innity

pages

Thursday, June 30, 2016

[MACAM SINDIR NAJIB] UMNO Pulau Pinang desak Guan Eng letak jawatan


BUTTERWORTH: UMNO Pulau Pinang mendesak Lim Guan Eng melepaskan jawatan Ketua Menteri sehingga siasatan kes berhubung salah laku rasuah yang dihadapinya selesai. 

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata Guan Eng harus meletak segala jawatan dipegangnya bagi menjaga imej dan integriti jawatan Ketua Menteri. 

Katanya, tiada ketua menteri di negeri ini pernah disiasat dan didakwa di mahkamah atas pertuduhan salah laku rasuah. 

"Sehubungan itu, barisan kepemimpinan UMNO negeri meminta beliau melepaskan segala jawatan yang disandangnya sehingga pertuduhan ke atasnya selesai," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Mutiara Internship Pulau Pinang di Seberang Jaya di sini, tengah hari tadi. - BH

[VIDEO] Ketua gangster peluk Islam, beri makan percuma


ADELAIDE – AUSTRALIA. Seorang ketua gangster bukan saja berubah menjadi seorang yang mengutamakan keluarga dan suka membantu, malah membuka restoran untuk memberi makanan percuma kepada mereka yang tidak bernasib baik dan gelandangan.
“Semua orang pernah buat silap,” kata Vince Focarelli, 41 dipetik laporan Adelaide Now.

Vince membuka restoran La’Fig Cucina di Carrington Street awal Jun lepas dan menawarkan makanan percuma setiap hari Selasa.
“Sebagai orang Islam, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk bersedekah, terutamanya pada bulan Ramadan,” kata Vince.
Katanya, Ramadan adalah bulan paling sesuai untuk orang Islam mengawal diri, berbuat kebaikan dan membina kesabaran yang tinggi.
“Sempena kedatangan Ramadan, sebahagian keuntungan restoran saya akan diberikan kepada mereka yang memerlukan.
“Kami akan menyumbang dengan cara yang kami mampu,” jelas Vince.
Sebelum memeluk Islam, Vince yang merupakan ketua kumpulan Comanchero pernah terlibat dengan beberapa jenayah berat termasuk pengeboman yang membunuh dua orang ahli kumpulan gangster Hells Angels.
Anak Vince, Giovanni terbunuh dalam satu kejadian tembak menembak antara kumpulan gangster di Dry Creek pada 2012.
- SH

[VIDEO] Peguam Negara, Apandi Ali KENA 'BOO' dengan penyokong Guan Eng


Penyokong-penyokong Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melaungkan 'boo' sebaik sahaja melihat kehadiran Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memasuki Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini.

Apandi mengetuai barisan peguam pendakwa raya dalam kes Guan Eng.


PADAN MUKA - dua perkataan pemimpin PCM untuk Lim Guan Eng

Mungkin menjadi kenyataan media paling pendek yang pernah dikeluarkan oleh seorang ahli politik, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan hanya mempunyai dua perkataan untuk menggambarkan keadaan semasa Lim Guan Eng.

"Padan muka," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini sebagai tindak balas terhadap ketua menteri Pulau Pinang itu yang sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah.

Huan adalah bekas Naib Presiden Gerakan yang kemudiannya mengasaskan PCM yang mesra BN selepas kejatuhan bekas Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan itu sentiasa mengkritik DAP, dan berulang kali menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mempercepatkan siasatan terhadap Lim.

Pada Mac lalu, pemimpin PCM yang juga adalah Konsul Kehormat Nepal ke Pulau Pinang, mendedahkan dokumen yang didakwa berkaitan dengan penjualan tanah yang melibatkan banglo kontroversi ketua menteri telah ditinggalkan di luar Konsulat Nepal di Prai.

Huan berkata dokumen sembilan muka surat itu mengaitkan pemilik asal banglo itu, Phang Li Khoon, yang juga seorang ahli perniagaan dengan Lim. - MK

'Tunku pun pernah sokong DAP, tapi masih nikmati keistimewaan hingga meninggal dunia'


Perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman tidak pernah dinafikan keistimewaannya walaupun bercakap atas pentas pembangkang selepas meninggalkan jawatan itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Walaupun Tunku mengkritik kerajaan dan bercakap menggunakan platform pembangkang dan menyokong DAP, beliau menikmati keistimewaan itu sehingga meninggal dunia,” kata Mahathir.
Antara lain, kata Mahathir, sentiasa menjadi kelaziman di Malaysia, kerajaanya menyediakan pejabat dan kakitangan untuk bekas-bekas perdana menteri.
“Oleh sebab itu kerajaan menyewakan ruang di Yaysan Kepimpinan Perdana untuk saya dan beberapa kakitangan saya,” katanya.
Mahathir berundur daripada jawatan itu pada 2003, setelah 22 tahun menjadi pemimpin utama negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 22 Jun lalu mengumumkan sumbangan kerajaan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang diterajui Mahathir akan dihentikan.
Beliau berkata langkah itu atas alasan Mahathir menggunakan yayasan itu sebagai platform untuk menjatuhkan kerajaan. - MK

Shahbudin: Pendakwaan Lim Guan Eng PELENGKAP, PRU14 akan diawalkan TAHUN ini atau AWAL TAHUN DEPAN


Mahkamah Tinggi sebentar tadi, membenarkan Ketua Menteri, Lim Guang Eng diikat jamin RM1 juta bersama seorang penjamin. 

Shahbudin menulis diblog beliau menghuraikan isu penahanan dan pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atas dua pertuduhan rasuah di bawah Seksyen 23 dan Seksyen 165, Akta Pencegahan Rasuah.

Tuduhan pertama berkaitan pertukaran status sebidang tanah pertanian kepada kediaman oleh sebuah syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd dan tuduhan kedua berhubung pembelian banglo di bawah harga pasaran.

Peguam Negara, Apandi Ali sendiri akan mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Lim Guan Eng.

Bersama pendakwaan terhadap Lim Guan Eng, tidak mustahil akan dilakukan Najib ialah mengadakan pilihanraya mengejut sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Seiring dengan perpecahan dalam pembangkang, Pas lena dalam dakapan, aura kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar masih diperkatakan, penentang-penentang dalam UMNO sudah dibuang, pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak mustahil dianggap pelengkap kepada ramuan untuk membolehkan rakyat memberi sokongan yang lebih padu kepada BN serta membuatkan Najib mampu terus berkuasa dengan lebih lama.

Dan kalau pun tarikh pilihanraya tidak diawalkan, Najib dan para pemimpin BN sekurang-kurangnya akan menggunakan isu berkaitan Lim Guan Eng itu untuk tujuan melemahkan DAP dan sebagai senjata untuk menawan Pulau Pinang pada pilihanraya akan datang.

Berdepan dengan sekian banyak isu berkaitan skandal kewangan dan rasuah melibatkan Najib yang juga disiasat SPRM tetapi ditutup kes oleh Peguam Negara, memalitkan pihak musuh dengan pendakwaan di mahkamah adalah strategi terang-terangan untuk mengaut keuntungan politik.

Memang sesiapa pun menyokong segala usaha SPRM menangani dan membanteras rasuah, tetapi  yang diharapkan juga ialah agar ia dilakukan secara menyeluruh dan tanpa pilih bulu.

Jika Lim Guan Eng boleh ditahan serta didakwa dan sebelum ini Khir Toyo sudah pun dipenjara, persoalan umum tentunya ialah berkaitan Najib yang bukan saja dalam akaunnya ada wang sebanyak RM2,600 juta atau mungkin meningkat kepada RM4,200 juta, tetapi juga pengakuannya sendiri berkaitan dana RM42 juta daripada SRC International, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan yang masuk ke akaun bank peribadinya.

Apakah alasan tidak tahu wang itu daripada SRC International tetapi membelanjakan sebahagian wang itu, antaranya untuk membayar kad kredit, merupakan alasan yang boleh diterima untuk melepaskan Najib?

Begitu juga dengan Jho Low yang sekarang sudah disahkan Good Star Ltd yang menerima RM1,030 juta wang 1MDB adalah milik mutlaknya, mengapa playboy muda itu terus dilindungi?


Sama seperti kes Lim Guan Eng, SPRM sebenarnya sudah menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin berkaitan Najib dengan difahamkan turut mencadangkan beberapa pendakwaan, namun ia ditolak atau diketepikan oleh Peguam Negara.

Jika kita masih ingat, pegawai SPRM juga ketika itu turut dikacau-ganggu dengan mereka sendiri turut disiasat dan digeledah oleh pihak polis.

Peguam Negara akhirnya bukan saja menolak untuk pendakwaan, bahkan mengarahkan SPRM menutup terus kes dan menghentikan sebarang siasatan mereka terhadap Najib.

Selepas syor pendakwaan ditolak, khabarnya SPRM mahu membuat rayuan kepada Peguam Negara agar ia dikaji semula,  namun yang kita dengar kemudian ialah dua pimpinan tertinggi badan pencegah rasuah itu yang akhirnya dibersarakan.

PENDAKWAAN TERHADAP LIM GUAN ENG LEBIH MENYUBURKAN INGATAN BAGAIMANA NAJIB DISELAMATKAN


Sebab itu, dalam kes Lim Guan Eng ini, meskipun semua orang faham sebarang pendakwaan mesti mendapat lampu hijau Peguam Negara, SPRM dalam kenyataannya sekali lagi menyebut bahawa tindakan mereka adalah atas arahan Peguam Negara.

Ini sekali gus, sementara Lim Guan Eng didakwa di mahkamah atas arahan Peguam Negara dan Peguam Negara sendiri mengetuai pasukan pendakwaan, orangramai juga akan turut mengingati bagaimana Peguam Negara yang sama menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan Najib sebelum ini.

Maka, tidak banyak laba politik yang boleh UMNO dan BN harapkan daripada kes Lim Guan Eng ini, sebaliknya ia akan menyebabkan kemarahan dalam diam rakyat terus membuak-buak terhadap Najib dan institusi-institusi penguatkuasa yang melindunginya. 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my/30/06/2016).

Mahkamah benar Guan Eng diikat jamin RM1 juta


GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi sebentar tadi, membenarkan Ketua Menteri, Lim Guang Eng diikat jamin RM1 juta bersama seorang penjamin. 

Mahkamah turut membenarkan Guan Eng menyimpan pasportnya, namun mengarahkan beliau memaklumkan kepada mahkamah sekiranya mahu ke luar negara. 

Mahkamah juga membenarkan ahli perniagaan, Phang Li Khoon diikat jamin RM200,000 bersama seorang penjamin.

[LINTAS LANGSUNG KES RASUAH LGE] Polis Sekat Jalan Ke Mahkamah, Bangunan SPRM Di P.Pinang


GEORGE TOWN: Polis telah melakukan sekatan jalan raya berhampiran bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri dan jalan-jalan menuju ke mahkamah sebagai langkah berjaga-jaga, apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, pagi Khamis.
 

Beribu-ribu pelajar dan pekerja lewat tiba ke sekolah dan pejabat gara-gara penutupan jalan tersebut.

Polis telah mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Sultan Ahmad Shah sebelum bangunan SPRM dan di Lebuh Farquhar berhampiran mahkamah Pulau Pinang.

Aliran trafik tergendala dari Jalan Pangkor ke Jalan Sultan Ahmad Shah, manakala trafik perlahan di Lebuh Farquhar.

Jalan-jalan ini adalah jalan-jalan utama ke beberapa buah sekolah di George Town seperti Convent Light School, St Xavier's Institute, SMK Hutchings dan terminal feri di Weld Quay.


Pengguna jalan raya dari utara dan selatan menuju ke pusat bandar dinasihatkan mengelakkan diri daripada menggunakan Jalan Sultan Ahmad Shah dan Pulau Tikus untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid yang berada di bangunan SPRM sejak pukul 7.45 pagi berkata sekatan jalan raya dibuat untuk memastikan proses menghantar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ke mahkamah berjalan lancar.

"Kita bukannya cuba untuk menyebabkan masalah kepada rakyat tetapi kita perlu berbuat demikian supaya prosiding mahkamah berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata polis juga akan mengawal bilangan orang yang memasuki bangunan mahkamah atas sebab yang sama.

[SATU ANALISA MENARIK] PKR pilihan terbaik Muhyiddin? atau Pas atau Amanah


MESKIPUN mereka masing-masing pernah pegang jawatan yang sama – timbalan perdana menteri – aura Anwar Ibrahim sebagai ahli politik jauh mengatasi Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin tidak mampu tarik orang turun ke jalanan memprotes pemecatannya berbanding apa yang pernah Anwar lakukan. Malah pasca pemecatan Anwar – apa yang disebut orang sebagai era reformasi –  mereka yang tidak pernah ambil tahu hal politik pun, tiba-tiba meratib ayat-ayat politik siang malam.

Tok Che Nah dari Kampung Nyior Sebatang, Lahar Yooi, Tasek Gelugor, yang sudah 80 tahun umurnya ketika itu dan sepanjang hidupnya tidak pernah sekalipun saya dengar dia bercakap walau sepatah tentang politik, tiba-tiba bertanya: “Awat depa jahat sangat buat kat Anwat sampai tara tu???"
Begitulah.

Anwar adalah seorang manusia politik yang hebat. Pidatonya memukau. Aura dirinya berjaya mengundang simpatisan hinggakan ramai anak-anak muda sanggup turun ke jalanan berdemonstrasi. Pelajar universiti pun sanggup memperjudikan nasib diri, dipacu emosi melakukan kacau-bilau di tengah-tengah Ibu Kota, apa yang tidak pernah berlaku dalam politik negara sebelum itu.

Ketika Musa Hitam meletak jawatan timbalan perdana menteri, keadaan tidak segawat itu meskipun sebelumnya, dia dianggap gandingan Mahathir yang paling berbakat, bakal pengganti yang sedang dilatih untuk mengambil alih kepimpinan negara. Gandingan mereka disebut sebagai ‘2M’.

Namun apabila Musa keluar dari kepimpinan, tiada demonstrasi besar-besaran melainkan hanya beberapa orang dari Umno Johor yang mendesak dia tarik balik surat letak jawatan.

Saya masih ingat, selepas Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan Timbalan Presiden Umno pada 2 September 1998, wartawan veteran, A. R. Kamaludin (Allahyarham) ada mengatakan bahawa Parti Keadilan Nasional  (sebelum bertukar nama kepada PKR selepas bergabung dengan Parti Rakyat) yang diaktifkan oleh Dr. Wan Azizah untuk membela Anwar, tidak akan bertahan lama.

Ini katanya bersebab, tidak ada nama besar dalam politik ketika itu yang menyeberang untuk bersama Anwar melainkan beberapa orang muda  seperti Dr. Rahim Ghouse, Ruslan Kassim dan Saifuddin Nasution. Mereka yang sebelum itu dikenali sebagai orang Anwar seperti Kamaruddin Jaffar dari Institut Kajian Dasar (IKD), pun tidak menyertai Keadilan sebaliknya memilih Pas.

Ini tidak seperti ketika Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46 selepas kalah kepada Mahathir dalam perebutan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti 1987. Begitu ramai nama besar dibawa Ku Li masuk parti baharu itu. Umno (Baru) yang kemudian ditubuhkan oleh Mahathir selepas diisytiharkan haram oleh mahkamah, hampir lumpuh.

Untuk beberapa ketika sebelum pendaftaran Umno (Baru) diluluskan, Dr. Ling Liong Sik yang ketika itu Presiden MCA memangku jawatan Pengerusi BN, suatu keadaan yang amat menyedihkan bagi orang Melayu.

Dr. Rais Yatim, Abdullah Ahmad Badawi, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Abdul Manan Osman, Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar, Tengku Paduka Raja Terengganu,  Zainal Abidin Zin, Rahmah Osman, Ibrahim Azmi Hassan, Zainol Abidin Johari (Allahyarham) – mereka daripada Team B Umno sebelum itu – bersama Ku Li menghidupkan Semangat 46. 

Sebilangannya adalah anggota Kabinet Mahathir sendiri.
Selepas itu, Semangat 46 bukan sekadar hidup sebaliknya menempa beberapa kejayaan. Bersama Pas, Hamim dan Berjasa di bawah gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), mereka berjaya mengambil alih Kelantan dari tangan BN, apa yang semestinya cukup sentimental bagi Ku Li sendiri sebagai anak Kelantan.

Begitu pun, hayat Semangat 46 tidak lama. Pada Mei 1996, parti itu dikuburkan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur menerusi perisytihaan yang dibuat oleh Ku Li sendiri. Saya antara wartawan yang hadir membuat liputan 'pengebumian' parti itu.

Tidak lama kemudian, beberapa pemimpin kanannya dibawa kembali ke Kabinet Mahathir termasuk Rais. Namun Ku Li sampai sekarang berkelana di luar lingkaran arus perdana meskipun sudah lama merujuk dengan Umno. Apa yang mahu diceritakan, biarpun memiliki banyak nama besar, Semangat 46 masih tidak mampu untuk jadi alternatif, apa lagi menumbangkan Umno/BN.

Malah apa yang berlaku kemudiannya menjadikan Umno bertambah kuat apabila Tengku Razaleigh sendiri kembali ke pangkuan Umno dan parti itu juga terus dikuburkan.

Namun apa yang berlaku kepada Anwar dan Parti Keadilan (kini PKR) adalah sebaliknya. Meskipun tanpa nama besar, PKR terus hidup sampai sekarang. Walaupun pada peringkat awal, tiada nama besar menghidupkan perjuangan Anwar melainkan Ezam Mohd Nor, Sivarasa Rasiah, N. Gobalakrishnan, Tian Chua, Zainur Zakaria, Azmin Ali,  Chandra Muzaffar,  Hanafiah Man, Zahid Md Arip, Lokman Noor Adam dan beberapa nama lain, yang bukanlah daripada kalangan elitis politik Malaysia waktu itu, PKR terus melangkah dengan bergaya.

Kekuatan parti itu boleh dikatakan banyak bergantung pada karisma dan aura Anwar, yang juga adalah pemimpin de facto pakatan pembangkang.

Muhyiddin tidak berada pada tahap itu. Suaranya tidak sekuat Anwar.

Selepas dipecat daripada Umno 24 Jun lalu, dia bagaimanapun ada menyatakan akan terus berjuang!

Persoalannya, apakah platform yang sesuai bagi Muhyiddin?

Dia tidak punya pilihan. Setelah ditendang keluar oleh parti yang telah digelumanginya selama 40 tahun, Muhyiddin harus bangkit untuk menjulang semula maruahnya.

Dalam usia 69 tahun, dan tinggal lebih kurang dua tahun sahaja lagi untuk menghadapi PRU14, menubuhkan sebuah parti baharu dengan matlamat menjejaskan BN dalam pilihan raya, boleh dikira sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh Muhyiddin.

Dia mungkin berupaya mempertahankan kerusi Pagoh, Mukhriz Mahathir di Jerlun dan Shafie Apdal di Semporna namun itu tidak cukup untuk menjejaskan BN, apa lagi dalam situasi perpecahan undi pembangkang sekarang!

Bagaimanapun aura kejayaan akan lebih berpihak kepada Muhyiddin jika dia melakukan langkah yang betul, menyertai parti yang diterima rakyat dan mampu membawa agenda perjuangannya sederap!

Soalnya, parti yang mana?

Muhyiddin tidak mungkin akan menyertai Pas kerana parti itu kini sedang berhubungan baik dengan Umno, sedang saling berharap (undi sokongan untuk Akta 355) dan sudah tentu Pas tidak mampu menyediakan platform untuk dia menyerang Najib.

Amanah pula dilihat hanya akan menjahanamkan reputasi Muhyiddin. Perjuangannya selama 40 tahun bersama Umno, mendapat pengiktirafan sebagai orang No. 2 dalam parti dan kerajaan, boleh 'hancus' jika dia memilih untuk menyertai Amanah. Ini kerana Amanah dianggap 'anak susuan' DAP.

Parti Ikatan Bangsa Malaysia. Parti itu kini sedang berkoalisi dengan Pas membentuk blok ketiga. Dari segi hubungan dan agenda perjuangan, mungkin tidak ada masalah bagi Muhyiddin namun ia  boleh dianggap terlalu 'kecil' berbanding nama Muhyiddin yang begitu besar dalam arena politik. Lagi pula, Ikatan kini sedang mesra dengan Pas manakala Pas pula mesra dengan Umno. Lalu ruang untuk Muhyiddin berjuang bersama boleh dikira sempit!

Dalam keadaan ini, PKR dianggap platform terbaik untuknya meskipun parti itu mungkin bukanlah yang paling sesuai dengan agenda perjuangan Muhyiddin. Setidak-tidaknya apabila dia menyatakan komitmen untuk memerangi penyelewengan dalam pentadbiran, itulah juga apa yang dilaungkan oleh PKR sejak sekian lama meskipun ada ketikanya integriti sesetengah pemimpin parti itu sendiri diragui.

Muhyiddin - PKR boleh saling melengkapi jika mereka memilih untuk bergabung. Parti itu sudah mempunyai kedudukan dalam gelanggang politik. Muhyddin pula mempunyai kelebihan untuk menarik sokongan daripada kumpulan protes senyap dalam Umno, selain golongan atas pagar ketika pilihan raya.

Jika itu jadi kenyataan, ia akan berupa 'reunion' Team Wawasan kerana Muhammad Muhd Taib sudah pun menyertai PKR Septembar tahun lalu. Gabungan mereka  akan lebih kuat jika PKR juga sedia untuk memberikan ruang kepada Mukhriz dan Shafie.

MUHAMAD MAT YAKIM

Mufti Pahang disiasat di bawah Akta Hasutan



KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkaitan istilah 'kafir harbi'.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima  laporan polis masing-masing satu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berhubung kenyataan Mufti Pahang itu.

"Biar polis jalankan siasatan dahulu dan henti beri ulasan berkenaan kenyataan Mufti Pahang.

"Apabila siasatan selesai, kita akan rujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Topi Keledar kepada anggota trafik di sini, pada Rabu.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Mahamad Akhir Darus dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Seri Shazalli Ramly.

Dalam perkembangan lain, Khalid mengesahkan polis mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berhubung kenyataannya yang didakwa menyamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin diktator Uganda Idi Amin.

"Ini merupakan kes kelapan yang kita siasat terhadap Dr Mahathir. Ini adalah tanggungjawab kami untuk jalankan siasatan," katanya.

Proses yang dijalankan polis Bukit Aman itu berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8, Putrajaya.

Wednesday, June 29, 2016

VIDEO LANGSUNG 200 Penyokong Guan Eng BERKUMPUL Depan Pejabat SPRM jerit TANGKAP NAJIB, CARI JHO LOW


Lintas langsung dari depan Pejabat SPRM Jalan Sultan Ahmad Shah. Dianggarkan seramai 200 orang sedang berkumpul bagi menyatakan solidariti terhadap CM Lim Guan Eng.

Turut kelihatan beberapa orang pimpinan negeri seperti Exco YB Malik Kassim, YB Phee Boon Poh dan YB Chong Eng. Suasana masih terkawal dan pergerakan trafik jalanraya masih lancar.


Diharap mereka dapat menerima kenyataan. Boleh lawan di mahkamah jika benar tak bersalah. Tak perlu demo buang masa seperti ini. Hormatilah perlembagaan dan keluhuran undang-undang negara. SPRM agensi yg telus jalankan siasatan. - 
Penang Kini





Kurang dari setahun yang lalu, Lim Kit Siang kata:




[KES RASUAH] Kit Siang sahkan SPRM tahan Guan Eng



Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengesahkan anaknya, Lim Guan Eng yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.

Dalam satu tweet, katanya, setiausaha agung DAP itu akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dua pertuduhan rasuah.

Sementara itu, exco kerajaan negeri, Dr Afif Bahardin mendakwa pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan waran tangkap ke atasnya di bangunan Komtar.

"Dia akan dibawa ke Ibu Pejabat SPRM bila-bila masa tidak lama lagi," katanya dalam laman sosial.

Beberapa kenderaan polis juga dilaporkan menunggu di luar bangunan itu di mana Lim sebelum ini mempengerusikan mesyuarat exco mingguan di tingkat 28.

Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

Menurut Kanun Keseksaan, membeli hartanah di bawah nilai pasaran dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pernah dipenjarakan selama setahun bagi kesalahan yang sama.



KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

ISU BANGLO: SPRM TAHAN LIM GUAN ENG DAN PHANG LI KHOON


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan tangkapan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di mahkamah esok.

Guan Eng telah ditahan di pejabatnya di Tingkat 28 Bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang sementara Li Khoon ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden, hari ini.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
29 JUN 2016

PULAU PINANG

Penjual Banglo Guan Eng Ditangkap


GEORGE TOWN: Phang Li Khoon, pemilik asal banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dipercayai telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun tidak diketahui di mana dan bila Phang ditahan tetapi seorang pegawai kanan kerajaan negeri mengesahkan penangkapan itu.

Menerusi kenyataan pada 25 Mei, SPRM berkata pihaknya telah menyelesaikan siasatan berhubung pembelian banglo Lim dan menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

SPRM juga berkata tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil jika Peguam Negara berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh badan anti rasuah itu.

[MUSIM RAYA] JPJ BENARKAN Penumpang kenderaan RAKAM pesalah jalan raya , HANTAR ke ww.jpj.gov.my

PEMANDU kenderaan sendiri tidak dibenarkan merakam gambar pemandu lain yang melakukan kesalahan. - Foto hiasan
MELAKA: Hanya penumpang kenderaan dibenar merakam gambar jika mendapati pemandu kenderaan lain melanggar peraturan jalan raya bagi membantu pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan ketika musim perayaan. 

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohd Fadhil Hassan, berkata menjadi kesalahan apabila pemandu merakam gambar pemandu kenderaan lain yang melanggar pelbagai peraturan jalan raya, malah ia boleh dikenakan denda. 

"Jika ternampak pemandu buat kesalahan di jalan raya seperti menggunakan lorong kecemasan, tidak memakai topi keledar, memotong barisan dan langgar lampu merah, kita boleh meminta penumpang sebelah atau yang berada di dalam kenderaan mengambil gambar. 

"Rakaman gambar itu pula boleh dihantar berserta maklumat seperti lokasi, tarikh, masa dan nombor pendaftaran kenderaan ke laman web rasmi kita di www.jpj.gov.my. 

Jadi, ini bermakna pemandu kenderaan sendiri tidak dibenarkan merakam gambar pemandu lain yang melakukan kesalahan itu," katanya pada program konvoi Jelajah Sahur JPJ yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Sazali Muhd Din ke beberapa rumah golongan memerlukan sekitar Paya Rumput, di sini, bermula jam 11 malam hingga jam 3 pagi tadi. 

Mohd Fadhil berkata, operasi penguatkuasaan pada musim perayaan kali ini lebih tertumpu kepada pemeriksaan bas di hentian terminal tertentu berikutan ramai menggunakan pengangkutan awam itu untuk pulang ke kampung masing-masing. 

"Selain itu, anggota Skuad Muda 1JPJ turut ditempatkan di kawasan rehat dan rawat (RnR) bagi membantu menjalankan kempen penguatkuasaan ketika musim perayaan," katanya. - BH

Bekas Menteri Kewangan, DS Husni ambil TINDAKAN BIJAK TINGGALKAN UMNO, puji Ku Seman


Bekas editor kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menyifatkan langkah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletakkan jawatan sebagai langkah yang bijak untuk menjauhkan diri dari Umno.
Ku Seman yang meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu berkata, karakter Ahmad Husni tidak sesuai dengan kepimpinan semasa Umno.
"Apa lagi Husni dipaksa pikul isu skandal 1MDB yang tidak mungkin boleh diterangkan kepada rakyat kecuali berbohong.
"Walaupun banyak yang kebulur jawatan dalam Umno tetapi yang ada integriti bagi percuma pun mereka tolak.
"Husni tidak seperti beberapa menteri yang menjadi panglima melindungi ketua mereka dengan kata-kata yang angkuh dan sedikit biadab," ujar Ku Seman dalam catatan di akaun Facebook miliknya.
Dua hari yang lalu, semasa mengumumkan rombakan kabinetnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan Ahmad Husni meletak semua jawatannya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Tambun dan Bendahari Agung BN.
Sehingga hari ini, semua pihak masih ternanti-nanti penjelasan oleh Ahmad Husni sendiri mengenai sebab-musabab tindakan beliau itu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan teka-teki.
Mengulas lanjut, Ku Seman menambah, pendekatan Ahmad Husni yang tidak banyak bercakap tentang retorik politik tetapi tekun dengan tugas bukan gaya Umno.
"Tengoklah sekarang tak cukup menteri, ketua bahagian yang pun galak beri kenyataan kepada media, belasah orang itu dan orang ini yang tak sebulu dengan ketua.
"Tak cukup ketua bahagian setiausaha akhbar pun sudah beri reaksi kenyataan politik. Jadi nyatalah Husni tidak layak.
"Saya pasti selepas ini Husni akan diserang oleh media arus utama yang dicengkam oleh Umno," jelasnya.
Sementara itu, portal pro-Najib menyifatkan kenyataan Ku Seman sebagai tidak logik dan tidak adil untuk mana-mana pihak membuat analisa serkap jarang sedemikian.
"Masuk akal ke kalau isunya 1MDB yang berlarutan selama hampir 1 tahun setengah, baru sekarang Husni nak letak jawatan?," katanya mykmu.net. - MK

[TIDAK SANGGUP LAGI MENIPU RAKYAT??] PAS: Husni, Wahid lari dari skandal 1MDB?

.
Pengunduran dua menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan kewangan dan ekonomi negara, Datuk Seri Husni Hanadzlah dan Tan Sri Abdul Wahid Omar, ketika negara dilanda skandal 1MDB yang berterusan adalah sesuatu yang menghantui rakyat, kata ahli parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar.
“Kenapa mereka meletakan jawatan di waktu negara sedang dilanda krisis ekonomi dan kewangan yang meruncing?
“Persoalan 1MDB yang makin rumit dan membebankan negara dan rakyat. Kenapa mereka berdua melarikan diri dari skandal besar negara 1MDB?” soalnya dalam dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam rombakan kabinet semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Husni meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan kedua atas sebab-sebab peribadi.
Bagaimanapun Husni kemudiannya membuat kejutan dengan mededahkan bahawa beliau juga meletakkan semua jawatannya dalam Umno dan BN, termasuk sebagai bendahari parti.
Sementara itu Wahid, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, dilaporkan mahu kembali ke sektor swasta selepas penggal pertama beliau sebagai senator berakhir pada 4 Jun lalu.
“Saya berkeyakinan kedudukan mereka dalam kabinet mempunyai banyak pengetahuan yang tersembunyi berkaitan perkara penting yang membabitkan Najib dalam skandal besar negara sehingga mereka tidak lagi bersedia bersekongkol dengan kejahatan Najib.
“Perletakan jawatan Husni menimbul dan meninggalkan seribu satu persoalan. Yang pasti bagi saya ini adalah protes senyap dan undi tidak percaya terhadap Najib,” katanya. - MK

Video "MUKA" NAJIB DIKOYAK ahli Umno Sabah


Sekumpulan ahli UMNO bahagian Semporna, Sabah bertindak mengoyak poster Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ada kaitan berhubung isu pengantungan keahlian parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Video koyak poster Najib dilakukan di dewan yang terletak di rumah Shafie Apdal di Semporna, Sabah.


(VIDEO) Debat Terowong Kecoh kerana kata BODOH dan CELAKA



Debat "Tiga Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut" di Kompleks Masyarakat Penyayang di sini malam ini yang pada awalnya berlangsung tenang bertukar kecoh apabila wakil panel kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan perkataan kurang sopan.
Kekecohan berlaku apabila Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng yang gagal mengawal kemarahannya telah mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'celaka' terhadap lawannya Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng.


Namun Liang tetap tenang tetapi penyokong kedua-dua pihak telah menimbulkan suasana kecoh selepas penyokong pemimpin Gerakan itu memprotes perkataan yang digunakan Lim.
Debat yang membincangkan projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) bernilai RM27 bilion itu dikendalikan oleh moderator Lee Khai bermula 9 malam dan berakhir pada kira-kira 10.30 malam dengan dihadiri lebih seribu penyokong kedua-dua pihak.
Bercakap kepada pemberita selepas debat itu, Liang menyatakan rasa kecewa dengan tindakan Lim yang merupakan seorang wakil rakyat yang sangat berpengalaman tetapi gagal berbahas dengan rasional dan waras.
Katanya, Lim tidak menjawab setiap soalan yang dibangkitkan mengenai projek pembinaan terowong dasar laut dan juga tiga lebuh raya utama.
"Saya berasa seronok berpeluang untuk berbahas malam ini supaya rakyat akan lebih faham tentang projek ini namun kecewa dengan kelakuan dan perbahasan Lim yang menggunakan perkataan kurang sopan seperti bodoh dan celaka," katanya.
Liang mengesyorkan Audit Negara diundang untuk membuat penauditan terhadap PIP sekiranya tiada apa-apa yang cuba disembunyi oleh kerajaan negeri pimpinan DAP.
"Kerajaan negeri harus menjemput Audit Negara untuk membuat pengauditan terhadap projek ini sekiranya tiada apa-apa yang cuba disembunyikan daripada rakyat," katanya.
Beliau juga berkata pelbagai soalan telah dikemukakan untuk mendapat penjelasan daripada Lim namun tidak ada satu soalan pun cuba dijawab sebaliknya Lim cuba mempersoalkan isu-isu yang tidak berkaitan.
"Apa yang cuba dibawa oleh Lim sudah lari daripada tajuk. Saya cuba mempersoalkan keperluan terowong dasar laut, mengapakah kerajaan berbelanja begitu banyak dalam kajian kebolehlaksanaan dan apakah sebab dalam kenyataan bercanggah antara kerajaan dan kontraktor projek namun tiada jawapan diterima," katanya.
-- BERNAMA

Tuesday, June 28, 2016

UMNO Bhg Semporna TERBUBAR, Semua AJK, 300 Ketua Cawangan Letak Jawatan


UMNO Bahagian Semporna di Sabah telah terbubar secara rasmi dengan perletakan jawatan dan tindakan keluar parti seluruh Jawatankuasa bahagian bersama 300 ketua cawangan. Beribu-ribu ahli biasa Umno Sabah dijangka menyusul mengambil tindakan sama.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com