innity

pages

Saturday, August 12, 2017

Pemuda UMNO lancar jihad PRU-14 [ADAKAH PAS PUAS HATI?]

Khairul Azwan Harun berkata jentera parti di semua peringkat meletakkan komitmen dan istiqamah bagi memerangi golongan yang berniat merosakkan perpaduan dan melaga-lagakan pemimpin di Malaysia. -Gambar fail
MANJUNG: Pergerakan Pemuda UMNO bersedia melancarkan jihad politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) terhadap golongan pembangkang yang selama ini melemparkan pelbagai fitnah dan tohmahan kepada kepimpinan kerajaan.

Timbalan Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata jentera parti di semua peringkat meletakkan komitmen dan istiqamah bagi memerangi golongan yang berniat merosakkan perpaduan dan melaga-lagakan pemimpin di Malaysia.

Katanya, Pemuda UMNO akan membawa mesej yang jelas untuk memenangi PRU kelak demi memastikan keamanan negara terpelihara daripada pihak yang cuba memecah-belahkan perpaduan sedia ada.


“Kita lihat, pemimpin pembangkang termasuk bekas pemimpin UMNO membuat tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan, kepimpinan kita serta menanam kebencian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Puteri dan Wanita Bahagian Lumut, di sini, hari ini.

Katanya, beliau amat menyokong kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang menyifatkan tiga “B” - Bohong, Benci dan Balun yang menjadi sentimen pembangkang.

“Mereka bohong kepada rakyat, menanam kebencian dalam hati rakyat kepada pemimpin dan mereka balun sehabis-habisnya.
"Inilah jihad kita. Kita kena menang kali ini,” katanya lagi. - Astro Awani

2 comments:

  1. UMNO = KORUP,SONGLAP dan COVERUP!

    ReplyDelete
  2. BUKE KALI JAH...KITO DOK MENEE SOKMO DOHHHH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com