innity

pages

Wednesday, August 16, 2017

PRU14 tahun ini atau tahun depan? Najib perlu GELISAH, penemuan Kajian Tidak Sebelahi beliau



Naib Presiden PKR Rafizi Ramli percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan membubarkan Dewan Rakyat tahun ini untuk membuka jalan supaya pilihan raya umum ke-14 diadakan. “Besar kemungkinan PRU14 tidak dipanggil tahun ini untuk membolehkan isu-isu ekonomi diselesaikan dengan lebih baik,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Invoke di Kuala Lumpur petang ini. Andaian Rafizi itu berdasarkan hasil sebuah tinjauan mengenai sentimen pemilih mengenai ekonomi, kos hidup dan inflasi. Antara penemuan kajian itu adalah bahawa 59 peratus daripada 3,783 responden berpendapat bahawa hala tuju ekonomi berada di landasan yang salah. Sementara itu, 65 peratus responden percaya keadaan kewangan keluarga mereka kini semakin buruk berbanding empat tahun lalu. Rafizi berkata ini menunjukkan bahawa orang ramai yang tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Najib menguruskan ekonomi. Oleh itu, beliau percaya bahawa perdana menteri mungkin mahu memperbetulkan ekonomi sebelum mengadakan pilihan raya umum.

Amanat Hj Hadi: DOSA BESAR yang belum dimohon maaf


Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah pun membuat teguran rasmi melalui surat terhadap Hadi Awang. Surat tersebut dikeluarkan setelah bermesyuarat bersama beberapa tok guru pondok serta Mufti dan Timbalan Mufti Kelantan. Mesyuarat tersebut menggariskan 8 perkara yang membuktikan bahawa fatwa Hadi Awang itu telah membawa kepada kepercayaan sesat di kalangan masyarakat, antaranya:

1 - percaya bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang UMNO,

2 - percaya bahawa haram makan sembelihan orang UMNO,

3 - percaya bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik UMNO dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera

4 - percaya bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong UMNO

5 - percaya bahawa jenazah orang UMNO tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad

6 - percaya bahawa tidak boleh membenarkan orang UMNO melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/Islam.

7 - percaya bahawa tidak boleh mengebumikan orang UMNO di tanah perkuburan Islam

8 - percaya bahawa ibadah orang UMNO tidak diterima Allah SWT.

Gambar UPACARA 'Pelik' Jamal TERSEBAR



Beberapa keping gambar yang menunjukkan Jamal dan kumpulannya sedang melakukan suatu program yang tidak dapat disahkan tujuannya.

Kelihatan sekumpulan pemuda berbaju merah memegang bendera UMNO dan Barisan Nasional di dalam air yang berlumpur.

Jamal sememangnya terkenal dengan kelakuan-kelakuan pelik dalam pelbagai wajah yang kadang-kala boleh memeriahkan arena politik tanah air.


Isa Samad direman 5 hari



PUTRAJAYA: Bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad direman 5 hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kes pembelian 2 hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Isa dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dengan berpakaian lokap SPRM, diiringi isteri Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dan anak mereka.
Isa diwakili peguam Devkumar Kumaraendran, Ridha Abdah Subry and N Sivananthan, manakala timbalan pendakwaraya Tengku Amir Zaki mewakili SPRM dalam permohonan reman, di mahkamah yang dipengerusikan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Datuk Zainal Abidin Kamaruddin.
Peguam Isa memohon mahkamah menolak reman ke atasnya, dengan memberi alasan anak guam mereka menghidap penyakit jantung.
Isa, yang dilantik pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selepas ditamatkan jawatannya di Felda Global Ventures (FGV), ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 2.40 petang semalam.
Bulan lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kensington, London, pada 2014 oleh FIC, yang dipercayai dibayar pada kadar jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran, mendatangkan kerugian jutaan ringgit terhadap anak syarikat Felda itu.
SPRM turut menjalankan siasatan berhubung kes pembelian hotel di Kuching oleh FIC, yang juga dipercayai melibatkan harga lebih tinggi daripada harga pasaran.
Susulan penangkapannya, rumah Isa di Selangor semalam turut diserbu pegawai penyiasat.
“Itu proses biasa… lepas tangkap, kita akan buat pemeriksaan di rumah,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

HADI SALAH: PH Tidak Perlu PAS atau UMNO Untuk Memerintah, PH Perlukan Rakyat


Presiden Pas, Hadi Awang berkata, mana-mana parti politik yang bercita-cita untuk mentadbir Malaysia perlu memilih sama ada bekerjasama dengan Pas atau UMNO.

Kuasa politik Melayu ada pada Pas dan UMNO. Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih Pas atau UMNO, kata beliau.

Kenyataan Hadi ini yang dipetik melalui wawancara dengan akhbar milik UMNO yang dahulu pernah dibenci sebenarnya merujuk kepada Bersatu yang kini sudah pun menyertai Pakatan Harapan, seolah-olah tindakan parti yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad meninggalkan Pas akan menggagalkan cita-citanya untuk menyingkirkan Najib Razak dan memerintah negara ini.

Pandangan Hadi itu mungkin betul dan mungkin juga salah, tetapi jika dianalisa betul-betul, banyak yang salah daripada yang betul. Politik adalah sesuatu yang dinamik, bukan statik. Politik tidak terikat kepada satu-satu hukum yang boleh diterima pakai untuk sepanjang masa.

Ia mungkin betul untuk sesuatu masa, tetapi boleh jadi salah di masa yang lain. Sebagaimana citarasa dan pemikiran manusia berubah, hukum politik juga tidak mustahil berubah sama. 

Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah dan Bersatu tidak semestinya tidak boleh mentadbir negara ini, meskipun tiada Pas atau UMNO bersama mereka. 

Lebih-lebih lagi berdasarkan kebencian rakyat kepada UMNO sekarang dan penolakan terhadap Najib serta dalam masa yang sama meluat kepada Pas yang keliru dan tidak menentu, peluang Pakatan Harapan, tanpa ada UMNO atau Pas bersamanya, memerintah negara ini terlihat cerah sekali.

Kedudukan Pas dan UMNO mewakili kepentingan Melayu bukanlah sesuatu yang mutlak dan tidak boleh berubah sama sekali. Oleh itu, tidak mustahil peranan Pas dan UMNO tidak lagi penting setelah adanya Amanah dan Bersatu.

Dalam pada itu, sebelum Hadi terus terperasan atau bangga diri dengan tanggapan seolah-olah hanya UMNO dan Pas merupakan kuasa penentu, beliau juga harus sedar bahawa  kedua-dua parti iaitu Pas dan UMNO tidak mungkin mampu mentadbir negara ini secara sendirian tanpa bekerjasama dengan parti-parti lain.

UMNO secara sendirian, tanpa dibantu MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen lain di Sabah dan Sarawak, sudah tentu tidak mampu untuk berkuasa sejak dulu lagi.

Pas sendiri, telah terbukti apabila bersendirian tidak mampu ke mana-mana. Di Kelantan, hanya dengan bantuan Semangat 46, barulah Pas dapat mengalahkan UMNO pada 1990.

Di Terengganu, Pas berjaya memegang kuasa pada 1999 adalah dengan bantuan PKR susulan pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998. Hanya kerana Hadi gagal menjadi Menteri Besar dan pentadbir yang baik, Terengganu kemudian dapat ditawan kembali oleh UMNO pada pilihanraya 2004 dan Pas kekal berputih mata sehingga sekarang.

Di Perak, disebabkan ada kerjasama dengan PKR dan DAP, maka merasa jugalah Pas menduduki kerusi Menteri Besar selepas pilihanraya 2008 dahulu, walaupun hanya 11 bulan saja.

Begitu juga di Selangor, hanya setelah berganding bersama PKR dan DAP yang menyebabkan Pas dapat duduk dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagai Exco dan sebagainya.

Maknanya, Hadi janganlah terlalu eksyen dengan mengatakan hanya melalui kerjasama bersama Pas atau UMNO, kuasa dapat digenggam oleh sesiapa kerana hakikatnya Pas dan UMNO sendiri pun tidak akan ke mana-mana jika bersendirian.

Lebih dari itu, di sebalik Hadi berbangga bahawa Pas dan UMNO adalah kuasa penentu dan mewakili Melayu, kuasa juga tidak mungkin dapat digapai jika kedua-dua parti itu bergabung menjadi satu.

Gabungan antara Pas dengan UMNO, terutamanya kerana kecenderungan Pas untuk bersikap ekstrem dan gemar menghukum, ia pasti akan dijauhi oleh parti-parti bukan Melayu serta pengundi yang bandar atau separa bandar yang berfikiran lebih terbuka.

Akhirnya, parti Melayu lain yang disokong oleh parti-parti bukan Melayu yang bersatu hati itulah yang berjaya memperolehi kuasa.

UMNO sendiri, meskipun sedar Pas adalah parti Melayu, tidak mungkin mahu bergabung dengan parti Islam itu kerana risiko kehilangan rakan serta undi bukan Melayu jauh lebih mengundang petak buat mereka.

Apa yang UMNO suka hanyalah memperalat Pas sambil digeli-gelikan dan diberi sedikit gula-gula demi kepentingan untuk mengekalkan kuasa saja - ibarat kekasih gelap yang hanya seronok dicumbui, tetapi bukan untuk dinikahi.

Jika begitu, di mana betulnya pandangan Hadi itu? (ShahbudinHusin 16/04/2017).

Tuesday, August 15, 2017

[AMANAT HAJI HADI, UMNO KAFIR PUNCANYA] Kisah Sebenar Peristiwa Memali




Peristiwa Memali
CERITA DARI ANGGOTA POLIS " PERISTIWA MEMALI "

Saya salah seorang anggota polis yg terlibat di barisan hadapan sewaktu kejadian tersebut. Sebelum kejadian,PAS telah mengadakan ceramah2 boleh dikatakn setiap malam dihadiri ribuan orang. Setiap ceramah2 mreka penuh dgn sentimen anti kerajaan. Ceramah2 yg sama juga dbuat d Rusila Trengganu (asalnya Amanat Hadi). 

Rentetan Memali brmula apabila polis buat roadblock d Kulim dan menahan satu van yg nk menuju ke Memali. Dlm van trsebut trdapt 3 tau 4 org pengkut Ibrahim Libya.
Setelah dperiksa dlm van trsebut ada brpuluh2 senjata tajam, parang & pedang. Polis kmudian menahan mreka. 

Apabila perkara ini diketahui olih Ibrahim Libya & pengikut2nya. Org2 kanan nya telah menahan anggota2 polis yg jaga aman di ceramah itu & mengugut pihak polis supaya melepaskn pengikut mereka. Jika tidak mereka tidak akan mlepaskn anggota2 polis tersebut. Pihak polis telah mmberi amaran kpd mreka tetapi tidak diendahkn sebaliknya mereka blok jalanraya dgn kayu & dahan2.Serta mmbaling batu keatas kreta2 polis dgn batu tau benda keras.
Keadaan juga semakin genting apabila Ibrahim Libya & orang2 kanannya menyemarakkan api anti kerajaan serta mengumpul senjata2. 

Polis telah dptkn waran tangkap keatas Ibrahim Libya & beberapa org kanannya & minta serah diri tp tk diendahkan. 

Akhirnya kami team CID Bkt Aman turun dgn tujuan menangkap Ibrahim Libya & orang kanannya saja. 

Pasukan kami diketuai olih Dato Yahya Yeop Ishak brtolak pagi dari kem PPH Tg Pari. Kami telah diberi arahan agar elakkan dr guna senjata atau pertumpahan darah. Kami bertolak secara konvoi. Dihadapan pasukan FRU yg tidak bawa senjatapi hanya brbekalkn gas pemedih mata saja. Kami CID di row kedua & dibelakang skali ialah PPH. 

Apabila sampai dirumah Ibrahim Libya kami dapati penuh dgn pengikut2 Ibrahim Libya & org2 kampung sambil mnjerit2 memaki polis sambil brtakbir2.

Pihak polis melalui loudheller meminta mreka brtenang kerana tujuan polis hanya hendak menahan Ibrahim Libya & bberapa orang kanannya sahaja. 

Tetapi amaran/rayuan kami dibalas dengan jeritan makihamun dan laungan takbir. 

Perempuan2 & kanak2 dijadikan benteng dihadapan rumah Ibrahim Libya mmbaling batu atau apa saja kearah polis sambil bertakbir. Mereka mnjadikan perempuan & kanak2 kampong sebagai benteng hadapan sementara ketua & org2 kanan brsembunyi dlm rumah. 

"Dasar pengecut"....Tk sampai 15 minit kemudian Inspektor Komander FRU yg berdiri diatas truck Fru telah kena tembakan senapang patah yg ditembak dari arah rumah Ibrahim Libya. Inspektor trsebut kemudiannya meninggal dunia. Walaupun anggota polis telah ditembak. Pihak polis masih lagi memberi amaran & rayuan.

Walaupun dibalas dgn takbir & maki hamun. Malahan mereka cuba pula menyerang polis menyebabkan pasukan FRU trpaksa melepaskn tembakan gas pemedih mata. Kami masih diarahkn bertenang & tidak mlepaskn tembakan. Dlm keadaan kecoh itu kami diminta brsabar walaupun seorang pegawai polis telah trkorban. 

Dlm pada seorang pengikut kanan Ibrahim Libya yg brsenjata parang brlari kearah truck FRU & menyerang anggota Fru hingga cedera ditangan ditetak. 

Demi mmpertahankn diri anggota Fru trsebut trpaksa melepaskn tembakan gas pemedih mata menyebabkn muka lelaki trsebut separuh berkecai. 

Keaadaan brtambah tegang, anggota2 polis sudah hampir hilang sabar melihatkn anggota trbunuh & cedera tetapi kami tidak dibenarkn bertindak sebaliknya kami diminta bersabar.

Sementara itu Dato Yahya brhubung dgn Bkt Aman minta arahan lanjut. KPN pula brhubung dgn KDN (Musa Hitam) utk arahan lanjut. 

Kami trpaksa mnghadapi keadaan tegang trsebut hingga jam 11.00 dgn arahan utk brtahan sehingga dpt arahan trakhir dr KDN. 

Akhirnya l/kurang jam 11.30 pagi baru dpt arahan utk serbu jika Ibrahim Libya & beberapa org kanannya tidak mahu menyerah diri. 

Disaat itu Dato Yahya masih merayu mereka supaya serah diri utk mengelakkan prtumpahan darah. Apabila mereka masih brdegil akhirnya arahan serbu dijalankn.

Itupun dengan arahan tegas tidak menembak atau mencederakan kanak2 & wanita. 

Akhirnya anggota UTK menyerbu masuk kedalam rumah. Bila saja UTK masuk gempur, saya dh dpt agak apa kesudahannya. Tapi syukur alhamdulillah tiada kanak2 atau wanita yg cedera. 

Kalaulah mereka yg dikehendaki tu serah diri awal2 insyaallah prtumpahan darah dpt dielakkan. 

Musa Hitam, bukankah awak masa tu pemangku PM? Awak yg ada kuasa masa tu, jadi kenapa baru skarang awak menyalahkn orang lain?. Sebagai ketua beranilah brtanggungjawab. Kalau tk berani jgn jd ketua, pengecut. 

Kami ni yg berhadapan dgn mereka, anggota kami mati. Jangan pulak kami dijadikan kambing hitam. Kami menegakkan undang2 & menahan mereka yg melanggar undang2.......

[VIDEO] Tun M ulas: Saya cakap Apa Yang Benar, Kebenaran Mesti DISUARAKAN





[VIDEO]Tun M Ulas:Mereka Tak Nak Dengar Jawapan, Cuma Nak Cetuskan Rusuhan






Siri : 1034
ADAKAH KACAU GANGGU DI PROGRAM "NOTHING TO HIDE 2" PADA 13.08.2017 SATU PETANDA AWAL KE ARAH PENYALAHGUNAAN KUASA-KUASA DARURAT OLEH NAJIB RAZAK DI BAWAH AKTA MKN 2106 KELAK ?? !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Dalam Video di bawah TUN DR MAHATHIR dalam menjawab soalan berkaitan "Apa komen Tun apabila melihat keganasan yang berlaku di program Nothing To Hide 2.0?", telah berkata :


" Saya berasa sedih kerana bukanlah ini satu budaya kita, untuk merusuh seperti itu. Tapi di kalangan parti-parti Melayu ni, budaya seperti ini jarang jadilah.Tapi saya khuatir samada ini, cara ini, dengan lebih besar lagi akan diadakan, kalau-kalau Datuk Seri Najib kalah, dan dianya ingin isytihar darurat, maka dicetuskan rusuhan, huru hara dalam negara, dan dengan itu bolehlah darurat diistyharkan dan Parlimen akan ditangguh dan undang-undang juga akan diketepikan. Saya takut ini adalah satu petanda yang cara ganas ini akan digunakan pada masa depan. Saya harap tidaklah. Saya harap kita akan ada pilihanraya dengan tertib, tetapi kemungkinan ini, mesti kita membuat persediaan kerana kita tidak hendak lihat negara kita ini berada dalam keadaan huru hara yang tidak diingini."
(Tempoh 00:05 - 01:38)

2. Saya telah sebelum ini dalam bbeberapa Siri terdahulu menyentuh kuasa-kuasa yang telah diwujudkan dengan cara yang boleh dipersoalkan melanggar perlembagaan di mana kuasa berupa "darurat", kina secara salah tafsir telah diletakkan di tangan NAJIB RAZAK, sebagai Perdana Menteri, melalui gubalan undang-undang Parlimen, iaitu, AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 (MKN 2016) !!

3. Di tahap ini saya cuma ingin tampilkan secara 'copy & paste' akan tiga (3) perenggan dalam Siri : 500 saya terdahulu mengenai perkara ini, seperti berikut :

" "KEMBALIlah berFOKUS untuk segala usaha yang sah dan jitu di sisi PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG untuk mengUNDURkan NAJIB RAZAK sebagai PERDANA MENTERI, sebelum PILIHANRAYA UMUM KE-14 !!!"

1. Sejak kebelakangan ini, ramai yang sudah beralih FOKUS kepada PILIHANRAYA UMUM KE-14. Secara amnya, itu bukan isu yang ingin ditekankan di sini. Apatah lagi, Pilihanraya adalah salah satu cara untuk menukar kerajaan secara sah di sisi Perlembagaan dan undang-undang.

2. Namun, adakah kita terfikir PERSOALAN yang tidak kurang PENTING, iaitu : Adakah kita akan perolehi peluang yang ADIL dan SAKSAMA untuk satu pilihanraya yang SAH dan teratur di sisi perlembagaa dan undang-undang, selagi NAJIB RAZAK, yang perlu membuat apa sekalipun untuk menghindarkan siasatan lengkap SKANDAL 1MDB/SRC mahupun skandal lain yang pelbagai daripada TERBONGKAR, masih berada di "takhta" PERDANA MENTERI ??? !!!

3. Bukankah dari hari ke hari, kita disaji dengan pelbagai hidangan NAJIB RAZAK, yang jelas memperlakukan segala perkara yang dirujuk dalam persoalan di atas, dan ditambah pula dengan fokus NAJIB RAZAK kepada kuasa-kuasa sedia ada untuk PERDANA MENTERI di bawah AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2016 (MKN 2016), yang bukan sahaja boleh dipersoal KETIDAKSAHIHANnya menurut Perlembagaan dan undang-undang, mahupun dengan cara pasukan "NSOF" dibentuk, supaya arahan kepada pasukan tentera dapat dikeluarkan oleh NAJIB RAZAK, dengan membelakangi KEBAWAH DULI YDPA !!! "

4. JUSTERU, janganlah kita lupa dan leka bahawa, jikapu PRU-14, semakin lama semakin hampir, namun keperluan untuk TURUNkan NAJIB RAZAK sebagai Perdana Menteri sebelum dari PRU-14, masih menjadi fokus utama kesemua Rakyat Malaysia yang prihatin, agar "KASA ISYTIHAR DARURAT" berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan di tangan NAJIB RAZAK melalui MKN 2016, tidak menjadi "mimpi ngeri di siang hari" !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!
Haniff Khatri

[GEMPAR] Skandal FIC: Isa Samad DITAHAN

BEKAS pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini hadir di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - Foto BERNAMA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Sumber berkata, Mohd Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 2.40 petang Selasa untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian hotel berkenaan antara 2014 dan 2015 itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, penahanan itu merupakan tindakan susulan hasil keterangan yang telah dirakam pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel tersebut sebelum ini.

"SPRM yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membuat penahanan itu supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tersebut," kata Azam.

Terdahulu, bekas pembantu khas Mohd Isa, Muhammad Zahid Md Arip dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil direman berhubung kes berkenaan.

Dilaporkan, FIC dikatakan membeli sebuah hotel di Kengsington, London pada harga yang tinggi, RM330 juta sedangkan nilai sebenar dikatakan berharga RM110 juta.

Pembelian sebuah hotel di Kuching pada nilai RM160 juta turut dikatakan bernilai lebih RM50 juta daripada nilai sebenar.

- mstar

[DITUNGGANG UMNO] Hadi ucap terima kasih soalan Memali diajukan kepada Dr M



Peristiwa Memali antara lain juga berpunca daripada sentimen mengkafirkan UMNO ketika itu


Dengarkan kenyataan PAS di Parlimen, Bukan Salah Tun M, tetapi UMNO Baling yang jadi punca. Manakala Kertas Putih jelas menyatakan bahawa Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO adalah punca sebenar




Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata semua pihak menunding jari menyalahkan pihak lain dengan melupai punca asas tercetusnya kekecohan apabila jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa Memali.

Dalam satu kenyataan, Abdul Hadi berkata PAS adalah mangsanya apabila diserang hebat sehingga mengorbankan salah seorang pemimpinnya, Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakan.

Abdul Hadi mengulas insiden kekecohan menyaksikan kerusi terbang, suar dibakar dan objek dibaling ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika sedang menjawab soalan seorang peserta berkenaan peristiwa berdarah Memali di forum Nothing To Hide 2.0 pada Ahad lalu.

Malah, Abdul Hadi mengucapkan terima kasih kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali.

Jelasnya, yang menjadi penyebabnya sepatutnya dipersalahkan, bukannya anak-anak muda.

Abdul Hadi mengimbas ketika peristiwa Memali masih panas, para ulama PAS mengisytiharkan syahidnya mereka yang menjadi mangsa kerana dibunuh dengan zalim dan mereka mempertahankan Islam yang ditegakkan.

Ketika itu, kata Abdul Hadi, Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, bukan pula dipersalahkan orang yang selalu menghina Islam dan hukumnya yang sangat dimarahi oleh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan.

Namun, katanya, PAS akhirnya berjaya membendungnya secara ilmu dan mereka yang paling kuat mengkafirkan Umno pula akhirnya ramai yang masuk Umno. 

Ini berikutan wujudnya kerjasama PAS dan Umno dalam perkara Islam, namun malangnya ada pihak yang marahkan pendekatan ini.

Kata Abdul Hadi, ramai yang melempar batu menyembunyikan tangan dalam mengulas isu sejarah hitam ini.

PAS Lebih Selesa DITUNGGANG UMNO BN berbanding Pakatan Harapan?


PAS menyifatkan gabungan parti bersekutu Pakatan Harapan bukan medan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah negara berlandaskan Islam.
Ketua Penerangan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, sebarang perbincangan kerjasama pilihan raya yang kononnya untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), hanya untuk menyelamatkan kerusi parti tertentu sahaja.
Malah, menjadikan jentera pilihan raya PAS sekali lagi sebagai kuda tunggangan seperti yang berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, katanya.
“Apabila mereka berjaya memenangi kerusi sekali lagi agenda Islam akan ditendang dan diperangi. PAS akan diserang lagi dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.
“PAS terus komited mencanangkan kepada rakyat penyelesaian Islam menerusi Budaya Politik Matang Sejahtera dan dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera.
“Ucapan dasar Presiden PAS dalam muktamar lalu bertajuk Sejahtera Bersama Islam sedang dihayati oleh ahli dan pimpinan PAS di semua peringkat bagi menghadapi PRU ke-14,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
PAS sebelum ini menolak pelawaan menyertai gabungan Pakatan Harapan yang diwakili oleh PKR, Parti Amanah Negara (PAN), Parti rasis dan cauvinis DAP serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Penegasan menolak menyertai gabungan itu adalah berikutan perang saraf yang berlaku antara DAP dan PAS ekoran penentangan parti rasis dan cauvinis itu terhadap pelaksanaan sistem perundangan Islam di Malaysia yang dibawa PAS.
Ketegangan itu menyebabkan PAS bertindak membentuk blok ketiga, Gagasan Sejahtera pada 2016 bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN). - ismaweb

Awang Adek pengerusi MARA baru ganti Annuar Musa

Datuk Dr Awang Adek Hussin diumumkan pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang tamat memegang jawatan itu sejak 10 Ogos lepas.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail berkata Awang Adek yang juga ketua Umno Bachok akan mula bertugas mulai September 2017.
Januari lalu, Annuar digantung jawatan pengerusi Mara berikutan dakwaan isu penajaan bola sepak Kelantan. Beliau diarahkan bercuti sejak 7 bulan yang lalu.
Annuar bagaimanapun berkata beliau sama sekali tidak terlibat dengan penajaan 2 anak syarikat Mara dengan pasukan bola sepak Kelantan.
Mara kemudiannya menjalankan siasatan dalam berhubung isu itu dan berjanji akan mendedahkan hasil siasatan tersebut kepada media.
Awang Adek mempunyai kelulusan ijazah Matematik dan Ekonomi dari Amerika Syarikat, dan menerima doktor falsafah daripada Wharton School di Universiti Pennsylvania.
Pada 2014, beliau dilantik sebagai duta besar Malaysia ke Washington.
Sebelum itu, beliau pernah menjawat timbalan menteri kewangan di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. - FMT

Rosmah Kena "BOO" atau Orang TERUJA dengannya Di Majlis Persandingan Tunku Tun Aminah


Khir Toyo BEDAL UMNO: BN Selangor Masih TIDAK Tahu Mengapa KALAH PRU13


ULASAN BN Selangor masih tidak tahu mengapa mereka kalah teruk dalam pilihan raya 2013. Mereka beranggapan kekalahan BN Selangor pada 2008 kerana saya.

Mereka lupa BN juga kalah di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Wilayah Persekutuan.
Lalu mereka perlu singkirkan saya untuk memberi imej gemerlapan dan gemilang kepada BN Selangor.

Saya dibicara dan dipenjarakan. Malangnya pada 2013 tanpa saya, BN Selangor kalah lagi teruk.
BN rampas Perak dan Kedah, namun nyaris kalah di Terengganu. BN Terengganu tinggal majoriti dua kerusi.
Masalah dalam BN dan Umno ialah mereka tidak berani membuat penilaian sebenar, hidup dalam kepura-puraan mengenai persepsi rakyat.
Mereka bersorak menang besar di Sungai Besar. Sebelum pilihan raya kecil semua diminta bersatu dan membantu parti. Selepas menang, jasa dan sumbangan milik orang tertentu sahaja.
Pilihan raya kecil Sungai Besar, undi yang diterima calon BN, Budiman Mohd Zohdin hanyalah 16,800 undi berbanding undi yang diterima oleh allahyarham Noriah Kasnon sebanyak 18,695 undi.

Bayangkan undi merosot hampir 2,000.


Jadi kuat di mana kita? Kuat hanya kerana pihak musuh berpecah, Jika esok mereka bersatu, apa strategi kita?

DR MOHAMAD KHIR TOYO bekas menteri besar Selangor. Tulisan ini disiarkan kali pertama di Facebook beliau.

Ia adalah pandangan peribadi penulis

UMNO MELAKA TERANCAM: JAMINAN Mantan exco Pemuda Umno Mohd Rafiq Tahun Lalu Jadi Nyata


Monday, August 14, 2017

[JILAKA] Selama Ni Ko JOLI Rupanya, Dekat PRU14 Baru Ko Nak BERSAMA RAKYAT, Too Late



[KENA SETEPEK] 'Sewel tuduh BERSATU sengaja bikin kecoh'


Sedikit sewel - itu gelaran digunakan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pihak yang menuduh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sengaja mencetuskan kekecohan di forum Nothing To Hide 2.0 semalam.
Bercakap kepada media di Petaling Jaya hari ini, Muhyiddin berkata tidak ada sebab untuk BERSATU merancang melakukan kekecohan di program yang mereka anjurkan sendiri.
"Orang yang mencadangkan (BERSATU sengaja mencipta kekecohan) itu mungkin ada sedikit sewel, tak rasional.
"Ia adakah majlis kami. BERSATU mahu menganjurkannya dengan tersusun, dalam keadaan baik supaya Tun Dr Mahathir Mohamad ada ruang untuk beri penjelasan," katanya.
Muhyiddin ditemui di Ibu Pejabat BERSATU.
Siang tadi Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa kekecohan itu sengaja dirancang oleh BERSATU.
Dakwaan serupa turut dibuat beberapa pihak lain, termasuk Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Kata Tengku Sariffuddin, apa yang berlaku semasa Dr Mahathir menyampaikan penjelasan sempena Nothing To Hide semalam adalah bukti bahawa parti-parti pembangkang sendiri sedang bercakaran.
Ketua Pemuda BERSATU (ARMADA) Syed Saddiq Abdul Rahman bagaimanapun mendakwa insiden itu tercetus hasil provokasi pihak tertentu yang menyelinap masuk ke majlis berkenaan.
Pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) juga mendakwa kekecohan itu didalangi penyokong Umno.
Muhyiddin berkata insiden yang terjadi itu adalah sesuatu yang "malang" dan pihak yang mencetuskannya perlu dikutuk.
"Kami tidak pasti bagaimana mereka masuk ke tempat forum diadakan.
"Kami ahli politik dan tidak ada kemahiran mengenal pasti sama ada seseorang itu baik atau jahat," katanya.



VIDEO] Hanya 1 logo PH untuk bertanding PRU14, Tiada Logo Parti Sendiri



Pakatan Harapan hari ini mengumumkan akan bertanding hanya menggunakan satu logo dan nama Pakatan Harapan pada PRU14 akan datang.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak ada calon yang akan bertanding menggunakan logo parti sendiri.

"Majlis Presiden Pakatan Harapan minggu lalu sebulat suara melantik Datuk Seri Moahamed Azmin Ali sebagai pengarah pilihanraya.

"Ini bersandarkan kekuatan serta kejayaan beliau sebelum ini," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pakatan Harapan akan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan tertentu bagi memastikan kemenangan milik mereka.

"Kita juga sudah siap dengan bilik operasi serta penubuhan jawatankuasa bagi peringkat Parlimen dan juga negeri.

"Dengan sokongan rakyat hari ini, kita yakin akan menang di kawasan yang telah ditetapkan," ujarnya.

Muhyiddin berkata, dengan kerjasama yang erat semua parti dalam Pakatan Harapan, ia akan mengetepikan perbezaan dalam parti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com