innity

pages

Wednesday, January 11, 2017

MB dapat kebenaran cabar status sulit 1MDB


Permohonan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan seorang bekas ahli Umno Muhammad Zahid Md Arip untuk mencabar status sulit laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 kini akan didengar berdasarkan merit.
Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak bantahan awal oleh jabatan peguam negara yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu dalam kamar. Kedua-dua permohonan kini akan didengar berdasarkan merit sepenuhnya.
Azmin dan Zahid yang membuat permohonan secara berasingan.
Azmin diwakili oleh peguam kanan Tommy Thomas manakala Mohd Hamiff Khatri Abdulla mewakili Zahid.
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan Shamsul Bolhassan berhujah plaintif tidak mempunyai kedudukan undang-undang dan bahawa permohonan mereka adalah remeh dan menyusahkan.
Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR, tahun lalu memfailkan permohonan semakan kehakiman dan menamakan Najib, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan kerajaan sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.
Permohonan itu dibuat bawah Perintah 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk mencabar pengelasan laporan itu sebagai sulit bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Beliau juga memohon perintah mandamus untuk memaksa ketiga-tiga responden, ejen dan pegawai untuk mengubah status sulit laporan 1MDB itu, menurut Seksyen 2C daripada OSA, dan memohon laporan itu didedahkan kepada orang ramai.
Permohonan semakan kehakiman perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu bagi memastikan permohonan itu bukannya remeh atau menyusahkan.

4 comments:

  1. Insyallah..bongkar hancur lenyap najib umno bn

    ReplyDelete
  2. Langkah pertama yang sangat positif

    Jika substantive hearing dibuat, insyaAllah dapat dibuktikan betapa pentingnya "membebaskan" Lapuran Odit Negara untuk tatapan umum tanpa menyekat rakyat mengetahui isu sebenar berkenaan status "penyelewengan" 1MDB. Rkayat berhak tahu

    Apabila dah diketahui umum, barulah kita boleh menilai salah atau betulnya tindakan kerajaan najib dalam kes 1MDB ini. Mungkin selepas ini, banyaklah saman2 akan dibuat berdasarkan fakta dalam lapuran tanpa fitnah.

    Ketika itulah kaum spesies penipu, pemfitnah mahathir, keris, kejora, suharli, unknown akan ambil first flight out to avoid being SHAMED!.......hahaha

    ReplyDelete
  3. 🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄
    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄
    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄
    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄
    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄
    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄
    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄
    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄
    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄
    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄
    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    🐄

    ReplyDelete
  4. Kenapa orang UMNO tidak berani bertanaya kepada SPRM< apa dah jadi dengan kes Azmin Ali dan Shamsidar? Phileo Bank? Saham sapa ya jutaan ringgit yang di gembar gemburkan satu masa dahalu yea? Bukan kah UMNO yang gemburkan? Kenapa senyap aja kes ini?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com