innity

pages

Wednesday, January 4, 2017

Menteri: Penjawat Awam Tidak DIBENAR bercakap Tanpa Persetujuan Menteri


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengingatkan penjawat awam supaya menjaga integriti dan akauntabiliti.
Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana penjawat awam atau bekas penjawat awam yang cuba menggunakan kedudukan mereka untuk membuat kenyataan atau berkelakuan yang boleh mendatangkan fitnah sekali gus memberi persepsi buruk terhadap kerajaan hari ini.
Di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang memperuntukkan bahawa tiada penyata atau komen dibenarkan untuk menerbitkan atau bercakap tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada Menteri yang bertanggungjawab atau Jabatan.
“Rasional pelaksanaan peraturan ini adalah bagi mengelakkan salah faham dari sumber yang tidak sah dan juga untuk mengelakkan salah tafsir atau salah faham berhubung keputusan Kerajaan.
“Peraturan ini terpakai kepada semua kakitangan awam yang masih dalam perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Manakala mereka yang bersara daripada perkhidmatan, masih tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang memperuntukkan kesalahan yang berhubungan dengan pendedahan yang tidak dibenarkan berkaitan rahsia rasmi.
Peruntukan di bawah Akta 88 diwujudkan bagi suatu kesalahan jika seseorang mendedahkan maklumat rahsia rasmi yang diperoleh semasa perkhidmatan selepas bersara.
“Semua kakitangan kerajaan perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk memastikan tiada salah faham timbul di kalangan orang ramai,” katanya. - ismaweb

2 comments:

  1. dah takut la tuuu...hehe

    ReplyDelete
  2. Apa kata buat edaran pekeliling dan jelaskan satu persatu larangan atau perkara spesifik yang tak boleh tuuuuuuu....macam kenyataan tergantung je.
    Kalau bercakap guna bahasa isyarat bagaimana????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com