innity

pages

Wednesday, August 2, 2017

[PENGHINA TUN M PASTI KECEWA] Tun Mahathir 'Bapa Pemodenan', Tidak Akan Ubah Buku Teks - Menteri Pendidikan


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tidak akan mengubah kandungan buku teks sedia ada di sekolah berkaitan rujukan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penulisan buku teks Kementerian Pendidikan dibuat berdasarkan fakta dan dokumen.
"Fakta tersebut masih relevan dan akan dikekalkan dalam buku teks Kementerian Pendidikan," kata Mahdzir dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau memberi reaksi kepada pertanyaan daripada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bertanyakan sama ada Tun  Mahathir akan terus diberi pengiktirafan kerana memodenkan Malaysia dalam buku teks di sekolah. - Astro Awani

10 comments:

  1. Walaupun Najib telah melakukannya lebih baik dari Mahathir?

    ReplyDelete
    Replies


    1. Sabar 10.01,
      Giliran Najib untuk dicatat dalam sejarah pasti sampai.
      Namanya akan dikenang sebagai Bapa Penyamun Malaysia, dulu kini dan selamanya.

      Delete
    2. Apa yg baiknya? Tambah hutang? Buat mrt? Nak bangga dgn mrt shj? Nak gelar apa? Bapa mrt?

      Delete
    3. Bangang punya statement....

      Delete
    4. Hehehe...najib buat mende lbh baik?

      Delete
    5. APA BENDA YANG NAJIB LAKUKAN ADALAH LEBIH BAIK DARI MAHATHIR?MESTI KO NAK BANDINGKAN MRT NAJIB DENGAN LRT MASA ZAMAN MAHATHIR KAN?MAKLUMLAH ITU JE PROJEK NAJIB YANG BERJAYA.(TAPI PADA ASASNYA, MAHATHIR JUGA PELOPOR IDEA SISTEM PENGANGKUTAN REL BANDAR NI.NAJIB JUST SAMBUNGKAN JE IDEA MAHATHIR DENGAN MENGUNAKAN TEKNOLOGI TERKINI YANG XDE MASA ZAMAN MAHATHIR DULU)..KALO PUN BETUL NAJIB LEBIH BAIK DARI MAHATHIR,KITA X BOLEH PERTIKAIKAN JASA DAN BAKTI MAHATHIR KEPADA NEGARA.IKUT LA KESOPANAN DAN KESANTUNAN MELAYU IBARAT PEPATAH MELAYU 'WALAU HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH,BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA'..PEPATAH INI LAH YANG X LAGI MENJADI PEGANGAN UMNO SEKARANG..

      Delete
  2. Jika Najib menang, kena tunggu sehingga PRU akan datang baru boleh ubah buku teks tu.

    Hari ini rakyat amat marah dengan rompakan dan penyamunan yg dilakukan oleh pucuk pimpinan, pentadbiran najib, umno dan bn.

    Skandal 1mdb dan berjoli sakan melebihi pendapatan adalah bukti nyata Najib merompak hak rakyat.

    Akibat dan kesannya, rakyat dihimpit pelbagai bebanan, penindasan, penganaiyaan dan kezaliman.

    GST adalah satu contoh, najib beri brim setahun 2X, tetapi rakyat "dirogol" dan dirompak setiap hari.

    Ya Allah, selamatkanlah negaraku!

    ReplyDelete
  3. YA. Beliau cuma boleh jadi bapa tiri riza je....lain2 tarak! Macha ada paham ka?

    ReplyDelete
  4. Najib telah melakukan banyak perkara mungkar daripada Yang baik.......!!!

    ReplyDelete
  5. Disebalik keyakinan kita najib, umno dan bn bakal tumbang pada PRU akan datang, sejauh manakah respon penduduk luar bandar?

    Adakah mereka memahami apa itu 1mdb?

    Adakah mereka lebih pentingkan mencari sesuap nasi?

    Adakah kebajikan mereka akan diuruskan dengan lebih baik?

    Bagaimanakah kita ingin memenangi hati mereka?

    Jawapannya adalah dampingi mereka, lakukan dengan penuh hormat, mereka adalah tuan/puan kepada kerajaan, terang dan perjelaskan kepada mereka sehingga mereka faham.

    Lakukan sepertimana TSMY lakukan ketika memberi ucapan, berhubung dan jawab secara spontan setiap persoalan rakyat luar bandar ini,- (memberi keyakinan dan pemahaman kepada mereka,orang kampung) - ianya bukannya ucapan satu hala, syok sendiri sepertimana najib lakukan.

    Najib takut untuk jawab persoalan, kita semua dibandar sudah mengetahuinya.

    Jangan lakukan kesilapan seperti mana pakatan rakyat terdahulu, bercakaran, berebut kuasa dan gemar memaki hamun.

    Sebagai contoh, hari ini PKR masih lagi secara jelas dan terang, cuba menampilkan mereka merebut kuasa majoriti pada PRU akan datang, apabila hakikatnya amanah dan bersatu lebih kuat pengaruh mereka dikalangan rakyat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com