innity

pages

Monday, January 9, 2017

Tulisan terbaru Tun M: HARAM TETAP HARAM walau Mufti HALALKAN


1. Bolehkah duit yang didapati secara haram diguna untuk membiayai ibadah tertentu?

2. Kita semua maklum bahawa jika kita termakan makanan yang haram bagi orang Islam (daging babi umpamanya) maka kita tidak bersalah. Tetapi jika kita tahu makanan yang dihidang itu haram, kita makan juga, maka perbuatan kita itu salah disisi agama.

3. Demikian juga apabila kita tahu duit itu dicuri, tetapi kita terima duit itu untuk apa juga tujuan, maka perbuatan itu tentulah salah. Jika salah untuk perbuatan lain, tentulah salah juga untuk membiayai ibadat.

4. Hanya mereka yang bertujuan membodek orang tertentu sahaja yang akan halalkan wang yang dicuri oleh Kerajaan. Kalau menyatakan wang dicuri tidak boleh biayai ibadat haji adalah percubaan menjadi Tuhan, kenyataan itu menunjuk kekerdilan akal fikiran. Pangkat tidak boleh membetulkan pendapat yang salah. Pencuri berpangkat masih pencuri.

5. Duit yang dicuri masih duit haram. Ia tidak boleh dihalalkan dengan menggunanya untuk ibadat. Makanan yang haram tidak akan menjadi halal kerana dihidang selepas baca doa selamat, atau bertahlil.

6. Walaupun kita Bismillah, daging yang haram masih haram dimakan. Perbuatan yang dilarang, yang diharamkan tidak jadi halal kerana kita mula dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pengasih, lagi Yang Maha Penyayang. Kalau kita curi duit untuk membuat kerja haji, sesuatu ibadat yang kita wajib buat hanya jika kita mampu, atau untuk buat sunat umrah, apakah perlakuan kita itu ibadat atau tidak. Atau apakah ibadat kita boleh diterima jika kita terima duit yang dicuri orang lain. Tidakkah dakwaan kita mendorong pencurian kerana yang dicuri boleh dihalalkan dengan mengguna sebahagian atau semuanya untuk ibadat, termasuk ibadat haji.

7. Apakah hanya dengan dihalalkan oleh orang yang bergelar Mufti, maka yang haram itu menjadi halal.

8. Kalau nak terima duit curi untuk buat kerja haji, terimalah.

9. Saya tak akan terima walau apa pun tohmah dilempar kepada saya.

http://chedet.cc/?p=2398

21 comments:

  1. Nak persembahkan sesuatu utk Tuhan, mestilah baik dan sempurna segenap segi. Gi haji dr sumber yg meragukan, apatah lg lbh berat kpd haram, pikir pikir sendiri lah.

    ReplyDelete
  2. Itu pasal kita boleh kata kepala hangguk pembangkang dan penyokong Tun ni mereng.... kejap boleh bedal kejap duit haram.... kalau dah haram tu haramlah kenapa plak nak kata duit rakyat.... memang iyapun kerajaan pulangkan br1m kepada rakyat sebagai sebahagian kaedah pemulangan subsidi melalui penyaluran subsidi bersasar (boleh google apa itu subsidi bersasar).... kalau tak buat gitu.... dengan selamba jer anak anak Tun isi minyak murah bersubsidi bergelen2 kedalam bugatti verrone dan Cayanne milik dia orang yang kaya raya tanpa rasa bersalah kat pakcik2 yang isi minyak moto RM5.00... seminggu baru habis.
    Sekarang ni Tun sibuk tulis dan jaja kata haram tetap haram.... merujuk kepada Penajaan haji imam2 kampung.... la ni dia fatwa br1m pun haram.... tak nak plak korang kata haram tetap haram.... acaner bleh double standard. Dia lupa ker dia bagi projek kepada taukey judi pun haramlah Tun weiiiii.... sebab dengan kekayaan dia tu dia boleh kembangkan perniagaan judi dia tu.... takat sponsor majlis harijadi 1juta takder hal lah..... so terus terang.... cakap mana lebih mulia.... 1) menyokong orang yang dia tuduh mencuri tapi satu buktipun dia tak bentangkan dengan 2) sokong manusia yang menuduh orang mencuri tanpa satu buktipun ditangan melainkan dengar2 ajer?.... pilihlah....itu dia kata dia dengar.... bagaimana kalau itu semua hanyalah halusinaai si telinga tua yang terpedaya dengan bisikan syaitan.... yang Allah izinkan untuk menyesatkan umat manusia jika dia mampu..... so ...Cuba Lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro..ni org cita duet haram guna buat haji rukun islam yg je 5..ada paham..? Bab haram laen kalau nak cita kat sini tak abes..byk sgt benda haram kerajaan atau org perseorangan terlibat..

      tak payah la cita pasal guna myk subsidi..kau tau tak cayenne kena pakai ron97? Kalau guna harta kerajaan utk bercuti mcm mana pulak? Tu tak nak ckp?sama jaa..

      Soal pokok kat sini afalah guna duet haram utk taja org tunai rukun islam..got it? Rukun islam bai..kalau rukun pon kau ambik mudah, then apa nilai akidah dan islam org tu?

      Delete
    2. Bro bukti byk dah la..abes tu takkan sampai few ppl dah kena dakwa kat Singapore takda bukti?

      Yg pelik nya kat Malaysia sorg tak kena dakwa dlm urusniaga yg sama..ironi tak?

      Delete
    3. Itulah kehebatan si suar tu,korner sana sini nak alih tiang gol tapi da terlambat gol 2.6 billion tu da termasuk dalam tiang goal najib

      Delete
  3. Setuju dgn tun dlm isu ini.

    Agamawan yg dah terkhilaf tu, bertindak berani dan tegas lah. Jangan kelirukan umat Islam dengan hujah remeh dan bercanggah antara satu sama lain..

    ReplyDelete


  4. Ugama pakai Quran Hadith Qias Dan pendapat majoriti ulamak, bukan pakai kepala hotak.

    Kalau pakai otak tempat yang keluar angin yg dibasuh bukannya muka tangan kepala Dan kaki untuk memperbaharui wuduk.

    Ada beratus2 lagi contoh yg seperti itu.

    ReplyDelete

  5. Khalifah pertama Abu Bakar R.U. biasa menghantar tentera memerangi orang ingkar membayar zakat

    2. Taksiran aset di bawah kawalan 1MDB adalah dikatakan mencecah RM40 B

    3. KadarZakat perniagaan adalah 2.5%

    4. Dg itu zakat perniagaan 1MDB ialah RM1B atau RM1000 juta.

    5. Perbelanjaan untuk menghantar 1000 Jumaah haji cuma RM9980 seorang atau RM9.98 juta saja.

    6. 1000 - 9.98. Jadi masih ada lagi baki Wang zakat sebanyak RM990.02 jota lagi.

    ReplyDelete
  6. Mufti pahang dr(?) rahman kritik tdm kononnya berani melawan islamic scholar. Saya tanya who is an islamic scholar??????

    Kalau dari segi jawapan2, tindakan2 dan cara2 mufti seperti pahang ke, harussaini perak ke, shukri kelantan ke.....langsung bukan gaya islamic sholar atau mufti.... saya kira guru agama saya 55 tahun dahulu lagi bijak dan berilmu. Dep mufti kedah dan dr maza (to certain extent) ada ciri2 ini.....menilai sesuatu tanpa mengetahui isu2 dibincangkan dan terus mengutuk orang yang kritik mereka kononnya self professed islamic scholar......

    contoh kes 1MDB/SRC.....tahukah the 3 musketeering muftis pasal selok belok penipuan dijalankan? Masih ingat majlis fatwa kebangsaan kata mereka tak ada kepakaran dalam bidang perakuanan dan sebagainya dan majlis ini tak akan keluar fatwa....sedih

    ROKOK....masa PAU lalu, seorang ahli umno syamsul kah namanya.....fatwa rokok dah ada namun masih berbeza pendapat.....why?

    RASUAH....dalam PAu yang sama, ahli umno ini kata 50, 100, 500, 700 ....jangan cabar keimanan saya dan sebagainya. TAPI KALAU 1000....shhhhhh diam2 jangan bising2....mana mufti umno....mana fathul....mana harussaini, rahman, shukri.....tak komen? RASUAH TETAP RASUAH WLALUPUN 1 sen...... After this mintak orang bukan islam hormat muslim dan agama islam. Perangai kita buruk, sapa nak hirmat kita? Negara china komunis kafir yang bagi hutang????????

    ReplyDelete
  7. Insyallah hancur lenyap najib umno bn.. amin

    ReplyDelete
  8. nak tanya ularmamak..apa pulak hukum bini x tutup aurat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang perli bini mamak kerala ke tu?

      Delete
  9. kalau nak kira haram ape saja orang melayu buat semua nya haram. Lelaki bercampur perempuan di tempat kerja haram, di universiti campur lelaki perempuan haram, disekolah campur pelajar lelaki perempuan haram, di hospital kerajaan atau swasta campur lelaki haram, berniaga di pasar tak kira dikelantan ke kedah ke pulau pinang ke campur lelaki perempuan haram, dimajlis ceramah tak kira politik ke ceramah ugama ke campur lelaki perempuan haram, dipasar malam campur lelaki perempuan haram, naik bas, ke tren ke lrt ke ape saja kenderaan awam adelah haram, makan direstoran campur lelaki perempuan haram , bini anak dara ke janda ke keluar kerja haram, semua ni macam di arab saudi negara yang 100% islam so jgn cakap sal islam sekiranya kita tidak mampu menjalankan hukum hukum allah.

    ReplyDelete
  10. Shukor said the mufti's opinions were formed based on scholarly sources.

    "They are not their personal opinions," he said.

    He added that the mufti also were not always in agreement with the government.

    "That is why prior to this, the mufti had criticised over issues of apostasy, entertainment concerts and Zika virus even though it was not in line with the government," he was quoted as saying.

    SAYA NAK TANYA SHUKOR APA MAJLIS FATWA DAH SELIDIK KES 1MDB DAN SRC?

    JAWAB ITU DULU SEBELUM NAK KATA MEREKA2 INI SCHOLARS.....MY GURU AGAMA 55 TAHUN LEBIH BERILMU DARI MEREKA YANG DIBAYAR DEDAK DAN PANGKAT

    ReplyDelete
  11. 12 04 nak bagitau undang2 islan arab saudi terbaik kah?

    Tau tak kamu undang2 negara arab saudi tu termasuklah fahaman wahabi dan salafi semata mata ingin melindungi keluarga diraja arab saudi?

    Bukan pula semuanya tak betul undang2 arab saudi tu, apa yg penting berpeganglah kita kepada apa yg telah disampaikan oleh Rasullullah saw, buatlah acuan mengikut negara masing2.

    Hasilnya, end productnya, adakah negara tersebut aman damai? Rakyat tidak ditindas? Tidak merempat di negara masing?

    Fikir2kan guna akal, jgn disuruh terjun kelubuk buaya kamu pun terjun sama. Berani mati ke jalan Allah guna akal bagaimana untuk mencapai kemusnahan total! Bukan membabi buta.

    ReplyDelete
  12. Perniagaan 1MDB tidak patuh syariah. Dan tak boleh patuh syariah. Sebab akaun x pernah diaudit. Xdpt nak buktikan duit kuar pi mana masuk mai mana. Tambahan pulak dokumen2 berkaitan semua dah duk dlm akta rahsia. Confirm majlis agama xboleh nak sahkan company tu patuh syariah ka atau dak. Yg mai ustaz cuba nak bela sangat tu pasai apa? Benda yg hang x boleh nak siasat xkan tetiba boleh jadi halal pulak. Kalau org jamu hang makan daging sedangkan hang xdak kebolehan utk siasat daging tu mai mana, takkan tetiba boleh jadi halal. Pikiaq la sikit bila nak ulas benda yg ampa sendiri x boleh nak siasat. Bila org mcm Tun tegur dia boleh jadi betul boleh jadi salah. Patutnya ampa kena bersetuju utk mendapatkan jawapan yg jelas dari pakar kewangan syariah. Kalau pakar kata depa xboleh buat siasatan, serupa macam daging tadilah. La ni ampa terus nak bela 1MDB x tentu pasai. Ustaz mai mana kalau lagu ni?

    ReplyDelete
  13. Fatwa madey dulu nabi x potong janggut sebab xde gillete korang setuju ker? Fatwa boleh hukum mati Ibrahim libya dan pengikut2nya camne plak? Kemudian 1 kmpg dikuarantin. Dh Lupe ke semua? Fatwa dia mememejarakan nuar krn suka2 camne plak? Kalau yg fasiq diangkat jadi rujukan agama memang x lama lg jg macam Turki zaman attartuk la

    ReplyDelete
    Replies
    1. fatwa tu maksudnya apa bang?

      kes memali kalau setakat baca kat media ja tak payah komen..org baling ja tau sapa yg arah kan polis utk serbu..

      pemimpin yg kenakan cukai yg terang2 halam . membebankan rakyat tu yg fasik..

      jgn konar konar bang..

      Delete
    2. jd kau setuju la sebenarnya guna duet 1mdb utk buat haji?

      jawab isu pokok kat sini > guna duet dari sumber haram utk buat haji..tak payah tanya ulamak..ustaz biasa pon boleh jawab..

      broooo..jgn bukak cita dulu2... dulu2 nenek aku pon virgin lg..tak payah cita laaaa..

      Delete
  14. Chai 7.49, ni bukan blog putramerdeka yg dah sejukbeku, sila ikut tajuk.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com