innity

pages

Tuesday, August 8, 2017

[BIAR BETUL] Kabinet setuju MANSUH HUKUMAN MATI mandatori untuk kes dadah


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kabinet Malaysia bersetuju untuk memansuhkan hukuman mandatori gantung sampai mati ke atas pesalah dadah.
Bagaimanapun menurut Azalina pemansuhan hukuman mati mandatori tersebut bergantung kepada keputusan parlimen.
Dalam jawapan bertulis di parlimen, Azalina berkata kabinet menyokong pindaan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk memberikan mahkamah kuasa memutuskan hukuman berdasarkan budi bicara hakim.
Azalina menjawab soalan Anggota Parlimen DAP Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang bertanyakan berkenaan perkembangan terkini langkah kerajaan untuk menyemak hukuman mati mandatori.
Menjawab soalan Ramkarpal mengenai bilangan pesalah yang telah menjalani hukuman mati, Azalina berkata seramai 651 rakyat Malaysia, kebanyakannya pesalah kes dadah telah dijatuhkan hukuman mati sejak tahun 1992.
Awal tahun ini, pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa Amnesty International meletakkan Malaysia pada kedudukan ke 10 dalam senarai 23 buah negara yang menjalankan hukuman mati tahun lalu. - MK

1 comment:

  1. sedangkan ada hukuman mati pon org masih lg berani mengedar dadah....kalau dah takda mcm mana la pulak ya???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com