innity

pages

Wednesday, August 2, 2017

1MDB: Mahfuz terkejut jawapan Najib, BUKAN ISU TEKNIKAL TAPI Kecurian Wang Terancang



Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa terkejut dengan jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kegagalan syarikat 1MDB membuat bayaran RM2.58 bilion kepada IPIC hanyalah soal teknikal.

Mahfuz membidas Najib dengan mendakwa 1MDB sudah tidak mempunyai wang untuk membayar hutang tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mahfuz mengulas kenyataan Najib yang menjawab soalan Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkata pembayaran yang tidak dilunaskan semalam itu akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara ini.

http://www.kinitv.com/video/50915O74 - "Bukan soal tak mampu bayar balik" Najib jawab Wan Azizah

Terdahulu, Najib berkata 1MDB mampu membayar firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).

“Soal 1MDB telahpun dikeluarkan kenyataan, maka ini soal teknikal sahaja bukan soal tidak mampu bayar balik.

“Maka dijangka tidak akan menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi negara,” kata Najib di Dewan Rakyat hari ini.

3 comments:

  1. Najib oh najib,

    sudah termetrai perjanjian bahawasanya 1mdb, mof dan kerajaan berjanji, komitted untuk membayar hutang (duit rakyat dicuri) 2.6 billion sebelum 31hb julai 2017 dan sebahagian lagi pada bulan december 2017.

    Jawapan najib adalah "masalah teknikal"? Nada suaranya mengatakan kerajaan ini milik beliau dan rosmah kah?

    Najib mempunyai banyak masa persediaan untuk membayar wang ini kerana perjanjian ini telah dibuat pada tahun 2016 lagi...(tempoh lebih satu tahun!) Najib mempunyai banyak masa untuk mengumpul dana!

    Lebih menyakitkan hati kami rakyat adalah, najib berjanji pelbagai ganjaran, bulan dan bintang, langit dan bumi kepada peneroka felda dan pesara tentera.

    Ternyata benarlah penilaian, tangapan dan persepsi rakyat terhadap najib ini, beliau adalah seorang perompak, penyamun, pensonglap dan terbaru PEMBOHONG!

    Adakah ini kualiti pemimpin kita hari ini?

    Ya Allah selamatkanlah negaraku!

    ReplyDelete
  2. Jangan jangan semua peruntukan yg najib cakap kt majlis majlis yg die pergi semua janji air liur je...... Kalau isu. 1mdb pun rilek je x bayar, inikan janji dgn org org kampung felda, veteran dan askar pencen mau ke die tunaikan???? Ak rase x ke mana pun janji janji najib ni......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com