innity

pages

Sunday, July 16, 2017

[PAS TERUS DIPERBODOHKAN] Punca Perwakilan UMNO Pakai BAJU HIJAU TERBONGKAR


22 Syawal 1438H, Ahad – UMNO dan PAS ketika ini sanggup melupakan perbezaan kerana kedua-dua parti ini sedang melihat kepada matlamat yang lebih besar, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Malah, beliau mendakwa, dahulu PAS lebih melihat kepada perbezaan dengan UMNO, tetapi sekarang beliau mendapati parti Islam itu mengambil pendekatan yang berbeza dengan mula melihat kepada persamaan.
“Satu perkara yang kita kena terima hakikat, antara UMNO dan PAS ada perbezaan dan ada persamaan. Dulu PAS lebih melihat kepada perbezaan (dengan UMNO). Sekarang ini saya nampak PAS mengambil pendekatan yang berbeza. Mereka mula melihat kepada persamaan. Apabila PAS melihat kepada persamaan, maka akan ada titik pertemuan tertentu antara UMNO dan PAS.
“Semakin hampir pilihan raya, titik pertemuan itu menjadi semakin dekat dan semakin jelas. Jadi, rakyat hanya perlu menunggu dan lihat bahawa UMNO dan PAS masih ada jalan perhitungan tertentu yang akan hanya dibincangkan bila sampai masanya,” katanya kepada media ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO di PWTC, hari ini.

 Beberapa Pemimpin UMNO Ampang memakai BAJU HIJAU semasa Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian 2017 yg telah dirasmikan oleh DS Ismail Sabri.

Berbanding parti pembangkang yang lain, beliau berkata, kedua-dua parti itu terbina di atas satu landasan dan falsafah yang jelas.
Katanya, politik yang diamalkan oleh kedua-dua parti orang Melayu itu dilihat mampu lebih bertahan lama, berbanding kebanyakan parti pembangkang lain.
“Orang kata oleh kerana ada musuh bersama, maka mereka bercantum. Rakyat sudah tentunya melihat bagaimana Angkatan Perpaduan Ummah, Pakatan Rakyat dahulu yang melibatkan PAS, DAP dan sebagainya adalah sebagai contoh politik dengan cara sedemikian tidak membawa apa-apa kebaikan.
“Satu perkara yang kita kena terima hakikat, antara UMNO dan PAS ada perbezaan dan ada persamaan. Dulu PAS lebih melihat kepada perbezaan (dengan UMNO). Sekarang ini saya nampak PAS mengambil pendekatan yang berbeza. Mereka mula melihat kepada persamaan. Apabila PAS melihat kepada persamaan, maka akan ada titik pertemuan tertentu antara UMNO dan PAS.
“Semakin hampir pilihan raya, titik pertemuan itu menjadi semakin dekat dan semakin jelas. Jadi, rakyat hanya perlu menunggu dan lihat bahawa UMNO dan PAS masih ada jalan perhitungan tertentu yang akan hanya dibincangkan bila sampai masanya,” katanya lagi,” katanya.
Annuar berkata, UMNO dan PAS lebih mementingkan kepada soal dasar demi menjaga kepentingan dan keutamaan rakyat.

7 comments:

  1. Hancur umno lenyap bn

    ReplyDelete
  2. Apa yang aku lihat adalah UMNO telah berjaya membabtiskan PAS dan PAS pula rela dikencing lagi oleh UMNO. Memang bangang puak-puak ularmak dan walaunta dalam PAS itu, termasuklah Wan Rosli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kamu mengarut ni? Kamu ni guna baptist ni apa ke jadah? Tak reti bahasa jgn komen.

      Delete
  3. bila mamak kerala sanggup sujud pada kit siang dan anwar aljuburil, itu lagi teruk.

    ReplyDelete
  4. KIta sebagai pengundi atas pagar xnampak PAS atau UMNO sbb yg kelihatan pada kami hanye 2 umat Melayu Islam yg berbeza platform politik shj. Mereka ini sudah berabad abad lamanye tidak bersatu sebagai satu umat Islam sebelum ini. Kalau dulu kita melihat dua kumpulan besar mereka ini berbalah ttg bab hukum hakam sehingga ada sebahagian pemimpin mereka sanggup mengatakan mereka yg tidak sealiran dengan fahaman politik mereka sebagai kafir lagi toghut Nauzubillah !!!
    .
    Kini mereka sudah nampak betapa pentingnya hidup sebagai umat Islam yg bersatu dan betapa hebatnye peringatan serta amaran di dalam al Quran dan hadis Nabi bahawa memutuskan silaturahim itu amat merbahaya bagi kehidupan kita di kemudian hari kelak. Alhamdulillah kesedaran itu telah pun mula menyerlah dgn pimpinan PAS yg ada sekarang ini. Allah Hu Akbar

    Pemimpin datang dan pergi. Oleh itu adalah lebih munasabah dan bijak sekiranya kita sebagai pengundi yg beriman mampu untuk membuat pemilihan yang bijak untuk tidak memilih mana mana pemimpin baik dari UMNO mahu pun PAS tanpa berpecah belah sesame kita sendiri. Adalah memang baik untuk PAS dan UMNO bergerak tidak sebagai satu pakatan yg rasmi supaya mereka bebas utk meletakan kesemua calun mereka di kesemua kawasan pemilihan. Cara ini akan mengatasi masalah pengundi Islam yang tiada pilihan apabila pimpinan UMNO terpaksa memberi muka kpd calun calun dari MCA atau MIC mahupun Gerakan dengan meletakkan calun masing masing di kawasan majoriti orang Melayu. Sekarang kita sudah ada pilihan …

    Lupakanlah mereka yang terang terang bersekongkol dengan parti musuh ajaran Islam seperti PAN, sebab ternyata mereka hanya budak suruhan parti ultra kiasu yang sarat dengan auta.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com