innity

pages

Friday, August 4, 2017

Kalau Ada Rakaman, DEDAHKAN LAH, Najib pon NAK TAHU


Mempertahankan dirinya berhubung dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau cuba meminta simpati atau sokongan untuk menjatuhkan Najib Razak dalam pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu, Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakaman pertemuan itu ada dalam simpanannya.

Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri, usaha mahu menjatuhkan Najib itu dirancang oleh Tun Mahathir dalam pertemuan antara mereka.

Tun Mahathir, tegasnya, telah menyatakan mengenai perancangan untuk mengadakan undi tidak percaya di Parlimen terhadap Najib yang akan dilakukan melalui kerjasama antara pemimpin pembangkang dengan  beberapa pemimpin UMNO.

Usaha kedua yang dirancang oleh Tun Mahathir, jelas Zahid Hamidi lagi ialah dengan cara menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong agar Baginda memecat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Jangan bohong, rakaman itu masih ada dalam simpanan saya," ujar Zahid Hamidi sambil menambah, pertemuannya dengan Tun Mahathir pada 2015 itu diadakan selepas 10 hari beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dilakukan dengan keizinan Najib.

Benarkah Zahid ada rakamannya?

Adakah rakaman itu dalam bentuk audio atau video?

Adakah rakaman dilakukan secara sembunyi atau disedari oleh Tun Mahathir?

Jika dirakam secara sedar, logikkah Zahid Hamidi yang datang ke rumah Tun Mahathir membawa alat rakaman bersamanya dan sudah tentu juga perlu meminta izin untuk meletakkan alat rakaman di atas meja?

Dari segi logik juga, oleh kerana pertemuan itu diadakan di rumahnya, Tun Mahathirlah yang paling mungkin memasang alat rakaman bagi pertemuan tersebut.

Tetapi, kalau pun benar ada rakaman pertemuan itu dan Tun Mahathir mendedahkan kepadanya mengenai dua perancangan untuk menjatuhkan Najib, yang ingin diketahui juga, termasuk tentunya oleh Najib sendiri ialah apakah respon atau jawapan balas Zahid Hamidi mengenainya?

Ketika Tun Mahathir bercakap tentang undi tidak percaya terhadap Najib, apa sebenarnya jawapan balas Zahid?

Adakah beliau sekadar diam, sedia memberi sokongan atau menentangnya?

Begitu juga berhubung memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, apa respon Zahid berkenaan dengannya?

Diam, setuju atau tidak setuju?

Jika dapat didedahkan rakamannya, Najib barangkali paling teruja untuk mengetahui butiran penuh perbualan Zahid Hamidi dengan Tun Mahathir itu.

Maka, untuk membuktikan kebenaran kata-katanya bahawa beliau tidak menggigit tangan orang yang pernah memberinya makan, Zahid Hamidi wajib mendedahkan rakaman itu kepada umum.

Hanya setelah rakaman itu didedahkan, barulah diketahui sama ada Tun Mahathir yang berbohong atau Zahid yang tidak bercakap benar.

Oh ya...sebelum terlupa, perlu diingatkan juga bahawa janji Zahid Hamidi sebelum ini untuk mendedahkan bukti mengenai amalan Syiah yang dikaitkan dengan Mohamad Sabu dan dalang tragedi Lahad Datu sampai sekarang belum ditunaikan lagi.

Begitu juga dengan kata-katanya bahawa beliau telah berjumpa dengan waris keluarga Diraja Arab Saudi yang didakwa menyumbangkan RM2,600 juta kepada Najib, sehingga sekarang juga tetap diragui dan tidak dipercayai, termasuk oleh mereka yang tinggal di Bagan Datuk sendiri.

Jadi, adakah kata-kata Zahid Hamidi kali ini boleh dipercayai, melainkanlah jika beliau benar-benar berani mendedahkan rakaman yang didakwa dimilikinya itu kepada umum? (ShahbudinHusin 04/08/2017)

9 comments:

  1. ZAHID, SEBAGAI MENTERI KDN TUGAS KAMU BUKAN KIPAS NAJIB DAN ROSMAH, MEMPERTAHANKAN JAWATAN KAMU.

    SILA BACA MANUSIA YG PUNYAI INTERGRITI INI...

    TIADA MOHON MAAF,INSAF ATAU TAUBAT!

    TETAPI TUN DR MAHATHIR MENGAKU BELIAU JUGA MEMPUNYAI KELEMAHAN SEPERTI MANUSIA LAIN.

    APA TUN LAKUKAN ADALAH DEMI PEMBANGUNAN NEGARA, MEMELIHAHARA KESELAMATAN DAN KEHARMONIAN SUARA MAJORITI MASYARAKAT MALAYSIA, INILAH KUNCI KEJAYAAN PENTADBIRAN TUN 22 TAHUN.

    sila hayati wawancara dibawah ini ;

    Soalan: Selepas beberapa bulan Bersatu menyertai Pakatan Harapan dan Tun menjelajah beberapa tempat di seluruh negara, Tun sehingga sekarang masih diminta untuk mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku semasa Tun jadi perdana menteri, untuk memohon maaf. Macam mana Tun nak jelaskan?

    Dr Mahathir: Soal mohon maaf tak ada. Perkara lama adalah perkara lama. Kalau kita nak ungkit perkara lama, masing-masing ada pendirian masing-masing dan kita tak boleh bekerjasama.

    Yang kita tumpukan sekarang ialah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib. Untuk itu, kita semua bersetuju. Tak ada yang tak bersetuju. Jadi kita pegang kepada benda-benda dan perjuangan yang kita semua bersetuju.

    Yang lama adalah perkara lama. Itu tak ditimbulkan. Sebabnya jika kita timbulkan perkara lama, mungkin kita akan berperang sesama kita.

    Seterusnya di malaysia insight. 

    https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/9608/


    ReplyDelete
  2. kalu zahid cakap, dengar jer, kalu boleh tak perlu dengar. sebab semuanya tin kosong belaka. syiah gred a, jumpa pak arab, ic iskandar kutty, bohong belaka.

    ReplyDelete
  3. hahaha..dedahlah tak pyh simpan bro. rasanya 100% tak ada.

    ReplyDelete
  4. rakyat nak tengok bertul @ tdk..@ cakap2 saja. Kita tunggu

    ReplyDelete
  5. Ini sudah jadi zahid komedi

    ReplyDelete
  6. Ni lagi satu lawak.lawak 1malaysia.ada ka orang bertandang kerumah orang siap dengan rakaman.

    ReplyDelete
  7. Zahid ni penipu. Asal usul bangsa dia pun jenis penipu. Dulu rakyat tanya mana anak raja arab yg dia jumpa pun dia buat tak tau je. Tapi malanglah masih ada lagi yg percaya zahid ni. Dia tipu pun org terima. Tapi insyaallah terkena jugak dia ni. Zahid dah kalut tu. Percayalah. Dulu pun kena menangis kat airport KK.

    ReplyDelete
  8. Dia sudah goyang..rakyat pun nk dgr gak rakaman tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com