innity

pages

Wednesday, June 7, 2017

Zakaria luah perasan di laman Twitter


KUALA LUMPUR - Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad, yang diarahkan bercuti menyifatkan peristiwa yang berlaku sekarang sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat itu.  

"Berita hari ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Felda dan FGV. Kebenaran akan menjelma akhirnya.

"Kepada rakan sekerja FGV dan warga Felda, Saya mohon maaf kerana terpaksa meninggalkan pejabat secara tiba-tiba, saya tidak berkesempatan bertemu anda semua," katanya dalam catatan beliau di laman Twitter.  

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lepas.

FGV telah memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya,  Delima Oil Products Sdn Bhd.

Selain daripada Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd  Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga diminta  bercuti.

Semasa dihubungi stesen televisyen tempatan dalam segmen temu bual sebelumnya,  Zakaria berkata beliau  bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urus niaga yang melibatkan unit FGV, Delima Oil Products.

"Malahan, semasa ditanya sebelum ini, saya meminta SPRM supaya datang ke  FGV dan menyiasat keseluruhan FGV, termasuk kes ini (Delima Oil) bagi membolehkan kami bagi menghapuskan segala keraguan," katanya.

Zakaria juga berkata beliau ada menjangkakan kemungkinan lembaga meminta beliau bercuti, tetapi tidak menjangka sampai seperti ini kerana ia adalah isu kecil.  

"Saya perlu mendepani perkara ini dengan terbuka dan mempertahankan diri saya sendiri," katanya. – Bernama



Dalam sidang medianya, Pengerusi FGV mengancam akan menyaman wartawan yang menanyakan apakah cubaan memberhentikan CEO FGV adalah untuk menutup kesalahannya?

CEO FGV pula mendedahkan antara sebab beliau disingkir ialah:


1. Cuba menghalang pelaburan 100 juta pounds (RM551 juta) untuk kembangkan Felda Cambridge Nanosytems yang kerugian RM117 juta dlm 3 - 4 tahun lepas

2. Membelanjakan RM300 juta untuk membeli 30% saham dalam kilang creamer yang dimiliki oleh syarikat yang bukan menjalankan perniagaan teras.

3. Tidak bersetuju dengan segala rundingan dan kontrak langsung (direct nego & direct contract) yang dirasakannya sebagai CEO syarikat sebagai tidak masuk akal.

CEO itu juga menafikan alasan yang digunakan untuk menyingkirnya iaitu 'melanggar kod tadbir urus' FGV sebagai valid sedangkan apa yang didakwa keatasnya sebenarnya adalah amalan yang telah diluluskan oleh CEO terdahulu darinya.

Zaman sekarang ini, tak perlu dengar apa dikata untuk mengetahui seseorang itu nak menipu. Cukup dengan tindakan yang bodoh dah tahu dia jujur atau penipu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com