innity

pages

Thursday, January 12, 2017

Mufti kena ampu kerajaan kerana ‘makan gaji’, kata Zaid

Umah Islam perlu kaji dan fikir sendiri, bukannya bergantung sepenuhnya pada apa yang pemimpin agama beritahu, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika menyokong kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai jemaah tidak dapat haji mabrur jika menunaikan haji dengan duit tajaan 1MDB.
Tak perlu kita jadi mufti. Benda ni kita diajar sejak kecil lagi. Kalau kita buat kerja tak betul, ambil duit tak betul, sumbernya haram, duit tu dicuri, maka kita pergi Mekah ke, Madinah ke, haramlah dengan duit tu.
“Persoalan yang dibangkitkan Tun Mahathir ialah, kalau kita guna duit 1MDB pergi haji, duit itu haram,” katanya kepada FMT.
Minggu lalu, Dr Mahathir berkata 1MDB, syarikat pelaburan milik negara menaja imam dan ketua kampung menunaikan haji menerusi yayasannya menggunakan duit “curi”, tetapi 1MDB menafikan dakwaan itu yang dikatakan tidak berasas.
1MDB dalam satu kenyataan berkata syarikat itu mempunyai operasi perniagaan yang sah dengan sebelum ini dalam industri jana tenaga dan mutakhir ini, pembangunan hartanah.
“Dana daripada operasi perniagaan itu disumbangkan kepada Yayasan 1MDB, yang menggunakan dana seperti itu untuk menaja program khas haji,” kata 1MDB.
Beberapa menteri dan mufti turut mempertahankan 1MDB.
Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata sama ada haji seseorang itu mabrur atau tidak bukan bergantung pada sumber dana, tetapi pahala ketika menunaikan haji.
Sudah tentu 1MDB melenting. Dia kata bukan duit curi. Dia berniaga. Dia melabur untuk nampak macam berniaga tapi dari awal lagi duit tu haram. Jadi kalau pergi haji betullah apa Dr Mahathir cakap.
“Tapi kalau mufti nak pertahankan 1MDB tu, kita pun faham. Maklumlah, kita kena periksa bila mufti atau penceramah atau pendakwah Islam, dia bercakap, kita kena tanya juga, gaji siapa bayar?
Anda kena periksa. Gaji tu sumber dari mana. Dia berniaga apa? Kontrak dia dengan siapa? Sebab banyak orang berniaga agama ni. Dia berniaga. Berniaga jawatan ke kontrak pengaruh. Macam orang politik pun guna Islam,” katanya.
Zaid berkata ada ulama yang baik tapi ada yang makan gaji dan tidak ada pilihan apabila perlu bercakap benda yang elok saja mengenai kerajaan.
“Kita kena nilai, baca sendiri dengan pemikiran kita. Saya rasa siapa yang rasa keliru bacalah sendiri kerana ada banyak buku Islam, terjemahan Al-Quran. Jadi kalau ulama yang mengampu, tak perlu kita ikut,” katanya.

4 comments:

  1. 1. Apa zaid kata saya percaya. Saya ada belajar agama dengan seorang guru agama yang betul2 mengajar kerana Allah swt.

    2. Saya dah pergi haji dan umrah. Saya guna duit gaji yang saya simpanan tiap2 bulan. Setelah 6 tahun bekerja, saya berjaya menunaikan fardhu haji. Ustaz mengajar bahawa sumber kewangan perlu halal.

    3. Apabila saya membaca kes kes di singapura dan cara duit 1MDB diperolehi, jelas wang 1MDB bukan perolehan dari perniagaan TAPI BERHUTANG.

    4. Jadi, zaid dan atau tdm betul.

    5. Heran mufti pahang tak nampak perlunya wang mesti HALAL, bukannya hanya kerja2 yang dibuat semasa haji..

    Betullah mufti bekerja dibayar gomen, bukan untuk muslim keseluruhannya

    ReplyDelete
  2. Saya juga setuju dgn kata2 zaid.
    Islam itu ugama akal. Tidak Islam bg yg hilang akal.
    Islam bukan apa yg tok guru kata.

    ReplyDelete
  3. Biawak jumpa bangkai..melantak je...pemakan dedak lupa daratan

    ReplyDelete
  4. Ada Mufti memalukan Islam sendiri..apa punya mufti kata duit haram pun boleh pergi haji..budak darjah 1 pun tahu kalau haram tetap haram hukum allah jangan lah nak belit pulak...berapa je dapat gaji sebagai Ulama sampai sanggup kelirukan akidah rakyat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com