innity

pages

Wednesday, January 4, 2017

Saiful Nang: JANGAN JADI MACAM BABI - "Muka jambu kau angkat memimpin", "Itulah kaki kebas"


Oleh: Saiful Nang

MUKA JAMBU TAPI PENYAMUN DAN MUKA BURUK JADI PEJUANG

Jika tak mahu luka jangan berperang
Biarkan bangsa dimakan orang
Jika tak mahu dibenci, jangan membela
Biarkan sahaja orang dianiaya
Jika tak mahu dibidas tak perlu berkata
Biar lah bacul sampai ke tua
Jika tak mahu calar jangan bekerja
Muka jambu tapi jadi beban pada negara
Jika tak mahu silap tak perlu bersuara
Biar nampak cool tapi tak ada yg dibela

Dah memang lumrah sekarang
Muka jambu kau angkat memimpin
Muka jambu kau puja jadi artis
Muka manis kau percaya sahaja katanya
Mulut manis kau bagi semua duit padanya

Akhirnya

Itulah kaki kebas
Itulah kaki sebat
Itulah kaki lipat
Itulah musibat
Itulah juga kaki kencing

Yang muka hitam dan gelap
Yang muka bertompok panau
Yang wajah berselirat calar
Yang parut melintang wajah

Cakaplah yang benar pun kau kata tipu
Cakaplah yang lurus pun kau kata bengkok
Cakaplah yang baikpun kau akan spin
Cakaplah apa sahajapun muka ini orang dah wanted

Ini zaman scammer mulutnya manis
Ini zaman penipu sebaik ustaz
Ini zaman penyamun berbibir merah jambu
Ini zaman orang bodoh CGPA tinggi
Ini bukan lagi zaman drama swasta

Yang baik mesti muka suci
Yang benar mesti wajahnya elok

Engkau tidak tahu

Yang bercalar, berparut dan yang hitam itu jadi begitu kerana berjuang melindungi kau dan keturunan kau.

Mereka calar supaya kau jambu
Mereka berparut supaya kau tak mati
Mereka hitam supaya kamu tak panas

Ini bukan lagi drama jam 7

Heronya kemas
Heronya tampan
Heronya segak

Ini zaman hero sebenar
Wajahnya seperti rumah tinggal
Atau kapal dah karam 100 tahun
Atau setara dengan tiang jamban
Kerana mereka merosakkan diri
Untuk membela orang

Sedarlah

Kau takkan mampu jadi hero
Takkan mampu jadi pejuang
Takkan mampu jadi mujahid

Jika kedua tangan kau di dalam saku
Jika wajah nak maintain jambu

Adakala diam itu ibadah
Ada masa diam itu bedebah

Jika berhadapan dengan orang yang tidak menggunakan akal bila berkata. Diam

Bila berhadapan dengan orang yang mengancam keluarga kau, bangsa kau, agama kau. BANGKIT!

Anjing juga pandai menyalak
Ayam juga pandai berkokok
Ular juga pandai mematuk
Burung juga pandai jaga kelompok
Lebah juga sanggup menyengat mempertahan koloni
Walaupun selepas itu dia mati.

Jika kau rasa muka aku buruk
Jika kau nampak wajah aku berparut
Jika kau nampak bahasa aku teruk
Dan kau kata aku jahat
Mari turun buat apa yang aku buat

Aku nak tengok adakah kau akan maintain jambu
Babi sahaja yang tak kisah jika anaknya disembelih dan bininya dirogol babi lain.

Jangan kata diam itu ibadah sepanjang masa
Allah beri mulut untuk kita bersuara bila perlu.

Jangan jadi macam babi.

SAIFUL NANG
Sedang Halau Babi tapi bukan penternak.

4 comments:

  1. Brp kilo ganja hg telan?mabuk semcm je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa tin pulak kamu hidu gam ehhh...

      Delete
  2. Fenomena tersurat dan tersirat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com