innity

pages

Friday, June 9, 2017

Pasukan Saudi dituduh "biadap" enggan tafakur untuk mangsa keganasan

Beberapa ahli politik Australia membidas pasukan bola sepak Arab Saudi semalam kerana tidak menghormati permintaan agar seluruh stadium berhenti bertafakur selama seminit sebagai tanda penghormatan kepada mangsa yang terkorban dalam serangan keganasan di London baru-baru ini.
Ia berlaku di Stadium Adelaide sebelum perlawanan bermula di antara pasukan Saudi dan Australia.
Pasukan Australia dilihat berbaris untuk memberikan penghormatan dengan berdiri selama seminit, tetapi pemain Saudi dilihat berlegar di atas padang tanpa menghiraukan pengumuman stadium.
Dua warga Australia, Kirsty Boden dan Sara Zelenak, turut terkorban dalam serangan oleh 3 lelaki pada Sabtu lepas di tengah Kota London yang mengorbankan 8 orang.
AFP memetik beberapa pegawai pasukan Arab Saudi sebagai berkata amalan bertafakur itu “bukan sebahagian budaya Saudi”.
Arab Saudi merupakan negara yang mengamalkan aliran Wahabi, yang antaranya mengharamkan perbuatan bertafakur, berkabung dan berdoa untuk si mati.
“Ia kebiadapan bukan sahaja terhadap 2 warga Australia tetapi juga kepada semua mangsa serangan keganasan di London,” kata Ahli Parlimen dari Parti Labor, Anthony Albanese.
“Tidak ada alasan. Ini bukan mengenai budaya. Ini mengenai rasa kurang hormat dan bagi saya, ia memalukan.”
Senator Derryn Hinch pula menganggap tindakan pasukan Saudi itu satu penghinaan.
Ia juga mengundang reaksi marah pengguna Twitter.
Persekutuan Bola Sepak Australia berkata ketika dimaklumkan rancangan untuk mengadakan tafakur seminit itu, pasukan Arab Saudi berkata acara itu bercanggah dengan budaya mereka.
Menurutnya, pasukan Saudi bersetuju untuk bergerak ke tepi padang bagi memberikan laluan acara itu.
Susulan pelbagai kutukan, Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi hari ini mengeluarkan permohonan maaf, menyatakan mereka “kesal” tindakan permain mereka sekiranya ia mengguris hati. - FMT

Komen Netizen:

Ismail Ramlee Bill penduduk awam kat Syria, Libya kena bomb oleh US biarpun tak sengaja, Ada mana2 game buat macam ni? Tak sekali pun....

Abu Luqman Bertafakur itu isu dlm agama. Tak perlu memaksa ikut cara org lain beragama.

Mullai Govin Tau apa tu adab? Bukan suruh tafakur. Diam dan berdiri sahaja tak boleh? Kat sini kalau umat islam baca alfatiha untuk yang meninggal, kaum bukan muslim akan berdiri dengan senyap sehingga bacaan tamat. Bacaan doa untuk apa pun begitulah cara bukan muslim menghormati amalan umat islam. Arab bodoh ni tak tau adab ke? Kurang ajar betul

Mohamad Hafiz Boboi Mullai Govin yke,ada je non muslim biadap hon kereta masa umat islam sembahyang jumaat

مر ثابت Umat islam dibunuh berjuta2 xpernah di dhormati...

Mohd Ab Rahman Kan saudi dh mintak maaf...close case la..apa nk bising2 lg...

Eagle Eye Yea yea minta maaf...takan benda simple pun tak tahu dlm sukan... dah tunjuk hero pas tu menyibuk minta maaf. Kelakuan cam nie semua org pun boleh buat...

Mohd Ab Rahman Sama la kes yb subang ceramah dlm masjid tu..bnda simple pn dia xtau ka..

Mohd Ab Rahman The star pn buat salah 2x terhadap umat islam...mintak maaf kami maafkan..xkn org islam xleh mintak maaf...nk org maafkan ko je ke..

Mohd Ab Rahman Ko ingat org bkn islam je ke layak mintak maaf..

Ton Chatree Eagle Eye sma jugk kes kon bnde simple pun tk thu ke bile lalu tempat org beribadat . 😏


2 comments:

  1. Bila org islam buat silap satu dunia kutuk, bila org islam jahil terlibat keganasan habis satu ugama dikaitkan.ini semua propaganda media yg berniat menusuhi Islam. Media berperanan menjlnkan kerja jahat zionist iluminati.kenapa tak ada tafakur bila org rohingya dibunuh zalim? Kenapa org mynmar budha dikaitkan pengganas?

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut video ni pemain Saudi hanya tidak berbaris bertafakur ,tapi mereka tetap senyap dan menghormati acara itu dgn cara mereka sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com