innity

pages

Sunday, July 31, 2016

1,500 ahli Umno Sabah keluar parti, banyak cawangan UMNO tutup


Seramai kira-kira 1,500 anggota Umno cawangan dari bahagian Tenom, Sabah mengisytiharkan keluar parti semalam.
Kesemua mereka mengisytiharkan keluar parti pada majlis Irau Rakyat di Tenom sambil disaksikan oleh bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
Mereka yang keluar daripada parti itu terdiri daripada pelbagai cawangan yang berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dan Kemabung.
Sementara itu, Shafie ketika ditemui pemberita memberitahu, beliau menjangkakan lebih ramai lagi anggota Umno yang akan keluar parti tersebut.
Katanya, tindakan keluar beramai-ramai itu menunjukkan bahawa akar umbi parti di Sabah bukan hanya tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Umno Pusat tetapi termasuk di peringkat negeri.
"Ini menampakkan bahawa hati mereka (anggota yang keluar parti) bukan hanya kerana keadaan pentadbiran Umno pusat tetapi juga di peringkat negeri.
"Saya yakin ini petanda bahawa kita boleh ubah (kepimpinan) negeri Sabah. Dan kesanggupan mereka untuk keluar parti itu menunjukkan bahawa mereka tahu, tanpa Umno mereka tak mati," katanya.
Selain itu, bekas pemimpin Umno cawangan Kanar Tanom, Nossil Basayu, 64, berkata beliau kini tidak percaya terhadap kepimpinan yang ada sekarang kerana pelbagai isu yang tidak dapat diatasi oleh mereka.
Menurut Nossil, antara isu yang tidak diambil peduli oleh pemimpin Umno negeri ialah isu yang melibatkan rakyat terutama di kawasan kampung.
"Kita di Umno parlimen Tenom sayang pada Umno tapi oleh kerana masalah yang banya tak dapat diatasi pucuk pimpinan, bila tak dapat atasi maka kesannya pada akar umbi. Mereka tak dapat atasi isu-isu yang membabitkan rakyat," katanya yang turut memberitahu Umno di cawangannya kini terbubar selepas ke semua 96 anggotanya isytihar keluar parti.
Malah, beliau turut memberitahu bahawa Shafie menjadi individu yang mendorong mereka untuk berani keluar daripada Umno.
Pada Julai lalu, Shafie mengumumkan keluar Umnoselepas digantung keahlian daripada parti itu. Ia ekoran tindakannya yang dilihat lantang bersuara mengenai isu skandal 1MDB.
Ekoran itu, seramai 600 anggota Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi dilapor mengumumkan keluar parti serta-merta kerana tidak puas hati dengan layanan terhadap Shafie serta hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno dan presiden Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum itu juga, pada Jun, ADUN Sulabayan dari BN, Jaujan Sambakongmengumumkan keluar daripada Umno selepas Pengerusi Tetap Umno Semporna, Datu Eranza Datu Saribu bersama-sama dengan 19 ahli jawatankuasa dan akar umbi Umno Semporna turut melakukan tindakan sama.- MK

3 VIDEO Sebuah van terbakar depan KLCC hari ini


Sebuah van terbakar depan KLCC hari ini.
Video kredit orang ramai



[JIKA SERINGGIT SEORANG,SUDAH RM15 JUTA] Rosmah seru lebih ramai tampil memberi derma

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri merangkap penaung Tabung Pahlawan, Datin Seri Rosmah Mansor menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memberikan sumbangan kepada tabung khusus untuk bekas tentera itu.
Beliau berkata, purata kutipan setiap tahun tabung itu hanya RM1.5 juta, jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan populasi negara.
“Jika separuh daripada rakyat menyumbang seringgit seorang, sekurang-kurangnya Tabung Pahlawan dapat mengutip RM15 juta setahun,” katanya.
Beliau berucap merasmikan kempen Tabung Pahlawan 2016 yang bertemakan “Demi Perwiraku, Sekecil Mana Pun, Besar Pengertiannya” sempena Hari Pahlawan hari ini.
Beliau juga meluahkan rasa sedihnya apabila mendapat tahu hanya segelintir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor korporat yang menghulurkan sumbangan kepada tabung itu.
Ini amat mengecewakan memandangkan kerajaan menggalakkan setiap keuntungan syarikat haruslah diperuntukkan sebahagiannya bagi tujuan kebajikan masyarakat, melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
“Dari itu, saya menyeru agar syarikat GLC dan korporat memperuntukkan sedikit keuntungan mereka kepada tabung ini,” katanya lagi.
Beliau turut menggesa seluruh rakyat agar sentiasa memberi penghargaan sewajarnya dalam apa jua bentuk kepada bekas-bekas tentera dan keluarga mereka.
Selain pengagihan sumbangan kepada bekas tentera, majlis tadi turut menyaksikan beberapa badan dan syarikat memberikan sumbangan, antaranya Lembaga Tabung Angkatan Tentera dengan sumbangan RM1 juta, Weststar Sdn Bhd (RM100,000) dan Pharmaniaga Berhad (RM50,000). - FMT

Penjarakan saya jika lantang bersuara suatu kesalahan - TMJ


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu membantu untuk menyampaikan pesanan rakyat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, dalam pertemuan pada 12 Ogos ini.
"Saya ingin berkongsi maklumat yang menarik, saya dijemput untuk sesi minum pertang bersama perdana menteri pada 12 (Ogos).
"Jadi, jika kamu ada pesanan untuk beliau, kamu boleh berjumpa saya selepas ini," katanya semasa rancangan bual bicara Astro Awani, malam semalam.
Tunku Ismail, bagaimanapun, tidak mengulas lanjut mengenai tujuan perjumpaan tersebut.

Semasa rancangan bual bicara 'Obviously Harith Iskandar' itu, Tunku Ismail turut mempertahankan kelantangan beliau demi mengingatkan para pemimpin negara untuk berkhidmat kepada rakyat dengan integriti, dedikasi dan pengabdian.
"Jika itu suatu jenayah, mereka perlu masukkan saya ke dalam penjara kerana saya akan terus lantang," katanya.
"Apa sahaja yang kita suarakan tidak kena-mengena soal peribadi menentang mana-mana individu. Ia sesuatu yang kita perlu peringatkan . Jika di kedudukan saya tidak dapat mengingatkan pemimpin supaya berkhidmat kepada rakyat, apa gunanya saya berada di sini?" tanya Tunku Ismail.
"Saya dibesarkan oleh keluarga terutamanya ayah dan datuk yang sentiasa bersikap jujur ​​dan berterus-terang," kata beliau.
"Kadang-kala kita perlu diplomatik, tetapi saya lebih suka berterus-terang agar mesej dapat disampaikan, jika tidak, orang tidak ambil perhatian serius," ujar beliau.
Pada masa yang sama, beliau turut menyeru keluarga diraja di negara ini untuk memahami dan memainkan peranan mereka untuk bersuara demi rakyat. - MK

3 Sebab Datuk Dzulkifli dari Pejabat Peguam Negara TIDAK LAYAK terajui SPRM


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyenaraikan tiga sebab utama atas tindakan beliau tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Menurut ahli parlimen Gelang Patah itu, 
Pertamanya, Dzulkifli terlalu 'junior' untuk mengepalai suruhanjaya tersebut kerana beliau perlu dinaikkan pangkat kepada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A tingkat tertinggi untuk dilantik untuk mengetuai SPRM.
Kedua pula ialah pelantikannya sangat tidak wajar ketika negara sedang berdepan perhatian negatif antarabangsa ekoran saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat membabitkan aset bernilai AS$1 bilion yang berkait rapat dengan 1MDB.
"Dzulkifli memainkan peranan penting dalam membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion dengan terbukti, duduk bersebelahan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali ketika sidang akhbar mengumumkan tidak ada pertuduhan ke atas Najib pada 26 Jan yang lalu," ujar beliau.
Sebab ketiga ialah tahap kelayakan Dzulkifli untuk jawatan nombor satu suruhanjaya itu padahal beliau dan Apandi gagal untuk mengenal pasti 'Malaysian Official 1" yang dinamakan sebanyak 36 kali dalam saman DOJ itu, kata beliau.
Justeru, rakyat negara ini perlu bertanya sama ada individu yang tidak mengetahui 'Malaysian Official 1' sebagai layak dan sesuai untuk mengetuai agensi anti-rasuah di negara ini, tambah Lim.
Lim berkata demikian semasa majlis makan malam anjuran DAP cawangan Sri Kembangan semalam.
Dzulkifli, yang merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara diumumkan sebagai pengganti Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021 oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.
Selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.
Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kata Ali.


Sekat kerakusan Najib elak cucu cicit tanggung hutang: Mukhriz



Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tindak tanduk Datuk Seri Najib Razak perlu disekat segera jika tidak mahu cucu cicit kita kelak menanggung hutang.
Katanya, atas perlakuan menyalahguna wang dengan hutang berbillion ringgit, generasi kita akan datang terpaksa menanggung beban.
“Kita tak sanggup tengok negara musnah hanya disebabkan kerakusan seorang pemimpin. Kita harap sangat agar Najib paham dan letak jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.
Untuk itu Mukhriz berkata, beliau bersama bapanya, Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan yang lain sedang berusaha untuk menjayakan parti baharu ini.
“Niat kami, mahu menjaga hak rakyat. Jika anda mahu masa depan cerah, marilah bersama-sama kami.
“Jika anda rasa kerajaan sekarang tidak berintegriti, marilah bersama-sama kami. Jika anda tidak mahu pemimpin terus mengsonglap duit rakyat, marilah bersama-sama kami. Kami akan pastikan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi selepas ini,” katanya lagi.
Mengulas mengenai perkembangan parti baharu itu katanya, Tun Mahathir sendiri dijangka akan mengemukakan permohonan parti secara peribadi kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Seboleh-boleh yang dipersetujui rakan-rakan yang lain, bapa sendiri yang akan hantar borang ke ROS.
“Maka kita berharap ROS akan memberi pertimbangan sewajarnya dan tidak ada kekangan sengaja dihalang sebab ini amalan demokrasi. Benarkan parti ini didaftar seperti biasa,” katanya. - ismaweb

[BERANI KE, DUN JADI 16-16] Ahmad Said tiada masalah jika dipecat dari Umno, ekoran mesyuarat tertutup desak




KEMAMAN - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan kedudukan keanggotaannya dalam parti itu selepas wujudnya desakan daripada segelintir pihak yang memintanya dipecat berikutan kelantangannya mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri yang juga presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Bahagian Kemaman itu berkata, sekiranya Majlis Tertinggi ingin memecatnya dari parti, beliau akan akur dengan apa juga keputusan yang akan dimuktamadkan nanti.

Bagaimanapun, tegas Ahmad, jika beliau dipecat ia akan memberi kesan kepada kedudukan kerusi parti berkenaan di dalam Dun Terengganu kerana akan mengakibatkan jumlah kerusi yang dipegang akan sama banyak dengan pembangkang iaitu 16-16.

“Saya tidak ada sebarang masalah dan akur terhadap apa juga keputusan yang dimuktamadkan kelak, cuma apa sahaja keputusan nanti akan memberi kesan kepada kedudukan dalam Dun.

“Pada masa sekarang, saya akan bertahan dan terus menumpukan tugas sebagai wakil rakyat untuk membela nasib penduduk walaupun  terpaksa berdepan dengan pelbagai tohmahan buruk yang dilemparkan sesetengah pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah projek 30 unit rumah kedai  Umno Bahagian Kemaman yang bernilai RM45 juta  yang dibangunkan dengan kerjasama Rayhar Properties Sdn Bhd (Rayhar) di Kampung Dusun Nyior, di sini, semalam.

Dalam satu mesyuarat tertutup yang diadakan di Kuala Lumpur kelmarin, ada segelintir pihak yang juga ahli Umno menggesa pucuk pimpinan Umno memecat segera Ahmad yang juga Adun Kijal ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan dan membuat usul undi tidak percaya pada sidang Dun yang lalu.

Sementara itu ditanya mengenai kerjasama bersama Rayhar, Ahmad berkata, Rayhar akan membina sebanyak 30 unit rumah kedai empat dan tiga tingkat di atas tanah milik Umno Bahagian Kemaman yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan lagi.

“Menerusi kerjasama ini Umno Bahagian Kemaman akan menerima lapan unit rumah kedai dengan jangkaan perolehan RM50,000 sebulan hasil sewaan apabila siap kelak dan boleh diguna untuk menampung perbelanjaan pengurusan Umno Bahagian Kemaman,” katanya. -SH

[RAKYAT TIDAK PERLU PERTAHANKAN UMNO] 'Umno SUDAH tak boleh dibaiki lagi'




KULIM - “Umno sekarang seperti kereta buruk, bila baiki rosak lagi, jadi kita tukar kereta baru lah,” demikian kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, walaupun perlembagaan parti boleh dipinda, namun ia tetap tidak berubah, malah kembali seperti sediakala juga.

”Nak baiki macam mana lagi Umno ini? Nak pinda perlembagaan? Ya, betul saya pengerusi perlembagaan. Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) pun sama.

"Tapi tak berubah, macam itu lah juga Umno, lebih lagi bila presiden partinya menjadi seorang yang amat tak bertanggungjawab” katanya.

Jelasnya, sebab itu rakyat tidak perlu lagi mempertahankan Umno yang semakin rosak keseluruhannya dan perlu memilih parti baharu yang bakal ditubuhkan nanti.

“Sebab itu, kita tak boleh harap lagi pada Umno, tapi saya tahu nak berganjak dari Umno bukan mudah kerana berpuluh tahun bersama parti ini.

“Memang Umno perjuangkan dan bela nasib bangsa, agama dan negara, namun sampai setakat mana parti itu baik,” katanya.

Malah katanya, dengan pengalaman beberapa pemimpin yang akan mengemudi parti baharu nanti, sudah pasti hak rakyat, kedaulatan negara dan berteraskan agama dapat diperjuangkan.

“Sampai masa kita akan umum parti baharu. Parti ini akan berjuang untuk kita, lebih hebat daripada  diperjuangkan Umno selama ini. Jangan susah. Tak apa-apalah tinggalkan Umno. Kita ada pengalaman ,Tun Mahathir ada, (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) dan  (Datuk Seri Mohd) Shafie (Apdal).

“Parti yang lebih demokratik, progresif, dinamik, teras Islam, perjuangan rakyat termasuk orang Melayu dan sebagainya. Kita akan jelaskan nanti,” katanya. - SH

[SAINGAN KEPADA UMNO, TERMASUK PAS?] Parti baharu BERTERASKAN ISLAM, kata Muhyiddin


KULIM, Sabtu – Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti politik baharu yang bakal ditubuhkan akan berteraskan Islam, namun tetap memperjuangkan kebajikan seluruh rakyat.
Beliau memberi jaminan parti baharu itu akan mempertahankan hak Melayu, Perlembagaan Negara, hak Raja-Raja, bahasa dan dalam masa sama turut menjaga kepentingan serta hak kaum lain.
Berucap pada majlis penerangan isu-isu semasa di sini malam semalam, beliau berkata, imej dan maruah negara di mata dunia sudah tercemar gara-gara perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Malaysia kini dikenali sebagai sebuah negara yang paling korap di dunia.. Malaysia Boleh, tetapi kita tak mahu kata ‘Malaysia Boleh Korap’.
“Malangnya pelakuan ini bukan dibuat oleh seluruh rakyat Malaysia… tapi dilakukan oleh seorang pemimpin iaitu Najib Razak,” katanya.
Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah melihat terdapat seorang Perdana Menteri yang berterusan membohongi rakyat.
Katanya, pelbagai cara sudah dilakukan supaya Najib berundur, tetapi gagal.
“Saya dan Tun (Dr Mahathir Mohamad) serta rakan-rakan yang lain berbincang, kita tubuh parti baru… Saya orang UMNO lama. Tapi bila sampai soal maruah bangsa, negara sudah rosak..perpatah cina kata kalau rosak mulut dari kepala.. kepala sudah rosak.. ekor pun rosak..
“Kalau kata UMNO satu-satunya parti yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara…betul… tapi sekarang UMNO sudah rosak.. malu kita.. UMNO macam kereta buruk.. nak repair nanti rosak lagi.. jadi cari kereta baru la,” katanya. - ismaweb

Saturday, July 30, 2016

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin: Wujud persepsi negatif jika Peguam Negara terajui kedua-dua skim perkhidmatan


KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menyarankan agar kuasa hakim di mahkamah tinggi dan mahkamah rendah diasingkan.
Menurutnya, kuasa hakim bagi mahkamah rendah seperti mahkamah sesyen dan mahkamah majistret seharusnya diletakkan di bawah Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Manakala, kuasa hakim mahkamah tinggi seperti Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan pula diletakkan di bawah Peguam Negara.
“Peguam Negara ialah ketua bagi perkhidmatan perundangan yang terletak di dalam badan eksekutif. Manakala, pegawai kehakiman adalah sebahagian daripada badan kehakiman.
Sekiranya peguam negara kekal menerajui kedua-dua skim perkhidmatan, saya gusar ia akan mewujudkan persepsi negatif tentang kebebasan kehakiman. Banyak pihak menyatakan pendapat yang sama,” katanya.
Ujarnya lagi, satu kertas cadangan telah dihantar oleh pihak Arifin kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan berhubung isu ini.
Dalam sistem yang sedia ada, pegawai kehakiman hanya ada satu servis iaitu kehakiman dan perundangan. Namun melalui perubahan ini, sebarang penukaran bidang perlu mendapatkan persetujuan dari ketua masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Arifin turut menyampaikan sokongannya jika Mahkamah Siber diwujudkan seperti yang dicadangkan oleh pihak kerajaan.
“Kita alu-alukan dan sedang melatih pegawai-pegawai kami. Pegawai yang dilatih ketika ini tidak kurang dari 10 orang.
“Kita tidak akan bercakap soal menggunakan komputer tetapi lebih kepada kegiatan menggodam dan beberapa perkara lain,” jelasnya. - FMT

[SPRM, IMIGRESEN] Aziz Bari Persoal ROMBAKAN Pegawai Tinggi Kerajaan: Timbulkan Kebimbangan



Pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari hari ini mempersoalkan sekiranya pertukaran dalam perkhidmatan awam dilakukan mengikut norma dan amalan yang diterima.
Aziz berkata Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad bukan benar-benar merupakan pegawai kanan ketika di Jabatan Peguam Negara.
"Pelantikan ini dan rombakan pegawai tinggi tertentu - terutamanya dalam SPRM dan Imigresen - telah menimbulkan kebimbangan dalam beberapa kumpulan; termasuk dalam perkhidmatan kerajaan," kata Aziz kepada Malaysiakini.
Walaupun beliau mengakui langkah itu tidak pernah berlaku sebelum ini, pemimpin DAP Selangor itu berkata, kerajaan perlu lebih berhati-hati berikutan skandal 1MDB.
"Ia mesti memastikan bahawa integriti (perkhidmatan awam) - yang amat berhubung dengan (dasar) berkecuali - tidak terjejas," kata Aziz.
"Dari segi perlembagaan, perkhidmatan awam perlu menjadi neutral dan itulah sebabnya ia telah menyediakan perlindungan tertentu termasuk pencen, disiplin, kenaikan pangkat dan sebagainya."
Beliau berkata pejabat Yang di-Pertuan Agong nampaknya digunakan untuk menghalalkan kenaikan pangkat pegawai-pegawai tertentu, dan kemungkinan diturun pangkat dan dibuang kerja.
"Walaupun ia adalah tidak realistik untuk mengharapkan Agong membuat keputusan sendiri, Perlembagaan telah merangka satu sistem di mana terdapat semak dan imbang serta ketelusan apabila ia datang kepada proses di atas," katanya.
Aziz juga tertanya-tanya mengapa jawatan panglima angkatan tentera masih dipegang oleh panglima tentera darat.
Beliau mempersoalkan apa yang telah berlaku kepada penggiliran jawatan tersebut di kalangan panglima tentera darat, laut dan udara seperti dilaksanakan bertahun-tahun yang lalu.
"Lebih-lebih lagi apabila penyandang sekarang telah melampaui umur persaraan wajib 60 tahun," katanya.
Semalam, tiga pegawai atasan SPRM - Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali - mengucapkan selamat tinggal kepada agensi itu.
Abu Kassim akan terus berkhidmat sebagai pegawai perkhidmatan anti-rasuah sehingga bersara wajib pada 2020, manakala Shukri difahamkan bersara daripada perkhidmatan awam.
Sementara itu, Mustafar dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Imigresen yang baru berkuat kuasa 1 Ogos, menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam. - MK

[PECAH AMANH] 28 pegawai imigresen SELUDUP masuk 10,000 warga asing


KUALA LUMPUR 29 Julai - Sebanyak 28 pegawai imig­resen yang ditahan dalam operasi khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula awal Mei hingga Selasa lalu dipercayai terlibat menyeludup ma­suk dan keluar lebih 10,000 warga asing ke negara ini sejak lima tahun lalu.

Kegiatan penyeludupan itu dipercayai dilakukan bukan hanya melalui lapangan terbang negara tetapi juga di semua pintu masuk negara, termasuk darat dan air.

Menurut sumber, kebanyakan warga asing yang dibawa masuk adalah rakyat Bangladesh diikuti India, Afrika, China, Vietnam, Indonesia dan Sri Lanka.

Ujarnya, selain bekerja secara haram, terdapat warga asing yang dipercayai menunggu masa untuk diuruskan pergi ke negara ketiga dengan menjadikan negara ini sebagai transit.
Jelasnya, mereka akan ber­urusan dengan ejen bagi mendapatkan pasport tempatan yang telah dipalsukan dan ejen pula kemudiannya akan menggunakan pegawai imigresen terlibat bagi proses seterusnya.

“Setiap warga asing yang ma­suk akan dikenakan bayaran antara RM300 dan RM5,000 oleh ejen mengikut negara.., dan pegawai imigresen terlibat pula akan mene­rima bayaran lebih kurang sama (dengan ejen) berdasarkan jumlah warga asing yang perlu diseludup,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sumber itu memberitahu, kesemua warga asing yang dibawa masuk tidak mengikuti prosedur yang sah seperti keperluan menjalani saringan kesihatan dan dikhuatiri boleh menjadi punca merebaknya penyakit-penyakit berjangkit dan berbahaya di negara ini.

Semalam, media melaporkan sebanyak 28 pegawai imigresen termasuk isteri seorang pelakon terkenal ditahan kerana terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia.

Kesemua mereka yang berusia antara 23 hingga 35 tahun. Sebanyak 15 orang ditahan dalam operasi awal Mei dan 13 lagi ditahan Selasa lalu.

Utusan Malaysia melalui laporan eksklusif pada 10 Mei dan 11 Mei lalu melaporkan mengenai ‘keistimewaan’ lebih 10 sin­diket penyeludupan manusia dan pemalsuan pasport yang dikesan sewenang-wenangnya menjadikan kedua-dua lapangan terbang utama negara sebagai pusat transit warga asing sebelum berlepas ke negara ketiga.

Sindiket itu juga menyebabkan kira-kira 10 warga keluar menggunakan pasport palsu di Lapang­an Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 setiap hari sejak awal tahun ini.

Maklumat itu adalah hasil siasatan PDRM susulan penahanan dua pegawai imigresen bersama 17 individu lain dalam satu operasi khas di sekitar Lembah Klang pada awal tahun ini. - Utusan Online


Tun Dr Mahathir seru tinggalkan UMNO, sertai parti baharu

Oleh RZ
KULIM, Sabtu – Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru ahli UMNO supaya meninggalkan parti itu dan bersiap sedia menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi bagi memastikan kelangsungan survival, khususnya orang Melayu, rakyat dan negara.
Beliau berkata, parti baharu ini akan meletakkan calon yang menggabungkan muka baru dan lama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi berdepan Barisan Nasional (BN) serta membersihkan amalan tidak baik yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kita telah menyenaraikan kesalahan Najib melalui Deklarasi Rakyat dan saya ucap terima kasih kepada mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat dan sekarang ini kita nak supaya tandatangan borang untuk jadi ahli parti baru ini.
“Saya harap semua… jangan seorang pun tertinggal. Kalau ada ahli UMNO pun.. keluarlah daripada UMNO… UMNO tak wujud lagi.. saya sayang pada UMNO… saya masuk UMNO tahun 1946.
“Kita tak boleh nafi UMNO berjasa kepada negara.. Tetapi bila Najib ambil alih UMNO… ia tidak lagi jadi UMNO. Perjuangan untuk bangsa, agama dan negara telah diketepikan.. Hari ini, dasar perjuangan UMNO ialah untuk menentukan Najib tidakdihadapkan ke mahkamah kerana mencuri wang negara,” katanya berucap pada perhimpunan menjelaskan isu-isu semasa di Karangan, Kulim, malam tadi.
Lebih 2,000 penduduk tempatan hadir pada majlis bermula jam 9 malam yang turut menampilkan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, turut hadir pada majlis yang tamat kira-kira jam 1 pagi tadi.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat perlu mengalahkan BN pada pilihan raya akan datang dan memberi kemenangan kepada parti baharu serta rakan-rakannya untuk memerintah negara.
“Dalam pilihan raya akan datang kita akan letak calon-calon baru dan lama.. yang lama pun ada sikit.. tapi kita cari yang baru supaya mereka ini bersihkan parti dan tak buat lagi amalan seperti yang Najib lakukan… kita ambil masa sikit nak daftar parti ini.. tapi insya-Allah bila kita dah siap sedia.. kita nak terima semua orang,” katanya.
Pada majlis itu Tun Dr Mahathir turut menceritakan mengenai skandal 1MDB, pemindahan wang syarikat pelaburan negara itu ke beberapa firma lain sebelum wang itu dimasukkan ke akaun peribadi Najib di dalam Ambank, serta pengesahan skandal yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. - ismaweb

UMNO sukar cari PM sebab pemimpin sekarang bodoh, kata Tun Dr Mahathir



Oleh RZ
KULIM, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, UMNO sekarang ini sukar mencari Perdana Menteri yang benar-benar boleh mentadbir negara kerana kepemimpinan yang ada sekarang bukan terdiri daripada cerdik pandai.
Beliau menceritakan kisah bagaimana anaknya, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz pada awalnya ditolak daripada menjadi ahli UMNO Kubang Pasu yang pernah diterajuinya suatu ketika dulu.
Ceritanya macam ini.. dia orang dah pegang jawatan.. dah jadi ketua bahagian.. dia tak suka orang yang lebih pandai daripada dia masuk.
“Orang yang lebih bodoh boleh masuk… orang yang lebih pandai tak boleh.. jadi bila dia mati.. pengganti dia bodoh daripada dia.
“Lepas orang yang bodoh ni naik menjadi ketua.. dia pun macam tu juga.. dia pilih yang lagi bodoh untuk masuk dan bila dia mati.. si bodoh ni la yang ganti dia.
“Sbab tu hari ini bila UMNO nak cari siapa patut jadi Perdana Menteri susah nak dapat sebab yang ada bodoh-bodoh belaka.. saya fikir amalan ini patut dihentikan,” katanya berucap pada perhimpunan menerangkan isu-isu semasa di Karangan, Kulim, malam tadi.

Majlis turut dihadiri bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mukhriz dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal. Hadir sama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Tun Dr Mahathir berkata, Datuk Seri Najib Razak juga tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana melakukan banyak kesalahan
“Najib tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.. dia mencuri.. pencuri tidak boleh menjadi Perdana Menteri.. kita rela ka nak ambil pencuri jadi Perdana Menteri,” soal beliau yang turut menerangkan mengenai rancangan penubuhan parti baharu; skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung penyelewengan dana 1MDB. - ismaweb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com