innity

pages

Wednesday, June 14, 2017

BN akan KEKAL BERKUASA di Putrajaya, kata bekas pesuruhjaya tinggi Singapura


Barisan Nasional akan kekal berkuasa di Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang berikutan status quo di Sabah dan Sarawak serta sokongan orang Melayu di Malaysia Barat, lapor Straits Times.
Begitu kesimpulan wacana ST Global Forum “PRU Malaysia akan datang: Bahaya dan Prospek” di Singapura semalam.
“Saya tidak fikir ia akan menjadi lebih teruk daripada keputusan pilihan raya yang diperoleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak dan parti BN pada 2013.
“Mengenai pengundi Melayu pula, saya fikir mereka akan berpegang dengan apa yang mereka tahu,” kata Ong Keng Yong, diplomat di kementerian luar negeri Singapura dan bekas pesuruhjaya tinggi ke Malaysia.
Seorang lagi ahli panel, Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian yang bersetuju dengan pendapat itu berkata walaupun populariti Najib masih rendah, BN kekal sebagai jenama dipercayai dalam kalangan pengundi Melayu.
Menurut akhbar Singapura itu, ahli panel termasuk Ketua Penyelidikan dan Strategi Perbendaharaan Bank OCBC Selena Ling berpendapat skandal berbilion dolar dan urusjanji dengan China tidak akan memberi kesan kepada majoriti pengundi.
Ibrahim berkata ramai rakyat Malaysia sudah tidak menghiraukan lagi isu 1MDB yang “menghampiri status sejarah”.
“1MDB kini hanya dirasakan sebagai sebahagian daripada kelemahan kepimpinan,” katanya.
Ong percaya kes yang timbul berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan 1MDB di negara lain, termasuk Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland, hanya menjejaskan kedudukan Kuala Lumpur dari sudut pandang antarabangsa, namun ia “tidak memudaratkan Najib atau Umno” di dalam negara.
Sementara itu, Ling memberitahu dalam forum data ekonomi Malaysia sihat, tetapi ia juga akan memberikan kesan minimum.
“Dalam pilihan raya, pengundi hanya akan menitikberatkan isu kehidupan harian. Mereka mengundi bukan kerana pertumbuhan 5% atau kurang daripada 5%, “katanya.
Ahli panel bersetuju cabaran terbesar Najib adalah mengatasi ketidakpuasan hati mengenai kos sara hidup, GST dan nilai ringgit rendah yang memberi kesan kepada harga barang.
Hakikatnya keadaan masih teruk menurut Ibrahim yang bercakap mengenai kesusahan rakyat, baik muda mahupun tua.
“Golongan muda bimbang tentang mencari pekerjaan yang baik, pasangan yang berkahwin bimbang akan kemampuan mereka membeli rumah dan kenaikan gaji, sementara kebanyakan pesara tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung diri,” katanya dipetik ST.
Najib diramalkan akan mengumumkan tarikh PRU14 pada suku terakhir tahun ini atau awal tahun depan.
Bagaimanapun, perdana menteri mempunyai masa hingga Jun depan untuk membuat keputusan mengenai bila beliau akan membubarkan Parlimen.
Perlembagaan Persekutuan menyatakan pilihan raya umum perlu diadakan apabila Parlimen dibubarkan atau ia mencapai tempoh maksimum 5 tahun.
Parlimen sekarang bermula pada 24 Jun 2013 dan secara automatik ia akan dibubarkan pada 24 Jun 2018.
Memandangkan pilihan raya umum perlu diadakan dalam 2 bulan selepas Parlimen dibubarkan, ini bererti pilihan raya umum akan datang berkemungkinan jatuh pada 24 Ogos 2018. -FMT

6 comments:

  1. Alhamdulillah Aminn Amin! Semoga berkat doa dlm Ramadhan ini UMNO BN menang dgn majoriti besar 2/3 PRU14 nanti. Semoga tumbang dan hancur Pakatan Harapan@Haprak dan Selangok kembali pd UMNO BN.

    ReplyDelete
  2. BN akan kekal berkuasa dan PH akan jadi taik hancur.

    ReplyDelete
  3. Hancurleburumnobn

    ReplyDelete
  4. Mungkin kata2 penerhati luar negara sikit2 sebanyak menyedarkan pemimpin politik pembangkang yg terlalu teruja nak lawan UMnO cara UMNO juga. Sama juga Cara Anwar Ibrahim dulu menemui kegagalan. Takut nak keluar kotak dan minda lemah serta kurang keyakinan ditambah rasa tak sabar. Tetap juga nak bekerjasama dengan parti cina dan india dan tak sabar nak menang PRU. Walhal tapak asas belum dibina utk meyakinkan org melayu yg akan mengundi mrk. Adakah cina akan mengundi BERSATU? Jauh sekali.

    Hanya PAS shj sejak kebelakangan ni yg kembali kpd cara mrk tersendiri iaitu mahu menggantikan UmNO tp dlm format keislaman.

    BERSATU sepatutnya membawa pendekatan sama iaitu menggantikan UMNO dgn cara kemelayuan. Terlampau ramai ahli UMNO yg mahu mencari ganti UMNO sbb kecewa dgn penyakit kronik dlm sistem saraf dan darah UMNO.

    BERSATU patutnya lebih byk buat program kemasyarakatannya. Target 2 PRU akan dtg utk menguasai 60% kerusi UMNO. Mgkin bermula di KEDAH. sbb KEDAH ada rasa simpati dan bangga dgn Tun M.

    Yg disangka lambat akan jadi cepat sekiranya byk amal kebaikan dilakukan dan menjadi bukti parti BERSATU benar2 ikhlas dlm perjuangan utk rakyat. Bukannya awal2 dah rosakkan imej yg sampai bila2 terpahat dlm sejarah dan susah nak dibuang parutnya yg hodoh di pipi. Iaitu parut tercalar akibat bekerjasama dengan parti radikal cina yg anti islam dan melayu.

    ReplyDelete
  5. Satu forum yang di hoskan oleh penyiaran di Singapura dengan menampilkan tokoh2 cina singapura di samping jemputan Ibrahim Suffian dari merdeka centre sudah tentu akan membuat ulasan yang begitu bias.Tidak susah untuk memahami strategi puak ini dalam menyerang kredibility najib dan UmnoBN dengan cara ber forum.

    ReplyDelete
  6. Amat menarik komen kedua dua mereka ini, mari kita kaji semula...

    1.ibrahim suffian merdeka center
    Tidak mengejutkan jika kita boleh
    ambil kesimpulan bahawa keutamaan ibrahim suffian adalah anwar dan anwar akan beri arahan kepada ibrahim demi mengekalkan pengaruhnya dlm pakatan harapan.

    2.Ong keng yong diplomat singapura pula sudah mengetahui bahawasanya PH bakal memenangi PRU14 akan datang dengan Tun M menjadi pemimpin, peneraju utama dalam kempen PRU akan datang, ong keng yong sendiri mengetahui dimana mana bahagian cerok celah tanah melayu ini sambutan dan sokongan kaum melayu kepada Tun M amat luar biasa.

    Tanya makcik pakcik abang kakak adik tentang 1mdb dan FGV mereka semua tahu tentang skandal ini.

    Tanya juga tentang GST, orang kampung semua tahu ini adalah penindasan penganaiayaan dan kezaliman yg dilakukan oleh najib, umno dan bn.

    Tanya ong keng yong kenapa bersikap negatif? Jawapan nya adalah Ianya adalah reverse saikologi, untuk mengaburkan pandangan najib dan kuncu2nya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com