innity

pages

Tuesday, January 3, 2017

Datuk Seri Ismail Sabri TERKEJUT jet kerajaan ke Australia


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau hanya mengetahui mengenai percutian perdana menteri di Australia dan perjalanan pesawat rasmi udara kerajaan yang kebetulan sama di negara itu hari ini.
Bercakap kepada media hari ini Ismail berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kapal terbang Airbus A319 itu.
Disebabkan itu katanya beliau tidak dapat memberi sebarang komen mengenai "kebetulan" membabitkan percutian Datuk Seri Najib Razak dan kapal terbang rasmi berkenaan.
"Hari ini baru saya dengar ni, jadi saya tak tahu,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke Tabika Kemas di Bandar Baru Salak Tinggi.
Ismail juga kelihatan terkejut apabila ditanya mengenai perkara itu.
Ismail yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum itu ditanya mengenai kemungkinan Najib menggunakan pesawat udara rasmi ketika bercuti di luar negara.
Pesawat udara dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu dikatakan berlepas pada jam 12.07 tengah malam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada 22 Disember dan mendarat di Gold Coast, Australia pada jam 10.06 pagi hari yang sama.
Bagaimanapun pesawat itu hanya berhenti sebentar kerana ia berlepas pula dari Gold Coast pada jam 11.47 pagi dan mendarat di Brisbane pada pukul 12.09 tengah hari.
Tiada penerbangan komersial antara Brisbane dan Gold Coast kerana jaraknya hanya 110 kilometer atau satu jam perjalanan sekiranya memandu kenderaan.
Anak PM muat naik gambar
Kebetulan, selepas pesawat itu singgah di Gold Coast selama satu jam 41 minit sebelum ke Brisbane, anak Najib, Mohd Norashman memuat naik gambarnya di Instagram.
Pada 23 Disember, sehari selepas persinggahan itu, Norashman memuat naik gambar beliau bermain golf di Instagram dan menggunakan tag "#goldcoast".
Keesokan harinya, Norashman memuat naik ke Instagram gambar penguin di taman tema Sea World Gold Coast.
Pada 26 Disember lalu, jet kerajaan Malaysia berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan mendarat di Gold Coast pada 9.35 pagi.
Sekali lagi, persinggahan singkat di Gold Coast itu hanya mengambil masa selama dua jam dan 47 minit.
Pesawat itu kemudian terbang ke Gold Coast pada pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang. Pesawat itu kekal berada di sana setakat ini.
Kebetulan sekali lagi, Norashman kemudian mula memuat naik gambar dia di Perth pada Instagramnya.
Pada 28 Disember, Norashman menyiarkan gambar dirinya di dalam bilik sedang bermain gitar elektrik. Posting itu ditandakan sebagai "#Perth".
Keesokan harinya, dia menyiarkan gambar berbasikal dengan rakan-rakan di Perth.
Kemudian pada 30 Disember, Norashman menyiarkan gambarnya bermain golf dengan kapsyen "Cuba untuk tamatkan 2016 dengan bergaya" bersama tag "#perth" dan "#meadowsprings".
Beliau merujuk kepada Meadow Springs Gold & Country Club di Mandurah, yang mengambil masa sejam jika memandu dari Perth.
Norashman turut memuat gambar beliau kembali berbasikal bersama Najib.
Semua data penerbangan adalah berdasarkan kepada laman pengesanan penerbangan Flight Aware.
Sebelum pesawat itu merentasi Australia, Najib menggunakan kapal terbang berkenaan untuk tugas rasmi di Kuantan, Tawau dan Kuching.
Data penerbangan menunjukkan 9M-NAA berlepas dari Kuantan pada 9.22 malam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 10.30 malam, 17 Disember.
Ini adalah konsisten dengan kehadiran Najib pada makan malam Gabungan Persatuan Cina di Kuantan dan laporan New Straits Times kemudian mengesahkan ketibaan Najib di Kuching pada pukul 10.30 malam. - MK

21 comments:

  1. Jgnlah guna harta kerajaan mcm harta peribadi. Itu cth yg amatburuk utk rakyat yg sdg dilanda sempit idup.

    ReplyDelete
  2. Sbnr nya isu ni buat org Makin meluat dgn pembgkang..apasalh pm dgn famali guna jet ..dah takda bnda nk putar

    ReplyDelete
  3. Xkan menteri x tau najib p mana.

    ReplyDelete
  4. Biasala tu kan ke jet tu mak bapak dia punya...nak buat macamana .🐷🐷

    ReplyDelete
  5. Dahulu pesawat jarak jauh yang malaysia ada cumalah pesawat boing 747. Milik MAS....... Jika tidak pesawat yang di kendalikan oleh TUDM juga yang bakal dan padti digunakan..... seperkara lagi... berapa yek kosnya jika seorang pemimpin tertinggi bergerak menggunakan pesawat komersial untuk urusan percutian yang direkod dan perlu bergegas pulang untuk urusan negara mengikut jadual..... tapi rasanya kalau gunakan penerbangan komersial akan kekal jadi isu juga.... kosnya yang agak tinggi.... dan yang paling seronok tentu ada yang akan berkata..... airbus A319 adalah satu pembaziran kerana tidak digunakan secara maksimum..... itu tak kena.... ini tak kena...... lebih baik bela kroni.... kroni ajer sponsor jet lah wahai najib. Susah kalau jadi PM kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen syok sendiri...kaki bodek.

      Delete
  6. Dahulu pesawat jarak jauh yang malaysia ada cumalah pesawat boing 747. Milik MAS....... Jika tidak pesawat yang di kendalikan oleh TUDM juga yang bakal dan padti digunakan..... seperkara lagi... berapa yek kosnya jika seorang pemimpin tertinggi bergerak menggunakan pesawat komersial untuk urusan percutian yang direkod dan perlu bergegas pulang untuk urusan negara mengikut jadual..... tapi rasanya kalau gunakan penerbangan komersial akan kekal jadi isu juga.... kosnya yang agak tinggi.... dan yang paling seronok tentu ada yang akan berkata..... airbus A319 adalah satu pembaziran kerana tidak digunakan secara maksimum..... itu tak kena.... ini tak kena...... lebih baik bela kroni.... kroni ajer sponsor jet lah wahai najib. Susah kalau jadi PM kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu suar,baik bela kroni.At least kalau kroni sponsor tak pakai tax payer nya duit ,kalau susah sangat najib jadi pm kau sound je lah kat dia suruh dia belah jadi majoriti rakyat pun happy Dan yang kat blakang tukang gosok pun ramai tu tengah tunggu peluang nak take over.Dorang pub nak merasa jugak jadi bilionare.

      Delete
    2. Woiii maarop ..tak malu ke tunjuk bahlol kau kat org. Simpanlah bodoh kau tu ..

      Delete
    3. mengarut betul ko ni..namanya pun pesawat rasmi kerajaan malaysia,jadi kegunaannya pun untuk urusan rasmi negara je lah.ini boleh pula bawak keluarga pergi bercuti sampai kat australia sana.urusan rasmi juga ke tu?kalo sekadar naik kereta rasmi kerajaan boleh juga la diterima..

      Delete
    4. Jangan kata saya bodoh.... pergilah semak protokol. Itu satu...satu lg.... mohd noor..... dah nak halalkan krono plak yek..... kira mcm tun lah nsik jet miluk ex kroni..... tp tak nak ulas ker.... berapa banyak duit rakyat masuk tembolok krono..... mcm kata orang tualah.... kalau dah kenyang makan daging tulangnya jgn lupa bagi ke kucing.... tak luak.

      Delete
    5. Orang tua-tua pun ada cakap kalau nak makan pun biarlah dari sumber yang halal supaya otak tak bercelaru dan jgn makan dari sumber yang haram nanti otak menjadi beku.

      Delete
    6. aku xde sumber nak rujuk untuk pastikan protokol kegunaan pesawat rasmi negara la masrop.boleh tak ko tolong tunjukkan sumbernya atau nyatakan petikan dalam protokol tu?

      Delete
    7. even ada dalam protokol pun,ko rasa beretika ke untuk seseorang menggunakan aset negara untuk kepentingan peribadi?dalam waktu rakyat tengah mengeluh pasal kos sara hidup dan harga rumah melambung2 ni boleh plak dia pergi bercuti dengan famili pakai pesawat milik negara?ayah dia dulu pun jadi PM juga tp sangat amanah, cermat dan berjimat dalam menggunakan peruntukkan kerajaan sampaikan isteri (mak dia) pun jarang dibawa bersama apatah lagi bercuti.nak buat kolam renang n pancuran air kat rumah ayah dia pun ayah dia x bagi sebab bazirkan duit rakyat.kenapa dia x boleh jadi mcm ayah dia?

      Delete
  7. Perdana menteri ada HAK TUII....

    ReplyDelete
  8. Sebab itu rakyat sepatutnya hari ini bangkit seluruh negara mogok pecat najib dan umno bn
    Korea boleh?
    Malaysia kebal kah?

    ReplyDelete
  9. Suharli Masrop yg budiman.
    Bolehkah anda bezakan antara urusan peribadi dan juga urusan kerajaan.
    Adakah Tuan PM diarahkan untuk bercuti ke Australia atau dia sendiri memilih u tuk bercuti disana?
    Jika Tuan PM memilih untuk bercuti dibulan, adakah segala kos dia kesana perlu ditanggung oleh kerajaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu ajalah.... nnti kamu akan tau sebabnya. Jangan malu sendiri yer.

      Delete
    2. bapak dia dulu kabarnya sederhana orangnya.x nak guna duit rakyat walaupun beliau layak selaku PM..tp anak dia lain plak..ni sah pepatah 'bapa borek, anak rintik' x boleh pakai kat dia.

      Delete
    3. walau apa pon sebabnya suharli, kenapa tak ikut contoh khalifah umar abdul aziz dlm menggunakan harta negara? mengapa agama diketepikan?

      walaupon kalau dia ada justification yg betul sekalipon, dldm islam kalau benda tu bole menyebabkan fitnah, kita kena tinggalkan walaupon benda tu tak salah..kenapa tak nak ikut islam?

      kita tak kisah kalau pemimpin tak nak turun..kalau dia nak pegang jawatan dia lg 30 tahun pon silakan lah,..tp kita just nak dia ikut ISLAM!!! itu sahaja..

      -Haqqani Maulid-

      Delete
  10. Bukan kah najib billionaire?

    Takkan billionaire tak boleh beli jet peribadi untuk diri dan keluarganya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com