innity

pages

Friday, August 11, 2017

Mantan MENTERI KEWANGAN tanya soalan tentang 1MDB di Dewan Rakyat


Soalan Datuk Husni Hanadzlah berkaitan 1MDB dalam sidang Dewan Rakyat adalah seperti berikut :

1 - Mengapa Kerajaan tubuhkan 1MDB?

2 - Mengapa kita letak lebih kurang USD4 bilion @ RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC? Sebuah syarikat yang dimiliki oleh 2 anak raja yang didaftar di British Virgin Islands.

3 - Mengapa tiada tindakan undang-undang diambil ke atas pengurusan 1MDB kerana masukkan duit (RM16 bilion) di tempat yang tidak betul?

4 - Mengapa tidak ambil tindakan kepada 2 anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut?

5 - Apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebih kurang USD1 bil yang sepatutnya matang pada tahun lalu tetapi tidak tahu kisahnya?

6 - Apa terjadi dengan Binding Term Sheet dengan IPIC? Mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC membuat saman melalui arbitration sebanyak USD6.5 bil bersamaan dengan RM26 bilion?

7 - Apa jadi kepada penjualan Bandar Malaysia? Kita jual 60% kpada syarikat daripada negara China yang mempunyai minoriti shareholding daripada 2 syarikat daripada Malaysia?

Saya (Husni) kerja bank dulu. Bila kita jual ekuiti, tambah-tambah 60%, barangnya mesti diambil sekarang. Mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022? Ia meletakkan risiko kepada 1MDB. Risiko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu tahun 2022 pembayaran akan dibuat?

8 - Switzerland akan mengambil tindakan undang2. Begitu juga dengan British. Di Singapura 2 bank telah tutup. Apa akan jadi kepada negara kita ?

“Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

“Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

“Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?”.

12 comments:

  1. Jawab sprm kawan lhdn jawab kementerian kewangan jawab bn jawab umno?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan jawab sbb ketua2nya semua telur sdh kena pegang..

      Delete
    2. PAS je yg ada jawapan skrg ni. Depa dah puas ati dgn jawapan yg depa dpt aritu. Kalau umno dh tau takkan husni tanya kut.

      Delete
  2. Ya allah amin Kau bukakan segala penipuan Dan selewengan najib. Amin ya allah

    ReplyDelete
  3. Nyata lagi bersuluh kehancuran Negara yang dilakukan oleh najib.umno. bn. Kroni macai balaci

    ReplyDelete
  4. Raja raja dok tunggu buah tak jatuh?

    ReplyDelete
  5. Berani kerana allah ayuh rakyat Malaysia yang sayabg negara

    ReplyDelete
  6. Sbrm dan lhbn tu hanya anjing yang ikut arahan tuan dia je...semua tu makan gaji tak berkat...

    ReplyDelete
  7. Ini biznes para2 wali macam gitulah. Susah nak explain. Kiranya macam kita kena percaya perkara2 ghaib dan luarbiasa. Wali2 akan senyum saje buat tak kisah. Pru nanti pun rakyat akan lupa dan terus bagi sokongan padu kepada pimpinan najib razak

    ReplyDelete
  8. Nak tggu komen bro bro penyokong tegar org fasik dlm kjaan..terutama bro yg suka komen pakai huruf besar semua...n bro yg dok kecek klate tu..guano deh??

    ReplyDelete
  9. Bak kata tmj, ketua negara skrg tgh sibuk joli duit.. xbrani bsuara

    ReplyDelete
  10. Where have all the donkeys to M01 and TPM-Temberang Punya Menteri 230 juta ekkk? Ini soalan cukup basic walau Husni perlu menekankan dia pernah kerja di bank tapi yang lebih tepat adalah DIA PERNAH JADI MENTERI KEWANGAN II sama ada bersama bersongkokol atau TERPAKSA atau.....making sure when the fort crumbles he will be absolved from not making a stand whilst in the government?

    For whatever shortcomings TSMY, Muhkriz and Shafie, they bite the bullet and asked the HARD QUESTIONS yet, the dungUMNO sacked them? Hence, that makes the whole bunch in dungUMNO complicit and the MELAYU-BUMIPUTERA-MUSLIM will need to locked these TREACHEROUS behaviour by dungUMNO and make them pay at GE14, period!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com