innity

pages

Tuesday, August 8, 2017

Mahfuz: PUAS HATI Tuan Ibrahim burukkan imej PAS, seolah LINDUNGI PENCURI


Bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan timbalan presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan isu penyelesaian hutang 1MDB.
Mahfuz berkata, kenyataan Tuan Ibrahim semalam menggambarkan beliau tidak faham “akar isu” masalah 1MDB dengan mengatakan menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.
“Seolah-oleh Tuan Ibrahim bagi gambaran bahawa beliau dan rakan-rakan (PAS) yang lain tak faham apa itu rasionalisasi (hutang 1MDB),” katanya kepada Malaysiakini.
Mahfuz yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena berkata isu utama dalam 1MDB adalah syarikat kontroversi itu berhutang dan melunaskan hutangnya dengan menggunakan "plan transformasi".
Plan transformasi itu pula antara lain meminjam wang daripada Tabung Haji dan menjual aset negara kepada negara China.
"1MDB jual aset pada China, guna wang Tabung Haji dan jual barang utk bayar hutang dari hasil kecurian bolehkan plan rasionalisasi, jadi sampai jual aset.
"Jadi saya agak hairan pemimpin PAS blur (kabur) apa itu akar isu dan apa itu rasionalisasi 1MDB," katanya.
Sebelum ini Tuan Ibrahim telah mengetuai rombongan PAS bertemu pengurusan tertinggi 1MDB termasuk presidennya Arul Kandasamy.
Selepas mendengar penjelasan, PAS semalam menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata kenyataan yang dibuat Tuan Ibrahim itu seolah-olah PAS tidak pernah mempunyai masalah dengan syarikat itu.
"PAS juga seolah-olah melindungi pencuri. Ia memburukkan imej parti," katanya.


13 comments:

  1. Nak tanya pak lobai PAS, faham tak maksud ungkapan perkataan rasionalisasi?

    Untuk makluman pak lobai PAS, perkataan rasionalisasi tidak ada dalam Quran atau Hadis.

    Mungkin ianya perkataan ciptaan kaum Yahudi kot?

    kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni ngarut apa hal. Ko ni kawan yahudi ke? Sbb tu ko bengang org islam burukkan yahudi? Perkataan rasionalisasi ada ke dlm kitab bible dan torah? Bodoh punya komen.

      Delete
    2. Kamu ni, tulis macam nak nampak bodohnya PAS tapi kamu sendiri menulis komen ni nampak lebih bodoh. Jgn komen kalau takda isi dan bagi fakta, buat sampah je.

      Delete
  2. Tak.payah gebang ssgt.. minta mamak kuttyy saman sendiri 1mdb.. jangan jadi batu api.. batu api kan DOJhingga bayar juta juta.. batu apikan 3 TanSri.. Batu apikan SR.... suma tak jalan skg minta mamak kutty sendiri saman ke mahkamah... jangan pulak mahlamah cakap hear say lagi udah ler....

    Kalau gebang kencang puak ni babi pun bole terbang...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arul goreng sket lu pon dah percaya..? no wonder la melayu tak bole saing dgn Cina dlm negara sendiri..anon 10:14 ni la contoh klasik org melayu yg mundur.

      Delete
  3. Arul kanda cakap rasionalisasi maksudnya mengadakan pelan bagaimana nak selamatkan 1mdb dan bagaimana nak bayar hutang 1mdb.

    Kenapa 1mdb berhutang? Kenapa hantar jemaah haji jika tidak berkemampuan?

    ReplyDelete
  4. pas tunjuk gah. padahal apa kes pun diorg tak tau. arul kasi ayat skit, ajk2 pas pakat angguk.. no more question... or dunno what to ask?

    ReplyDelete
  5. Hahaha...mahfuz sendiri pun belum tentu faham.

    Takkan la mahfuz nak paksa org faham atau tak faham macam dia. Inilah perangai buruk PH yg mau dijauhi PAS yg cenderung kpd politik matang. Politik maki hamun, lawak bodoh, buat cerita fiksyen dah tak lagi dibuat PAS pimpinan TGHH. Jadi itu yg dirunsing pakatan harapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. plitik yg buruk memburukan org lain tu mcm BN la..tgk ja buletin utama tiap2 mlm..hari2 kutuk sana sini..bulan puasa pon sama..bukan nak kurangkan malah sama ja kutuk sana sini..n jaja mamat Jamal tu..menyesal sokong BN for all these years!!!

      Delete
  6. Bercakap politik bunyi macam handal sangat..

    Arul goreng sikit je dah pening, angguk angguk..

    ReplyDelete
  7. Tuan Ibrahim ni faham ke apa masalah yang sebenar rakyat dengan 1MDB? Isunya bukan tentang program rasionalisasi hutang 1MDB tetapi tentang pencurian dan perompakan wang 1MDB yang akhirnya menyebabkan 1MDB menanggung beban hutang yang amat luarbiasa sehingga akhirnya hutang tersebut telah dipikulkan kebahu rakyat. Pemimpin2 PAS yang dangkal ilmu serta kurang IQ ni tak faham bahawa kaedah membayar hutang tu bukan masalahnya tetapi pencurian yang telah dihalalkan tu yang menjadi isu. Baru sekarang aku tahu kenapa MP2 PAS asyik duduk diam menjadi pasu bunga kat dalam Parlimen. Sudah jelas mereka tu IQ tak tinggi (double digit) dan ilmu dunia pun ciput maka sibebal pun duduk diam takut2 orang akan sedar akan kebodohan diri mereka bila mereka bangun bersuara.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  8. Depa x perasan ka yg arul tu duk cereta mcm mana nak gunakan harta dan duit kita utk selamatkan 1MDB? Macam org mai promote kat kita suruh masuk skim cepat kaya. Cerita sampai ka bulan.
    Sepatutnya depa kena tau pasai apa perlu bantu 1MDB? Sebab jawapannya pasti akan bercanggah dengan jawapan PM. PM habaq kata masalah dengan DOJ tu masalah dalaman 1MDB. Dahtu pasai apa nak kena bantu 1MDB? Bukanka DOJ kata ada harta billion2 kat sana. Suruh arul pi dptkan harta dgn duit tu dulu la. Sementara guna lah cincin yg duk ada tu dulu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com