innity

pages

Friday, August 11, 2017

ADUN Umno: Saya masuk BERSATU? Karut!


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang Abdul Aziz Ismail menafikan beliau akan keluar Umno dan menyertai parti serpihannya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Sebaliknya, kata wakil rakyat Umno itu, beliau sebenarnya berbangga berada dalam Umno.
“Sudah tentu tak (keluar parti). Kesetiaan saya kepada Umno, BN tak perlu dipersoalkan.
“Dakwaan tersebut adalah karut. Saya bangga jadi ADUN BN. Titik,” katanya melalui pesanan WhatsApp ketika menjawab soalan Malaysiakini.
Semalam, Ketua bahagian BERSATU Batu Pahat Dr Mohd Zaid Mohd Yusof mendakwa, terdapat ADUN Umno akan melompat parti kerana tidak berpuas hati tidak dicalonkan semula untuk bertanding dalam pilihan raya.
Zaid mendakwa sudah dua kali mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat itu awal bulan ini yang berlangsung di Bukit Perdana, Batu Pahat.
Malaysiakini juga meminta pengesahan Aziz sama ada beliau ada bertemu dan berunding dengan Zaid tetapi beliau tidak menjawab soalan tersebut.
Oktober tahun lalu, ADUN Jorak Datuk Shahruddin Md Salleh meninggalkan BN sebelum dilantik sebagai setiausaha agung BERSATU.
Pembangkang kini mempunyai 19 daripada 56 kerusi dalam dewan undangan negeri. - MK

2 comments:

  1. Tengok muka pun dah boleh tahu malaun ni jenis tak boleh dibuat kira bicara.....specic dedak la ni.....agaknya ari tu masa pi jumpa DR. Mohd Zaid tu Najib kurangkan pemberian dedak,tetapi bila dah tahu malaun ni nak lompat parti dedak ditambah....nilah specis yang banyak berkdliaran dalam Umno.

    Pesanan ikhlas untuk pemimpin BERSATU....hati2lah dalam menerima kedatangan orang2 yang pura2 sesat dari Umno!!....mereka ini adalah penipu yang amat jahat....

    ReplyDelete
  2. Dah masyukkkkk ..lupakanlah org umno. Baik usaha pujuk rakyat. Takde rakyat takdelah pemimpin. Berentilah pujuk wakil rakyat umno yg dah kenyang. Tumpu kat rakyat wahai pimpinan harapan ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com