Mohamad Faizal memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui firma guaman, Tetuan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak.

Mohamad Faizal, 43, selaku pihak plaintif menamakan Nor Hamzie Md. Hambali sebagai pihak defendan.

Pihak plaintif mendakwa artikel yang disiarkan pada 20 Februari 2012 dalam blog tersebut telah mencemar namanya ekoran didakwa melakukan perbuatan sumbang mahram. - UTUSAN ONLINE