innity

pages

Friday, August 11, 2017

[RAKYAT SEDANG MARAH] Mampukah Barisan Nasional Menjuarai PRU14?


ULASAN| 
 Keputusan pilihan raya dewan undangan negeri Tokyo menunjukkan betapa peningkatan ekonomi langsung tiada makna andai kata rakyat tidak mampu menikmati kemajuannya bahkan terpaksa menanggung peningkatan harga barang.
Ramai yang mengaku sebagai pakar dan ahli tertentu tentang perihal Malaysia, namun apabila dibedil dalam medan pertempuran yang sebenar, kelayakan dan pengalaman yang mereka ada hanya menggagalkan mereka.
Salah seorang “pakar” ini ialah Euben Paracuelles, seorang ahli ekonomi kanan di Nomura Research di Jepun.
Ahli ekonomi terkemuka dari Nomura bernama Richard Koo yang mencipta konsep balance-sheet recession. Dalam balance-sheet recession ini, syarikat-syarikat di Jepun mengumpul hutang mereka dalam dan luar negara.
Selalunya semasa tempoh gelembung ekonomi yang telah berlaku berdekad-dekad lamanya, hutang dan pinjaman Jepun akan naik mendadak beberapa ratus peratus, dengan anggapan bahawa Japan Inc, dalam ungkapan bekas perdana menteri Jepun Yasuhiro Nakasone, akan menjadi “pesawat yang tidak akan tenggelam” seperti Amerika Syarikat.
Namun begitu, Japan Inc telah tenggelam pada 1989 dan baru sahaja mula pulih.
Ironinya, meskipun berlaku kenaikan ekonomi Jepun, dengan membetulkan semula balance-sheet recession, sepertimana yang dinasihatkan oleh Richard Koo dari Nomura, dengan melibatkan pemecatan dan pengurangan hutang sektor swastanya, Parti Liberal Democratic (LDP) diketuai oleh Perdana Menteri Shinzo telah dilanda badai kekalahan dalam pilihan raya dewan undangan negeri Tokyo baru-baru ini.
Dalam erti kata lain, kemajuan ekonomi Jepun tidak memberikan apa-apa makna.
Bahkan, apabila kemajuan itu tidak dapat dinikmati dan dialami oleh rakyat secara langsung, para pengundi akan memberontak.
Takdir LDP terkam BN
Tidak hairan lah, Tomin First no Kai (Tokyo Citizens First Party) diketuai Yukiko Koike, bekas pembaca berita yang kini berumur 63, memenangi lebih daripada 176 kerusi, sebaliknya Shinzo Abe dari LDP hanya meraih 26 kerusi.
Jadi jikalau LDP mengalami kekalahan teruk di Jepun, sebuah negara yang purata pengundinya ialah 50%, walaupun terdapat kemajuan ekonomi yang kononnya diambil dari Abe-nomics, apakah terdapat peluang bagi Barisan Nasional?
Siapa Euben untuk mengatakan Barisan Nasional mampu memenangi Pilihan Raya Umum 14? Euben bukan seorang ahli ekonomi Jepun yang pakar dalam ekonomi Jepun pun, jauh sekali Malaysia.
Apa yang lebih penting ialah, analogi LDP adalah tepat. Diantara 1945 dan 1991, LDP tidak dapat dikalahkan.
Namun pada 1992, ia ditolak dengan kuasa rakyat Jepun. Semenjak hari itu sehingga kini, LDP tidak lagi mampu mengekalkan kubu pertahanan utuh di Jepun.
Takdir ini sedang menunggu untuk menerkam Barisan Nasional. Wayang kemajuan ekonomi oleh Barisan Nasional yang ditunjukkan kepada dunia adalah tidak bermakna.
Dengan skandal 1MDB, ditambah lagi keadaan yang memburukkan dan merunsingkan iaitu inflasi Malaysia meningkatkan lebih dari 5 peratus.
Ralat ramalan Euben
Dengan ringgit yang melemah dan harga minyak kurang dari AS$50 per kontena, kerajaan Malaysia sedang menjemput inflasi bertandang ke rumah, bukan sedang menghalangnya.
Dengan rizab persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah sebanyak empat kali ganda semenjak tahun lepas, dollar Amerika Syarikat akan sentiasa teguh.
Ramalan Euben tentang RM4.30 per satu US dollar mungkinlah tepat tetapi itu bergantung kepada faktor kitaran pantulan (cyclical rebounds) dan kelestarian yang penuh kesangsian kerana tidak ada perubahan signifikan dalam struktur atau asas.
Ralat Euben tentang kenaikan 5.1% GDP pula merupakan satu lagi pandangan yang diberikan tanpa mengambil kira konteks kenaikan harga barang, dan kerajaan sudah tiada lagi jalan untuk memberikan subsidi dalam ekonomi politik di Malaysia. Ada yang mengeluh bahawa rakyat tidak boleh “makan GDP.”
Tanpa subsidi pada makanan, tenaga dan beras, harga komoditi-komoditi ini akan menakutkan rakyat, sebenarnya inilah yang berlaku semenjak 10 tahun dahulu.
Di daerah pedalaman orang Melayu, kajian menunjukkan, jikalau bukan semua, tetapi sebanyak 119 daerah majoriti Melayu di pedalaman kampung tidak menggemari keadaan kenaikan harga barang yang mendesak mereka meminjam untuk terus hidup.
Dibuktikan dengan hutang isi rumah berbanding GDP, yang dilaporkan oleh Khazanah Research Institute, ialah setinggi 89.1% pada 2015.
Kawasan-kawasan mengundi ini, 54 daripadanya dimiliki oleh Felda yang menyumbang kerusi terbanyak kepada Barisan Nasional.
Lagi satu skandal mega melibatkan Felda dan FGV, dalam rasuah berbilion-bilion ringgit Malaysia, tentunya memberi kesan negatif kepada syer dan aliran tunai, yang melibatkan mata pencarian penduduk setempat.
Penduduk sangat marah dan jangan kita anggap kemarahan penduduk sebagai sesuatu yang remeh temeh. Hadiah-hadiah beg semasa pilihan raya tidak mampu bertindak sebagai puting kepada rakyat yang sedang menangis derita.
Penulis: Rais Hussin merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

15 comments:

  1. Syabas bersatu ya allah beri jalan pemerintahan pakatan HARAPAN amin

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah UMNO dan BN menang majoriti 2/3 kerusi parlimen pada PRU 14 nanti.

    Semakin hari UMNO/BN semakin mantap sejak bersih daripada pengkhianatan dalaman.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah UMNO/BN menang 2/3 majoriti kerusi parlimen pada PRU-14 nanti.

    Sejak pembersihan daripada musuh-musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan duri dalam daging, UMNO semakin mantap dan kuat.

    Susunan gerak kerja pun mudah sebab ada satu saja dalam bahtera gah UMNO.

    InsyaAllah... menang dengan bergaya.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah UMNO/BN menang 2/3 majoriti kerusi parlimen pada PRU-14 nanti.

    Sejak pembersihan daripada musuh-musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan duri dalam daging, UMNO semakin mantap dan kuat.

    Susunan gerak kerja pun mudah sebab ada satu saja dalam bahtera gah UMNO.

    InsyaAllah... menang dengan bergaya.

    ReplyDelete
  5. That is one educated article except, it gives the chance for dungUMNO to ponder. What you need to give dungUMNO and BN actually is a final bullet for them to shoot themselves 'DEAD' for good to take their misery out...

    MLN

    ReplyDelete
  6. rais apa yang kau merepek ni.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Itulah 7.34, terlampau banyak sangat makan dedak dan duit haram. Itu sebabnya otak jadi dungu dan bangang, tak faham apa yang orang cakapkan.

      Delete
  7. minyak us 52 satu komtena murahnya

    ReplyDelete
  8. jepun satu bangsa tetapi malaysia multiracial. kpentingan bangsa adalah faktor utama

    ReplyDelete
  9. Pada hakikatnya kIta sebagai pengundi atas pagar xnampak PAS atau UMNO sbb yg kelihatan pada kami hanye 2 umat Melayu Islam yg berbeza platform politik shj. Mereka ini sudah berabad abad lamanye tidak bersatu sebagai satu umat Islam sebelum ini. Kalau dulu kita melihat dua kumpulan besar mereka ini berbalah ttg bab hukum hakam sehingga ada sebahagian pemimpin mereka sanggup mengatakan mereka yg tidak sealiran dengan fahaman politik mereka sebagai kafir lagi toghut Nauzubillah !!!
    .
    Kini mereka sudah nampak betapa pentingnya hidup sebagai umat Islam yg bersatu dan betapa hebatnye peringatan serta amaran di dalam al Quran dan hadis Nabi bahawa memutuskan silaturahim itu amat merbahaya bagi kehidupan kita di kemudian hari kelak. Alhamdulillah kesedaran itu telah pun mula menyerlah dgn pimpinan PAS yg ada sekarang ini. Allah Hu Akbar

    Pemimpin datang dan pergi. Oleh itu adalah lebih munasabah dan bijak sekiranya kita sebagai pengundi yg beriman mampu untuk membuat pemilihan yang bijak untuk tidak memilih mana mana pemimpin baik dari UMNO mahu pun PAS tanpa berpecah belah sesame kita sendiri. Adalah memang baik untuk PAS dan UMNO bergerak tidak sebagai satu pakatan yg rasmi supaya mereka bebas utk meletakan kesemua calun mereka di kesemua kawasan pemilihan. Cara ini akan mengatasi masalah pengundi Islam yang tiada pilihan apabila pimpinan UMNO terpaksa memberi muka kpd calun calun dari MCA atau MIC mahupun Gerakan dengan meletakkan calun masing masing di kawasan majoriti orang Melayu. Sekarang kita sudah ada pilihan …

    Lupakanlah mereka yang terang terang bersekongkol dengan parti musuh ajaran Islam seperti PAN, sebab ternyata mereka hanya budak suruhan parti ultra kiasu yang sarat dengan auta.

    ReplyDelete
  10. 12.25 pemimpin yg perlu di taati adalah pemimpin yg tidak bercakap bohong, merompak dan menyamun.

    Bersatu padu dan merapatkan silaturahim sesama islam sudah tentulah bukan dengan pemimpin yg menganaiya dan menzalimi rakyatnya.

    Dan hidup masyarakat berbilang kaum kita perlu saling menghormati antara satu lain.

    Mulakan dengan keluarga kita, jika ibu dan bapa berbohong dan menyamun demi hidup kemewahan, adakah ini satu contoh yg baik untuk anak dan agama kita? Halal atau haram?

    Bertaubatlah pencacai kerana dedak yg dimakan itu adalah di laknat Allah SWT.

    ReplyDelete
  11. Kita mesti melihat keadaan politik negara sekarang ini daripada sudut kepentingan Islam dan umat Islam.

    Kerjasama di antara PAS dan UMNO perlu di alu-alukan dan disokong sepenuhnya atas dasar kepentingan Islam dan akidah.

    Tuntutan melampau COMANGO dapat ditangani jika kerjasama di antara PAS dan UMNO didokong kukuh.

    Permasalahan2 lain pasti terlerai bila umat Islam bersatu. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong 100%. Ini bukanlah berkenaan UMNO dan PAS semata-mata tetapi adalah kewajiban mempertahankan Islam dan akidah umat Islam.

      Delete
  12. LEBIH DARI MAMPU EH!RAKYAT HOK MAROH KO KERAJAAE 7-8 KERAT JAH CAMPO PALO PALO PH 5-6 KERAT,HOK LAIN SOKONG KERAJAE BELAKO EH!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com