innity

pages

Friday, September 30, 2016

(PENJUAL AIR LIUR) Selain UM, dua lagi universiti nafi anugerah PhD kepada Azizan


Bila penceramah motivasi terkenal
Azizan Osman menerima ijazah kehormat Universiti Malaya (UM) dan siapa yang menyerahkan padanya?
Soalan itu dibangkitkan oleh bekas naib canselor UM Tan Sri Ghauth Jasmon, susulan kontroversi ijazah kehormat doktor keusahawanan yang dikatakan diberi kepada Azizan.
“Saya ingin penjelasan dari Azizan Osman bilakah tarikh beliau naik ke pentas terima ijazah kehormat ini?
“Siapakah tuanku canselor UM yang menyampaikan skrol pada Azizan dalam upacara konvokesyen itu?
“Dengan kedua-dua maklumat ini kita boleh semak dengan mudah,” tulis naib canselor kesepuluh UM itu di Facebook.
Bagi menjawab kekeliruan, UM semalam menegaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah kehormat itu kepada Azizan.
Selain UM, Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) juga menafikan nama Azizan Osman tersenarai dalam penerima yang dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan.
Portal Berita Harian Online, memetik jurucakap universiti itu berkata, semakan mendapati tiada individu dengan nama sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti didakwa.
"Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM," katanya.
IUKL pula dalam satu kenyataan media mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada Azizan Osman.
"Pihak IUKL mengesahkan tidak pernah menganugerahkan kedua-dua ijazah itu kepada Azizan Osman.
"Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut," kata kenyataan itu hari ini.
Syarikat Azizan, Richworks International Sdn Bhd, dalam kenyataan balasnya beberapa jam selepas itu menuntut penjelasan lanjut dan berkata mengambil serius berkaitan penafian itu.
Ia bagaimanapun tidak mengesah atau menafikan secara langsung kenyataan itu.

Semakan Malaysiakini setakat petang semalam mendapati laman web Richworks memperkenalkan Azizan diperkenal sebagai pemilik “PhD (Hon) Entrepreneurship (UM)”.

Azizan turut terkenal sebagai usahawan dan penulis.
Malah, beliau dikatakan pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai penganjur seminar motivasi terbesar di Malaysia.

Tuesday, September 27, 2016

Syed Saddiq Kecewa Netizen Kutuk Zahid Hamidi Tak Pandai B. Inggeris


Kisah Zahid Hamidi-PBB

Saka kecewa lihat banyak orang memperlekehkan usaha Zahid Hamidi untuk bertutur dalam Bahasa ingrris dalam ucapannya di PBB. 

Beliau ada pilihan untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia tetapi tetap pilih untuk mengambil jalan yang lebih sukar. 

Memang betul ada salah "enunciation/pronunciation" tapi saya percaya mesej yang ingin beliau sampaikan  masih boleh difahami oleh khalayak ramai. 

Isu ini bukan lagi isu terpencil. Tahun lepas saya ingat lagi ada diantara kita yang mencaci salah seorang aktivis yang gagal untuk menjawab soalan BI dengan fasih. 

In our very schools we create a toxic environment for people to learn english as we are quick to ridicule them  when they try to do so. 

Bila mereka bertutur dalam BI, ada yang akan melabel mereka sebagai "Pengkhianat bangsa" "lidah penjajah" "bajet om putih"

Malangnya, apabila ada yang mencuba, kita kutuk mereka kerana tak fasih, "Broken english" etc.

To me the ridicule of Zahid hamidi's speech is merely a symptom of a more toxic problem in Malaysia. 
Kita cepat memperlekehkan usaha sesetengah rakyat malaysia yang ingin mencuba "dunia" yang baru.  

I have a few suggestions to Zahid Hamidi:
(Saya pun dulu gagap dan tak fasih dalam bahasa ingrris juga, tetapi alhamdulillah sekarang saya diberikan mandat untuk mengajar di lebih 25 negara)

A) Don't be ashamed to speak in english despite the criticisms. Prove the critics wrong. Attend English classes & start immersing yourself with an english speaking environment. 
(I cam even suggest easy methods to pick up the language in no time)

B) While accustoming yourself to the language, use short english sentences which are not filled with complex-hard to pronounce words. This will assist you in speaking smoothly.

Personally, i have no problem with his attempt at speaking in English. Saya lebih kecewa dengan isi kandungan ucapannya. Saya lebih kecewa dengan kegagalannya untuk lantang bersuara demi negara, agama & bangsa. But more about that next time.

I always tell myself this when i'd like to do something,

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"

:)
SYED SADDIQ

70 peratus cawangan MCA dalam keadaan hibernasi


Kira-kira 70 peratus daripada 4,900 cawangan parti perkauman dan anti-Islam, MCA di seluruh negara didapati berada dalam keadaan hibernasi.
Menurut laporan Nanyang Siang Pau, bilangan itu diperoleh apabila satu tinjauan rambang dijalankan ibu pejabat MCA baru-baru ini.
Malah, Setiausaha Organisasi MCA, Datuk Yoo Wei How berkata, ada di antara pemimpin cawangan, termasuk pemuda dan wanita tidak tahu diri mereka adalah ketua cawangan atau ketua sayap.
“Sejak 1995 hingga 2004, MCA meraih kemenangan besar untuk 3 penggal berturut-turut. Ramai pemimpin dalam keadaan selesa sehingga mengabaikan perkhidmatan dan tidak mendekatkan diri dengan rakyat, akibatnya MCA berdepan kekalahan besar pada 2 pilihan raya umum (PRU) lalu,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Bahagian Kuala Kedah.
Beliau berkata, parti itu mempunyai 1.08 juta ahli, tetapi tindakan sesetengah ahlinya yang tidak menyokong calon MCA adalah satu daripada faktor parti itu kalah pada 2 PRU lalu.
Katanya, MCA sejak 3 tahun lalu berjaya mendapatkan 600,000 ahli dan jika mereka mengundi calon MCA pada PRU akan datang, maka ia akan dijadikan tiket deposit parti itu. - ismaweb

Saturday, September 24, 2016

Kenyataan Ahmad Razif mengenai 4 Menteri Besar akan DITUKAR


KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman berkata, spekulasi mengenai pertukaran empat menteri besar sebelum pilihan raya umum akan datang, disebarkan pihak yang mahu menimbulkan konflik sesama anggota Umno.
"Usah peduli dengan apa sahaja spekulasi dan khabar angin yang tersebar ketika ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menyambut kepulangan beliau dan isteri Halina Zakaria dari Tanah Suci selepas menunaikan ibadah haji, di Seri Iman di sini, Jumaat.
Sehubungan itu, beliau meminta anggota Umno supaya tidak terpengaruh dengan spekulasi itu kerana ia sekadar khabar angin.
Menurutnya kepimpinan Terengganu akan meneruskan agenda dan fokus pilihan raya umum akan datang dengan berusaha menunaikan janji untuk memanfaatkan rakyat negeri ini.
Sebelum ini, spekulasi tersebar kononnya Ahmad Razif, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan akan ditukar sebelum pilihan raya umum diadakan. - Bernama

Tuesday, September 20, 2016

(DIBUKA SEKARANG) GUNA SMARTPHONES DAFTAR BERSATU ONLINE


GUNA SMARTPHONES DAFTAR BERSATU ONLINE

Akhirnya! Selepas semua orang tak sabar menantikan pendaftaran atas talian atau online registration. Kami dengan rasa rendah diri, menjemput dan mempersilakan tuan puan, dato datin, tan sri, puan sri, toh puan , adik akak, dan seluruh rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia secara ONLINE. 

www.bersatu.org

Anda juga boleh menggunakan aplikasi telefon pintar android ataupun apple. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami.

Terima kasih

KENYATAAN BERSAMA Tun Mahathir - Anwr tolak Akta MKN


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan bersama menolak pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (Akta MKN).

Kenyataan empat perenggan yang ditandatangani secara bersama oleh kedua-dua pemimpin itu antara lain berkata akta tersebut mengancam sistem demokrasi dalam negara.

"Akta ini telah mengenepikan secara langsung kuasa secara langsung kuasa serta peranan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam isu kepentingan keselamatan dan kebebasan rakyat negara ini," kata kenyataan bersama tersebut. - Astro Awani

Sunday, September 18, 2016

'Tinggalkan Umno kerana Nazri halau saya' - Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja


Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Selangor Mohd Hamidi Abu Bakar hari ini, bertindak meninggalkan Umno.
Menerusi satu kenyataan Mohd Hamidi berkata, tindakan itu selaras dengan cabaran  Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mahu dia keluar daripada parti keramat Melayu itu pada bulan Mei lalu.
"Saya ingin mengimbau sedikit kenyataan Nazri kepada saya pada bulan Mei yang lalu, beliau telah menghalau saya daripada Umno.
"Kepada Nazri, saya telah melakukannya," katanya.
Pada Mei lalu, Mohamed Nazri dalam satu laporan dipetik sebagai berkata, beliau mencabar Mohd Hamidi untuk mengikut jejak langkah pemberontak Umno agar keluar daripada parti itu.
"Dia boleh melihat sama ada ia akan membawa bencana untuk dia," kata Mohamed Nazri  sebagai respons kepada komen Mohd Hamidi bahawa pengusiran Tan Sri Muhyiddin Yassin , Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi bencana.
Dalam pada itu Mohd Hamidi mendakwa, beliau akan menarik lebih ramai ahli Umno supaya keluar daripada parti itu selepas melakukannya sendiri hari ini.
"Saya berjanji insya-ALLAH saya akan mengajak lebih ramai lagi ahli Umno yang akan mengikut apa yang telah saya lakukan," katanya.
Dalam pada itu, katanya walaupun tindakan keluar daripada Umno merupakan satu keputusan yang sukar, namun ujarnya dia terpaksa melakukannya.
"Saya ingin memohon maaf pada ibu bapa saya dan keluarga besar saya yang kesemuanya adalah ahli Umno, serta ahli-ahli  Umno di kawasan saya yang telah memberi saya sedikit jawatan pada pemilihan yang lepas
"Apa pun ingin saya tegaskan, ini adalah atas dasar prinsip dan keyakinan saya bahawa Umno ini tidak lagi menjadi wadah perjuangan orang Melayu.
"Orang Melayu sudah mula hilang keyakinan terhadap Umno, kerana ada sesetengah pemimpin Umno yang tidak serius menangani masalah rasuah serta ketirisan," katanya. - SH

(TINGGALKAN UMNO ITU SUATU PENGORBANAN) Kisah wanita Menitis Air Mata Ketika Isi Borang Keahlian PPBM


Kisah benar :

Pada hari pertama pendaftaran ada seorang kakak ni datang mendaftar menjadi ahli PPBM.. dengan linangan air mata dia mengisi borang.

Kakak itu terlalu sedih melepaskan UMNO dan menyertai PPBM. But it is something that need to be done kata beliau. Tiada guna bernostalgia kalau merosakkan masa depan negara katanya 
.
.
.

Tulisan di bawah ini mungkin agak pahit , selari dengan perasaan kakak di atas, tetapi ini lah reality nya kenapa ramai yg dengan berat hati melangkah terus meninggalkan UMNO dan bersama bersatu dengan PPBM demi kesinambungan bangsa dan negara .

***

UMNO parti yg kita sayangi sebelum ini telah menderhaka pada bukan sahaja perjuangan Melayu tetapi mengkhianati semua rakyat negara ini kerana UMNO hari ini dipimpin atas kehendak individu -atas nafsu tertentu sehingga kita yang dahulunya memperjuangkan UMNO tidak lagi merasakan UMNO itu wujud kerana apa yg ada bukan lagi berdasarkan perjuangan asal kita.

Parti UMNO hari ini semakin ketara menjadi tunggangan kepentingan peribadi, lantas hari ini- mereka yg tidak akur kepada kehendak sirkulasi kecil ini d campak kerana mahu memegang prinsip asal perjuangan org Melayu khususnya dan rakyat lain tidak kira apa kaum dan agama.

Hari ini UMNO hanya tinggal nama. UMNO termusnah - tidak lagi ada nilai roh dan semangat perjuangan. Kini UMNO kaku dan perjuangan perlu diteruskan dengan wadah baru. Kita sedih dan selama ini yang kita kenal adalah UMNO telah rosak.

Namun kita tidak boleh bernostalgia dengan UMNO yg kini dirampas oleh orang yg kita harapkan dapat meneruskan perjuangan. Kita berharap pada pegar tetapi pegar makan padi. Ini tidak boleh dibiarkan. 

Kita perlu bangkit menentang mereka yg telah mencabul UMNO sehingga UMNO tidak dapat diselamatkan lagi.

Akan menangis mereka yg sebelum ini bersusah payah menaikkan UMNO. Akan berderai air mata mereka yg sebelum ini ikhlas berjuang atas nama UMNO dan percayalah kalau mereka melihat sekarang...kalau Tun Razak melihat sekarang, pasti Allahyarham akan kecewa dengan kesudahan UMNO.

Yakinlah wadah baru ini PERLU DIPERTEGUHKAN kerana lawan kita ini sanggup melakukan apa sahaja untuk diri dia dan keluarga beliau dan bergayut atas nama UMNO. 

Percayalah UMNO yg ada adalah UMNO yg hilang roh perjuangan dan kehadiran PPBM adalah untuk memastikan survival rakyat Malaysia.

***

Yaakob Osman

[TAK SAMPAI SEBULAN, ZAHID WAKILI DI MESYUARAT PBB LAGI] Bukankah selama ini Najib suka pergi ke Amerika Syarikat?



Oleh: Shahbudin Husin

Pada 22 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi telah melakukan lawatan rasmi lima hari ke New York untuk menghadiri  Mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNSC.

Dalam mesyuarat itu, Zahid mempengerusikan perbahasan tentang "Cabaran  Dalam Mendepani Percambahan Senjata Pemusnah Besar-Besaran dan Kaedah Penghantaran, Bahan Berkaitan, Peralatan dan Teknologi Kepada Pelaku Bukan Negara" yang diadakan di ibu pejabat PBB itu.

Majlis Keselamatan PBB dianggotai oleh 15 buah negara dengan lima negara iaitu Amerika Syarikat, Russia, United Kingdom, China dan Perancis adalah anggota tetap, manakala 10 negara lagi bukan anggota tetap yang dipilih setiap dua tahun.

Malaysia menduduki salah satu kerusi bukan tetap Majlis Keselamatan PBB bermula 1 Januari tahun lepas setelah menang dalam pemilihan pada Oktober 2014.

Semalam, Zahid Hamidi sekali lagi ke New York untuk mengetuai delegasi  Malaysia  ke Perhimpunan Agung PBB atau UNGA yang bermula 17 hingga 25 September depan.

Menurut laporan Bernama, Zahid akan menyertai Raja-Raja, Presiden dan Perdana Menteri dari seluruh dunia dalam perhimpunan tersebut.

Antaranya Zahid juga dijadual akan menyampaikan kenyataan negara pada sessi debat umum, menyertai mesyuarat peringkat tinggi menangani penghijrahan pelarian dan migran berskala besar dan mesyuarat peringkat tinggi mengenai  situasi di Syria.


Dalam tempoh tidak sampai sebulan, dua kali Zahid ke New York menghadiri mesyuarat PBB.

Kenapa Najib Razak tidak pergi dalam Perhimpunan PBB ini sedangkan  negara-negara lain menghantar ketua kerajaan masing-masing yang terdiri daripada Raja, Presiden dan Perdana Menterinya?

Mesyuarat PBB kali ini juga adalah yang terakhir dihadiri oleh Barack Obama berikutan penggalnya akan berakhir hujung tahun ini.

Apa yang disibukkannya di Malaysia sehingga diwakilkan kepada Zahid Hamidi menghadiri perhimpunan pemimpin politik terbesar dunia itu?

Bukankah selama ini Najib suka pergi ke Amerika Syarikat? 

MCA, MIC, Gerakan dapat pelawaan sertai pembangkang


Susulan keresahan Gerakan terhadap cadangan persempadanan semula kerusi pilihan raya, Parti Amanah Negara (AMANAH) mempelawa anggota komponen BN selain Umno menyertai pembangkang.
Setiausaha parti serpihan PAS itu Suhaizan Kaiat berkata, langkah mahu mengumpulkan pengundi bukan Melayu di kawasan pembangkang “untuk menyelamatkan Umno sahaja”.
“Kaedah ini boleh terus melemahkan MCA, MIC dan Gerakan,” tulisnya di Facebook.

“Apa guna parti-parti bukan UMNO masih berada dalam BN lagi.
“Mari kita bersama dalam pembangkang.”
Naib Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong semalam menyelar cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diselar kerana didakwa mengutamakan penguasaan kaum berbanding memastikan percampuran seimbang.

Yong memberitahu Malaysiakini, perubahan dicadangkan itu mungkin akan memudaratkan Gerakan dan parti itu mungkin memfailkan bantahan. -MK

A Kadir Jasin bagi Penjelasan untuk Orang Kampung: 1MDB Kebun Pisang Atas Angin


Oleh : A Kadir Jasin

SEORANG bekas wartawan Bernama bagi tahu saya Sabtu lalu (3 September) orang kampung tak faham cerita 1MBD.

Saya tahu. Bukan orang kampung saja tak faham. Orang bandar dan orang berpelajaran pun tak faham melainkan yang arif urus niaga korporat dan kewangan canggih.

Saya pun dah cerita macam-macam cara. Saya yakin ramai yang faham tetapi lebih ramai yang masih tak faham atau samar-samar.

Pernah juga saya ceritakan kepada beberapa orang rakan blogger secara kiasan. Izinkan saya kongsi cerita kiasan itu dengan para pembaca dan pembahas sekalian. Saudara saudari pula boleh kongsi dengan orang lain kalau ada kesempatan.

Saya ibaratkan sebagai cerita dongeng orang berniaga pisang. Minta maaf kalau panjang sikit. Ceritanya macam ini.

1. Ada seorang saudagar minyak unta yang kononnya sangat pandai berniaga. Kalau dia jual batu yang dikutip tepi jalan pun laku. Dulu ada banyak peniaga macam ini di pekan-pekan sehari. Orang putih gelar wheeler dealer atau snake oil salesman. Lebih kurang macam penaja skim cepat kaya Pak Man Telo dan labu peram. Dia Cina. Nama dia Joe Hai.

2. Mula-mula dia pergi ke sebuah kampung nama Kampung Terang. Dia pujuk ketua kampung kongsi tanam pisang. Mereka pun tubuh syarikat Tanaman Istimewa Antarabangsa. Singkatannya TIA.

3. Punyalah hebat putar belit si Joe Hai ini dengan modal hanya RM1 dia boleh pinjam RM5,000 dari bank dalam dan luar negara. Ertinya dia pinjam lima ribu kali ganda daripada modal.

4. Tak pernah jadi dalam dunia di mana beza di antara modal dengan hutang 5,000 kali ganda. Selalunya bank bagi pinjam 50 peratus daripada modal saja. Itu pun dah dikira tinggi dan bahaya. Pernah kah kita dengar orang yang ada modal RM1 boleh pinjam sampai RM5,000? Along dan ceti pun tak bagi hutang sebanyak itu.

5. Yang banyak orang tak sedar, dalam diam-diam Joe Hai gadai tanah orang Kampung Terang yang nak dijadikan tapak projek pisang itu.

6. Perkara ini berlaku pada tahun 2008. Masa tu tak banyak orang sedar. Hanya ketua kampung dan beberapa orang suruhan dia saja tahu. Ikut cerita, tak lama lepas itu Joe Hai lesap dari Kampung Terang. Apa yang jadi dengan tanah orang kampung yang Joe Hai gadai sampai hari ini masih dipertikai.

7. Tiba-tiba, pada tahun 2009, Joe Hai timbul di Kuala Lumpur dan pakat dengan seorang pawang buaya yang tersohor nama Mat Nujum. Dalam kerja dia mudik hulu hilir tangkap buaya ganas, Mat Nujum tahu siapa ada tanah, di mana dan berapa luas. Joe Hai pakat dengan Mat Nujum tukar TIA kepada syarikat baru dengan nama Satu Melayu Dan Baba atau singkatannya 1MDB.

 
Haji Kader Pawang Buaya Tersohor Pahang (blog Koi Anak Pahang)
8. Mat Nujum tahu ramai suku sakat dia ada tanah. 1MDB “beli” tanah itu dengan harga murah dan lepas itu jual atau gadai dengan harga mahal. Kerja mereka ambil tanah, pecah lot, gadai atau jual. Tak cukup dengan jual tanah mereka berhutang pula.

9. Nasib mereka baik pasal suku-sakat Mat Nujum tak berapa cerdik dan Mat Nujum pandai reka cerita. Dia  kata, mereka akan untung juta-juta bila tanah mereka dah jadi projek raksasa.

10. Dia ambil hati mereka dengan guna duit hutang dan duit pinjam hantar mereka naik haji dan belanja anak-anak mereka mengaji dalam dan luar negara. Sekali-sekala mereka anjur majlis suka ria sampai bawa masuk artis top dari Korea.

11. Mat Nujum dan Joe Hai gadai sana pajak sini, hutang sana pinjam sini. Bila tak cukup nak bayar bunga dan pokok, mereka berhutang lagi. Kerja mereka korek lubang kambus lubang macam dalam skim cepat kaya.

12. Joe Hai dia pandai. Dia main dari belakang. Dia sendiri orang tak nampak. Dia duduk nun jauh di Amerika. Dia guna Mat Nujum sebagai orang depan. Semua Mat Nujum arah dan tandatangan. Mat Nujum jadi sangat berkuasa dalam kampung pasal duit banyak. Dia kata jalan, jalan. Tak ada siapa nak lawan pasal dah dapat habuan. Macam ayam dapat dedak. Yang tak setuju boleh jalan atau tunggu kena tendang. Pendek kata, Joe Hai jerit ayuh, Mat Nujum pun kayuh.

13. Walaupun Joe Hai ni muda, dia banyak tipu helah. Hasil pakatan dengan Mat Nujum dia jadi kaya-raya dalam sekelip mata walaupun projek pisang tak banyak hasil. Nak bayar bunga pun tak cukup.

14. Dia bagi tahu orang dia usahawan, dermawan, karyawan dan jadi kawan kepada anak tiri Mat Nujum. Dia pun baik dengan pak-pak Arab. Dia tahu, orang Melayu jadi lemah bila berdepan dengan orang Arab. Arab bela unta pun mereka sanjung macam ulama dari Makkah.

15. Dengan hasil perniagaan atas angin itu mereka pun berpesta, beli harta, joli sini joli sana. Nak cepat tunjuk hasil mereka beli kebun pisang orang lain yang pokok-pokok dah tua. Bila sesak tak boleh bayar balik hutang, mereka jual. Ada yang mereka beli mahal tapi jual murah. Beli mahal dari tauke tempatan jual murah kepada tauke Negeri China.

Bagus, beli mahal jual rumah kepada China
16. Mana pergi duit yang mereka pinjam, tuan tanah dan orang kampung tak tahu. Mat Nujum dan Joe Hai tak bagi tahu. Tiap-tiap tahun buku kira-kira lambat tutup. Bila juruaudit tanya atau tak mahu sahkan akaun, mereka kena tendang. Bila ditanya, Mat Nujum kata rahsia.

17. Satu dunia tahu cerita buruk dan busuk syarikat pisang 1MDB. Tapi dalam kampung semua orang diam. Ada yang diam pasal tak tahu apa-apa tapi ramai yang diam sebab sudah kenyang terbahak macam ayam dibagi makan dedak.

18. Sekonyong-konyong muncul Tok Pendeta yang bertapa di dalam gua. Dia tilik, dia renung dan dia buat congak. Dia tanya, macam mana habis tanah orang kampung kena gadai? Dibeli murah dijual mahal tapi perniagaan tak untung, hutang melambung. Bila sesak jual kepada tauke dari Negeri China dengan potongan harga.

19. Dia kata hutang projek pisang 1MDB dah naik jadi RM42 bilion. Satu bilion (1,000,000,000) bersamaan satu ribu juta. Jadi 42 bilion ringgit bersamaan 42 ribu juta ringgit. Kalau tulis jadi macam ini RM42,000,000,000.

20. Berapa Banyak RM42 bilion? Seorang bekas pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (PSRM) kata, RM1 bilion boleh buat 100 buah sekolah rendah, jalan tanah merah 6,600 kilometer dan 500 buah jambatan biasa.

21. Ikut laman web Finance Twitter, RM42 bilion boleh beli sebuah Apple iPad Air bagi setiap orang daripada 30 juta penduduk Malaysia atau boleh bagi makan 100,000 orang hidangan McDonald selama 99 tahun. Boleh beli antara 105,000 hingga 420,000 buah rumah PR1MA. Tapi kalau tukar RM42 bilion jadi beban hutang, setiap orang rakyat Malaysia, termasuk bayi baru lahir, akan tanggung RM1,400 hutang 1MDB tiap seorang tak termasuk faedah.

Cukup jamu rakyat makan McDonald selama 99 tahun
22. Apakah yang boleh kita tengok hasil hutang RM42 bilion itu? Lubang di tapak TRX Jalan Tun Razak, tanah pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang dah dijual kepada syarikat usaha sama Malaysia-China dan penjana elektrik bebas (IPP) yang dijual kepada kompeni negeri China.

23. Tapi hutang projek pisang atas angin rekaan Mat Nujum dan Joe Hai bukan RM42 bilion lagi. Dah naik jadi RM50 bilion pada bulan Januari tahun ini. Ini bukan Tok Pendeta yang kata. Ini Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang kata. Takkan auta. Orang yang jadi ketua PAC Mat Nujum sendiri lantik.

24. Orang cerdik dah tahu mana pergi baki duit projek pisang atas angin 1MDB itu. Dah kena songlap. Dah pusing satu dunia. Dari Malaysia ke negeri Arab, dari negeri Arab ke Pulau Caymans, dari Pulau Caymans ke Pulau British Virgin Islands (BVI), dari BVI ke Singapura, Hong Kong, Switzerland, England, Australia dan Amerika.

25. Macam-macam tipu helah dan cerita dongeng Mat Nujum serta konco-konco dia buat untuk lesapkan duit projek pisang atas angin 1MDB. Mula-mula mereka kata duit itu akan dibawa balik. Lepas itu kata kena simpan di Singapura pasal nak atasi syarat Bank Negara. Mula-mula duit tunai dolar Amerika. Lepas itu jadi sijil pelaburan. Kemudian tukar jadi unit. Akhir sekali lesap.

26. Dok tak dok, khabar dari luar negeri kata Mat Nujum terima RM2.6 bilion dalam buku bank dia. Mula-mula Mat Nujum dan budak-budak suruhan dia kata, bohong. Mereka kata fitnah. Kerja orang dengki haram zadah.
Peguam Negara Switzerland kata duit 1MDB kena songlap
27. Tapi bila temberang mereka pecah, mereka kata duit derma Tok Arab. Kata mereka, Tok Arab itu sangat teruja dengan kerja Mat Nujum majukan Islam dan lawan pelampau agama. Ada budak-budak suruhan Mat Nujum bagi gelaran Pahlawan Islam kepada dia. Sama taraf dengan Salahuddin Al-Ayubi perwira Islam dulu kala.

27. Bila Tok Pendeta minta tunjuk Tok Arab peniaga unta yang kaya dan baik hati itu, Mat Nujum dan budak-budak suruhan dia kata rahsia. Mereka kata bukan seorang tapi beberapa. Ada yang kata mereka jumpa sendiri Tok Arab itu di Tanah Suci.

28. Banyak tak percaya. Mereka syak duit itu adalah duit projek pisang atas angin 1MDB yang Mat Nujum dan Joe Hai songlap. Pejabat Peguam Negara Switzerland syak sebanyak AS$4 bilion (kira-kira RM16 bilion) telah kena songlap.

29. Sekonyong-konyong, seorang budak suruhan Mat Nujum kata, Mat Nujum dah bagi balik RM2.08 bilion duit sedekah Tok Arab itu. Pelik sungguh. Tok Arab yang baik hati dan pemurah bagi derma (sedekah) kepada Mat Nujum untuk tegakkan agama dan majukan ekonomi orang Islam Malaysia, pasal apa Mat Nujum bagi balik pula? Tak masuk akal. Di Malaysia ni ramai lagi orang Islam yang susah.

30. Pasal apa tak guna duit sedekah Tok Arab itu bantu orang Islam yang susah atau buat projek ekonomi untuk mereka? Sebabnya duit itu bukan sedekah Raja atau Tok Syeikh Arab tapi duit projek pisang atas angin 1MDB yang Mat Nujum dan Joe Hai songlap.

31. Pengaruh Mat Nujum dalam kampung kuat. Semua dia jaga, semua dia bela. Yang ada kuasa dia bagi satu, dua juta. Yang miskin dia bagi dedak dan serdak. Jadi tak ramai berani bangkit atau angkat muka. Yang berani lawan dia ugut, dia surah polis siasat dan pecat.

32. Tapi di luar kampung, projek pisang atas angin Mat Nujum dan Joe Hai dah kena londeh. Satu dunia dah tahu rahsia kotor mereka. Dah kena siasat, duit mereka dah kena beku dan orang yang subahat pindah duit haram mereka dah kena tangkap dan bank yang pindahkan duit haram kena tutup. Seorang dah kena tuduh di mahkamah di Singapura. Singapura tahu banyak rahsia Mat Nujum. Pasal itulah dia sangat takut kepada Singapura.

33. Tahun lepas kerajaan Amerika tubuh badan penyiasat Juri Agung (Grand Jury) dan pada bulanJulai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kemukakan saman KARI (Kleptocracy Assets Recovery Initiative) ke atas lima orang termasuk anak tiri Perdana Menteri, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Los Angeles untuk rampas harta yang mereka beli dengan duit yang disonglap dari 1MDB. Kleptokrasi maksudnya kerajaan yang mencuri.

34. Cerita macam mana Joe Hai pujuk Mat Nujum berniaga, macam mana mereka kelentong orang kampung, karut-marut berkenaan Tok Arab dan beban yang mereka hempap ke atas kepala rakyat jelata tak boleh sembunyi lagi. Bangkai gajah Tok Miah tak boleh dikambus lagi.

35. Angkara Mat Nujum dan Joe Hai dah sebabkan nama Malaysia busuk satu dunia. Dah jadi bahan lawak jenaka. Orang yang tahu dah tak percaya kepada kita. Kaki sapu ambil kesempatan beli harta benda kita dengan harga istimewa. Sikit demi sikit, kedaulatan dan ekonomi kita dijajah semula. Kalau kita masih tak akur, masih nak santai dan tidur, satu hari tak lama lagi negara kita akan jadi padang jarak padang tekukur. Kera di hutang terbahak kekenyangan anak di rumah menangis kelaparan.

Wallahuaklam.

MCA BESAR KEPALA, Kerajaan Najib Sudah Dipegang Telur


DALAM keasyikan kita membincangkan jalinan persahabatan Umno dengan Pas dan caci mencaci di kalangan parti-parti Barisan Nasional, ada satu perkembangan penting yang kita mungkin terlepas pandang.

Ia adalah jalinan kerjasama terus Persatuan Cina Malaysia (MCA) dengan Parti Komunis China (CCP).

MCA dan CCP telah berikrar akan mempertingkatkan perkongsian pengalaman di kalangan pemimpin kedua-dua buah parti di semua peringkat bagi mencapai keunggulan wawasan kerjasama.

Saya tidak menafikan kebijaksanaan Perdana Menteri kedua kita, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mempelopori jalinan diplomatik dengan China.

Malaysia mendahului banyak negara di dunia apabila mengadakan perhubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974, ketika mana negara komunis itu masih dilihat sebagai ancaman dan musuh.

Abdul Razak pergi sendiri ke Beijing untuk tujuan itu dan pulang membawa kejayaan. Beliau menuai hasil segera daripada lawatan itu apabila pengundi Cina memberi sokongan padu kepada parti baru beliau, Barisan Nasional, dalam Pilihan Raya Umum tahun berkenaan.

Sejak itu, semua Perdana Menteri jadikan kunjungan ke China sebagai agenda penting dalam jadual lawatan antarabangsa mereka.

Cerita perhubungan intim MCA-CCP ini bukan rekaan atau, seperti yang pernah diungkapkan seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri, maklumat dipetik daripada sumber tepi jalan.

Ia adalah berita daripada sumber yang boleh dipercayai, iaitu akhbar The Star milik MCA sendiri. Pada 6 April lalu, ia memetik Ahli Jawatankuasa Pusat CCP, Song Tao, sebagai berkata beliau amat menghargai usaha MCA membantu memperkukuhkan kerjasama antara negaranya dengan Malaysia.

Dalam lawatannya ke Malaysia, Song yang juga Menteri di Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berbincang dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Saya tidak menafikan kenyataan Liow bahawa kerjasama rapat Malaysia-China telah mula membuahkan hasil dengan bantuan kedua-dua buah parti, khususnya berkaitan inisiatif China yang dikenali sebagai The Silk Road Economic Belt and the 21st-century Maritime Silk Road.

Saya melihat ikrar kerjasama dua hala MCA-CCP ini sebagai unik pada saat di mana agensi-agensi milik kerajaan China nampaknya mendapat layanan istimewa dalam urusan perniagaan dengan Malaysia sehingga mula menarik perhatian negara-negara rakan perdagangan lain.

Kita juga telah melihat urusan warganegara China masuk ke negara kita sebagai pelancong, pelajar dan pemastautin dipermudahkan semata-mata kerana mereka ada wang untuk dibelanjakan. Kerana mudah masuk maka ramai yang tidak keluar.

Saya akui pentingnya perdagangan Malaysia-China. Sejak 2009 China adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia manakala bagi negara China pula, Malaysia adalah rakan perdagangan kelapan terbesar di dunia. Tetapi apa yang merisaukan adalah pemberian kontrak dan penjualan aset strategik milik negara kepada syarikat-syarikat milik kerajaan China. Tambah membimbangkan adalah layanan dan syarat istimewa urus niaga berkenaan.

Ambil contoh penjualan loji-loji penjanaan elektrik Edra Global Energy, iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN) akhir tahun lalu.

1MDB membeli penjana bebas itu daripada pemilik tempatan dengan harga RM12 bilion, tetapi menjualnya kepada CGN dengan harga istimewa RM9.8 bilion.

Kemudian pada bulan Mac lalu, 1MDB menjual pula 60 peratus saham syarikat pemaju Bandar Malaysia, iaitu tapak Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi kepada syarikat usaha sama Cina Malaysia dengan China Railway Construction Engineering (CREC).

Kini timbul pula ura-ura agensi milik kerajaan China, China Communications Construction Company (CCCC) akan diberi kontrak raksasa membina landasan baru kereta api dari Kuala Lumpur ke Pasir Mas melalui Pahang dan Terengganu.

Yang menjadi kontroversi adalah dakwaan kos projek itu digelembungkan daripada RM30 bilion menjadi RM60 bilion dan hakikat CCCC telah disenaraihitamkan oleh Bank Dunia kerana rasuah di Filipina.

Seperti kita tahu, rasuah adalah masalah besar di China dan ramai pegawai kanan kerajaan serta pemimpin parti  telah dijatuhi hukuman mati. Yang wajib kita pastikan adalah mereka tidak mengeksport amalan jahat itu ke negara kita kerana kita sendiri sedang mengalami wabak rasuah yang teruk.

Adalah berbahaya bagi kita terlalu rapat dengan sesebuah negara kuasa besar sehingga menimbulkan rasa cemburu dan curiga negara-negara rakan perdagangan yang lain. Lagipun kita tidak mahu menjadi negara satelit mana-mana negara besar sama ada dalam bidang diplomatik mahupun ekonomi. Wallahuaklam.

A KADIR JASIN

- sINAR hARIAN

Saturday, September 17, 2016

Tak perlu hantar pelajar ke luar negara, kata Rafizi


Berbilion ringgit dana yang dibelanjakan kerajaan bagi menghantar pelajar ke luar negara sebaliknya perlu dilaburkan dalam universiti dan institut pengajian awam tempatan, kata Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Beliau yang juga setiausaha agung PKR berkata, cadangan tersebut memandangkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh institusi pendidikan tempatan buat masa sekarang.
"Saya rasa sistem biasiswa tempatan tidak lagi terpakai. Saya tidak nampak keperluan untuk menghantar pelajar ke luar negara untuk mengikuti kursus yang boleh dipelajari di sini, sebenarnya, lebih baik.
"Kos (untuk menghantar pelajar ke luar negara) adalah terlalu tinggi," katanya dalam ucapan penggulungan di Kongres Mahasiswa Nasional PKR di Ampang hari ini.
Kira-kira RM2 bilion hingga RM3 bilion dibelanjakan oleh kerajaan pada setiap tahun untuk menghantar kurang daripada 10,000 pelajar di luar negara, jelasnya.
Bagaimanapun, Rafizi mengakui beliau sendiri mendapat manfaat daripada pendidikan luar negara setelah menamatkan ijazah kejuruteraan elektrik di Universiti of Leeds, United Kingdom.
Namun, Rafizi percaya ada sedikit perbezaan jika beliau menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Tambah Rafizi, lebih baik menghantar pelajar cemerlang ke universiti-universiti awam tempatan kerana mereka yang dihantar ke luar negara tidak boleh menyerlahkan potensi sepenuhnya.
"Apabila mereka dihantar ke universiti biasa (luar negara), keupayaan untuk menyumbang terhad. Mereka mungkin berfikir dua kali untuk bercakap dengan orang putih dengan akhirnya, mereka sekadar berbincang sesama sendiri (rakyat Malaysia).
"Jika mereka ditempatkan di universiti tempatan, mereka boleh membantu dalam memperkaya sistem pendidikan ke arah yang lebih baik, yang lebih tinggi," kata Rafizi. - MK

Pengerusi PPBM, TS Muhyiddin BANYAK AMBIL NASIHAT Haron Din


Muhyiddin Banyak Ambil Nasihat Haron Din
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau ada bertemu Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Haron Din untuk mendapatkan nasihat dan pandangan, katanya selepas menghadiri solat jenazah ghaib di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor, hari ini
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com