innity

pages

Wednesday, August 2, 2017

'Khaled tiba-tiba lupa konsep Bangsa Johor'


UMNO kini dalam keadaan panik berikutan sokongan besar diraih Pakatan Harapan selepas mengumumkan struktur kepimpinan mereka baru-baru ini.

Menurut Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, keadaan panik itu dapat dilihat menerusi ucapan Datuk Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini, yang menjangkakan Umno bakal melalui jalan sukar untuk mempertahankan pentadbiran di Johor yang merupakan kubu kuat parti Melayu itu.

“Apabila dalam keadaan panik, Mohamed Khaled tiba-tiba lupa terhadap (konsep) Bangsa Johor, landasan yang menyatukan semua rakyat Johor tanpa mengira kaum dan agama.

"Beliau sebaliknya mendakap permainan orang Najib,” kata Chin Tong dalam kenyataan seperti disiarkan dalam China Press.

Menurut Chin Tong, Mohamed Khaled tidak mahu menerima hakikat punca kemarahan pengundi kaum Melayu adalah disebabkan pentadbiran lemah oleh Najib.

Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAP itu, taktik perkauman yang digunakan Mohamed Khaled itu tidak akan berjaya kerana rakyat Johor kini sudah mula selesa dengan idea perpaduan antara kaum dan agama yang dibawa menerusi konsep Bangsa Johor. - SH

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com