innity

pages

Sunday, August 6, 2017

Kenapa KOPIAH PUTIH, BAJU HIJAU, JUBAH warnai Mesyuarat Perwakilan UMNO 2017

Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Indera Mahkota Pahang hari ini
"Agak pelik dan mengelirukan", itulah kata-kata orang kampung terutama penyokong PAS apabila melihat gelagat pemimpin UMNO peringkat Bahagian yang bermesyuarat pada masa ini.

Tidak pernah berlaku pemimpin UMNO memakai kopiah putih atau baju berwarna hijau semasa mesyuarat perwakilan Bahagian.

Sudah menjadi tradisi orang UMNO akan sentiasa bersongkok dan berbaju Melayu warna Merah atau Biru. Manakala kopiah putih, jubah dan baju warna Hijau amat sinonim dengan PAS dan kedua-dua parti tersebut tidak akan memakai pakaian dengan warna dipihak lawan.

Ada penyokong PAS bertanya, "adakah mereka mahu memikat kita dengan berpakaian begitu?" Penyokong PAS seorang lagi menyatakan "Jangan harap lah aku nak bersama UMNO, sampai kiamatpun aku tidak akan bersama. Amanat Tuan Guru Nik Aziz akan kekal hingga aku mati".

Benarkah usaha UMNO ini bertujuan untuk melunakkan penentangan penyokong PAS terhadap UMNO?

Jika benar, strategi ini nampaknya seperti meletakkan tahap pemikiran penyokong PAS ke tahap yang sangat rendah dan mudah diperdaya.

 Beberapa Pemimpin UMNO Ampang memakai BAJU HIJAU semasa Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang 2017 yg telah dirasmikan oleh DS Ismail Sabri.


 Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Langat 2017.

Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi turut mengenakan baju Melayu berwarna Hijau semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Langat 2017

8 comments:

  1. Gimik kaloh doh baju merah

    ReplyDelete

  2. Melayu nak tipu Melayu lagi.

    Tapi bukan semua Melayu bangang dan dungu.

    Dan bukan semua Melayu pemakan dedak.

    Say no to UMNO.

    ReplyDelete
  3. Kahkahkah..umno tak yakin pada parti sendiri. Bila najib nak pakai serban?

    ReplyDelete
  4. Pakai baju color hijau dan berkopiah putih pun pembangkang dah panic/gerun? Nampak pembangkang dah takut sangat kan3, kik3

    ReplyDelete
  5. baru kena gimik gitu dah menggelabah. itu baru pakai baju warna hijau berkopiah putih, meraban macam esok lusa pilihanraya. kalaulah tiba2 dalam mesyuarat bahagian ada ahli mesyuarat yang pegang bendera kecik umno dan pas di tangan kiri dan kanan, mau ada yang berdarah hidung agaknya. hahahaha...teruknya hati, serba tak kena dengan pandangan mata.. hati terus tukar warna jadi hitam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila 10:21 mata sendiri yang hitam kut....tuh yang semua nampak HITAM...dengan otak otak kamu semua hitam gak nya?

      Delete
  6. ni kes buang tebiat ni,orang tua2 ada ckp,kalau da start buat benda2 pelik alamat da tak lama la tu.hish kalau betul ar da tak lama alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. Jika kamu Mencurimenyamun,bersubahat sekalipun, pakai kaler hijau siap lambang bulan parti pas, ianya tetap haram!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com