innity

pages

Thursday, January 12, 2017

Annuar Musa Sifatkan Kenyataan TMJ ‘Hujah Bodoh’


KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa enggan mengulas panjang berhubung tuduhan yang dilemparkan oleh Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu ketika dihubungi sebuah portal menyifatkan dakwaan kononnya beliau menggunakan wang anak syarikat Mara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk Persatuan Bola Sepak Kelantan sebagai ‘hujah bodoh’. berhubung

“Perlukah saya balas hujah-hujah bodoh?” jawapnya ringkas melalui applikasi WhatsApp yang dikirimkan kepada portal tersebut.

Awal pagi tadi, Tunku Ismail melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook JOHOR Southern Tigers berkata, Annuar masih tergamak menggunakan “duit rakyat” untuk kegunaan pasukan Kelantan walaupun pada ketika ini ekonomi negara berada dalam keadaan yang tidak begitu baik.

Tunku Ismail berkata, tidak cukup pelaburan “paksa” MARA, UniKL juga turut menjadi mangsa, ketika biasiswa pelajar-pelajarnya dipotong RM700,000 juta tahun lalu.

Baginda melalui kenyataan yang sama turut menyifatkan, Annuar sentiasa tidak berpuas hati dengannya.


Tidak cukup dengan itu, TMJ turut memberi amaran kepada seorang menteri yang pernah datang menghadapnya supaya menjelaskan kepada rakyat Malaysia berhubung ‘skandal’ yang melibatkan identiti seorang wanita yang bekerja di sebuah syarikat di Johor.

“Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu, selepas ini, saya akan suruh menteri yang pernah mabuk datang mengadap saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia siapa wanita yang berkerja di sebuah syarikat di Johor.

“Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan menggangu saya,” demikian menurut kenyataan di laman Facebook tersebut.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun tinjauan yang dilakukan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial merasakan kenyataan tersebut ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Ini kerana Ogos tahun lalu, Khairy pernah mengadap TMJ di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru bagi membincangkan beberapa isu semasa terutama melibatkan sukan bola sepak, selain menyerahkan pendrive yang didakwa mengandungi laporan mengenai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malah Khairy semalam turut membidas mereka yang mengkritik dan mempertikai kejayaan penyerang Pulau Pinang itu sebagai individu yang tidak pernah merangkul anugerah di peringkat dunia.

- suara.tv

2 comments:

  1. Betul lar..selama ni dok terpikir..banyak duit UniKl sponsor TRW..main sponsor plak tu..sbb kat jersey paling besar logo UniKL..x terpikir lak yang annuar ni oengerusi mara..huhu

    ReplyDelete
  2. Musang janggut baham ayam pencen ls

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com