innity

pages

Wednesday, January 4, 2017

TIDAK ADIL Serang Integriti Penjawat Awam, LEPAS Pandang AHLI POLITIK - bekas Peguam negara

Tidak adil menyerang integriti penjawat awam tetapi terlepas pandang gaya hidup ahli politik yang mewah, kata bekas peguam negara.
Bekas peguam negara mempertahankan pegawai kanan awam yang ditegur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana bermain golf di luar negara.
Tan Sri Abu Talib Othman berkata agensi anti-rasuah juga perlu melihat kalangan ahli politik yang digunakan pihak tertentu sebagai penganjur dalam acara golf “amal”.
“Siapa yang membuat keputusan mengenai kontrak utama? Adakah penjawat awam atau ahli politik?” katanya.
Beliau berkata adalah tidak adil menyerang integriti penjawat awam sambil terlepas pandang gaya hidup ahli politik yang didakwa hidup di luar kemampuan mereka.
Abu Talib berkata, pegawai kerajaan dan ahli politik, adalah kakitangan awam dan tidak boleh ada diskriminasi oleh agensi penguat kuasa undang-undang seperti SPRM.
“Undang-undang adalah sama kepada penjawat awam atau ahli politik,” katanya.
Abu Talib, yang berkhidmat sebagai peguam negara selama 13 tahun sehingga 1993, berkata demikian susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad yang berkata tiada keperluan penjawat awam berpangkat tinggi bermain golf ke Thailand atau Indonesia sedangkan terdapat prasarana mencukupi di dalam negara.
Dzulkifli berkata penjawat awam bukan pemain golf profesional yang diperlukan bermain di luar negara dan tindakan mereka boleh membawa kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Beliau juga berkata, SPRM sedang memantau pergerakan dan aktiviti sekumpulan kakitangan awam.
“Walaupun kakitangan kerajaan yang terlibat mempunyai bukti mereka membayar sendiri perjalanan itu, tetapi sebaik sahaja mereka tiba di luar negara, mereka disambut pihak tertentu,” Dzulkifli berkata, sambil menambah “tuan rumah” juga akan membiayai bil membeli-belah tetamu. - FMT

6 comments:

  1. Macam Najib dan Rosmah lah. Semua orang sedia maklum kecuali bos SPRM!

    ReplyDelete
  2. Gaji ahli politik sama dengan gaji seorang rakan yg bertaraf profesional.

    Rakan ini kerja dengan tekun 7 hari seminggu. Cari rezeki halal katanya.

    Dalam 2 tahun, baru 1 kali ke oversea. Itu pun dalam asia tenggara sahaja. 3 tahun lalu ada buat umrah. Dia kata tak mampu nak cuti jauh2 walhal gaji dia besar..sama banyak dengan gaji menteri2..hutang pun setakat loan rumah je. Tapi dia memang pandai saving.

    Pelik pulak rasanya dari mana menteri2 atau ahli2 politik dok pegi oversea memanjang...depa dapat sumber dari mana?

    ReplyDelete
  3. Penjawat awam dan ahli politik dua2 sama je..

    ReplyDelete
  4. tiada keperluan bercuti ke luar negara kerana prasarana dah cukup di dalam negara. kadang2 kenyataan yang diberikan semakin bodoh.

    ReplyDelete
  5. Amin..insyallah..allah makbulkan doa rakyat malaysia..bongkar salahlaku dan seleweng duit rakyat oleh najib umno bn...amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com