innity

pages

Friday, August 11, 2017

Pejabat exco P Pinang diserbu SPRM



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) "menyerbu" pejabat seorang exco Pulau Pinang di Komtar, George Town hari ini.

Menurut salah seorang pegawai SPRM terbabit, mereka datang dari Putrajaya.

Bagaimanapun dia enggan memberikan sebarang maklumat lanjut, termasuk mengapa mereka berkunjung ke pejabat exco terbabit.

"Tunggu kenyataan daripada kami," katanya.

Wartawan mula berkumpul di luar pejabat Phee Boon Poh itu seawal 11.30 dan pegawai SPRM dilihat meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 1 petang.

Ketika ditemui media, Phee juga enggan mengulas perkembangan yang berlaku hari ini.

Phee ialah anggota dewan undangan negeri Sungai Puyu mewakili DAP.

Dalam kerajaan negeri beliau diberi tanggungjawab mengetuai portfolio kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar.

1 comment:

  1. Serbu cina aku tak kisah sebb cina kuat menipu kuat merasuah kuat berjudi.
    Tapi serbu anak Tun M aku tak paham, dlm masa serentak semua anak2 dia dimalukan. Itu ngarut dan salah guna kuasa terang terangan.?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com