innity

pages

Saturday, August 5, 2017

[SUMPAH LAKNAT vs SUMPAH LAHANAT] Saya sedia sumpah laknat - Ahmad Zahid


BALING 5 Ogos - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa beliau bersedia untuk bersumpah laknat berhubung pendedahannya tentang satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO itu juga berkata, beliau tidak gentar dengan cabaran itu ekoran pendedahannya kerana mempunyai bukti iaitu rakaman daripada pertemuannya dengan pemimpin yang merancang konspirasi itu.


“Saya ada rakaman dan gambar tentang pertemuan dengan orang itu. Saya simpan rakaman itu dan ia dinaratif.
“Saya sedia sahut cabaran dan sanggup sumpah laknat di masjid mana-mana pun bahawa yang merancang cuba jatuhkan Perdana Menteri adalah orang itu bukan saya.
“Tetapi orang itu juga mesti sanggup bersumpah juga,“ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Akhbar melaporkan Ahmad Zahid mengakui mempunyai rakaman yang membuktikan dirinya tidak terlibat dalam sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti didakwa pembangkang.
Naib Presiden yang juga menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO berkata, pertemuannya dengan seorang bekas pemimpin parti yang berlangsung pada 2015 itu juga atas keizinan Perdana Menteri.
Selain itu beliau berkata, beliau juga sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan rasuah ke atasnya oleh pembangkang. - UTUSAN ONLINE

5 comments:

  1. Apa pulak sumpah. Kat mahkamah pun sumpah cakap benar, tapi hakim yg tentukan cakap benar tu banar ke tidak berdasarkan bukti. Kasi jer dengar itu rakaman, bukan kasi transkrip. Baru pukul tko.

    ReplyDelete
  2. Dr Mahathir tak sokong Najib bukan perkara baru. Malah dia mengisytiharkannya di khalayak ramai. Kenapa sekarang nak heboh?

    ReplyDelete
  3. Buat buat tk faham ke memang dah bodoh.....org suruh tunjuk ic dan bukti rakaman yg dia,minta,tdm tolong dia....isu tdm buat perjumpaan politik utk jatuhkan najib satu dunia,tahu....yg kau sorang tahu..ialah ic dan rakaman...tunujukkan lah....jgn pusing ckp...

    ReplyDelete
  4. Kepada semua penasihat zahid komedi. Pesan kat boss kau tu cepat2 tarik balik. Kena panah petir nanti boss tu !!!

    ReplyDelete
  5. "Saya sedia sahut cabaran dan sanggup sumpah laknat di masjid mana-mana pun bahawa yang merancang cuba jatuhkan Perdana Menteri adalah orang itu bukan saya.

    “Tetapi orang itu juga mesti sanggup bersumpah juga,“



    Ko ni zahid, lembab atau kaki kipas merangkap hembus bontot najib?

    Memang la agenda tun nak jatuh kan najib dari hari pertama, najib tu ketua penyamun no 1 negara, hati ko dah gelap sangat nih...

    Kat mahkamah depan hakim Tun berkata memang dia nak tumbangkan najib.

    Cakap Tun Nyanyuk? Ini lah kualiti pemimpin umno yg ada hari ini sorang ketua penyamun, sorang lagi ketua kipas.

    Buruk sangat umno hari ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com