innity

pages

Sunday, January 1, 2017

[UMNO BAWA PAS MAKAN ANGIN DI LONDON?] MP PAS pertahan kehadirannya di majlis Umno UK


Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Khairuddin Aman Razali berkata kehadirannya di sebuah majlis kelab Umno di London pada hari Selasa adalah salah satu daripada beberapa acara lain di mana beliau telah mengambil bahagian di United Kingdom.
Menurut Khairuddin, beliau dan seorang lagi ahli Parlimen PAS, Mohd Izani Husin (Pengkalan Chepa), dalam lawatan untuk bertemu rakyat Malaysia yang tinggal di UK dan mempunyai lebih daripada 10 program yang dirancang.
Antaranya, kata beliau, adalah program untuk menjelaskan mengenai rang undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) kepada rakyat Malaysia di London pada 27 Disember melalui Kelab Umno London, di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut hadir.
Khairuddin menegaskan bahawa RUU355 merupakan inisiatif PAS yang disokong oleh kerajaan persekutuan.
Sambutan positif dari semua yang hadir dan soalan-soalan yang dibangkitkan, katanya, menunjukkan bahawa usaha murni itu disokong sepenuhnya oleh rakyat Malaysia di luar negara.
Khairuddin berkata terdapat acara-acara lain di Birmingham, Manchester, Dublin dan Belfast.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan siapa penganjur acara-acara tersebut.
Penjelasan Khairuddin itu dibuat ekoran kehadirannya bersama dengan Jamil Khir di majlis Umno itu menjadi perhatian.
Terdapat spekulasi berulangkali diperkatakan mengenai kemungkinan kerjasama politik antara Umno dan PAS.
Bagaimanapun, PAS menegaskan bahawa kerjasama itu adalah terhad dan tidak merangkumi kerjasama pilihan raya. - MK

3 comments:

  1. Adooii...penat kerja sepanjang tahun,last2 duit income tax aku jugak depa blanja kat london. Kalau nk berseronok dan enjoy mcm2 alasan depa bg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah duit cukai kamu tu dah jaxi hak kerajaan atau pemwrintah.... apa lagi yang kamu hendak congak.... berapa peratus cukai pendapatan rakyat berbandig cukai korporat dwngan perniagaan. Kamu anggap ajalah peratusan dari cukai pendapatan tu telah kerajaan gunakan untuk bina hospital atau mesjid. Dan perbelanjaan lain kerajaan datangnya dari cukai yang di kutip dari perniagaaan atau korporat. Itu lebih baik. Agama melarang kita berperasangka.

      Delete
    2. Mu tk pernah bayor income tax kot...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com