innity

pages

Wednesday, January 4, 2017

Rahman Dahlan, Saya Pantang ORANG PUKUL CURI, kata bekas pengarah SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas pengarah Bahagian Siasatan Khas (BOK) badan itu, Datuk Bahri Mohd Zin tidak menyatakan beliau memilih untuk bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International seperti yang dilaporkan.
Dalam satu kenyataan media, suruhanjaya itu berkata Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan itu.
“Berhubung kenyataan di sebuah portal media hari ini bahawa Datuk Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Datuk Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut.”
Ketika dihubungi Malaysiakini untuk reaksinya, Bahri berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.
“Menggunakan sumber belum masak orang ketiga dan buat ‘judgement syok’ sendiri.
“Tunggulah kenyataan dari mulut saya sendiri,” katanya.
Bekas pengarah itu juga mengulas laporan berita yang mengaitkan persaraannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga komen oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Dalam laporan berita itu, portal FMT yang memetik sumber yang rapat dengan siasatan 1MDB mempersoalkan masa persaraannya.
'Pemakan dedak ada di mana-mana'
Menurut sumber itu, jika kes SRC adalah alasan Bahri berasa bersalah, beliau sepatutnya meletak jawatan tahun lalu atau pada 2015.
Bagaimanapun bekas pegawai kanan SPRM itu hanya tersenyum mendengar hujah itu.
“Pemakan dedak ada di mana-mana, di luar sana mahu pun dalam jabatan-jabatan kerajaan,” katanya.
Beliau juga membidas Abdul Rahman kerana mengadilinya tanpa fakta yang tepat.
“Tapi Rahman Dahlan dah adili saya tanpa merujuk kepada sumber asal iaitu saya sendiri.
"Maka berkewajipan bagi saya lepas pulih dari sakit nanti saya akan jawab satu persatu apa yang Pak Menteri itu tulis mengenai saya.
“Biar rakyat pula yang menjadi pengadilnya,” katanya.
Bahri turut memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak mencabarnya.
“Saya cukup pantang kalau orang pukul curi saya, dulu masa kes SRC Internation tengah memuncak ada sorang bekas ketua menteri membantai saya secara tidak adil...
“Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah.
“Ya, pengamal rasuah dan jangan cuba nak jadi juara kepada rakyat di luar sana,” katanya lagi.
Sarang labah-labah
Bahri petang tadi mengesahkan beliau “kecewa” dan tidak mahu lagi berkhidmat dengan "undang-undang sarang labah-labah" yang hanya memerangkap pesalah kecil.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataannya di FMT bahawa beliau kecewa dan berasa amat berdosa kepada rakyat Malaysia “kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah”.
Bahri, yang memainkan peranan utama dalam siasatan SRC, bekas anak syarikat 1MDB, memilih bersara awal walaupun boleh terus bertugas tiga tahun lagi.
Pegawai kanan kerajaan itu memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila RM42 juta dananya ditemui pada akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata tidak tahu menahu wang berkenaan berasal dari SRC walaupun syarikat itu milik kementerian kewangan. Perdana menteri juga menjawat tugas sebagai menteri kewangan pertama.
Sementara itu, SPRM mengesahkan bahawa bekas pengarah membuat permohonan kepada kerajaan untuk bersara awal enam bulan lalu.
Suruhanjaya itu berkata permohonan itu adalah mengikut peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam di mana seorang pegawai kerajaan yang mahu bersara awal perlu membuat permohonan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh persaraan. - MK


11 comments:

  1. Rahman Rahman... Takan Dato nak cakap beliau bersara kerna SCR.... Beliau tau akibatnya... Janganlah perbodohkan rakyat.... Knp bimbang? Sekiranya kes SCR suci bersih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahri ni bini 2 tu yg meroyan mcm mana nak tanggung yg sorg tu plak mantanen tinggi.. dia pun bkn suci sgt.. org kalau dah kentut busuk kena cepat2 tuduh org lain kentut supaya org tak tuduh dia..

      Delete
  2. Rahman Dahlan yg paling mengelupor macam cacing kena cucuk lubang bila mulut Bahri bersuara. Awat la hang kelupoq Rahman? Hang takut ka?

    ReplyDelete
  3. Hari tu Dato husni letak jawatan,

    Hari ni giliran Datuk Bahri pula.

    Apa persamaan nereka berdua?

    Kedua duanya sedar bahawasanya mereka bertanggungjawab, jujur, ikhlas dan amanah menjalankan tugas.

    Kedua duanya sedar mereka tidak boleh menipu diri sendiri.

    Kedua duanya sedar mereka dipertanggungjawabkan di mahkamah dunia dan akhirat.

    Duit dan harta rakyat telah dicuri dan disamun, sedarkah pemakan dedak sekalian?

    Siapakah rakyat?

    Diantaranya.....golongan asnaf,ibu tunggal,OKU dan anak2 yatim piatu.

    Siapakah pemakan dedak?

    Mereka yg menyokong, bersubahat dan bersekutu dengan ketua penyamun no 1 negara juga dikenali dengan MO1.

    KORANG JAWABLAH DI MAHKAMAH DUNIA DAN AKHIRAT!

    ReplyDelete
  4. Harap Datuk Bahri ni dapat bergabung dengan Datuk Hamid Bador dalam menegakkan kebenaran kerana mereka berdua mempunyai banyak info sahih yg diperolihi semasa menjawat jawatan dalam kerajaan. Demi untuk seluruh rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Ramai lg rakyat di belakang datuk bahri.
    Salute datok!

    ReplyDelete
  6. Datok dah laksanakan segala tanggungjawab sebaik mungkin. zaman ni pengkelepet dianggap mulia, yang amanah dianggap derhaka. Syabas diucapkan kepada datok.

    ReplyDelete
  7. Datok dah laksanakan segala tanggungjawab sebaik mungkin. zaman ni pengkelepet dianggap mulia, yang amanah dianggap derhaka. Syabas diucapkan kepada datok.

    ReplyDelete
  8. Saya merasakan penyelewengan dan perlakuan rasuah di kalangan peminpim pemerintah macam `iceberge'. Kita hanya mengetahui yang di atas (didedah atau terdedah) sahaja, walhal di bawahnya adalah lebih besar lagi.

    ReplyDelete
  9. Rahman dalang memang aku harap betul pakai baju lokap bila bn melingkup nanti. Sedarlah diri hidup kau ni penuh dengan lantikan. Muka pun muka bangsat. Anjing kurap dari kota belud ni memang biadap

    ReplyDelete
  10. Diundi walau tidak majoriti, masih diberi kantrak 5 tahun MENTADBIR kerajaan. PENTADBIR dh langgar terma n syarat ,bila dg gah mengaku diri jadi PEMERINTAH, yg berhormat pulak tu. Jenayah Gajah 1mdb mati pekong dh tidak dpt diselimut lagi. Masa sudah sampai kontraktor penipu dihentikan, ini tindakan biasa mana2 majikan (Rakyat) yg biasa. Taktik kotor 60tahu dah basi.
    Rakyat bayar cukai harian, dan pekbagai dan berhak atas siapa diwakil utk tadbir..UMNuBend dah fail berkaki2 selama 60 tahun

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com