innity

pages

Monday, October 31, 2016

BH Online Lapor Harga Minyak Dunia TURUN, BH Online juga Lapor Harga Minyakdi Malaysia NAIK 15 Sen bagi November 2016


DI LUAR NEGARA

Berita Harian Online hari ini melaporkan bahawa harga minyak dunia meneruskan kejatuhannya hari ini selepas pengeluar bukan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak menyatakan sebarang komitmen untuk menyertai usaha mengehadkan paras output bagi meningkatkan harga bahan api itu. 

Pendirian itu membayangkan mereka mahu OPEC menyelesaikan perbezaan pendapatnya terlebih dulu.

Pegawai dan pakar daripada negara OPEC dan bukan OPEC termasuk Azerbaijan, Brazil, Kazakhstan, Mexico, Oman dan Russia bertemu untuk berunding di Vienna, Sabtu lalu dan hanya bersetuju untuk bertemu lagi bulan depan sebelum mesyuarat OPEC yang dijadual 30 November ini, kata mereka dalam satu kenyataan. 

OPEC dan bukan OPEC dalam kenyataan bersama berkata mesyuarat pada Sabtu itu adalah 'perkembangan positif' ke arah mencapai perjanjian mengehadkan output pada 30 November ini.

DI DALAM NEGARA

Sementara itu Berita Harian Online hari ini juga melaporkan bahawa harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel naik 15 sen seliter bagi November 2016, berkuat kuasa tengah malam ini. 

Menurut sumber industri yang dihubungi BH, harga baharu RON95 adalah RM1.95 seliter, RON97 pula RM2.30 dan diesel RM1.90 seliter. 

Ketika ini, harga runcit petrol RM95, RON97 dan diesel masing-masing RM1.80 seliter, RM2.15 seliter dan RM1.75 seliter.



[VIDEO TIBA DI BUKIT AMAN] Polis tangguh ambil keterangan Ahmad Husni

Ahmad Husni (tengah) tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi keterangan.
KUALA LUMPUR - Sesi memberi keterangan kepada polis oleh bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ditangguhkan ke minggu depan.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira jam 2.20 petang bagi memberi keterangan apabila didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.

"Masa dan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian," katanya ketika ditemui di luar perkarangan Bukit Aman.
Ahmad Husni juga tidak memaklumkan punca sesi memberi keterangan tersebut terpaksa ditangguhkan. - SH

KEDAH JUARA: Kain Rentang BESAR GAMBAR MUKHRIZ dipasang di Stadium Shah Alam


Tahniah kepada pasukan KEDAH kerana berjaya menjadi JUARA TM PIALA MALAYSIA 2016. Begitu juga tahniah kepada SELANGOR sebagai NAIB JUARA. Perlawanan yang cukup hebat, menarik dan mendebarkan.

Namun, apa yang lebih menarik ialah penyokong Kedah dengan beraninya memasang kain rentang wajah Dato' Seri Mukhriz mantan presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan perkata "PENCETUS".

Dato' Seri Mukhriz disayangi penyokong Kedah sejak mengambil alih jawatan Presiden Bola Sepak Kedah. Semasa beliau digulingkan sebagai Menteri Besar oleh regim Ahmad Bashah, FB Penyokong Bola Sepak Kedah telah mencabar agar dapat 20,000 like dan 5,000 share jika menyokong Dato Seri Mukhriz. "Admin cabaq ampa bagi dapat 20,000 Like dan 5000 share ni jika Betoi ampa rasa DS Mukhriz lebih layak membimbing KFA daripada DS Ahmad Bashah"

Posting tersebut akhirnya memperolehi 28 ribu like dan 5,808 share.



Dato' Seri Mukhriz turut hadir meyaksikan perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016 di mana Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi 120 minit perlawanan termasuk 30 minit masa tambahan.

Penjaring Kedah pada minit ke-51 ialah Mohd Rizal Mohd Ghazali sementara penjaring Selangor pada minit ke-59 Ahmad Hazwan Bakri.






[BN PASTI PUTIH MATA PRU14] PENJAWAT AWAM Selangor TERIMA bantuan khas 2 BULAN GAJI


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Azmin Ali mengumumkan bahawa penjawat awam di seluruh negeri akan menerima bantuan khas kewangan dua bulan gaji.

Beliau berkata demikian sebagai menghargai sumbangan dan kejayaan penjawat awam yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

“Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji di mana pembayaran pertama telah pun dibuat pada 1 Julai 2016 lalu dengan peruntukan kewangan sebanyak RM57.25 juta.

“Baki lagi setengah bulan lagi akan dibayar pada hujung Disember kelak untuk memudahkan penjawat awam menyediakan persediaan persekolahan anak-anak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Pada 2016, satu bulan setengah gaji dengan peruntukan kewangan sebanyak RM44.1 juta dikeluarkan bagi tujuan pembayaran bantuan kewangan. -SH

[VIDEO:DUN SELANGOR] Adun BN BALAS pegang plakad sebaik MB Selangor selesai Bentang Bajet 2017 Selangor


SHAH ALAM - Adun BN Selangor bertindak memegang placards yang tertera ayat 'Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat' sebaik Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selesai membentangkan Belanjawan 2017 Selangor, di Sidang Dun hari ini.

Beberapa Adun BN seperti Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali), Datuk Johan Abdul Aziz (Semenyih), Shahrum Mohd Sharif (Dengkil) dan Halimaton Saadiah Bohan (Kota Damansara) dilihat memegang plakad sebagai satu sindiran terhadap Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang bertindak keluar Dewan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan belanjawan negara untuk 2017 di Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017.

Mat Nadzari berkata, Adun BN di negeri ini tidak akan meniru tindakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa bertindak meninggalkan dewan.

"Kami (Adun BN) hormat Sidang Dewan Negeri dan menggalas penuh mandat yang diberi pengundi kepada kami selaku wakil rakyat di negeri ini.

"Kita ikhlas melaksanakan tanggungjawab kepada orang ramai dan disebabkan itu kita mahu mendengar perbentangan belanjawan hingga selesai yang kemudiannya boleh dibahaskan.

"Terdapat dalam belanjawan itu yang membuatkan kita tak bersetuju namun tindakan keluar dewan bukan langkah yang tepat," katanya. - SH

[DIA NI RASIONAL] Johari: TAK SALAH tanya soalan di parlimen


Tidak salah bagi seseorang anggota parlimen bertanya soalan di Dewan Rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
Menurut beliau sesiapa saja boleh bertanya soalan di parlimen.
Johari ditanya mengenai status seseorang bekas anggota kabinet - seperti Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah - bertanya tentang isu 1MDB di parlimen.
"Tak ada salah bertanya soalan. Di parlimen semua orang boleh mengemukakan soalan," katanya di lobi parlimen hari ini.
Ahmad Husni yang sebelum ini dilantik sebagai menteri kewangan kedua dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman hari ini ekoran perbahasannya di Dewan Rakyat menyentuh isu 1MDB.
Dalam ucapannya membahaskan belanjawan 2017 Ahmad Husni yang juga anggota parlimen Tambun bertanya keperluan syarikat pelaburan milik negara 1MDB ditubuhkan.
Turut berucap menyentuh 1MDB semasa perbahasan di parlimen ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mohd Shafie adalah bekas naib presiden Umno dan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah sebelum digantung keahliannya oleh Umno.
Ahmad Husni - bersama Muhyiddin dan Mohd Shafie - kemudian menjadi sasaran serangan penyokong Umno.
Speaker Dewan Rakyat kemudian berkata ada kemungkinan mereka melanggar sumpah menyimpan rahsia kerana bercakap mengenai hal berkaitan kabinet.
Bagaimanapun seseorang anggota parlimen dilindungi kekebalan tertentu terhadap ucapan yang mereka lafazkan di Dewan Rakyat. - MK

[MACAM ROMBONGAN BAWA MENANTU] 8 menteri, 3 MB sertai Najib ke China

BEIJING: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak tiba di sini pada Isnin untuk lawatan rasmi 6 hari ke China dengan matlamat mengukuhkan lagi hubungan 2 hala yang lama terjalin antara kedua-dua negara.
Pesawat yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing di sini pada 12.30 tengah hari waktu tempatan, sama waktu seperti di Malaysia.
Najib dan Rosmah disambut Naib Menteri Hal Ehwal Luar China Liu Zhen Min dan Duta Besar Malaysia di China Datuk Zainuddin Yahya serta isteri Datin Fairos Ishak.
Lawatan atas jemputan Perdana Menteri China Li Keqiang itu, merupakan yang ketiga oleh Najib sejak 2009.

KENAPA RIZA AZIZ BOLEH IKUT SERTA NAIK JET KERAJAAN MALAYSIA..??
Sebelum ini, perdana menteri melakukan lawatan kerja ke China pada Mac lepas bagi menghadiri Forum Boao bagi Asia (BFA) di Hainan.
Najib turut disertai Perutusan Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Kiong.
Selain itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shabery Cheek, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Turut menyertai rombongan berkenaan ialah pemimpin negeri termasuk Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Pada Khamis, Najib akan mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping, diikuti majlis makan malam yang dihoskan oleh Xi dan isteri Peng Liyuan sebagai penghormatan kepada Najib dan Rosmah Mansor, di Rumah Tamu Negara Diaoyutai.
Najib yang juga menteri kewangan, dijadual mengadakan pertemuan 2 hala dengan Li pada Selasa selepas menghadiri majlis sambutan rasmi di Great Hall of the People.
Najib dan Li akan menyaksikan lebih 10 perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua kerajaan dalam bidang pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan, diikuti majlis makan malam yang dihoskan Li bagi meraikan Najib.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat China (NPC) Zhang Dejiang akan membuat kunjungan hormat ke atas Najib.
Najib juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama perniagaan China dan menyaksikan lebih 10 perjanjian antara syarikat Malaysia dan China, antaranya berkaitan pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas dan loji penyahgaraman air, e-dagang, pembuatan panel solar, pembinaan, pelaburan, pembangunan dan kewangan.
Najib juga akan menyampaikan ucaptama pada jamuan tengah hari Forum Perniagaan Malaysia-China yang akan dihadiri lebih 400 ahli perniagaan dari China dan Malaysia.
Pada Jumaat, Najib akan melancarkan Pavilion Pelancongan Malaysia mengenai Alitrip, yang merupakan satu platform e-dagang bagi memudahkan pelancong, terutama pelancong dari China, mempelajari lebih lanjut mengenai destinasi pelancongan di Malaysia.
Najib juga dijadual melawat Taman Perindustrian Baharu Gu’an di Wilayah Hebei dan akan menaiki kereta api berkelajuan tinggi dari Beijing ke Tianjin, selain mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia yang bermastautin di China.
China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009 manakala Malaysia merupakan rakan dagang kelapan terbesar China serta rakan dagang terbesar dalam kalangan 10 negara Asean.
Data yang dikeluarkan China menunjukkan jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan China tahun lepas berjumlah US$97.3 bilion (RM408.4 bilion) dan pada Ogos tahun ini, dagangan berjumlah AS$54.3 bilion (RM227.9 bilion). - FMT

VIDEO: Pembunuhan 4 Individu di Bachok MUNGKIN ada kaitan Kes Perbalahan Agama di Myanmar


Sidang akhbar Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail
#UtusanLive: Sidang akhbar Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkaitan penemuan empat mayat berulat di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok, Kelantan semalam.

[KIH!KIH!KIH!] New Najib selalu isytihar cukainya, kata Azalina

Datuk Seri Najib Razak tidak pernah gagal mengisytiharkan cukainya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said di Parlimen hari ini.
Dalam jawapan bertulis kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar), Azalina berkata pengisytiharan itu dibuat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut undang-undang.
“Najib isytihar cukainya setiap tahun kepada LHDN, berdasarkan kepada kiraan dan kadar ditetapkan lembaga itu,” katanya.
Terdahulu, Ko bertanya Najib sebagai menteri kewangan dan perdana menteri, adakah beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan mengisytiharkan cukai pendapatan mereka secara umum, sama seperti amalan Presiden Barack Obama dan bekas perdana menteri Britain David Cameron.
Beliau juga bertanya adakah pasangan itu akan mengumumkan badan amal yang menerima sumbangan peribadi daripada mereka.
Azalina tidak menjawab soalan itu, dan berkata dengan ringkas:”Itu hak mana-mana pemimpin untuk menyumbang kepada mana-mana badan amal.”
Pengkritik sebelum ini berulang kali mempersoalkan sama ada perdana menteri membayar cukai untuk sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Bagaimanapun, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata Najib tidak perlu membayar cukai daripada RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya, kerana cukai sepatutnya ditanggung penderma, bukan penerima. -FMT

[KAMI SOKONG] Peguam, CALON BEBAS PRU14 kemukakan 25 TUNTUTAN Orang Melayu terhadap Kerajaan Persekutuan



INI ADALAH 25 TUNTUTAN ORANG MELAYU YANG SAYA AKAN BAWA KE PARLIMEN NANTI. MOHON SOKONGAN SEMUA UNTUK SAYA DAPAT MASUK KE PARLIMEN MELALUI PINTU PARLIMEN P100 PANDAN.

UNDILAH CALON BEBAS PANDAN ANDA.

Inilah Manifesto saya untuk bertanding di Parlimen Pandan nanti.

Doakan.


25 Tuntutan Tuntutan Orang Melayu Terhadap Kerajaan Sempena Sambutan ke 59 tahun Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Wahai Orang2 Melayu.

Seringkali kita mendengar pelbagai tuntutan di buat oleh kaum2 minoriti terhadap kerajaan.

Seringkali juga kita melihat kerajaan kita menunaikan segala permintaan yg di buat oleh kaum minoriti berkenaan atas alasan kompromi politik.

Seringkali juga kita melihat satu demi satu hak agama, hak bangsa dan hak tanahair kita terpaksa di korbankan sedikit demi sedikit oleh kerajaan semata2 bagi memenuhi tuntutan kaum minoriti kerana sumber yg semakin terhad itulah yg terpaksa kita kongsi dengan kaum lain.

Istilahnya "berkongsi" namun hakikatnya kita memberi lagi dan lagi hak kita kepada mereka sehingga akhirnya apa yg tinggal tak cukup untuk anak cucu kita sendiri.

Realitinya, mereka tidak pernah memberi apa2 kepada kita, sedang mereka meminta lagi dan lagi, dan pemimpin kita memberi dan terus memberi.

Wahai Melayu sekelian, demi kelangsungan hidup bernegara yg berterusan untuk anak cucu kita, marilah kita bersama2 menuntut kembali hak kita yg sememangnya telah termaktub lama dalam Perlembagaan Persekutuan sejak Malaya merdeka tahun 1957 dahulu.

Sebab generasi bapa dan datuk kita tak pernah membuat tuntutan ini, maka walaupun ianya termaktub dalam Perlembagaan, ianya semakin di lupakan oleh kerajaan atas alasan kita tidak pernah menuntut untuk undang2 hak kita tersebut di kuatkuasakan.

Maka dengan lafas Bismillahirahmanirahim, demi masa depan anak cucu waris Melayu yang belum lahir,
ORANG MELAYU DENGAN INI MENUNTUT DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN 25 PERKARA BERIKUT:-

1. Memperkukuhkan Islam sebagai Agama Persekutuan menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

2. Menuntut Institusi Kebajikan Islam di berikan peruntukan lebih besar untuk kerja-kerja kebajikan umat Islam di Malaysia.

3. Menuntut Institusi Wakaf di pengerusikan oleh Raja-Raja Melayu di perkasakan.

4. Menuntut peruntukan hak pendidikan untuk umat Islam menurut perkara 12(2) Perlembagaan di tambah bagi menambah bilangan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Pendidikan KAFA dan Kelas-kelas bimbingan keagamaan di semua masjid di setiap daerah di Malaysia.

5. Menuntut hak untuk bersolat Jumaat untuk semua kakitangan sektor swasta dan menghukum semua majikan yang sengaja menghadkan masa rehat bagi membolehkan pekerja beragama Islam menunaikan solat jumaat.

6. Menuntut agar semua aktiviti di jabatan kerajaan di hentikan selama 10 minit pada waktu solat Zohor dan Asar dan waktu bekerja di tambah 20 minit bagi menggantikan semula 20 minit yang di peruntukkan untuk waktu solat sewaktu jam bekerja berkenaan.

7. Menuntut di hentikan penggunaan istilah Semenanjung Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan. 

8. Menuntut di kembalikan penggunaan istilah Negeri-Negeri Tanah Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 113(6), 116(2), 121(1)(a) dan 161E(1) Perlembagaan Persekutuan. 

9. Menuntut mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam agar segera diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu menurut Perkara 89(2) Perlembagaan Persekutuan.

10. Menuntut mana-mana tanah simpanan Melayu yang di ambil untuk tujuan pembangunan berbilang kaum di gantikan dengan tanah lain dengan keluasan yang sama dengan komersil yang sama menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan.

11. Menuntut di mansuhkan fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuan Agung untuk meluluskan sesuatu Rang undang-undang sebelum di wartakan selaras dengan kedudukan YDPA sebagai Kepala Utama Negara menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

12. Menuntut di kuatkuasakan Perkara 18(1) Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan mana-mana permohonan untuk menjadi warganegara adalah wajib mengangkat ikrar taat setia kepada Raja dan Negara mengikut Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan.

13. Menuntut Kerajaan mendedahkan samada 7.3 juta kewarganegaraan terhadap kaum-kaum lain yang di berikan di antara tahun 1957 hingga 1970 telah melalui proses mengangkat ikrar ini atau tidak.

14. Menuntut di hapuskan penggunaan istilah Bahasa Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam perlembagaan.

15. Menuntut di gunakan kembali istilah Bahasa Melayu seperti yang di peruntukkan dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

16. Menuntut fasal wajib untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi kerajaan termasuk mesyuarat, sidang media, kertas kerja dan pembentangan serta meminda Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bagi mendakwa mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi.

17. Menuntut semua papantanda jalan/perniagaan/bangunan menggunakan istilah Bahasa Melayu yang di luluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta memberikan kuasa pendakwaan dan penyitaan kepada DBP terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan Bahasa Melayu ini. 

18. Menuntut agar semua prosiding di Mahkamah menggunakan Bahasa Melayu dan hanya kebenaran khas ketua Hakim Negara sahaja membolehkan selain dari Bahasa Melayu di gunakan. Untuk perbicaraan di mahkamah.

19. Menuntut kerajaan tidak lagi meluluskan permohonan dan pembinaan sekolah jenis kebangsaan kerana sekolah vernakular baru selepas Hari Merdeka tidak di benarkan dalam Perlembagaan.

20. Menuntut sistem persekolahan 1 aliran kebangsaan bagi memupuk perpaduan dan keharmonian kaum.

21. Menuntut Perizaban quota berkenaan perkhidmatan awam, biasiswa, keistimewaan pendidikan, latihan, kemudahan khas, lesen, permit perniagaan dan pertukangan untuk orang Melayu mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

22. Menuntut agar Dasar Ekonomi Baru di laksanakan kembali dan pemilikan ekuiti 30% Orang Melayu di kembalikan menjadi dasar utama kerajaan dan di tingkatkan kepada 40% pegangan ekuiti individu Melayu dalam kek ekonomi negara menjelang 2040.

23. Menuntut agar sebuah Suruhanjaya Hak Istimewa Melayu di tubuhkan di bawah Parlimen khusus utk menasihati YDPA untuk menjalankan kuasa Baginda menurut perkara 153 Perlembagaan dan memantau pelaksanaan dasar kerajaan samada menepati semangat perkara 153 Perlembagaan atau tidak.

24. Menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri di kembalikan.

25. Menuntut agar titah Majlis Raja2 berkaitan isu2 negara di berikan perhatian dan tindakan segera oleh Kerajaan di bawah Perkara 38(3) Perlembagaan Persekutuan.

PERJUANGAN INI DAH TERLAMBAT UNTUK KITA TETAPI MASIH TERLALU AWAL UNTUK CICIT2 KITA YG BELUM LAHIR. SEMOGA MRK AKAN SENTIASA MENDOAKAN RAHMAT UNTUK KITA ALMARHUM DATUK2 DAN MOYANG2 MEREKA, INSYAALLAH.

(Sila kongsikan tuntutan ini jika anda bersetuju dengannya)

Peguam: Kenapa 1MDB KEBAL sehingga tak boleh dipersoal di Parlimen

Tindakan 3 bekas menteri membangkitkan isu 1MDB di Parlimen tidak melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan, sebaliknya mereka hanya menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, kata peguam Syahredzan Johan.
“Lagipun, sumpah kerahsiaan tidak boleh digunakan untuk menyembunyikan salah laku (jika ada). Apatah lagi sumpah kerahsiaan itu bukan satu undang-undang, cuma peraturan atau etika dalam kerajaan.
“Lebih penting lagi, kenapa 1MDB begitu kebal sehingga langsung tidak boleh dipersoalkan, walaupun di Parlimen?” soalnya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, polis akan mengambil keterangan 3 bekas menteri yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan, dalam masa terdekat.
Siasatan itu dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan, termasuk berkaitan 1MDB, susulan laporan polis dibuat 2 NGO, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah didakwa membocorkan rahsia kerajaan, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.
Meraka kemudian ditegur Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tindakan itu mungkin melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan.

Jemaah Menteri bukannya 'jemaah penyamun'

Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Hj Mahfuz menjelaskan bahawa amalan sumpah kerahsiaan di kalangan Anggota Kabinet telah menjadi amalan dalam semua kerajaan di dunia. Amalan ini untuk memastikan rancangan strategik sesebuah kerajaan dalam membangun negara tidak dipintas oleh pihak lain. Contohnya dalam penyediaan rancangan keselamatan dan pertahanan negara.

Ini bermakna perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur rasuah dan penyelewengan pembelian peralatan pertahanan negara serta pelaburan dalam syarikat yang tidak wujud dalam rancangan pelaburan sebenar adalah tidak termasuk dalam sumpah kerahsiaan.

Contohnya pembayaran kepada Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang bukan anak syarikat Petroleum Investment Company (IPIC) adalah perbuatan salah laku yang tidak boleh dirahsiakan dan rakyat berhak tahu.

Sumpah kerahsiaan Anggota Kabinet bukan bertujuan untuk melindungi jenayah salah laku mana-mana anggota kabinet termasuk Perdana Menteri.Jemaah Menteri bukannya 'jemaah penyamun' yang berpakat untuk melindungi jenayah salah laku antara satu sama lain. Sebaliknya Jemaah Menteri adalah satu jemaah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat.


Sunday, October 30, 2016

[#WeSupportHusni] Ahmad Husni dipanggil ke Bukit Aman esok


Bekas menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok kerana ucapan di Dewan Rakyat baru-baru.
Ini berikutan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata bekas menteri kabinet itu mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan kabinet ketika berucap di dalam Dewan.
Pembantu Husni memberitahu Malaysiakini bekas menteri itu dipanggil untuk disoal siasat pada pukul 2.30 petang esok.
Ahmad Husni dalam ucapannya meminta kerajaan menyatakan sebab 1MDB ditubuhkan dan sekiranya terdapat sebarang tindakan diambil kerana menyalurkan dana syarikat ke "tempat yang salah".
Beliau juga kesal serangan cybertrooper Umno berikutan peletakan jawatannya.
Husni meletak jawatan daripada Kabinet pada Julai lalu tetapi kekal sebagai Ahli Parlimen BN di parlimen Tambun.
Bagaimanapun, ucapannya menimbulkan spekulasi bahawa beliau mungkin dipecat daripada Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jun lalu berikutan kelantangan mengkritik presiden parti Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB.
Shafie yang juga anggota parlimen Semporna turut meletak jawatan daripada parti itu selepas digantung kerana mengkritik Najib dan 1MDB.
Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh kemudian menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) manakala Shafie mengasaskan Parti Warisan Sabah. -MK

[RAKYAT BERSAMA HUSNI] Poster "PENGUNDI TAMBUN Berdiri TEGUH bersama Dato' Seri Husni"


Satu poster digantung mendakwa mereka adalah pengundi-pengundi Parlimen Tambun menyatakan sokongan dan berdiri teguh bersama YB Dato Seri' Husni Hanadzlah.

Datuk Seri Husni Hanadzlah semasa membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat mempersoalkan kewajaran penubuhan syarikat pelaburan kontroversi, 1MDB dengan meletakkan RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited, yang bukan dimiliki IPIC.

Husni juga mempersoalkan mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana memasukkan duit ke tempat yang tidak betul.



Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas itu membangkitkan dan menegur kononnya sikap ketidakbertanggungjawaban beberapa bekas menteri yang juga ahli parlimen kerana didakwa mendedahkan maklumat kerajaan termasuk melanggar sumpah kerahsiaan.

Beliau mendakwa perkara-perkara yang diucapkan oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yasin; Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal dalam sesi perbahasan lalu adalah maklumat yang diperoleh ketika berada di dalam kabinet.

Pada sesi perbahasan Bajet 2017 baru-baru ini, ketiga-tiga ucapan pemimpin itu telah menyentuh mengenai dakwaan skandal 1MDB.

Jemaah Menteri bukannya 'jemaah penyamun'

Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Hj Mahfuz menjelaskan bahawa amalan sumpah kerahsiaan di kalangan Anggota Kabinet telah menjadi amalan dalam semua kerajaan di dunia. Amalan ini untuk memastikan rancangan strategik sesebuah kerajaan dalam membangun negara tidak dipintas oleh pihak lain. Contohnya dalam penyediaan rancangan keselamatan dan pertahanan negara.

Ini bermakna perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur rasuah dan penyelewengan pembelian peralatan pertahanan negara serta pelaburan dalam syarikat yang tidak wujud dalam rancangan pelaburan sebenar adalah tidak termasuk dalam sumpah kerahsiaan.

Contohnya pembayaran kepada Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang bukan anak syarikat Petroleum Investment Company (IPIC) adalah perbuatan salah laku yang tidak boleh dirahsiakan dan rakyat berhak tahu.

Sumpah kerahsiaan Anggota Kabinet bukan bertujuan untuk melindungi jenayah salah laku mana-mana anggota kabinet termasuk Perdana Menteri.Jemaah Menteri bukannya 'jemaah penyamun' yang berpakat untuk melindungi jenayah salah laku antara satu sama lain. Sebaliknya Jemaah Menteri adalah satu jemaah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat.


Polis akan panggil Muhyiddin, Mohd Shafie dan Ahmad Husni


Maklumat terbaru menyatakan Polis akan mengambil keterangan tiga bekas anggota kabinet dalam masa terdekat yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan baru-baru ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Kita telah membuka kertas siasatan berhubung perkara ini dan kesemua individu terbabit akan dipanggil memberi keterangan dalam tempoh sehari dua lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

[90% RESTORAN GUNA, MUNGKIN TELAH GORENG BABI] Kalau berbuih, itu MINYAK KITAR SEMULA


KOTA BHARU – Pengguna boleh mengenal pasti minyak masak yang di kitar semula dengan cara pemerapan minyak yang dibeli di dalam peti sejuk selama dua jam.

Ketua Aktivis PPIM Kelantan, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, selepas dua jam, minyak itu akan berbuih, maka terbukti ia telah dikitar semula dan membahayakan kesihatan.

“Pelbagai bukti telah ditemui namun sehingga kini penjualan minyak kitar semula ini tetap berleluasa dan PPIM mendapati 90 peratus dari restoran di Malaysia menggunakan minyak kitar semula ini,” katanya.

Menurutnya, selain itu, pelbagai cara lain boleh digunakan untuk mengenal pasti ketulenan minyak masak dan antaranya dengan memasukkan seulas bawang putih ketika menggoreng sayur, jika bawang putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun.

Beliau berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab.

“Seharusnya masyarakat tidak berkompromi dengan harga yang murah, sebaliknya selidik terlebih dahulu sebelum membelinya di pasar malam atau sebaliknya.

“Kami berharap pihak berkuasa mengambil berat perkara ini. Lakukan pemantauan supaya ia tidak terus berleluasa. Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit.

Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul dari dapur restoran tidak halal. Mungkin minyak tersebut telah digunakan untuk goreng daging khinzir dan disimpan dan kemudiannya dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah,” katanya. - SH

"KRISIS HUTANG BARU" bekas anak syarikat 1MDB] SRC International mungkin jual asetnya kepada syarikat China


Krisis hutang baru menghantui bekas anak syarikat 1MDB, SRC International yang meminjam RM4 bilion daripada dana pencen penjawat awam.

Straits Times Singapura melaporkan, perunding kerajaan Malaysia sedang membincangkan pengambilalihan aset SRC International oleh sebuah syarikat China bagi mendapatkan modal baharu untuk membiayai pinjaman 10 tahun Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

Akhbar itu melaporkan, SRC International bergelut membayar faedah tahunan dan bakal menghadapi cabaran pada awal tahun depan, apabila ia perlu membuat pembayaran faedah dan pembayaran balik sebahagian daripada jumlah prinsipal.

KWAP ialah dana pencen negara untuk 1.6 juta penjawat awam dan menurut laporan itu, SRC boleh menimbulkan masalah baru buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
SRC International adalah anak syarikat 1MDB yang menjadi milik penuh Kementerian Kewangan. Ia ditubuhkan pada awal 2011 untuk membuat pelaburan strategik sumber tenaga di luar negara.
SRC yang diambil alih Kementerian Kewangan sejak itu, dikaitkan dengan deposit RM42 juta ke akaun peribadi Najib, pada 2013. Perdana menteri berkata, beliau tidak sedar tentang perkara itu.
Straits Times melaporkan, SRC membayar RM164 juta faedah tahunan kepada KWAP, bagaimanapun ia perlu membayar RM660 juta pada tahun depan dan RM964 juta pada 2018, ketika ia mengurangkan jumlah prinsipal.
“Ini perlu diselesaikan dan satu daripada pilihan yang sedang dipertimbangkan adalah penjualan aset dan liabiliti syarikat kepada pihak baru,” kata seorang eksekutif kewangan yang terbabit dalam penstrukturan semula korporat di 1MDB.
Akhbar itu memetik laporan tahunan SRC 2014 yang syarikat itu mempunyai RM305.6 juta pelaburan di Malaysia dan RM3.8 bilion di luar negara serta melaporkan kerugian sebanyak RM164.5 juta bagi tahun kewangan berakhir Mac 2014. - FMT

Tulisan Terbaru TUN M: Amat MALANG Malaysia ada Wakil Rakyat, Pemimpin HIPOKRIT bersekongkol menjayakan penipuan Najib


1. Keadaan politik dan pemerintahan di Malaysia agak pelik dan ganjil.

2. Di lain-lain negara di dunia, pemimpin besar diturunkan jika melaku perbuatan yang salah atau dituduh salah. Jika tidak diturunkan, pemimpin digantung jawatan sementara siasatan dibuat.

3. Tetapi di Malaysia walaupun terdapat bertimbun-timbun bukti salahlaku Najib berkenaan 

pinjaman yang dibuat oleh 1MDB yang dipengerusi olehnya, 

kehilangan berbillion Ringgit oleh 1MDB, 

kegagalan membayar faedah hutang, 

kesalahan pelaburan, 

terdapat 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib dalam Arab Malaysian Bank, 

kenyataan yang tidak munasabah tanpa bukti/dokumen akan punca wang itu yang dibuat oleh Najib, 

kenyataan oleh akhbar asing tentang punca wang itu, 

dakwaan laporan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bahawa wang itu dari 1MDB, 

kemasukan RM42 million dari SRC International (milik Kementerian Kewangan diperbadankan) ke dalam akaun peribadi Najib, 

ia masih berada sebagai YAB Perdana Menteri Malaysia. Selain dari itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa masih Timbalan Perdana Menteri telah dimaklum oleh Tan Sri Gani Patail akan kemasukan ke dalam akaun Najib di AmBank berbillion Ringgit. Sekarang Husni Hanadzlah pula menyoal berkenaan 1MDB dan pengurusannya.

4. Penerimaan Najib ini adalah oleh kerana Ahli Dewan Rakyat termasuk Ahli Kabinet dan penyokong Najib dalam UMNO, MCA dan lain-lain parti dalam BN masih kononnya menanti sehingga Najib didapati bersalah sebelum mereka terima kebenaran tuduhan-tuduhan terhadapnya.

5. Pendirian ini cuma merupa alasan yang lemah terhadap pendirian mereka. Sebenarnya mereka tahu tuduhan terhadap Najib memang berasas dan benar.

6. Mereka tahu bahawa sebabnya Najib tidak didapati bersalah ialah kerana ia sendiri menyalahguna kuasanya dengan menyekat proses undang-undang dengan menukar Pendakwa Raya supaya penjawat yang baru menolak segala tuduhan terhadapnya.

7. Jika proses perundangan berjalan Pendakwa Raya akan membawa kesnya ke mahkamah dan perbicaraan boleh diadakan. Menurut tuduhan dan bukti yang diketahui umum Najib tetap akan didapati bersalah oleh mahkamah.

8. Tetapi Pendakwa Raya menyembunyi laporan-laporan ini supaya mahkamah tidak dapat mendengar kes Najib. Sebaliknya Pendakwa Raya berlagak sebagai hakim dan memutuskan bahawa tidak ada kesalahan dibuat oleh Najib dalam laporan-laporan yang diserah kepadanya.

9. Yang jelas ialah Najib bukan didapati oleh mahkamah tidak bersalah, tetapi perbicaraan tidak dapat diadakan kerana disekat oleh Pendakwa Raya.

10. Alasan mereka yang kononnya menerima Najib sebagai Perdana Menteri kerana ia tidak didapati bersalah, hanyalah alasan yang tidak berasas.

11. Mereka sebenarnya cuba menipu diri dan menipu masyarakat. Mereka bersikap hipokrit. Mereka tahu tindakan Pendakwa Raya menghalang proses perundangan adalah salah.

12. Amatlah malang Malaysia mempunyai wakil rakyat dan pemimpin masyarakat hipokrit yang turut bersama dengan Najib menjayakan penipuan olehnya.

sumber: http://chedet.cc/?p=2327
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com