ahmad Maslan banyak bercakap dan memberi penerangan di sana sini,” katanya menerusi entri terbaharu blognya shahbudindotcom.blogspot.

Shahbudin turut menyampaikan rasa simpatinya terhadap dua kali penurunan jawatan Ahmad Maslan dalam waktu terdekat hasil keputusan Perdana Menteri.

“Jawatan Ketua Penerangan UMNO yang disandang oleh Ahmad Maslan sejak Najib menjadi Presiden UMNO bermula 2009 lalu kini diambil alih oleh Annuar Musa, seorang bekas menteri dan Ahli Parlimen Ketereh, Kelantan,” katanya.

Ahmad Maslan kini dilantik ke jawatan lebih rendah menjadi ketua perang siber UMNO yang baharu yang  daripada penyusunan semula struktur Majlis Tertinggi UMNO, yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak seusai Mesyuarat (MT) UMNO, di PWTC semalam. - FMT

[TIDAK PERLU HADIR] Mukhriz: Masya' Allah, Demi Allah Ku Nan Tidak Menelefon atau Bercakap Dengan Saya


SUA UMNO menipu! Ku Nan kata dia call sendiri DS Mukhriz tapi DS menafikan Ku Nan ada bercakap dengannya! Inilah pembohongan nyata untuk menjatuhkan maruah Menteri Besar Kedah.

Terang2 ia satu fitnah oleh SUA UMNO! Inilah manusia yang merosakkan UMNO!


We Are Kedah Brotherhood

10 FAKTA Dato' Seri Mukhriz Mahathir


1. Beliau adalah bekas pelajar MRSM yang melanjutkan pelajaran ke negeri Jepun. Maka, beliau sudah terbiasa dengan rakyat kebanyakan dan berdikari sejak dari zaman sekolah berasrama penuh dan remaja lagi.


2. Sebelum berkecimpung dalam arena politik, beliau sudah pun menjadi seorang usahawan yang berjaya bertaraf ratus jutawan. Semasa Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau tidak dibenarkan memasuki arena politik.

3. Dato' Seri seorang anak yang sangat patuh kepada orang tuanya dan hasil didikan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, beliau amat menghormati masyarakat dari pelbagai lapisan. Beliau selesa bergaul dengan rakyat kebanyakan dan tidak kekok serta sangat merendah diri. Beliau tidak lokek dengan senyuman, salah satu saranan Baginda Rasulullah s.a.w. Beliau juga sangat rapat dengan golongan muda.

4. Semasa menjadi Menteri Besar Kedah, beliau menyalurkan keseluruhan gaji beliau kepada sekolah-sekolah pondok dan agama di negeri Kedah. Beliau sangat menyantuni dan menghormati guru-guru agama.

5. Hasil didikan agama yang baik, beliau sangat suka melawat pondok-pondok agama di negeri Kedah dan boleh menjadi imam untuk solat berjemaah. Rakyat negeri Kedah dari pelbagai lapisan serta fahaman politik amat menyayangi beliau kerana mudah untuk didekati.

6. Semenjak menerajui kerajaan negeri Kedah, beliau telah berjaya membawa masuk pelaburan dari luar sebanyak RM11.8 bilion. Kini, ramai pelabur-pelabur dari negara China sangat berminat melabur di negeri Kedah. Langkawi sahaja bakal melihat pembangunan 5 buah hotel baru bertaraf 5 bintang.

7. Dalam usaha beliau untuk menambah pendapatan negeri Kedah, beliau telah melancarkan tahun Discover Kedah 2016 untuk menarik pelancong asing datang melawat Kedah. Menerusi kerjasama Tourism Malaysia ~ Cuti-Cuti 1Malaysia, seramai 200 pengusaha pelancong dan media antarabangsa telah di bawa melawat negeri Kedah dalam langkah mempromosikan tempat-tempat menarik untuk dilawati.

8. Usaha berterusan beliau menghasilkan kerjasama dengan syarikat penerbangan AirAsia di mana,pada 24hb Januari, 2016 nanti, penerbangan terus dari negara China ke Langkawi akan mendarat di Langkawi International Airport dan bakal menjadi laluan tetap.

9. Beliau dapat merasai kesusahan rakyat bawahan dan dengan lantang mencadangkan agar kerajaan persekutuan menurunkan kadar GST dari 6% kepada 3%.

10. Sukan bolasepak Kedah menerusi KFA (Kedah Football Association) telah berjaya kembali memenangi beberapa piala apabila beliau memberi sokongan dan perhatian yang khusus kepada agenda meningkatkan mutu bola sepak negeri Kedah.

Secara peribadi, saya sangat menghormati beliau dan menyokong penuh Dato' Seri menerajui negeri Kedah sebagai Menteri Besar. Kami penduduk Langkawi menyokong Dato' Seri. Teruskan perjuangan.

[PERLEKEH RAKYAT KEDAH] UMNO ‘biadap’ pada Menteri Besar rakyat Kedah


PETALING JAYA: UMNO ‘biadap’ kerana menghalang Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT), semalam.

Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin mempertikaikan halangan itu kerana Mukhriz bukan sahaja layak menyertai mesyuarat itu selaku anggota lantikan, bahkan juga mewakili rakyat Kedah – negeri majoriti Melayu – selaku Menteri Besar.

“Secara peribadi, saya menganggap layanan UMNO kepada Menteri Besar Kedah hari ini (semalam) bersifat biadab.

“UMNO telah mengenepikan Menteri Besar Kedah yang cukup disayangi oleh rakyat Kedah dan berjuta-juta rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi FMT.

Mukhriz ketika ini menghadapi ‘pemberontakan’ dalaman parti, yang mendesak Najib supaya mengugurkan anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Terdahulu, Najib mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan UMNO Kedah dan ‘pemberontak’. Najib kemudiannya menyerahkan tiga nama sebagai calon Menteri Besar menggantikan Mukhriz kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah, semalam.

“Yang sepatutnya dihalau dari bangunan UMNO tersebut adalah Najib Razak,” kata Anina yang menegaskan beliau sebagai punca UMNO hari ini goyah, dan “kerap menggunakan saluran tikus untuk menyelinap masuk dan keluar dari bangunan UMNO.”

“Saya ingin mengingatkan DS (Datuk Seri) Najib bahawa, apabila anda mengenepikan MB Kedah bermakna anda telah memperlekehkan jiwa rakyat Kedah.”

Semalam, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan Mukhriz dihalau, sebaliknya beliau datang tanpa dijemput. - FMT

Ketua Umno cawangan Kedah kecam tindakan Ku Nan halau Mukhriz


Seorang ketua Umno cawangan di Kedah, Mejar Anwar Abd Hamid membidas tindakan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghalau Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini (semalam). 

[KUASA ALLAH] Ahmad Bashah SUDAH KECUNDANG sebelum Mukhriz tumbang




Nasib YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir sudah pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib putuskan, beliau bakal kehilangan kerusi Menteri Besar Kedah bila-bila masa saja. Hanya persoalan bila saja yang masih menjadi tanda tanya.

Persoalan lambat atau cepat ini bergantung pada Istana dan tekanan rakyat Kedah. Jika tekanan kuat daripada 2 kumpulan ini maka mahu tidak mahu Datuk Seri Najib Razak perlu mengekalkan Mukhriz untuk satu tempoh lagi. Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang semalam juga dipercayai membincangkan tentang masa depan Mukhriz.

Namun begitu, rezeki Ahmad Bashah Md Hanipah,watak utama pengguling dari Kedah yang begitu agresif menyerang kepimpinan Mukhriz pun dikatakan tidak begitu baik apabila Berita Harian melaporkan 3 nama yang dihantar ke Istana bagi menggantikan Mukhriz tidak termasuk nama Bashah.


Sekarang kita hampir nampak permainan dalang utama krisis ini, sikap Bashah terhadap Mukhriz akan menyebabkan rakyat Kedah meluat dan menolak Bashah yang kononnya bakal menggantikan Mukhriz namun apabila nama lain yang dicadangkan, persepsi rakyat akan sedikit dikelirukan kemudian mereka akan lebih lega kerana bukan Bashah yang akan mengambil alih kepimpinan. Maka penentangan awal terhadap pengambilalihan ini akan berkurangan dan kerosakan dapat sedikit sebanyak dikurangkan.

Rakyat Kedah sepatutnya tidak mudah ditipu dengan permainan politik kotor dalaman UMNO ini.

Pemerintahan Dato' Seri Mukhriz berjalan dengan lancar, Kedah membangun dengan jayanya semenjak beliau menjadi Menteri Besar.

Tiba-tiba mereka cuba hancurkan, kenapa?

[TURUN RAMAI-RAMAI] Himpunan Rakyat 1hb Feb 2016 di Stadium Darul Aman



Himpunan Rakyat 1hb Feb 2016... ayuh semua rakyat jelata tidak mengira agama, bangsa, dan aliran politik.. kita turun ke Stadium Darulaman pada hari tersebut selepas maghrib...

Himpunan ini bukan sahaja untuk menyokong Mukhriz.. tapi ia adalah satu himpunan bagi menunjukkan rakyat Kedah pantang keamanan dan kemakmuran yang sedia ada diganggu gugat dan dicemar oleh sesiapa saja.

Kami di sini Aman Makmur Sejahtera!
Kami hidup bersatu padu berbilang bangsa dan agama!
Jangan ganggu kami!

Kita gegarkan Stadium Keramat Darulaman kita!

1hb Feb Kita Turun Ramai-Ramai!!! 


Tarikh: 1hb Feb 2016(Isnin)

Tempat: Stadium Darul Aman

Jam: 7.30pm-11.00pm


Acara Utama:-

-Perarakan MB masuk dari jalan besar ke dlm stadium
-Ucapan MB & YB Pak Tam
-Perlawanan bola sepak player Kedah
-Majlis beramah mesra bersama MB

Kami mengharapkan seluruh rakyat Kedah dapat menyokong kepimpinan YAB DSMM sebagai president KFA pada hari tersebut.

Friday, January 29, 2016

[ALLAH MAHA KUASA] Rakyat Thailand di Sempadan, Penyokong Pas Kedah Turut Adakan SOLAT HAJAT agar Mukhriz Kekal MB

ALOR SETAR: Rakyat Thailand yang tinggal di sempadan Malaysia- Thailand dikatakan turut mengadakan solat hajat memohon Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah.

Begitu juga dengan penyokong-penyokong PAS yang dikatakan mengadakan solat hajat di kawasan masing-masing mendoakan Mukhriz tidak digantikan.

“Ini semua kerana sepanjang Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah, beliau membantu semua orang termasuk parti pembangkang seperti PAS,” kata seorang rakyat Kedah, Norwani kepada FMT.

Kakitangan sebuah hotel di tengah-tengah bandaraya ini berkata, keperibadian Mukhriz yang mesra rakyat dan tidak lokek untuk memberi bantuan kepada masyarakat luar bandar membuatkan beliau disenangi.

“Mukhriz juga sering memberi bantuan menggunakan gaji dan elaun Menteri Besarnya sendiri kepada rumah-rumah pondok dan tahfiz di kawasan luar bandar di Kedah.

“Mukhriz disukai sehinggakan di kawasan Sik yang merupakan kubu kuat PAS di Kedah membenarkan Mukhriz masuk. Dahulunya orang Barisan Nasional (BN) tidak dibenarkan masuk ke dalam Sik. Tetapi Mukhriz dibenarkan masuk kerana mereka suka Mukhriz,” katanya.

Mohd Saidi, 45, yang bekerja sebagai pembantu restoran berkata, Mukhriz memberi banyak sumbangan dalam bidang sukan di negeri itu.

“Pemuda suka sebab beliau sering mengikuti anak muda main bola pergi ikut sama ke padang dan sorak sama-sama. Kalau ada kekurangan beliau akan bantu.

“Beliau suka berkawan. Saya sedih kerana tidak sempat lihat Mukhriz bangunkan Kedah,” katanya.

Pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali Pak Cik Arif berkata, sumbangan terbesar Mukhriz dalam bidang sukan apabila melonjak status pasukan bola sepak Kedah.

“Bola sepak pasukan Kedah yang dulunya telah jatuh ke Liga Perdana kini naik ke Liga Super dan sehingga jadi Naib Juara Piala Malaysia pada tahun lepas.

“Ini mungkin berkat usaha dan cara kepimpinannya yang berkesan, Alhamdulilah,” katanya.

Sementara itu, Shariff Mohamad berkata, dia menyokong penuh kepimpinan Mukhriz walaupun tidak memihak atau menyokong mana-mana parti.

Dia juga tidak menolak penyingkiran Mukhriz ini dengan masalah dalaman yang berlaku dalam politik Malaysia.

“Kenapa perlu ditukar pemimpin yang baik kepada semua orang. Penyingkiran Mukhriz ini satu penghinaan kepadanya,” katanya. - FMT

KFA Tukar Venue Kangar ke Stadium Darulaman, Mukhriz Bakal BERUCAP kepada Rakyat Kedah di Stadium


PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) menukar venue perlawanan persahabatan pra musim yang akan diadakan di Kangar pada Isnin ini ke Stadium Darulaman.
Perlawanan tersebut sebelum ini dijadualkan menentang Perlis yang merupakan pendatang baru Liga Premier.
Bagaimanapun KFA dalam laman sosial Facebooknya mengumumkan perlawanan persahabatan pada Isnin akan diadakan di Stadium Darulaman tanpa mengesahkan pasukan yang akan dihadapi oleh anak didik Tan Cheng Hoe.
Khabar angin mengenai pembatalan perlawanan tersebut tersebar sejak dua hari lalu sebelum diumumkan KFA pada Jumaat malam.
mStar Online difahamkan pertukaran venue tersebut mempunyai kaitan dengan krisis politik di Kedah yang melibatkan pertukaran menteri besarnya.
Perlawanan pra musim berkenaan didakwa akan diadakan di Alor Setar bagi memberi laluan kepada Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk memberi ucapan dihahadapn penyokong yang juga rakyat negeri tersebut.
Krisis politik Kedah berlaku selepas puak pengguling ketua Umno bahagian mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri dan menteri besar.
Berikutan itu, pemimpin Umno tersebut meminta parti berkenaan supaya melantik pengerusi perhubungan dan menteri besar baharu dalam tempoh terdekat.


[BUKTI SURAT DISERTAKAN] Halau Mukhriz Untuk Memalukan Beliau Sebaliknya Rakyat Bersimpati


Surat yang bertarikh hari ini 29 Januari 2016 yang dialamatkan ke Pejabat Menteri Besar Kedah, Wisma Darulaman, Alor Setar hanya diserahkan kepada DS Mukhriz sewaktu beliau hadir di PWTC untuk mesyuarat MT hari ini. 

Setiausaha Agung UMNO sepatutnya menyerahkan surat ini lebih awal jika benar mereka benar-benar jujur dan tidak bertujuan untuk memalukan Dato' Seri Mukhriz.

Tindakan ini tidak profesional malah seolah-olah cuba mempermainkan Dato' Seri Mukhriz.


Namun demikian, perkara sebaliknya berlaku apabila rakyat dan penyokong UMNO melahirkan rasa simpati terhadap Dato' Seri Mukhriz yang diperlakukan sedemikian rupa.

Lalu blog upahan dedak mula menyalahkan Dato' Seri Mukhriz yang dikatakan tidak dijemput tetapi datang untuk meraih simpati.

Berikut adalah surat jemputan terdahulu berkenaan pindaan tarikh mesyuarat. Surat tersebut tidak pula menerangkan bahawa Ahli Majlis Tertinggi yang turut hadir tidak dijemput.




Bab kelmarin kecoh Mukhriz di halau dari meeting MT. Mula admin rasa tak perlu nak jelas sebab game Najib memang tak cantik. Dah namanya pengecut. 

Walau bagaimana ada satu tulisan dari Key Marzuki yang mencuit mata admin utk sama sama di kongsikan utk lebih memahami apa yang sebenarnya berlaku dalam dewan meeting di tingkat 38 pwtc.
Kisahnya begini....

MB Kedah masuk bilik mesyuarat seperti biasa dan bersalaman dengan rakan2 MT.


Tetapi beliau agak terkejut kerana mendapati kerusi di tempat kebiasaan beliau duduk tiada.

Lalu beliau meminta Urusetia Persiapan sediakan kerusi untuknya.
Setelah duduk tiba2 Dato Raof datang dan berbisik padanya.


RAOF :Dato tak boleh hadiri mesyuarat ini

MM : kenapa pula,saya adalah MB.


RAOF : Tak boleh sebab tiada jemputan.


MM : Apa pula tiada jemputan,ini surat jemputan dan perubahan tarikh ( MM menunjukkan Surat Jemputan )

RAOF : Tidak,Ku Nan tak jemput Dato' dan telah di beritahu melalui telefon kepada Setiausaha Politik.

MM : Kenapa pula,saya di jemput,ini suratnya.


RAOF : Tunggu sebentar 
( mengarahkan Surat di taip segera ) lalu menyerahkan kepada MM.

MM : Keluar dan beredar.

Ketika kejadian,PM masih di bilik menunggu dan belum masuk ke bilik mesyuarat.


Apabila MM beredar,barulah PM masuk dan mesyuarat pun mula berjalan.

Di sertakan surat jemputan awal dan surat kedua yang di buat secara AD HOC selepas meeting MT di jadual bermula. 

Game pengecut Najib. Sebab malu nak tukar MB Kedah Jemaah Pemangku Sultan tolak 3-3 nama yang di persembah Najib. Tak puas hati sebab Istana sayang Mukhriz lalu di balas di KL. 

Game tak gentle la lu Najib.

- Mahathir The Legend
Mukhriz Mahathir FC

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com