innity

pages

Thursday, February 23, 2017

Apa Jasa Gangster Hingga dapat Dato' Seri, Dato'

Ketua Geng 24, Dato' Seri Ng Chian Sia
DUA hari lepas seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Ng Chian Sia didakwa di Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah te­rancang, Geng 24 Pulau Pinang. 

Datuk Seri Ng yang mengetuai Geng 24 Pulau Pinang itu dituduh bersama 21 konco kumpulan berkenaan.

Dia kena tangkap di sebuah kasino.

Penolong Ketua Geng 24, Mendiang Dato' Ong Teik Kwong (mati dibunuh)

Kalau korang ingat kes bulan lepas seorang gangster yang mati kena tembak di Penang tu, Dato' Ong Teik Kwong. itulah pembantu dia.

Makna kata, dalam kumpulan gengster 24 ni, ketuanya pemegang darjah kebesaran Dato' Seri dan penolongnya bergelar Dato'. Untuk rekod, Datuk Teik Kwong yang mati itu baru berusia 32 tahun!

Aku dah tak tau nak cakap apa. Benda ni dah jadi bualan orang ramai sejak dulu lagi, namun samseng-samseng ni masih boleh terlepas 'masuk' dalam istana serta mendapat gelaran-gelaran kebesaran yang kita difahamkan dulu hanya diberi pada mereka yang banyak menabur jasa. 

Apa jasa ketua-ketua ganster ini agaknya?

Aku simpati pada mereka yang benar-benar layak menerima anugerah-anugerah kebesaran seperti Datuk ini kerana lama-kelamaan masyarakat pasti akan mula skeptikal dan sinis dengan anugerah yang diterima mereka.

Dan sebagai rakyat biasa, kita hanya mampu melihat sajalah dengan hati yang remuk dan kecewa dengan apa yang berlaku. 

Moga akan ada perubahanlah selepas ini kerana kalau perkara ini dibiarkan berterusan, entah malaun manalah pulak yang akan gapat gelaran yang sama selepas ini, haih!

43 comments:

  1. Tak tau lah nak kata apa lagi ??

    Tu tak termasuk taukay judi haram , taukay dadah , taukay rumah urut , taukay rumah 'nunut' dan jangan lupa 'along-along' yang bertaburan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pun ianya bermula dengan taukey judi Genting Highland yg dapat pengiktirafan halal oleh UMNO dengan diberi lesen utk berjudi. Ini lah yg dinamakan menghalalkan cara. Inilah Islam cara PAS UMNGOK. PAS sokong sangat UmNO ini lah dia. Parti lebai.

      Delete
    2. Apa pun ianya bermula dengan taukey judi Genting Highland yg dapat pengiktirafan halal oleh UMNO dengan diberi lesen utk berjudi. Ini lah yg dinamakan menghalalkan cara. Inilah Islam cara PAS UMNGOK. PAS sokong sangat UmNO ini lah dia. Parti lebai.

      Delete
    3. Ini lah Malaysia

      Delete
  2. Hak tukang beri Dato' tu bodo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap you, bodoh piang sb nak ampu dpt free money, bangsat betoi!

      Delete
    2. Masyuk maa, latuk aa sangat

      Delete
    3. Semua nya ttg DUIT

      Delete
  3. Yg beri tu melayu bahlol bangsat pemakan duit haram cina

    ReplyDelete
  4. yg beri ni melayu x sedar diri. lepaskan tekak diaorang aje. maruah letak bawah kaki. dulu jadi barua british. skrg barua duit. esok dah kena tolak jatuh baru menyesal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kene tahu serba sedikit proses kurnia gelaran..pd kebiasaan nama bakal dikurnia darjah kebesaran ..sebagai contoh di negeri Pulau Pinang..ia bermula dari permohonan individu berkenaan..
      Kemudian disokong dan diluluskan oleh pejabat ketua menteri ..kemudian dibawa oleh wakil istana yg dilantik untuk di persembah kpd YDP ..
      Pada kebiasaannye YDP Negeri menerima saja sokongan pej ket menteri. Itulh sistem tapisan yg dibuat dpkt agens>pej KM> bhg istiadat> wakil YDP ..Kemudian last barulh Yg Dipertuan Negeri endorse..utk kurnia..
      Ini bermkna YDP Melayu adalah pkt tetinggi yg terima nama setelah bbrapa lapis tapisan..
      ... ironinye siapa yg trlibat dlm proses tapisan dan meluluskn..
      Sblum sampai ke YDP Negeri utk Anugerah

      Delete
    2. this is malaysian... no money no talk

      Delete
  5. Sebenarnya si penilai harus peka dan jujur, baru segala ini tak berlaku tetapi disebabkan kouta pulak jadi tekanan pada pihak penilai.... Cuba Amanah dgn tugas yg dipikul....InsyaAllah semua berkat.

    ReplyDelete
  6. 1je pokok pangkalnya... adalah pemerintah

    ReplyDelete
  7. Dato dr mana depa dpt tu?sekadar bertanya

    ReplyDelete
  8. Permulaan dari Daro Seri Najis

    ReplyDelete
  9. Bak kata orang sekarang, cuba baling 10 batu ke orang ramai.. 4 confirm kena kat Dato' n 1 satu kena kat Tan Sri...

    ReplyDelete
  10. Semua negeri kurniakan anugerah dan diperingkat pusat pon kurniakan malah ada satu negeri yang beri sampai lebih 800, kalau setahun berapa ribu ?. Yang dah masuk jel gelaran masih terpakai !
    Kalau tak silap Sultan Selangor bataskan jumlah kurniaan dan ia harus dicontohi. SPRM patut siasat mereka yang rekomen nama-nama untuk dapat anugerah, tidak mustahil ada yang menyogok

    ReplyDelete
  11. Semua negeri kurniakan anugerah dan diperingkat pusat pon kurniakan malah ada satu negeri yang beri sampai lebih 800, kalau setahun berapa ribu ?. Yang dah masuk jel gelaran masih terpakai !
    Kalau tak silap Sultan Selangor bataskan jumlah kurniaan dan ia harus dicontohi. SPRM patut siasat mereka yang rekomen nama-nama untuk dapat anugerah, tidak mustahil ada yang menyogok

    ReplyDelete
  12. Semua negeri kurniakan anugerah dan diperingkat pusat pon kurniakan malah ada satu negeri yang beri sampai lebih 800, kalau setahun berapa ribu ?. Yang dah masuk jel gelaran masih terpakai !
    Kalau tak silap Sultan Selangor bataskan jumlah kurniaan dan ia harus dicontohi. SPRM patut siasat mereka yang rekomen nama-nama untuk dapat anugerah, tidak mustahil ada yang menyogok

    ReplyDelete
  13. SPRM patut siasat mereka yang mencadangkan nama-nama untuk dapatkan darjah kebesaran.

    ReplyDelete
  14. Tun juga yg bgus.. snggup utamakn rakyat dri dirinya.. masih lagi nk berjuang.. ������

    ReplyDelete
  15. Jamal pak tongkol pon ada dato ok!!! Ntah apa ntah jasa dia utk org2 negeri selangor

    ReplyDelete
  16. SPRM pusat kena cekup banyak VIP terutama Penang mali termasuk YDP, ketua2 menteri. Kalau tidak, gelaran 'tan sri' bakal diterjemah kepada maksud 'ketua gangster'.

    CEGAH SEBELUM PARAH.

    ReplyDelete
  17. dap punya kerja bagi pingat nie, cilakak butui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap aku, gengster2 ni dpt title Dato tu dr Negeri Pahang bukan dari P.Pinang ..

      Delete
  18. Gelaran Dato boleh dibeli jika ada duit. Artist ke.. Gangster mmg duit banyak. Itu pasal kebanyakan artist dan gengster sudah gila pangkat dan gelaran walaupun tiada jasa pun nak diketengahkan sebagai contoh.. Mmg hampeh mereka ni.

    ReplyDelete
  19. Alangkah baiknya kalau diumumkan, gelaran tersebut diperolehi dari Negeri mana.

    ReplyDelete
  20. Gelaran Datuk semakin tak ada nilai, jika keadaan tidak dikawal dgn sebaik mungkin, Apakah semakin banyak rasuah maka semakin tinggi Anugerah akan diberikan?

    Puncanya kerana sogokan dan tiada kejujuran individu tertentu yg akan merosakkan Institusi Istana dan Raja Raja Melayu.

    ReplyDelete
  21. Raja melayu kalau tak jaga hal2 sensitif macam ni khuatir nanti jadi ejekan rakyat...dan ianya sudah bermula... jagalah maruah diri wahai raja raja

    ReplyDelete
  22. Saya ada pangkat Datuk pun malu nak pakai.

    ReplyDelete
  23. Yg kita tahu dari dulu dato' ini asalnya dari istana da senarai yg terpilih akan ditentukan oleh raja-raja melayu,tapi skg agak berbeza di negeri pulau pinang,sebab penganugerahan ditentukan oleh sultan lim guan eng,semua penerima anugerah kebanyakan bukan lg orang melayu,tk lama lagi dipulau pinang akan ubah dari grlaran DATO ke LATOK....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah bahayanya angkara DAP dan tamak kuasa PAKATAN RAKYAT.. sokong lah lagi kalau kaki samseng perintah MALAYSIA pulak

      Delete
  24. Bro putra,
    Hang ni betoi ke, apa hal kaitkan dengan PAS,
    Hang pon sama lah dengan dato' Gang tu....

    ReplyDelete
  25. Eh eh eh... Vagang tak kesudah.. tetibe nk kaitakn PAS pulak. Kalu ckp Yang ini cina sahih2 dap, ade kaitan la jgk. N tibe2 petik name PAS :/

    ReplyDelete
  26. Sekadar hye2 bye2.. Boleh diperincikan utk pngetahuan keutamaannya kpd umum tugas n tanggungjawab yg perlu digalas oleh si penerima darjah Dato' n yg seumpamanya.. Harap itu dpt mnjwb sedikit sbyk persoalan individu tertentu?

    ReplyDelete
  27. Aku pun ada title Dato tapi rasa segan dan janggal pulak nak guna .. dok minta kawan2 panggil nama biasa saja ... bukan apa, terasa tua sangat, maklum laa cucu baru 2 orang ja pun...

    ReplyDelete
  28. Semua ni berpunca sebab duit, punca Rasuah berluasa dari pemimpin dan pentadbir Melayu sendiri. Duly mereka2 ini plat mo qeta mereka pun 1 sampai 10 disebabkan ada konco2 yg rekomen kat Raja2 Melayu. Coba kita lihat tauke2 balak siapa yg dapat....

    ReplyDelete
  29. ada org berkata bahawa....

    diperingkat atasan...

    org politik
    penguatkuasa tertinggi
    ketua penyamun
    ..

    mereka semua sekongkol
    u help me, I help u

    bukan semua tp ada.

    yg sentiasa bersalah... org bawahan rakyat jelata dan pembangkang
    yang tidak dedak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com