innity

pages

Wednesday, August 2, 2017

[CELAKA] Isu Iskandar Kutty: Jamal gelar Tun Mahathir CELAKA, pertahan Zahid Hamidi




Datuk Seri Jamal Md Yunos mempertahankan tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengungkit keturunan Tun Dr Mahathir Mohamed yang berasal dari India.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata Zahid bukannya mahu menimbulkan isu perkauman, sebaliknya mahu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengkhianati parti apabila tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan sepertimana yang dilakukan Dr Mahathir.

Beliau turut menganggap tindakan Dr Mahathir dan pembangkang yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pimpinan Umno sebagai perbuatan celaka.

“Kita tidak peduli soal keturunan sebab negara kita pelbagai bangsa, macam saya orang Melayu Banjar. Kita semua ada sejarah keturunan, ada India, Cina, tapi apa yang Zahid kata ini adalah orang yang celaka macam Dr Mahathir.

Kenapa saya cakap Dr Mahathir celaka setelah 22 tahun menjadi perdana menteri, setelah sekian lama dalam Umno, minta orang Umno supaya patuh pada parti. Tapi dia sebenarnya menjadikan Umno sebagai batu loncatan untuk memijak kepala orang Melayu demi kerjaya politik dan kesenangan keluarganya.


“Betul seperti Zahid katakan (Dr Mahathir) habis madu sepah dibuang, kami sokong kenyataan Zahid, Dr Mahathir ini bapa perpecahan.


“Daripada mana PKR wujud? ia disebabkan kezaliman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada mana PPBM wujud? kerana ketamakan Dr Mahathiir menjatuhkan Najib,” katanya.

Beliau juga berkata pemimpin pembangkang seperti Anwar dan Rafizi Ramli sudah lama mendedahkan keturunan Dr Mahathir berasal dari India dan ia bukannya isu baharu yang sengaja ditimbulkan Zahid.

Beliau juga menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Zahid kerana ia perlu didedahkan kepada orang ramai.

Dr Mahathir mahu menjadikan Umno hancur dan dikuburkan, dia nak kuburkan Umno sedangkan Umno inilah yang jadikan anak, keluarganya kaya raya,” katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Sebelum ini, Zahid menerima kritikan pelbagai pihak selepas ucapannya Ahad lalu di hadapan ahli Umno Kelana Jaya, di mana beliau mendakwa nama penuh bekas perdana menteri itu ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
Zahid berkata maklumat itu dibekalkan kepadanya oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara. (JPN), sambil berkata ia menunjukkan Dr Mahathir yang berketurunan India memperalatkan orang Melayu.
Rentetan daripada pendedahan Zahid, Dr Mahathir berkata beliau berasa malu dengan Zahid selepas timbalan perdana menteri itu menimbulkan isu keturunan beliau.
Beliau mengingatkan Zahid mengenai pertemuan mereka yang didakwa berlaku sebelum ini, yang menurutnya untuk meminta simpati dan sokongan semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri untuk bersekongkol menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai jalan pintas beliau menjadi perdana menteri.
Mengulas lanjut, Jamal turut menafikan tuduhan Dr Mahathir kononnya Zahid meminta simpatinya untuk menjatuhkan Najib sambil memaklumkan ia berniat jahat.
“Hari ini saya datang bersama NGO Selangor dan gabungan NGO Malaysia, kami mahu buat laporan polis berkenaan tuduhan Dr Mahathir, Zahid berjumpa dengannya yang ingin bersekongkol mahu menjatuhkan Najib.
“Bagi kami perkara itu dusta, fitnah dan ingin menggusarkan orang ramai dan ahli umno, kami tidak percaya sedikit pun dengan hasutan fitnah sebegitu.
“Kita lihat Dr Mahathir amat risau dengan apa yang didedahkan Zahid,” katanya sambil memaklumkan satu laporan polis akan dibuat supaya tindakan diambil terhadap Dr Mahathir.
Terdahulu Jamal yang hadir bersama lebih 30 pengikutnya tiba di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 11.00 pagi.
Jamal seperti biasa hadir dengan gimiknya yang tersendiri.
Kali ini beliau membawa skrin LCD bersama pembesar suara di atas lori dengan memaparkan rakaman ucapan para pemimpin pembangkang yang menuduh Dr Mahathir berketurunan India diikuti penyokongnya memegang sepanduk sokongan kepada Zahid. - FMT

11 comments:

  1. Q: "Tapi dia sebenarnya menjadikan Umno sebagai batu loncatan untuk memijak kepala orang Melayu demi kerjaya politik dan kesenangan keluarganya."

    A: Adakah Mukhriz presiden parti harapan? Adakah mokhzani dan mukhlis tidak dibenarkan hidup berniaga? Bukankah mereka memberi membayar cukai dalam bentuk hasil pendapatan syarikat dan memberi zakat SETIAP TAHUN kepada rakyat dan kerajaan malaysia.

    Bagaimana pula biasiswa dan tanggungjawab korperat yg mereka hulurkan?

    Bagaimana pula dengan najib, rosmah dan pemimpin umno? Sudahkah mereka mengisytiharkan harta mereka? Sudahkah mereka membayar cukai.

    Untuk makluman umno, cukai itu milik rakyat dan kerajaan, bukan milik peribadi mereka.

    ReplyDelete
  2. klu umno benar mau menjaga maruah org2 melayu, tunjukkan la ic biru tunM, jgn setakat cakap dan angkat fon jer.. jgn bangsa lain kata melayu ni kaki bohong! pembohong besar

    ReplyDelete
  3. Q : “Dr Mahathir mahu menjadikan Umno hancur dan dikuburkan, dia nak kuburkan Umno sedangkan Umno inilah yang jadikan anak, keluarganya kaya raya,”

    A : jamal ikan tongkol ni dia buat2 tak faham, hakikatnya jika anda mempunyai pangkat bendahari atau ketua bahagian UMNO bermakna mereka mempunyai habuan, komisyen dan syer projek yg perlu direbut, tidak kiralah ianya halal ataupun haram dan ianya dinamakan dedak.

    Najib namakan polisi ini Cash is King atau Wang itu Raja.

    Inilah jua Tun amat khuatir nasib dan masa depan Umno ketika menjadi perdana menteri, malangnya jika buluh boleh dilentur dari rebungnya, hari ini UMNO sudah korup diseleweng, salahgunakuasa bermula dari pemimpin teratas.

    Malang parti bernama UMNO yg banyak berjasa, ahli yg ada dalam parti hari ini, mereka mengejar kemewahan dan kekayaan sejajar dengan doktrin najib cash is king.

    Yg menjadi mangsa adalah rakyat, merekalah dikenakan cukai GST setiap hari, mereka jugalah yg setia mengundi umno selama ini.

    ReplyDelete
  4. Q : “Hari ini saya datang bersama NGO Selangor dan gabungan NGO Malaysia, kami mahu buat laporan polis berkenaan tuduhan Dr Mahathir, Zahid berjumpa dengannya yang ingin bersekongkol mahu menjatuhkan Najib."

    A : persoalannya adalah, adakah pihak berkuasa berani menyelongkar dan menyiasat tuduhan Tun terhadap zahid hamidi ini? Sedangkan zahid hamidi menteri dalam negeri, berkuasa penuh terhadap pihak berkuasa. Sediakah penjawat awam ini di tukar jabatan? Di turun pangkat? Dihantar ke ceruk hutan? Dan lebih teruk di besarakan? Inilah perjuangan pakatan harapan hari ini, matlamat utama mereka adalah mengasingkan kuasa esekutif dan jabatan2 kehakiman, polis, tentera, bank negara dan lain2 akan diberi kuasa bebas untuk menyiasat, menjatuhkan hukuman terhadap sebarang salah laku ahli2 politik hari.

    ReplyDelete
  5. “Bagi kami perkara itu dusta, fitnah dan ingin menggusarkan orang ramai dan ahli umno, kami tidak percaya sedikit pun dengan hasutan fitnah sebegitu."

    ReplyDelete


  6. Sibalau ni... Tak usah cerita banyak la.
    Taik, jamban, UMNO berpisah tiada.

    Say no to UMNO.

    ReplyDelete
  7. Q : “Bagi kami perkara itu dusta, fitnah dan ingin menggusarkan orang ramai dan ahli umno, kami tidak percaya sedikit pun dengan hasutan fitnah sebegitu."

    A : Jamal ikan tongkol, kamu yg berkepentingan dan mabuk kuasa memang la tak percaya, kerana kamu pun sekapal.

    Sebenarnya ini mainan najib dan punahsihatnya menyuruh jamal ikan tongkol pulangkan paku buah keras terhadap zahid yg telah merosakkan nama najib, iaitu penutupan kedai rakyat 1malaysia dan penghinaan kaum india muslim, kedua dua ini adalah agenda najib untuk memenangi PRU akan datang dan ianya telah dirosakkan oleh zahid komidi spicis biawak komodo.

    ReplyDelete
  8. Q: "Kita lihat Dr Mahathir amat risau dengan apa yang didedahkan Zahid,”

    A: nak risau apa jamal ikan tongkol? Tun dari dulu lagi dah cakap dedahkan la apa pun, apa yg perlu ditakutkan? Berani kerana benar! Tetapi dedah tak ada hasil penemuan, yg ada hanyalah "dedak" haram hasil duit dicuri dari rakyat yg tidak sekali kali kami izinkan.

    ReplyDelete
  9. Macam mana mereka boleh ada duit beratus juta tetapi tiada pelbagai bisnes yg mantap. Bisnes lingkup, tapi duit tak luak sikit pun. Kita org biasa, bisnes lingkup hutang bertempek. Lihat ts syed mokhtar, bisnes pelbagai dan fokus bisnes baru caya duit beratus juta. Ni fokus politik, bisnes goreng pisang, upah orang niaga, duit beratus juta. Sah dedak mari dari klepek duit kerajaan.

    ReplyDelete
  10. Perangai jamal tongkol n geng merah pun macam CELAKA!!!!!

    ReplyDelete
  11. Umno terdesak dah terdesak
    Matilah umno najib

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com