innity

pages

Monday, July 31, 2017

Kisah VIRAL Lelaki Pakai Ferrari Cuci Masjid REKAAN SEMATA-MATA


"GAMBAR itu (cuci tempat ambil wuduk) adalah saya dan milik saya. Ia dirakam di Masjid Al-Firdaus Kampung Tunku, Petra Jaya, Kuching pada 23 Mac 2016.
"Ketika itu, saya menyertai program Kembara Sahabat Borneo anjuran Geng Cuci Masjid yang berjalan dari masjid ke masjid untuk membersihkan masjid seluruh Sarawak, Sabah dan Brunei."
Demikian kata penyampai radio swasta di Sarawak, Chopie Cakap atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Bujang, mengenai gambarnya yang digunakan beberapa akaun Facebook tanpa kebenarannya.
Gambar terbabit tular di Facebook sejak 27 Julai lalu apabila akaun Facebook (FB) terbabit berkongsi kisah seorang lelaki mencuci tandas masjid di Subang Jaya dan solat Dhuha sebelum ke tempat kerja menaiki Ferrari.
Mohamad Sofian ketika dihubungi Harian Metro berkata, status terbabit mungkin imaginasi pemilik akaun FB berkenaan yang mahu meraih populariti untuk akaun FB nya.
"Mungkin niat mereka mahu mengajak orang untuk beramal tetapi cara mereka salah. Mengambil hak orang lain tanpa memberi sebarang kredit adalah plagiarism. Ia satu daripada jenayah siber.
"Dalam kes ini, mereka menggunakan gambar saya tanpa pengetahuan atau kebenaran saya untuk meraih trafik bagi akaun Facebook mereka," katanya yang menambah, status terbabit sudah dipadam sebelum dia sempat melihatnya.
"Saya dimaklumkan oleh rakan pada 29 Julai lalu bahawa akaun Facebook terbabit menggunakan gambar saya.
“Saya tidak sempat melihat status terbabit kerana ia sudah dipadam. Saya difahamkan ada beberapa lagi akaun Facebook yang berkongsi status itu dan saya mohon agar ia dipadam segera," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim mengesahkan gambar kereta Ferrari dengan nombor plat ADE 3 yang digunakan dalam status terbabit adalah miliknya.
Norman berkata, beliau tidak ralat gambar keretanya digunakan pihak tertentu untuk menyebarkan kebaikan.
"Saya tak tahu nak rasa macam mana kerana status itu adalah sesuatu yang positif tetapi jika gambar itu negatif sehingga saya seolah-olah perlu mempertahankan diri saya, mungkin saya akan ambil tindakan mahkamah jika perlu.
"Selama 25 tahun dalam industri seni, saya dah terbiasa orang ambil gambar kereta atau rumah saya dan sebarkan. Ia di luar kawalan saya," katanya.
Tambah Norman, kereta terbabit sering digunakan untuk tujuan penggambaran filem atau drama.
"Saya rasa ramai dah tahu bahawa kereta itu milik saya kerana ia sering digunakan untuk tujuan penggambaran filem dan drama.
"Sebelum ini pun gambar kereta itu sudah banyak tersebar di laman sosial walaupun saya sendiri jarang memandu kereta itu," katanya.

Rahsia kegagalan Umno? Keangkuhan


ADA sebab yang menarik dan mendesak mengapa 53% rakyat Malaysia tidak mengundi Umno/Barisan Nasional pada pilihan raya 2013. 

Ada sebab yang menarik juga mengapa ramai rakyat Malaysia sanggup memilih sekumpulan pemimpin dan kerajaan yang baru dikenali pada 2013, dan sedar ketidakpastian serta kekacauan yang akan berlaku selepas itu. 

Rasuah. Ketidakcekapan. Perkauman. Keangkuhan. 

Namun di sebalik isu di atas, keangkuhan pemimpin Umno akhirnya semakin ketara menyebabkan rakyat Malaysia mengundi selain Najib Razak dan Umno pada 2013. 

Namun, pada hari ini kita dapati ia masih tidak berubah. Keangkuhan masih menebal dalam diri pemimpin Umno. Keangkuhan juga yang menyebabkan Ketua Umno Pasir Salak Tajuddin Rahman cuba menolak kecurian berbilion ringgit daripada 1MDB dan menganggapnya sebagai perkara kecil. 

Malah dia cuba mengalihkannya kepada kegagalan penswastaan terhadap entiti milik kerajaan pada era Dr Mahathir Mohamad. 

“Projek meganya seperti Proton dan lain-lain menanggung kerugian, namun kita tidak minta dia meletakkan jawatan tetapi terus menyelesaikan masalah itu. Ia hanya wang,” katanya yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani. 

Ia sememangnya satu keangkuhan untuk menyamakan kecurian paling besar dalam sejarah Malaysia dengan kegagalan usaha komersial. 

Ya, Proton projek yang kurang membawa keuntungan, namun ia jelas menghasilkan produk yang nyata: Jutaan unit kereta. 

Sebaliknya, berbilion wang pembayar cukai daripada 1MDB digunakan untuk membeli kapal layar mewah, hartanah mewah di AS dan UK dan barang kemas dan membiayai beberapa filem. 

Yang mendapat untung anak Najib dan mereka yang terdekat dengannya. Sehingga hari ini, tiada seorang pun didakwa di mahkamah Malaysia. 

Baik pengurusan 1MDB, ahli lembaga pengarah, mahupun pengerusi ahli lembaga pengarah. 

Tajuddin pula menambahkan keangkuhannya berdasarkan pemerhatian yang dibuat sendiri. 

Katanya, siasatan 1MDB masih berjalan dan kerajaan masih memburu dalangnya. 

Keangkuhan apakah itu untuk percaya yang rakyat Malaysia akan menerima kenyataan sombong sedemikian. 

Tapi Tajuddin tidak berseorangan. 

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah melepaskan peluang untuk bercakap mengenai kepelbagaian di Malaysia. 

Penasihatnya pasti memberitahunya untuk bercakap seperti perdana menteri di khalayak agar kenyataannya ketika menjadi ketua Pemuda Umno terkikis daripada ingatan. 

Namun dia kembali kepada dirinya sebenar di hadapan ahli partinya pada mesyuarat perwakilan Umno Kelana Jaya. 

Dia menyerang warisan India Dr Mahathir dalam ucapannya dan ada keberanian untuk menyatakan ia bukan serangan peribadi. 

Sepatutnya begini: sila serang Dr Mahathir berdasarkan rekodnya sebagai PM atau selama dua dekad beliau sebagai presiden Umno. 

Tetapi jangan pura-pura menjadi pemimpin Malaysia yang inklusif apabila menyatakan kepada rakyat Malaysia sebagai TPM dan menyentuh isu perkauman ketika bercakap di rostrum sebagai pemimpin Umno. 

Agak retorik apabila ahli politik yang memimpin rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan bercakap mengenai perpaduan kebangsaan. – 31 Julai, 2017.

 -themalaysianinsight

#video dokumentari sejarah Ayahanda Tun Mahathir


#video dokumentari tentang sejarah Ayahanda Tun Mahathir

Rupa-rupanya Agensi Persekutuan juga Terima Anugerah EBA


GEORGE TOWN, 31 JUL: Pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) digesa supaya tidak mengamalkan sikap dwi-standard dan menjelaskan anugerah yang turut diberikan Europe Business Assembly (EBA) kepada beberapa agensi kerajaan Persekutuan.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, meskipun dua agensi kerajaan negeri menerima anugerah kontroversi terbabit, penjelasan dan permohonan maaf telah dibuat kepada orang awam.
“Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah membuat penjelasan terhadap perkara ini dan telah memohon maaf kepada orang awam.
“Padahal agensi-agensi Persekutuan yang turut terlibat dalam perkara ini masih belum menjawab kepada media dan orang awam tentang award EBA yang kontroversial yang dimenangi oleh mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Air Itam menggesa agar agensi kerajaan Persekutuan dan menteri yang bertanggungjawab melakukan perkara yang sama dengan memberikan penjelasan kepada orang awam berhubung isu berkenaan.
Agensi kerajaan Persekutuan yang turut menerima anugerah daripada EBA adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknikal Malaysia (UteM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiga tahun lepas turut dilaporkan media mengucapkan tahniah kepada USIM kerana berjaya merangkul anugerah daripada EBA.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan, Zainal Abidin Osman dan Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad seperti dilaporkan media sebelum ini mengecam dua agensi kerajaan negeri ekoran menerima anugerah berkenaan yang didakwa palsu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Datuk Maimunah Mohd Sharif pada sidang media semalam menegaskan bahawa pihaknya tidak menyedari bahawa EBA mengeluarkan anugerah palsu seperti yang didakwa.
Malah, katanya, semakan secara terperinci telah dibuat sebelum menerima pelawaan EBA. Beliau bagaimanapun memohon maaf kepada orang awam jika anugerah berkenaan adalah benar-benar palsu. – Roketkini.com

[BERITA BAIK] Pinjaman Pelajaran SELANGOR Tanpa Faedah


Berita baik untuk rakyat!

*PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR*
Pinjaman tanpa faedah bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di universiti awam dan swasta dalam negara

*PROGRAM KHAS PEDULI SISWA*
Pinjaman Boleh Ubah bagi pengajian sepenuh masa peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di UKM, UPM, UIAM dan UITM Kampus Selangor sahaja.
Semua anak Selangor yang memenuhi syarat kelayakan dipelawa untuk memohon.
Permohonan Sesi Ke-2 Tahun 2017 dibuka mulai 1 - 31 Ogos 2017
>>Klik untuk terus ke Sistem Permohonan Online : http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/

*PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR*
Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.
Tawaran Sesi Ke-2 Tahun 2017 dibuka
mulai 1 - 31 Ogos 2017
>>Klik untuk terus ke Sistem Permohonan Online : http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/

Orang Kelantan paling ramai DILANTIK sebagai penjawat awam


KUALA LUMPUR - Penduduk dari negeri Kelantan merupakan bilangan calon yang paling ramai dilantik ke jawatan sokongan dan pengurusan perkhidmatan awam semenjak 2013 sehingga Jun 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, seramai 17,806 calon dari negeri itu, daripada jumlah calon keseluruhan seramai 133,382 telah dilantik, sekaligus mendahului senarai calon dari negeri lain.

"Senarai itu diikuti negeri Sabah seramai 13,850 calon, Sarawak 13,845, Perak 12,517, Johor 11,848, Terengganu 10,676, Kedah 10,580, Kuala Lumpur 9,198 calon," katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Joseph berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah lantikan ke dalam sektor perkhidmatan awam bagi jawatan sokongan dan pengurusan dari tahun 2013 sehingga Jun 2017.

Katanya lagi, dalam pada itu dari segi mengikut jantina pula wanita mengatasi lelaki.

"Seramai 80,625 calon perempuan telah dilantik berbanding seramai 52,657 calon lelaki," katanya.

Katanya, pelantikan lebih ramai calon perempuan disebabkan permohonan oleh calon perempuan terutamanya graduan lebih ramai berbanding calon lelaki.

"Jumlah permohonan calon perempuan ialah 4,646,233 atau 58.28 peratus berbanding permohonan calon lelaki hanya sebanyak 3,326,494 atau 41.72 peratus," katanya lagi. - SH

[VIDEO] Respon Tun Mahathir Isu Zahid Hamidi 'Hina' Keturunan Tun


[VIDEO] Apa Komen TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengenai isu ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau semalam. Mari kita tonton dan dengar!

Sunday, July 30, 2017

[ISU KUTTY] Ingatan kepada Ali Hamsa, Irwan Serigar, Aziz Rahim, Reza Marican




Kita semua rakyat Malaysia ada salasilah keturunan kita masing-masing. Malah masing-masing berbangga dengan salasilah dan asal usul mereka.
Dari Arab, India, Indon atau Eropah menjadi kebanggaan masing-masing.
Tetapi seorang yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri menghina dan mempertikai salasilah musuh politiknya menunjukkan betapa desperate nya mereka dalam mempertahankan kuasa dan jawatan mereka.
Kepentingan peribadi diutamakan, pencapaian negara ditongsampahkan.

Reaksi Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz bila Tahu Tun M KELUAR UMNO




Betapa besar penghargaan yg di ucapkan oleh arwah..kpd Tun M semasa Tuan Guru masih hidup walaupun ada kala tidak sependapat..tidak pernah datuk nik aziz menghina Tun mcm menteri2 sekarang ni...arwah saorang yg mengenang budi..itu lah yg di namakan manusia yg waras.


Buku G25:Kahwin Campur Agama Perlu Dibenarkan [LAHANAT LIBERAL]


Buku terbitan kumpulan Melayu liberal, G25 yang bertajuk “Breaking the Silence” telah diharamkan baru-baru ini oleh Kementerian Dalam Negeri kerana menyentuh isu kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Menurut penulisan Nizam Bashir pada muka surat 25 di dalam buku tersebut, aplikasi undang-undang syariah di negara ini tidak boleh diuji berdasarkan kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menentang ciri-ciri sekular negara ini. 

Nizam juga menambah, “Allah dan Rasulnya telah memberikan hak untuk privasi dan juga supaya tidak dipaksa dalam hal-hal berkenaan kepercayaan.” 

Aston Paiva, yang merupakan peguam dan pejuang hak asasi LGBT di negara ini pada muka surat 40 dan 41 menyatakan bahawa hakim-hakim mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan nilai moral peribadi mereka. 

Aston juga menegaskan, “Ahli Parlimen, Exco negeri, dan pihak berkuasa awam tidak boleh mencemarkan keputusan mereka dengan doktrin keagamaan.” Selain daripada itu Aston berpendapat bahawa, perlu ada sistem perundangan demi memperbetulkan kerosakan yang telah dilakukan oleh ahli politik selama berdekad-dekad lamanya ke atas demokrasi. 

Bagi institusi keluarga berikut adalah tuntutan Aston, “Keluarga: Untuk membenarkan perkahwinan campur agama, mempertahankan hak asasi kanak-kanak dan menjenayahkan apa amalan kebudayaan atau keagamaan yang mengancam kehormatan manusia,” tegasnya lagi. 

Pakar Perlembagaan Persekutuan Shad Saleem Faruqi dalam penulisannya di muka surat 74 pula menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan sedang ditulis semula. 

Artikel 3 dan Senarai II jadual kesembilan telah mengatasi keagungan perlembagaan, bab hak asasi dan pembahagian kuasa antara Persekutuan dan Negeri. Nampaknya kita sedang menuju ke model “Satu negara dua sistem”. 

Menurut Firdaus Husni di muka surat 83, “Kewujudan struktur birokrasi Islam di Malaysia perlu dikaji semua berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan, ini dapat menghalang pegawai undang-undang syariah dan penguatkuasa daripada melangkaui batasan dan bidang kuasa mereka, selain menyelesaikan konflik yang wujud akibat pertindihan kuasa (persekutuan dan negeri) buat selama-lamanya.” 

Menurut Azmi Sharom pada muka surat 97-99 pula, “Artikel 153 bukan satu hak. Ianya sekadar satu kebenaran untuk diskriminasi positif.” 

Selain itu Azmi Sharom juga di muka surat 101 mendakwa bahawa, sungguhpun penyebaran agama kepada umat Islam itu dihadkan namun, kebebasan mereka untuk memilih agama adalah tidak terbatas. Tetapi ini bukan realitinya di Malaysia kerana banyak negeri telah menjenayahkan perbuatan murtad. 

Lim Heng Seng di muka surat 150 membuat dakwaan, “Dalam keadaan di mana terdapat suara-suara yang menuntut Islamisasi sistem perundangan, hakim-hakim perlu bertindak dengan saksama tanpa mengambil kira kepercayaan mereka.

Lim Heng Seng turut menambah, “Sebagai bahagian perundangan kerajaan, mereka tidak terbatas dengan kewajipan untuk mempertahankan dan mempromosikan Islam mengikut bidang kuasa mereka mahupun memudahkan dan menggalakkan orang ramai untuk menyusun kehidupan berlandaskan Syariah.” 

Terdapat pelbagai hasutan dan tohmahan yang dikenakan oleh para panel penulis buku ini. KDN bertindak adil dalam pengharaman buku ini sungguhpun terlambat menguatkuasakan undang-undang ke atas buku yang dijual semenjak 5 Disember 2015. 

Antara mereka yang terlibat menyumbang artikel kepada buku yang diharamkan ini adalah Maszlee Malik, Azmi Sharom, Chandra Muzaffar, Farouk A. Peru, Firdaus Husni, Lim Heng Seng, Mohd Azizuddin Mohd Sani, Shad Saleem Faruqi, Mohd Nawab Osman, Rosli Dahlan, Syed Farid Alatas, Aston Paiva, Shazal Yusuf Zain, Mohd Sheriff Mohd Kassim, Zainah Anwar dan beberapa individu lain.

-menara

Mydin rugi besar laksana KR1M – Ameer


Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin) mendakwa syarikat itu mengalami kerugian besar dalam melaksanakan projek tanggungjawab sosial korporat melalui Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
Bagaimanapun, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Mydin berkata, projek itu diteruskan juga demi rakyat Malaysia.
Beliau turut mengakui kegagalan operasi KR1M itu telah banyak kali diperkatakan.
“Saya tidak akan mengulas mengenai apa-apa tuduhan yang dibuat oleh kerajaan kerana ia tidak akan membawa kita ke mana-mana.
“Hanya mereka yang mengenali saya akan yang tahu apa yang menyebabkan Mydin terpaksa bertahan dalam menjalankan projek CSR ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menamatkan segera kontrak syarikat mengendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menjual produk jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.
Ahmad Zahid berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan memberikan peruntukan kepada syarikat berkenaan untuk memastikan produk yang dijual lebih murah. – MalaysiaGazette

[SERANG PERIBADI] Zahid: Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty



Sejarah tercatat bahawa yg jadi guru besar pertama Government English School (kemudiannya bertukar menjadi Kolej Sultan Abdul Hamid) pada tahun 1908 ialah Master Mohamad bin Iskandar. Bukan Master Iskandar. 


  Naib presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengungkit sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berketurunan India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.

Zahid, yang juga menteri dalam negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".

Sambil memegang telefon dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."

Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Zahid mendakwa tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara "kebetulan" beliau adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu. - Malaysiakini

[NAJIB PUJI] AJK PAS Lipis HADIR Persidangan Perwakilan UMNO

Mahyudin bersalaman dengan Najib selepas Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis Di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah hari ini.
LIPIS - Kehadiran Ahli Jawatankuasa Pas Lipis, Mahyudin Ghazali ke Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis, di sini hari ini mencuri perhatian ahli Umno termasuk  presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir bagi merasmikan persidangan itu.

Najib yang dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin Pas tempatan itu berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah apabila pemimpin Pas datang ke majlis perasmian mesyuarat Umno.

“Jarang dalam persidangan Umno ada orang pas. Man … (Ketua Umno Bahagian Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad) ini merupakan satu kejayaan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis Di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Mahyudin hadir ke majlis berkenaan atas kapasiti sebagai Imam Masjid Kampung Tempoyang menerima peruntukan RM1.5 juta diumumkan Najib, untuk membaik pulih masjid kampung berkenaan, selepas menerima permohonan daripada Abdul Rahman. - Sinar Harian

Benarkah Parti Islam 1Malaysia Hadir di Mesyuarat Perwakilan UMNO?


UMNO Bahagian Hulu Langat sebagai Wakil Negeri ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat.




Rupa-rupanya mereka yang berpakaian hijau itu bukan pemimpin Parti Islam 1Malysia tetapi pemimpin UMNO yang bersalin kulit.
Mungkin ini (UMNO perkaian hijau) merupakan strategi melunakkan ahli PAS agar mampu menerima UMNO yang pernah dikafirkan suatu ketika dahulu.

Pada sekitar tahun 80an dahulu, berlaku solat dua iman dalam masjid yang sama, suami isteri bercerai, adik beradik tidak bertegur sapa, ibubapa putus hubungan dengan anak, sembelihan orang UMNO tidak halal dimakan oleh orang PAS dan macam-macam lagi. 

Semua itu berlaku kerana ahli PAS beranggapan orang UMNO kafir kerana masih melaksanakan undang-undang penjajah (Perlembagaan Persekutuan).

Sedihkan kebodohan berpolitik.



Berikut adalah komen pemimpin UMNO pada gambar tersebut.

Markiman Kobiran Bangga bersama rakan2 jentera Bahagian Hulu Langat 4 peringkat yang komited cekap dan amanah !
Yang paling penting rahsia tak bocor 

Saturday, July 29, 2017

[PANAS] Tiga YB Pas bakal tinggalkan "Parti Islam 1Malaysia" (Dulu, "Parti Islam SeMalaysia")


ALOR SETAR - Spekulasi beberapa wakil rakyat Pas bakal meninggalkan parti itu semakin kencang diperkatakan kebelakangan ini apabila mereka yang juga antara tonggak utama parti kini lebih mesra Pakatan Harapan.

Kelibat Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersama dua Adun Pas, Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) semakin menonjol apabila mula menghiasi pentas ceramah Pakatan Harapan.

Walaupun Mahfuz terlebih dahulu mengorak langkah dengan menerajui aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) sejak 2016, namun beliau tetap mengisytiharkan diri sebagai ahli Pas. Manakala Amiruddin dan Mohd Nasir dilihat seakan ‘mengacah’ secara perlahan merapatkan ukhuwah bersama pimpinan Pakatan Harapan.

Telahan ini makin dikuatkan dengan ketidakhadiran mereka pada program anjuran Pas, yang turut disertai pimpinan Pusat, termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah pada Muktamar Tahunan Pas lalu yang diadakan di Kompleks Pas Kedah, ketiga-tiganya tidak hadir.

Gelagat tiga sekawan ini sudah dihidu Pas Kedah, namun tiada tindakan dikenakan, sekadar diberikan surat mohon penjelasan.

Pemerhati politik menyifatkan Mahfuz-Amiruddin-Mohd Nasir memiliki pengaruh yang besar di kawasan masing-masing.

Mahfuz menang di kerusi Parlimen Pokok Sena sejak 1999, sebelum tewas pada calon BN (2004), namun kembali merampas kerusi itu pada PRU 2008 dengan majoriti 5,371 undi, beliau satu-satunya calon parlimen Pas yang kekalkan kemenangan pada PRU 2013 lalu.

Walaupun pertaruhan awal Amiruddin di Parlimen Langkawi (1999) tidak menjadi, beliau sekali lagi diberi kepercayaan sebagai calon PRK Dun Anak Bukit, menggantikan tempat dikosongkan Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Nor, yang meninggal dunia pada 23 Jun 2002.

Penyandang kerusi itu selama tiga penggal dan merupakan antara kubu kuat Pas di Kedah sejak zaman Allahyarham Fadzil.

Mohd Nasir pula pemimpin muda yang berjaya merobek kubu kuat BN yang sebelum ini diwakili bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain di Dun Kubang Rotan, namun pengaruh BN di kawasan itu beransur hilang dan Mohd Nasir memenangi kerusi itu pada PRU12 dan PRU13.

Adakah Pas bimbang sekiranya ketiga-tiga wakil rakyat itu menyatakan pendirian politiknya yang kurang senada, sekali gus membawa bersama pengundi tetap untuk memangkah mereka walaupun tidak lagi mewakili Pas.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi ketika diminta mengulas perkembangan ini menyifatkan Pas tidak ketandusan calon untuk bertanding PRU14, sekiranya terdapat wakil rakyat Pas ‘lompat parti’.

“Pas tidak pernah sepi dibarisi calon-calon berpotensi dan ada wibawa. Kemenangan Adun Pas adalah hasil muafakat ahlinya, bukan individu. Sama ada kerusi disandang Pas tergugat atau tidak, tunggu sahaja tiupan wisel PRU14 nanti,” katanya.

Sementara penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Pas bakal berkubur jika pemimpin utamanya berhijrah ke parti lain menjelang PRU14.

“Pas akan berkubur di Kedah kerana parti itu sudah tiada pemimpin yang hebat sekiranya pemimpin utamanya sertai Amanah atau Bersatu. Saya percaya Pas tidak sempat persiapkan pemimpin muda untuk ambil alih,” katanya.

Menurutnya, dalam situasi tempoh matang penggal ini akan berakhir (Jun 2018), calon gantian Pas tidak mungkin dapat dibentuk mengikut acuan dikehendaki untuk bersaing dengan penyandangnya jika mereka mewakili Pakatan Harapan.

“Jika ditakdirkan berlaku tiga penjuru, BN ada kelebihan untuk menang. Saya percaya ramai ahli akan tinggalkan Pas sebaik sahaja PRU disahkan tarikhnya,” katanya.

Tambahan pula situasi semasa memperlihatkan pendekatan Abdul Hadi yang mesra Umno.

“Masih sukar Pas bekerjasama dengan Pakatan Harapan selagi pemimpin utama menolak kerjasama itu,” katanya. - Sinar Harian

STESEN PETRONAS BENAR LETAK Nasi Lemak Kakak Dukung Anak


Gara-gara kisahnya berniaga nasi lemak sambil mendukung anak menjadi viral, ibu lima anak ini ibarat mendapat rezeki terpijak apabila dia diberi peluang untuk mengembangkan perniagaannya.

Siapa sangka, usaha keras memerah keringat demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak yang masih kecil membuahkan hasil.

Benarlah kata orang, 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.

Bermula pagi Ahad, orang ramai boleh membeli dan merasai keenakan nasi lemak air tangan wanita cekal bernama Nur Ain Kodir, 30, di dalam Stesen Petronas MRR2 Ampang.

Penyelia stesen minyak itu, Emmawati Tafid ketika dihubungi mStar Online mengesahkan pihaknya akan mula menjual nasi lemak tersebut di premis mereka bermula pagi Ahad.

Jelasnya, ia adalah sebagai satu usaha untuk membantu meringankan beban wanita tersebut.

Keenakan nasi lemak RM1 ini menjadi bualan hangat netizen.

"Insya-Allah bermula esok, kira-kira 50 bungkus nasi lemak Kak Ain akan dijual di dalam premis stesen minyak kami. Orang ramai boleh membeli nasi lemak itu di sini," katanya.

Menurut Emmawati, mereka sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada wanita tersebut pada malam Jumaat.

"Kami hubunginya malam tadi mengenai hasrat mahu tempah 50 bungkus nasi lemak untuk dijual hari ini (Sabtu) tapi dia terpaksa tolak. Mungkin kerana tempahan dibuat pada saat akhir jadi dia tak dapat penuhi permintaan itu," katanya sambil menambah akhirnya mereka bersetuju untuk memulakan jualan pada Ahad.

Emmawati berkata, pihaknya akan menjual nasi lemak tersebut dengan harga asal RM1.

"Kami membelinya pada harga RM1 dan menjual pada harga sama. Kami tidak ambil sebarang keuntungan kerana ingin membantu Kak Ain sekeluarga," katanya.

Kak Ain menyediakan nasi lemak sambil mendukung anaknya.

Sementara itu, Nur Ain ketika dihubungi mStar Online mengucapkan rasa syukur di atas niat murni pihak pengurusan Stesen Petronas MRR2 Ampang yang bersedia menjual nasi lemaknya di dalam premis mereka.

"Alhamdulillah, saya amat gembira. Tak sangka masih ada orang di luar sana yang prihatin dan sanggup membantu orang susah seperti saya," katanya yang mula berniaga nasi lemak tiga minggu lalu.

Sejak nasi lemaknya menjadi viral, Nur Ain berkata dia perlu menyediakan kira-kira 300 bungkus nasi lemak setiap hari.

"Memandangkan saya tiada pembantu, saya hanya dapat sediakan 300 bungkus sahaja setiap hari. Itupun tak cukup. Saya tak sangka sambutan yang diterima agak luar biasa," katanya.

Jika sebelum ini kelibat Nur Ain dapat dilihat di stesen minyak itu pada sebelah pagi dan petang, wanita dari Tanah Merah, Kelantan itu memberitahu dia hanya akan berniaga di sebelah pagi sahaja selepas ini.

"Memandangkan pihak stesen minyak akan jual nasi lemak saya bermula esok, saya akan berniaga sebelah pagi sahaja selepas ini. Saya lega sedikit, sekurang-kurangnya saya tidak perlu membawa anak-anak kecil berniaga di waktu petang, lagipun kawasan agak berbahaya untuk mereka," katanya.

Baru-baru ini, kegigihan wanita itu yang menjual nasi lemak ditemani tiga anak yang masih kecil di bawah cuaca panas terik mendapat perhatian netizen.

Seorang pengguna Facebook Lynn Ahmad yang kebetulan berada di stesen minyak itu ternampak wanita tersebut yang menjual nasi lemak berharga RM1 sambil mendukung anak kecilnya.

"Sedih tengok kak ni dengan tiga orang anak dia datang niaga. Akak ni dengan niaga, dengan nak kawal anak lagi," tulisnya.

Menurut status itu, meskipun anak wanita itu masih kecil masing-masing dilihat sabar dan tidak banyak kerenah menemani ibu mereka mencari rezeki.

"Nasib la anak akak ni baik duduk tepi jalan tu, jalan raya kan bahaya kalau buas-buas tapi mereka baik je, tiap petang aku lalu mesti duduk baik je tepi tu tunggu mak dia niaga," tulisnya lagi.

Orang ramai beratur untuk membeli nasi lemak Kak Ain.

Pada masa sama, Lynn turut menggesa orang ramai supaya membeli nasi lemak tersebut dengan niat untuk membantu meringankan beban wanita tersebut.

Akhirnya dengan bantuan netizen, kisah wanita itu tersebar di laman media sosial dan ada yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk merasai keenakan nasi lemaknya.

- .mstar

Hanya Mahathir boleh hancurkan Umno


Hanya jauhari yang mengenal manikam, ia selari dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mampu menghancurkan kekebalan Umno.

Demikian menurut Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, kehebatan Mahathir selari juga dengan pepatah Inggeris yang bermaksud hanya permata boleh memotong permata.

"Beliau mampu melakukannya walaupun Umno berusia lebih 60 tahun, InsyaAllah.

"Amanah bersedia memberikan kepercayaan kepada Mahathir dalam konteks dan senario gawat negara kita pada hari ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, perkara sama turut dipersetujui parti PKR dan juga DAP.

"Kami saling mempercayai dan dengan kekuatan inilah kami berjaya membina Pakatan Harapan.

"Inilah mercu tanda yang kami bina sebagai cahaya harapan (Beacon of Hope) bagi rakyat dan negara, ujarnya.

Jelasnya, Pakatan Harapan berusaha untuk memudahkan rakyat untuk membuat pilihan sama ada memilih Pakatan Harapan atau BN.

"Ramai yang bertanya adakah Mahathir boleh dipercayai untuk memimpin Pakatan Harapan kerana beliau memiliki rekod berdekad terhadap musuh politik beliau sepanjang 22 tahun di singgahsana kuasa?

"Amanah bukan sebuah mahkamah yang akan berperanan menghukum segala kesalahan dan jenayah perilaku manusia.

"Amanah adalah sebuah parti politik bernuansa Islam yang menawarkan sentuhan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa jua yang bersedia menyantuni setiap manusia dengan dakapan lembahyung Rahmatallillalamin," katanya.

Tambahnya, menghukum manusia sekaligus berhias diri dengan dendam kesumat, biarlah menjadi ajaran terlarang dalam Amanah khususnya di kalangan pimpinan utamanya.

"Mahathir adalah manusia biasa yang juga ahli politik sepertimana yang lain. Beliau ada sejarah masa silam yang panjang yang sebahagian menyebutnya sebagai "baggage".

"Di antara kita bebas membaca masa lampau beliau dan membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak dengan sikap serta pendirian politik terkini beliau khususnya terhadap urustadbir negara," katanya.

Salahuddin berkata, tiada sesiapapun yang boleh merampas hak dan kebebasan ini daripada sesiapa.

"Kita bersama menentang Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana kesalahan yang beliau lakukan sekarang kepada rakyat dan negara.

"Permusuhan di kalangan rakyat termasuk dengan Tun Mahathir hanya akan menjadikan Najib semakin bermaharajalela di tampuk kuasa. - SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com