innity

pages

Wednesday, August 2, 2017

Pemuda PAS:'Tun Mahathir bukan perosak Melayu, tetapi Umno' [PAS KEMBALI BENAR?]

Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan individu yang merosakkan fikiran orang Melayu walaupun didakwa bukan daripada keturunan bangsa itu.

Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mendakwa, sebaliknya dasar Umno yang membela Melayu tertentu dan menzalimi bangsa berkenaan kerana beraliran politik dengannya adalah punca kepada kerosakan tersebut.

“Walaupun Mahathir telah meninggalkan Umno, Melayu tetap rosak jika meneruskan agenda-agenda yang salah dan bercanggah dengan Islam. Pas tidak menentang individu tetapi sebuah parti yang mahukan perubahan dasar dan polisi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Justeru, kami menyeru kepada bangsa Melayu supaya kembali kepada Islam sebagai penyelesaian. Bukan penyelesaian cara Umno yang menggula-gulakan bangsa Melayu dengan janji-janji manis kebendaan setiap kali tibanya musim pilihan raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kemuliaan orang Melayu adalah dengan agama Islam dan bukannya dengan zat bangsanya.

“Inilah beza perjuangan berasaskan Islam dan perjuangan berasaskan perkauman sempit. Umno yang memperjuangkan kebangsaan Melayu hanya pada kulitnya sahaja, bukan pada roh serta jati dirinya.

“Di mana kedudukan tulisan jawi menjadi jati diri kepada bahasa Melayu dimansuhkan oleh bangsanya sendiri. Di manakah kedudukan tanah rizab Melayu setelah ia digadaikan oleh bangsa sendiri. Di manakan kedudukan politik Melayu Islam setelah pemimpin-pemimpinnya hanya mementingkan kroni dan orang sekelilingnya?” soalnya.

Menurutnya, pemimpin Umno sendiri mengakui wujud penyakit rasuah kronik dalam Umno namun dan dalam masa sama menyebarkan kepada bangsa Melayu demi kepentingan sokongan.

“Kita tidak perlu menuding jari terhadap orang lain dengan alasan aku lebih Melayu daripadanya. Selagi kita tidak meletakkan Islam sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang berlaku dalam negara pada hari ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan, Pas bukan sebuah parti perkauman sebaliknya meletakkan kaum di tempat yang adil.

“Dalam konteks Malaysia, bangsa Melayu Islam mestilah memegang tampuk pemerintahan kerana itulah keadilannya. Negara Jepun yang paling maju meletakkan bangsa Jepun sebagai ketua negara bukannya bangsa Inggeris. Negara Jerman paling terkedepan di benua Eropah meletakkan bangsa Jerman sebagai ketua negara bukannya bangsa Perancis,” katanya. - Sinar Harian

8 comments:

  1. Kalau Pas dh mula nampak perangai
    Buruk pemimpin UMNO..... kenapa masih lagi nk bermesra dgn UMNO??Biar UMNO terkontang kanting sorang sorang.....

    ReplyDelete
  2. Komen yang bernas dari KP PAS. Syukur PAS dah kembali ke jalan asalnya. Bukan politik emosi celaru tapi matang.

    ReplyDelete
  3. Tengok pada nama Parti PIS memang bagus tetapi pemimpin nya pula yang rosak kerana budaya mempergunakan islam. amanat hj hadi dah mansuh atau belum..

    ReplyDelete
  4. Bila pulak masanya dia ni buat alignment otak? Ke...lidah bewok macam bapaknya jugak!!!

    ReplyDelete
  5. Dulu Pak dia buat AMANAT ikut landasan Islam tak? La ni Pak dia bersekongkol dgn Pemimpin pencuri ikut landasan Islam tak?

    ReplyDelete
  6. Setakat ni yang dok buat pelbagai projek negara seperti jalanraya2
    /highway2/masjid2
    /sekolah2/universiti2/jambatan2/hospital2/tabung haji/mara/felda/felcra dll. oleh kerajaan bn/umno jadi PAS dah buat projek apa ye? Yang aku nampak PAS ni banyak buat fitnah je kan3, kik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dia kerajaan kutip cukai semua mmg lah tanggungjawab dia bina semua tu..cuba bg pembangkang jd kerajaan..akan bina benda yg lebih bagus sebab takda songlap n ketirisan mcm felda, 1mdb etc..nak bg komen pon bernas la sket ..kan3, hih3

      Delete
  7. Ape ni tiba tiba sahaja baru keluar dr tanah awak bangsa apa, ALLAH cipta manusia berbagai bangsa sbb ada hikmahnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com