innity

pages

Saturday, April 30, 2016

UMNO KERAJAAN MINORITI TERENGGANU, PAKATAN Siapsiaga Pilihanraya 3-4 Jun 2016


UMNO KERAJAAN MINORITI TERENGGANU, JAMINAN TIDAK ADA UNDI TIDAK PERCAYA DARI PAS SEHINGGA PRU14

Sebagai anak jati Terengganu, saya mengikuti dengan teliti perkembangan politik Terengganu yang terus bergolak sejak dua tahun lepas. Saya mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan YB Azan Ismail (ADUN Bandar), Pengerusi KEADILAN Terengganu dan YBM Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Terengganu), Pengerusi AMANAH Terengganu.

Hakikatnya ketidakstabilan politik di Terengganu yang berpunca dari perpecahan dalaman Umno Terengganu yang parah akan terus memangsakan rakyat Terengganu yang masih lagi rata-ratanya membawa pulang pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan.

Kalau pun pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu tidak bergolak seperti sekarang, Kerajaan Negeri Terengganu berhadapan dengan cabaran getir menguruskan pentadbiran negeri bila mana sebahagian besar sumber kewangannya menguncup serta merta akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia. Sebelum ini, Kerajaan Negeri Terengganu sudah biasa dengan peruntukan melebihi RM2 bilion setiap tahun kerana hasil royalti minyak dan gas yang tinggi. Saya tidak pasti bagaimana Kerajaan Negeri Terengganu boleh mengubah pola perbelanjaan dengan serta merta apabila hasil pendapatan menurun berlipat kali ganda.

Dengan pergolakan dalaman Umno yang berterusan sebegini, Kerajaan Negeri Terengganu terus terkontang-kanting yang akhirnya memangsakan rakyat Terengganu sendiri.

Walaupun Pakatan Harapan mempunyai pengaruh yang besar di Pantai Barat, saya mengakui bahawa suasana politik di Terengganu lebih banyak ditentukan oleh Umno dan PAS yang sama kuat. Kedudukan di Dewan Undangan Negeri Terengganu kini iaitu 16 Umno, 14 PAS, 1 KEADILAN dan 1 ditafsirkan bebas (Dato’ Seri Ahmad Said kerana beliau dinafikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri) menyebabkan kemelut pentadbiran di Terengganu hanya boleh diredakan buat sementara waktu oleh Umno dan PAS sahaja.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya pimpinan Umno dan PAS di Terengganu mempertimbangkan supaya Umno terus membentuk Kerajaan Negeri tetapi berfungsi sebagai kerajaan minoriti. Walaupun ia kerajaan minoriti, pentadbiran Umno di Terengganu boleh kekal stabil dengan syarat blok kedua terbesar iaitu PAS memberi jaminan ia tidak akan membuat sebarang undi tidak percaya kepada pentadbiran Umno itu sehinggalah Pilihanraya Umum 14 (PRU14) kelak.

Sebagai menghargai politik matang yang ditunjukkan oleh PAS Terengganu itu, saya mencadangkan supaya kerajaan minoriti Umno di Terengganu memberi sedikit peruntukan kepada wakil-wakil rakyat bukan Umno agar semua rakyat mendapat khidmat yang baik dari wakil rakyat masing-masing.

Saya telah berbincang dengan YB Azan Ismail dan merasakan ia satu pendekatan yang boleh dipertimbangkan untuk mengurangkan ketidaktentuan politik pada kala pentadbiran negeri perlu menumpukan kepada usaha-usaha menambah hasil.

Pun begitu, parti-parti KEADILAN, AMANAH dan DAP yang membentuk Pakatan Harapan Terengganu sedar bahawa Dewan Undangan Negeri boleh dibubarkan bila-bila masa. 

Oleh yang demikian, satu program mempersiapkan jentera Pakatan Harapan Terengganu yang melibatkan lebih 40 orang pimpinan pusat Pakatan Harapan akan digerakkan di kesemua 32 DUN pada 3 dan 4 Jun 2016 ini. 

Jentera dan siapsiaga pilihanraya negeri (PRN) juga akan dilancarkan pada hujung minggu itu oleh pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan dari Pusat dan negeri.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

PENDEDAHAN KHAS! Penipu Licik Raih SIMPATI Rakyat Malaysia Melalui FB


PENDEDAHAN KHAS!

Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali
Semalam duk layan grup fb,ternampak 1 post nak jual barangan peribadi bagi tujuan nak buat kerja amal membantu kesusahan anak kecil yang sakit,sekilas pandang pada gambar anak kecil berkenaan mendatangkan keraguan dihati,so takde tggu lama terus right click pada gambar dan pilih Search Google for Image 

 (korang boleh install plugin ni kat browser korang),tup2 jumpa yang sebenarnya ianya adalah gambar yang diambil dari website luar negara je,kes memang betul jadi,anak tu memang betul sakit tapi digunakan oleh penipu2 yang licik utk mendapatkan keuntungan dgn cuma meraih simpati rakyat Malaysia yang sememangnya terkenal dgn sikap prihatin tapi malas nak selidiki apa2 berita yg diterima,berikut adalah kronologinya


1. teman nampak post ni,gambar anak yang berdarah tu menimbulkan keraguan,jadi teman pun buat carian (rujuk gambar no 1)

2. lepas tu tt uploadkan gambar ni yang menunjukkan kisah anak yang berdarah ni memerlukan bantuan (rujuk gambar no 2)

3. berdasarkan pada gambar pertama,google matching image dijalankan dan keputusannya ia adalah gambar yang diambil dari website luar negara,kes tahun lepas (rujuk gambar no 3)

4. berdasarkan keputusan Google,dapat website ni,sila rujuk http://www.coolbuster.net/…/baby-chloe-child-vomits-poops-b…




5. kemudian carian dijalankan berdasarkan no akaun maybank yang diberikan 114561100729 Hisam bin Jumahat, (rujuk gambar no 4)

6. carian no akaun membawa kepada 1 penemuan post March yg lepas,menunjukkan penggunaan no akaun dan nama yang sama di https://www.facebook.com/Qodyrany/posts/974832615898992 (rujuk gambar no 5)

7. sekali lagi carian dilakukan berdasarkan image bayi terbabit dan keputusannya ia adalah berasal dari 1 blog dari indonesia,sila rujuk http://www.keluargabiru.com/…/01/ketika-buah-hati-sakit.html

jadi apa yang teman nak ngaborkan pada kome semua ni,kalau terima apa2 sahaja berita atau perkongsian dari sapa2 pun,silalah siasat dulu akan kebenarannya tu,ramai bebenor dah penipu2 yg ambil jalan mudah buat duit sekarang ni ya,apa anda perlu buat jika ada sapa2 sharekan berita...mula2 buat google matching image dulu,google sama no akaun bank yang diberikan,nama penuh yg mohon bantuan tu,kalau pernah ada dia post mana2 insyaAllah kita leh dapat tahu .....

bak kata orang2 tua...buat baik berpada2,buat jahat jangan sekali

Gambar-gambar org2 susah ini di'viral'kan di FB...tetapi wang derma rupanya masuk ke poket org lain. 


Sanggup mereka tukar nama anak, agar berbinkan nama mereka dan meletakkan no acct mereka sendiri agar cepat kaya.

Lihat gambar2 di atas. Semoga kita sedar betapa ramainya org yg tertipu di FB. 


Mmg niat kita baik...tetapi cubalah selidik sebelum anda menambahkan kekayaan mereka yg mempermainkan rasa simpati kita.

Bak kata pepatah " buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali."

Fikir-fikirkanlah dan Selamat Beramal.
Azlan Shukri Ihf

[WUJUD UNSUR PENIPUAN] Harga dua kali ganda, ‘AYAM TERAPI QURAN’ bawa untung


KUALA LUMPUR, — Peniaga kini menggunakan taktik baharu menjaja nama agama untuk mengaut keuntungan apabila menjual ayam yang dibacakan ayat-ayat al-Quran, kononnya boleh membuatkan minda lebih tajam bagi individu yang memakannya.

Produk yang digelar “ayam terapi” itu dilaporkan dijual dengan harga kira-kira RM14 untuk satu kg, dua kali ganda mahal berbanding ayam biasa RM7 per kg.

Ia dijual sekitar ibu kota, selain turut dipromosikan di media sosial, mendakwa ayam mereka disahkan halal, mengikut hukum syarak dan melalui proses bacaan al-Quran, lapor akhbar Harian Metro.

“Selepas semua ayam ini siap disembelih dan dibersihkan, kita akan simpan dalam bilik sejuk beku dan ketika ini, ayam berkenaan akan melalui proses terapi dengan alunan bacaan ayat al-Quran dan ruqyah,” kata salah seorang peniaga dilapor akhbar itu.

“Ruqyah” merupakan istilah digunakan untuk perubatan alternatif berunsur Islam, antaranya menggunakan ayat al-Quran.

Peniaga “ayam terapi” tersebut turut mendakwa bahawa elemen ruqyah ayam tersebut boleh mencegah bala dan penyakit.

“Tujuan kita adalah untuk menyelesaikan masalah umat Islam yang sering berdepan dengan unsur syubhah dalam pemakanan dan kita cuba membantu dengan cara yang lebih Islamik,” tambah peniaga.

Menurut laporan itu, ayam tersebut juga akan menggunakan bahan makanan terkawal dan tidak mengandungi sisa haiwan lain.

Selepas ayam disembelih dengan “semula jadi”, organ dalamannya akan diasingkan sebelum ayam dicelur untuk proses pembersihan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata, kaedah penjualan itu diputuskan sebagai salah, selepas dibincangkan beberapa kali dalam siri muzakarah dan forum.

“Tindakan peniaga yang menggunakan promosi agama semata-mata untuk melariskan perniagaan bertentangan dengan prinsip Islam.

“Keadaan ini boleh menimbulkan unsur penipuan serta terdapat pihak yang mengambil kesempatan,” katanya dilapor akhbar itu lagi.

[KAMI TAAT SETIA PADA AGONG BUKAN PARTI POLITIK] POSTER KEMPEN BN gambar TENTERA Kanang anak Langkau DIBANTAH


Kami menerima aduan bahawa gambar Pahlawan Negara Temenggung Datuk Kanang anak Langkau telah disalahgunakan oleh BN dalam kempen pilihan raya kali ini dan serta-merta telah menyatakan bantahan kami kepada wakil MINDEF semalam, sebelum isu ini menjadi pengetahuan umum. 

Wakil MINDEF telah bersetuju untuk mengenalpasti mereka yang terlibat dan untuk sepanduk ini diturunkan. 

Kami berharap kedua-duanya belah pihak memandang serius akan status ATM sebagai agensi keselamatan terulung negara yang sumpah taat setia adalah kepada Yang Dipertuan Agong dan bukannya mana-mana ahli politik, sama ada dari parti pemerintah mahupun pembangkang. - 


Usaha puak liberal & Feminis (BUKAN ISLAM SEBENAR) halang penjualan buku ‘Wanita Songsang’ gagal


BANGI, Sabtu – Tindakan golongan liberal dan feminis menghalang penjualan buku berjudul ‘Wanita Songsang’ dilihat sia-sia apabila buku itu terus mendapat sambutan di pasaran.
Penulis buku, Sharifah Abdul Samad berkata, beliau masih boleh bersabar dengan golongan liberal yang berusaha untuk menghalang penjualan bukunya.
“Buat masa ini kita boleh sabar lagi. Sebenarnya tindakan mereka ini menampakkan wajah sebenar golongan liberal yang hipokrit dalam mengatakan mengenai kebebasan bersuara,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan Ismaweb.
Buku hasil tulisan beliau yang mengetengahkan isu feminisme mendapat tentangan hebat oleh penyokong feminisme dan liberal apabila dilaporkan golongan ini telah menghubungi pihak pengedar buku dan meminta mereka menghentikan penjualan buku itu.
“Mereka sebar ideologi yang bertentangan dengan syarak seperti LGBT, boleh. Bila kita hendak bongkar mengenai keburukan golongan liberal dan feminis dalam buku tu, terus nak halang,” katanya.
Malah katanya, tindakan itu jelas memalukan dan menunjukkan bahawa golongan liberal ini sangat terdesak untuk menjatuhkan Islam.
Beliau yang juga Ketua Unit Kajian & Informasi, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) turut mengingatkan golongan ekstremis ini bahawa kebenaran tidak akan pernah kalah dan Islam pasti menang.
“Golongan liberal dan feminis ambil mana yang mereka suka sahaja dengan Islam, yang tidak sesuai dengan nafsu mereka akan buang dan tolak tepi.
“Di Malaysia mereka semakin berani menyuarakan hak mereka dan secara terang-terangan mencari pengaruh sehingga sanggup memfitnah golongan Islamis,” katanya.
Buku ‘Wanita Songsang’ menceritakan mengenai golongan wanita khususnya feminis yang menafsir al-Quran dan syarak mengikut nafsu mereka dan kemuliaan wanita Islam diinjak oleh golongan wanita songsang ini.
Ia turut mengupas mengenai aurat, hudud, hermeneutika dan pimpinan wanita serta isu-isu kontroversi yang sering dibangkitkan feminis Malaysia.
Malah, buku ini turut menggunakan bahasa santai agar ancaman feminisme ini mudah difahami oleh masyarakat umum.
Orang ramai boleh mendapatkan buku ‘Wanita Songsang’ di mana-mana kedai buku MPH dan Popular di seluruh Malaysia atau beli secara atas talian melalui pautan kopiress.com. - ismaweb

[PAS NI DAH MACAM KENA NASI KANKANG NAJIB JE] Haji Hadi: Beri peluang BN habis penggal di Terengganu


KUALA NERUS - Pas berpendirian Barisan Nasional (BN) perlu diberi peluang mentadbir Terengganu sehingga habis penggal bagi menyesaikan kesemua kemelut yang melanda parti itu ketika ini, termasuk krisis terbaharu melibatkan menteri besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu juga tidak berhasrat untuk mencampuri isu dalaman yang melibatkan parti lain, sebaliknya meminta rakyat menilai sendiri.

“Kita anggap ini tempoh BN (memerintah Terengganu) dan bukan tempoh kita...kita serah kepada mereka untuk selesaikan..beri peluang sehingga habis penggal.

“Rakyat perlu menilai sendiri perbezaan di antara sepenggal kita memerintah (ketika Pas perintah Terengganu sebelum ini)...dengan berapa penggal BN memerintah (pelbagai kemelut yang dihadapi),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui ketika hadir pada Majlis Makan Malam Amal Media di NR Cafe, Tok Jembal, di sini, malam tadi.‎

Hadir sama dalam majlis anjuran bersama Unit Media, Lajnah Penerangan dan Hubungan Medai Pas Terengganu dan Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) Terengganu itu adalah Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat serta kepimpinan yang lain.

Jelas Abdul Hadi lagi, selaku parti yang mendokong demokrasi, Pas tetap dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan parti lain, sebaliknya memilih saluran yang betul iaitu melalui pilihanraya. - SH

Pemilik Pusat Rawatan BUAT LAPORAN POLIS Poster Yuran RM5 Ribu HAMPUS DOSA


Poster Pusat Rawatan Tradisional ini adalah palsu
Pemilik pusat rawatan telah membuat laporan polis 


[VIDEO & GAMBAR] Program TEAM B UMNO Malam Tadi JOHOR PENUH SESAK


Penuh dewan yg hadir program malam...hangat di JB sama juga dengan hangat di Jitra malam semalam... Tq JB ...mmg tebaik..!!!- Kelab Che Det 










[PERANG MAKIN MEMUNCAK] KAFA pula BIDAS dan SANGKAL Dakwaan Datuk Seri Vida


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) membidas kenyataan pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang menampakkan ketidakpercayaan beliau terhadap pengurusan persatuan itu, terutamanya dari segi pengurusan kewangan.

Naib Presidennya, Muhammad Nasir Hamzah berkata, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam kontrak penajaan, duit penajaan Datuk Seri Hasmiza atau dikenali Dr Vida akan disalurkan ke akaun khas dan memerlukan tandatangan beliau serta dua penanda tangan lain.

 “Cek tersebut perlulah ditandatangani oleh Dr Vida, Bendahari Kafa, Nik Aminaldin Datuk Nik Jaafar dan salah seorang daripada empat yang lain, iaitu Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Yahya Jamada Ali dan Mahizi Mahmood.

 “Secara logiknya, tiada kemungkinan salah guna wang tersebut akan berlaku kerana Dr Vida adalah penandatangan wajib bagi setiap pengeluaran cek bagi akaun tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Dr Vida dalam satu kenyataan mengakui kurang percaya dengan ketelusan sistem pengurusan kewangan dalam Kafa, sehingga beliau terpaksa mengawal sendiri wang penajaan kepada pasukan itu.

Malah, Dr Vida juga menegaskan, tindakannya itu juga telah menjamin pemain-pemain Kelantan akan menerima gaji sehingga Oktober ini. - SH

[VIDEO] Selepas 'tarian gelek', 'Poco - poco' pula hiasi kempen BN


Jika sebelum ini rakaman tarian wanita berpakaian seksi menghiasi kempen calon Barisan Nasional

Kali ini pula tarian lagi digunakan namun lebih sopan sedikit apabila tarian poco-poco menyambut ketibaan calon Batu Kawah Barisan Nasional dari SUPP Dr Sim.

Ceramah perdana SUPP kali ini dihadiri lebih kurang 2 ribu penyokong bersama tetamu istimewa Tan Sri Adenan Satem. - MK



DAULATKAN BAHASA MELAYU - Titah Tuanku Sultan Perak




Muka Hadapan Utusan Malaysia hari ini melaporkan titah Tuanku Sultan Perak untuk mendaulatkan Bahasa Melayu.
Lebih signifikan, apabila Baginda bertitah demikian di majlis konvokesyen Sijil Amalan Guaman di hadapan majoriti bakal peguam bukan Melayu dgn kehadiran Presiden Majlis Peguam.
Baginda menitahkan kepentingan Bahasa Melayu di dahulukan sebagai bahasa rasmi di mahkamah berbanding Bahasa Inggeris.
Peguam Melayu juga tidak perlu berasa lemah dan rendah diri berhujah dalam Bahasa Melayu di mahkamah ketika berhadapan dgn peguam bukan Melayu yg lazimnya lebih petah berhujah dlm Bahasa Inggeris.
Jadi di sebabkan rasa rendah diri sebahagian Peguam Melayu kerana menggunakan Bahasa Melayu, maka perasaan itu menggugat keyakinan peguam berkenaan berhujah bagi membela kes anakguam dan lebih teruk cuba menggunakan Bahasa Inggeris lintang pukang kononnya bagi menyaingi peguam bukan Melayu berkenaan tetapi hakikatnya broken English anda tak di fahami oleh sesiapa pun di mahkamah, akhirnya kalah juga.
Saya sentiasa berhujah dalam Bahasa Melayu, tidak malu, tidak rendah diri dan bangga berhujah dlm bahasa kebangsaan.
Saya akan terus berhujah dalam Bahasa Melayu walaupun nanti berhadapan dgn Tommy Thomas dan di hakimi oleh Hakim seumpama Gopal Sri Ram yg kedua2nya amat lemah berbahasa Melayu.
Biar diorg pulak rasa looser sbb rakyat Malaysia tapi tak paham Bahasa Melayu, lagi baik halau balik kg asal moyang mrk.
DAULAT TUANKU

Buzze Azam
* Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat Kementerian dan agensi Kerajaan yang mengabaikan Bahasa Melayu dan mengagungkan Bahasa Inggeris. Mereka mengadakan mesyuarat dalam Bahasa Inggeris walaupun semua ahli mesyuarat terdiri daripada orang Melayu makan belacan, menulis laporan dalam Bahasa Inggeris dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kementerian dan agensi tersebut adalah MITI dan PEMANDU serta beberapa lag.

Dua anggota polis cedera ditetak ketika operasi


KUALA LUMPUR - Dua anggota polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras cedera selepas ditetak dengan parang ketika melakukan operasi di sebuah rumah kosong di kawasan Kampung Tangki Air, Jalan Kuari, Cheras di sini sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu, kedua-dua anggota masing-masing pangkat Koperal dan Konstabel mengalami kecederaan pada kepala.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaaan Malaysia (PPUKM) untuk menerima rawatan lanjut.
"Anggota berpangkat Konstabel telah dirawat sebagai pesakit luar dan menerima sebanyak 14 jahitan pada kepala. Dia dilaporkan sudah keluar daripada hospital berkenaan.
"Sementara itu, seorang lagi anggota berpangkat Koperal masih dirawat di hospital," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. - K! ONLINEA

Friday, April 29, 2016

Netizen kutuk logo DBKL bernilai RM15,000


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan bahawa pihaknya telah membelanjakan RM15,000 untuk logo pelancongannya yang dicerca ramai, dan tidak akan merancang untuk mengubahnya.
Dalam pada itu, tindakan DBKL itu turut mendapat kritikan pengguna Facebook.
“Dengan harga RM15,000, budak sekolah pun boleh buat reka bentuk seperti logo pelancongan DBKL,” kata Thiru Senthan.
“Logo DBKL itu boleh buat dalam power point dengan harga percuma. Ini tak lain ada unsur rasuah,” kata Michel Wright.
“Logo macam itu RM15,000. Idea sampah daripada DBKL,” kata Lenny Carey.
Menurut laporan akhbar Malay Mail, pengurus besar biro pelancongan DBKL Noraza Yusof menjelaskan bahawa RM2.6 juta telah diperuntukkan untuk langkah penjenamaan itu, dan akan dibelanjakan untuk pertunjukan jalan, barangan media dan aktiviti promosi lain.
Biro tersebut juga menegaskan bahawa ia tidak akan mengubah logo tersebut walaupun mendapat kutukan orang ramai kerana dakwanya bajet untuk langkah tersebut telah dipotong.
“Bajet tahun ini sangat sempit … Biasanya untuk ini, kosnya boleh mencapai antara RM300,000 dan RM1 juta,” kata beliau.
Daripada jumlah RM2.6 juta itu, RM15,000 akan dibelanjakan untuk panduan jenama, termasuk membuat logo, slogan, penghuraian, sebab dan strategi.
Menurut beliau, warna kelabu dalam logo tersebut melambangkan perlombongan bijih timah di bandaraya tersebut suatu masa dahulu.

'UMNO CELAKA': Rayer LEPAS, BEBAS tuduhan menghasut


GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut dalam ceramahnya di Jalan Delima, Island Glades Jelutong, di sini, dua tahun lepas.

Hakim Roslan Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, di akhir kes pendakwaan.

Roslan dalam penghakimannya berkata, perkataan yang digunakan oleh tertuduh  tidak membuktikan kecenderungan untuk menghasut.

"Umno bukanlah satu kaum, tetapi merupakan sebuah parti politik, dengan ini mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie dalam kes di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948," katanya.

Hakim itu turut melepaskan dan membebaskan Rayer yang juga seorang peguam daripada pertuduhan pilihan yang dihadapinya di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana pihak pendakwaan turut gagal membuktikan elemen menghasut yang dibuat oleh tertuduh.

Pada 27 Ogos 2014, Rayer mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut pada ceramahnya di Taman Permainan Kanak-kanak, Jalan Delima Island Glades, Jelutong di sini pada pukul 10 malam, 22 Mei 2014.

Dia didakwa menurut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, jika sabit kesalahan.

Rayer turut didakwa atas pertuduhan pilihan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli Umno dengan melafazkan kata-kata menghasut itu yang boleh  memecahkan keamanan awam, di tempat dan pada masa serta tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau  kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Cheah Yit manakala Rayer diwakili oleh barisan peguam diketuai oleh Gobind Singh Deo. - Bernama 

[BOLEH KE PAKSA?] PRN Sarawak: Zahid Gesa Anggota Rela Undi BN


TELANG USAN: Sejumlah 341,000 anggota Rela di seluruh Sarawak digesa untuk mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Rela merupakan lapisan kedua pertahanan di negara ini.
Oleh itu, katanya, mereka seharusnya memberikan sokongan penuh kepada kerajaan hari ini.
"Rela di Sarawak mempunyai 341,000 anggota di seluruh negeri yang besar ini.
"Ia merupakan pasukan Rela terkuat di negara ini dan jumlah yang besar ini adalah penting buat Barisan.
"Mereka perlu mengundi untuk Barisan di mana ia adalah kerajaan hari ini di Sarawak.
"Saya mahu setiap dari 341,000 anggota membawa seorang pengundi untuk mengundi Barisan.
"Ia adalah penting buat kita. Kembalikan Tan Sri Adenan Satem kepada pentadbiran supaya beliau dan Barisan boleh berbuat lebih banyak perkara untuk Sarawak," katanya. - mStar

[VIDEO] Sami dikecam bertumbuk dalam kuil


Video menunjukkan tiga sami bergaduh dan pelancong cuba menghalang insiden pergaduhan di depan kuil Ningguo, di Yangzhou, daerah Jiangsu, China.

Ketua sami berkata mereka mencabuli prinsip agama Buddha dan memberi satu contoh yang tidak baik kepada masyarakat.


Beri 3 Pulau kepada Zakir Naik PUNCA MB Terengganu, Ahmad Razif dirundung malang?

Terengganu Darul Iman sekali lagi bergolak melibatkan krisis antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Segala-galanya bermula selepas Sultan Mizan menarik balik semua gelaran yang diberikan kepada Menteri Besar Terengganu ke-14 itu berkuatkuasa 22 April lalu.
Maka, tersebar pelbagai dakwaan kononnya Sultan Terengganu murka dengan teks ucapan yang dibacakan Sultan Mizan yang memperkecilkan sumbangan Yayasan Diraja Sultan Mizan.
Akhbar Cina pula membuat spekulasi bahawa krisis itu berpunca apabila Ahmad Razif menyokong pendakwah dari India, Dr Zakir Naik dan menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir, bagi tujuan penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di Terengganu.
Apapun spekulasi punca krisis itu bermula, kedudukan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar dikatakan ibarat ‘nyawa di hujung tanduk’ kerana sebagai ketua pentadbir sebuah kerajaan, Menteri Besar mesti mempunyai hubungan sangat baik dengan Sultan Terengganu.
Menteri Besar bertanggungjawab menghadap Sultan sama ada sebelum atau selepas Mesyuarat EXCO Negeri untuk memaklumkan perkembangan negeri dan keputusan-keputusan yang dibuat kerajaan negeri yang memerlukan perkenaan daripada Sultan.
Jika hubungan Menteri Besar dan Sultan tidak baik, pentadbiran negeri terganggu dan banyak keputusan-keputusan tidak dapat dilaksanakan.
Justeru, dalam krisis di Terengganu ini, jalan paling baik adalah menukar Menteri Besar supaya krisis itu tidak terus berpanjangan.
Jika dikatakan kerusi Menteri Besar Selangor panas, sebenarnya Terengganu lagi panas berdasarkan sejarah Datuk Seri Idris Jusoh apabila beliau tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua selepas pilihan raya 2008.
Beberapa kain rentang yang berbunyi “Kami nak Idris, natang”, yang bermaksud “kami hendak Idris, binatang” dalam loghat Terengganu, telah dipamer di depan kediaman rasmi bekas Menteri Besar Terengganu itu dan beberapa tempat strategik di bandar itu oleh orang yang tidak diketahui.
Tiada siapa mengaku memasang kain rentang itu tetapi insiden itu telah menimbulkan persepsi berlaku penderhakaan kepada institusi beraja di negara ini.
ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar ke-13 menggantikan Idris yang mendapat perkenan Sultan Terengganu, namun Perdana Menteri ketika itu, Tun  Abdullah Ahmad Badawi mempertikai hak Sultan melantik Menteri Besar, dengan berkata bahawa pelantikan Ahmad Said “tidak mengikut Perlembagaan”.
Pada Mei 2014, pelantikan Ahmad Razif pula menjadi perhatian selepas Ahmad Said ‘dipaksa meletak’ jawatan Menteri Besar. Ahmad yang terkenal dengan gelaran ‘nelang’ atau ‘berani melawan’ pada mulanya enggan meletak jawatan dan mengugut mendedahkan rahsia kerajaan tetapi akhirnya akur.
Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tahun lalu, Ahmad menggegarkan negara apabila mendakwa peletakan jawatan Menteri Besar ada kaitan dengan Terengganu Invesment Authority (TIA) yang sekarang dikenali 1MDB.
Katanya, dia pernah menolak cadangan 1MDB untuk pajak gadai hasil petroleum dan gas di Laut Terengganu yang menyebabkan Perdana Menteri tidak puas hati dan mendesaknya meletak jawatan.
Berbalik kepada krisis Ahmad Razif dan Sultan Terengganu, penganalisis politik berpendapat jalan terbaik adalah menggantikan Menteri Besar baharu.
Spekulasi pula menyebut dua nama, ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee dan ADUN Telemong, Datuk Pozi Mamat bagi menggantikan Ahmad Razif.
Namun antara kedua-dua calon itu, peluang Mohd Jidin lebih cerah kerana lebih berpengalaman dan pernah menjadi Ahli Parlimen Setiu dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) (walaupun bersara awal hanya pada Gred M41 sahaja).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadap Sultan Terengganu dalam waktu terdekat ini dan cerita mula tersebar pihak Istana Terengganu sudah bersiap sedia untuk majlis mengangkat sumpah Menteri Besar baharu.
Dikhabarkan pula Najib dan pihak istana mempunyai calon masing-masing untuk mengetuai pentadbiran negeri.
Adakah Ahmad Said ada kaitan dalam krisis ini? Ini kerana beliau pernah meramalkan Ahmad Razif bakal kehilangan jawatan Menteri Besar.
Ahmad Said menafikan perkara itu dan mengaku tidak tahu menahu Sultan Terengganu menarik semua gelaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif.
Biar apapun, rakyat Terengganu berharap krisis ini tidak berpanjangan seperti di Kedah, kerana ia boleh mengganggu pentadbiran negeri selain ia memberi gambaran sebenar bahawa UMNO sedang menghadapi masalah besar di negeri itu. - FMT

[1MDB] Kalau Nak Kelentong Pun Biar Masuk Akal - A Kadir Jasin


KALAU nak kelentong atau nak bohong pun biarlah kena cara. Nak putar-belit pun macan itu juga. Kena ada tatacara operasi standard (SOP).


Bila ada SOP, yang bohong tak nampak berbohong dan yang kena bohong tak tahu dia dibohongi. Baru la hula lala hula hoop!

Saya tak mahu kata Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul “Azrul” Kanda Kandasamy, bohong tapi dia pandai tipu-helah, putar-belit dan guna bahasa.

Contohnya, baru-baru ini dia kata, memandangkan penafian International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengumuman Pejabat Peguam Negara Switzerland yang bayangkan kemungkinan 1MDB dah jadi mangsa tipu, ia kena teroka semua jalan yang ada.

Arul Kanda tak kata 1MDB kena tipu. Dia rujuk kepada kenyataan IPIC yang dakwa syarikat bernama Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI) tu bukan anak syarikatnya atau anak syarikat kepada anak syarikatnya, Aabar Investment PJS Limited.

Dalam bahasa yang mudah, IPIC kata Aabar BVI ini adalah syarikat klon yang curi nama syarikat asal iaitu Aabar Investment PJS Limited.

Peguam Negara Switzerland pula kata, ada bukti AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB telah disonglap melalui pemindahan dan pengubahan wang haram. Dalam bahasa yang mudah, duit 1MDB dicuri kemudian diubah jadi sijil pelaburan, unit, derma dan macam-macam supaya nampak halal.

Jadi bila orang kata dia kata 1MDB kena tipu dengan kerjasama orang dalam, Arul Kanda kata, bukan dia yang kata tapi dia hanya buat interpretasi kenyataan IPIC dan Peguam Negara Switzerland.

Dia kata tugas dia dah selesai. Dia nak berhenti. Dok tak dok hutang 1MDB yang kita sangka RM42 bilion dah jadi RM50 bilion awal tahun ini dan faedah hutang AS$50 juta (RM200 juta) pun tak mampu bayar. Selelasi haram zada ada? 

Luncai Abad ke-21


Tapi ada manusia jenis Si Luncai moden yang nak bohong pun tak pandai. Tak macam Si Luncai asal yang raja pun dia boleh kelentong.

Si Luncai abad ke-21 ini buat cerita kata Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, tandatangan surat-menyurat 1MDB tapi tak ambil tahu apa kandungannya.

Si Luncai macam ini kalau nak bohong untuk selamatkan nyawa dia pun dia tak tahu apatah lagi nak lindungi Perdana Menteri.

Si Luncai ini punyalah bodoh sampai dia ingat semua orang tak cerdik macam dia. Punyalah dungu sampai tak tahu bahawa abai tanggungjawab fidusiari (fiduciary responsibility) adalah kesalahan jenayah.

Mohd Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, pengasas 1MDB dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tanggung tugas fidusiari yang jelas dan berat.

Atau Si Luncai pemakan dedak ini tahu hal urus tadbir korporat tapi dia ingat orang lain tak tahu. Dia sangka dia seorang saja cerdik dan orang lain semua bodoh. Dia tak sedar bahawa orang bodoh yang ingat diri dia cerdik adalah orang paling bodoh.

Mohd Najib tandatangani surat-menyurat yang libatkan berbilion ringgit duit dan harta negara dengan tak baca apa yang dia tandatangan?

Bukan Semua Orang Bodoh


Mak cik kampung yang buta huruf pun tahu dia tak boleh buta-buta turun cap jari atas kertas. Dia kena tahu apa tanggungjawab dia bila dia turun cap jari.

Zaman dulu, Cina buta pun tanya syarat sebelum dia setuju menikah dengan janda talak tiga atau pak sanggup sebelum dia menikah dengan anak dara bunting.

Cina buta nak tahu berapa upah dan berapa lama tidur dengan bini “sementara” dia? Tidur saja ka atau boleh buat macam laki-bini buat?

Macam tu juga bekas laki yang upah Cina buta nikahi janda dia yang dia cerai talak tiga. Masa nak cerai dia tak fikir. Bila dah bercerai dia gila talak.

Cerai talak tiga tak boleh rujuk. Jadi kena lah upah Cina buta nikahi dengan syarat lepas itu cerai. Tapi kena jaga-jaga. Si Cina tu hanya mata tak berfungsi. Anggota-anggota lain berfungsi kelas A.

Jadi bila ada Si Luncai moden kata PM tandatangan dokumen 1MDB dengan tak baca atau tak tahu apa yang dia tandatangani, sahlah Si Luncai ini bangang kelas A.

Rakyat jelata Malaysia boleh jadi tak selicik PM dan Jho Low berniaga atas angin, tapi mereka taklah baghal sampai percaya cerita macam yang Si Luncai moden buat.

Satu lagi, bila sampai masa dihumban ke dalam sungai yang deras, Si Luncai dan jenis yang sama dengan dialah yang paling awal lari lintang-pukang selamatkan diri.

Wallahauaklam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com